Ingin beriklan? Sila klik di sini


Keluarga offline dan keluarga online.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita, Personal Coaching/Seminar Smart Blogging - Tarikh diterbitkan: January 19, 2010 online

Sudah beberapa hari semua entri di blog ini menjurus kepada dunia blogging. Siapa yang perasan, memang dia akan lihat dengan jelas. Jadi pada hari ini, entri yang akan diterbitkan still lagi berkisar kepada dunia blogging tetapi ianya akan di tulis dalam keadaan yang lebih santai dan ringan untuk tatapan minda.

Baiklah.
Jika kamu adalah seorang yang suka ‘online’ seperti aku, rasanya tidak salah jika aku katakan yang kamu sebenarnya mempunyai 2 jenis keluarga iaitu keluarga offline dan juga keluarga online. Dalam dunia internet, kedua-dua istilah ini di definasikan sebagai real family dan virtual family.

salinan 1

Gambar sewaktu Nuaeman, Boy, Shaffik dan Zairizad datang beraya ke rumah aku beberapa bulan lepas.

Bagi aku sendiri, keluarga offline adalah keluarga yang sememangnya telah aku kenal siapa mereka. Dalam erti kata lain, mereka itu semua adalah adik beradik dan sanak saudara. Dan jika ada masa lapang, menghabiskan masa bersama mereka adalah suatu perkara yang tidak pernah jemu untuk aku lakukan.


sila klik pada button di sebelah kanan “HQ” untuk tinggikan suara, kemudian klik pada button “X” untuk kembali pada artikel ini

Malam minggu yang lepas, aku telah bergathering satu family dalam satu majlis untuk meraikan hari jadi 2 anak saudara aku sekaligus. Terasa seperti hari raya pun iya juga. Yang menariknya, majlis ini di adakan di gelanggang silat yang di miliki oleh abang ipar aku paling sulung.

barbeque

Suasana menjadi semakin meriah selepas bacaan doa yang diketuai oleh ayah aku. Sepanjang majlis itu berlangsung, aku happy betul sebab dapat tengok mak dan ayah aku yang tersenyum di kelilingi oleh cucu-cucunya seramai 10 orang itu.

Walaupun malam itu aku agak letih, tapi aku tetap gembira kerana aku tahu esoknya aku akan bergathering pula engan satu lagi keluarga online aku iaitu keluarga Seminar Smart Blogging. Yup, kelas Revision Session yang julung kalinya di adakan cukup meriah dan sempoi sekali.

Kelas ini merupakan sesi ulangkaji untuk semua ahli keluarga Smart Blogging. Dengan lain perkataan, ada yang menggelarkannya sebagai Sesi Mastermind. Tapi tidak kiralah apa gelaran yang di berikan, sesi ini adalah salah satu usaha untuk membantu ahli seminar aku sendiri (diharapkan mereka gembira :) ).

1

Kelas masih lagi menanti pelajarnya… huhuhu

2

Tuh dia… ayahanda dan mula berbicara… sampai ke petanglah jawapnya…

3

Sesi ini memang sempoi… tiada istilah guru, tiada istilah murid.. just discussion je sebab sharing is caring.

4

Buat latihan? Haaa… buat jangan tak buat.

5

Masing-masing bebas bergerak walaupun untuk minum air. Bestkan?

6

Bersama Kak Maheran dari Batu Pahat. Respeklah dengan Kak Maheran nih!

7

“Kita ini kalau nak fokus, biarlah fokus betul-betul!”…. agaknya itulah kata-kata semangat yang di beri oleh Shaffik. Memang best!

8

“Jangan sekali kita lepaskan peluang yang ada di hadapan mata”… mungkin itulah pesan Nuaeman kepada saudara Hisam. Apa yang penting… kerjasama~~ macam yang Wonderpets buat.

9

Saudara Zairizad sedang berkongsi sesuatu dengan DJ Senja kita.

10

Bila di beri soalan sahaja, semua buat derk je kan… ahahahah!

11

Haaa… fokus! fokus!

12

Semua sedang kekenyangan sebenarnya.. baru lepas lunch.

13

Yazid Yahaya sedang memikirkan perancangan untuk lebih berjaya dalam tahun 2010 ini. Teruskan!

14

Bro Johari (dari Muar) sedang memberikan fokus kepada apa yang Shaffik katakan. Pada waktu ini, Shaffik sedang berkongsi info mengenai social bookmark.

15

Apalah yang di gelakkan oleh Yazid dan Hisam agaknya… betul-betul ketawa tuh…

16

Inilah dia keluarga Smart Blogging yang sempat datang ke Revision Session. Di harapkan selepas ini lebih banyak lagi kelas akan dapat di jalankan. 8)

Yang seronoknya, sesi ini adalah PERCUMA yang mana tiada caj tambahan dikenakan. Yang perlu di tanggung bersama hanyalah kadar sewa tempat ini sahaja.

Walaubagaimanapun… kemudahan, kebersihan dan sewa tempat di FMCC ini bersesuaian dan berbaloi.

Pada aku, dapat berjumpa dengan rakan-rakan seminar pun dah cukup bagus. Memang dapat membuat hati aku gembira. Mana tidaknya, selalunya selepas kita hadiri sesebuah seminar… iadanya akan selesai di situ sahaja. Kadang-kadang ada yang sampai lupa terus pada rakan yang datang berseminar.

Untuk rakan Smart Blogging yang lain, kita akan bergathering juga satu hari nanti. Aku akan naik ke KL untuk berjumpa kamu semua… begitu juga dengan kawasan Utara. Jadi di harapkan akan ada orang yang willing untuk tolong set-upkan masa dan tempat.

Oh ya… selepas sahaja Revision Session Ahad lepas, ada sedikit meeting mengenai rakan Smart Blogging kita iaitu Megat. Untuk Megat, nantikan sesuatu dari keluarga online Smart Blogging kamu yang satu ini ya!

p/s: Beberapa hari yang lepas di Malaysia, heboh di ceritakan mengenai kisah si anak yang membuang bapanya… apa nak jadi pun tak taulaaa…
*sigh!


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 72 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Aqif said:

    Revision session ini merupakan salah satu jalan untuk meningkatkan kembali produktiviti peserta seminar smart blogging.

    Nampaknya next revision session saya MESTI hadirkan diri. Maaf ye abang Ijad sebab satu lepas ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Kalau tidak, Insyaallah dah sampai JB tu. :D

    rohaizad Reply:

    Takper Aqif.
    Tapi kalau Aqif boleh tolong organizekan di KL lagi bagus. :)

    Aqif Reply:

    Insyaallah. Tapi buat masa ni masa memang terhad. Namun jika amanat diberikan, Insyaallah saya akan berikan yang terbaik. :)

    rohaizad Reply:

    Ok roger 8)

    siswaniaga Reply:

    salam. bagus tu kalau buat kat kl. senang sikit nak pergi… lagi lagi dekat dengan stesen LRT dan monorel ke, x pun stesen bas…

    rohaizad Reply:

    Walaubagaimanapun, revision session ini hanya untuk bekas peserta seminar smart blogging sahaja :)

  2. wanmus said:

    hooho..tak sempat nak pergi minggu lepas..wat lah lagi ijad

    rohaizad Reply:

    Cehhh… dah dia pergi ke KL, saper suruhkan? hahahah

  3. Yusri said:

    one day insyaallah saya pun nak join…

    rohaizad Reply:

    …. :)

  4. AJ said:

    Setelah sehari memerah otak, rasa selesa dan santai membaca artikel En. Rohaizad kali ini :-)

    Wah, meriahnya seminar yang En. Rohaizad anjurkan ya. :-)

    AJ rasa teringin juga nak sertai Seminar blogging ini. Nak buat camna, Makan hari2x pun Pa yang support. Biz sendiri pun takat lepas PTPTN jer. Ini pun kat 4 bulan lum bayar lagi. Tengah kumpul. Kat TV tu dia dah panggil suh bayar r tu… hehehe.

    Bila dilihat dari segi potensi untuk 1-5 tahun akan datang dunia blogging ini mampu menjamin pulangan yang lumayan.

    Apa-apapun mesti kena Fokus.. Buat masa ini AJ hanya memfokuskan ke beberapa aspek teknikal dan biz freelance sedia ada dululah. Untuk cari sumber pendapatan yang sustain.

    Tak dapat sertai seminar En. Rohaizad tahun ini, Insyallah tahun depan panjang umur boleh jumpa En. Rohaizad secara face to face.. :-)

    Teruskan usaha ya. Semoga En. Rohaizad dirahmati dan sihat walafiat sentiasa. :-)

    rohaizad Reply:

    Terima kasih, :)

    AJ Reply:

    Sama-sama kasih :-)

    Awal Bulan ini banyak Artikel En. Rohaizad AJ dah terlepas. Artikel ini sahaja sempat baca.. :-)

    Takpa kat email ada simpan link lagi leh baca bila free :-)

  5. madlut said:

    teringin nk jadi sbhagian dr keluarga online bro.. :)

    rohaizad Reply:

    :)

  6. daya usaha sebegini yg dilakukan oleh tenaga pengajar(en.rohaizad) harus dicontohi oleh penganjur2 seminar yg lain.beruntunglah kalian yg menjadi peserta Seminar Smart Blogging ni.sayang seribu kali sayang,khabarnya Seminar Smart Blogging ni tiada lagi dianjurkan.kenapa ye?

    rohaizad Reply:

    Kenapa?
    Rasanya dah banyak kali diterangkan dalam blog ini :)

  7. reezluv said:

    hehe..taktau la bila sesi utara tu..aku ingat nak pegi sesi kat KL tu jek..

    rohaizad Reply:

    Bro, siapa yang boleh tolong organizekan yea?

    reezluv Reply:

    tu ar..kot aku nak organizekan..tak berani plak..takut last minit aku kena gi kursus ke ape..parah kang.huhu..

    rohaizad Reply:

    Tulah pasal.. rasanya RS untuk KL dan Utara memang tidak akan kesampaian ler macam ni kan? huhuhu

  8. cookdong said:

    nape x interview abg jo? windu kat gelak die tu..eheh

    revision session ni ada ulangan lagi x selepas di Johor,KL dan utara?

    rohaizad Reply:

    Abang Jo ko malu-malu itik pulak… dia lari bila microphone tu datang… ahahahah

    p/s: Ada… kalau semua area dah set-up kan masa, kira on. Tapi janganlah lambat sangat, sebab nanti bila aku dah mula busy, susah pula.

  9. matador said:

    Revison session ini sgt effective sebab byk persoalan aku terjawab,sharing idea & exp. Lepas ni kena ada lagi bro…

    rohaizad Reply:

    Insya Allah…

    p/s: Ada orang kata suara en Kadir kita ini sebijik macam suara Menteri Besar Johor, Ghani Othman. Tapi bila dengar .. memang sama wehhh!

  10. alone said:

    fuh.. bahagia betul!

    having a family is about sharing & caring =)

    rohaizad Reply:

    Kita ni kecil je kumpulannya, tapi bolehlah… mana yang termampu di lakukan, akan di usahakan. 8)

  11. nampak tak meriah ah….sebab aku xde…kehkehkeh

    rohaizad Reply:

    Siapa suruh ko takde? ahahahah

    nuaeman Reply:

    Sabtu ni ko jangan takde pulak.. “program sepak sana sepak sini” anjuran blogger UTM

    mazuki selangor2u Reply:

    hahha…ek…xtau plak aku…maklum la aku ni pelajar menumpang je di UTM….

    sabtu ni ek…k kadalam utm ker?

    nuaeman Reply:

    area taman u.. tapi aku akan confirmkan dengan Prof. Zaki.. selaku urusetia program..

    mazuki selangor2u Reply:

    ok…aku perlu membuat surat skrg kala nak kua…apa la nasib…adeh

  12. ibnujusup said:

    best betul community ni…. :-)

    rohaizad Reply:

    Komuniti blogger jer… :)

  13. miziology said:

    huhu xdpt aku sertai RS di JB..sbb mggu ni bru aku balik JB..tp xper la mungkin di RS yg lain aku akn sertai hehe..dh lama xbersua muka dgn keluarga online ku ini hehe

    Shaffik Reply:

    Takper lain kali boleh join…

  14. Shaffik said:

    Pergh bahagia jer tgk gambar ni kan..huhhuuhu…jat nama aku tak masuk pun dalam list tu…

    rohaizad Reply:

    List?

    nuaeman Reply:

    haahlaa kat gambar tu ko tak letak nama shaffik.. mungkin reaksi boy tu dah buat ko lupa shaffik kat bawah tu.. huh

    rohaizad Reply:

    Oooo… ya tak ya jugak… camne aku boleh terlupa letak nama ko yea… ahahah

  15. Azhar said:

    Wah Bro, Lepas ni boleh gunakan gelanggang silat tu untuk buat gathering bloggers pulak yer. lagi jimat and best santai punyer.

    rohaizad Reply:

    Ahahahah…tak payahlah. Kat situ susah parking..

  16. motokriss said:

    Sememangnya RS arith memang sempoi dan yang penting menikkan semangat aku untuk ters berblogging.

    Beberapa masalah yang aku hadapi semasa berblog berjaya diselesaikan dengan kerjasama dari ahli-ahli yang hadir.

    Pertemuan dengan rakan Smart Blogging dari sesi berlainan juga menambah kenalan dan rakan dan menjadikan hubungan lebih rapat.

    10 Thumbs up untuk rohaizad kerana berjaya menjadikan Smart blogging satu Keluarga yang saling bekerjasama.

    Semoga keluarga ini akan terus bersama dimasa depan.

    p/s: macam mana ko tau aku ngan nuaeman memangnya tengah discuss pasal wonderpets jad. huhuhu

    rohaizad Reply:

    Thanks Hisam.
    Itu sahaja yang terdaya aku lakukan untuk membantu.

    Pasal Wonderpets tu, aku tau sebab kat kereta ko ngan Nuaeman ada banyak patung Wonderperts.. ahahahaha

    p/s: memandai-mandai je aku nih..

  17. denaihati said:

    Antara 3 bekalan sesudah mati adalah ILMU yang baik yg disampai-sampaikan. Seminar blogging ni pasti satu daripadanya kerana ILMU yang membantu manusia lain menambah pendapatan untuk keluarga mereka. ILMU itu sudah pasti akan dikongsikan dengan keluarga dan teman-teman yg lain dan akan terus berpanjangan bagai rantaian selagi ada dunia internet…TAHNIAH. Aku masih budakbaru belajar.

    rohaizad Reply:

    Aku pun masih lagi belajar sebenarnya…

  18. Nabieel SR said:

    Walaupun kelasnya kecil nampak teruja plak.

    Good job En. Rohaizad & The Geng

    PS : Peserta sedang melihat screen seperti melihat bilakah roket bakal berlepas :D

    rohaizad Reply:

    Kelasnya kecil sahaja…. tapi pengisiannya besar 8)

  19. samdaddycool said:

    Sangat meriah dan menarik. Best.. memang best..

    rohaizad Reply:

    Betul.. memang best :)

  20. hasbulaqill said:

    wah, ada bunga yang amat menarik dalam gambar tuh :D

    rohaizad Reply:

    Bunga?
    Ko biar betul Bul.
    Kak Maheran tu pangkat mak ko wehhh.

  21. Jmay said:

    best betul dapat berjmpa kembali ngan rakan2 smart blogging nih..apakan daya..msa pergi seminar ritu ak dari kl…insyaAllah..next seminar aku akn cuba menghadirkan diri :)

    rohaizad Reply:

    Boleh… di persilakan :)

  22. orgbaru said:

    wa! best la ada perbincangan camneh..

  23. Betapa bahagianya dapat sharing dengan keluarga…

    rohaizad Reply:

    That’s blogging is all about :)

  24. jinggo said:

    salam bro ijad… kalau nak buat rs kat kl… aku rasa boleh tolong skit2… umah aku dengan jtc(jom traning centre) kalau kau nak, aku leh tanya tuan empunya tempat tu…. meja/kerusi dlm 30 plus laptop juga disediakan. siap ngan line internet… tmpt mkan skali pun ada. dia leh sediakan semuanya…pokonya ongks saja…kalau nak hotel pun ada, rumah tumpangan (wak pun ada,tapi takde la macam rose cottage) berdekatan dengan lrt, komuter dan erl(kalau terus nak ke airport)

    rohaizad Reply:

    Cek email please :)

  25. donny said:

    wah!

  26. kabu said:

    Wah… bila KL nak buat satu nih….

  27. lizz said:

    wow! seronok je tengok orang wat gathering ni. lama tak jumpa kengkawan lama. huhu.

  28. ibnujusup said:

    good luck to all of you….
    moga azam terus membara…

  29. nikillas said:

    pelik atau tidak.. ketika tgk butang donate paypal di sebelum ruang komen ni, teringat kat cerita Julie and Julia.. tak tahu kenapa.. Hahaha..!

    ~ dah lama tak tinggalkan komen kat sini.. jadik silent reader je skarang.. XD

  30. amzari said:

    wah! bestnya revision yang dijalan tuh…rugi rasanya tak join..
    sebenarnya saya baru tranfer ke sungai petani kedah..masuk rumah sendiri….huhuh..streamyx tak boleh masuk pasal line telipon tak masuk lagi :( ..
    nak online kena pi rumah mertua guna line free wifi jiran sebelah..hehee:)

  31. Sain-Web.Com said:

    bestnya korang…

  32. Ayah Aiman said:

    kelas nie buat kat mana bro???

  33. [...] travel aku yang satu ini sudah lama tidak di update, sejak dari bulan Ogos 2009. Tetapi dalam kelas Revision Session yang lepas (16 Januari 2010), aku telah menggunakan blog ini sebagai sample untuk menunjukkan bagaimana [...]

  34. [...] mengetahui siapakah beliau, orangnya ada dalam gambar dibawah (beliau ada menghadirkan diri di Revision Session yang telah di adakan kelmarin – belakang 4 dari kanan [...]

  35. boss said:

    kedua2nya penting.. jangan lupa mak bapak.. tu paling penting..

    eh ade awek la.. seksi plak tu.. adik ko ke jad.. he he..

    rohaizad Reply:

    Itu couple anak sedara aku :)