Ingin beriklan? Sila klik di sini


Selalunya selepas minit ke 60, aku selalu lihat pemain bola sepak mula “pancit” tetapi permainan semalam seolah-olah mempunyai “magik”. Tenaga yang di kerah dan pertahanan yang agak kental berjaya membuka minda semua rakyat Malaysia. Malangnya sejarah telah menunjukkan bahawa gol yang kita menang dengan Vietnam dulu dan sekarang di selang dengan tampanan dari pemain Vietnam.

Tapi kalau nak diulas dari segi teknikal dan taktikal, memang panjang ceritanya. Yang pasti, menang tetap menang dan kedua-dua pasukan telah berhempas pulas. Satu perkara yang pada awalnya SUSAH dan SUKAR untuk di letakkan harapan yang tinggi.

Begitulah juga apabila seorang blogger yang ingin merubah kehidupan melalui aktiviti bloggingnya, tetapi BLUR dan kecundang di pertengahan jalan. Jadi aku ingin sangat berkongsi kata-kata yang telah keluar dari mulut jurulatih bolasepak negara, K RajaGopal:

“Ramai yang tidak percaya dengan saya. Tapi saya percaya dengan diri saya sendiri. Jika kita bekerja keras, pasti akan ada hasilnya. Dan itulah yang saya lakukan selama ini”

Di harapkan semua peserta Seminar Smart Blogging esok mempunyai semangat dan keyakinan yang tinggi. “Hanya mereka yang bertahan sahaja mampu sampai ke puncak”

p/s: Untuk K RajaGopal dan pasukan bola sepak Malaysia, tahniah terima kasih di ucapkan. Kami sungguh bangga dan berbesar hati kerana penantian selama 20 tahun telah terbalas…!!!


catatan

bawah



Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 18 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Aqif said:

    Cayalah RajaGopal. Tak kesah la bape jumlah gol tu, yang penting pasukan bola sepak manusia berjaya memperoleh KEMENANGAN.

    X sabar rasanya nak bertolak ke JB ni. Tapi agak hampa kerana bro Ijad cakap ada sesi ngeteh petang-petang. Huh! Hehehehe

  2. wen said:

    terharu gak dengan kemenangan Malaysi. siap leh kalahkan Thailand tu.. respek ar!

  3. Putera said:

    huhu.. ape2 pun memang bangga la aku jadi anak malaysia.. huhu..

    mesti ramai yang lewat solat maghrib kan…huhu…

  4. cyza said:

    Well done Malaysia!!!

  5. pcuserz said:

    perjalanan bola sepak negara tak terhenti sampai situ je.
    jgn asyik leka dilambung pujian.
    target next piala asia lak la. :)
    nk ke piala dunia tu mcm dahsyat sgt tapi sapa tau.
    takde ape yg mustahil kalau usahanya mmg mcm nk ke piala dunia kan?

  6. wanmus said:

    yup..masa depan anda semuanya ditangan anda sendiri..anda sahaja yang tahu kelebihan dan kemampuan anda..gunakan kelebihan untuk maju ke depan..jumpa esok

  7. kemenangan malaysia memang bermakna kerana mengalahkan thailand….

  8. kita said:

    itulah yang kita ingin kan…bila menang di puji…bila kalah dikutuk :)

  9. hasbulaqill said:

    think better for yourself to be champion~
    malaysia boleh~blogger pon mestilah boleh!
    heher
    ;)

  10. Tahniah malaysia!!!!

    Sepanjang permainan, pemain2 Malaysia tidak pernah menunjukkan keletihan dan sentiasa bertenaga utk mengejar bola. Cuma agak slow sedikit ttp permainan teratur..

    Utk peserta blogger yg menyertai seminar esok…Selamat berseminar :)

  11. napie said:

    Tahniah pasukan Malaysia…

    dah lama sangat kempunan nak tengok Malaysia menang..

  12. omecool20 said:

    tahniah for now .. semoga ini bukan noktah tetapi permulaan ;-)

  13. emmnazady said:

    tahniah yg tak terhingga…waktu malaysia main tengah kerja,kuanter pendaftaran..tak senang duduk nak daftar org..huh…apa2 pun saya bangga jadi rakyat malaysia…saya bangga jadi blogger…

  14. donny said:

    Saya juga tumpang gumbira dengan kejayaaan pasukan mereka!saya suka bila baca ayat Rgopal diatas tadi Diulangiii….

    “Ramai yang tidak percaya dengan saya. Tapi saya percaya dengan diri saya sendiri. Jika kita bekerja keras, pasti akan ada hasilnya. Dan itulah yang saya lakukan selama ini”

    Bukan untuk mereka shj,tapi kata2 ini sesuai untuk semua kita tak kira sorg blogger dsb. percayalah anda boleh berjaya wpun org lain tak peduli atau pandang rendah pada diri anda.Sudakah anda bersedia untuk tahun 2010?yahoo.. jom kita serbu!

  15. abdhakim said:

    diharapkan tiadalah lagi suara-suara sumbang yang akan bagi pressure kepada skuad bola kita pada masa akan datang untuk mengulangi kejayaan pada kali ini, biar geng2 bola nie main dengan relax dan under dog, baru boleh kasik gegar sikit…

  16. kabu said:

    Tahniah pasukan bola sepak negara atas kejayaan menebus maruah dgn muncul juara sea games.

    pada pengamatan saya pasukan kita berjaya sebab mereka bermain seperti yang diperlukan oleh sukan ini, iaitu bermain sepasukan dan bukan individu. saya rasa inilah resepi kejayaan sukan bola sepak.

    bila dah tak ada star player pasukan kita dapat bermain sebagai sepasukan dan kalahkan pasukan favourite, Thailand, kemudian benam Laos pulak dgn jumlah yang meraka jangka nak kalah kah kita.

    Itu pendapat saya ler….

    Apa pun diucapkan selamat maju jaya pada peserta seminar, semoga dapat apa yang “dicari” dalam seminar ini. :)

  17. adrenal said:

    tu la ‘magic’ yg terhasil dr keazaman yg kuat..hohoho

  18. mijie said:

    itulah bola sepak kita sudah mula ada perubahan…

    tp smlm aku ada jumpa bekas player sea game 20 tahun dulu yg menang…dia ckp dulu masa bola sepak kita menang emas…tak der pun sanjungan mcm ni..

    tp skrg tgk…menang di sanjung bagai nak rak…..

    dia siap sindir lagi…menang sekali…yang kalah dah berapa puluh kali dah… :)