Alhamdulillah… selesai sudah satu lagi Seminar Smart Blogging semalam. Dalam hati aku ni, pelbagai perasaan yang ada. Rasa letih ada, rasa seronok ada, rasa gembira ada dan rasa sedih pun ada.

Maklumlah.. rasa gembira itu datang sebab dapat ramai kawan baru. Rasa seronok yang ada pula disebabkan dapat bertemu dengan mereka yang komited untuk mendalami dunia blogging.

Ada yang datang dari KL, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, dan juga nun jauh di sana… Kedah! Tidak ketinggalan Saudara Osman (Singapore SEO Certified Expert) dari Singapore.

seminar-blogging-terakhir

Walaubagaimanapun, hati kecil aku ni sedih juga. Mana tidaknya, tahun hadapan nanti nama Seminar Smart Blogging akan “berkubur” buat sementara waktu. Sepertimana yang telah semua sedia maklum, semalam adalah Seminar Smart Blogging yang terakhir di anjurkan. Dan apabila di katakan terakhir, ramai pula yang tidak percaya. Mengapa ya?

Sebenarnya ini bukanlah gimik ataupun satu lawak. Memang aku berani berkata demikian kerana ianya lebih sesuai untuk di highlightkan. Terdapat beberapa sebab mengapa seminar ini harus di berhentikan buat sementara waktu. Dan hari ini aku akan menjawabnya dengan menggunakan konsep “soal jawab”:

1. Alaaa.. rohaizad, itu semua business taktik awak. Bulan Januari nanti, mesti awak organizekan semula Seminar Smart Blogging tu.

- Minta maaf… ada sebab mengapa seminar ini di berhentikan.

2. Apa sebabnya?

- Sebab saya perlu menumpukan perhatian pada projek-projek saya yang selama ini tergendala. Antara sebab yang paling utama ialah:

1. Bagi membolehkan saya memberikan tumpuan pada projek-projek saya yang lain.
2. Memenuhi jemputan Seminar Pendedahan Asas Potensi Blogging di seluruh Malaysia (bukan Seminar Smart Blogging ya).
3. Ebook yang harus saya keluarkan (hampir setahun telah tertangguh).
4. Seminar Blogging mengkehendaki saya memikul tanggungjawab yang berat. Tetapi saya masih lagi membuka sesi Personal Coaching.

* Untuk mereka yang berminat dengan Personal Coaching, hantar sahaja nama dan details kamu ke tempahan@seminarblogging.com. Kalau ada masa maka aku akan hubungi kamu.

3. Tanggungjawab yang berat?

- Iya. Selepas setiap seminar (Seminar Smart Blogging) yang saya anjurkan, saya akan memperuntukkan masa yang banyak untuk guide para peserta seminar. Ada yang membuat follow up dengan saya selama seminggu, sebulan dan ada yang lebih dari 3 bulan. Malah, adakalanya sampai berbulan-bulan lamanya (sampailah sekarang).

Bagi saya, menganjurkan seminar dan menerima bayaran dari peserta seminar itu memang senang… kerana sesiapa pun boleh lakukan. Tetapi memenuhi tuntutan selepas seminar itu adalah satu tanggungjawab yang besar dan ianya bukanlah satu perkara yang mudah.

Siang malam saya perlu memberikan komitmen yang tinggi kepada semua peserta seminar saya dan itulah yang saya lakukan selama ini. Dan kalau tahun 2010 nanti saya masih terus meneruskan Seminar Smart Blogging seperti biasa, maka perhatian saya untuk perkara lain mungkin akan terjejas. Bukan apa, saya tidak mahu jika ada peserta yang mengatakan saya “lepas tangan”.

Berlainan dengan Seminar Pendedahan Asas mengenai potensi blogging, ianya lebih kepada pemahaman dan juga perkongsian. Saya percaya dalam apa sahaja perkara yang kita lakukan, ASAS adalah amat penting sekali.

Cuma jika berkesempatan (tidak pasti jika sempat), saya akan cuba untuk memenuhi Personal Coaching untuk blogger di sekitar Johor Bahru sahaja… bukan Seminar Smart Blogging (yang pesertanya RAMAI).

3. Saya tidak percayalah! Bukankah seminar itu peluang untuk awak buat duit?

- Memang betul. Tapi perlu di ingat bahawa yuran yang saya perolehi dari SEMINAR bukanlah main income saya. Saya mempunyai perniagaan online dan offline saya sendiri. Itu belum di campur lagi dengan aktiviti blogging yang telah saya lakukan selama 5 tahun ini.

4. Saya tidak percayalah. Saya rasa awak boleh melakukannya melalui YM. Itu semua helah sahaja.

- Tidak sesekali dan TIDAK AKAN. Saya tahu bahawa kalau saya menggunakan YM, maka hasilnya tidaklah seberapa berbanding face to face. Cubalah tanya kepada semua peserta yang telah menghadiri seminar saya. Anda akan dapati jawapannya adalah sama iaitu TIDAK PRAKTIKAL.

Kalau ikutkan, memang saya boleh buat duit SETIAP HARI melalui YM kerana sepanjang masa, ada sahaja email dan panggilan yang saya terima. Iyalah….. dah namanya DUIT…. siapa yang tidak mahu`kan? Tapi kesimpulannya, saya MENOLAK semua itu.

Ini adalah kerana saya mempunyai nama untuk di jaga, maruah untuk di pelihara dan juga perniagaan yang di bentuk untuk jangka masa yang lama. Saya juga sedar bahawa jika saya memberikan yang terbaik sepanjang masa, maka kredibiliti saya juga akan terbela. Kerana setiap apa yang keluar dari mulut atau hati para peserta itu umpama DOA yang sememangnya saya syukuri nikmatnya.

5. Jadi bila lagi Seminar Smart Blogging akan di adakan?

- Saya tidak dapat memberikan kepastian akan hal tersebut. Tetapi kalau semua projek saya dah siap dan jika semua peserta sudah tahu cara membuat duit dari blog yang mereka ada, maka pada waktu itulah saya akan menganjurkannya kembali. Bermakna, tahun hadapan saya akan lebih menumpukan perhatian pada Revision Session (Mastermind Session) untuk keluarga Smart Blogging saya sendiri.

seminar-smart-blogging-terakhir-2

Soalan cepu emas!

* Mengapa semua peserta dari dulu sampai sekarang semuanya banyak lelaki?

- Sebab inilah kehidupan kerana di sinilah letaknya kenyataan dan juga harapan. Seorang suami dan anak lelaki sentiasa berusaha untuk mencari pendapatan yang lebih untuk keluarga masing-masing. Itulah ironinya.

* Mana gambar-gambar yang lain?

- Opss… photographer rasmi iaitu En Shaffik masih lagi berada di KL. So tunggulah dia balik JB nanti. Gambar di atas tu, hanyalah gambar peserta hang out selamba-ria untuk mereka bersuai kenal.

Untuk semua peserta seminar, kalian semua memang best !!!!


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 68 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. titan said:

    tahniah pada semua keluarga smart blogging. :)

    rohaizad Reply:

    Thanks … semoga mereka semakin kuat dan bersemangat !

  2. aizatshare said:

    apsal gambo aku nampak belakang jer nih..hehe..
    thanks jad..
    kami sentiasa hargai perjuanganmu..

    u always yhe no.1 blogger
    chaiyok2

    aizatshare Reply:

    pembetulan

    bukan yhe no.1 blogger..
    the no.1 blogger..

    hehe..jgn marah yer cik salmah..nanti lekas tua..

  3. samdaddycool said:

    Tahniah dan selamat maju jaya kepada pserta terakhir seminar smart blogging. Aku kagum dgn ko Jad sebab sgt komited utk ‘guide’ peserta sampai semuanya panai jalan sendiri. Aku memang surrender..

    rohaizad Reply:

    Ko bukan surrender Sam, tapi ko adalah SURVIVOR.

  4. wanmus said:

    semua peserta memang best..tahniah kerana korang antara batch terakhir setakat ni..so shout out dari sekarang..jangan tangguh2..

    motokriss Reply:

    wanmus, paling tip top adalah sambal nasi ayam penyet. hahah

  5. cookdong said:

    saya cam nampak omecool je? die ka?

    bro Aqif nampak lain la.xsama muka kat blog..hue3

    Aqif Reply:

    Masa ni rambut pendek n baru sahaja tukar spek mata. :)

    hafizmd Reply:

    mmg lain btul ko aqif..sampai terdetik dlm hati blogger ku..’eh,mcm aqif, nape cam lain sgt?’…rupenyer tukar spek..hehehe

    Aqif Reply:

    Hehehe..xpe2.Dulu x kenal, maka x cinta. Sekarang dah kenal, tapi janganlah sampai nak bercinta. Hehe :)

  6. mohdnazet said:

    Salam. saya adalah salah seorang peserta seminar terakhir ni…

    apa yang dapat saya katakan ialah kandungan seminar ni sgt jujur, ikhlas dan telus dari seorang problogger…
    Terpulang kepada peserta seminar untuk bertindak atau tidak….

    Ijad: Hanya Allahdapat membalas jasamu

    rohaizad Reply:

    Insya Allah, semoga di kuatkan lagi kudrat yang ada ini untuk memberi pendedahan kepada semua rakan blogger yang lain. :D

  7. Aqif said:

    Seminar yang terbaik! Terima kasih bro Ijad dan SmartZul atas pelbagai perkongsian ilmu yang amat bermanfaat. :)

    rohaizad Reply:

    Sama-sama…. takdak hal punya. :)

    p/s: terima kasih juga kerana sudi datang ke seminar ini.

  8. safwanhussin said:

    Memang cukup sempoi Seminar ni. Yang dah pergi tu jangan tangguh-tangguh nak mula, makin lama makin lupa nanti..

    rohaizad Reply:

    Yup, lagi lama tangguh… lagi jauh pekara yang perlu di kejar…

  9. alan tan said:

    Rugi betul kpd mereka yg tak pergi :D

    rohaizad Reply:

    Maybe next time.. who knows.. :D

  10. miziology said:

    Nampaknya keluarga SB dh makin ramai hehe..
    makin meriah la nampaknya

    rohaizad Reply:

    Keluarga ramai… so kawan pun ramai…

    p/s: bilalah dapat duduk satu resort dengan semua keluarga smart blogging yaa :D

  11. omecool20 said:

    Mcm kata2 di atas, memang best dan saya rasa ramai peserta sudah nampak potensi blogging :-)

    rohaizad Reply:

    Nampak dan nampak “betul-betul”….ada bezanya. :)

  12. abdhakim said:

    harap2 salah satu projek bro rohaizad adalah membuat modul gempak untuk SB akan datang

    rohaizad Reply:

    Insya Allah, tiada satu pun dari modul ataupun subjek dalam Seminar Smart Blogging yang akan di ebook atau di bukukan.

    Bukan apa, itu adalah satu AMANAH dan janji rohaizad dot com untuk kepada keluarga smart blogging.

    Bermakna, rohaizad dot com harus menjaga amanah tersebut. Kalau tidak… dia sendiri akan di hentam oleh peserta seminarnya sendiri. :D

    Tak gitu wahai kengkawan semua?

    Aqif Reply:

    Betul3. (Dengan nada suara upin dan ipin).

    Hehe

    abdhakim Reply:

    cayalah bro, nanti mesti modul akan datang ada flash and 3D animation yang hanya boleh diperoleh daripada SB shj, aiceh takder laar gurau jerr…

    motokriss Reply:

    Jad Sememangnya aku tak pernah jumpa Trainer yang seperti ko. Kesantaian semasa seminar dan paling penting kesungguhan ko untuk meyampaikan ilmu dan pengalaman ko membuatkan seminar begitu hidup.

    Sekarang tinggal peserta sahaja yang nak menjalankan usaha mereka. Aku dah memulakan langkah. Alhamdulillah.

    Semoga Allah panjangkan umur Rohaizad. Amin.

    rohaizad Reply:

    Insya Allah… selagi hayat di kandung badan…

    omecool20 Reply:

    Betul2 :D ….

    rohaizad Reply:

    psst: kem salam dengan student tuan yang cute tu yea… ahahaha

    omecool20 Reply:

    Amboi2 ;-) Yg mana satu ni … ? :D

    rohaizad Reply:

    Yang minta di berikan A kelmarin… pheew iiit…

    omecool20 Reply:

    oh yg tu … oo .. bahayo2 ;-) … takpe, nanti den usahakan :D

    rohaizad Reply:

    Oiitt… gurau je. Biasalah… lelaki`kan? Usik mengusik, sakat menyakat tu adalah lumrah kaum Adam. :D

  13. jinggo said:

    salam kepada semua…

    terutama skali kepada sifu smartzul tanpa dia saya tak tahu asas wp dan (Bro izad) kerana banyak memberi pendedahan yang sangat berguna semasa seminar SB, seminar ini banyak menuntut pengorbanan dari kita semua…..utk berjaya kita harus berusaha. sudah banyak seminar yg saya sertai, tapi ini lah satu2nya seminar yang paling jujur dan direct to the point… kalau seminar lain tu banyak yg hidden. seminar nie banyak membuka mata para peserta…

    jgn risau lepas nie semua peserta akan lebih masa bersama keluarga…takpayah keluar rumah cari part time job. pendek kata kena usaha baru nampak hasilnya…dan banyak bersabar, jangan gelojoh…

    p/s:terpukau tengok blog saudara boy.

    paling saya suka cogankata sifu kita

    KITA SELALU LIHAT, TAPI KITA TIDAK
    MELIHAT BETUL2.

    Aqif Reply:

    Ia bukan setakat cogan kata. Malah ia dikenali sebagai “Kata Keramat”. Tak gitu? ;)

    jinggo Reply:

    meeemmmmmang aaaaaaaaaaaa… kalau diucap beramai2 maka bergemuruh seluruh dewan…hahaha

    satu lagi ayat kesukaan ku
    (newbie tu)….hehehe bukan sebab apa, sebabnya dia tak tengok betuil2….

  14. nuaeman said:

    Selamat maju jaya buat perserta-peserta seminar smartblogging. Siapa agak-agak akan pecah telur dulu nih..? heh.. oh ya.. sesiapa yang nak beli domain kat godaddy rasanya kupon 0.99 cents masih lagi valid.. kuponnya ‘buycomm99′
    Dah save sedikit duit beli domain. tapi untuk satu domain sahaja ye.. dan pembelian kena pakai kad kredit.

    alan tan Reply:

    Yup..masih valid lagi…

    baru rembat 4 domain :-)

    pakai VCC nilai $1.20 je..

    boleh baca di http://www.alantanblog.com/advertisement/get-dot-com-domain-for-only-099-godaddy.html :D

  15. jinggo said:

    info yang bagus bro nuaeman. tq

  16. Fatin Pauzi said:

    Ala, Ijad. Tunggu la. Nanti dalam gambar tu akan ada perempuan.. Tunggu la, Ijad. haha.

    rohaizad Reply:

    Boleh… ala, kita bergambar berdua pun dah kira okaylah kot… huhuhu

  17. Zulazis said:

    Seminar Smart Blogging wajib & mesti di teruskan tak kira 2010 ke 2020 atau sampai kiamat…. semoga Seminar Smart Blogging akan menjadi satu institut seperti contoh COSMOPOINT Holding Berhad

    Ezad Reply:

    Wah Institut!! I like it..hehe, Tahniah utk semua!

  18. yazidyahaya said:

    minta maaf jad,saya tak dapat datang atas sebab-sebab pada minggu ini baru nak datang JB sebab stat praktikal pada 28/12/2009 di UTM skudai!So,nak bersama dengan ibu bapa dulu,tolong-tolong apa yang patut..hehehe.Taniah kepada peserta seminar,saya harap anda berjaya buat duit dengan blog dengan cara bro rohaizad kita ini,ianya memerlukan komitment dan kesabaran,macam saya komitment saya kurang sebab tu saya hampir berjaya membuat teknik rohaizad tu,tapi alangkah sedihnya..saya tidak dapat buat disebabkan yang saya cerita di forum dunia blogging..

    oh,sebelum tu ,cara untuk menjana melalui blog ini banyak,jadi jangan sangka semua orang melakukan perkara yang sama untuk menjana pendapatan melalui blog.

    wah banyak pulak saya celoteh kali ini..

    p/s:rohaizad,nanti eden duk skudai leh la jumpe..hahaha(belanja minum milo nagan spageti ke?)..apa-apa pun taniah kepada bro..bukan senang nak buat seminar sebab iya memerlukan support yang tinggi…Taniah sekali lagi..

    rohaizad Reply:

    Belanja Milo ngan Spaghetti?
    Apa kelas beb, kasi UP Nasi Ayam Penyek laaaa…. baru mantap!

    Ahahahah (ayam penyek lagi..)

    samdaddycool Reply:

    Google search Results 1 – 10 of about 24,100 for ayam PENYEK. (0.36 seconds)

    Google search Results 1 – 10 of about 223,000 for ayam PENYET. (0.30 seconds)

    .. mak aii femes giler ayam penyet neh!

    rohaizad Reply:

    Boleh buat satu niche nih…

    yazidyahaya Reply:

    huhuhuhahah..nasik penyek pun korang layan ye?nasi minyak bila nak layan?

    rohaizad Reply:

    Nasi minyak bila ada kompang… nasi ayam penyek tak payah kompang pun… ekekekke

    samdaddycool Reply:

    tapi lepas nasi minyak(kompang).. ari-ari bole pekena nasi ayam penyet ek..

  19. hafizmd said:

    mmg seminar tuh cukup telus,sempoi,penuh pengisian..mmg berbaloi yg attend..

    thanks bro ijad,nuaeman,shaffik,smartzul..korang mmg best..member2 lain..ape lg..jom kite same2 memeriahkan dunia blogging nie..xkan asyik diorang jer mentayangkan bukti2 yg ‘menyakitkan mate’..hehe..jom…

    rohaizad Reply:

    Yup, kalau ada niat macam tu… sah-sah akan memotivasikan kita. Go!

  20. [...] Seminar Smartblogging yang terakhir telahpun berlangsung dengan jayanya pada Sabtu lepas bersamaan dengan 19 Disember 2009. Seperti biasa aku turut menghadirinya sebagai tanda sokongan kepada dua rakan blogger iaitu Rohaizad serta Wanmus yang merupakan penganjur. [...]

  21. reezluv said:

    fulamak, ada TT plak malam hari..best gile siot..haha…kali ni punya seminar best..hehehe..ada Zul plak lagi..memang best la sape pegi tu..tahniah2..

    Azree Hanifiah Reply:

    Memang best, rasanya macam tak berbaloi pula Ijad letak yuran RM400. Layanan superb!

    reezluv Reply:

    yang penting support memang best

    rohaizad Reply:

    Thanks kengkawan semua. Aku akan sentiasa cuba lakukan yang terbaik, walaupun tidak sempurna. :D

  22. faizal said:

    Tahniah semua yang dapat hadir ke seminar bro ijad. Alahai.. ruginyer rasa tak dapat nak pegi. hmm.. anyway, kalau ada lagi saya mesti join insyaAllah.

    All the best bro Ijad!

    rohaizad Reply:

    Thanks… ada masa kita akan berseminar :D

  23. cyza said:

    Terima kasih atas ilmu yang dicurah… itu je aku mampu kata…

    rohaizad Reply:

    Ilmu tu hak Allah. Yang datang seminar ini hanya membayar untuk masa dan pengalaman aku sahaja. :)

    p/s: Thanks atas support. Aku macam rasa kita boleh JV untuk satu bisnes yang gempak di masa hadapan. Tunggulah nanti bila ko dah full time businessman, then we may proceed. :D

    Jbcool Reply:

    Hmm.. sounds interesting.
    Boleh JV tu boleh, tapi tunggu aku full time tu macam maybe tak kot…

    Sebab ko tau lah aku memang ada komitmen kerja mendidik anak murid…cewahhh…

    tapi aku jadikan business as hobby aku…

    nanti kita cerita panjang lah depan ayam penyek….

  24. kabu said:

    Tahniah, dan selamat berjaya

  25. boss said:

    ni kedai makan kat taman u ni.. aku tau ini tempat.. he he

    rohaizad Reply:

    Restoran Pinang namanya :)