Motivasi blogger dalam berblogging.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging - Tarikh diterbitkan: January 13, 2010 online

Sebelum ini kita telah berkongsi mengenai dunia blogging secara general. Hari ini, aku akan berkongsi lagi sedikit mengenai perkara yang memotivasikan blogger untuk mereka terus berblogging.

technorati logo

Dalam banyak perkara, kita memerlukan satu fakta yang ampuh untuk di jadikan modal perbualan. Dan hari ini, blog telah berjaya di jadikan sebagai satu platform untuk kita “berbual”. Jadi jika kamu ingin “berbual” mengenai dunia blogging, apa kata kita terus membaca fakta-fakta yang telah aku cari dan kumpulkan.

Di bawah adalah antara fakta-fakta yang aku rasa sesuai untuk di kongsikan bersama. Ini bukanlah fakta rekaan ataupun gurauan ye. Semuanya telah terkandung di dalam laporan tahunan yang telah di sediakan oleh Technorati (sedunia).

Berikut adalah 17 perkara yang memotivasikan blogger untuk terus berblogging (di selidik dari kalangan professional blogger serta mereka yang berblogging sebagai hobi):

**************************

1. 70% responden mengatakan bahawa kepuasan peribadi adalah sebab utama untuk mereka terus berblogging.

2. Blogger (75%) selalunya mentakrifkan diri mereka sebagai “jujur”… kononnya.

3. 16% daripada mereka (bloggers) adalah terdiri dari mereka yang panas baran. Blog di gunakan sebagai tempat untuk meluahkan perasaan (lebih-lebih lagi bila tiba bab politik).

4. 71% pula mengatakan blog hanyalah sebagai tempat untuk merehatkan minda.

5. 72% menegaskan bahawa blog adalah tempat untuk mereka menonjolkan skill atau kemahiran masing-masing.

6. 61% mendakwa blog adalah tempat yang paling sesuai untuk menjana pendapatan tambahan.

7. 53% dari professional blogger lebih cenderung kepada menjadikan blog sebagai tempat untuk menambah prospek perniagaannya.

technorati-top-

8. 72% yang bekerja sendiri + berblogging mengatakan mereka menjadikan blog sebagai tempat untuk menarik perhatian client baru.

9. 19% memberikan fakta bahawa mereka takut jika pendapat yang merka luahkan di dalam blog peribadi masing-masing akan di reject oleh majikan sendiri.

10. Walaupun dunia mengalami krisis kewangan yang amat teruk sekalipun atau sedahsyat mana kehidupan manusia itu berubah, kebanyakan bloggers (81%) tetap akan menulis mengenai topik yang mereka suka di blog yang mereka ada.

11. 63% responden pula memberitahu bahawa blogging telah menyebabkan mereka lebih terarah kepada emosi mereka.

12. Kebanyakan responden mengulas bahawa blogging telah memberikan kesan atau impact terhadap kehidupan peribadi mereka. Hanya 6% sahaja yeng mengakui blogging telah menjejaskan hubungan kekeluargaan mereka semakin teruk. Malah yang merana setelah berblogging pun ada.

13. 42% mengatakan mereka telah bertemu ramai rakan baru melalui aktiviti blogging yang mereka ceburi.

14. 15% menyedari mereka berjaya menonjolkan gaya eksekutif mereka di tempat kerja hanya setelah duduk dalam dunia blogging.

15. 57% telah membayangkan bahawa perancangan di masa hadapan mereka PASTI melibatkan blogging secara tidak langsung (termasuklah dari mereka yang berumur antara 18-24 tahun – 74% -).

16. 35% – termasuk 43% part timer – bercadang untuk menerbitkan buku at least sebuah buku sepanjang hidup mereka.

17. Part timer, golongan profesional, dan mereka yang bekerja sendiri selalunya berblogging dengan jayanya sekali (purata jaya sekitar 73%, 76% and 80%) dan mereka yang menjadikan berblogging secara hobi mempunya kadar yang lebih rendah.

**************************

Buat pengetahuan semua, lebih dari 133,000,000 blogs telah di indexed oleh Technorati sejak 2002! Jadi cuba bayangkan di manakah blog kita? Adakah kita boleh “survive” jika kita hanya sekadar berblogging suka-suka?

Kalau jawapannya ya, itu sudah cukup bagus. Kalau jawapannya tidak, sudah tiba masanya untuk kamu memikirkannya…… 8)


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 61 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. taukey said:

    betul betul betul. Blog aku ntah tidak tersebarai kat 133 juta tu…hahaha. dan aku rasa angka tu bertambah setiap hari

    donny Reply:

    mcm cendawan tumbuh selepas hujan :)

  2. zam said:

    hehehe… tah ceruk mana plak pegi blog aku yg tak seberapa nih….hehehe…..

    rohaizad Reply:

    Ada…. kena cari pelan-pelan… :D

  3. alone said:

    betul.. dan setuju =)

    blogging changes my life =p

    rohaizad Reply:

    Blogging changes everything :)

  4. cyza said:

    Ijad,

    No. 12 aku suka dan setuju. It has provided me significant impact to my live and I love it.

    No. 17, sorry ada typo error.

    rohaizad Reply:

    Correction has been done :)

  5. Fatin Pauzi said:

    Herm, setakat ni, masih boleh survive dengan certain keywords. huhu

    rohaizad Reply:

    Tahniah yea.. :)

  6. Azhar said:

    Bayangkanlah kalau dunia ini tanpa blogging/blogger/blog. Bagaimana gaknyer kalau blog ni tak pernah wujud. Mungkin ramai yang sawan sebab takder income.. Especially blogger melayu, kira taraf mereka dah naik setapak bila blogging boleh cari duit… Tak der lah dok kerja ngan bangsa lain, asyik jadi kuli aje.

    Happy jugak bila member taip http://www.uncleazhar.com , keluar kat page one. hehehehe

    Thanks Bro, atas kata semangat anda… Bila lagi????

    rohaizad Reply:

    Bila?
    Bila apa tu ye?

    Azhar Reply:

    Bila lagi nak bawa nora danish jumpa kita orang kat JB ni…

  7. miziology said:

    blogging is cool hehe

    rohaizad Reply:

    Absolutely correct!!!!!

  8. donny said:

    Salam Semua,

    sbg sorg ptimer blogger,agaknya blog adalah tempatku;

    4. 71% pula mengatakan blog hanyalah sebagai tempat untuk merehatkan minda.

    5. 72% menegaskan bahawa blog adalah tempat untuk mereka menonjolkan skill atau kemahiran masing-masing.

    6. 61% mendakwa blog adalah tempat yang paling sesuai untuk menjana pendapatan tambahan.

    ………….

    p/s;adakah aku akan menjadi fulltime blogger?..tunggu dan lihat..

    rohaizad Reply:

    Welcome to the club!

  9. reezluv said:

    pergh..lama gila aku tak jenguk technorati lepas aku setia ngan Digg..ahaha..

    samdaddycool Reply:

    Apa bezadigg dgn technorati.. atau sama je ke’power’annya??

    Fazreen Reply:

    digg = social bookmarking
    technorati = blog directory

    samdaddycool Reply:

    oooo.. tenkiu.. tenkiu..

    Taufik SM Reply:

    dmoz? ngan alexa, quancast?

  10. Kujie said:

    sejak technorati buat sistem baru – dah tak faham
    dulu selalu rujuk technorati

    rohaizad Reply:

    Takper Kak Jie.. kita buat-buat faham aje sudahlah… ahahahah

  11. samdaddycool said:

    Aku suka dengan ‘ blog sebagai tempat mendapat kawan baru’… hampir kesemua blog yang aku lawati best dan menarik belaka.

    Bayangkan dunia tanpa blog, kebanyakannya hanya dapat mengaplikasi kemahiran menulis hanya ketika SPM kertas karangan sahaja.

    faisalhanim Reply:

    betul2..semakin hari semakin ramai kawan dgn berblog sampai diluar batasan geografi.

    Aku juga setuju, blogging utk kepuasan peribadi…tp aku tak setuju blog digunakan utk org yg panas baran melepaskan geram!!

  12. bluedianthus said:

    Tak kira apa jenis motivasi yang muncul untuk berblogging, harap ianya tidak salah digunapakai..komunikasi dua hala itu penting, dan salah satunya adalah melalui aktiviti blogging juga.17 perkara yang blogger patut tahu (pro or part time), terima kasih untuk info nie…:)

    rohaizad Reply:

    No problem… sharing is caring :)

  13. Fazreen said:

    aku blogging demi kepuasan diri..

    rohaizad Reply:

    Dulu aku pun macam tu jugak. Tapi bila dah nampak peluang depan mata, terus tak toleh belakang lagi.

  14. hasbulaqill said:

    aku bloggin untuk jana pendapatan
    no more excuse
    mesti generate income lepas ni :D

    rohaizad Reply:

    Tapi income blogging ni tidaklah sehebat dengan affiliate, CPA yang kamu sedang lakukan Hasbul. Yang kamu lakukan sekarang lebih “lebat” pendapatannya.

    Income blogging ini sedikit sedikit, tapi dari banyak punca.

    p/s: Boleh survive ke dengan blogging income nanti ya?

    hasbulaqill Reply:

    heher….ilmu perlu mantap untuk divariasikan ;)
    saya main CPA perlu ada blog

    insyaallah boleh bro..
    get and take action

    saya xpaham apa bro maksudkan ‘lebat’

  15. zool said:

    Pergh siap ada statistik tu..
    mau jenuh nak pegi buat survey ni

    rohaizad Reply:

    Sekali-sekala , takper kot. Tapi kalau selalu, mau menangis… ahahahah

  16. shahraduan said:

    Blog oh Blog..pada mulanya hanya suka..beli domain pun takut org kebas nama aku..hohohoho

    Dengan blog boleh tulis saja apa yang terlintas..

    Aku ber-blog untuk menambahkan $$$$…best tau..hahahaha

    rohaizad Reply:

    Tuh dia… memang berblog boleh menambahkan pendapatan… :D

  17. Shaffik said:

    Sebab tu kita kena bermula daripada sekarang. Rugi jika ramai yang sudah mempunyai blog, namun kita kosong. Dan mungkin lebih tertarik kepada facebook. Ruginya…Kepada yang masih tercari-cari, http://bengkelblogging.com mungkin tempat yang sesuai utuk anda…

    Sorry bro..promote sikit ya…:)

    rohaizad Reply:

    Yup, klik sahaja banner di sebelah untuk keterangan lanjut :)

  18. [...] sebanyak 17 fakta mengenai perkara yang memotivasikan blogger untuk terus berblogging telah di kongsi. Rata-rata memang ramai yang ingin berblogging untuk [...]

  19. dr.aku.la said:

    asal aku blogging adalah sekadar mencuba sesuatu yang baru dan minat aku terhadap dunia internet.
    tetapi “seseorang” telah memperkenalkan aku kepada dunia advertising blog. (guess who?)
    lantas mengubah persepsi aku terhadap blogging bukan sekadar suka-suka malah boleh menjana pulangan.

    rohaizad Reply:

    Siapa tu?
    Marilah kongsikan dengan rakan blogger lain di ruangan komen ini :)

    dr.aku.la Reply:

    sapa lagi?
    rohaizad.com la..
    hehehe..

    hanif Reply:

    “la” domain extension dari mane bro

    dr.aku.la Reply:

    boleh refer sini-> http://en.wikipedia.org/wiki/.la

  20. Jmay said:

    Blogging telah memfaedahkan masa aku di depan laptop.. :)

    siswaniaga Reply:

    salam. betul tu.. daripada asyik main game jer, at least laptop tu boleh menghasilkan duit. Ada juga boleh support duit bila laptop problem..

  21. ahmad said:

    Saya cukup seronok tgk bila blog dikunjung orang dan jumlahnya semakin meningkat setiap hari.

    rohaizad Reply:

    Yup, sebenarnya semua blogger didunia ini akan suka bila blognya di kunjungi pelawat.. :D

  22. zamrin said:

    emm..pada aku..blog merupakan salah satu dairi..kalau lupa..boleh rujuk kembali..jika hanya 1 post, blog adalah satu nota kecil..tapi kalau dah beribu-ribu post..blog adalah satu perpustakaan maya.

    rohaizad Reply:

    Fuhh… satu lagi terminologi baru iaitu “perpustakaan maya”… best!

  23. kabu said:

    Seronok bila blog dah tek henti diekses setiap hari

    rohaizad Reply:

    Itulah antara “kemanisan” dalam berblogging :)

    kabu Reply:

    Yg ni kira manis2 buah.
    Tgh mencari kemanisan semanis madu
    Ada blog sudah dapat PR1.

  24. wanmus said:

    wahh no 16 memaksa si wanmus menulis buku jugak nampaknya..tapi tajuk apa nk buat ni ek..hehe

    nuaeman Reply:

    Aku antara 35% yang no 16 tulah kot.. harap tahun ni berhasil…

  25. Ahmad said:

    wah menarik la kalau kita guna perpustakaan maya tu,sememangnya blog saya menjadi rujukan pelajar saya utk mendapatkan nota p&p sbb saya tak bagi mereka nota secara terus.Tapi mereka frust sbb saya lock blog supaya mrk tak dpt copy & paste.(baru belajar nak lock blog).c

  26. abdhakim said:

    sy rasa org yg buat blog pd awalnya, kemanisan pertama adalah bila ada org bg comment pd post kita, kemudian trafik bertambah seterusnya boleh menjana income… mmg ianya memakan masa, tp itulah realiti.

    Banyak juga sy tgk blog yg meletup disebabkan situasi semasa, mcm nak pilihan raya, kes pembunuhan kanak2, tp bila sejuk isu itu blog pun sudah jadik beku

    blog sy masih lagi menanam benih, belum boleh kutip hasil

  27. ibnujusup said:

    no 1 ngan 6 .. :-)

  28. [...] “boost” sebagai makanan minda. Jangan kata blogger, setiap seorang dari kita juga harus mencari sesuatu sebab yang boleh menaikkan kekuatan dalaman yang mereka [...]

  29. boss said:

    bloging.. aku start lewat sikit tapi.. boleh la berjaya juga.. he he.. 133juta! banyak tu.. hmm tapi blog dari malaysia sahaja plak berapa banyak? sape tau?