Tahun baru, azam baru, broadband pun baru – terima kasih Cik Puan Jig.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet - Tarikh diterbitkan: December 21, 2009 onlineTahun baru Islam dah tiba, tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita memasuki tahun baru Masihi. Untuk mereka yang dah tercapai azam tahun 2009`nya, tahniah di ucapkan. Tapi bagi mereka yang belum lagi, pandai-pandailah “sejukkan hati sendiri” ya
Dan untuk aku pula, azam tahun 2010 yang akan datang masih lagi rahsia. Tetapi perancangan untuk mencapai azam itu semuanya sudah ada dalam kepala. Hanya tinggal perancangan yang perlu di susun atur mengikut kesesuaian masa dan juga keadaan.
Sebenarnya, salah satu dari azam yang ada di kepala ini sekarang ialah untuk mengurangkan “tekanan” dan “sakit dada” dek kerana stress yang amat sangat. Semuanya di sebabkan kes internet connection yang telah menyebabkan prestasi aku merudum selama beberapa bulan.
Aku tiada pilihan kerana Celcom Broadband yang aku gunakan sekarang ini sungguh mendukacitakan. Selang 10 minit, kena re-connect… mana boleh tahan. Kalau Streamyx pula, lagi teruk. Asal berangin dan hujan je, mulalah dia berkelip-kelip. Boleh kencing manis dibuatnya.
Bayangkan, sudah lebih 5 tahun pakai… akhirnya terpaksa aku terminate Streamyx. Celcom pula jangan cakaplah, tidak sampai setengah tahun pun… alahai. Dan hari ini, keputusan telah di buat. Sekali lagi aku berpindah kepada broadband yang lain.

Tapi hari ini aku hampir tension dengan P1 Wimax yang aku baru beli ini. Segala yang aku buat tidak menjadi. Dari modem P1 sehinggalah Wiggy set yang di berikan, connection langsung FAIL. Tidak tahulah kenapa walhal kelmarin, aku dah cuba WiMax SmartZul… okaylah pulak.
Yang lebih menekan jiwa aku ini, signal semuanya baik. Lampu indicator di modem semuanya hijau jer. Status connection bukan main cantik, EXCELLENT lagi. Tapi masih lagi tidak boleh surf internet. Dalam keadaan “panas hati”, aku terus call ke nombor hot line P1 Wimax 1300 800 888 untuk dapatkan solution.
Alhamdulillah, panggilan aku di sambut oleh Cik Puan Jig. Dari satu ke satu masalah, beliau tolong. Aku kat sini yang blur cuba satu persatu sampailah dah naik menyampah. Hampir 30-40 minit juga aku bergayut dengan beliau. Dan setelah di cuba semua cara yang di rasakan mungkin, maka akhirnya dapat juga jumpa penyelesaiannya.
Rupa-rupanya ada “konflik” antara wireless system, Wiggy function dan juga status setting. Sampaikan command prompt pun terpaksa di terjah untuk melihat PING yang ada berfungsi atau tidak. Sekali lagi, aku ucapkan TERIMA KASIH kepada Cik Puan Jig yang sudi melayan sampai Wimax aku ni berfungsi dengan baik.
Bagaimana dengan performance WiMax?
Laju tuuuuuuuuuhhhhhhhh…..!
Memang best!!! Aku suka..!!!! I like..!!!
Dan semangat aku untuk meneruskan perancangan 2010 semakin tinggi. Cuma di harapkan biarlah keadaan ini berterusan sebab kalau Wimax ini pun problem juga di masa akan datang, tak tahulah nak pakai apa lagi.
Wahai Malaysia, bilalah masalah internet connection kita hendak naik? Asyik di takuk yang sama sahaja.
Untuk WiMax, aku harap kamu carilah orang seperti Cik Puan Jig ini. She is cool, nice person to deal with dan aku rasa dia adalah seorang pekerja yang patut di jadikan contoh. Kalau orang yang tidak sabar, dah lama aku ni di “dengus”kan di telefon. Cuma Cik Puan Jig ini berada di KL kot, jika di JB… memang dah lama dah aku belanja Nasi Ayam Penyek!
Apa pun, selamat tinggal Celcom Broadband!








oh..saya guna kt UTM Skudai pon ok jugak
berderu laju…mujur ade wimax.. nak harap wifi utm
tnya la Wanmus..hoho
p/s-cik puan jig tu leh jadi tuh bro ijad
sambar terus
gurau2! heher
rohaizad Reply:
December 21st, 2009 at 8:13 pm
Aikk?
Aku dengan Cik Puan Jig pun sempat ko gossipkan ye Hasbul… cetttt.
Lizz Reply:
December 21st, 2009 at 10:07 pm
hahaha. wifi UTM macam hampagas. duduk depan server kat CICT pun belum tentu laju.muahaha. ramai dah guna wimax. cuma, now masih belum perlu. later maybe
wanmus Reply:
December 22nd, 2009 at 12:11 pm
ehh bukan wifi UTM laju ke macam siput? hahaha..actually backbone UTM 4-6 GBps tapi sebab kerenah pihak atasan, hanya beberapa Mbps je kita dapat guna..kalau tak caya, pergi kat pejabat kolej dan try guna waktu pagi hari minggu dalam pkl 8 pagi, korang akan tau yang betapa lajunya internet utm..tapi ianya laju di pejabat dan bahagian2 tertentu je..untuk student, masih limited..apalah dunia ni
mazuki selangor2u Reply:
December 22nd, 2009 at 5:02 pm
minggu lepas aku p libry men wifi utm…skali tertido aku nunggu dia punye loading email….hahha laju sungguh…
adeh aku ingatkan aku sorang je bermasalah nak kena reconnect x sampai sepuluh minit, rupanya memang ada masalah!
masih tiada kepastian bahawa wimax sudah ada di kota tinggi atau blom (hu3).
darah tinggi makin naik!
ejam Reply:
December 22nd, 2009 at 10:04 am
mmg ternyata jelas, aku pun kena gak situasi serupa…10 minit sekali kena re-connect…
apa kejadahnya celcom camtu ntah…
bila buat report mcm xde kesudahan nyer…
saya pun tgh survey2 mobile broadband ni … tapi baru je check .. P1 tak cover bangi la pulok …
rohaizad Reply:
December 23rd, 2009 at 2:51 pm
Sket masa lagi coverlah tu kot… hihihihi
sudah potong….aku mula2 pakai celcom broadband pas2 aku terminate sbb service xsepadan dgn apa yang kita bayar.. Then aku guna wimax..Sampai sekarang aku guna..best + laju. Bila wimax down je dorg akn msg gtau. Tapi skg aku kt luar kwsn coverage wimax. Aku subscribe streamyx. so far xda masalah. harap2 xda masalah langsung. WIMAX aku masih xterminate sbb aku sayang P1WIMAX..
rohaizad Reply:
December 23rd, 2009 at 2:52 pm
Aku pun tak terminate lagi Celcom. Aku kasi can sampai awal tahun depan. Kalau Celcom masih lagi macam cipan siput slow giler, aku terminate terus.
Semoga 2010 akan memberikan sinar harapan yang baru kepada pelanggan2 P1….hehehe…Potong, jgn tak potong
p/s : Jad, aku tunggu testimoni ko dulu, baru aku leh POTONG….hahaha
rohaizad Reply:
December 23rd, 2009 at 2:53 pm
Boleh, aku bagi masa 2 bulan untuk P1 di rumah aku. Kalau okay, aku akan rekomen.
Waww! Pakai P1Wimax ya.

Bagus2x. Dah berhijrah kepada yang lebih baik
Tenet ok tak r tension.
Erm Buat masa ni AJ kat sini line x tau r ada P1 nih. Dok kat kampung hutan aja. Yang boleh pun kat sini Streamyx aja. Celcom broadband ka, digi kat maxis ka semua boleh bungkus… hehehe
wifi utm? mmg selalu tidak memberansangkan…
sblm ni guna stremyx..mmg ok..takde masalah..lepas tu berhijrah ke p1wimax lak…jadi hampeh lak..mmm..
ruginya tak dpt pergi seminar smart blogging..sbb ada majlis masa tu..
rohaizad Reply:
December 23rd, 2009 at 2:55 pm
Rugi?
Mana ada rugi, sebab masing-masing ada hal yang perlu di dahulukan. Seminar ni bukan seminar apa, cuma seminar biasa sahaja…
Cepatnya…sudah “Potong”…
berbaloi…
rohaizad Reply:
December 23rd, 2009 at 2:57 pm
Takleh tahan lagi Alan… kasi potong sama dia!
pengalaman saya guna pwimax,guna dua hari je pastu buang sbb kejap2 x connection.skrg guna penangphone..best..
rohaizad Reply:
December 23rd, 2009 at 2:58 pm
Bagus Penang ye, sebab ada PenangPhone. Johor ni takde plak JohorPhone.
donny Reply:
December 24th, 2009 at 12:12 am
hehe..ni dari pengalaman sy bro..kalau guna wireless,asal hujan atau ribut je mesti tukar line kuning atau merah..sat-sat putus2..bleh kena kcing manis..
taapi kalau guna talian memang bagus..x de kacau punya..
rohaizad Reply:
December 24th, 2009 at 12:13 am
Tak juga, sebab dah 6 tahun pakai Streamyx… tapi bila hujan atau angin kuat je, dia kelip-kelip terus.
Melaka tak sampai Wimax lagi.. Jadi baca je la pengalama orang lain
Tahniah, anda memang yang terbaik dari ladang! Saya kagum dengan sifat kental awak!
motokriss Reply:
December 22nd, 2009 at 7:43 am
boy nih ladang farmville ker aper? heheheh
Belum ramai lagi yang melanggan P1Wimax mesti lah laju.coverage dekat ok,jauh sikit dah buat hal…Aku guna streamyx 2mb sangat memuaskan.potong…potong…jangan potong…kan dah tak laju.
rohaizad Reply:
December 24th, 2009 at 11:13 am
Ahahahah… oh Malaysia.. bilalah nak settle masalah broadband ni ya.
Aku memang ada cita-cita nak angkat P1, cuma tunggu sampai Muar. Pasal tu aku tak ikat kontrak dgn Maxis, beli je modem … nanti senang nak terminate.
rohaizad Reply:
December 24th, 2009 at 11:17 am
Cool dulu… tengok macam mana nanti ya
Aku masih terpaksa menggunakan Streamyx. kat kawasan aku pulai indah P1 tak sampai lagi. Bila lah agaknya nak sampai sini yer huhu. Celcom broadband aku dah bagi kat orang guna.
Bro, brp kos permulaan dan kos maintain untuk bulanan bagi P1 erk?
rohaizad Reply:
December 24th, 2009 at 11:30 am
Kos permulaan RM100 je untuk pendaftaran.
Tapi lepas tu boleh di bayar ansuran termasuklah pembayaran untuk WIFI broadband dan RM60 duit apa entah. Then jangan lupa yuran bulanan RM99.
Aku masih setia dengan streamyx. So far connection kat kawasan rumah aku ni memang best.
Aku pernah guna wimax adik aku, kena duk kat tingkap kalau bukan dlm kawasan.
rohaizad Reply:
December 24th, 2009 at 11:31 am
Yup, aku selama pakai 6 tahun lepas takde masalah. Lately je ada masalah, itu yang kena potong!
aku dengan kawan pernah kena tipu dengan saleswoman wimax masa pc fair. itu yg terasa bengang nak guna tu.
btw, kalau betul2 bagus, mayb akan berubah fikiran. wahaha.
azam baru!
rohaizad Reply:
December 24th, 2009 at 11:33 am
Cari yang terbaik!
susah nak ckp pasal internet kat malaysia ni
tak sabar nak tunggu HSBB cover seluruh malaysia nanti
rohaizad Reply:
December 24th, 2009 at 11:35 am
Kalaulah ada syarikat yang boleh labur untuk cable fiber optik macam kat Singapore, mesti aku akan subscribe.
mijie Reply:
December 29th, 2009 at 10:42 pm
tm skrg tgh buat hsbb tu….tapi tak tau la biler dapat cover seluruh malaysia
kalau ikotkan sepatutnya internet kat Malaysia
ni patut dah laju…
tapi mungkin ada “traffic jam” kat mana-mana la tu…
hohohooo…
rohaizad Reply:
December 24th, 2009 at 11:36 am
Selagi “orang tu” yang monopoli back bone, selagi itulah ia lembap!
hafizmd Reply:
December 24th, 2009 at 1:58 pm
akupun rase camtuh..sbb pernah dgr mmg ade syarikat luar nk pasang cable optik tuh.tp ade ‘tangan2 ghaib’ yg x bagi..isk3..
okey eh potong?
harap2 P1 W1MAX ko okey la utk jangka masa yg lama… jgn seminggu dua jek yg ok…
aku, masih lagi dgn Celcom broadband nih… ingat nak tukar Streamyx balik, tapi x boleh bwk jln2….
rohaizad Reply:
December 24th, 2009 at 11:39 am
kena fikir banyak kali tu…
adakah akanku “POTONG” streamyx ni? rasanya tak kot sebab kat sini masih stabil dan laju..
rohaizad Reply:
December 24th, 2009 at 11:40 am
Jangan… ko kan pakai WIFI percuma kat UTM tu.. cehhh
wah… suda potong ka?
aku tunggu mase p1 wimax “masuk” kawasan aku ni.
bila la…
rohaizad Reply:
December 24th, 2009 at 11:40 am
Dah potong… ahahaha!
wah majoriti pengikut rohaizad dah guna p1 wimax…. takleh jadi nie kena potong tukar gak nie…
SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH/MASIHI
rohaizad Reply:
December 24th, 2009 at 11:41 am
Itulah pasal… ingat nak minta P1 Wimax sponsor aku ler.
Lagi komen positive pasal wimax.
semakin senang hati rasa nak try.
rohaizad Reply:
December 24th, 2009 at 11:42 am
So far macam tulah kot.
harapnya berterusanlah ok tu.. jangan lepas seminggu percubaan ade yang mengamuk plak.. hehe tapi takpe boleh mintak waiver..
rohaizad Reply:
December 24th, 2009 at 11:44 am
Haaa.. betul-betul… tapi SmartZul dah pakai lama kat area sini, so far okay.
setakat ni, streamyx masih ok di kawasan aku. wimax aje takde buka cawangan kat sini. Kalau ada, memang aku pakai punya..
rohaizad Reply:
December 24th, 2009 at 11:45 am
Kalau Streamyx okay, pakai je dulu. Tak pening kepala.
P1 Wimax memang rock! Semoga mereka terus berusaha untuk capai yang terbaik. Kalau bermasalah, normallah tu bagi sebuah syarikat yang baru.
rohaizad Reply:
December 24th, 2009 at 11:46 am
Ahahaha…. indahnya bersurfing di internet sekarang. Turun kencing manis dan darah tingi yang di sebabkan oleh Celcom Broadband selama ini.
wahhh..da tukar broadband..
bgus la tukar kalo internet problem..
xmood woo nk surf internet..
boleh kne terkenan perasaan heehee…
rohaizad Reply:
December 24th, 2009 at 11:47 am
Betul betul…rasa bahagia sekali wehh… ahahahah
aku rasa mana-mana broadband sama je. P1wimax yg member aku pakai pun boleh slow. Maybe tengok tempat jugak la. Skrg nih aku lebih selesa pakai streamyx.Lagipun skrg nih ada promotion upgrade streamyx 1Mbps to 2Mb or 4Mb. Nak try dulu yg 4Mb..tue kalo support lah kat kwsn aku…rase-rasenya x kot..huhuhu
rohaizad Reply:
December 24th, 2009 at 11:48 am
Ka tempat aku plak, Streamyx ni kalau angin kuat atau hujan… mulalah dia berkelip-kelip… sakit jiwa raga nih.
hafizmd Reply:
December 24th, 2009 at 2:02 pm
ok lagi tu bro ijad..kt tempat aku nie..kenkadang bile nak hujan tuh..biasela kan..ade bunyi guruh2 sket..terus xde connection..mau sakit tulang rusuk jadinyer..blum hujan dah xde..camne tuh?isk3..
rohaizad Reply:
December 24th, 2009 at 2:05 pm
Ha’ah, kadang-kadang tu dia punya sakit macam dah nak sampai ke buku lali jer. Rasa ringan jer nak terajang …. huhuhuhu
oho..nampaknya sudah potong..ahahaha..aku masih ngan streamyx..hehe
rohaizad Reply:
December 24th, 2009 at 11:49 am
Kalau teruk, potong… kalau okay, pakai je macam biasa.
Streamyx dekat rumah saya pun jadi semput.
tak tahu kenapa.mungkin adik-beradik dengan siput kot.
rohaizad Reply:
December 24th, 2009 at 11:50 am
Sebab awak cun sangat kot… tu yang connection tak stabil
Aik? Sudah potong ke? hehe..
Btw, sejak kebelakangan ni streamyx saya pun ada problem. Lambat gila..
Mungkinkah ini menandakan “sudah sampai masanya untuk berevolusi”?
rohaizad Reply:
December 24th, 2009 at 11:51 am
Maybe or maybe not
emm bru je bercadang nak pasang streamix
nmpak gaya kena pakai p1 wimax la klu mcm ni
selama setahun lbh pkai celcom broadband
amt mengecewakn…bnyk projek biz internet
tertangguh dan ditangguhkan…
rohaizad Reply:
December 24th, 2009 at 11:52 am
Iya, keputusan harus di ambil untuk kepuasan diri dan kerja yang harus di selesaikan.
Aku dah pernah pakai P1Wimax, tapi dengan kelajuan yang ‘kurang’ berbanding Streamyx…so aku terminate P1Wimax & continue dgn Streamyx. Tunggu P1Wimax dapat ‘lesen penuh’, skg nie lesen P kan.. hehe
rohaizad Reply:
December 24th, 2009 at 11:55 am
Mungkin lesen P itu di kawasan “border” coverage mereka. Tapi P1 tidak akan mengalah, sebab mereka survivor.
Potong jangan tak potong! Kat Triang dulu aku guna Celcom Broadband jer, balik kampung memang ada Streamyx. Tak tahu ler P1 Wiman macam mana, setakat ni ok jer Streamyx ni..
rohaizad Reply:
December 24th, 2009 at 11:57 am
Kalau ok, stay je dulu. Potong-memotong niakan berlaku jika tiada kesempurnaan. MAcam kes aku… teruk giler, every 10 minutes asyik kena re-connect sahaja.
[...] blog Rohaizad, dengar cerita beliau sudah ada jalur lebar baru. Tahniah, dan selamat maju jaya. Saya masih tetap setia bersama TM Net Streamyx dan Digi Broadband [...]
Diulas pada December 24th, 2009 at 5:15 pmijad dah potong, saya belum lagi,, bila la melaka nak ada POTONG ni
Aku pun ada guna P1 Wimax ni,tpi belum lagi sampai tahap kepuasan sebenar,2,3 bulan memang dia bagi laju,lepas 2 hampeh.Kita takde pilihan.Internet Malaysia sememangnya lembab
rohaizad Reply:
December 25th, 2009 at 12:09 pm
Yup, Malaysia harus banyak belajar dengan jiran mereka; Singapura!
uuuhh…nonsense!!aku rasa internet malaysia ni x kemana..skrg nie semua internet connection di Malaysia berSTATUS ‘BerukBand’..p1 wimax pun x tentu lg..tgk keadaan dan tempat..lgpun P1 wimax laju tuuuuuuuuuHHHHH mungkin clien belum ramai lg..HIGHWAY baru bukak..maklumlah..hehe..ko tgk la nanti ijad bila dah ramai mcm celcom nanti..dulu pun celcom laju jgk.aku pakai celcom nak laju lepas subuh jer..kihkih..lps kul 9 pg hamprakkk laa..aku pinjam ayat ko “Wahai Malaysia, bilalah masalah internet connection kita hendak naik? Asyik di takuk yang sama sahaja.” heheh..og lain dah 8MB speed..tu yg paling capraya skali..stakat 1mb…piiiiiiiiiiraahhh…cekit darah duit rakyat Malaysia puak2 kerparat nie..perompak bermaruah..lambat byr potong,connection mcm tahi,1 year contract..pandai..memperbodohkan rakyat Malaysia..x byr..surat lawyer sampai..ugut..lawyer dpt komisen..hehe.Nasib la korang rakyat Malaysia..termasuk aku!!!!!!!!!!!!!!!! aku pakai internet dekeat GOLOK laju giler…p1 pun x bleh lawan..belum bangkok lg tu..mmm..nasibla
Tahniah bro Ijad, Sudah potonngg
nanti aku cuba bila aku balik kl. hehe
sy guna P1 sejak julai 2009 area kajang.. dua bulan yg pertama tu ok je.. signal hijau. lepas tu dah kurang skit.. lebih2 lagi lepas iklan potong disiarkan. line dah sesak.. skang ni xpnah hijau lagi..cuma kuning atau merah. kalo time hujan, coverage terganggu..cam astro. sebab utama pilih p1 ni ialah boleh dibawa ke mana2 sbb sy study di s.alam. X sabar nk tggu fiber optik 10mb..
p1wiremax ni kat kg aku tak boleh. Iklan kat bandar muar ni macam bagus aje.. tapi masih hampeh. Jadi terpaksalah aku memakai steremix utk tahun ke2 selepas celcom broadband menyakitkan hati aku tahun 2008 dulu
so far aku guna streamyx dah 5 tahun…baru2 ni aku upgrade lagi ke 2Meg..so far tak de masalah……mungkin tengok tempat la agaknya.
[...] Tahun baru, azam baru, broadband pun baru – Terima kasih Puan Jig. [...]
Diulas pada January 6th, 2010 at 12:17 amoh gitu…. Lepas 2 bulan nanti kalau ok ruar2kan lah ….tgh consider nak potong nih..
aku masih setia dengan celcom bb aku.. still the best..
[...] terang, masalah Streamyx untuk aku tidak lagi wujud sejak aku bertukar kepada P1 Wimax. Dan aku masih lagi bernasih baik sebab P1 Wimax yang aku pakai ni masih lagi bagus [...]
Diulas pada July 25th, 2010 at 2:12 am