Google Pagerank – apa yang perlu di lakukan jika blog kamu “dikurniakan” PR?
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Buat duit, Tips - Tarikh diterbitkan: January 9, 2010 online
Setiap seorang blogger haruslah sentiasa sedar akan kedudukan blognya dalam dunia bloggingnya sendiri. Jika dia berblogging hanya sekadar untuk suka-suka, maka had atau limitation`nya hanyalah pada komuniti blog yang dia sendiri bentuk.
Maksudnya blogging yang sekadar suka-suka mempunyai network atau pembaca yang memahami tulisannya sejak dari mula pembaca itu bersamanya.
Tetapi untuk blogger yang ingin bergerak jauh lebih dari sekadar “suka-suka” iaitu untuk MENJANA PENDAPATAN TAMBAHAN dari blog yang mereka ada, mereka MESTI mempunyai “TANGGUNGJAWAB TAMBAHAN” yang lebih (dari sekadar memuaskan hati pembacanya). Dalam erti kata lain, konteks blogging yang di pegangnya akan melibatkan pihak ke-3 iaitu advertiser.
Walaubagaimanapun, tidak semestinya 2 golongan blogger ini terdiri dari 2 jenis blogger yang berbeza. Mereka boleh terdiri dari orang yang sama (aku sendiri melakukan 2 jenis blogging).
Jadi apa yang di maksudkan dengan “TANGGUNGJAWAB TAMBAHAN” itu ya? ![]()
Baiklah.
Sebenarnya yang di katakan “tanggungjawab tambahan” itu ialah apabila kita berusaha untuk “memenuhi kehendak advertiser” yang ada. Terdapat beberapa jenis dari mereka yang mencari “blog” untuk di berikan duit kepada tuan punya blog tersebut.
Antara jenis-jenis advertiser yang wujud dalam dunia “blog advertising” ini ialah:
1. Advertiser yang gila pada PR (pagerank) – do follow backlinks (Google dan Yahoo).
2. Advertiser yang gila pada traffik – Alexa rank.
3. Advertiser yang gila pada SEO – HPK (high paying keyword) di SERP + keyword BIASA via in content link program.
4. Advertiser yang gila pada persembahan blog – blog yang cantik dan menarik.
Kesemua 4 jenis advertiser yang aku sebutkan di atas adalah hasil pemerhatian aku selama menceburi bidang blogging selama 6 tahun. Ikhlas aku kongsikannya di sini… no catch.
Jadi gunakanlah semua idea dan kudrat kamu sebagai blogger untuk mencapai kehendak 4 jenis advertiser itu. Tapi kalau katakanlah kamu tidak dapat memenuhi semua jenis advertiser itu, dapat sebahagian dari itu pun dah kira bagus.
Oh yaaa… bukankah PR sudah di update?
Dan untuk PR update kali ini, Google sungguh BERBESAR HATI kerana banyak blog yang baru telah “dikurniakan” PR. Ada yang blog baru sebulan SUDAH dapat PR3 dan peluang yang ada ini janganlah di sia-siakan.
Aku juga tersenyum sampai ke telinga dengan PR update kali ini kerana ada blog yang di penalize pun dapat PR2 balik… yaaayyy. Tapi itu tidak “seseronok” dengan kawan kita yang satu lagi tu… salah satu blognya di kurniakan dengan PR6. Tahniah untuk beliau.
Kesimpulannya, apa yang perlu di lakukan jika blog kamu “dikurniakan” PR?
Janganlah tangguh-tangguh atau tunda kesempatan yang telah di berikan. Luangkanlah satu hari suntuk untuk submit blog tersebut ke semua program “make money from blogging” dengan segera. Nanti kalau blog kamu dah hilang PR`nya, melepas pula nak buat duit.
Terlalu banyak make money program from blogging di internet ini. Sampai tak terkejar rasanya…. Google sahajalah, gerenti jumpa. Paling tidak pun cubalah cari dalam blog ini. Ada sedikit senarai make money from blogging.
Contohnya seperti program Bloggertizer ini:

Lebih tinggi PR, lebih tinggilah “deal” yang kita boleh dapat. Yang menariknya mengenai Bloggertizer ini ialah setiap advertiser yang menghubungi kita tidak menggunakan sebarang “orang tengah”. Bermakna segala urusan dan juga deal serta “tawar menawar” akan di lakukan oleh kita sendiri terus dengan advertiser tersebut.
p/s: Ada advertiser dari luar negara (US) yang ingin meletakkan link mereka di blog ini selama setahun dengan bayaran USD400.00! betul ke? huhuhuhu….








Kali pertama memberi komen di sini..masih banyak nak kena belajar ni.
rohaizad Reply:
January 9th, 2010 at 12:03 pm
Selamat datang
Taufik SM Reply:
January 9th, 2010 at 2:38 pm
cam ne nk donate paypal…akaun paypal aku x activate lagi….x de kad kredit la….
rohaizad Reply:
January 9th, 2010 at 7:31 pm
Takper, activate`kan dulu akaun Paypalnya.
Eh lupa plak…komennya ialah: blog bro memang sempoi sentiasa menjadi peransang kepadaku untuk belajar dan terus belajar…
rohaizad Reply:
January 9th, 2010 at 1:39 pm
Terima kasih lagi sekali
Perghh..masih banayk lagi nak belajar…agak-agaklah saudara Rohaizad masih sempat lagi ker untuk saya meng`catch up `semua..
rohaizad Reply:
January 9th, 2010 at 1:37 pm
Kalau nak belajar ni, tak akan wujud perkataan “lambat”. So teruskan saja perancangan yang telah di buat.
Baru-baru ni punya update telah menaikkan kembali beberapa blog aku yg kosong. So, tahun ini akan kembali aktif semula
rohaizad Reply:
January 9th, 2010 at 1:36 pm
kalau setahun memang best, tapi kita tengok dulu 3 bulan yang pertama. Takut PR jatuh pula pada suku tahun yang ke-2…. huhuhuhu
Tuan Rohaizad yang baik hati (kerana memberi ilmu percuma),
Blog saya (http://universitipts.com) sudah hampir 6 tahun. Setiap hari saya update, minimum sekali sehari, lazimnya minum 2 kali sehari.
Saya tidak meletakkan iklan, kecuali iklan-iklan bisnes saya. Ini kerana saya rasa (teori saya sahaja), dengan tidak meletakkan iklan berbayar, kredibiliti blog saya lebih baik.
Betulkah teori saya ini?
(Tapi saya juga rugi tidak mendapat wang dari pengiklan)….
rohaizad Reply:
January 9th, 2010 at 1:54 pm
Puan Ainon,
Sebenarnya apa yang di katakan oleh Puan memang benar. Konsep pengiklanan di blog sebenarnya lebih kepada kredibiliti blog dan tuan punya blog itu sendiri.
Kita boleh meletakkan iklan HANYA sekiranya ia tidak memberikan kesan yang buruk kepada produk ataupun kredibilti kita.
Maksudnya kalau saya membenarkan iklan yang “bukan-bukan” berada di blog saya, sudah pasti pembaca saya akan “lari”.
Tetapi dalam konteks blog Puan, advertiser yang SESUAI memang penting kerana jika advertiser itu datangnya dari syarikat yang menjalankan perniagaan yang sama seperti PTS, itu secara langsung akan memberikan kesan yang “tidak berapa enak” untuk PTS sendiri.
Jika di tanya apakah jenis pengiklanan yang sesuai untuk blog Puan, suka saya syorkan di sini bahawa pengiklanan dari peminat PTS amat sesuai sekali.
Mungkin mereka adalah pembaca buku keluaran PTS dan ingin mengiklankan blog mereka di blog Puan. Sekaligus mereka (pengiklan) akan mendapat traffik dan pengunjung dari blog Puan. Bukan itu sahaja, Puan juga akan mendapat profit dari pengiklanan tersebut (win-win situation).
Lagipun blog Puan sudah berada di tahap yang amat bagus kedudukannya iaitu Pagerank 4.
p/s: Idea di atas adalah lebih kepada pasaran tempatan yang boleh di implementasikan.
SifuPTS Reply:
January 9th, 2010 at 3:41 pm
Tuan Rohaizad yang baik hati,
Terima kasih banyak-banyak atas maklumat dan penerangan yang tuan berikan itu.
Saya mendoakan blog tuan bertambah naik rankingnya, dan semoga semakin banyak pendapatan tuan, mengalir bagaikan air sungai yang tidak henti-hentinya, sebagai balasan atas usaha tuan memandaikan pembaca blog tuan. Aminnn….
rohaizad Reply:
January 9th, 2010 at 7:30 pm
Terima kasih Puan,
Saya akan terus berblogging dan berkongsi info serta maklumat yang bermanfaat untuk rakan blogger yang lain.
Insya Allah…
dah naik pr memang best tapi nak buat backlink tu xberapa nak best…tuk satu blog mungkin kita leh usahakan kalau dah sampai puluh2 blog..memamng outsource le jawabnya
rohaizad Reply:
January 9th, 2010 at 1:39 pm
Outsource?
Boleh… malah lagi best sebab dapat menjimatkan masa.
ibnujusup Reply:
January 10th, 2010 at 9:37 am
kene kluar duit sket kot,… tapi brebaloi…
huu
thanks forr the info bro..
tak tau lak ada program macam ni.
lepas ni nak try buat..walaupun pr baru 2.huhu
rohaizad Reply:
January 9th, 2010 at 1:55 pm
Cuba ye… jangan tak cuba. Tak cuba tak tau, dah cuba baru tau….
tima kasih atas post yang amat bermanfatt ni..ada lagi sstu program yang bakal aku kena sign up..ko dah kasi tau..haha..maceh
rohaizad Reply:
January 9th, 2010 at 2:08 pm
Sama-sama… no hal punya…
Saya ada try daftar dekat program Bloggertizer tu, tapi tak dapat sebab email tak authenticate. Haha. Kenapa pulak?
rohaizad Reply:
January 9th, 2010 at 2:11 pm
Kalau email tak authenticate, login ke dalam inbox account di bloggertizer pun boleh…
reezluv Reply:
January 9th, 2010 at 2:12 pm
baru nak tanya..hehe
rohaizad Reply:
January 9th, 2010 at 2:20 pm
Dah tau dah… ahahahah
reezluv Reply:
January 9th, 2010 at 2:13 pm
inbox account?mana satu?takde pun..huhu
rohaizad Reply:
January 9th, 2010 at 2:22 pm
Ada… bukan main cantik lagi link inbox tu di letakkan kat atas account page kita di Bloggertizer. Cuma ada atau tidak mesej di dalamnya, yang itu depend pada advertiser sama ada nak sewa link mereka di blog kita atau tidak….
reezluv Reply:
January 9th, 2010 at 3:41 pm
tapi yang peliknya time aku nak register tu..lepas je isi nama, email password..katanya email tak authentical..erm..
Fatin Pauzi Reply:
January 9th, 2010 at 6:10 pm
Sama la. Macam mane nak ade inbox account, sebab saya pun lom daftar lagi program ni.
Thanks bro,
Aku akan usahakan blog sampai ‘dikurniakan’ darjat PR tu. Dan ikut apa yang sifu ijad katakan….
rohaizad Reply:
January 9th, 2010 at 7:28 pm
Syabas… pelan-pelan kayuh…
msarbin Reply:
January 11th, 2010 at 2:27 pm
Mantra. Mana hang p lama menyepi. Kalau dah start sem roger2 la aku di sini.
mantra Reply:
January 11th, 2010 at 8:12 pm
Skang kat PG 8 bulan praktikal…
msarbin Reply:
January 11th, 2010 at 8:40 pm
La..patut pun
Thanks bro atas perkongsian. Teringat pulak pulak kenangan USD pertama..Chehh. Walau papepun akan terus berjuang.
rohaizad Reply:
January 9th, 2010 at 7:27 pm
Yang pertama itu selalu sangat “manis” untuk di kenang. Cubalah berikan rasa “manis” itu setiap hari kerana hanya berbuat begitu… barulah kejayaan akan menjadi milik kita setiap masa. Insya Allah.
Aqif Reply:
January 9th, 2010 at 9:03 pm
Insyaallah. Semoga kita sama-sama terus merasa “kemanisan” berblogging.
p.s: akan ku turun JB tidak lama lagi untuk pekena nasi ayam penyet! oh!
rohaizad Reply:
January 11th, 2010 at 7:32 am
Baru semalam kita orang pekena Nasi Ayam Penyek lagi! ahahahah
Aku baru try luck aku ni…untuk mencari pengiklan…harap2 lah ada yang nak….uhuk uhuk…
rohaizad Reply:
January 9th, 2010 at 7:25 pm
Insya Allah… kalau tiada, masih banyak lagi program yang boleh di cuba.
Tuan Rohaizad yang baik hati,
Sebagai balasan kepada jawapan tuan yang sangat berguna itu, saya tuliskan satu entri khusus tentang tuan dalam blog saya. Mohon klik di sini:
http://universitipts.com/index.php/site/comments/blog2/
rohaizad Reply:
January 9th, 2010 at 7:24 pm
Terima kasih yang teramat sangat Puan… saya rasa terharu sangat-sangat…. !
p/s: Puan telah menambahkan lagi semangat saya untuk bersama-sama memandaikan bangsa dalam berblogging. Insya Allah….
Terima kasih sekali lagi
Aqif Reply:
January 9th, 2010 at 9:07 pm
Saya setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Puan Ainon dalam blog beliau. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn. Ainon dan En. Rohaizad yang sentiasa memperjuangkan matlamat untuk “memandaikan” bangsa.
wah usd400? pe lg, sapu je trus,,hehe
rohaizad Reply:
January 9th, 2010 at 7:21 pm
Tengah berkira-kira ni… sebab boleh “up” tinggi sket lagi rasanya…
Salam,
Terima kasih kpd Bro Rohaizad di atas perkongsian ini.Saya pun ingin cuba nasib juga ni.
Mengapa PR saya tak naik ye. Apa kemungkinannya? huhu..
rohaizad Reply:
January 9th, 2010 at 7:20 pm
Pagerank ini sangat berkait rapat dengan proses link building. Jadi effort harus di lakukan lebih ke arah itu
Nozi Reply:
January 9th, 2010 at 9:20 pm
Mungkin betul la.Hmm..Fikir2, hujung bulan dec thn lepas saya bercuti sebulan. Kena pula pakcik google update PR ni…
Yusri Reply:
January 9th, 2010 at 10:59 pm
setuju sangat yang ini…dalam masa 4 bulan saya dpt PR3 … itupun bermula dari zero …guna free stuff lagi …kesiannya …
rohaizad Reply:
January 11th, 2010 at 7:31 am
Tahniah!
Membaca catatan saudara, memang banyak ilmu yang saya dapat dan sering teruja untuk terus berblog. Cuma, saya hairan tak boleh register dengan Bloggertizer. Kenapa?
rohaizad Reply:
January 9th, 2010 at 7:18 pm
Ye ke tidak boleh register?
Ermm… pelik pulak.
Baru lah tahu jenis blog advertising ada 4 jenis rupanya. Tuan Rohaizad bagi jenis pengiklan blog yang ke 4 adakah pilihan dibuat hanya bergantung kepada kecantikan sahaja berbanding traffik yang dimiliki?
rohaizad Reply:
January 9th, 2010 at 7:16 pm
Tuan Maizul,
Memang benar seperti apa yang tuan katakan. Ada di kalangan advertiser yang akan beriklan kerana mereka suka dan minat. Orang-orang lama pernah berkata:
“Kalau tidak dapat lihat orangnya, tengok bumbung rumahnya pun jadilah…”
Begitu juga dengan jenis advertiser jenis yang terakhir itu. Cuba bayangkan situasi seperti ini:
- WanMus baru sahaja set up blog baru. Selepas 2 hari, ada advertiser berminat untuk meletakkan link mereka di blog beliau.
Jangan kata PR, Alexa rank pun tiada lagi. Pendek kata, satu apa pun takdak sebab blog masih lagi terlalu baru.
Kisah WanMus ini adalah kisah benar:
http://wanmus.com/blog-pr0-baru-2-hari-dah-dapat-payment.html
Aqif Reply:
January 9th, 2010 at 9:06 pm
Sedikit perkongsian dimana salah satu niche blog saya diminati advertiser adalah berdasarkan kecantikan di blog tersebut. Bukannya isi kandungan.
rohaizad Reply:
January 11th, 2010 at 7:28 am
Tuh dia….!
Entry yang memberikan satu lagi ilmu baru kepada aku. Walaupun sikit je ilmu yang kita dapat tu, tapi guna dan aplikasikan, lebih berbaloi daripada ilmu segunung, tapi tak satu pun yang diimplementasi.
Syabas Inspektor Saab
rohaizad Reply:
January 9th, 2010 at 7:17 pm
Alaa… berkongsi apa yang patut sahaja Sam.
samdaddycool Reply:
January 9th, 2010 at 7:51 pm
Sifu aku ni. memang resmi padi, makin berisi, makin tunduk…
Sain-Web.Com Reply:
January 11th, 2010 at 4:32 am
betul2…itu yang aku suka ijad ni..
samdaddycool Reply:
January 11th, 2010 at 11:59 pm
Kan! Kan! Kan!
Salam
Terima kasih saudara Rohaizad kerana sentiasa berkongsi ilmu
memang boleh buat banyak duit dalam dunia blogging ni
http://myadha.com
rohaizad Reply:
January 11th, 2010 at 7:27 am
Thanks sebab sudi berkunjung ke blog ini juga
PR update mnggu lepas lagi.. Semalam aku nk donate tiba2 tersasul terbeli domain plak..len kali aku donate tuk ko ye Ijad..hehehehe
rohaizad Reply:
January 11th, 2010 at 7:27 am
Wehhhh…no problem
rugi kalu blog dh de PR tp xgunakan dgn sebaik mungkin hehe..peluang jgn dilepaskan
Sain-Web.Com Reply:
January 11th, 2010 at 4:34 am
macam aku, dah ada PR masih lepaskan peluang..hehe
Kategori blog mcm mna yg advertiser suka bro Ijad
maksud saya dari segi bahasa,bahasa kite ke (BM)
atau omputeh (BI).Kalo bahasa omputeh kelu lidah
untuk berkata-kata…he.
rohaizad Reply:
January 11th, 2010 at 7:28 am
Kalau dah kelu, takleh nak buat apa lagi dah…
PR= Pro Rohaizad..:)
rohaizad Reply:
January 11th, 2010 at 7:24 am
Uiksss… thanks
thanks bro izad for sharing….
kene lebih byk blaja ni…
rohaizad Reply:
January 11th, 2010 at 7:24 am
Nak belajar ni tak susah, sekarang ni semuanya ada tinggal nak Google je. Tak macam 5-6 tahun lepas… walau ada Google pun, tapi infonya tidak banyak … phewww
Majoriti program buat duit ni perlukan peserta mempunyai domain sendiri dan ini adalah satu sebab aku berhijrah ke rumah baru http://denaihati.com
rohaizad Reply:
January 11th, 2010 at 7:23 am
Welcome to the club !
yang paling tak bes bila tak naik2 PR kan aiya
rohaizad Reply:
January 11th, 2010 at 7:22 am
Kasi tambah sket link building process pada blog tersebut.
Bro,
Sudah lama tidak beri komen di sini.
Saya berblog dulu kerana rasa nak cuba2 bermain dengan katakunci2 untuk di buat SEO. Ianya memang berbaloi sebab sudah banyak katakunci yang naik muka pertama.
Saya juga sudah bosan untuk mengejar PR sebab memang tak pernah naik. Mungkin ada kesalahan yang saya lakukan kepada Google.
tak apa saya menulis hanya untuk berkongsi apa yang ada. iklan pun ala kadar sahaja
rohaizad Reply:
January 11th, 2010 at 7:22 am
Bro,
Nak kejar PR ni senang saja. kita kena buat link building, bukan SEO. Pagerank tidak ada kena mengena dengan SEO ataupn traffik.
Link building sahaja
salam bro..
semalam x sempat berry comment sebab jalan2 kat gurney drive..hehe
bro,nak tanya sikit ye..ada blogger baru sebulan dua mula dah ramai pengunjung.apa rahsia mereka?blog aku http://donnyien.com/ masih kurang pengunjung?hah.. tima kaseh
rohaizad Reply:
January 11th, 2010 at 7:30 am
Rahsianya terletak pada blog marketing. Itu sahaja… boleh Google terus sebab dah banyak info pasal blog marketing.
Dah ada PR, boleh la dapat income lebih..hehehe
p/s : $400/tahun ijad ? wei, masyuk tul…Ni baru PR 3 blog ni.. kalau PR 10 ? huhuhuh..
rohaizad Reply:
January 11th, 2010 at 7:21 am
PR10?
Nak pengsan aku dengar PR10 tu Sain…ahahahah
reezluv Reply:
January 11th, 2010 at 7:55 pm
fuh pr10?Facebook pun aku rasa PR7 atau 8 jek..haha..ada ke PR10?
Blogging merupakan salah satu cara utk menambah pendapatan.Dlm blog terdapat pelbagai info2 yg bole digunakan serta salah satu cara mempromosikan produk.
Teria kasih sdr rohaizad atas info yg berguna ini…=)
rohaizad Reply:
January 11th, 2010 at 7:20 am
Sama-sama… sebenarnya banyak lagi yang akan di kongsikan di blog ini. Nantikan ya
ibnujusup Reply:
January 11th, 2010 at 2:19 pm
memang masyuk…
sy ader rekemon gak blog ni kt orang..
memang berbaloi2..
tapi by mouth-to-mouth la….
dwi page rank dwi blog
Thanks Bro..aku kayuh pelan-pelan nie..:D
rohaizad Reply:
January 12th, 2010 at 6:48 am
Teruskan … orang yag berusaha, pasti ada hasilnya
tak perasan aku yg ada pagerank blog aku yg naik…pagerankalert ni xleh pakai tol la…dia xupdate pon…ces
rohaizad Reply:
January 12th, 2010 at 6:47 am
Huhuhuhu… cek betul-betul bang… nanti rugi pulak.
yeah
d dapat tips satu
‘link builing’ yeah
rohaizad Reply:
January 12th, 2010 at 6:46 am
Congrats wehhh…
Salam tuan rumah,
Sudah dua tahun tulis blog, baru tahu ada advertiser yang gila camni. Gila nak bagi duit kat orang yang memang gila nak duit. huhu
Sapa tak nak duit kan? haha
rohaizad Reply:
January 12th, 2010 at 6:45 am
Program sebegini sudah wujud sejak tahun 2005 lagi.
p/s: Rajin-rajinlah “keluar” dari Malaysia. Tinggalkan forum tempatan yang tidak sesuai untuk blogger. Kebanyakan forum tempatan lebih kepada internet marketing, bukan blogging.
kepada tuan punye blog yang da ber”PR” tu cepat2 la submit.
untung sabut timbul,untung batu tenggelam.
good luck!
rohaizad Reply:
January 12th, 2010 at 6:41 am
Yup, jangan tak disubmit … nanti menyesal
hoho. seriously, aku taktau blog bleyh buat duit dgn PR. ingatkan PR ni just utk naikkan trafik dgn bg blog kita authority lbih tggi je. tak sangka bley bwat duit jugak. lg satu, btul kata bro sblum PR kne turun, baik gune chance ni. alang2 blog aku dah PR4 ni, nak jugak try. tapi bleyh ke blog melayu join? ade lagi ke program selain bloggertizer? thanks neway
rohaizad Reply:
January 12th, 2010 at 6:40 am
Seperti yang telah di beritahu, semua maklumat boleh di peroleh pada catatan yang lepas-lepas seperti entri ini:
http://www.rohaizad.com/2008/11/10/peluang-menjana-pendapatan-melalui-blog-selain-dari-adsense-bahagian-2/
Ada banyak lagi program baru di luar sana untuk blogger menjana pendapatan tetapi tidak banyak yang menerima blog Melayu.
saya pun tgh usahakan nak dapatkan PR.. huhuhu..,. by da way, not bad lah kalo kat Alexa.. ranking 3 million
Bener tu dapat $400 / year? Senang kalo dapat segitu…
Info padat, tima kasih
ooo gitu ye, saya ingat pagerank tu hanya utk syok sendiri aja.TQ
tq Rohaizad sedikit sebanyak blog anda telah membuka sedikit kegelapan saya selama ini
Pagerank saya masih lagi satu, bila nak naik ni
[...] advertiser, kita berhak untuk memilih beberapa perkara yang ada. Hey, bukankah kita sudah tahu yang terdapat pelbagai jenis advertiser di internet ini? innity_pub = "c3992e9a68c5ae12bd18488bc579b30d"; innity_cat = [...]
Diulas pada January 27th, 2010 at 10:58 amKan best kalau kita ada 100 blog dan semua PR power-power… MAsyukkk
[...] ada banyak lagi cara untuk monetize blog (buat duit dari blog) kerana pengiklan di internet ini mempunyai pelbagai kriteria. « « Blog Melayu ke-2 rohaizad dot com*** innity_pub = [...]
Diulas pada January 31st, 2010 at 6:14 pmHehehe….ranking saya juta2 lagi dalam alexa.. agak kekurangan masa untuk mengepos pos-pos baru…
terima kasih atas tip yang diberi. semoga terus maju. selamat berkenalan.
dapat pr = dapat $$$ ting…
[...] Pagerank memang penting sebab itu adalah salah satu perkara yang telah di tetapkan oleh sesebuah program. Kalau kita tidak develope backlinks untuk blog kita, agak sukar untuk kita mendapat PR yang bagus. [...]
Diulas pada March 22nd, 2010 at 7:33 pm[...] yang pernah di kongsikan di sini, advertiser mempunyai pelbagai jenis dan kehendak. Untuk offer yang baru diterima ini, kehendak advertiser ini lebih kepada fresh SEO dan juga [...]
Diulas pada April 20th, 2010 at 2:57 pm