Hosting – bahagian 2.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Hosting - Tarikh diterbitkan: December 18, 2009 onlineKelmarin, entri mengenai hosting yang telah di terbitkan cukup membuka minda ramai pengguna pemilik web/blog di Malaysia. Secara serious, aku melihat banyak “hikmah” daripada fenomena hosting di Malaysia yang entah apa-apa itu.
Sehingga pada satu saat aku rasa terpanggil untuk membaca komen yang telah di beri oleh saudara Pedagang IT. Aku membacanya berkali-kali untuk memastikan yang aku cukup faham dengan apa yang di nyatakannya melalui komen yang di berikan. Pendek kata, aku rasa ada yang menarik di dalam komen tersebut untuk di kongsi bersama.
Hari ini, ramai yang suka menggunakan khidmat hosting dari syarikat yang berpengkalan di US sana (termasuklah aku sendiri). Tetapi sebenarnya masih banyak lagi hosting di UK yang menyediakan perkhidmatan yang boleh di katakan cemerlang.
Sebagai rekod, blog ini sendiri pernah membuat mini review untuk satu syarikat hosting di UK. Menariknya, walaupun syarikat itu telah di jual pada pemilik yang baru tetapi SITE UP TIME mereka sungguh bagus jika hendak di bandingkan dengan syarikat web hosting yang sudah “lama” di Malaysia.
Blogger seperti Nikillas dan PcUsersz sebenarnya antara testimonial hidup yang masih lagi menggunakan hosting hebat dari UK itu. Harga pula jangan cakaplah kan… USD1.59 untuk setahun! Tak masuk akal tetapi itulah kenyataannya.
Aku sendiri akan mencari maksud pedagangIt supaya dapat melihatnya dengan lebih “jelas” lagi (terima kasih untuk komen yang best tuh). Tetapi bagi kamu yang masih lagi blur dalam mendapatkan idea untuk memiliki akaun di hosting UK, mungkin website uk web hosting dapat memberikan gambaran yang lebih jelas.
Jika kamu ada pengalaman bersama mana-mana UK hosting, bolehlah kongsikannya di ruangan komen di bawah. Selamat mencari dan salam tahun baru semua yea !







Sebenarnya saya memang tidak tahu bahawa ia pemilihan hosting ini ada sangkut paut dengan SEO. Walaubagaimanapun, seperti yang bro cakap bahawa kebanyakkan SITE UP TIME server di UK adalah lebih baik daripada syarikat tempatan.
Mungkin lepas ini akan cuba sendiri untuk tempah server di UK.
Mari Buat Blog Reply:
December 18th, 2009 at 1:26 am
cam pedagangIT ckp tuh..bila site kat UK, IP hosting akan jadi UK. Google akan index site tuh kat google.co.uk dan dicop sbg site UK wlpn ada .com kalau ikut rule baru google. SEO byk bergantung pd onsite n offsite optimization tp mmg membantu dalam SERP utk google kalau kita target market UK. bukan itu saja, pemilihan hosting yang baik adalah dengan check domain kita dihostkan bersama domain-domain buruk atau tidak. kalau kita dihostkan bersama domain buruk, kita akan dicop sbg bad neighbourhood. oleh itu, pilih la webhosting yang berkualiti dan tegas untuk memastikan google tak cop site kita dlm bad neighbourhood
Aqif Reply:
December 18th, 2009 at 1:30 am
Terima kasih atas penerangan bro. Barulah saya faham sekarang.
Mari Buat Blog Reply:
December 18th, 2009 at 1:32 am
kalau nak cerita psl google, sampai subuh tak abes.try follow blog matt cutts, banyak leh blaja psl google kat blog dia. mamat ni salah sorang otai google. http://www.mattcutts.com/blog/
Taufik SM Reply:
December 25th, 2009 at 6:12 pm
panjang lebar penerangan, bro….. haha
Sweet Thinker Reply:
January 1st, 2010 at 11:46 am
mantap seh. guna nickname baru.
pergh…memang tak tahan…jadi modal btol post ko ni..mencanak2 pu2blog ko ni…haha
rohaizad Reply:
December 18th, 2009 at 6:46 am
Oiiitt… pu2blog mana terima blog Melayu daa…ahahaha
pasal komen pedagang it

saya pon pernah terpk
sebab ada satu blog saya target market us
tp hosting malaysia
apa yang bingungya-kt google malaysia ada kt first page google
tp google.com-tarak nmpk pon
Menarik ni.. satu lagi ilmu baru aku belajar hari ni..
Salam maal hijrah.
ada kebenarannya..ia di panggil geo-targeted.tp aku lebih suka hosting us sbb pd aku market lg besar..:D
Salam,
Ada bagusnya kalau satu entri dibuat melistkan hosting2 terbaik di setiap negara, beserta harga, etc… boleh jadi rujukan pada byk orang…
agak2 nanti, ada tak jomhosting.com dalam senarai itu?
huhu…soalan maut tu…
aah. betul tu.
analogi hosting tu macam “kedai” la.
kalau “market” kita org penang takkan nk bukak “kedai” kat KL kan?
memang la org penang boleh turun KL tapi kan lebih mudah bukak “kedai” kat penang.
lagi cepat diorang boleh “singgah” “kedai” kita tu.
ps.: sesetengah advertiser mmg cukup memilih lokasi hosting kita.
Aminjohar Reply:
December 18th, 2009 at 9:43 pm
Memang betul pun.. Skunk ada Geo targeted. Kalau 10 tahun dahulu ok r leh tersenarai kat semua maybe list sama coz time tu pun Google tak famous lagi dan google just ada .com jer…
Basically Geo targeted ini boleh di setkan di Google Webmasters tools tuk targetingkan kat country mana korang mau. Aku pun lihat fungsi ini macam menarik juga. Kalau nak fokus kat US amik US r. kalau nak Malaysia amik Malaysia.
Cuma keberkesanannya aku tak pasti berapa % dalam SEO ini. Mungkin untuk jangka masa pendek tak nampak, untuk jangka masa panjang mungkin ada.
Kalau tak setkan geo targeted ini, google akan pilih tempat domain atau hosting didaftarkan dok country mana (ini secara default).
Apa-apapun peranan tempat kat mana dihost ini pun memain peranan dalam permainan SEO. Memang benar cakap Pedagang IT dan PedagangIT itu dah lamadalam pemerhatian AJ. Kaki SEO tu…
Aku lak SEO Tracker.
Aku pulak rasa dah hilang kepercayaan kepada domain malaysia. Walau pun geo target malaysia pun aku guna hosting US.5 tahun pengalaman mcm2 hosting dah try tapi xde yg puas hati pun.
Servis mereka lebih murah dan reliable compare dengan hosting Malaysia. Klu servis bagus harga melampau mahalnya.
Pasal SEO mungkin betul apa yg dikatakan.Ada kureng sikit tapi aku lebih pentingkan content. TM punya link keluar pun dah ok.. jadi takde masalah slow browsing kecuali macam kes gempa dulu.
Justhost ke?aku baru ingat nak amek untuk tahun 2010 nanti..hahaha.ok kan?
ada betulnya. Sebab tu, kalau blog kita tu target untuk pasaran tempatan. Beli aje hosting tempatan. Trafik senang adpat, uptime pun laju. Lagi2 kalau korang cuba buat duit dr nuffnang dan innity. Cukup je pakai hosting tempatan. Itu dah cukup. Silap haribulan, bandwidth habis lagi tu. dah banyak kes terbukti trafik tempatan sangat menggila..hingga sampai habis bandwidth..
Tapi Kalau target luar, carilah hosting luar. Itu yang biasanya ramai im dan blogger buat. Tapi takde hal punya kalau nak beli hosting tempatan utk market luar. Pepandailah buat marketing masa tu.
Aminjohar Reply:
December 18th, 2009 at 9:51 pm
Nak senang tuk dapat targeting semua country just pakai blogspot. baby Google 2… Memang bagus lagi kalau pandai SEO
Tak payah pakai domain pun takpa just pakai theme yang SEO friendly.
Cuma bila nak lawan SEO function kat weblog WordPress ketinggalan r blogspot nih..
Tak dapat nak kuasai SEO sepenuhnya. Kurang Inpage SEO apatah lagi nak memudahkan tuk buat Offpage SEO. beban siot!
Tuk beginner leh r pakai blogspot, tuk advance dan suka main SEO dengan cara cepat dan mudah just guna Weblog WordPress sudah cukup mengujakan.
titan Reply:
December 19th, 2009 at 4:58 pm
hoho..aku bukan tak suka blogspot. Memang senang kalau nak wat SEO pakai blogspot. Cuma aku malas aje. dan aku tak rasa leh gi jauh dengan blogspot. Blogspot tak banyak function dan banyak benda yang tak support. Sebab aku sendiri tahu yang blog wordpress senang-senang leh lawan blogspot..haa, tau pun beban. Sebab tu ramai yg prefer wordpress.. cepat dan senang nak monetize..
aminjohar Reply:
December 20th, 2009 at 12:36 am
Yup.. mudah dan senang
Berbaloi2x juga pakai WP nih. berjaya juga meninggalkan Alexa Rank blog RK.
Bulan 6 AJ start berblog WP dari 8M ranking, dengan menggunakan WP nih leh r merasa juga rank 370K..
Hehehe Nak ligan (kejar) Titannya blog lak pas ni.
Lepas ligan berjaya jer ligan blog bro Ijad pula..
Target aku dlm berblog tahun depan mesti capai bawah 100k worldwide. Boleh rasanya. Kalau guna blogspot alamatnya 2 tahun pun kempunan r nak dok rangking elok.
Ohya dah kuarlah versi 2.9. AJ try update ada error lak. terpaksa buat manual.
best2 info ni .. terima kasih .. apa yg dikatakan memang makes sense …
Kalau ada newbie minta pendapat kau tentang hosting yang stabil dan berpatutan utk mereka memulakan langkah pertama ke dunia blogging, boleh kau bagi 3 recommendation?
rohaizad Reply:
December 24th, 2009 at 8:07 pm
Local ke international?
azwan Reply:
December 25th, 2009 at 11:13 pm
Mana-mana pun tak kisah.
hmmm…banyak info nih…TQ
sokong.. kalau blog anda tu nak target orang malaysia sebaiknya hosting server pun berada dimalaysia..
jaga memang syarikat hosting tu dari malaysia, tapi tak tentu lagi server hosting tu berada dimalaysia.. so tanya la dulu ye pada syarikat hosting tu…
rohaizad Reply:
March 22nd, 2010 at 1:12 am
Betul betul… kena tanya dulu baru dapat tahu.