Perbezaan (baik-buruk) termasuk sumber pendapatan di antara seorang IM dan seorang blogger.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet, Renungan Hari Jumaat - Tarikh diterbitkan: December 25, 2009 onlineKebelakangan ini, semakin banyak cerita dan pendapat yang di perkatakan mengenai perbezaan IM dan juga seorang blogger. Sampai pada satu tahap, yang IM bercakap mengenai dunia blogging dan blogger pula berbicara mengenai pada IM mengikut dasar dan pendirian masing-masing.
Yang paling kelakar, ada juga yang membezakan perbezaan sumber pendapatan antara dua kelompok ini. Pelik bin ajaib pula bila memikirkannya. Ermmm… sebenarnya kedua kelompok ini adalah manusia biasa cuma platform dan cara keduanya menjalankan aktiviti sahaja yang berbeza.
Jadi untuk hari Jumaat yang mulia ini, apa kata kita jadikannya sebagai satu hari yang berinformatif untuk semua khususnya pembaca setia blog ini. Aku ingin sekali mengupas perkara ini kerana ada banyak lagi yang belum terkupas.
Bagaimana caranya ya?
Baiklah.
Dahulu, blog ini pernah compilekan semua komen pembacanya mengenai 20 perkara yang membuatkan seseorang blogger itu “outstanding” di kalangan pembacanya sendiri. Dan sekali lagi, pendekatan dan kaedah yang sama akan di gunapakai untuk topik yang berbeza.

Ada 4 topik yang akan di kupas melalui ruangan komen (untuk kamu mengutarakan pendapat masing-masing):
1. Keburukan dan teknik buruk yang di lakukan oleh seorang IM semata-mata kerana DUIT.
2. Kebaikan yang di perolehi oleh pembeli setelah membeli produk/perkhidmatan seseorang IM itu.3. Keburukan dan teknik buruk yang di lakukan oleh seorang BLOGGER semata-mata kerana DUIT.
4. Kebaikan yang di perolehi oleh client setelah membeli/menyewa produk/perkhidmatan seseorang BLOGGER di blognya
Rohaizad Dot Com sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik untuk pembacanya, walaupun tidaklah sesempurna mana. Sebab itulah entri seperti ini merupakan cara paling berkesan untuk dia mengambil bahagian bersama pembacanya sendiri.
Come`on lah…. aku suka dengan pendapat kamu semua, bukankah pembaca setia blog ini semuanya “ikut resmi padi”?
Janganlah menjadi silent reader sahaja ya sebab takut nanti “diam-diam ubi… berisi, diam-diam besi… berkarat pula“.
Bagi diri aku sendiri, aku akan menantikan sebuah komen ataupun jawapan yang aku sendiri cari selama ini (sudah ada dalam minda ini). Cuma nak lihat siapakah yang berjaya menerangkannya dengan penuh PENUH KEJUJURAN.
* Mana-mana komen yang paling tepat dan menghampiri kepada jawapan yang di ingini, maka komen mereka akan di compilekan ke dalam entri baru. Oh yaa… kalau kamu ada lebih dari satu ulasan pun tidak mengapa. Asal bagus dan seronok untuk dikongsi, ia tetap akan di pilih.
** Peraduan TEKA JUMLAH komen di blog rohaizad dot com semakin hampiri pada tarikhnya, jika kamu ada buat review… jangan lupa untuk inform aku yea…
*** Nantikan SATU LAGI peraduan yang akan membolehkan kamu memenangi RM600.00 CASH minggu hadapan…!!!
**** Jangan lupa tidak lama lagi, akan ada satu segmen yang telah di taja oleh sebuah radio internet di mana perbincangan mengenai dunia internet (termasuklah blogging dan IM) akan ke udara !!!








1. mailing list
aku rasa bnda pling aku bnci..msa nk subscribe ckp akn hntar info tntang sesatu yg kita nk plajari..bila dh subscribe, sgala jenis produk die promote..
2. yg baiknya kita boleh blajar sesuatu yg bru dr produk dieorg dan mmpercepatkn lagi proses sesuatu bnda sbb kajian telah dilakukan oleh IM tu sendri.
3. Spam blog sampah pastu bila dh beli dieorg xkekal kn link mengikut masa yg ditetapkan. kadang-kadang ade blogger letak harga yg boleh kill market utk blog dieorg.
4. pada aku backlink lah yg dperlukan oleh client utk naikkan lagi blog or site dieorg tntang sesautu keyword or niche.
entah paham ke x aku tulis ni haha..tp ijad ni mmg pngalaman ku
rohaizad Reply:
December 25th, 2009 at 11:24 am
Aku dapat apa yang cuba di sampaikan. Tapi still lagi menunggu pendapat rakan blogger yang lain.
Thanks Mizi
1.Blackhat ar paling popular.Matlamat yang menghalalkan cara mereka.Dan ada plak yang create produk tahap dewa mahal, tapi apa yang ada dalam tu hampeh je.
Support after sales kebanyakannya tak buat.Ada yang buat separuh jalan dan ada yang tak buat langsung.
2.Apa yang baiknya adalah dapat la belajar sesuatu yang lain,dan juga ada juga teknik yang amat berkesan dan tak pernah pun aku tau rupanya menjadi sampai sekarang.hehe.
3.Kalau blogger, biasanya ada plak yang create group untuk klik ads..mesti korang tau sapa dia..haha..
4.Kebaikan no 4 ni plak,biasanya review atau service.Mcam aku aku berikan service design.Tapi untuk tahun 2010 ni, takde lagi service design dari reezluv.com, tapi dari domain yang lain..hehe
rohaizad Reply:
December 25th, 2009 at 11:33 am
CUN…!!!
Memang ada point, best.
p/s: ada lagi yang berani utarakan pendapat?
1. keburukan? teknik buruk? Mailing list antara rekod terburuk yang aku pernah nampak setakat ni. Bagi aku, mailing list ni dah jadi sebagai satu tempat untuk spamming secara sah. Lepas kita subscribe, diorang promote apa yang diorang suka. Itu belum yang dalam sehari, blast 2-3 email. Tu sehari. kalau tiap-tiap hari? Sakit jiwa gak dibuatnya. Lepas tu, leh plak kata, kalau tak berminat, boleh unsubscribe email diorang. Actually, banyak keburukan yg lain. Tapi bagi aku, ini yang paling ketara sekali.
2. kebaikan? kalau produk tu ebook, biasanya dapat update untuk versi-versi yang seterusnya. Tapi tak ramai yg ada versi yang seterusnya. Banyak gak yang wat hit and run. Yang tak berupdate bertahun-tahun pun ada. apatah lagi yang berbulan-bulan. Tapi aku tahu ada juga yg bagus-bagus belaka dan sentiasa bantu buyer diorang.
3. Yang pasti, ramai orang tak suka dialah. Confirm. Tapi percaya atau tak, orang macam ni lah yg paling ramai. Cuma kita tak tahu aje..
4. kebaikan? Bergantung pada individu. Kalau servis bagus, of course client suka dan akan guna lagi servis diorang. Contoh servis review, kalau servis review tu bagus, hingga dapat lead atau sales dan jumlah klik yang mengagumkan, tak mustahil untuk kita guana lagi servis diorang. Tapi macam biasalah, tak semudah kita nak puaskan hati semua orang. Mesti ada yang tak suka dengan servis kita walaupun majoritinya suka. Biasalah tu. Normal bagi servis-servis nih..
Itu aje. Ada gak orang berani sentuh benda ni. Aku dah sentuh sebahagian part ni dulu. Tapi cam biasa, tak ramai berani komen..
rohaizad Reply:
December 25th, 2009 at 11:36 am
Tak berani komen?
Kenapa ehh?
Sebab pembaca blog rohaizad dot com ini aku rasa semuanya berani-berani belako.
Mereka berani sebab mereka benar. Kita harus keluar dari kepompong yang “tidak benar” kerana rezeki kita di tangan Allah, bukan pada individu tertentu.
Apa pun, aku suka dengan komen ko Titan. “The time has come…”
titan Reply:
December 25th, 2009 at 11:41 am
Entah, mungkin diorang kurang berani. Biarlah, takde paksaan untuk membuat komen.
Aku harap sesuatu yang baru untuk tahun 2010. Yap, rezeki datang dari Allah. Bukan individu tertentu.
Yup. Masanya bakal tiba..
smartzul Reply:
December 25th, 2009 at 3:31 pm
Yang buruk bukan Email Marketing, tetapi si pelakunya. Kalau mahu kira buruk, blog pun boleh jadi buruk jika si empunyanya berlagak sombong, tulisannya yang angkuh, memfitnah, mengata dan mengumpat. Itu belum kita lagi guna teknik Spam, cara yang tidak beretika dan blackhat.
Email marketing kalau dilihat secara menyeluruh, ia satu alat yang amat bagus termasuklah untuk para blogger. Blog + Autoresponder adalah satu integrasi yang amat bagus sekali kalau mahu pergi jauh ke hadapan. Tidak boleh melihat ia dengan terlalu pesimis gara-gara segelintir IM menyalahgunakannya. Lantas kita menidakkannya atau disenaraihitamkan. Kita yang rugi juga akhirnya.
Lihatlah kebanyakan problogger seperti John Chow, Yaro Starak, dan ramai lagi, mereka pun telah menggunakan autoresponder. Kata John Chow, itulah anjakan terbaik untuk para blogger untuk naik ke next level. Back end punya sistem. Kata dia lagi, untung sebenar adalah ‘di belakang’ selain yang ‘di depan’.
*En. Ijad kita pun dah guna autoresponder.
Wanmus pun ada pakai juga. Dan ramai lagi…
Namun saya faham yang titan mahu maksudkan. Kebanyakan IM tidak faham-faham kemarahan orang agar jangan hantar emel yang membuta tuli (saya pun dah unsubscribe banyak newsletter IM).
Sebagai IM yang hampir 4 tahun guna email marketing, saya akui beberapa kesilapan pernah saya lakukan dulu, namun itu adalah ‘learning curve’, sepertimana seorang blogger yang juga melaluinya (melakukan kesilapan ~ percubaan). Maka hukuman mengatakan email marketing ‘the worst’ adalah tidak wajar sama sekali. Yang the worst adalah IM itu, bukan teknik.
Tidak pelik apabila blogger melihat IM dengan pandangan buruk, dan IM pula mengatakan blogger tidak memahami. Bagi saya, adalah mudah sebenarnya. Kita perlu lmeihat sesuatu itu pada pertemuan satu titik dan secara menyeluruh. Bukan dengan pandangan siapa kita sekarang. Jika tidak, kita akan melihat secara sempit. Dan di situlah akan terhasilnya pendapat yang tidak adil.
Sekarang, kita perlu fikirkan, apakah yang boleh kita sama-sama lakukan untuk menjadikan bisnes blogging dan IM melonjak ke tahap yang lebih tinggi. Sebaliknya, bukan mencari siapa salah atau siapa betul. Ia tidak akan membawa kita ke mana-mana.
Seperti mana saya, tiada masalah untuk saya bekerjasama dengan para blogger dan juga tiada masalah untuk duduk bersama dengan para IM. Bagaimana saya boleh melakukan dua hal ini? Jawapannya mudah seperti yang saya nyatakan tadi: Cari satu titik yang boleh kita integrasikan bersama. Bukan cari salah atau betul.
titan Reply:
December 25th, 2009 at 4:20 pm
yup. betul. Sebab tu aku kata antara rekod yang terburuk. Banyak lagi rekod buruk macam isu blakchat, scammer dan sebagainya. Cuma mailing list yang aku rasa perlu dititikberatkan. Dan itu adalah bagi pandangan aku. Dan aku juga bagitau banyak gak IM dan blogger bagus-bagus. Yang tak bagus tu, faham-fahamlah.
Takde masalah nak pakai mailing list. Buat aje. Cuma macam zul cakap, jangan main membuta-tuli aje. Kalau blast benda yang berkaitan, tak apa juga. Ini tak ada kaitan langsung. Kira ok blast sekali. Ni blast berkali-kali.
Dan sebab itu aku harap ada sesuatu yang baru pada tahun 2010. Itu perubahan.
rohaizad Reply:
December 26th, 2009 at 10:28 am
Titan, semuanya di lakukan kerana “duit”.
UstazCahaya Reply:
December 26th, 2009 at 6:55 am
Salam semua.
Pendirian Zul tentang ‘email marketing’ sangat adil, bijak dan kritis. Saya sudah jadi pembaca dan pelanggan zul lebih daripada setahun.
Saya sudah jadi pembaca dan pelanggan Yaro Starak lebih 2 tahun.
MENGAPA SAYA SETIA?
SmartZul dan Yaro, benar-benar menggunakan ‘email marketing’ dengan baik dan betul.
Semoga pengakuan saya sebagai pelanggan ini, boleh dijadikan iktibar kepada IM dan Blogger semua.
PS: Bukan kerana anda menghantar email 3 kali seminggu maka anda akan diingati di minda pelanggan, TAPI kerana isi email anda yang walaupun hanya 1 untuk 2 bulan. Siapa faham, dia faham;-)
rohaizad Reply:
December 26th, 2009 at 10:27 am
“Siapa faham, dia faham”
p/s: suka dengan tagline ini sebab ramai yang bukan tidak faham, tapi “tidak geti bahasa”… itu yang di hebohkan di dalam sebuah forum tempatan baru-baru ini. huhuhuhuhu…
Ni lah perangai ORang kita yang lebih suka memburuk-buruk orang lain. Kan lebih baik kita BERSATU membina platform mengikut kepakaran masing-masing dan membantu seramai mungkin berjaya dalam HIDUP. Berapa ramai rakan-rakan kita yang tiada sumber pendapatan di luar sana walaupun mereka adalah pemengang IJAZAH.
smartzul Reply:
December 25th, 2009 at 3:35 pm
Saya setuju dengan denaihati. Itulah yang saya mahu maksudkan dengan komen saya yang panjang lebar di atas.
Oh ya, saya pernah menulis satu artikel yang mirip dengan maksud denaihati di atas:
http://blog.smartusaha.com/apakah-posisi-kita/
(mohon kebenaran Encik Rohaizad untuk saya letak link tersebut).
ps. Namun denaihati, untuk menghormati permintaan empunya blog pada topik ini, maka tiadalah salah untuk menyenaraikan
Kalau cakap pasal IM:
Kebaikan
1. Produk berkualiti dan membantu mereka yang memerlukan. Produk yang tak sia2 membelinya walaupun ribuan ringgit sebab ia memang berbaloi!
2. Perkongsian bagaimana untuk jana pendapatan online. Yang ni aku respek IM kita sebab diorang memang kreatif.
Keburukan
1. Mailing list yang xberfaedah. Nampak sangat nak untung cepat. Rileks bro. Jangan sampai menyesal seumur hidup sebab mailing list sendiri. Customer join mailing list sebab nak tau info2, teknik2 terbaru bukan nak hilangkan mood bila buka email.
2. Testimonial gila2 punya gempak tapi produk hampeh. Yang ini memang hancus.
Kalau cakap pasal blogger:
Kebaikan
1. Banyak info terkini dan berfaedah yang boleh dikongsi bersama. Jujurnya, banyak ilmu dan pengetahuan yang aku dapat dari blogger2 serata dunia. Cayalah!
2. Produk dan servis lebih berkesan melalui blog sebab ia selalu diupdate. Affiliate dan produk mudah laku melalui blog.
Keburukan
1. Plagiat! Kalau nak copy pun pandai2 la modify. Ini sejibik ja amik siap dengan imej sekali.
2. “Saya dah klik ads awak. Boleh klik ads saya pula?”. Adeh. Yang ini memang nak kena pukul.
rohaizad Reply:
December 25th, 2009 at 12:00 pm
“Saya dah klik ads awak. Boleh klik ads saya pula?”
Yang ini memang tak bleh blah sebab aktiviti seperti inilah yang membuatkan negara kita berada di dalam “fraud country” oleh sesetengah program antarabangsa… pheewwww!
Salah satu kebaikan blogger selain dari sumber pendapatan adlah ilmu yang dicari.Maybe bagi newbie teknik plagiat selalu digunakan tapi lama kelamaan mereka akan mencipta trademark mereka sendiri kerana ada idea yang dicipta oleh mereka.Dekat dunia internet tiada yang baru just pembaharuan dari yang asas sahaja.Selain blogger itu cool mereka juga tahu akan perkembangan semasa kerana sentiasa mengupdate blog mereka.Dengan berblogging semua benda kita boleh jadi.Pakar Finance,Pakar travel or Pakar Doctor..hehehe
rohaizad Reply:
December 26th, 2009 at 10:41 am
Yup, blogging adalah satu “pintu” yang ramai orang tidak perasan akan kewujudannya.
IM:
Keburukan krn duit:
1. Buat produk sebab nak untung cepat sbb apa yg difikirkan cuma nak kaya cepat, nak duit cepat. Secara tak langsung, subscriber pun akan menyampah dgn cepat…hoho..
2. Mailing list yg pernuh dengan edisi jualan, berhemah atau tak, tak payah difikirkan. Janji, dapat duit cepat dan masyuk setiap hari… So, nak blast emel 2-3kali sehari pun no hal la kan. Tambah pula dengan ayat2 cacian yg tak sepatutnya ada, ape kes…?
Kebaikan stlh membeli produk IM:
1. Masih ada follow-up setiap kali ada masalah dgn produk, tak faham ke apa. Tapi biasanya dibuat oleh IM yg tak fikir utk kaya cepat dan benar2 jujur dalam urusniaga. IM yg bagus biasanya akan berikan info2 yg mmg diperlukan oleh subscriber dan berkualiti utk customer terus subscribe.
2. IM yg kurang jujur sbb nak duit cepat biasanya akan buat ikut dan je produk depa. So, jangan harap kita boleh dapat follow up jika bermasalah.
Blogger:
Keburukan kerana duit:
1. Bayaran utk servis blog maybe tak berbaloi dgn apa yg client bakal dapat. Tipu trafik ke sebab nak bagi org betul2 berminat utk letak iklan atau servis yg dibuat di blog.
Kebaikan:
1. Byk maklumat yg kita dapat hasil daripada aktiviti blogging diorg. Seronok nak ikuti perkembangan blogger yg suka share tutorial, cerita atau apa2 yg diorg belajar dan usahakan. Bila baca hasil tulisan blogger2 yg bermanfaat ni, biasanya kita sendiri rasa ada aura motivasi utk kita terus berusaha dan berjaya seperti beliau, hoh…Tu kuasa blogger yg dahsyat.
2. Traffik ke blog kita akan meningkat sebab kita gunakan perkhidmatan berbaloi mereka. Tp, klu mereka blogger yg fikirkan duit, mungkin susah utk kita jana trafik daripada perkhidmatan tersebut sebab mereka fikir, janji masyuk. Lain2 hal, bukan urusan mereka..
*Just my cents
rohaizad Reply:
December 25th, 2009 at 2:03 pm
Sungguh matang komen ini. Mesti banyak membaca dan melihat keadaan sekeliling…
Rakan lain… ada yang ingin menambah?
smartzul Reply:
December 25th, 2009 at 3:38 pm
Kakeru tu ‘ulat buku’. Hehe.. Diam-diam ubi berisi.
titan Reply:
December 25th, 2009 at 4:23 pm
bukan takat ulat buku. TU dah masuk ulat novel gak..
kakeru Reply:
December 25th, 2009 at 10:28 pm
Ulat buku dan ulat novel eh. Tak campur lagi dengan ulat blog, eh buleh ke eh..hoho.. Ulat blog utk blog2 seperti yg saya ceritakan di atas, blog yg byk sharing their thought, share maklumat dan pandangan yg bernas mmg akan jadi ikutan.
Thus, pendapat saya blog2 macam bro Rohaizad, Smartzul n Titan mmg memberikan byk info. Cuma org mcm saya ni selalunya membaca dan menghadam info tersebut. Then, once in a blue moon akan letak komen sekiranya komen tu benar2 dirasakan bernas dan bermanfaat utk dibaca.
So, terima kasih utk blogger spt anda bertiga. Teruskan mencambah pemikiran semua reader, mudah2an ia dapat menjadi aset anda semua ‘di sana’ nanti. Amin.
rohaizad Reply:
December 26th, 2009 at 10:40 am
Kakeru ni silent reader, tapi sekali dia komen… pheeww
p/s: bermotivasi sungguh komennya.
Kebanyakan senarai2 yg korang buat memang aku setuju sangat. Aku pun bukan sikit beli e-book, subscribe berpuluh2 mailing list. Almost 80% nak duit ko, yg lain semua kira ok la bagi info. Aku rasa attitude adalah penting dalam semua bidang tak kira la ko nak buat ape, ko dalam profession ape. Kalau rasa matlamat boleh menghalalkan cara.. then aku rasa baik la ..lu pikir la sendiri…hehehe..cehh ayat…betul ke tidak aku tulis ni…hmm… gua pikir la sendiri…..maaf kalau ader salah….
rohaizad Reply:
December 25th, 2009 at 2:37 pm
“hehehe..cehh ayat…betul ke tidak aku tulis ni”
Zam,
Ini bukan cerita sama ada betul atau tidak apa yang di tulis. Apabila kita memberikan komen, itu adalah HAK KITA. Bila di katakan mengenai HAK, maka kita seharusnya berbangga dengan apa yang kita ada.
So jangan takut kalau apa yang di tulis itu salah kerana di situlah terletaknya nilai sebenar keperibadian kita. Kita kena berani. Kalau komen kita berada di atas pagar (50/50), parah jugak tuh.
p/s: anyway, aku setuju dengan apa yang ko tulis. thanks
zam Reply:
December 25th, 2009 at 3:07 pm
thanks bro… ok la.. setuju dengan apa yang bro cakap. Cuma aku jenis tak suka nak susahkan org/sakitkan hati orang ..tu jekk….
rohaizad Reply:
December 25th, 2009 at 3:11 pm
Zam, tiada yang akan terluka sebab kita ingin mendapatkan pendapat sahaja.
p/s: aku tak faham dengan ayat “tak suka nak susahkan org/sakitkan hati orang”. kenapa boleh fikir sampai ke situ ehh?
Salam…
walaupun donnyien.com baru 3 bulan ditubuhkan dinternet,saya rasa aktiviti blogging lebih sesuai dalam jiwa saya sebab ia dapat mengasah bakat kita untuk menulis dan menimba banyak ilmu pengetahuan disamping menjana pendapatan dari pengiklanan macam blog rozaihad.com..
Bro,saya suka ayat awak ‘Rohaizad Dot Com sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik untuk pembacanya, walaupun tidaklah sesempurna mana’.
Keep it up bro..
maaf topik saya tersasar sedikit tapi saya memang setuju dengan semua komen tuan-tuan dan puan-puan diatas.
semua benda memang ada baik buruknya dan terpulang pada kita sendiri untuk menilainya iaitu sentiasa ‘lihat dr sudut positif nya’.
rohaizad Reply:
December 25th, 2009 at 3:12 pm
Yup, dan jangan sesekali “takut” untuk memberi pendapat. Kita ada blog dan kita ada pendapat masing-masing.
IM & Blogger adalah kalangan Pengguna Internet tegar… Mengikut kajian dari sumber yang boleh di percayai, mereka ini tumbuh setiap 1 orang untuk 1 jam…. di seluruh dunia di dalam pelbagai variasi…
1. Keburukan dan teknik buruk yang di lakukan oleh seorang IM semata-mata kerana DUIT.
>> Janji manis dan recycle produk. Kandungan sama, tapi ayat pemanisnya lain. Ini pengaruh IM Barat punya.
>> Surat jualan terlalu hype. Ayat yang tak boleh blah contohnya, “Tak pandai komputer pun tak apa. Perlu klik klik dan klik saja.” Hoho.. Kalau semudah itu, sepatutnya dah ramai yang jadi jutawan internet.
>> Salah sendiri, tapi pergi salahkan pelanggan. Kalau pelanggan tidak suka, mesti ada salah yang kita buat. Jadi jangan pula dimarahkan pelanggan.
>> Buat-buat tak tahu. Orang dah ramai menyindir dan menulis tidak puas hati. Tapi mereka masih lagi buat tak tahu.
>> Support produk sebelumnya entah ke mana, tup tup dah promote produk lain. Hmm…
>> First, jual produk cara buat duit berharga ratus ringgit. Then bila pembeli tak dapat buat duit, dikatanya pula, “belilah produk yang ini jika produk pertama tadi tidak membantu.” Sepatutnya dibantu, bukan diberikan ‘ubat’ yang lain.
2. Kebaikan yang di perolehi oleh pembeli setelah membeli produk/perkhidmatan seseorang IM itu.
>> Over-deliver. Janji sikit tapi bagi lebih. Susah mahu jumpa IM macam ni. Orang kata, ada benda suprise. Saya sendiri pun sukar untuk melakukannya. InsyaAllah, masih terus mencuba.
>> JV. Kita dapat lihat para IM bekerjasama satu sama lain. Soal produk tak bagus tu, lain cerita. Tapi kerjasama mereka tu, boleh diteladani oleh orang lain termasuk para blogger. Walau mereka terkadang berbeza pendapat, tapi JV tetap JV.
3. Keburukan dan teknik buruk yang dilakukan oleh seorang BLOGGER semata-mata kerana DUIT.
>> Ego. Pada mereka, hanya mereka yang betul. Orang lain salah. Nak buat macam mana, itu blog mereka. “Ini blog aku, maka suka hati aku nak cakap apa.” Kenyataan ini memang betul, tapi kita perlu ingat, tanpa pembaca, siapalah kita? Maka perlu hormat prinsip dan cara orang lain juga. Bahasa kena jaga.
>> Kerjasama. Maaf kalau komen ini salah. Konsep JV di kalangan blogger masih kurang dipraktikkan. Kebanyakan, masing-masing membawa haluan tersendiri.
>> Blackhat! Tak perlu cakap banyak teknik ini. Sudah pasti ia teknik yang merugikan semua pihak tanpa perlu didebatkan lagi.
4. Kebaikan yang diperolehi oleh client setelah membeli/menyewa produk/perkhidmatan seseorang BLOGGER di blognya.
>> Cara blogger yang paling best, apabila mereka kongsi sesuatu, ia FREE OF CHARGE. Ini yang paling saya respect.
NAMUN, blogger perlu hormati juga kerjaya yang lain seperti infopreneur, info marketer dan Internet Marketer. Sudah kerja mereka MENJUAL, maka tidak boleh kita katakan mereka salah atau tidak boleh jual ebook dan lain-lain. Kaedah dalam IM lebih kepada direct marketing. Sama sekali tidak sama dengan kaedah blogging.
Ebook atau apa jua produk informasi, adalah pertukaran dalam satu jual beli. Selagi ada pertukaran, ia SAH. Boleh baca tulisan Dr. Arief Salleh (PhD). Ini juga dikatakan oleh para ulama. Maka, tidak boleh sesuka hati menjatuhkan hukum menjual produk informasi sebagai haram.
Keduanya, percuma atau berbayar, itu tidak perlu dipersoalkan. Yang percuma ada lebihnya, yang berbayar ada juga lebihnya. Yang penting, kedua-dua cara boleh menyebarkan ilmu. Ini juga ada dinyatakan oleh Dr. Arief dalam tulisannya.
Konsep berbayar juga ada dalam open source (OO) di mana perisian OO kita boleh kenakan caj kalau ada orang mahu. Caj itu pada servis (download, penghantaran…), bukan caj harga perisian. Boleh baca terma ini di laman web open source. Maksudnya di sini, untuk menyebarkan sotfware percuma tadi, tidak semestinya dengan cara percuma semata-mata. Yang penting, ia tersebar walaupun dikenakan caj.
>> Apa lagi yang cool mengenai blogger? Mudah dijadikan kawan. Tidak terlalu meletak diri mereka setinggi langit walaupun mereka seorang problogger. Mereka ini cool orangnya. Pendek kata, mereka ni sempoi habis.
—————
Apa pun, blogger dan IM perlu menghormati satu sama lain. Masing-masing punya kaedah tersendiri. Kita tidak boleh menyuruh ayam masuk ke reban itik. Dan memaksa itik memasuki reban ayam. Masing-masing punya cara dan teknik tersendiri (ada reban masing-masing). Helang dengan helang, pipit dengan pipit.
Apa yang kita nampak, mungkin mereka lebih nampak daripada kita. Jika kita melihat 10 meter ke hadapan, mungkin mereka memandang(memahami) lebih 100 meter ke hadapan. Jalan terbaik adalah, ajak mereka berdiskusi dan tanya mereka. Ia lebih baik daripada membuat andaian yang mungkin tidak berpijak pada bumi yang nyata. Malah mungkin kita akan menyatakan bahawa, “Oh, aku salah faham rupanya. Nasib baik aku tanya dulu.”
Wassalam.
kakeru Reply:
December 25th, 2009 at 10:34 pm
Komen yg mmg berguna. Thanks sbb dikongsikan bersama di sini SmartZul. Boleh jadikan artikel utk diulas lebih lanjut nih
smartzul punye komen boleh wat 1 artikel kt blog hehe..gurau jer..
mmg setuju apa yg bro zul katakan.
byk benda boleh kita belajar dri komen zul ni..
muhasabah diri
rohaizad Reply:
December 26th, 2009 at 10:38 am
Standardlah tu. Dia kalau tulis, boleh buat novel sebenarnya… ahahahah!
1. Keburukan pd IM
mailing list. Masa kita subcribe, kita nak info produk tu, tp sedikit saja info diberikan dan dipromosikan dgn pelbagai produk2 lain. Tambahan pula, produk2 tu dipromosikan oleh IM2 lain juga. Sakit jiwa juga ramai2 yg promote brg kat kita.
2. Kebaikan pd pembeli produk
produk yg memberi maklumat berguna kpd kita.
3. Keburukan blogger
Artikel yg menipu. Tajuk lain, artikel lain untuk suruh org masuk atau keyword SEO yg tiada kaitan.
4. Kebaikan servis blogger
Mudah nk berurusan dan blogger memberikan maklumat secara benar dan ikhlas berbanding IM yg menjual maklumat yg hype.
rohaizad Reply:
December 26th, 2009 at 10:39 am
“Masa kita subcribe, kita nak info produk tu, tp sedikit saja info diberikan dan dipromosikan dgn pelbagai produk2 lain.”
p/s: banyak betul yang tension dengan situasi ni ya?
Keburukan IM
1. diorang sendiri yang buat ebook kadang2 hanya try buat teknik yang diorang ajar baru beberapa kali…maksudnya diorang xpakar sepenuhnya apa yang di cuba sampaikan….
2. mailing list sudah semestinya….xperlu nak urai panjang lagi yg arif…subcribe pasal info kesihatan alih2 dapat emel camne nak melabur dengan emas..ini contoh sahaja….
Kebaikan IM
1. Mengambil info dari internet dan ulas dengan ayat mudah difahami….
-walau kita tahu diorang amek dari internet tapi kadang2 bagus juga untuk orang sememangnya 0…golongan ini sememangnya malas nak search kat internet dan kebanyakannya sumber diinternet dalam inggeris dan sukar untuk difahami kepada sesetengah golongan….tapi kalau ebook tuh dapat kat otai2 mesti kena label jadi ebook sampah la…hahaha
Keburukan blogger
1. fakta tak betul dan promote tak tentu hala…
kebaikan…
1.
2.
3.
4.
5.
orang lain la plak tolong isi…hahaha
rohaizad Reply:
December 26th, 2009 at 10:37 am
Cehh…ahahahah.
Ko Ni Zuki, orang nak baca pendapat ko… ko plak mintak orang lain sambung. kah kah kah!
Bagi saya IM dan Blogger lebih kurang sama sekiranya blog itu bertujuan untuk sale barang or advertise.
Selalunya IM bagi saya lebih berpengalaman dan menjaga kredibiliti.So tak banyak keburukan sangat.Masalah datang bila support after sale dan ebook itu sendiri tak berkualiti.Bila kita subscribe kita sepatutnya tau yang memang IM ni akan promote produk diorang berjuta kali.Saya takde masalah dengan tu.Biasa lah nak jual barang.Good attitude actually.Pernah jugak dengar cerita IM bagi private tutor macam nak taknak je.Kalau kena camtu sakit hati jugak.
Kalau blogger ni jahat sikit.Diorang boleh buat macam2 untuk naikkan rank blog contohnya kutuk sana,provoke sini,malukan artis,buat gosip liar,politik etc..Tapi banyak jugak blogger yang beribawa.Banyak gila actually.
Selalunya kalau nak jual produk fizikal,advertiser akan cari blogger yang well-ranked ataupun niche blog yang padan dengan produknya.Feedback dari advertiser selalunya berpuas hati.Saya tak sampai tahap tu lagi tapi ade rakan serumah saya yang selalu buat advertising macam ni.Setakat ni alhamdulillah.
Saya sendiri,sedang melalui proses blogging secara agak jahat.Saya akui.Demi nak naikkan rank blog dengan cepat.Tapi takde lah sampai kutuk and provoke orang lain.Bukannya nak cepat kaya.Cuma saya ade target tertentu yang nak dicapai.
rohaizad Reply:
December 26th, 2009 at 10:36 am
“Diorang boleh buat macam2 untuk naikkan rank blog contohnya kutuk sana,provoke sini,malukan artis,buat gosip liar,politik etc.”
p/s: Sampai ada yang kena dakwa dan dalam kes polis pulak tu. That is so bad kerana blogger sebegini akan memberikan “imej” yang buruk terhadap blogger yang lain.
1. Keburukan dan teknik buruk yang di lakukan oleh seorang IM semata-mata kerana DUIT.
teknik bukan dari pengalaman. Ambil teknik orang kemudian kata tu teknik dia.
Info tergantung. Susahlah kalau info tak jelas dan separuh jalan je.
2. Kebaikan yang di perolehi oleh pembeli setelah membeli produk/perkhidmatan seseorang IM itu.
Ilmu berguna.
Relationship.
3. Keburukan dan teknik buruk yang di lakukan oleh seorang BLOGGER semata-mata kerana DUIT.
Copy article orang lain tanpa kebenaran semata-mata nak update blog punya pasal.
4. Kebaikan yang di perolehi oleh client setelah membeli/menyewa produk/perkhidmatan seseorang BLOGGER di blognya
Traffik kepada website mereka. Trafik= duit. Potensi mereka untuk mendapat jualan
rohaizad Reply:
December 26th, 2009 at 10:33 am
Tajam menikam wehhh!
Tapi bagus untuk di jadikan renungan. Cun!
Duit merupakan insentif tradisional yang boleh memotivasikan manusia dalam tempoh yang singkat sahaja. Mereka turut menghalalkan cara unutuk mencapai matlamatnya.
rohaizad Reply:
December 26th, 2009 at 10:34 am
Ini adalah “kesimpulan”. Kalau boleh explain lagi seperti yang di berikan oleh rakan lain, lebih baik rasanya
Thanks.
1.Ya … ada IM buat offer semata-mata kerana duit.Ada tuh yg bg tawaran bonus sekian-sekian tp smpai sekarang bonus tak sampai2 lg.Haiya.You know who u r.IM popular nie.
2.Ilmu … bila kita dah beli produk diorang.Diorang tak kedekut untuk b’kongsi.Mcm dah tak ader gap.Bro Inspiration dan Titan.You’re the best.
3.Ahh .. yang nie pon byk.Ader kate IM yg buat blackhat tuh haram dan sebagai’nya.Tetapi,mcm mane pula dengan blog yg ber’kongsi filem dan drama utk disedut? Hak milik mereka kah? fikir2 kan.
4.Kebaikan’nya adalah traffik.No doubt.
rohaizad Reply:
December 26th, 2009 at 10:31 am
Thanks Apeh, simple tetapi bernas!
Jika ada IM atau blogger yang buat salah atau silap, berikan mereka masa dan jangan melihat itulah diri mereka sebenar. Mungkin kelak, merekalah yang betul-betul dapat membantu kita, atau sekurang-kurangnya memberi inspirasi dan sinar tatkala kita jatuh.
Kedua, saya perhatikan, dalam dunia IM dan blogging, ada satu sikap yang kurang manis. Masing-masing mempunyai pujaan hati sendiri. Ia tidak salah. Namun, yang tidak manisnya adalah, apabila dipuja sekian orang sahaja, yang lain adalah terburuk dan tidak bagus. Ini satu sikap yang amat tidak adil sama sekali. Menunjukkan minda kita di kelas yang ke-5.
Semua usahawan atau blogger adalah hebat. Cuma sahaja kerana persekitaran dan hilang kawalan yang tidak terjangka, mereka terbuat silap. Jangan kerana satu dua salah mereka itu, kita terus mengatakan mereka 1001 gelaran buruk atau sangsi dengan kebaikan mereka. Kerana, sebahagian besar yang lain pada mereka ada kebaikan yang bermanfaat untuk orang lain. Sifat fitrah murni itu tetap ada dalam diri dan roh mereka. Berilah peluang dan jangan sebarkan buruk mereka itu. Doakan agar mereka dijauhi daripada kesilapan yang serupa.
Kita sendiri pun, walau boleh menyenaraikan salah orang lain, namun kita juga ada salah tersendiri yang mungkin kita tidak sedari. Di sinilah peranan persaudaraan yang ikhlas. Tegur menegur, dan saling pesan memesan satu sama lain. Bukan dengan memuja sebahagian orang, dan menjatuhkan (memburukkan) sebahagian yang lain. Kerana ia bukan ajaran Islam.
Semoga dengan diskusi di sini, kita bukan sahaja menilai salah orang lain, malah muhasabah (mencerminkan) juga diri kita sendiri. Inilah yang terbaik. Perubahan yang besar itu, bermula pada setiap orang, termasuk diri kita. Bukan hanya pada orang lain.
Wassalam.
rohaizad Reply:
December 26th, 2009 at 10:31 am
“Namun, yang tidak manisnya adalah, apabila dipuja sekian orang sahaja, yang lain adalah terburuk dan tidak bagus. Ini satu sikap yang amat tidak adil sama sekali.”
p/s: Dan apabila tiba pada masanya yang mana “comfort zone” tiba, maka di situlah haru birunya tercipta. Semoga aku bukan antara mereka yang berada di dalam comfort zone.
Pada pendapat saya, Blogger dan IM saling memerlukan dan merupakan satu golongan manusia yang menjana pendapatan melalui internet.
IM – Kebaikan
Rahsia yang diberi memang berkesan jika dipraktikkan. Cuma tak semua IM itu berkaliber. Sebagai pengguna @ pengunjung website, kita perlulah matang menilai kredibiliti seseorang IM tersebut.
IM – Keburukan
Mailing list yang kadang2 syok sendiri. Kadang-kadang sesetengah IM ini terlupa yang subscriber email nya adalah dari golongan professional ataupun yang sudah menjana pendapatan berlipat-lipat kali ganda dari IM tersebut. – tiba2 si IM ni tulis Newsletter bertajuk – Kenapa (Nama Subscriber) Gagal dalam bisnes internet? tak ker hangin si subscriber mailing tu? hehhee…
Contoh jer tu…hehehe
Blogger…Keburukan
Rohaizad.com antara yang saya paling suka baca…
hmmm tak nampak lagi keburukannya… semuanya baik2 aja… Blogger lain saya kurang sket, maybe sbb blog rohaizad ni perkongsian maklumatnya amat berkualiti tinnggi.
Blogger – Kebaikan.
Kongsikan byak berita terkini dan yang paling best, peka dan ada connection dgn smua pengunjungnya. Contoh boleh tengok blog rohaizad sebagai contoh…
p/s – Kalau kita asyik memandang kepada keburukan, kedua-dua IM & blogger Malaysia tidak akan Maju. Harap Semua komen yang diberikan akan diambil secara positive. Ini juga buat ingatan pada diri saya juga.
Sesungguhnya kita tiadalah sempurna di mukabumi ini. Hanya ALLAH yang MAHA Sempurna.
rohaizad Reply:
December 26th, 2009 at 10:29 am
Wanz, sebab itulah entri ini di terbitkan. Supaya semua dapat membaca, melihat dan menilai. Mudahkan?
Belum mampu diri ini untuk ber`komen`..masih jauh perjalanan..
IM
1.Kebaikan – Mencurah-curah idea yg diorang tunjukkan yg kadang-kadang kita terfikir sejenak betapa banyak ilmuNya yg boleh kita guna untuk menjana rezeki. Serta dapat membukakan minda yg kadangkala kita terfikir rezeki hanya boleh dtg hanya dgn kelulusan yg kita ada shj walhal bila tgk IM punya aktiviti, kadang2 sy pun fikir rasa mcm apa yg sy belajar tue sebesar kuman jerr
2.Keburukan – seperti yg dikomen kat atas2 nie, menyalahgunakan mailing list. Oke sy nak bawa perhatian pembaca, kalau kita pergi pasar dlm kepala kita mesti nak carik barang2 basah (ikan,ayam,sayur,dsb)kan? Kalau kita pergi kedai second hand kereta mesti dlm kepala kita terbayang kereta2 second hand yg kita cuba nak usha. Cuba anda bayangkan, jika anda pergi ke pasar, ada satu gerai yang offer jual perabot, ataupun anda pegi kedai kereta second hand ada jual barangan baby. Tak ker sebagai bakal pelanggan anda akan rasa blur2 dan pikir apa diorang nie? Itulah yg terjadi dlm mailing2 list yg sy subscribe, main tabur jerr… Yaa mereka boleh main tabur tp biar ada strategi, kalau seorang penjual burger biasanya buka kedai burger di kawasan2 perumahan tp bila ada perlawanan bola sepak dia pergi jual di stadium2 adakah anda marah? Sebab dia pandai sesuaikan diri. Mmg boleh IM nak blast mailing list nya dgn promosi2 tertentu tetapi cuba jadik mcm penjual burger tue. Dapat tak apa yg ingin disampaikan?
Blogger
Kebaikan – Sy suka blogger yg ikhlas, walaupun dia gunakan blog dia utk jual barang atau pengalaman sendiri, tetapi perkngsian ilmu yg ikhlas itu yg membuatkan sy akan ‘melekat’ dgn mereka. Sbb banyak info2 yg blogger tulis nie membuatkan sy rasa information di dunia ini berjumlah infiniti.
Keburukan – Bg saya once sy baca sesuatu blog yg ada cerita cut and paste dengan mengambil bulat2 idea org lain tanpa bercerita dgn lanjut sy akan tinggalkan terus. Tetapi sy juga suka blog yg cut n paste tetapi dia mengupas dgn rapi apa yg dia cut n paste itu, mmg sy sgt suka sbb dia melahirkan idea2 yg baru daripada idea2 yg sedia ada. Dan lagi satu sy juga akan tinggalkan blog yg dibuat semata2 kerana wang, penuh iklan sana sini dalam post sampai sakit mata dibuatnya, dan kadang2 nak kena klik mouse pun tepat2 pd apa yg kita nak klik. Tetapi sy akan dtg juga blog2 yg penuh dgn iklan ini di mana blognya selalu memberikan info2 yg superb tiada tandingan dan sy pasti akan klik iklan2 mereka sbb dgn cara itulah sy ingin mengucapkan terima kasih di atas info yg bagus…
rohaizad Reply:
December 28th, 2009 at 1:00 pm
Hakim – Mendalam sunguh pengisian komen kamu. WE like it!
Pada pendapat saya la..
Keburukkan IM yang hanya untuk duit semata-mata.
- IM yang ada Email list Hanya blast email jika ada nak promosi product jerk, Jika beli product dari mereka seperti tiada cuba untuk mendekati pembeli sekali sekala tu tanya la contohnya macam ni “Bagaimana dengan ebook yang anda dapatkan dari saya?jika ada masalah jangan la malu-malu email saya.”, apa salahnya tanya sesekurangnya pembeli rasa dihargai..yang selalu dapat “anda sudah dapatkan produk sipolan?dapatkan sekarang dengan klik link dibawah ini”..saya tidak kisah kalau diorang nak promosi atau apa pon tapi kekadang tu kongsikan la informasi berguna ke..teknik-teknik berguna..jangan sekadar blast email untuk promosi.
Kebaikan IM.
- Beri layanan terbaik kepada pelanggan, tidak kedekut ilmu dan tidak “makan sorang-sorang” jika ada ilmu berguna. buat product yang betul-betul membantu walaupon percuma, saya sendiri pernah dapat product percuma tapi bg saya sangat-sangat berguna dari seorang IM baru.
Keburukkan teknik seorang blogger yang hanya untuk duit.
- Buat blog yang hanya untuk duit dan memburukkan orang lain, kekadang info. yang di beri tu tak tahu betul atau tidak, saya tidak suka blog yang memburuk2kan orang lain. Golongan “kumpulan klik-klik iklan” seperti nuffnang atau adsense ni ini juga merupakan perosak, Ini juga golongan yang malas nak usaha nak duit tapi malas.
Kebaikan blogger melalui perkhidmatanya.
-Sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi blognya dari segi traffic dan posting-postingnya supaya dirinya dan juga pelangganya dapat yang terbaik. Blogger yang baik juga tidak jemu mereply comment-comment pembaca sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.
Kesimpulannya Blogger dan IM ini sama tapi tidak serupa, yang samanya kedua-kedua profession ini adalah cuba memberi maklumat kepada orang ramai,yang tak serupanya cara penyampaian maklumat yang berbeza setiap orang ada gaya masing-masing. Jadi tidak timbul lah untuk mengatakan siapa lagi hebat atau siapa lagi bagus sebab Blogger dan IM adalah golongan yang sama tujuannya ingin mencari rezki pendapatan untuk keluarga dan diri sendiri, yang penting lakukan cara yang betul dan halal. renung-renungkan..dan selamt beramal…=D
rohaizad Reply:
December 28th, 2009 at 12:59 pm
Aleh – Bestlah ko punya komen. Terkedu aku membacanya. Fuhyooo…. thanks!
omecool20 Reply:
December 30th, 2009 at 6:17 am
Yep, komen yang padat dan bernas. Harap menjadi peringatan buat kita semua, especially newbie.
[...] dengan perasmian oleh YB Adam dan penerangan ringkas tentang operasi fuhyoofm dan FMCC oleh bro rohaizad. Selepas itu, majlis MOU oleh FME dan DJ 2010..yang menariknya, kesemua DJ adalah masih budak [...]
Diulas pada December 27th, 2009 at 3:11 amBlogger belum tentu internet marketer, IM saat ini pasti sebagai blogger
Ijad, bagus klau compile semua responses nih.. banyak info berguna nie