Seminar Smart Blogging – langkah baru sahaja bermula!
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging - Tarikh diterbitkan: December 23, 2009 onlineHanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita menerobos masuk ke tahun baru 2010. Kalau hendak diikutkan, tiada apa yang perlu di risaukan tetapi bagi orang yang bekerja sendiri mencari rezeki, ini adalah satu petanda untuk mereka merangka satu lagi wadah baru.
Orang bekerja sendiri lebih kurang seperti orang yang meniaga sendiri. Dia yang tentukan langkah hariannya, dia yang tentukan hala tuju perniagaannya, akaun untung rugi syarikatnya dan juga tebal nipis duit poketnya. Silap buat keputusan, maka rugilah dia.
Tapi malam tadi sewaktu menonton berita di TV3, ada berita gembira yang mungkin akan menyemarakkan lagi dunia “Sole Proprietor” di mana orang yang bekerja sendiri sudah boleh mencarum KWSP untuk diri masing-masing. Pada aku, ini satu perkara yang bagus kerana selagi ianya berbentuk simpanan, tiada rugi melabur.
Memang aku mengaku selama ini aku tidak mencarum KWSP tetapi itu tidak bermakna ia tidak menjamin masa hadapan. Yang penting, aku tetap “menyimpan”. Tidak percaya?
Kalau tidak percaya cuba lihat di sekeliling kita. Beribu rakan niaga Cina yang berniaga di luar sana, mana ada KWSP, betul?
Tapi mereka punya simpanan yang lebih banyak dari mereka yang mencarum KWSP. Dan itulah yang aku lakukan selama ini. Tapi di mana aku menyimpan.. biarlah aku sahaja yang tahu. Nanti kalau di beritahu, berdering pula handphone ini 24 jam… huhuhu.
Jadinya sebagai seorang blogger, dia juga perlu tahu untuk hidup pada kehidupannya yang akan datang. Dia mempunyai tanggungan yang sama seperti orang lain.
Blogging juga satu perniagaan, cuma perniagaannya sahaja yang berbentuk maya (virtual). Jadi untuk semua peserta Seminar Smart Blogging, aku rasa kamu tahu apa yang perlu di lakukan kerana kunci dan pintu sudah berada di hadapan mata. Kamu hanya tinggal buka dan pilih pintu yang betul sahaja.

Tapi walau apa pun, aku tetap akan bersama kalian (dari batch pertama sehinggalah yang terakhir). Sebagai buktinya, aku akan memenuhi setiap jemputan Revision Session ataupun mini gathering yang kalian telah aturkan (PERCUMA).
Kalau di Utara, kamu hanya aturkan masa dan harinya… aku akan datang walaupun dengan menaiki bas seorang diri. Kalau di KL, just inform sahaja bila manakala untuk bahagian Selatan, kita akan ulangkaji semua modul bersama-sama pada awal bulan Januari. Yang penting cubalah berbincang mengenainya di dalam forum yang telah di sediakan.
Jika kalian belum lagi bermula, inilah masanya untuk kita mulakannya sekali lagi. Aku akan membantu. Jadikan 2010 sebagai satu wadah baru untuk berblogging. Tiada istilah terlambat melainkan kita memutuskan untuk “berhenti”.
* Untuk mereka yang berminat dengan Personal Coaching, hantar sahaja nama dan details kamu ke tempahan@seminarblogging.com. Kalau ada masa maka aku akan hubungi kamu.

Oh yaa… jika ada di antara pembaca blog ini yang sedang tercari-cari LANGKAH PERTAMA untuk memulakan blog, ada satu berita gembira untuk kamu semua. 2 jejaka hensem di atas ini (Shaffik + Nuaeman) akan menganjurkan Bengkel Asas Blogging selama 2 hari berturut-turut pada HARGA YANG TIDAK MASUK AKAL.
Iya, seminar ini HANYA untuk mereka yang TIDAK TAHU LANGSUNG mengenai cara untuk membuat blog. Maknanya kamu datang dengan keadaan ZERO dan pulang dengan sebuah blog yang kamu sendiri bina selama 2 hari itu. Cool kan?
Kesimpulannya, kalau kamu memang ingin belajar, aku cukup rekomen untuk kamu membuat tempahan dengan segera. Opss… nanti kalau bengkel ini dah penuh, jangan cakap aku tak beritahu ya…
![]()
* Laman web rasmi bengkel blogging mereka akan siap dalam masa 3 hari sahaja lagi!
Bila dan di mana (rasanya di UTM Skudai lagi!), silalah hubungi mereka cepat-cepat!
Tempat hanya TERHAD untuk 25 orang sahaja!!









[...] Seminar Smart Blogging – langkah baru sahaja bermula! [...]
Diulas pada December 23rd, 2009 at 10:36 amtahniah kepada yang sudi datang kerana anda telah menjadi sebahagian dari keluarga smart blogging. jangan risau, insyallah kita akan sama2 membantu jika anda masih samar2..
rohaizad Reply:
December 23rd, 2009 at 2:36 pm
Insya Allah..
Hebat Tuan Rohaizad!
rohaizad Reply:
December 23rd, 2009 at 2:37 pm
Isshhh.. takdelah, biasa-biasa saja.
Bila lak agaknya aku dpt timba ilmu En. Rohaizad nih… rugi betul tak dpt pegi last seminar…
rohaizad Reply:
December 23rd, 2009 at 2:39 pm
Ada masa terluang nanti, berseminarlah kita.
Tahniah kepada para peserta dan penganjur Seminar Smart Blogging. Sekarang tiba masanya untuk melakukan tindakan bagi mencapai keputusan yang diinginkan.
Rasanya kini skop sudah menjadi luas dalam mengenali potensi blogging. Rasanya bagus juga kalau buat komuniti kat KL ini memandangkan ramai peserta datangnya dari Kuala Lumpur. Apa pandangan kalian?
rohaizad Reply:
December 23rd, 2009 at 2:39 pm
Dah pernah buat, tapi tak mendapat sambutanlah Qif. Tapi ada seminar lain rasanya untuk orang KL. Maybe sesuai.
Aqif Reply:
December 23rd, 2009 at 4:40 pm
Hmm..yeke. Nape agaknya KL ni x dapat sambutan cam kat JB ek..Alangkah baiknya kalau camtu..
Azree Hanifiah Reply:
December 24th, 2009 at 6:05 pm
Kat KL susah nak cari caterer yang boleh sediakan nasi ayam penyet.
Aqif Reply:
December 24th, 2009 at 7:06 pm
Satu persoalan yang tiada jawapannya buat ketika ini. Haha
Tak sabar nak pergi revision session ni jad,..tempoh bertenang dah nak jadi tempoh ‘bertendang’ plak ni…hahaha
wanmus Reply:
December 23rd, 2009 at 12:38 pm
tu dah peringkat bahaya tu
emyshahril.com Reply:
December 23rd, 2009 at 12:45 pm
Hehehe,…bukanya apa, rindu nak makan nasi penyekk dengan cili yg bikin nangis tu, …pastu sure, ok dan cool semula…. :p
Dividen KWSP tahun lepas xsilap dalam 4.5% manakala Amanah saham dalam 8.55(sebab tue bahagian bangsa lain selalu penuh sampai hendak tolong isi bahagian bumiputra).
Selamat berblogging pada tahun 2010.
rohaizad Reply:
December 23rd, 2009 at 2:41 pm
Bilalah En Hirman kita ni nak letak mukanya yang hensem tu yea?
Saya setuju untuk datang ke sesi revision kalau ianya diadakan di KL ataupun. Tapi, prefer JB la.. tak puas turun / round2 JB dan makan ayam penyet that day
rohaizad Reply:
December 23rd, 2009 at 2:42 pm
Boleh, discuss dengan member lain ya. Ada satu thread yang dah disediakan untuk tujuan ini dalam forum.
Azree Hanifiah Reply:
December 24th, 2009 at 6:06 pm
kalau nak buat revision tunggu jap kami yang sesi disember sempat buat duit dulu…
saya nasihat diri saya dan di harap kesemua ahli-ahli blogger baru atau lama mencarum di KWSP…. kalo tak menabung di Takaful atau Tabung Haji…
rohaizad Reply:
December 23rd, 2009 at 2:43 pm
Unit Trust Fund pun boleh juga
seronok rasanya tengok pegi seminar ramai-ramai. ada beza dengan personal coach kan? tapi personal coach lebih fokus!
tahniah kerana sekali lagi berjaya anjurkan seminat tersebut. tahniah juga kepada nuaeman dan shafik!
rohaizad Reply:
December 23rd, 2009 at 2:47 pm
Nanti revision session tu lebih kurang macam coaching jugak.
megat Reply:
December 23rd, 2009 at 5:56 pm
oh baguslah. maklumlah tak pernah tengok macam mana revision (hu3).
ps – reply dah send kat email. cun!
Jeles..dan..tahniah..
Teruskan membantu bro.
rohaizad Reply:
December 23rd, 2009 at 2:47 pm
Insya Allah… mana yang terdaya
Kacak sungguh abg Shaffik dan Nuaeman. Dah macam bodyguard ko Jad, tinggal lagi tak pkai black sunglass ngn bluetooth di telinga. Hahahaha
Aqif Reply:
December 23rd, 2009 at 8:46 pm
Boy, bila bro cakap camtu, baru saya teringat kat satu filem movie nama die ape ntah. Posing dia sebijik macam Shaffik ngan Nuaeman. Walau pape pun, tetap hensem.
terlintas nak tulis buku bertajuk “Kerjaya sebagai Blogger Profesional”.
rohaizad Reply:
December 24th, 2009 at 12:34 pm
Silakan… bagus tu.
makin ramai la blogger dari JB…sbb bro slalu sngat buat seminar kat sana?
Kat utara bila lg? org utara tak minat ker?
rohaizad Reply:
December 24th, 2009 at 7:06 pm
Jangan kata di Utara, di Perak pun belum ada permintaan.
Bro Ijad,
Kalau nak buat coaching kat area2 Kuantan, kontekla saya. Nak ber’sifu’gak dengan bro…
rohaizad Reply:
December 24th, 2009 at 7:04 pm
Setakat ini (dari 2007-2009), tiada langsung permintaan dari Kuantan. Kalau ada pun dulu ada seorang, tapi terus senyap sehingga hari ni.
Takper, kita tengoklah nanti.
takde permintaan utk ke kota bahru ke encik rohaizad?
rohaizad Reply:
December 24th, 2009 at 8:54 pm
Ada ke?
peminatjutawan Reply:
December 24th, 2009 at 10:09 pm
Saya sendiri berminat juga untuk pergi kalau ada di kota bahru…tp tak tau la..tp mungkin kos tak efektif kalau sy sorang je pesertannya
rohaizad Reply:
December 24th, 2009 at 10:10 pm
aktechpage.com Reply:
December 25th, 2009 at 12:14 am
saya pun nak juga, baru 2 org je…peminatjutawan, jom cari ramai2 lg geng kelate kito…heheheh
Tp insya allah, ada beberapa IM Kelate sedang cuba menubuhkan 1 kelab berdaftar utk IM & Blogger Kelantan. Harap2 ia menjadi kenyataan. Ameennn.
rohaizad Reply:
December 25th, 2009 at 7:09 am
Insya Allah, 2011 mungkin masa yang paling sesuai sebab semua kerja dah pun siap.
yeap blogging itu cool !
nice one rohaizad hehe
[...] membela dilema muslim. Tuan Zamri dengan brandentitinya. Tuan Haeqal dengan kegilaan membaca buku. Tuan Rohaizad dengan kesetiaannya pada blogging. Tuan Zulfadli dengan minat barunya pada nasi ayam penyet ( ) [...]
Diulas pada December 25th, 2009 at 12:41 pmhuhuhu..gambar nasi ayam penyek tak ado ker? hehe:) mengidam pulok.. terima kasih En rohaizad dan kawan kawan kerana membuka ruang untuk saya mendalami dunia blogging…baru selesai update blog kuasacyber…mengenai seminar smart blogging…
[...] and others. Then there comes my hobbies… make money blogging, gempaknewbie.com, attending smartblogging seminar, enjoying several nasi ayam penyet dinner with my blogger and IM colleagues, began my TNX [...]
Diulas pada January 3rd, 2010 at 3:58 amSemakin besar keluarga smart blogging ni ye….
tahniah semoga terus berjaya dimasa2 depan..
rohaizad Reply:
March 22nd, 2010 at 1:09 am
Insya Allah…