8 perkara yang membuatkan pengunjung/pembaca blog merasa boring dengan tulisan kamu.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Tips - Tarikh diterbitkan: January 15, 2010 onlineDalam kita berblogging, kita seharusnya melihat keadaan sekeliling blog kita. Tujuannya adalah supaya kita dapat mengesan dan memahami kehendak sebenar pembaca/pengunjung blog kita sendiri.
Dalam erti kata lain apabila kita sedar yang blog kita sudah mendapat perhatian (tidak kiralah walaupun perhatian itu sedikit jumlahnya), kita tidak boleh lagi berblogging secara syok sendiri. Ada perkara yang perlu difokuskan iaitu menaiktaraf tulisan blog kita itu di mata pengunjung/pembaca.
Jadi apakah yang harus di lakukan?
Mudah sahaja.
Kita seharusnya membuat eksperimen. Hanya dengan cara ini sahajalah pembaca/pengunjung kita akan kembali lagi. Jika ianya tidak dititiberatkan, pasti pembaca akan boring. Sekiranya ini berlaku, tanggunglah sendiri.
Hari ini emosi aku tersangatlah stabil Dan aku cukup gembira untuk berkongsi antara perkara-perkara yang boleh membuatkan pembaca/pengunjung boring dengan tulisan di sesebuah blog.
Buat pengetahuan kamu, kesemua fakta di bawah merupakan sebahagian dari pengalaman yang aku perolehi sejak menceburi dunia blogging (2004) manakala setengahnya pula datang dari eksperimen yang pernah dibuat di blog ini sendiri.
Ianya ikhlas di sediakan untuk bacaan kamu semua; pembaca setia blog ini!

1. Jangan sesekali membuat pengunjung membaca artikel kamu yang sudah basi isunya.
- Blogger adalah seorang yang kreatif. Walaupun sesebuah cerita itu sudah basi tetapi cubalah garapnya dengan unsur yang lain.

2. Jangan hanya menerbitkan artikel hanya dengan tujuan untuk MENJUAL.
- Orang tidak akan membeli jika kamu hendak menjual. Untuk mengesyorkan sesebuah produk, itu boleh. Tapi masalahnya kalau setiap artikel itu berbaur menjual, kirim salam sahajalah… pastinya pembaca kamu akan boring.

3. Jangan menulis seolah-olah kamu seorang HAKIM.
- Memanglah itu blog kamu. Tapi janganlah suka-suki menghakimi seseorang. Selalunya blog politik memang mengalami sindrom sebegini. Dia punya assumption ataupun andaian, mak datuk… faham-faham sudah.

4. Jangan menulis jika blog kamu kelihatan seperti “Iklaneka di Berita Harian”.
- Iklan yang teramatlah “meriah” memang membuatkan pembaca/pengunjung kamu boring. Bukanlah di sebabkan iklan yang banyak tu… tapi kesan dari iklan yang ada. Mana tidaknya, nak tunggu full loading… pheeww…berjam-jam. Itu belum di campur dengan “kelajuan internet di Malaysia yang amatlah laju”… kan? kan? kan? kan? kan?

5. Jangan menulis semata-mata untuk menunjukkan yang kamu itu “melampau” baik orangnya.
- Hendak menulis perkara yang baik memang boleh. Hendak menunjukkan yang kamu itu baik pun boleh… tiada masalah sebenarnya.
Tapi janganlah selalu menulis semata-mata untuk menunjukkan kamu itu betul. Habis kamu canang satu Malaysia mengenai diri kamu yang bagus itu.
Perlu diingat bahawa masalah akan timbul kerana tiba satu masa nanti, kamu tidak sedar yang kamu telah menjadi seorang yang hipokrit. Apabila ini terjadi, memang confirm pembaca kamu akan boring. Tidak syak lagi!
* Terima kasih Puan Ainon kerana bersetuju dengan saya di Facebook petang tadi.

6. Jangan menulis artikel yang terlalu panjang sampai pembaca kamu mendapat migrain.
- Maksudnya di sini jika kamu sendiri tidak yakin dengan tulisan kamu yang panjang berjela itu, maka janganlah lakukan. Nanti bukan sahaja kamu penat, pembaca kamu juga tidak akan singgah lagi ke blog kamu.
Tulisan yang panjang mempunyai “tanggungjawab” yang berat. Kamu perlu memastikan pembaca kamu seronok dari mula sehinggalah ayat yang terakhir. Terdapat teknik-teknik tertentu untuk memastikan pembaca kamu “khayal” dengan apa yang kamu tuliskan (topik ini mungkin akan di kongsi pada entri yang lain)

7. Janganlah kamu menulis dalam keadaan emosi yang tidak stabil.
- Ini jangan di bawa main. Aku sendiri pernah mengalaminya dan akhirnya pembaca blog ini tidak memberikan respons yang baik pada artikel tersebut. Walabagaimanapun, aku terima dengan hati yang terbuka kerana aku ini masih lagi di peringkat belajar.

8. Jangan “menyuruh” pembaca mengikut kehendak kamu sendiri.
- Pembaca bukanlah pekerja kamu. Ini adalah kerana bukan semua yang kita mahu boleh mendapat reaksi positif dari mereka.
Aku pernah melakukan eksperimen untuk melihat sejauh mana blog ini mampu untuk menarik pembacanya sendiri. 2 percubaan telah di lakukan tetapi gagal menghasilkan result yang sama:
Percubaan pertama melalui artikel ini:
i) Apa yang membuatkan seseorang blogger itu “outstanding” di kalangan pembacanya sendiri?
Respons: Sangat menggalakkan! (komen yang banyak)
Bukti: 20 perkara yang membuatkan seseorang blogger itu “outstanding” di kalangan pembacanya sendiri.Percubaan kedua pula melalui artikel yang satu ini:
ii) Antara diari dan blog.
Respons: Tidak seperti yang di harapkan (komen yang sedikit)
Jawapan untuk eksperimen di atas boleh di lihat dari jumlah komen yang di terima. Sampai sekarang, aku masih merasakan artikel “Antara diari dan blog” itu memang memboringkan (pembaca blog ini pun boring dengan artikel tersebut agaknya). Apa pun, itulah kesan dari berblogging dalam keadaan emosi yang tidak stabil (No 7)…. huhuhuhu.
Kesimpulan:
Dalam 2 artikel di atas, respons yang di berikan amat berbeza kerana penggunaan tajuk yang TIDAK MENARIK PERHATIAN pembaca.
Ada baiknya mengajak pembaca sendiri untuk bersama-sama dengan cara yang lebih kreatif lagi seperti menggunakan “title” ataupun tajuk artikel yang lebih “membunuh”. Anyway, itulah teknik yang menyebabkan kedua-dua artikel tersebut mendapat “layanan” yang berbeza dari pembacanya.
Baiklah itu sahaja setakat hari ini. Di harapkan perkongsian yang tidak seberapa ini dapat memberikan sedikit idea untuk mereka yang hendak terus berblogging.







kira betul la tuh..hoho
rohaizad Reply:
January 15th, 2010 at 9:57 pm
Kenapa?
Ada yang tidak betul ke Titan?
Kalau ada, mintaklah tambah sket tips… boleh member lain baca.
titan Reply:
January 16th, 2010 at 10:54 am
tak. maksud aku, betul la apa yang ko tulis tu. takde yang tak betulnya.
Razil Zaini al-Hafiz Reply:
January 20th, 2010 at 9:28 am
Salam titan dan bro izad ,
Yup saya sependapat dengan post kali ini. Memang penuh isi dan berisi. Mantop habis walaupun ia simple jer… tapi info nie amat penting utk para2 blogger yg baru macam saya utk mengembangkan daya kreativiti di blog.
Salam sukses.
Razil Zaini al-Hafiz.
Satu nasihat yang sangat berguna dari seorang problogger!
Tengok post ni pun dah mantap.
Memang betul bro, eksperimmen tu penting.
Tapi dari apa yang saya perhatikan kebanyakan yang baru nak start buat duit online ni selalunya malas nak buat eksperiment tapi hanya mementingkan nak duit semata-mata.
rohaizad Reply:
January 15th, 2010 at 9:56 pm
Takperlah… mungkin mereka ada cara tersendiri kot. Apa pun, ini hanya sekadar perkongsian sahaja dari blogger yang memang sedang belajar.
Poziabb Reply:
January 16th, 2010 at 1:00 am
Salam bro, entri ni sgt membantu. tq tuk perkongsian idea. patut la blog aku SANGAT MEMBORINGKAN, 8/10 aku buat benda2 di atas. Semoga penambahbaikan di blog aku dpt dilakukan pd masa2 akn datang. Terima kasih lagi sekali.
ps; aku selalu baca kat ‘dinding’ ko di FB, kat muka atat sinyum, lalam ati…wa tabik lu.
rohaizad Reply:
January 16th, 2010 at 11:08 am
Kat dalam hati tiada siapa yang tahu… kan?
salam,
trimas atas tips ni bro..
tadi aku magrain pasal blog aku bandwidth limit exceed..argg geramnya.. aku dah top up bandwidthnya dan tunggu pengesahan dr exabytes.
buat masa ni aku x dapat blog..sabar2..
rohaizad Reply:
January 15th, 2010 at 9:55 pm
Ambil hosting yang bersaiz besar, tidak peningkan kepala.
hehe.. mostly adalah benar. thanx for the info!
rohaizad Reply:
January 15th, 2010 at 9:47 pm
No problem.. glad you like it.
setuju!
andaikan diri kita pembaca apabila menulis artikel. adakah kita akan berminat? akan boring? dan etc.
dengan cara ini dapatlah kita andaikan samada pembaca akan minat membaca artikel itu sampai ke akhirnya atau tidak.
* jangan banyak iklan. hoho.
rohaizad Reply:
January 15th, 2010 at 9:46 pm
Sebab itulah sebelum kita publish artikel kita, bacalah sekurang-kurangnya 2 kali. Then barulah kita rasa patut atau tidak hendak terbitkan artikel tersebut.
samdaddycool Reply:
January 16th, 2010 at 1:42 am
Aku kurang bacasekali lagi sesuatu entry yang aku tulis. Biasanya aku tak periksa langsung nahu, tatabahasa, struktur ayat dan kesalahan tulisan.. TU memang kealpaan aku yang paling ketara..
rohaizad Reply:
January 16th, 2010 at 11:07 am
Boleh di atasi tu.. tiada masalah
hehe adoi laa.. terharu lagi la. bro rajin bg tips b’guna. nanti jumpa nak blnja bro mkn nasi dagang.
rohaizad Reply:
January 15th, 2010 at 9:44 pm
Ye ke?
Wahhh… murahnya rezeki, memang tak pernah makan Nasi Dagang semumur hidup nih…
Shaiful Azhan Reply:
January 16th, 2010 at 1:09 am
eh of course la bro. klo bro trun trengganu or klate gtau je sy. biar saya jd tukang escort ngeh2..
rohaizad Reply:
January 16th, 2010 at 11:07 am
No problem… boleh sahaja.
Terima kasih atas perkongsian ini. Pembaca sekarang cerdik-cerdik belaka. Nak tulis perkara yang syok sendiri boleh juga sesekali tapi kena kreatiflah.
rohaizad Reply:
January 15th, 2010 at 9:45 pm
Yup, kena kreatif supaya tidak nampak pelik.
masalahnya – kak jie selalu rasa entri kak jie best- selalu dok ulang baca sendiri berkali-kali
hahaha…. tak sedar diri sungguh.
ok serius-
semua yang dilistkan itu benar benar belaka tiada yang benar selainkan benar.
No 7 – jangan menulis dalam keadaan emosi yang tidak stabil – terlalu suka atau pun duka. Dua- dua keadaan tu buat kita hilang kata-kata.
yup..noted!
rohaizad Reply:
January 15th, 2010 at 9:50 pm
Memang betul Kak Jie… kita selalu rasa best. Itu anugerah yang telah di berikan olehNya.
Tapi kita masih boleh memberikan yang terbaik.
Tuan Rohaizad,
Saya mohon mahu menambah (minta izin):
Orang bijak-bijak hanya mahukan fakta dan informasi. Berikan fakta dan informasi sahaja.
Mereka akan gunakan fakta dan infirmasi itu bagi menyimpulkan pendapat dan sudut pandangan mereka sendiri.
Jangan beri pendapat dan sudut pandang kita. (Ini yang susah mahu dilakukan olek sebab orang bijak macam kita-kita memang suka mengemukakan pendapat dan sudut pandangan kita.)
rohaizad Reply:
January 15th, 2010 at 9:51 pm
Puan,
Seronok membaca pendapat yang Puan berikan. Saya ingin memohon pencerahan lagi mengenai apa yang di utarakan.
Harap Puan boleh membantu saya. Terima kasih.
SifuPTS Reply:
January 15th, 2010 at 10:12 pm
Baiklah, Tuan Rohaizad. Begini….
(i) Jangan tulis lebih daripada 12 perkataan dalam satu ayat. (informasi)
(ii) Jangan tulis ayat yang panjang-panjang. (pendapat)
(iii) Panduan bagaimana mahu menjadi blogger yang popular. (pendapat)
(iv) Panduan bagaimana menjadi blogger yang mempunyai 1000 orang follower. (informasi)
rohaizad Reply:
January 15th, 2010 at 10:15 pm
Wahhh… terima kasih Puan
Ianya sangat membantu!
Becky Reply:
January 18th, 2010 at 6:04 pm
Terima kasih tuan Rohaizad, perkongsian yang amat bermanfaat buat penulis blog seperti saya.
Baru pertama kali meninggalkan komen di sini. InsyaALLAH semakin rajin selepas ini.
Puan Ainon,
Hal menulis ayat dengan tidak melebihi 12 perkataan bagi setiap ayat itu cuba saya praktikkan. Tapi ia memerlukan latihan berterusan. Saya juga sedang belajar bagaimana menulis mengikut jeda nafas. Hmm, sedikit sukar, tapi wajib dipelajari setiap penulis. Ia memudahkan pembaca dan membuat pembaca sayang kepada karya kita.
Terima kasih untuk pencerahan dan perkongsian.
Terima kasih tuan Rohaizad.
7 tips FREE yg amat berguna dr bro Rohaizad.
Membuatkan aku terfikir adakah aku sesuai atau tidak utk jadi part-time blogger…
Pernah jgak membuat beberapa kesilapan dlm 7 tips tu.
hmmmmmmmm……….
rohaizad Reply:
January 15th, 2010 at 9:54 pm
AK,
Semua orang pernah melakukan kebanyakan dari semua perkara di atas. Aku sendiri pun pernah, sebab itulah datangnya idea untuk perkongsian ini.
aktechpage.com Reply:
January 15th, 2010 at 10:03 pm
Thanks atas perkongsian artikel ni…sangat2 berguna..membuatkan diri sendiri sedar diri..
Aiseh…no komen ade lg disebabkan cookies (Dah pun clear sekejap td)…heheheh
Experimen dan pengalaman yg berguna utk aku maju dlm dunia blogging..byk kena renung2kan dan ambil tindakkan..Thanks ijad ianya sungguh membantu
rohaizad Reply:
January 15th, 2010 at 10:02 pm
No problem… tapi untuk niche blog pasaran antarabangsa, gaya dan methodnya tidaklah sekompleks ini… lagi mudah sebenarnya. Tak gitu? ehehehe
yup itulah smart blogging namanya hehe
rohaizad Reply:
January 15th, 2010 at 10:07 pm
Kalau emosi tidak stabil.. kadangkala aku rasa ntahahapa yang aku tulis.. penutup pun macam tak sedap jee… kalau time ok.. rasa lancar jee idea keluar.. dan terus diterjemahkan ke skrin monitor.
rohaizad Reply:
January 16th, 2010 at 12:15 am
Haa.. that’s what I am talking about!
kabu Reply:
January 16th, 2010 at 1:04 am
kerja kreatif ni memang banyak dipengaruhi emosi..
rohaizad Reply:
January 16th, 2010 at 11:06 am
Ha’ah… betul.. betul..
Saya menghadapi masalah menulis blog dengan cara santai walaupun telah berusaha untuk mendapatkannya…Penulisan saya kekadang terlalu sterotaip..Lain yg difikir dalam kepala lain yang sampai di penulisan….Nak jelaskan atau terangkan sesuatu maksud tu kekadang mengambil ayat yang panjang ( tp yg mengherankan saya tak perasan benda tuh..hhuhu) harap dapat membantu para blogger…
rohaizad Reply:
January 16th, 2010 at 12:17 am
Itu bisa di atur pak… kena training menulis selalu.
FakhrulRadzi Reply:
January 16th, 2010 at 12:30 am
Training menulis? emmm..boelh saudara Rohaizad berikan contoh sedikit disini..tq
rohaizad Reply:
January 16th, 2010 at 12:31 am
Just tulis sahaja dan lama-kelamaan kita akan lebih seronok. Bila seronok, kita akan sentiasa melakukan yang terbaik.
semua komen pun ok…i follow lah…
rohaizad Reply:
January 16th, 2010 at 11:06 am
Follow… jangan tak follow.
kabu Reply:
January 17th, 2010 at 9:36 am
I follow….
Makin hari, makin mantap entry Rohaizad dot com.. FREE dan ikhlas dari hati Encik Rohaizad. Tenkiu sifu.
rohaizad Reply:
January 16th, 2010 at 11:05 am
Wehh… aku bukan sifu… aku masih belajar nih..
samdaddycool Reply:
January 17th, 2010 at 4:47 am
Masih belajar jadi bukan satu masalah untuk jadi sifu aku… Yang penting pengalaman ko blogging yang dah lama tu memang sangat banyak.
Belajar dari pengalaman lagi ‘powerrr’ berbanding belajar teori ‘on paper’. Pengalaman tu semestinya dah mematangkan kita dalam membuat keputusan dan menangani masalah.
masih mencari “rentak” yang sesuai utk berblogging.
buat mase skrg lebih suka menulis dlm bentuk point pendek.
mudah nk digest compare ayat perenggan panjang2.
susah wei nk luahkan dalam ayat panjang2 ni walhal dalam kepala macam2 ada..
rohaizad Reply:
January 16th, 2010 at 11:04 am
“Timing” tak kena kot…
ni yang aku harus belajar lagi ni…banyak kelemahan lagi ni..
rohaizad Reply:
January 16th, 2010 at 11:04 am
Aku pun masih lagi belajar Sain.
Assalamualaikum Tuan Rumah,
Tertarik dengan posting di atas, terutamanya petikan ayat ini,
“Buat pengetahuan kamu, kesemua fakta di bawah merupakan sebahagian dari pengalaman yang aku perolehi sejak menceburi dunia blogging (2004) manakala setengahnya pula datang dari eksperimen yang pernah dibuat di blog ini sendiri.”
Dan sedikit pertanyaan..(mohon dijawab jika tidak keberatan)
Pada pendapat tuan, adakah tulisan pada satu-satu blog itu “menggambarkan” “diri” si penulis…?
Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard & Work Smart”
Assalamualaikum
rohaizad Reply:
January 16th, 2010 at 11:03 am
Tulisan tidak menggambarkan penulis KECUALI kalau penulis itu ingin menggambarkan dirinya melalui penulisannya sendiri.
Dunia blog mempunyai pelbagai niche dan cara penulisan tersendiri. Kalau dia menulis mengenai kereta, tidak semestinya dia handal dalam hal-hal kereta.
bagi yang newbie macam aku nie belajar menulis tentang apa sahaja dan menulis bukan untuk populariti..Bila dah dapat tune baru boleh tengok kesan sampingan dia.
Practice make perfect
rohaizad Reply:
January 16th, 2010 at 11:01 am
Kena cari tune tu sampai dapat wehh…
Thanks bro.. ringkas dan informasi gitu.. hehe..
rohaizad Reply:
January 16th, 2010 at 2:02 pm
Thanks
Banyak lagi sebenarnya yang hendak di kongsi sebenarnya… huhuhuhu
Adney Reply:
January 18th, 2010 at 12:32 am
nanti kongsi lagi.. best bacer bro.. sekarang banyak blog wujud nak promosi produk je.. dah bosan bacer.. haha~~
rohaizad Reply:
January 18th, 2010 at 8:42 am
Blog yang dibina hanya untuk menjual memang takkan dapat menarik perhatian pembaca untuk jangka masa yang lama.
informasi yang bgus..
leh mintak masuk kt entry in my blog x??
hehe..
rohaizad Reply:
January 16th, 2010 at 1:59 pm
Boleh… cuma jangan lupa linkback kembali ke entri ini ya.
mohd farid Reply:
January 16th, 2010 at 2:02 pm
thanks2..
rohaizad Reply:
January 16th, 2010 at 2:24 pm
salam. Nasihat yang berguna untuk newbies yang menceburi penulisan blog.thankz
No 8- ermmm… tambah sikit informasinya supaya lebih jelas dan faham.
Good information..aku rasa..kalu seseorang itu jujur dalam penulisannya, insyaAllah..pembaca akan setia membaca penulisannya
rohaizad Reply:
January 17th, 2010 at 10:54 pm
Betul… betul…terpulanglah pada pembaca sendiri untuk menilainya.
susah nk cari idea menulis..tu yang kekadang keluar idea yang tak betul atau kita rasa betul dan seronok..rupanya syok sendiri je lebih..huhu
rohaizad Reply:
January 17th, 2010 at 10:53 pm
Biasalah tu… practise makes perfect!
betul tu bro…
tq for sharing..
x pernah bosan bace artikel bro…
rohaizad Reply:
January 17th, 2010 at 10:53 pm
Terima kasih atas sokongan yang di berikan.
Sangat bersetuju tu En. Rohaizad, saya nak tambah 1 lagi boleh?
Tak pasti betul atau tak, ini mengikut apa yang saya rasa. Jangan menulis artikel berkenaan diri sendiri yang “terlampau” iaitu cerita dari A-Z apa yang anda lakukan sepanjang hari.
Kadang-kadang ada situasi yang privasi oleh individu itu diceritakan di blog nampak seperti kurang elok.
PS : Sekadar pandangan
rohaizad Reply:
January 17th, 2010 at 10:53 pm
Good point!
juz nk taw bro
kenapa tips diatas bermula dengan
ayat ‘jangan’ dan bukan straight to point
apakah tips yang perlu dibuat?
rohaizad Reply:
January 17th, 2010 at 10:52 pm
Tak payahlah hendak di layan secara DETAILS gila Aqil. Maksud jangan di atas itu bukan berat sangat sampai hendak di kupas terlalu dalam. Rasanya semua orang faham keadaan di atas.
Itu adalah perkongsian yang ingin di kongsi. Jika tidak boleh di terima oleh akal, just leave it.
hasbulaqill Reply:
January 18th, 2010 at 12:18 am
huhuhu…saya faham apa bro nak sampaikan
thanks untuk perkongsian
ada banyak tips untuk my personal blog
nice!
rohaizad Reply:
January 18th, 2010 at 8:39 am
Cantek!
aku suka komen dari SifuPTS tuh, membuat aku terfikir sejenak.
rohaizad Reply:
January 18th, 2010 at 8:41 am
“Orang lama” kalau dah komen, lain penyampaiannya… ada style dan best!
thanks… nice sharing…
rohaizad Reply:
January 18th, 2010 at 8:39 am
Thanks Menteil.
Orang tua-tua kata “Jauh berjalan luas pandangan”
Orang muda kata “Lama Berbloging Tajam Pemikiran”
Setuju tak kalau saya kata begitu ? Untuk berbloging dalam tempoh yang lama seperti Ijad
memerlukan daya kretiviti idea penulisan yang baik, serta mampu berfikir dengan pantas idea-idea bernas untuk post akan datang dan seterusnya.
Setiap topik harus diulas dengan ringkas dan tepat dan bersahaja supaya pembaca tak boring.
Ibarat kedai makan yang lauknya sedap.Orang akan datang balik untuk makan.Walaupun kena bayar.
Namun dalam berbloging kontens yang menarik menjadi tarikan para pembaca untuk datang balik.
Bila dah ada kredibiliti biasanya agak mudah untuk maintain rank atau menjual sesuatu.
Cuma perlu diingat bila telah berada di puncak
tanggung jawap semakin berat, kerana banyak perkara perlu diamati umpama adakah konten masih relevan pada masa itu,golongan pengunjung blog kita,isu semasa,sensetiviti,lebih banyak memberi,
konsisten & persisten,jaga momentum dan personaliti (dah macam artis he..he..) dsb.
Itu sekadar pandangan aku saja.Kalau tak setuju
sila komen (eh..bro lu lawan tuan rumah plak….he..he sori Ijad silap rumah )
Aku sekadar melihat dari jauh para blogger M’sia ni saja.Apa pun yang penting para blogger telah mewujudkan satu fonomena suka membaca di kalangan
rakyat M’sia menerusi media online.
Pembacaan ebook juga semakin meningkat.Juga jangan lupa industri penerbitan buku akan meningkat dengan lahirnya penulis-penulis baru.
Satu fonomena yang positif tak gitu SIFUPTS..?
Teruskan usahamu wahai saudara-saudaraku.
Wassalam.
rohaizad Reply:
January 18th, 2010 at 8:37 am
Best giler komen nih… bernas!
“Cuma perlu diingat bila telah berada di puncak
tanggung jawap semakin berat”
p/s: aku setuju, memang berat!
jangan men copy paste je artikel dari sumber akhbar…walaupun tajuknya sama…qoute la apa yang patut..ambil isi penting kemudian beri alasan tersendiri….
kalu men copy paste je baik orang baca akhbar je dari baca apa yang ada kat blog korang….
Aku pon sedang berusah untuk menjadi terbaik…
rohaizad Reply:
January 18th, 2010 at 8:36 am
Yup, blogger mesti kreatif supaya pembacanya tidak bosan.
Sain-Web.Com Reply:
January 18th, 2010 at 8:54 am
blogger mcm aku ni tak kreatif sangat….straight to the point je aku…hehehe
rohaizad Reply:
January 18th, 2010 at 8:56 am
Straight to the point pun termasuk dalam kreatif apa.. kan?
kabu Reply:
January 18th, 2010 at 2:40 pm
kreativiti ni sesuatu yg boleh dibentuk
No.6 tue mmg tepat! Kalau dlm copywriting ada istilah KISS* (Keep It Simple, Stupid!).
Kalu tulis blog biarlah ringkas, padat, kreatif tp straight, no belok-belok! Senang org nak paham.
kabu Reply:
January 18th, 2010 at 2:42 pm
No belok-belok, go straight. Kalau ada bunga-bunga tu indah sket lah nampak nyer..
Banyak membantu. Point menulis panjang itulah perkara yang saya lakukan dan cuba untuk diubah. Kalau cut takut tergantung.Ikut pengalaman saudaralah, agak-agak berapakan jumlah perkataan yang paling sesuai untuk satu entry?
Minta izin linkkan blog saudara ini.
baca blog tak akan jemu….
aku tulis dan terus publish dan biasanya melalut ke cerita ntah apa apa. Tengah nak menulis aku kadang kala menulis masuk cerita lain pulak. ahahhahaha…sebab tu kadang kala entri terlalu panjang. tatabahasa tak cukup . Dulu cikgu suruh aku belajar BM aku malas plak daaaa baca buku ceita panjang panjang. Kalau komik aku nak….tapi tak jugak aku jadi pelawak….hahaha
1. Tulis blog dengan tujuan untuk berkongsi. Kongsi dalam erti kata dua hala. Blogger dan pembaca. Sama-sama membantu dalam sesuatu artikel.
2. Balas setiap komen pengunjung walaupun sekadar terima kasih. Ini penting sebab pengunjung rasa dihargai. Kalau dapat jawab persoalan yang timbul dengan idea yang bernas lagi bagus.
Sekadar pandangan…
Nak tanya sket bro. Tentang gambar ni (penulis) memang keperluan asa untuk blog ke? Maklum la muka pun dah nak kerepot..
rohaizad Reply:
January 20th, 2010 at 4:38 pm
Menulis blog rasanya mudah je. Ia tidak mengenal usia. Jadi kalau letak pun lagi bagus… lebih transparent.
Semua point dan hujah memang bernas!!!
Tapi point no. 6 tu memang aku tak tahan…sebab biasanya sebelum pembaca jadi migrain…dah blah dulu….hahah
tips-tips kat atas ni memang sempoi.
Patutla blog ni memang banyak pengunjung setiap
hari…
owh ini rahsianya..
hmm nak tambah satu lagi.. kene merendah diri.. dan jangan tunjuk pandai.. nanti jadilah memandai2.. he he..