Ingin beriklan? Sila klik di sini

Ini adalah entri susulan dari artikel ‘Kenapa nampak macam susah untuk buat duit dari blogging?‘ yang telah di terbitkan beberapa hari lalu.

Tapi sebelum aku menulis dengan lebih panjang lebar, ada satu perkara yang agak menarik mengenai entri ini. Selain dari membincangkan mengenai Facebook dan Alexa serta pendapatan pengiklanan melalui blog, entri kali ini akan mendapat sedikit sentuhan peribadi (screenshot earnings dari Innity!).

Lagi satu…..kebetulan pula entri ini adalah entri yang ke 501 untuk rohaizad dot com!!!

500-entri


Tak sangka… blogging punya blogging, dah cecah 500 artikel dah… (but still belum dapat challenge blog English yang satu lagi… hampir 3000 artikel…huhuhu)

Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Blog Melayu ke-2 rohaizad dot com

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: January 30, 2010 online

Blog Melayu ke-2?
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Kenapa nampak macam susah untuk buat duit dari blogging?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Motivasi - Tarikh diterbitkan: January 29, 2010 online

Kamu tension?
Masih lagi gagal menjana sebarang pendapatan dari aktiviti berblogging?
Langsung rasa seperti dunia ini semakin gelap dan hati sudah semakin tawar hendak terus berblogging?!!

Wooo… woooo…rileks… rileks.
Janganlah macam tu. Cool`lah sket… tapi tidak mengapa kerana untuk hari ini, mungkin aku ada sesuatu yang boleh membuatkan kamu “keluar” dari perasaan yang sungguh mencengkam jiwa itu….heheheh

Tetapi sebelum aku sambung, apa kata sambil kamu teruskan bacaan kamu itu, dengarkanlah sekali lagu dari kumpulan Temptations ini… barulah ringan sedikit kepala. Lagipun aku rasa entri ini lebih kepada motivasi kot… lalalalala~~~
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Domain USD0.99 Godaddy kembali lagi!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Domain - Tarikh diterbitkan: January 27, 2010 online

godaddy-logo

Setiap blogger biasanya akan mempunyai hubungan dan “skandal” yang rapat dengan domain. Jika ada orang mengatakan yang domain itu tidak penting, maka dia bukanlah blogger yang tegar.

Setiap domain yang dibeli berpotensi untuk menjadi satu aset yang sungguh bernilai. Malah lebih bernilai dari aset hartanah. Walaubagaimanapun, apabila kita membeli sesuatu domain… tidak bermakna kita harus menggunakan domain tersebut. Menyimpannya pun tidak mengapa kerana domain yang bagus sentiasa ada demand di pasaran.

Yang seronoknya dengan potensi domain ini ialah kos yang di perlukan terlalu murah berbanding nilai jualannya. Sebab itulah jika ada mana-mana pihak yang ingin menjual domain pada kadar harga yang murah, kita haruslah mengambil peluang untuk membelinya.

Bukan setakat orang perseorangan, malahan offer dari Godaddy juga tidak harus dilepaskan. Sebenarnya blog ini juga selalu berkongsi tawaran dari Godaddy sebelum ini. Antaranya ialah:
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Tips blogging – 7 perkara yang selalu dilakukan oleh rohaizad dot com.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Tips - Tarikh diterbitkan: January 27, 2010 online

Ahaaa…. ini adalah satu lagi entri yang aku rasa berbaloi untuk di kongsi dengan pembaca/pengunjung setia blog ini. Dipendekkan cerita, ini adalah salah satu lagi cara untuk aku berterima kasih dek kerana traffik blog ini yang semakin meningkat dari hari ke hari.

Sebenarnya, aku bukanlah seorang blogger yang layak untuk mengajar sesiapapun tentang semua perkara mengenai blogging. Aku sendiri pun masih lagi belajar mengenai dunia blogging. Simply said, aku hanyalah seorang blogger di rumah yang sentiasa cuba untuk memperbaiki diri sendiri.

Cuma apabila blog ini mula mendapat respons yang baik, maka aku rasa aku juga harus memberikan yang terbaik. Dan entri ini merupakan salah satu lagi cara untuk aku “memberi”.

So mulai dari hari ini, kalau ada yang pernah bertanya bagaimana rohaizad dot com “menjaga” blognya, tips di bawah mungkin boleh membantu. Walaupun banyak lagi perkara yang telah aku terapkan untuk monetize blog ini, tetapi 7 tips di bawah adalah perkara yang paling kerap aku lakukan:
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Tips blogging – jangan kusutkan diri sendiri.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Tips - Tarikh diterbitkan: January 26, 2010 online

Soalan:

stress7 (1)

Encik Rohaizad, saya memang suka melihat orang ada blog. Saya juga suka melihat mereka berblogging. Malah saya sendiri pun ada blog tapi semakin hari saya rasa ada sesuatu yang membuatkan saya bosan dengan dunia blog.

Walaupun saya selalu membaca blog orang lain, tetapi saya rasa semakin ketinggalan. Saya tidak tahu apakah yang saya patut lakukan. Adakah aktiviti blogging ini sesuai untuk saya?

Jawapan:

Tuh dia…!
Satu soalan yang memang direct to the point. Dalam kebanyakan situasi, ini adalah salah satu perkara yang paling common untuk di dengar dalam dunia blogging.

Dan hari ini, aku ingin berkongsi beberapa info yang mungkin boeh di manfaatkan bersama. Jika ada di antara kamu nanti yang kurang senang dengan apa yang aku tulis di bawah… terpulanglah, no komen. Aku hanya ingin menulis kerana itu sahajalah caranya untuk aku berkongsi melalui blog.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

sultan johor mangkat

Aku adalah anak jati Johor,
Aku di lahirkan di Johor Bahru,
Aku di lahirkan di Kampung Melayu,
Memang aku anak Melayu.

Johor adalah tumpah darahku,
Johor Bahru adalah tempat permainanku,
Di sinilah aku melihat duniaku,
Di sinilah semangat negeriku di seru.

Aku adalah anak Melayu,
Aku mempunyai tatasusilaku,
Aku mempunyai adat istiadatku,
Aku merafak sembah Sultan… Daulat Tuanku.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Adakah ini BUKTI SAHIH bahawa Google sedang index blog kita?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet, Sekilas - Tarikh diterbitkan: January 22, 2010 online

google-index-rohaizad-dot-com

Jawapannya: Aku sendiri pun tidak pasti (rasanya bukan kot). Tapi kalau ada sesiapa yang tahu, silakanlah kongsi pengetahuan yang kamu ada itu di sini ya :) At least, dapat juga rakan blogger lain membacanya.

Terima kasih. 8)

p/s: Google Bot bukanlah satu laman website ye, kalau tidak percaya cubalah taip www.googlebot.com di browser (ia akan redirect ke Google.com!)
p/s/s: Sayang betul aku dengan fungsi yang ada pada Sitemeter.com ini. Memang mudah untuk monetize blog… huhuhu.

← Catatan sebelumnya