Aduka Taruna – terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya, terlajak tulis… tanggunglah sendiri!
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Bahasa - Tarikh diterbitkan: January 24, 2010 online
Aku adalah anak jati Johor,
Aku di lahirkan di Johor Bahru,
Aku di lahirkan di Kampung Melayu,
Memang aku anak Melayu.
Johor adalah tumpah darahku,
Johor Bahru adalah tempat permainanku,
Di sinilah aku melihat duniaku,
Di sinilah semangat negeriku di seru.
Aku adalah anak Melayu,
Aku mempunyai tatasusilaku,
Aku mempunyai adat istiadatku,
Aku merafak sembah Sultan… Daulat Tuanku.
2 hari yang sudah Sultanku mangkat,
Satu peristiwa yang sungguh menyayat,
Ianya sejarah yang akan terpahat,
Dalam hati seluruh rakyat.

Cuma kamu Aduka Taruna sungguh “dahsyat”,
Sebab aku rasa kamu memang blogger yang “hebat”,
Tapi kamu menulis tidak berhemat,
Kerana ianya sungguh tidak bertempat!

Kamu lupa pada sejarah,
Kamu tidak tahu erti merdeka?
Bukankah raja-raja itu sebahagian dari Malaya?
Sumbangan mereka tetap ada.
p/s: Macam tidak percaya apa yang di lakukan oleh blogger ini. Kita dah selalu menerima perkara yang buruk mengenai blogger, dan hari ini cerita ini lebih dari itu… siap masuk berita lagi. Secara tidak langsung, martabat dan etika seorang blogger pun terkait sama.
Secara peribadi, aku rasa apa yang di lakukan memang tidak kena pada tempat dan masa. Kita orang Melayu, jadi orang kata “bahasa” itu penting.
p/s/s: Ini bukanlah menjadi satu perkara yang WAJAR untuk di lakukan, lebih-lebih lagi pada waktu Sultan Johor mangkat.
TERKINI !!!
Berita jam 7.00 pagi ini menyatakan bahawa Aduka Taruna akan di heret ke mahkamah atas kesalahan yang telah di lakukan. Dakwaan dibuat atas Akta Hasutan!

* Jangan katalah… sesiapapun kalau ayahnya meninggal… dan di lakukan sebegini, mesti marah punya… termasuklah Aduka sendiri. Dan Aduka, kamu harus ingat satu perkara. Sekali kamu hina atau memperlekeh seorang Sultan, maka kamu sebenarnya telah melakukan satu kesalahan terhadap institusi raja dan KESULTANAN MELAYU sendiri !!!!
* Apa pun untuk rakyat Melayu Islam Johor, pastikan kita memakai songkok berselang kain/reben putih di bahagian tengah sebagai tanda sumpah taat setia (kita berkabung) di atas pemergian Allahyarham Sultan baginda. Al-Fatihah….








Politik pun politik juga, tp bertempat laa…
yg ni kalo kt internet especially kt salah 1 forum, yg pandai buat post2 thread/reply cam Aduka Taruna ni kebanyakan org yg identiti dirahsiakan…konon low profile la…
Padahal pengecut & penakut yg amat sangat. Hanya pandai menulis disebalik identiti rahsia. Saya pun bole tulis sebegitu juga jika identiti gua dirahsiakan, tp kita ni ikhlas nak mencari ilmu dan juga berkawan di forum. Bak org Tua2 kata, semakin ramai kawan, semakin murah rezki.
Aku lebih respect blogger cam Roslan SMS dan juga kickdafella. Blogger yg kental berani.
rohaizad Reply:
January 24th, 2010 at 11:12 pm
Yup, sebab itulah perkara ini amat di kesalkan sebab tidak bertempat sebenarnya.
Tapi aku rasa Aduka ini memang orang yang berani. Kalau tak, takkanlah dia berani letakkan no account Maybank dia yang bernombor 155014038030 tu.
Betul tak?
aktechpage.com Reply:
January 25th, 2010 at 1:14 am
ehhh, x perasan plak….betul jugak tu dgn no akaun Maybank senanglah detect siapakah tuan punya badan.
kira berani la jugak AdukaTaruna ni..
Tambah2 dia berani minta maaf, hanya org yg betul2 berani sahaja minta maaf atas kesilapan yg dibuat.
Apepun, harap2 perkara ini menjadi pengajaran untuk kita semua sebagai pengguna Internet di Malaysia.
Kuasa internet semakin hari semakin kuat.
rohaizad Reply:
January 25th, 2010 at 7:00 am
Iya betul.
Tapi sayangnya kuasa internet telah di salahgunakan untuk tujuan politik.
faisalhanim Reply:
January 25th, 2010 at 10:19 am
Minta maaf bkn bermakna berani…tp mungkin sbb takut. Takut disaman barangkali.
Dah terlanjur…tak boleh buat per2 dah.
Dah byk kali kes terlanjuran dlm blog berlaku kat negara kita..tp masih ada yg tak ambil pusing!
Jgn nnti sbb nila setitik rosak susu sebelangga. Jgn sampai org anggap Blogger profesion yg buang masa, tak beretika dan ptt disekat!
Logam Reply:
January 25th, 2010 at 1:41 pm
Aku sokong… org kalau brani kena gertak mcm maner pun still dgn pegangan dier. Kalau dier ckp A biar taufan melanda pun ttp dgn A, nie br kena gertak skt dah mengelabah. Bodo yg amat sgt… nie namanyer tikus berlagak mcm naga. Giler glamer… sure nak cr traffic murahan ler tu. Berani kutuk Sultan aku…
nuaeman Reply:
January 25th, 2010 at 2:22 pm
dia masih dengan ideologinya.. cuma dia tak berhati-hati soal kesultanan tu.. apa yang aku faham dia mohon maaf atas keterlanjuran dia yang mengungkapkan tulisan berani mati tu! tapi nak buat camna.. silap-silap memang jadi bubur mamat ni kene bubuh.. aduhai..
Logam Reply:
January 27th, 2010 at 12:19 am
Asyik sibuk dgn ideologi berparti nasib rakyat tergadai. X kira ler UMNO ker, PAS or PKR… sama2 bangang. Psl berparti sedara mara berpecah, agama tunggang langgang kena kerjakan… nasib rakyat xde saper yg peduli. Nie internet aku dkt 100x pts hr nie, saper nak jwb. Malaysia nie berlambak sykt kapitalis, byr mhl service mcm haram… Aper motto 1Malaysia… “Rakyat dibelakangkan, poket sendiri diutamakan”?
nuaeman Reply:
January 27th, 2010 at 12:34 pm
Macam tulaa bila cakap hal politik.. emosi akan tiba-tiba menjadi tak terkawal.. ada sahaja yang tak puas hati.. Kes AdukaTaruna ni merupakan satu pengajaran supaya kita mengawal emosi supaya tidak asyik nak berbantah sehingga memberikan ruang-ruang untuk Syaitan masuk jarum.
Orang politik bising itu bising ini hanya retorik semata-mata hakikatnya mereka ok jee sesama mereka. Kita??
Nak cerita pasal servis internet..? aku ni dah bertaun bayar buta-buta pada syarikat broadband tetapi apa yang yang dijanjikan tak kunjung tiba.. nak marah siapa?? Bising kat diorang pun tak jadi apa. Kalau kita pakat tak bayar pun nanti bila diorang ‘bar’kan servis at last terpaksa bayar jugakkan.
Beginilah hidup sekiranya banyak menerima apabila sesuatu tu tak menepati apa yang diharapkan kita akan mula komplen sana sini maka hidup jadi macam tak bererti. Untuk merasai erti hidup kita sebenarnya perlu banyak memberi.. walhal banyak perkara telah kita terima.. Allah dah beri. percuma lagi.. tapi cuba fikir balik kita beri tak apa yang Allah minta.? Solat dan amal ibadah segala. Apakah kita benar-benar memberi..sebagai tanda seorang hamba yang taat pada Tuhannya?
Syukurlah pertimbangan Allah Maha Dasyat jika tidak sudah tentu kita dipanah Petir dan Kilat!
Salam bro
entri dia pendek je
tapi “impaknya” cukup besar
memang dia sengaja mencari nahas
rohaizad Reply:
January 24th, 2010 at 11:26 pm
Ermm…entahlah. Aku sendiri pun tak tergamak nak tulis macam tu.
Memang berani..tapi berani tak berfikir secara waras..sesiapa sahaja akan terasa dgn artikel yang keluar dari norma akhlak islam mahupun adat melayu sendiri. Moge si aduka insaf tapi ‘batu sudah dilontar, tangan pelontar pasti dicari’..
rohaizad Reply:
January 24th, 2010 at 11:31 pm
Sungguh menyedihkan bila satu peristiwa yang menjadi sebahagian dari sejarah besar Kesultanan Melayu di perlakukan seperti ini.
erk, kurang sungguh adab manusia itu. even saya tidak sempurna dengan kata-kata, tapi nak berlaku biadab sampai macam ni..tak adalah pulak terfikir. Nak kata sengal, kang marah
oh, esok akan ke kelas dengan tudung putih selama 7 hari. Ada teman-teman yang memerli kononnya saya semangat. Excuse me, im Johorean dan saya hormat sultan yang memberi saya menumpang kat sini. Ada aku kesah korang nak gelak??? hehehehehe
Selamat berkabung rakyat Johor.
rohaizad Reply:
January 24th, 2010 at 11:32 pm
Kita anak jati Johor. Kita harus lakukan apa yang sepatutnya kita harus lakukan
Lahanat punya aduka taruna.
Nasib baiklah aku nih bukan hacker yang pandai merosak. Kalao tak siaplah ko.
Konon berani….pigi dah.
Cari Glamour murahan.
rohaizad Reply:
January 24th, 2010 at 11:34 pm
Sabar….sabar. Kita ambil iktibar je.
di facebook Anak Johor, rasanya sudah ada yang mahukan supaya Aduka Taruna ini di bawa ke muka pengadilan….
rohaizad Reply:
January 24th, 2010 at 11:39 pm
Dah masuk berita pun tadi…huhuhuhu
ada anak johor yang buat laporan polis?
rohaizad Reply:
January 24th, 2010 at 11:52 pm
Dah masuk TV dah pun Azli. Maknanya laporan dah dibuat kot.
nuaeman Reply:
January 25th, 2010 at 9:57 am
Dari semalam lagi berita pasal ni dah diberitahu di TV.. Cari Nahas betul mamat ni..
Nabi SAW sendiri pun bila orang Yahudi mati, baginda tunjukkan tanda hormat.
Ini dahlah yang mangkat itu orang Islam, Sultan pula tu. Huh!
rohaizad Reply:
January 25th, 2010 at 12:07 am
Tuh dia!
Point yang membuka mata.
[...] kasih buat saudara Rohaizad kerana menyebarkan cerita ini. Kalau tidak, sumpah saya tidak tahu menahu. Terima kasih sekali [...]
Diulas pada January 25th, 2010 at 12:06 amMacam biasa, orang melayu selalu merosakkan industri yang ada dalam dunia ni.
rohaizad Reply:
January 25th, 2010 at 12:16 am
“Melayu mudah lupa?”
Fatin Pauzi Reply:
January 25th, 2010 at 1:31 am
Bukan, melayu adalah serangga perosak…hihi
aduka… aduka… aduka…
(sambil geleng kepala)
rohaizad Reply:
January 25th, 2010 at 12:17 am
Agaknya, apalah yang di fikirkan sewaktu hendak menulis artikel tu ye?
Takpernah terfikir ke dia akan impak yang bakal diterima? Owhh… dia rasa ramai yang menyokong dan invincible kot? Cari publisiti murahan? Bagi teman, senang jewr…. dia ialah spesis blogger yang menyebabkan kita semua(blogger lain) bakal dihina.
rohaizad Reply:
January 25th, 2010 at 12:28 am
Itulah pasal… dia blogger dan kita juga blogger… alahai….
ni le padahnya kalau cakap main lepas je.. cakap ikut sedap mulut je tanpa guna akal.. hmm.. even da mintak maaf, tapi kena bagi gak hukuman sebagai pengajaran..
rohaizad Reply:
January 25th, 2010 at 7:01 am
Ramai yang mahukan dia di kenakan hukuman. Di Facebook pun ada diceritakan.
aduka taruna memang haran jadah
rohaizad Reply:
January 25th, 2010 at 7:02 am
Sabar… sabar. Kalau tidak, kita pula yang akan jadi macam dia.
ADUKA!!! Sebab Pulut Santan Binasa, Sebab Mulut Badan Binasa. Ini antara manusia yang tidak belajar atau tidak boleh membezakan bunyi KETUA DAN KETUAT…orang ini membuang KETUA bukannya KETUAT…ANDA TAHU!! apa itu KETUAT? Ia adalah daging(yang perlu dibuang atau ditanggalkan) yang tumbuh pada tubuh ANDA. Anda tahu di mana daging ini tumbuh di tubuh anda?Biar Beta nyatakan…mengikut firasat Beta, ia tumbuh sebesar buah tembikai betul-betul di atas leher anda. Ingin Beta buang “KETUAT” itu?
rohaizad Reply:
January 25th, 2010 at 7:03 am
Dia kenalah terima apa yang telah dia lakukan. huhuhu
Inilah yang dikatakan “Berbicara mengenai sesuatu perkara sebaik-baiknya berdasarkan akal, bukanlah nafsu”.
Semoga entri ini berjaya membuka mata dan menyedarkan semua pihak. Insyaallah.
Berkenaan dengan kes blogger. Nampaknya blogger-blogger lain akan mengalami impak besar yang berkaitan dengan perkara-perkara negatif. Sekadar pendapat.
Panas betul blog mamat tu.. masa aku melawat, 30k hits utk hari ni. 504 online… (tak tau plak kalau hari-hari biasa hits dia memang macam tu)..
rohaizad Reply:
January 25th, 2010 at 7:04 am
Dah kuar TV3, maunya tidak panas!
bukan panas…dah jadi abu pun…504? tadi aku tengok 2K++ online..
rohaizad Reply:
January 25th, 2010 at 7:04 am
We’ll wait and see….
Laa..kes camni pon ase ek. Tergamak sungguh aduka cakap camtu ek. Dia masa publish artikel tu tgh mamai baru bgn tidur kot. Dia x perasan huhu..
rohaizad Reply:
January 25th, 2010 at 9:00 am
RAsanya dia bukan mamai, tapi memang dia berniat untuk menulis sebegitu gaya.
salam…
dah takde malu da.. sabau je la… asben sy anak johor gak… dier tak leh nk baca blog tu.. rase nk bakar je.. huhuhu…… ade ke patut… haih… dah beso pjg pun.. tp tu la.. hum.. macam2 la dorg nih… cr naeh (nahas)…. adoi….. semoga taubat la yer.. dah masuk lokap ekk.. hum…
rohaizad Reply:
January 25th, 2010 at 8:59 am
Yup betul, inilah yang di namakan takde kerja , cari kerja. Dah badan pula yang menanggung. Tapi memang tak patut.
memang memalukan blogger je kenyataan camni..kadang-kadang blogger yang takde adab camnilah merosakkan blogger2 lain..
rohaizad Reply:
January 25th, 2010 at 10:17 am
“Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.
p/s: Dia berani tulis di blog, tapi berani ke dia untuk melafazkannya depan Sultan Ibrahim yang akan di tabalkan nanti?
lizz Reply:
January 25th, 2010 at 10:33 am
i dont think so… huhuhu. apalah agaknya hukuman yang dikenakan nanti. dia bermain dengan perkara yg sangat berat.
rohaizad Reply:
January 25th, 2010 at 2:25 pm
“Terlalu berat” !
ni bukan berani..ni dah berani tak bertempat. kurang ajar gile ayat aduka tu, pastu biadap pulak tu. nak jadi blogger, biarlah yang beretika..ni dah buat, orang dah marah2, baru nk minta maaf tu dah terlambat
rohaizad Reply:
January 25th, 2010 at 11:07 am
Sengaja cari nahas sebenarnya. Alahai…
mat teropong Reply:
January 25th, 2010 at 4:11 pm
btul tu..tak pun memang nak cari publisiti!!
rohaizad Reply:
January 25th, 2010 at 10:50 pm
Rasanya dia dah dapat publisiti yang dia mahukan.
Sebagai anak jati Johor, saya pun kesal atas sikap Aduka Taruna yang kurang cermat itu. Di akhirat nanti Allah MALU untuk mengazab ‘orang tua’. Demikian itu adalah antara kelebihan orang-orang yang meninggal dunia pada usia emas. Kelak Kita mati muda ke, tua ye? Hanya Allah yang tahu bagaimana akhir hayat kita. Bagaimana akhir hayat kita nantilah yang akan menentukan kedudukan kita di akhirat. Macam-macam boleh berlaku tetapi rahmat Allah amat luas. Adakah kita dapat pastikan kita akan mati dengan ucapan لاإله إلا الله atau lidah terkelu tak mampu ucapkan apa-apa. Bersangka baiklah dan usahakan iman diri sendiri supaya sentiasa di tahap optimum di samping sebar-sebarkan kebaikan kepada saudara seIslam. Wallahu a’lam.
rohaizad Reply:
January 25th, 2010 at 1:58 pm
Itu yang seharusnya di fikirkan
Penulis picisan macam si Aduka Taruna tu mmg patut kena. Bila penulis berfikiran cetek atau ‘tin kosong’, cara macam tu laa digunakan utk menarik pembaca. Bila dia buat controversial post, pastinya ramai yang masuk utk marah2, maki hamun, tapi sebenarnya dia dapat perhatian, trafic ke blog pun tinggi…haha betul tak?.
Yang bagus kita Report Abuse je blog dia tu biar tutup terus!!
rohaizad Reply:
January 25th, 2010 at 1:56 pm
Teknik yang akhirnya memakan diri…
siswaniaga Reply:
January 27th, 2010 at 7:24 pm
yang ni aku setuju… sebab apa??? bagi pengajaran kepada blogger yang tidak beretika dalam menulis blog…
Walau bagaimanapun, perlu saya ingatkan diri sendiri terutamanya bahawa kini saya sedang berada pada akhir zaman iaitu zaman fitnah bermaharajalela. Wallahu a’lam.
rohaizad Reply:
January 25th, 2010 at 1:55 pm
perghh bro sempat print screen a..entry tu dia dah padam kan..saya sempat baca masa dia publish tu..ramai gila yang marah n kutuk entry tu..dia ni sedap mulut je ngata kat menteri n raja. dia tak pk ke apa implikasi bila dia tulis? tak pk penjara? tak pk ISA? pe la..mencalarkan imej blogger je..huh kerana nila setitik, rosak susu selautan!
rohaizad Reply:
January 25th, 2010 at 1:55 pm
Itulah pasal… tau takper.
Hmmmmm….
Tak tahu nak komen apa dah…
Tunggu jer lah aduka…
Kat dunia pun akan dapat balasan nanti…
Mangkuk tingkat punya budak…
rohaizad Reply:
January 25th, 2010 at 1:53 pm
Ada juga orang yang suka pada risiko yang tak sepatutnya di ambil… huhuhu
Saya mulanya x tau,tapi setelah diberitau oleh anak saya, saya pun baca. Oiii, mendidih darah saya rasanya, macam nak cekik aja blog tu (perasaan aja)
mengeletar seluruh badan oleh kerana tersangat gerammmm.Saya dilahir dan di tuakan di Johor, rasa-rasanya memang rasa terhina sangat dengan perkataan ……tu.Semoga dia menerima balasan dari perbuatannya itu.Al-fatihah untuk Almarhum Sultan Iskandar, semoga Allah menempatkan rohnya bersama-sama mereka yang soleh. Aminnnn.
rohaizad Reply:
January 25th, 2010 at 2:23 pm
Amin….
Manusia-manusia beginilah yang sebenarnya hipokrit. Menulis ikut sedap rasa, buat sesuatu seperti hilang akal.Agak-agaknya apa yang dia rasa kalau hal sebegini menimpa diri sendiri?
Aku penulis juga,dan semua orang boleh menulis. Tapi jangan anggap mentang-mentang menulis diblog kita boleh buat sesuka hati.Sendiri mau ingat, seorang punya hal habis terbabit semua orang .Daulat Tuanku.Hidup Rohaizad. Aku juga orang Johor cuma bermustautin di negeri lain.
rohaizad Reply:
January 25th, 2010 at 3:38 pm
Terima kasih… semoga blogger lain yang benar-benar berblogging tidak mendapat “tempias buruk” dari apa yang Aduka lakukan.
Moga-moga kita semua dapat pengajaran…..
rohaizad Reply:
January 25th, 2010 at 10:49 pm
Insya Allah…
Pepatah Arab ada menyebut lebih kurang begini “Jika mahu diri popular maka kencinglah di dalam telaga zam-zam”
AdukaTaruna ni memang mendalami pepatah ni kot..
Cuma dia tak fahami dengan maksud yang betul, dia pun tak memahami dengan maksud yang salah tetapi dia fahami dengan maksud yang Bodoh yang akhirnya menterjemahkan kepada satu tindakan yang luar batas fikiran.
Jika dia mahu popular.. dia memang sudah popular sekarang tetapi mungkin dia tak dapat menikmati rasa popular itu.
rohaizad Reply:
January 25th, 2010 at 10:48 pm
“mungkin dia tak dapat menikmati rasa popular itu.”
p/s: Sedih pula bila membaca ayat tu tapi nasi dah menjadi bubur kot.
salam,
biarlah ia menjadi pengajaran kepada blogger lain.kita bebas berbuat apa ja asalkan menjaga etika blog.
rohaizad Reply:
January 25th, 2010 at 10:46 pm
Yup, yang penting kita jaga blog kita serta pembaca yang ada.
Sebab tu ada peribahasa ‘cakap siang pandang2 cakap malam dengar2′..
ada satu lagi blogger yg terang2 cari pasal.. dah masuk ke??
rohaizad Reply:
January 25th, 2010 at 10:45 pm
Entahlah… kita tunggu cerita terkini di akhbar nanti.
Teringat pulak kat post bro tentang cara nak menyinarkan blog tempohari. Kalau hajat nak populariti nampaknya dah berjaya. Cuma terpaksa tanggung akibat lah sekarang ni..
rohaizad Reply:
January 25th, 2010 at 10:44 pm
Betul tu Adam. Rasanya Aduka termasuk di dalam kategori no 3:
http://www.rohaizad.com/2010/01/15/8-perkara-yang-membuatkan-pengunjungpembaca-blog-merasa-boring-dengan-tulisan-kamu/
abdfatah Reply:
January 26th, 2010 at 11:45 am
oh boringnya baca blog…
rohaizad Reply:
January 26th, 2010 at 12:38 pm
Boring pulak… kalau gitu, baca surat khabar la plak.
Latest news, aduka teruna penulis blog tersebut menyerah diri, tetapi hukuman yang dikenakan belum diketahui lagi.
Harap pihak berkuasa memberikan hukuman yang setimpal supaya menjadi peengajaran kepada blogger lain supaya kes ni tak berulang lagi.
rohaizad Reply:
January 25th, 2010 at 11:22 pm
Terima kasih Zamrii
Erk..arg..isk…
sedih betullah… org mcm ni pon ada ker? Mush nak letak status FB pasal sedih dgn kemangkatan Baginda pon siap search cr gelaran (yang hingga tergeliat lidah nak sebut tu ) yg betul2 tu tau. Takut + respect punya pasal. Senang2 jer dia gi kutuk Al-Marhum. tp, terima kasihlah..sebab tindakn dia tu buat Mush nak pakai gak tudng putih selama seminggu walaupon Mush ni Penang. Johor tetap tanah tumpah darah Mush tau…. kalau ada yg buat nak kmpul tandatangan ntuk marah+kutk+hukum blogger ni, Mush nak jer turunkan tandatangan…
rohaizad Reply:
January 26th, 2010 at 12:37 pm
Sebenarnya dah ada group di Facebook ini yang menentang perbuatan Aduka.
leh buat pepatah baru, kerana tulisan, badan binasa.
Sendiri cari penyakit. Ada jugak orang otak sengal macam tu. Leh kena “sula” tu. Tusuk bontot dengan buluh macam dalam cerita semerah padi.
rohaizad Reply:
January 26th, 2010 at 12:36 pm
Fuhh… ganaz betul sampai kena sula ye D)
Dah wat salah minta maaf mcm tu jer haha..
die igt, die tu kutuk org biasa je ke..
pepe pun aku sbgai rkyat johor turut berkabung di putrajaya. Al-Fatihah
rohaizad Reply:
January 26th, 2010 at 12:35 pm
Turut berkabung?
Wahhh respek!
korang da report abuse ke blom kat pakcik google?
kalau belom report la kat sini -> http://www.google.com/support/blogger/bin/request.py?page=main_tos
rohaizad Reply:
January 26th, 2010 at 12:34 pm
Ramai yang dah report sebenarnya
Salam,
Terkejut betul dengan apa yang dibuat oleh Aduka Teruna.Mmg tak pernah dibuat orang dan tak patut sekali.Kenapalah orang Islam sendiri tidak tahu berbahasa.Rasa malu ada orang macam ni di tempat kita. Menyalahgunakan kebebasan bersuara.Tidak faham erti apa itu bebas bersuara. Sedih dan hampa rasanya. Walaupun bkn Rakyat Johor,memang rasa geram dengan tindakan dia ni.
rohaizad Reply:
January 26th, 2010 at 12:33 pm
Yang sedihnya, seluruh institusi raja Melayu turut terkena. Dia seharusnya berfikir dengan lebih waras.
silap haribulan dan silap tempat nampaknya. dah delete ke dia punya entry. entry dia punya cache tu masih ada lagi…
masuk jel jawabnya… terima ler balasannya.
takder pasal jangan cari pasal… nahas jawabnya.
rohaizad Reply:
January 26th, 2010 at 12:32 pm
Dia delete pun takper. Sebab aku dah letak yang dia delete tu dalam artikel di atas. So itulah buktinya kot.
Orang ni dah diheret ke mahkamah rasanya…Baru dia tau!!
Mana2 pun AdukaTaruna.. harap2 go’ment amik tindakan yg sama utk blog2 hina Islam..
ini lah salah satu akibatnya kalu berfikir mengunakan kepala lutut. harap belajar je tinggi tapi tata susila & adap tak pernah nak amik tau. semoga blogger sume amik lah iktibar dari apa yang telah terjadi.
Kenyataan blogger itu saya kira amat biadap dan saya sebagai ahli PAS amat malu dgn sikap begini.
nuaeman Reply:
January 29th, 2010 at 12:45 pm
Wah..Ketua Pemuda Pas dah bersuara.. heh
menj Reply:
January 30th, 2010 at 1:46 am
Haha…mana ada, nak jadi AJK lantikan pun tak lepas. Kekeke….
[...] ini telah banyak kita baca dan dengar namun pada mulanya aku baca di blog milik rohaizad. dunia blogger malaysia digemparkan dengan satu kelantangan seorang blogger yang dikenali dengan [...]
Diulas pada January 30th, 2010 at 2:49 am[...] Dari perkara yang positif sehinggalah perkara yang negatif. Jika kita lihat pada hari ini, ada yang menyalahgunakan blog dan akhirnya mengundang pelbagai masalah dan kontroversi. Adakah ini jelas menunjukkan bahawa [...]
Diulas pada February 2nd, 2010 at 10:21 pmsatu tindakan yang sangat tidak sopan dan tak bertamadun.. apa raa.. buat busuk name blogger jek.. cet!