Ingin beriklan? Sila klik di sini


Inilah rumah banglo dan BMW saya.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Motivasi - Tarikh diterbitkan: December 29, 2009 online

Dulu, itulah antara ayat yang cukup perit untuk di dengar oleh telinga ini. Ayat ini selalunya datang dari kawan-kawan yang cukup hebat menjana duit dari program yang entah aku sendiri tak tau kesahihannya. Hilangkan diri selama 6 bulan, kemudian jumpa sahaja… dah tunjuk rumah dan kereta besar.

banglo

Tapi dalam situasi yang tertekan tuh, ada satu perasaan positif yang kesannya masih lagi di rasai sehinggalah ke hari ini. Iya, aku ingin sekali mengucapkan ayat yang sama kepada mereka semula dan “azam” itu sungguh teguh… hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Setiap dari kita mempunyai impian dan harapan. Kalau kita tidak ada impian, kita bukanlah orang yang berwawasan. Dr Mahathir dulu juga mempunyai impian, begitu juga dengan Tony Fernandez dan Tan Sri Al-Bukhary. Impianlah yang membawa mereka ke mercu kejayaan.

Aku juga mempunyai impian.
Dan impian itulah yang “mendayung serta mengemudi” bahtera perjalanan hidup aku. Kadang-kadang ada rasa bersyukur sangat kepada Tuhan yang telah memberikan kesusahan pada kehidupan yang lepas. Ini adalah kerana kesusahan itulah yang membuatkan impian itu tidak pernah terpadam.

“Inilah rumah banglo dan BMW saya”

bmw aku

- Yup, aku mempunyai impian untuk memiliki kedua-duanya kerana rumah setinggan yang ada ini bila-bila masa sahaja boleh di roboh oleh jentolak. Jika itu berlaku, memang sedih kerana emak dan ayah hendak duduk di mana nanti. Biasalah… adat menumpang, bukannya tanah sendiri.

Aku memang ingin sangat emak dah ayah duduk merasa tinggal di rumah yang lebih selesa. Tiada salahnya si anak memberikan keselesaan kepada orang tuanya yang sudah berpuluh tahun duduk di rumah yang pernah hendak roboh suatu ketika dulu.

Tapi itu semua tidak mustahil.
Hidup di dunia ini memerlukan perjuangan yang tidak akan pernah selesai. Setiap tahun kita berazam dan setiap tahun kita menentukan nasib untung rugi diri sendiri. Teringat kata-kata cendekiawan… “kejarlah bintang kerana jika tidak berdaya, sekurang-kurang kita sudah berada di awan biru…”

Jadi kalau tidak dapat banglo, kereta dan rumah bersaiz sederhana pun sudah memadai. Syukur sangat-sangat. Atas dasar itulah kita mesti mempunyai satu impian. Kalau impian itu tidak tercapai tahun ini (2009), mungkin impian itu dapat dicapai pada tahun hadapan. Siapa tahu`kan?

Kun fayakun….~~~

p/s: sudah berazam ke belum?
:D


catatan

bawah


    None Found

Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 110 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. NaDiaH KaRiM said:

    Dah, berazam nak tingkatkan lagi taraf hidup…n berjaya di dunia akhirat… Insyaallah…

    rohaizad Reply:

    Amin… ;)

  2. Insyaallah ,semoga tahun 2010 akan memberikan kita lebih semangat untuk merealisasikan impian dan harapan untuk orang-orang yang kita sayangi…Amin.

    rohaizad Reply:

    Itu yang penting sebab kalau berjaya tanpa orang yang tersayang, lain benor rasanya.

  3. donnyien.com said:

    salam Rohaizad Dot Com,

    Impian saya tahun hadapan cari duit nak khawin..hoho!….

    disamping itu focus pada traffic blog yang baru berusia 3 bulan.. :)

    rasa-rasanya banyak lagi tapi cukup 2 atau tiga cita2 tu.kang nanti x kesampaian..ikut kemampuan kita sendiri..yang penting kita kena focus.

    tumpang gembira dengan kejayaan blog rohaizad dan semoga tahun 2010 lebih baik dari sebelumnya.teruskan usaha blog ni..

    saya mengucapkan selamat tahun baru 2010 khas untuk warga blog Rohaizad.com!

    ikhlas
    donny :)

    rohaizad Reply:

    Terima kasih Donny. Same to you too :D

  4. taukey said:

    sikit sikit lama jadi bukit kan bro. Kalau dulu memang hidup susah tapi sekarang hidup pun dah lebih senang berbanding dahulu. Mungkin di masa hadapan semakin mewah. Aku doakan kau berjaya mendapat impian kau ini

    rohaizad Reply:

    Thanks taukey.. aku doakan semua sekali berjaya mencapa impian masing-masing :)

  5. aizatshare said:

    aku nak buat blog umah la..hahaha..
    dapat jual kat ijad :D

    aizatshare Reply:

    saper yg nak wat blog keter tu cepatla..
    jual kat ijad..dah tau aper yg dier nak tu..
    hihihi ;)

  6. Razif said:

    InsyaAllah…

    Moga 2010 merupakan tahun kegemilangan
    bagi kita semua… Yup…

    Berusaha dan berdoa.. InsyaAllah terlaksana.

    p.s – Memang relax lagu kat post atas tue bro… :)

    rohaizad Reply:

    Teruskan apa yang di rancang :D

  7. azwan said:

    Azam tahun depan ialah nak penuhkan setiap buku akaun anak-anak aku dengan jumlah tertentu. Dan lepas tu, kalau ada lebih … nak pergi honeymoon ngan bini :)

    rohaizad Reply:

    Bestlah .. I like!

  8. Terharunya bila baca entry nie bro.. isk2.. disertakan ngan lagu kenny g… perghh syahdu..

    P;s/ azam tahun depan :- habiskan belajau…

    rohaizad Reply:

    Itu dah bukan AZAM lagi dah.. itu dah jadi satu kewajipan…ekekeke

    Apa pun, good luck!
    ;)

  9. John said:

    Tajuk bro buat saya berdebar2 je la.haha
    Keep it up.Sama2 jana pendapatan tahun depan!
    semangat ni!huhu

    rohaizad Reply:

    Tajuk?
    Ahahaha… title kadang-kadang boleh menarik perhatian. Itulah kekuasaan sebuah TAJUK.

  10. motokriss said:

    bro, berkat kesusahan lampau buat kita tak leka pada kesenangan yang kita miliki sekarang.
    Kesempitan adalah ujian. kesenangan juga ujian. Andai kita tak mampu menangani ujian kesenangan pasti kita terjerumus semula kelembah kesusahan.
    Yang penting bersyukur dengan segala kurniaanNya.
    Aku dah alami kesenangan namun akibat tidak bersyukur dan alpa aku kembali mengalami kesusahan. Namun aku Bersyukur kerana masih diberi kesempatan dan ruang untuk mempelajari ujian ini.
    Belajar dari kesilapan, Jangan ulangi lagi.
    Sekadar untuk renungan bersama.

    rohaizad Reply:

    Mendalam sungguh. Bukan mudah hendak mengaku kesilapan dan menyedarinya untuk perjuangan di masa hadapan.

    Syabas, aku respek!

  11. norazuan said:

    Kun fayakun….~~~

    rohaizad Reply:

    Subhanallah…

  12. Lizz said:

    insyaAllah, rezeki akan ada kalau niat untuk berikan keselesaan buat org tua. jangan lupakan mereka. InsyaAllah Tuhan permudahkan semuanya.

    kiteorang suke giler stay kg.melayu tu tp nakwat camner cuz tanah KTM kan.huhuhu

    rohaizad Reply:

    Yup.. projek tu dulu memang gilang-gemilang, tapi di batalkan pulak… huhuhuhu. Sunyinya je Jalan Budiman tu sekarang ni.

    Lizz Reply:

    tau xper. jiran2 lame semue dah pindah. yg ade pun, budak2 dulu yang mase ditinggalkan baru lahir kot.huhuhu.tak syiok sudeh

    rohaizad Reply:

    Takper, mana-mana pun sama.. janji line internet laju… ahahahah…

    p/s: ke situ pulak dia…

  13. abkadir.com said:

    semuga 2009 memberi kita pengajaran utk tidak mengulangi kesilapan yg sama pada 2010.

    rohaizad Reply:

    Yup, itu adalah sesuatu yang perlu dipastikan. Mendalam komen ini, best!

  14. Fatin Pauzi said:

    Cakap pasal impian, huish, berkobar2 semangat saya.
    Tapi, rumah buruk saya tak kisah, asal kereta saya bergaya. Wah, dapat kereta impian tu nanti, rasa dah cukup berjaya dah tu, biar duk umah buruk pun. hehe. Lepas tu, tinggal tolong orang je. :P

    rohaizad Reply:

    Wahhh…. seronok dengar cerita Fatin ni. Kasi up lah satu cerita pasal AZAM di blog Fatin tu. NAk jugak mendengarnya…

    Fatin Pauzi Reply:

    Haha. Seronok lagi dengar yang Ijad. Tapi, saya up cerita azam baru, masa hari besday, bukan masa awal tahun. pelik sikit dari orang. huhu. :”>

    rohaizad Reply:

    Besday?
    Rasanya itu pun tak best lagi.

    Kalau nak best, kita Fatin berazam masa hari bersanding, lagi berkat kata orang tua… ekekeke

    samdaddycool Reply:

    hmmm.. aku musykil… erk..

    rohaizad Reply:

    Apa yang musykilnya? huhuhuhu

    Fatin Pauzi Reply:

    Apa yang musykilnya?

    Fatin Pauzi Reply:

    Hari bersanding? hoho. Hari bersanding tu, ntah ade ntah kan tidak. kekeke.

    rohaizad Reply:

    Tiada hari bersanding?
    Kenapa ya?

    Nikah je?

    Atau kahwin lari? Fuhhh… jangan wehhh…!

    Fatin Pauzi Reply:

    Oh Hidup. Nak wat cmne Ijad. huhu…

    rohaizad Reply:

    Citerlah sket… sharing is caring ;)

  15. mijie said:

    aku juga setiap tahun memasang impian dan harapan…

    semoga tahun depan akan menjadi tahun yg lebih baik dari tahun ini…insyaAllah

    rohaizad Reply:

    Sama-samalah kita jadikan ia satu kenyataan :D

  16. Aqif said:

    Salam abg Ijad. Saya sentiasa mendoakan agar azam tahun baru abg Ijad tercapai. Jangan risau, siapa tahu lepas ni dapat duduk banglo dan ada BMW sebijik. Rasanya dah xde masalah nak belanja saya nasi ayam penyet kan? Hehe :)

    rohaizad Reply:

    Jangan kata Nasi Ayam Penyet, beruang penyek pun boleh.. :D

    ekekeke

    Aqif Reply:

    Waw..Pedas die mesti lagi kaw kan? :D

    rohaizad Reply:

    Tak boleh tahan punya.

  17. Nozi said:

    Salam,

    Semoga kita sama-sama menanam azam yang tinggi untuk mencapai impian kita pada tahun 2010/1431H ni.

    Jika rajin dan berusaha,insyaAllah berjaya. :)

    rohaizad Reply:

    Betul dan rasanya semua orang akan bersetuju. Tapi hati kena kuat sebab hanya yang dapat bertahan sahaja akan berjaya sampai di “puncak”.

  18. alone said:

    hm.. cakap pasal impian.. memang impian adalah sesuatu yg indah dan membakar semangat..

    semoga impian bro tercapai… same here too. let’s strive together for our dreams!

    rohaizad Reply:

    Mari kita bersama-sama kejar impian yang kita inginkan selama ini ;)

  19. Yusri said:

    banglo kat sana jgn lupa lak….

    rohaizad Reply:

    Itu antara kita dengan Tuhan.. nak cakap di sini nanti takut ada orang cakap “kubur masing-masing” pula….

  20. denaihati said:

    Aku selalu fikir kenapa Rumah Besar dan Kereta besar dijadikan lambang kejayaan!!! Kenapa tidak yang lain …

    rohaizad Reply:

    Sebab itu adalah 2 perkara yang orang kan buat untuk keselesaan. Kita bercerita mengenai keselesaan, bukan KEKAYAAN.

    denaihati Reply:

    aku setuju semua itu untuk keselesaan tapi aku tak setuju untuk ditontonkan kepada ramai.

    rohaizad Reply:

    Betul, sebab itu aku katakan aku hanya akan tunjukkan kepada kawan terdekat aku sahaja. Yang 2-3 orang tu jer sebab mereka dah cabar kita.

    Cabaran itu kita akan sahut dengan professional, bukan emosinal.

    denaihati Reply:

    itu aku setuju 100%. aku lebih suka kelihatan biasa tapi poket luar bisa daripada kelihatan luar biasa tapi poket kosong.

    Aqif Reply:

    Saya setuju dengan anda denaihati. :)

  21. AJ said:

    Owah, korang punya azam dan impian semua hal perihal kekayaan.

    Berbeza pula ngan AJ, Azam tahun depan Alexa Rank bro Ijad AJ kejar ngetop sikit.. Sebelum Jun 2010..

    Kejar punya kejar, tahun nih @ awal tahun 2010 dapat tinggalkan MajalahIM pun jadilah. :D

    rohaizad Reply:

    Selamat mencuba dan semoga berjaya :D

    AJ Reply:

    TQ bro Ijad. Benda2x camni just mind twist aja supaya jadi hobi kat blogging activity coz kalau fokus hal duit2x camna nak berduit melalui blog nih ditambah pula hasil tak seberapa boleh luntur semangat berblog.. :-)

    Skunk AJ dapat rasai serba sedikit bila Alexa Rank naik, pendapatan melalui blog pun naik walaupun just celah gigi jer lani.. hehehe :D

    rohaizad Reply:

    Bukan setakat Alexa Rank, kalau Pagerank naik lagi bagus sebenarnya. The money will pursuit us!

    AJ Reply:

    PR ini secara lazimya akan naik juga bergantung pada time span hayat domain berapa lama survive selain trafik tinggi.

    Ya betul tu.. PR tinggi :D
    Kejar2x.. :-)
    PR tinggi, Lagi mudah nak capai SERP pelbagai keyword. :D

    rohaizad Reply:

    AJ – PR tidak ada kena mengena dengan traffik. Fahamkan itu. ;)

    AJ Reply:

    Trafik memang takda kaitan sangat, but besanya bila trafik tinggi akan memberi kesan dari segi mouth to mouth promosi dan especially memberi kredit link dari blog diorang. Dari sini PR akan naik. Bila PR naik backlink dari blog/web orang lin ber PR tinggi dapat, so kekuatan backlink yang ada tinggi mai kat blog.. Bergantung juga niche/keyword kat web/weblog. So kesan dari sini SERP pun menyerlah. :-)

    rohaizad Reply:

    Susahnya caara nak dapatkan backlink. Ada cara yang lebih simple untuk dapatkan Pagerank.

    AJ Reply:

    Maksud di sini, lagi tinggi traffik, lagi tinggilah potensi tuk dapat backlink/kredit dari web/blog orang lain especially yang berkualiti. :-)

    Lagi banyak yang berkualiti (mempunyai PR tinggi at least PR 4 ke atas) So, Nanti naik mendadak r tu PR bro Ijad nih :-)

    Ok r bro Ijad, jauh gak terpesong dari matlamat Azam baru nih.. Coz kalau sembang bab SEO nih boleh berpinau2x..

    rohaizad Reply:

    Pagerank sesuatu blog boleh di bina sebelum wordpress di set up ke dalamnya. Untuk PR4 dan PR5, mudah sahaja. Tapi takleh di ceritakan di sini… huhuhuhu

    AJ Reply:

    Yup2x. Stok mahal tuk projek akan datang :-)
    Boleh buat duit banyak 2.. hehehe :D

  22. bluedianthus said:

    Apapun azam yang ada, saya pasti ianya adalah baik-baik saja. Saya doakan semoga ianya terlaksana. Berazam dan beramal, kenalah seiring. Jom kejar bintang, tak payah fikir rintangan yang ada sebelum sampai pada situasi yang sebenarnya. Never cross the bridge until you come to it. Best of luck to all of you, whoever you are, and wherever you are..you are YOU..:)

    rohaizad Reply:

    Azam memang mudah, tapi TINDAKAN itu yang agak sukar. Apapun, AZAM mesti diwujudkan terlebih dahulu.

    bluedianthus Reply:

    Strongly agree…:)

  23. Assalamualaiku Ijad,

    Suka ambo mendengar suara hati ini,

    “Iya, aku ingin sekali mengucapkan ayat yang sama kepada mereka semula dan “azam” itu sungguh teguh… hanya Tuhan sahaja yang tahu.”

    Getarannya, telah memaksa jari ambo menulis komen ini.

    InsyaAllah tiada yang mustahil dengan ibadat,kerja dan strategi yang benar.

    Cuma tarikh mahu dicapainya belum lagi halusi ya Pak?….

    Salam ceria & inspirasi

    Assalamulaikum

    rohaizad Reply:

    Iya… kadang-kadang kata-kata hati tu cukup kuat untuk merobohkan sebuah bangunan. Itu belum kata yang datang dari akal. Kalau dua-dua kata itu bergabung, Insya Allah.

    waka Reply:

    biso bonar

  24. Nabieel said:

    Jangan risau bro.

    Saya doakan pencapaian bro lagi memberangsangkan..

    Sebut betul-betul “Aku Boleh Miliki Rumah Banglo dan BMW”

    Mudah-mudahan saya dapat berjumpa bro di seminar bro yang akan datang :)

    rohaizad Reply:

    InsyaAllah… jika diizinkan, kita akan berseminar.

  25. Zulazis said:

    usia semakin meningkat, hidup semakin singkat….

    selamat berazam tahun baru 2010

    rohaizad Reply:

    Selamat tahun baru bro… ;)

  26. ibnujusup said:

    bagi saya azam baru tahun ni…
    1) excel dlm biz
    2) study… naikkan pngk
    3) kawin

    rohaizad Reply:

    Best!
    Best!

    Tapi nak naik pangkat tu, dari pangkat apa ke pangkat apa ye?

  27. samdaddycool said:

    Kita semua mempunyai impian. Semoga impian tu tercapai … 2010 – satu tahun untuk mengejar.

    rohaizad Reply:

    Mengejar?
    Sharelah sket kat sini.. nak kejar apa? Target income?

  28. yeah…right..
    2010, inspiration year..

    rohaizad Reply:

    Apa inspirasi yang ada?
    Boleh berkongsi sket di sini?

  29. kirin said:

    semoga berjaya..tiada yang mustahil…

    rohaizad Reply:

    Betul, that’s right.

    p/s: amboi… lamanya tak nampak awak yea. Mana menghilang?

  30. Amin!!…mudah-mudahan segala impian akan tercapai! doa kena lebih…usaha lagi kena lebih. Apalagi impaian tu utk org tua..moga semuanya lancar.

    rohaizad Reply:

    Sama-samalah kita yea…. :D

  31. Ezad said:

    Azam 2010- :)

    1) Sambung study.
    2) Tingkatkan Ilmu Blogging.
    3) Belajar kelemahan diri dan lebih berterus terang.

    boy_bersahaje Reply:

    Waaaa sambung study eh. Bagusnye..Kat Unimap ka? kihkhihkhih

  32. looseControl said:

    Usaha tangga jaya,tiada jalan pintas..easy come easy go!

    rohaizad Reply:

    Correct! correct! correct!

  33. cite pasal azam ni, ade satu azam aku yang tad tercapai lagi tahun ni. I’Allah tahun depan dapat grab SLR Nikon. Leh tangkap gambar ko banyak2 Jad kan?

    rohaizad Reply:

    Cehhh… pandai ko putar cerita ye. Yang aku tau kp beli sebab nak tangkap gambar ko ngan tunang ko tu pusing sekeliling Langkawi kan?

    Aqif Reply:

    Boy..saya dengar hari tu anda mahu belanja saya Nikon SLR D90 satu. betul ke? hahaha

  34. paeh said:

    impian saya nak mencari kebebasan kehidupan yang sebenar dengan cara yang simple. tetapi kena tekun melakukannya… supaya apa yang di inginkan dapat.

    mudah-mudahan insyaAllah

    sama-sama kita lakukannya… hoho

    rohaizad Reply:

    No problem… semua orang boleh sebenarnya. :)

  35. safuan said:

    salam…sjer ziarah,
    —>> usaha tangga kejayaan

    rohaizad Reply:

    Terima kasih ;)

  36. yoji said:

    fuyooh penat baca komen.. :)
    cerita tentang azam nie mmg naik smgt tul..
    tahun nie sya nak jadi blogger cam bro .. susah jugak nak maintain blog hari2 nie.. :) .. itu azam baru saya..

    rohaizad Reply:

    Ermmm… itu azam yang agak “sukar” untuk di buat. Tapi disebab perkataan “sukar” itulah perkataan AZAM ini muncul di dunia sebenarnya.

    Keep it up!

  37. aleh49 said:

    Perlu ada impian baru ada semangat…
    Tgh nak siapkan impian 2010…
    2009 punya impian separuh tercapai tapi ada yg tak tercapai jugak..Bro ijad..kalo thun dpan xda buat seminar ..buat la satu ebook..heehee..
    sbb slah satu impian 2010 pergi seminar bro. ijad..heehee…kalo bro ijad dah xbuat seminar nk wat cam mn kan..dpt ebook pon jd la..:)

  38. mesticun said:

    Rumah dan kereta sendiri.kira baguslah berblog selama ini.tak sia-sia pun.ia membuahkan hasil.

  39. emme said:

    Ungkapan ini saya ambil daripada FB Dato Tony Fernandes.

    “Happy new year . Keep dreaming. From dreams come some crazy ideas but if you don’t dream then what’s life about To more dreams in 2010″ :)

    Bila dah berimpian tu, kenalah usaha!

  40. Kita semua mestilah punya impian. Tak punya impian kita tak hidup.

  41. zaki said:

    Saya pun berazam .. nak jadik lebih HEBAT daripada owner blog ni. Semuanya saya dah tulis dalam blog peribadi saya ni. Tengokla Ijat tahun ni

  42. siswaniaga said:

    Salam Bro Rohazait.Selamat berjuang dalam usaha menggapai dan azam 2010.

  43. kabu said:

    Azam itu adalah langkah pertama dalam mengejar impian…..

    Perjalan yg jauh bermula dgn lagkah pertama…

  44. boss said:

    azam tu penting.. tindakan juga sama penting.. moga ko berjaya dapat apa yang ko idamkan..

    rohaizad Reply:

    Thanks Shah.. aminn