Dunia blogging yang mendewasakan.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging - Tarikh diterbitkan: January 11, 2010 onlineKita ingin menjadi seorang blogger yang baik.
Kita juga ingin menjadi blogger yang “best of the best” iaitu hebat.
Sehingga di satu peringkat, kita selalu membayangkan sesuatu yang cemerlang dan bersinar untuk kita pada hari esok.
SIAPAKAH FULL TIME BLOGGER SEBENARNYA?
Terus terang aku katakan ramai yang masih bertanya kepada aku mengenai “rasa” menjadi seorang full time blogger. Apa yang aku boleh katakan ialah rasanya “biasa-biasa” saja.
Di barat sana, kerjaya sebagai seorang full time blogger cukup hebat definasinya. Seorang full time blogger akan di ukur HANYA jika mereka BENAR-BENAR menjana kehidupan masing-masing dari “blog-blog” yang mereka ada (sila perhatikan…. bukan blog, tapi “blog-blog”).
Cuma di dalam konsep full time blogging, ia bukanlah tertakluk kepada aktiviti “menulis” di blog sepanjang masa. Maksudnya kalau setakat menulis di blog sepanjang masa tetapi tidak “menjana pendapatan” daripada kesemua blognya, itu bukanlah “full time blogger”.

FAKTA SEBENAR
Dalam erti kata yang sebenar jika kamu menulis di blog sepanjang masa tetapi aktiviti blogging itu tidak membantu dalam memenuhkan poket kamu sendiri, kamu hanyalah blogger biasa yang meletakkan hobi menulis sebagai salah satu aktivitinya. Tidak lebih dari itu.
* Hobi menulis di blog sepenuh masa dan kerjaya/profesion sebagai seorang full time blogger adalah 2 perkara yang BERLAINAN.
Di Malaysia pun hari ini, tanggapan dan andaian tersebut nampaknya sudah semakin di terima oleh semua masyarakat online. Malah terdapat banyak peluang yang telah wujud untuk para blogger berbanding 5-6 tahun sebelumnya. Satu petanda baik.
DUNIA BLOGGING
Sebenarnya aku sendiri pernah berfikir mengenai profesion sebagai full time blogger ini. Lagipun, menjadi full time blogger itu salah satu dari perkara yang hebat untuk di perkatakan…betul tak?
Tapi lama-kelamaan, aku sedar bahawa bukan itu yang aku cari selama ini. Maksudnya, daripada aku menjadi seorang full time blogger dalam kehidupan… bukankah lebih baik jika aku jadikan kehidupan aku ini sendiri sebagai full time blogger?
Iya… memang benar aku adalah seorang full time blogger tapi aku tidak hidup semata-mata hanya untuk berblogging. Untuk seorang blogger yang ingin menampung kehidupannya dengan blog yang dia miliki, blognya itu sendiri mestilah BERSINAR atau MENYERLAH.
PERSOALAN
- Bagaimana untuk menjadi “seorang blogger yang menyerlah?”
- Bagaimana untuk membuatkan “blog kita menyerlah?”
- Bagaimana untuk membina sebuah blog yang “lain dari yang lain?”
Rasanya aku tidak boleh menjawab dengan tepat semua soalan di atas. Akan tetapi kisah di bawah ini mungkin boleh membantu aku untuk menerangkannya dengan lebih baik:
Ada seorang blogger dari bandar Pittsburgh yang dikenali dengan nama PittGirl. Blogger ini cukup famous di bandar tersebut sehingga blognya lebih TERKENAL dan BERSINAR dari suratkhabar di pekan itu sendiri.
Lebih menarik lagi, akhbar di bandar itu sendiri sanggup memberikan komen di blognya. Bayangkan… betapa dahsyatnya dan “panas”nya blog ini kerana hampir semua cerita di blognya susah untuk di perolehi oleh wartawan lain.
PENULIS HANTU
Kehebatan blog ini memang cukup terserlah kerana blognya terlalu “panas”. Malangnya tiada seorang pun yang tahu mengenai identiti pemilik blog ini. Sama ada dia seorang perempuan atau dia seorang lelaki (walaupun menggunakan nama PittGirl), itu adalah misteri kerana ia di rahsiakan dengan cukup bagus.
PittGirl menyatakan yang beliau bekerja dalam sebuah organisasi masyarakat di PittsBurgh sendiri. Agak sukar untuk meneka siapakah beliau kerana ianya satu badan yang besar.
Cuma yang peliknya, beliau tahu SEMUA kisah setempat, politik tempatan dan juga aktiviti sukan di PittsBurgh sendiri. Termasuklah skandal dan juga cerita yang orang lain tidak tahu.
MENGAPA BLOG PITTGIRL INI “MENYERLAH”?
Blognya menyerlah kerana beliau menggunakan kata-kata yang sungguh TIDAK SOPAN. Plot penyampaian dan tulisan beliau membuatkan penduduk sekitar dan pembacanya rasa kurang senang.
Tetapi sudah menjadi adat dunia, perkara yang “teruk” dan penyampaian “kotor” itulah yang seringkali mendapat tempat di hati mereka yang “suka mengambil tahu hal ehwal orang lain”.

Sehinggalah pada suatu hari, penyamarannya terbongkar dan akhirnya… beliau di berhentikan kerja oleh majikannya sendiri. Come to the worst, blognya telah di delete! (kisah terakhir yang aku tahu PittGirl telah membuka blog barunya yang lebih “suci” iaitu ThatsChurch.com)
So apa yang aku hendak sampaikan ialah blog PittGirl ini adalah salah satu dari LUBUK DUIT yang dahsyat (sehingga mengalahkan akhbar tempatan). Hakikatnya, potensi blog ini sebenarnya cukup tinggi untuk di jadikan sebagai “pendapatan tambahan” untuk dirinya sendiri.
Bagi seorang blogger, ia umpama pemasaran “dream come true”. Cuma alangkah bagusnya jika blog beliau itu tidak menggunakan kata-kata “tidak sopan” sepanjang penyampaiannya.
Dari segi “MENYERLAH”, memang aku cukup jeles dengan blog PittGirl itu tetapi blog rohaizad dot com bukanlah seperti blog PittGirl. Cuma satu yang aku cukup pasti, aku akan cuba untuk “menyerlah” dengan cara blogging aku sendiri.








“Untuk seorang blogger yang ingin menampung kehidupannya dengan blog yang dia miliki, blognya itu sendiri mestilah BERSINAR.”
sangat setuju dgn kenyataan ini, ironinya walaupun kita ada emas kalau tidak pakai ianya akan pudar dan perlu polish utk kilatkan balik dgn menggunakan bahan2 tertentu.sama macam blog kene sentiasa “dipakai” iaitu dgn selalu update.
Kalau emas dibasuh dgn air paip shj tidak bersih. Sama mcm blog perlu “dibasuh” dengan info-info yg up-to date dan kena dengan apa yg pembaca mahu seperti blog rohaizad.com
kesimpulannya aktiviti blog adalah emas yg tersembunyi yg perlu didulang-dibersihkan-diproses-dipakai-ditayang dan lama2 nilainya akan sentiasa meningkat
rohaizad Reply:
January 11th, 2010 at 10:59 pm
Hendak memulakan sesuatu itu memang mudah, tapi untuk maintain… itu memerlukan komitmen.
*Persistency.
ibnujusup Reply:
January 12th, 2010 at 8:02 am
betul2 berfalsafah jawapan ni…
dalam maksudnye….:-)
nak kena jadi barang kemas le pula..bersinar-sinar
p/s – saje je mencelah disebalik seriusnya komen2 di sini
rohaizad Reply:
January 11th, 2010 at 11:24 pm
Komen ini membuatkan saya tersenyum
p/s – kakjie makin mengejar…jgn lupa tu
skrg 187+
rohaizad Reply:
January 11th, 2010 at 11:34 pm
Tapi komen ini pula semakin membuatkan hidup saya tidak karuan rasanya…
p/s: Saya akan terus berlari Kak Jie…
samdaddycool Reply:
January 12th, 2010 at 12:04 am
Mencanak-canak K.jie menurunkan Alexa.. perghh.. Run Forrest.. run!
rohaizad Reply:
January 12th, 2010 at 5:03 am
Ahahahaha…. memang tak cukup kaki nak lari nih
Kujie Reply:
January 12th, 2010 at 1:48 pm
wah..siap dtg bg sokongan tepi padang :p
samdaddycool Reply:
January 12th, 2010 at 2:22 pm
mana ada sokongan dari tepi padang.. saya sama-sam berlari neh!
mazuki selangor2u Reply:
January 12th, 2010 at 8:31 pm
camne alexa rank ni dikira yea???? konpius2…
purata visitor blog ni berapa yea????ermmm
macam suatu cereka untuk para blogger..the dreams become reality..satu revolusi pun boleh cakap..fuh..
apa pun true bloggers,only bloggers who earned from blogging and make blogs for their living.
rohaizad Reply:
January 11th, 2010 at 11:42 pm
Fuhh… dahsyat falsafah ko ni Reez. Aku suka
miziology Reply:
January 12th, 2010 at 9:38 am
reez kalu dh berfalsafah mmg dasyat hehe
rohaizad Reply:
January 12th, 2010 at 11:35 am
Orang jiwang ni memang ada bakat dan talent dalam hal falsafah nih.. hahahahah
reezluv Reply:
January 12th, 2010 at 8:23 pm
amboi2..best tul ngutuk..kekeke.janji ada luv lagi dalam hati aku ini..
biarlah bulan bicara sendiri, menangisi setiap hati bloggers yang lara sebab tak dapat PR..
p/s:ha..kan aku dah meraban..haha
Susah jgak nak jadi blogger ni. huhuhuhu
Nak buat 1 blog senang je, nak menyinarkan blog ni sgt susah.
Ade sorang india yg terkenal sbg profesional blogger iaitu Amit Agarwal. Salah 1 blognya ialah http://www.labnol.org/
Taufik SM Reply:
January 12th, 2010 at 2:35 am
Blog labnol tu la yg ajar aku redirect blogspot ke wp..huhu…
rohaizad Reply:
January 12th, 2010 at 4:58 am
AK – Blog Labnol ini pernah disentuh pada awal kewjudan blog ini 2 tahun lepas. Anyway, thanks for the reminder.
Saya cadangkan En. Rohaizad kita usahakan agar blogger itu diklasifikasikan sebagai satu kerjaya. Kelak sudah pasti akan ramai yang akan turut serta dan sudah pasti juga nama Rohaizad akan dilihat sebagai pejuang blogger di Malaysia khasnya.
rohaizad Reply:
January 12th, 2010 at 5:00 am
Itulah yang di perjuangkan oleh saudara http://www.LiewCf.com/blog kita sejak bertahun lamanya. Tapi negara kita masih 5 tahun ke belakang dalam hal ini.
smartzul Reply:
January 12th, 2010 at 5:14 am
Liew CF amat hebat orangnya dan memang seorang problogger Malaysia. Namun, saya tidak terlalu nampak ‘perjuangannya’. Jika mahu orang nampak, beliau perlu ke hadapan, bukan menunggu atau sekadar berblogging sahaja. Antara yang patut beliau lakukan adalah menulis buku, menulis artikel di media konvensional, tampil di mana-mana dan pelbagai lagi perlaksanaan lain di pasaran Malaysia ini. Atau, mungkin saya tidak lihat betul-betul usahanya.
rohaizad Reply:
January 12th, 2010 at 6:30 am
LiewCF dah pernah membuat semua itu. Malah dia pernah mewakili negara ke luar negara untuk jemputan beberapa event.
Sebagai seorang Problogger Malaysia yang pertama, dia sudah melakukan banyak perkara. Sila rujuk artikel-artikel lama beliau.
UstazCahaya Reply:
January 12th, 2010 at 9:42 am
Salam Rohaizad dan Zul.
… saya pula senyum2 membaca perbincangan saudara berdua…..
rohaizad Reply:
January 12th, 2010 at 10:14 am
Bagus… sebab sesuatu info tidak akan bergerak jauh jika tidak di bincangkan.
p/s: Ustaz, senyum itu sedekah… pandai Ustaz buat pahala yea.
UstazCahaya Reply:
January 12th, 2010 at 10:25 am
Saya senyum lagi;-)
Sebenarnya bro, saya menyokong saudara berdua dalam apapun yang saudara perjuangkan tentang blog, yang tujuan akhirnya adalah ‘untuk dan kepada’ Islam dan umat Islam.
Jika blog boleh buat duit juga buat porak peranda, saya sejak dulu percaya, blog juga boleh membantu kemajuan dan perjuangan umat kita.
Saya setuju dengan SmartZul, alangkah baiknya jika ‘perjuangan itu diperjuangkan’ oleh saudara berdua;-)
rohaizad Reply:
January 12th, 2010 at 11:34 am
Terima kasih
motokriss Reply:
January 12th, 2010 at 3:01 pm
Salam,
Maaf mencelah, Cadangan saya mungkin boleh memulakan perjuangan dengan menubuhkan persatuan. Kebiasaannya apabila sesuatu eprsatuan itu menyerlah dari segi ahli dan pencapaian ahli-ahlinya tentu ada pihak yang akan buka mata.
Seperti Kami sebagai agen insuran kami diwakili oleh LIAM (Life Insurance Association of Malaysia)Semua agen insuran mesti berdaftar disini. Namun diperingkat syarikat kami juga diwakili oleh persatuan untuk agen-agen Great Eastern Sendiri GELFAAM.
Suara moniriti memang tidak kedengaran. Suara Majoriti memberi kesan kepada sesuatu isu yang dibangkitkan.
Pendapat dari saya.
“♪♫♪…percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan…♪♫♪”
rohaizad Reply:
January 12th, 2010 at 5:01 am
Cehhh… sayu lah pulak dengar lagu ni…hahahah
reezluv Reply:
January 12th, 2010 at 8:25 pm
itu AFUNDI la..hehe
dr.aku.la Reply:
January 13th, 2010 at 1:50 pm
betul…
Entri ini amat bermakna buat saya kerana saya sendiri mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang full time blogger satu hari nanti. (It is a must!)
p.s: nak kongsi sedikit info dengan abg ijad dan para pembaca. sila tengok filem Sherlock Holmes. Jika diperhatikan, kata-kata “Hikmat” abg Ijad ada terkandung dalam filem tersebut. Nak tahu? Sila tengok.
rohaizad Reply:
January 12th, 2010 at 5:02 am
Oh ye ke?
Nanti nak tengoklah citer nih…
Aqif Reply:
January 12th, 2010 at 6:48 am
Tapi satu je perkara penting. Jangan mudah terpengaruh. Sebab lepas tengok movie ni terus saya jadikan Sherlock Holmes idola saya. Hahaha
miziology Reply:
January 12th, 2010 at 9:41 am
ya aqif..cerita ni mmg bagus hehe
aku dh tgk dh khamis lepas..
Ijad ko MUSTi tgk cite ni
cube, cube dan terus cube…
jgn mengalah dan mengeluh….
rohaizad Reply:
January 12th, 2010 at 10:11 am
Itu betul… ikut je azam yang ada dalam hati tu.
Perasaan b’semangat untuk menulis di blog lebih kerap tercetus lepas baca ayat-ayat bro ijad. Best la bro tulis huhu rasa t’haru je..
rohaizad Reply:
January 12th, 2010 at 10:11 am
Terharulah pulak…. ekekekeke.
Yang penting, minat berblogging tu kena ada.
“with Great Power Comes Great Responsibility” – Spiderman (2002)
rohaizad Reply:
January 12th, 2010 at 10:10 am
Tuh dia…. I like!
p/s: Aku Bukan Superman…
Ijad,aku tak pasti la sama ke tak..tapi cuba ko try taip nama Danny Gockey kat google..muka mamat tu lebih kurang muka ko je..haha..
bagi aku blog ko dah cukup bersinar dah.Setiap artikel ko buatkan aku nak makin improvekan diri dalam dunia blogging..terima kasih Ijad..
rohaizad Reply:
January 12th, 2010 at 10:09 am
Danny Gockey?
Cehhh…. hahahah.
taukey Reply:
January 12th, 2010 at 2:23 pm
hahahaha. Jadi Malaysia Idol pulak daaaa…blh gak tu. dalam kategori lain.
Tuan Rohaizad,
PTS menggaji 2 orang blogger. Saya adalah salah seorang blogger yang dibayar gaji bulanan oleh pengurusan PTS bagi menulis di blog http://universitipts.com Blogger yang seorang lagi menulis di blog http://cikgumalaysia.com
Bolehkah saya dakwa saya seorang blogger sepenuh masa?
rohaizad Reply:
January 12th, 2010 at 10:29 am
Kalau dari istilah umum, ramai betul “blogger sepenuh masa” sebenarnya. Balik sahaja dari kerja, malamnya pula mereka berbloging. Ada yang hampir 8 tahun berblogging dengan cara sebegitu.
Cuma perbezaannya adalah dunia blogging masing-masing. Yup, adakah mereka berblogging hanya sebagai hobi atau money oriented.
Kalau money oriented dan boleh menampung kos sara hidup hanya dengan aktiviti bloggingnya, maka di barat sana mereka memang menggelarnya sebagai “full time blogger”.
Dan kalau katakanlah Puan di bayar gaji bulanan untuk menulis sehingga gaji itu boleh menampung kos sara hidup, maka saya juga akan mengatakan ianya sebagai full time blogger cuma selalunya full time blogger tidak “bermajikan” secara rasmi.
* Walaubagaimanapun, ramai juga blogger yang berpendapatan lebih dari RM8000.00-RM10,000.00 sebulan tapi masih lagi bekerja. Pheeewww…itu baru part time, belum full time lagi….
siswaniaga Reply:
January 12th, 2010 at 9:16 pm
salam. kalau macam ni nak juga jadi blogger lah. tak payah buat kerja part- time lepas balik kerja.kalau full time, berapa boleh yer?hmmm
rohaizad Reply:
January 13th, 2010 at 12:57 am
“Berapa boleh?”
Apa yang boleh tu ye? Kurang jelas soalan tu.
Ni soalan yang sedang bepusing2 di kepala otak sy ni..bagaimana nak menjadi blogger yang ‘menyerlah’ dan ‘menyinar’?
memang aku tabik tuan rohaizad sebab setiap hari ada2 je post panas yang x disangka2 akan keluar..aku sendiri pun x terfikir.. mana hang dpt dapat idea yer?
rohaizad Reply:
January 12th, 2010 at 10:08 am
Dari pembacaan dan pengalaman.
bg aku menjadi seorg fulltime blogger adlh impian, impian dicapai dgn kesungguhan, kesungguhan diharungi dgn kecekalan. kecekalan mesti lah dgn kesabaran.
rohaizad Reply:
January 12th, 2010 at 10:06 am
100% kenyataan yang aku tidak boleh nafikan
motokriss Reply:
January 12th, 2010 at 3:07 pm
Pada akulahkan kalau setiap masa kita asik menumpukan fikiran pada blogging (walaupun pada masa kerja) aku dah boleh anggap orang itu adalah full time blogger.
Ada seorang rakan aku selalu cakap macap nih “Aku memang masih kerja kilang tapi sebenarnya aku adalah fulltime agen Insuran” Sebab sememangnya target terakhir adalah menjadi fulltime agent.
rohaizad Reply:
January 12th, 2010 at 3:10 pm
Rasanya tidak sesuai di takrifkan sebegitu rupa. Sebab kalau setakat berfikir sahaja tanpa tindakan, sama juga kalau kita asyik terfikir mengenai dunia askar… tapi tak pula kita kategorikan diri kita sebagai askar sepenuh masa.
motokriss Reply:
January 12th, 2010 at 3:17 pm
yup aku setuju Jad. berfikir sahaja tanpa tindakan semamngnya tidak boleh dikategorikan begitu.
Berimpian beserta tindakan untuk mencapai matlamat itu yang aku pelu dilakukan. Kami dilatih sedemikan untuk mengubah mentaliti dari pekerja kepada bekerja sendiri.
Syoknya ada blog sendiri.InsyaAllah satu hari nanti sy pon nak buat blog sendiri yg memberi manfaat kpd pengunjung blog sy.
rohaizad Reply:
January 12th, 2010 at 12:54 pm
Boleh… apa salahnya Amir.
Ijad bole tak blog kita bersinar kalau kita buat post yang pedas macam Rocky tapi masih lagi dalam batasan adab susila?
rohaizad Reply:
January 12th, 2010 at 11:33 am
Sebenarnya agak subjektif untuk mengatakan YA atau TIDAK mengenai soalan tersebut. Tapi boleh di tanyakan pada pembaca sendiri.
Blog macam PittGirl memang cepat panas tapi semua tu mungkin hanya sementara. Mungkin bukan Mungkin tapi terbukti sementara. huhu
rohaizad Reply:
January 12th, 2010 at 12:42 pm
Betul Fatin.. kat Malaysia ni banyak blog yang sebegini. Sampai boleh masuk penjara… tapi yang penting, kita ambil cara positif cara dia marketkan blognya itu. Kemudian, blendkan dengan cara kita sendiri.
sentiasalah berwuduk ketika menulis pos blog, wajah akan bersinar-sinar. Masih jauh lagi nak jadi fulltime blogger nih..tapi nak kayuh pelan-pelan juga…
rohaizad Reply:
January 12th, 2010 at 12:49 pm
Yup, kayuh pelan-pelan… tapi mesti dengan “gear yang tinggi”…
Ijad, kamu selalu beri saya info dan semangat untuk terus melangkah ke hadapan even setapak sehari
bukan senang nak jadi senang tapi bukan mustahil untuk jadi pemenang. ada usaha, adalah imbalannya nanti. Sekarang ni, jangan sesekali pandang rendah mereka yang belajar tidak setinggi mana..in fact, menara gading kadang2 sekadar term untuk konon2 berjaya saja
budak2 pun dah boleh success hanya dengan blogging!
rohaizad Reply:
January 12th, 2010 at 7:57 pm
“budak2 pun dah boleh success hanya dengan blogging!”
Ini adalah sesuatu yang BENAR. Di Filipina, seorang budak yang hanya berumur 14 tahun telah pun mencipta nama. Lawati blog beliau di sini:
http://www.carlocab.com/
huhu..adakah aku mampu untuk menjadi full time blogger satu hari nanti???
Pahtu cakap kat anak2….
“bapak tanah xde nak wasiatkan kat korang tapi website ada la 2,3 ratus….”
huhuhu
cyza Reply:
January 12th, 2010 at 10:49 pm
Wah…lagi satu angle menarik untuk difikirkan ini…maklumlah website dan blog adalah aset virtual…kena wariskan ….begitu juga dengan paypal, TNX dan TLA etc.
mazuki selangor2u Reply:
January 12th, 2010 at 11:56 pm
bro…skrg aku dah xleh kua cam dulu la…dah ada pegwai jaga skrg…susah la cket nk lepk2..tapi kalau lepak2 dalam utm boleh la kot…
lagi malang nasib aku : IC dia pegang,lesen kereta pon kena amek…memang xleh wat pape..duk dalam utm jela..
sorry jad..aku merintih nasib plak kat sini..haha
btw, kalau memang kita full time blogger one of your children mesti tahu apa sebenarnya yg kita buat diinternet…so,xde la membazirkan..kalau dia minat blogging biar la dia tahu camne nak jual aset virtual korang nie..
rohaizad Reply:
January 13th, 2010 at 12:58 am
Jauh siot ko pandang.. aku beklum kahwin lagi nih..
mazuki selangor2u Reply:
January 13th, 2010 at 1:56 am
aku memang suka berpandangan jauh…hahaha padahal kahwn belum…
Salam Tuan Ijad,
Tahniah!!! Antara entri yang aku suka ini. Ko telah membuatkan aku berfikir tentang kerjaya full time blogger. Bukannya aku nak jadi full time blogger, tapi aku terfikir macam mana rasanya…bila kata-kata ko adalah rasanya biasa-biasa saja, aku pun terfikir lagi…betul lah tu…takkan nak rasa di awang-awangan pulak…biasa je lah kan….
Cuma, kekadang aku bayangkan, kalau orang tanya kita kerja apa, bagi orang yang faham istilah full time blogger, atau IM, oklah… tapi bagi yang tak up to date dgn dunia virtual, mesti depa tanya balik, apa kejadahnya kerja ko tu…? kerja apa tu? eh, boleh dapat duit ke? dan macam2 istilah atau ayat berbaur pertanyaan yang boleh buat kita rasa rimas…dan nak ketuk kepala orang yang tak faham-faham…
Bagi aku, oleh kerana aku dah di kurniakan Allah pekerjaan yang baik dan berpotensi, maka aku akan teruskan kerja aku dgn sebaik mungkin. Cuma, aku nak juga jadikan platform online sebagai medium aku lepas gian….yea…lepas gian fantasi aku di lembaran virtual. Dan pada masa yang sama menjadikan blog-blog sebagai penjana kekayaan…
Eh…panjang pulak aku berceloteh…sorry ek
rohaizad Reply:
January 13th, 2010 at 12:59 am
AKu suka baca komen ko nih… memang ada kebenarannya. Bukan semua orang mesti berhenti kerja…
Kalau ada kerja bagus, teruskan sahaja.
insyaallah tahun ini saya digelar
blogger tegar..
ada sumthing nk tanya bro
nantikan
rohaizad Reply:
January 13th, 2010 at 1:01 am
Welcome to the club!
Ni semua kerja rohaizad lah..dia lah yang merosakkan anak bangsa melayu supaya terlibat dalam aktiviti berblogging sampai tak ingat nak makan dan mandi..semua salah dia..tapi bila dapat duit, tersengih sorang2..hehehe
rohaizad Reply:
January 14th, 2010 at 8:37 pm
Banyaklah ko…
Tapi adik ko lagi best, siap boleh keluar buku buat duit dengan blog lagi.. tak gitu? ahahahah
sedang berusaha kearah tue bro…masih cuba nak “fine tune” mana2 yg perlu di betulkan..
rohaizad Reply:
January 14th, 2010 at 8:34 pm
Boleh.. .pelan-pelan kayuh…
[...] ini kita telah berkongsi mengenai dunia blogging secara general. Hari ini, aku akan berkongsi lagi sedikit mengenai perkara yang memotivasikan blogger untuk mereka [...]
Diulas pada January 13th, 2010 at 12:16 pmMacam mana boleh bagi waktu antara kerja sebenar dengan blogging?
rohaizad Reply:
January 14th, 2010 at 8:34 pm
Kena pandai membahagikan masa nonton TV. gantikan ia dengan berblogging
kalau budak sekolah bila ditanya nak jadi apa bila besar; dan jawabnya nak nak jadi blogger tu tanda dah jadi profession yg diiktiraf di semua peringkat masyarakat la yer…
rohaizad Reply:
January 14th, 2010 at 8:32 pm
Kalau adalah statement macam tu, government kena beri perhatian pada profesion blogger nih…. ekekeke
kabu Reply:
January 16th, 2010 at 12:05 am
Kalau tunggu gomen alamat lambat ler nak jadi….
Ini ibarat macam self regulating body yang kemudian mendapat iktiraf pihak berkuasa.
Saya nampak momentum untuk itu sudah ada, macam apa yg diperjuangkan oleh sdr smartzul, Ijad, komuniti smart blogging, dan lain-lain untuk blogging yang berhemah. Bukan blogging untuk menipu dsb.
penggunaan fuhyoofm juga dapat membantu mengembangkan idea profession blogger….
[...] pasti apabila saya sudah “berehat”, title saya sebagai seorang fulltime blogger akan menjadi part-time blogger. But there’s no problem about it. I’m okay with [...]
Diulas pada March 1st, 2010 at 11:33 pm