Ingin beriklan? Sila klik di sini


FuhyooFM Dot Com fuhyoofm-mini – alkisahnya… fuhyoofm-mini

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Review - Tarikh diterbitkan: January 5, 2010 online

JV-partner-fuhyoofm

Kadang-kadang apabila sesuatu kerja itu kalau diberikan dengan usaha yang “lebih kurang”, maka hasilnya pun lebih kurang juga. Tetapi kalau di berikan usaha yang “lebih”, maka lebihlah hasilnya. Inilah perbezaan yang ketara antara maksud ORDINARY dan EXTRA ORDINARY.

Begitulah juga dengan cerita yang aku ingin sampaikan pada hari ini. Skopnya mungkin berbeza tetapi pengisiannya masih lagi sama iaitu TINDAKAN. Itulah yang aku rasa ketika mula-mula di hubungi oleh pihak Fitrah Media Enterprise tahun lepas.

Fitrah Media?
Siapakah mereka?
Apa kaitannya dengan blogger seperti aku dan juga FuhyooFM itu sendiri?

Sebenarnya tujuan entri ini diterbitkan adalah untuk memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai radio internet FuhyooFM yang semakin diterima dan mendapat sambutan oleh pendengar setianya.

Memang ramai yang masih lagi keliru dengan radio internet ini. Buktinya aku sendiri pernah menerima soalan-soalan sebegini:

  • Adakah radio internet FuhyooFM ini adalah projek “senyap-senyap” rohaizad dot com.
  • Adakah radio internet FuhyooFM ini adalah projek “senyap-senyap” rohaizad dot com dengan bloggers serta IM yang lain.
  • Adakah radio internet FuhyooFM ini adalah projek “senyap-senyap” oleh rohaizad dot com dan “kawan-kawannya?”.

Paling kelakar sekali, ada juga yang mengatakan projek ini satu “projek dummy” dari bloggers serta IM Johor Bahru. Mereka mengandaikan aku dan yang lainnya saja-saja menubuhkan radio internet ini untuk “bergerak secara underground”.

Malah ketika berbual dengan orang kuat FuhyooFM (En Marzuki – DJ Senja), dia pun tergelak kerana malam 31 Disember yang lepas pun ada mesej yang masuk mengatakan hal yang sama di ruangan Chat FuhyooFM.

djdj

Hakikatnya, semua yang di andaikan di atas adalah TIDAK BENAR sama sekali. Sehinggalah ke hari ini, aku masih tersenyum apabila memikirkannya. Biasalah, aku pun tidak sempat menjelaskannya kepada semua pendengar sebelum ini kerana projek ini di siapkan dalam keadaan yang amat tergesa-gesa (masing-masing cukup sibuk!)

Aku masih ingat lagi pertemuan aku dengan Dj Senja pada pertengahan bulan Jun 2009, di mana waktu itu beliau menyertai Personal Coaching Smart Blogging aku di Larkin. Malangnya beliau hanya dapat menghadiri coaching itu setengah hari sahaja kerana ada hal emergency yang tidak dapat di halang (walhal, bayaran penuh telah di buat)

Jadi aku berpendapat tiada jalan lain. Yang perlu aku lakukan ialah aku harus berjumpa sekali lagi dengan beliau untuk menghabiskan modul yang tidak sempat di pelajari.

Setelah masa dan tempat di tetapkan, aku pun pergi. Perjumpaan pertama bertempat di pejabat Fitrah Media. Sampai di pejabat Fitrah Media, aku rasa terkejut kerana pejabatnya kecil sahaja (pejabat lama, bukan pejabat sekarang). Malah kontinya pun terlalu sempit untuk di lawati. Tetapi aku tidak kisah, kerana yang penting coaching dapat di jalankan.

Berbual punya berbual, aku dikenalkan pula dengan DJ HBO (Harun Bin Omar). Dan di situlah segalanya bermula. Aku di bawah syarikat Izad Blog Network telah “di bawa berbincang” mengenai VISI dan MISI FuhyooFM dimasa hadapan berlandaskan platform internet.

Aku juga di bawa berjumpa dengan Yang Berhormat Tuan Haji Adam bin Sumiru iaitu Chairman FuhyooFm, juga selaku Adun Tanjung Puteri untuk membentangkan semua idea, perancangan dan perlaksanaan. Alhamdulillah, rupa-rupanya aku dan YB Adam mempunyai “mata” yang sama.

Selepas itu, bermulalah JV aku dengan pihak Fitrah Media. Dari benih, ianya mula mengeluarkan akar. Dari akar, ia mula membina dahannya sendiri. Dari dahan, maka ia bercambah menjadi beberapa dahan. Kemudian ia mula mencari “matahari” supaya dapat bergerak lebih tinggi lagi.

Then, ia mula mengeluarkan daun-daun yang lebat sehinggalah putiknya mula kelihatan. Akhirnya kelihatanlah ia sepeti sebuah pokok. Tetapi proses selama 6 bulan dari benih hingga jadinya pokok, bermacam dugaan dan cubaan yang kami hadapi.

Dari masalah motivasi diri, masa yang terhad dan juga kewangan… semuanya kami harungi dengan tabah. Kami sedikitpun tidak menceritakan masalah ini pada orang lain. Semuanya di simpan dan di jaga dengan baik kerana kami percaya kami boleh lakukannya.

Projek FuhyooFM dengan pihak sekolah masih berjalan seperti biasa (sejak dari tahun April 2006 lagi program radio sekolah ini telah berjalan!) tetapi dunia internet yang ingin di terjah ini memerlukan masa yang agak banyak. Dan apa sahaja idea yang aku utarakan, alhamdulillah … pihak FuhyooFm tidak pernah menolak. Malah mereka menerima dengan hati yang terbuka.

Sehinggalah tiba pada satu hari yang aku rasakan sesuai untuk di keluarkan semua yang ada dalam minda ini… aku terus “approach” pihak FuhyooFM untuk memanggil IM dan blogger yang berminat dalam menjadikan radio FuhyooFM ini sebagai satu WADAH untuk semua pengguna internet di Malaysia.

Dari situlah nama-nama besar dunia internet seperti SmartZul dapat diketengahkan melalui radio internet FuhyooFM ini. Mulanya SmartZul malu-malu juga menjadi DJ, tapi sekarang … nahhhhh… dah jadi pun. 8)

Aku ingin sekali melihat satu PLATFORM lain yang boleh membawa dunia internet Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Apa yang aku lihat, sepertinya BROADCASTING terlalu bagus untuk di guna pakai.

Satu per satu idea di dibincangkan. Satu persatu pro and con di utarakan dan satu persatu keputusan di ambil sebagai persetujuan. Cuma ada satu perkara yang “kebetulan” yang berlaku dan ini mungkin menguatkan andaian-andaian di atas itu wujud.

Yup, kesemua mereka yang aku jemput pada malam PERASMIAN PELANCARAN FUHYOOFM dan juga COUNTDOWN MALAM TAHUN BARU adalah mereka yang telah mengikuti Seminar Smart Blogging aku sebelum ini:

1. WanMus.
2. Nuaeman.
3. Shaffik.
4. SmartZul.
5. Zamrin.
6. Zaki.
7. Zairizad.
8. Hirman.
9. Hisam.
…. dan banyak lagi (yang jauh, aku tidak invite kerana takut tidak berbaloi untuk kamu datang… terutamanya dari segi $$… harap kamu semua faham.) Lagipun, hanya itu sahaja yang terdaya aku jemput dalam masa yang singkat.

Tapi don’t worry kerana aku sedang merangka satu lagi program yang boleh menggabungkan SEMUA PENDENGAR FUHYOOFM selama 3 hari 2 malam. Cuma jangan di tanya lanjut ye akan perkara ini, aku masih lagi berbincang dengan pihak pengurusan FuhyooFM.

Ada juga yang bertanya kepada aku mengapa hanya mereka-mereka itu sahaja yang balik-balik jadi DJ? Mengapa tidak orang lain?

Buat pengetahuan semua… tiada apa-apa sebab yang tertentu … janganlah di salah anggap. Orang seperti Zamrin, WanMus, Nuaeman, Shaffik dan yang lainnya itu semuanya mempunyai tanggungjawab, anak bini dan juga komitmen masing-masing.

*** Bukan mudah nak pujuk mereka yang mempunyai nama besar seperti di atas supaya meluangkan masa tanpa di bayar. Perghhhhh…..

Kalau tidak di bayar, mengapa sanggup luangkan masa di FuhyooFM?
Sebab masing-masing terpanggil untuk mendidik anak-anak bangsa supaya tidak melihat internet ini sebagai satu “jalan singkat” untuk “berjaya”. Info-info sebegini akan sentiasa di salurkan secara berperingkat.

Bukan itu sahaja, mereka juga sanggup untuk meluangkan masa dalam segmen yang di beri nama Dunia IM pada setiap hari Khamis pukul 12.00 tgh hari, ulangannya pada hari Rabu jam 2.00 petang (tidak tahu sampai bila akan bertahan segmen ini kerana masing-masing mempunyai komitmen).

Tapi aku respek betul dengan mereka semua sebab mereka tahu perjuangan belum lagi selesai. Mereka telah membuktikan yang bukan semua perkara di lakukan demi duit.

Kalau ada yang mengatakan IM dan IE Malaysia hanya mementingkan duit semata-mata, aku rasa mereka silap. Harus di sedari, visi dan misi yang ada ini bukanlah boleh di laksanakan dalam sehari dua. Malah, semua info mengenai dunia internet ini tidak boleh di lambakkan terus sekaligus.

Ijad DJ-nabiha

Bersama si cilik, DJ Nabiha kita!

Masing-masing menggunakan radio internet FuhyooFM ini sebagai satu lagi kaedah untuk menarik perhatian pengguna internet (terutamanya pelajar dan juga mereka yang baru hendak meneroka dunia internet) dengan maklumat-maklumat yang berguna.

So kalau katakanlah kamu boring dengan kandungan siarannya yang langsung TIDAK SAMA seperti radio FM yang lain, aku harap janganlah berasa janggal ya. Radio internet FuhyooFM ini lebih berorientasikan pendidikan.

Sekali lagi… radio internet ini TIDAK SAMA seperti radio FM biasa macam Hot Fm ataupun ERA. Hiburan bukan aspek utama, tetapi belajar sambil berhibur itu lebih tepat kerana para pendengar FuhyooFM ini terdiri dari pelbagai lapisan pendengar.

Pendengarnya terdiri dari ibu bapa, pihak sekolah, guru-guru, jabatan pendidikan dan juga pendengar bebas. Info seperti gossip-gossip rasanya kurang di bincangkan. Walaubagaimanapun, kamu sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan radio FM yang lain.

Jadi sambil sambil kita berhibur di radio internet FuhyooFM… sambil-sambil kita menambah info dan juga pengetahuan, boleh?


catatan

bawah


    None Found

Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 68 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. miziology said:

    Yup boleh hehe..
    tiba masa utk kita dgr radio yg penuh dgn ilmu..
    bila agknya dpt jd DJ jemputan ek haha

    rohaizad Reply:

    Kalau free dan memang nak datang ke sini, boleh di aturkan.

  2. zakeri said:

    Kalau online mesti aku dengar FuhYoo Fm ni..

    Tahniah… kalau niat yg baik, teruskan…

    p/S: Bila la boleh masuk konti aku yg kerdil ni..
    belajar jadi DJ…

    rohaizad Reply:

    Nak cuba jadi DJ?
    Boleh.. cuba datang hari Sabtu ya!

  3. Jmay said:

    Permulaan yang sgt bagus..lagu pn ok gak..smbil dgr lagu..smbil tmbh ilmu..xgitu Jad? :)

    rohaizad Reply:

    Insya Allah.. bagi sedikit masa lagi. Sedang re-arrange :D

  4. Sain-Web.Com said:

    Ijad memang berbakat jadi DJ.. tak dinafikan..

    rohaizad Reply:

    Ye ke? Mungkin sebab dah biasa bercakap kot. huhuhu :)

    Sain-Web.Com Reply:

    Kalau dah biasa bercakap depan public, no hal lah nak jadi DJ… tapi DJ radio ni di sebalik tabir..suara je dengar..ada koneksi video cam internet baru leh nampak…hehehe

    rohaizad Reply:

    Mungkin akan ada live vid dari konti suaatu hari nanti kot.

    adclie Reply:

    Ko memang boleh la jadi DJ Izad..sejak aku kenal ko kt jusco..ko mmg ada bakat tue..cuma x diasah jer..x gitu jad

  5. alone said:

    dari blogger ke DJ.. ini suatu yang hebat. Keep up, bro! =)

    rohaizad Reply:

    Thanks atas support. Insya Allah… selepas ini kita akan ada sesi wanwancara dengan blogger yang lain ya :D

  6. Zulazis said:

    aku nak create banner fuyooFM & paste kat blog-blog member…. harap di izinkan…

    rohaizad Reply:

    Terima kasih… terima kasih!!! :D

  7. omecool20 said:

    kalau u guys nak dj buat lagu 80s n 90s, aku leh volunteer ..cewah :D

    rohaizad Reply:

    Tuh dia… En Azmir kita dah volunteer.

    p/s: kalau datang JB, jgn tak inform yea… mana tau boleh on air bersama-sama :D

  8. Shaiful Azhan said:

    First.. tahniah yg x t’hingga kpd bro Ijad. Memang salute tegak kat bro. Huyooo fuyooFM. Mmg gempak dan projek yg amat mengagumkan. Sy doa n wish best of luck kat bro dgn fuyooFM..

    rohaizad Reply:

    Terima kasih atas sokongan yang diberikan… :)

  9. Aqif said:

    Saya sendiri telah mempromosikan promosi Fuhyoo FM ini di khalayak ramai. Salah satunya daripada pemberian produk digital percuma.

    Mengapa saya berbuat demikian? Selain daripada memberi sokongan menyeluruh dan yang termampu, saya begitu yakin bahawa radio online yang diberi nama FuhyooFM ini bakal menggegarkan industri informasi dan pendidikan tidak lama lagi.

    p.s: agak-agak boleh ke saya jadi DJ di FuhyooFM nanti? Hehe :)

    boy_bersahaje Reply:

    Boleh xde halnye Qif. Hantar je CV kat Ijad tu. kompem dia bg jadi DJ. Kihkhihkhih

  10. ibnujusup said:

    aku harap semua perancangan berjalan lancar….
    aku dengar lamanweb ni dari brader husin…
    memang berbaloi betul lawat….
    gud luck utk korang semua

    Sain-Web.Com Reply:

    betulkan nama tu, not husin, sain !!..ikut IC..hehehe

    ibnujusup Reply:

    ok bos… :-)

  11. cyza said:

    Biar apa pun kata orang, mereka tak kan tau apa sebenarnya plan dan hasrat orang lain…biarlah mereka berkata-kata….bukan senang nak puas hatikan semua orang…haha

    Apa pun, FuhyooFM adalah dimensi baru dalam web 2.0 di tanah air kita…bahkan mungkin di dunia….

    rohaizad Reply:

    Yup, kalau kita ikut apa yang di katakan oleh orang lain… silap haribulan kita tidak akan kemana. :(

  12. siswaniaga said:

    wah, Bro dah maju setapak lagi… Tahniah diucapkan..

    Bro macam mana dengar Saluran radio ini. Nak tau juga..

    rohaizad Reply:

    Mudah sahaja, pergi terus ke laman web rasmi mereka di http://www.FuhyooFm.com

  13. zam said:

    Tabik spring la bro…. mmg lain dari yg lain dari IM yg lain..huhuh… apa ayat da…

    rohaizad Reply:

    Sebut betul-betul…. Fuhyooooo!

  14. Razif said:

    Semakin menyerlah di radio nampaknya IM kita..

    Bagus..

    InsyaAllah ramai akan support nanti..

    Kat FB pun nampaknya Group Fuhyoo dah up kan?

    rohaizad Reply:

    Di FB pun ada juga. Dan untuk IM Malaysia yang ada, memang akan ada slot untuk mereka. Yeee haaaa..!

  15. donny said:

    tahinah bro..selamat ber-dj.. :)

    rohaizad Reply:

    Selamat bersiaran… :)

  16. Tahniah bro…

    Aku pun rasa inilah Radio Internet yg pertama ku dengar yg menepati citarasa. Lagu yg diputarkan pun tidaklah membosankan. Apa yg penting ialah informasi yang disalurkan.

    Paling menarik ialah slot Dunia IE. Drpd pembacaan teks di blog beralih kpd mendgar suara drpd blogger sendiri. Satu perubahan yg bagus utk Blogger2 & IM seluruh Malaysia.

    Keeup up a good job bro :)

    rohaizad Reply:

    Agaknya inilah yang di namakan REVOLUSI…. betul?

    aktechpage.com (14,494) Reply:

    Ye btul tu, REVOLUSI BLOGGING/BLOGGER.

    Syabas bro…

  17. akuchey said:

    tshniah bro.nampaknya dunia blogging bertambah meriah lepas ni.Sebab para blogger dah jadi deejay.

    rohaizad Reply:

    Sekadar mewakili rakan blogger yang lain. Tak gitu? ;)

  18. Waa blogger jadi deejay? Mana bisa tu… tapi kalo tak dicoba siapa yang tahu..:) Tahniah ya !!!

    rohaizad Reply:

    Iya… yang pentingnya harus di coba… barulah di perolehi hasilnya :D

  19. Wizurai said:

    Fuhyoo Fm diperkenalkan pd aku masa coaching dulu….

    skrang bro kita ni dah siap duduk konti DJ ngan main mesin2 elektronik berbutang2 pulak…

    rohaizad Reply:

    Yup, bagi yang satu coaching tu.. pasti mereka yang akan dengar dulu mengenai FuhyooFM ini. 8)

  20. samdaddycool said:

    Aritu dah start layan Radio internet FuhyooFM , sekarang internet aku slow setiap hari.. tak boleh dengar radio.. tensen.. tensen..

    All the best buat Radio internet FuhyooFM !!!

    rohaizad Reply:

    Kalau internet slow, memang dah ada di Malaysia ni. Coverage masih lagi di bawah tahap piawaian yang sepatutnya.

    samdaddycool Reply:

    Aku punya maxis ni kekadang macam siput sedut… memang nak loading satu page dah standard macam guna dial up, bukan macam broadband..

  21. ibnujusup said:

    memang slow la internet bro…. aku duk kat kl pun still slow… pinggir bandar ar..hihi ..stress klu time download..

    Sain-Web.Com Reply:

    Tukar P1 …macam bro ijad kita dah buat..hehehe

    ibnujusup Reply:

    kawasan sini klu p1 lagi hampeh bang…. maxis, digi, umobile pun x le reach….
    p1 kan still baru lagi…. tgk la setahun ni camne…hihi

  22. Tahniah Bro. Memang 1 motivasi yg sgt bgus utk kami. Tiada misi yg mustahil..yeahhh

    rohaizad Reply:

    Ermm… itu menunjukkan yang kita boleh buat. Jadi selamat berjuang ye sebab perjuangan belum selesai lagi :D

  23. seronok aku dengar suara kawan2 aritu….tergolek2 aku dengar bila DJ MUS becakap sambil berym ngn aku….dia cakap macam jual obat daaa…hahaha sori mus aku kutuk ko..sebb ko xajak aku pegi

    rohaizad Reply:

    Nanti jangan lupa hari Khamis pukul 12 tengah hari. Segmen dari SmartZul!

  24. bluedianthus said:

    Anjakan paradigma yang sangat sesuai…perubahan yang hebat untuk tahun Piala Dunia…:)

    rohaizad Reply:

    Thanks, semoga banyak lagi anjakan yang dapat di lakukan pada tahun ini. :D

  25. ibnujusup said:

    moga terus maju dan maju bro izad.. :-)
    sy x sempat haritu nak pi seminar last..
    baru tau psl laman web ni…
    kalau buat Personal coach camne care die..??

  26. nuaeman said:

    Aku tertarik gambar yang last sekali tu.. sepadan aa jad.. sedangkan Zizie ngan Bung boleh bertemu jodoh inikan pulak.. heh!:)

    rohaizad Reply:

    Pulak… adik Nabiha ini ibarat adik aku laa.. tingkatan 2. Biar betik ko nih…

  27. DjSenja said:

    Tkasih Rohaizad kerana membuat entry ini. Semoga ia memperjelaskan apa yang kurang jelas. Mudah2an kita semua dapat bekerjasama suatu hari nanti dan fuhyoofm.com sentiasa terbuka dalam soal ini. Kecik tapak tangan nyiru kami tadahkan.

    Sambil berhibur sambil belajar – memang tepat tu. Jomlah bersama-sama kami dalam merealisasikan impian menyemai jiwa usahawan ketika masih di awal usia, agar bila besar nanti ianya akan menjadi darah daging. InsaAllah!

    rohaizad Reply:

    Sama-sama…. terima kasih juga kerana memberi peluang untuk belajar dunia penyiaran… :D

  28. wanmus said:

    aduss..bila lah pulak dapat online ni..keje ni pulak ada je..bilalah nak habis..huhu

  29. khairolghani said:

    Kalau aku online,mesti aku luangkan masa dengar FuhyooFM..best..semoga terus sukses..

  30. dr.aku.la said:

    satu lagi milestone yang baik utk sumber informasi yang bermanfaat buat sumer dan juga batu loncatan untuk blogger semalaysia untuk terus maju.

  31. [...] this, a weekly IE (Internet Entrepreneur) segment will be conducted and hosted by big name such as Rohaizad.com, Smartzul, Zamrin.com and [...]

  32. kabu said:

    fuhyoo…kerja berpakat nih memang cept membuahkan hasil…..:)

  33. [...] satu perkara yang selalu aku tekankan mengenai blogging. Dalam wawancara dengan radio internet http://www.FuhyooFM.com sebelum ini pun, aku pernah menekankan fakta yang sama. Ianya adalah satu perkara yang berulang [...]

  34. [...] sebenarnya suka kalau FuhyooFM semakin sibuk, sebab itulah yang di ingini suatu ketika dulu. Tapi dalam masa yang sama, teringat juga pada rakan blogger dan IM yang pernah bersama memenuhi [...]