Tips blogging – jangan kusutkan diri sendiri.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Tips - Tarikh diterbitkan: January 26, 2010 onlineSoalan:

Encik Rohaizad, saya memang suka melihat orang ada blog. Saya juga suka melihat mereka berblogging. Malah saya sendiri pun ada blog tapi semakin hari saya rasa ada sesuatu yang membuatkan saya bosan dengan dunia blog.
Walaupun saya selalu membaca blog orang lain, tetapi saya rasa semakin ketinggalan. Saya tidak tahu apakah yang saya patut lakukan. Adakah aktiviti blogging ini sesuai untuk saya?
Jawapan:
Tuh dia…!
Satu soalan yang memang direct to the point. Dalam kebanyakan situasi, ini adalah salah satu perkara yang paling common untuk di dengar dalam dunia blogging.
Dan hari ini, aku ingin berkongsi beberapa info yang mungkin boeh di manfaatkan bersama. Jika ada di antara kamu nanti yang kurang senang dengan apa yang aku tulis di bawah… terpulanglah, no komen. Aku hanya ingin menulis kerana itu sahajalah caranya untuk aku berkongsi melalui blog.
Baiklah, sebenarnya masalah yang disebutkan di atas sangat berkait rapat dengan “kekeliruan“. Kekeliruan ini terjadi kerana arah panduan dalam berblogging tidak wujud dalam diri seseorang blogger.
Kita adalah seorang blogger… betul?
Kita harus tahu apa yang kita bloggingkan.
Kita juga harus faham di manakah kita dalam dunia blogging kita sendiri.
Maknanya:
1. Bukan semua orang boleh menjadi blogger seperti mana yang mereka sendiri inginkan.
2. Blogger harus mempunyai “sense of blogging”. Maknanya asal dia duduk je depan laptop/komputer, jari jemarinya itu dah gatal hendak menekan keyboard (untuk menaip).
3. Blogger kadang-kala mempunyai sifat suka “mengadu” pada blognya sendiri.
4. Blogger haruslah percaya pada “blognya” kerana itu akan membezakan dirinya dengan orang lain.
5. Blogger harus berpijak di bumi yang nyata. Jangan menulis mengikut emosi.

6. Blogger mesti menjaga hatinya sendiri. Ertinya jika dia menulis hanya untuk melayan perasaan, dia tidak perlu menjaga hati orang lain termasuk pembacanya kerana dia menulis hanya untuk dirinya sendiri. Peduli apa dengan orang lain.
7. Blogger mesti menjaga hati pembacanya. Itu hanya jika dia berblogging untuk menarik perhatian. Dalam erti kata lain, perjuangannya lebih besar dari blogger yang berblogging hanya untuk dirinya sendiri. Selalunya blogger ini akan cuba untuk monetize blog melalui caranya yang tersendiri.
8. Blogger harus tahu perkembangan dan nilai komersial blognya. Dalam kes ini, tanggungjawabnya lebih luas kerana dalam masa yang sama, dia menitiberatkan faktor “keuntungan” yang lintas di hadapannya. Pendek cerita, blogger ini akan berurusan dengan pengiklan untuk menjana pendapatan.
9. Blogger tidak boleh merasakan apa yang di tulisnya itu tidak bagus. Ini adalah kerana setiap apa yang ditulis itu merupakan sejarah dalam hidupnya. Jadi berblogginglah dengan seronok kerana tiada sesiapa pun yang boleh memaksa mana-mana blogger lain untuk menulis.
10. Blogger haruslah sentiasa ada identiti tersendiri kerana pembaca akan lebih terangsang dan seronok untuk duduk lama di blognya. Seorang blogger yang bagus akan sentiasa membuatkan pembacanya rasa bahawa mereka ada di sisi pembacanya. * Tapi tip no 10 ini tidak sesuai untuk blogger no 6.
Jadi janganlah kusutkan diri sendiri. Tanyalah diri sendiri di manakah haluan dan arah tuju dalam berblogging. Adakah haluan itu berada di no 6, 7 atau 8?



Pada pendapat aku:
1. Suka menulis, salurkan pada blog (duit akan datang kemudian setelah konsisten atas dasar minat).
2. Cuba buat duit melalui blog :
i. telah mula mendapat sikit-sikit (samada nuffnang / GA / paid per post – maka teruskan dan cari sifu)
ii. masih lagi gagal setelah berbulan-bulan (atau makan tahun) – tinggalkan dan cari peluang lain samada ebay /lelong / affiliate / clickbank / triond dsb.. blogging mungkin bukan untuk anda.
rohaizad Reply:
January 26th, 2010 at 4:31 pm
Ahahahaha…. satu komen yang cukup ringkas tetapi padat!
dizi izle Reply:
January 29th, 2010 at 1:17 am
bukan agak sederhana:)
Salam,
Saya jadi minat dengan blogging pada mulanya kerana kita boleh share ilmu.Memang teknologi ataupun info akan cepat bergerak seperti masa,tapi saya suka dengan keadaan seperti itu.
Mungkin mereka berasa bosan dgn blogging kerana mereka tiada minat.
rohaizad Reply:
January 26th, 2010 at 4:30 pm
Mungkin mereka belum terjumpa dengan “sense” mereka sendiri kot
Kusut..??
Percayalah… mula2 memang kusut…
InsyaAllah, lama kelamaan ok
Jad, kalau ko free roger aku..
nak mintak tolong sikit…
rohaizad Reply:
January 26th, 2010 at 4:28 pm
No problem… ko call je aku.
Haluan aku ada di No. 6, 7, 8 kerana aku ada blog-blog yang dedicated untuk setiap perbezaan itu…
Tapi aku tak pernah takde mood…sentiasa ada mood…kalau takde mood, mungkin sebab aku kurang sihat atau bizi kerja offline…
Wallahua’lam
rohaizad Reply:
January 26th, 2010 at 4:27 pm
Kental sungguh ko ni Zaki
Ini baru namanya blogger!
cyza Reply:
January 29th, 2010 at 9:11 pm
Eh…Iye ke aku ni kental? hehe…
InsyaAllah…aku hanya buat apa yang aku suka…seronok…berblogging…seronok berkomunikasi….ko pun bukan kah begitu juga…malah lebih kekentalan dari aku…
jgn kusut sgt..
blogging is cool hehe
utk membuat blog mmg mudah tp nk maintain blog adlh sukar.. jd jgn buat blog semata-mata nk ikut org hehe
rohaizad Reply:
January 26th, 2010 at 4:26 pm
Aku setuju betul dengan apa yang ko cakap Mizi.
siswaniaga Reply:
January 26th, 2010 at 10:40 pm
ha… yang ini aku setuju… kalau kita selalu ikut orang sampai bila pun x berjaya
miziology Reply:
January 27th, 2010 at 9:20 am
betul betul betul
hehe
salam,
aku suka tips yg no 10 tu..
sedang kearah itu..
tq
rohaizad Reply:
January 26th, 2010 at 4:24 pm
Welcome to the club!
Bloging memerlukan semangat yang kuat sentiasa. Jangan layankan perasaan buhsan tu. Lame kelamaan, blogging akan jadi sebahagian dari diri kita. Macam merokok…mula-mula xde ape, dah selalu merokok tak dapat sejam dah x keruan. Blogger kental pun aku rase kan begitu…
rohaizad Reply:
January 26th, 2010 at 4:14 pm
Ahhh.. tuh dia. Di ibaratkan pula dengan rokok. Bahaya tu, sebab tak lama lagi ada perumpamaan pakai daun ketum plak… ahahaha
boy_bersahaje Reply:
January 26th, 2010 at 4:37 pm
Biar daun ketom jad. Jangan daun chicken dah la kan? Kihkhihkhihkhih
rohaizad Reply:
January 26th, 2010 at 4:39 pm
Lebih kurang samalah tu siot. Ketagih jugak…
p/s: ko bila nak balik?
boy_bersahaje Reply:
January 26th, 2010 at 4:46 pm
13hb aku sampai. Ambik aku kat senai eh
rohaizad Reply:
January 26th, 2010 at 4:47 pm
Hek eleh… apesal ko balik hari tu pulak?
Aku ngan Nuaeman dah bertolak ke Kelantan! Ada event kat sana!
p/s: cehhh
boy_bersahaje Reply:
January 26th, 2010 at 4:48 pm
Xpe, aku seminggu kat Jb. Leh kirim kopok lekor.
p/s: ade projek bukan nk sound sihun
rohaizad Reply:
January 26th, 2010 at 4:49 pm
Ini jemputan…bukan apa pun. FuhyooFM punya event.
Saya pun macam tu jugak. Saya tulis macam-macam. Kadang-kadang tak tau blog mana yang perlu di update?
rohaizad Reply:
January 26th, 2010 at 4:12 pm
Bahaya tuh… huhuhuhu. Takper, find the best way to blog about your life first cikgu. The rest, will come later.
apabila bercakap mengenai kusut ni..memang kena elakkan kekusutan ni..kekadang masa blog walking dah dapat tau dah nak tulih apa..aha..
ada masanya bukak je laptop dah rasa nak menulis..pelik betul aku..tu pasal aku takleh tinggal blogging ni..hehe..dari dulu lagi nak berenti..tapi skang ni dah dapat income dari blog setiap minggu…cannot stop from blogging right now..heehe..
manisnya berblog ni apabila dah ada income darinya..hehe..blog personal aku tu plak untuk aku sharekan apa-apa aje yang aku rasa best untuk dikongsikan kat pembaca aku..tak kisah la dalam bisnes internet ke,blogging ke,yang penting aku suka apa yang aku tulis..dan selalunya reader juga akan suka dengan post yang diberikan..kekadang syok sendiri pun ada..muahaha..
rohaizad Reply:
January 26th, 2010 at 4:11 pm
Best punya statement dari blogger yang mempunyai DSLR! Cayalah
reezluv Reply:
January 26th, 2010 at 4:12 pm
bukan aku sorang..Shaffik pun ada gak ape..hehe
rohaizad Reply:
January 26th, 2010 at 4:14 pm
Tapi dia belum bagi statement lagi kat sini… ahahah
reezluv Reply:
January 26th, 2010 at 4:17 pm
haha..lagi 2 minggu aku ke sana untuk makan nasi ayam penyet Kampung Melayu…hahaa
rohaizad Reply:
January 26th, 2010 at 4:25 pm
Wahhh… gila Nasi Ayam Penyek betul.
p/s: bila ko turun? berapa haribulan?
reezluv Reply:
January 26th, 2010 at 7:39 pm
5hb aku dari Ipoh..balik mungkin 7hb..hehe
hahaha….aku suka blogging kerana blogging itu cool. hahahaha….aku no 6 utk taukey dot com. No 7 dan No 8 utk blog blog aku yang lain
rohaizad Reply:
January 26th, 2010 at 4:10 pm
Hahahaha… itu sudah pasti!
sememangnya minat yg mendlm,memainkan peranan yg besar dlm apa jua bidang yg diceburi.tanpa minat, semangat mudah luntur bila berdepan dgn rintangan.sdg dlm proses melayakkan diri/blog pd no 8.
rohaizad Reply:
January 26th, 2010 at 4:08 pm
Tahniah… mari kita sama-sama berusaha dalam dunia blogging ni.
jadikan blog ni ibarat ofis atau kedai kita. So kita kena selalu kemaskini kedai kita baru orang boleh masuk. lepas tu jadi kan program jana duit sebagai product yang kita buat kat luar.. So Blog sebagai based untuk pemasaran kita.. macam ni baru lah seronok.
Kekusutan tu biasa masa mula mula lagi. Lepas tu kalau dah dapat rentak, lantai bunyi pun sedap di dengar.
rohaizad Reply:
January 26th, 2010 at 4:06 pm
Wahhh… satu perumpamaan yang lain dari yang lain
Azhar Reply:
January 26th, 2010 at 5:24 pm
rentak semakin rancak, jemari semakin ringan, minda semakin tajam dan terhasil lah satu ungkaian yang semarak mekar…….tapi jangan sampai tersusuk duri yang mencelah ….
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 12:30 am
Wahhh… ada tokoh buat novel cinta ni bro
Azhar Reply:
January 27th, 2010 at 12:31 pm
tulah.. memang tengah di lamun cinta ni..adois….nak wat camner ni……..
cinta dengan blogging lah bro……
emm…
dimanakah saya?? mungkin masih lagi di nombor 6..
harap dapat berubah jadi no 10..hehe
pe2 pun…jom Blogging
rohaizad Reply:
January 26th, 2010 at 4:39 pm
Takper, yang penting keep blogging
bila kita dah ada rentak, kenal sasaran yang kita harapkan ( setiap blog ada sasaran yang tertentu – macam komuniti ) rasa lebih seronok berblogging… tiada tekanan.
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 12:29 am
Tuh dia… simple tetapi amatlah benar!
blog jer ape yg boleh diblogkan..pada masa yg sama belajar la tengok blog2 org yg dah berjaya…tengok cara penulisan mereka…dah lama berkecimpung nanti pandai la tuh.
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 12:28 am
Haaa.. betul-betul. Teruskan berblogging, nanti sampai masa datanglah “sedapnya” tuh
insyaallah menuju ke 8…
with niche blog..
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 12:27 am
Keep it up!
hehehe. saya ada masalah dengan no 2 tuh. asal duduk depan lappy aje, tangan start gatal nak menaip. draft banyak. kena tahan nafsu nak publish cuz kang orang termuntah darah baca entry. penyakit menulis yang macam kronik
anyway, good info dalam entry ni! the best thing, bro buat dalam bentuk point. bikin senang kami nak belajar. hehehe
rohaizad Reply:
January 26th, 2010 at 11:20 pm
Lizz, awak ni dah boleh buat novel kot… mesti best kan?
Assalamualaikum Tuan Rumah,
Entry di atas menarik untuk diberi komentar, khususnya petikan ayat ini,
“Dan hari ini, aku ingin berkongsi beberapa info yang mungkin boeh di manfaatkan bersama. Jika ada di antara kamu nanti yang kurang senang dengan apa yang aku tulis di bawah… terpulanglah, no komen. Aku hanya ingin menulis kerana itu sahajalah caranya untuk aku berkongsi melalui blog”
Bolehkah disimpulkan dari statemen tuan ini, menggambarkan bahawa tuan dari kategori blogger no 6,7 & 8 sekaligus?
(minta izin) sedikit tambahan pandangan,
Ambo melihat dunia blogging ini macam menulis buku/sajak/cerpen dan seangkatan dengangnya.
Tujuan mengapa si penulis ingin menulis hanya tuan badan yang tahu, pun begitu niatnya masih boleh “dibaca” dari hasil tulisan dan rupa blognya….apa komen tuan?
Merujuk pula pada statement si penanya..
Rasanya jawapannya semakin jelas bilamana perkataan “blog” “berblog”dan “blogging” itu ditukar kepada “tulis, tulisan dan menulis” sebagaimana contoh di bawah:
Encik Rohaizad, saya memang suka melihat orang ada “tulisan”. Saya juga suka melihat mereka “menulis”. Malah saya sendiri pun ada “menulis”tapi semakin hari saya rasa ada sesuatu yang membuatkan saya bosan dengan dunia “penulisan”
Walaupun saya selalu membaca “tulisan” orang lain, tetapi saya rasa semakin ketinggalan. Saya tidak tahu apakah yang saya patut lakukan. Adakah aktiviti “menulis” ini sesuai untuk saya?
Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard & Work Smart”
Assalamualaikum
rohaizad Reply:
January 26th, 2010 at 11:16 pm
“Tujuan mengapa si penulis ingin menulis hanya tuan badan yang tahu, pun begitu niatnya masih boleh “dibaca” dari hasil tulisan dan rupa blognya….apa komen tuan?”
Yup memang benar. Sebab itulah perlunya “identiti” seperti yang di katakan di no 10.
no.6 dan no. 7 tu macam bercanggah jer… tapi terpulanglah kepada tujuan asal penubuhan blog tersebut.
tu lah pasal kita kena merancang dalam berbloging ni..
rohaizad Reply:
January 26th, 2010 at 11:08 pm
Yup, memang bercanggah. Sebab itulah kekeliruan itu wujud.
Salam, terima kasih atas info yang menarik.
Suka dengan kata-kata ni:
“Kalau kita berusaha kita akan tahu samada gagal atau berjaya, kalau kita tidak berusaha, untuk berangan menjadi gagal sekali pun kita tidak layak dan orang yang berjaya itu lebih banyak gagal dari orang yang tidak berjaya.”
Baru lepas gagal, da la tu, kena bann plak.
takpe la sekurang2nya da mencuba walaupun gagal, dapat gak ilmu. sekarang baru nak berjinak-jinak dengan dunia bloging, harap info-info dari blog ‘rohaizad’ ni dapat dijadikan panduan setiap masa.
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 12:27 am
Terima kasih
[...] di pejabat), ini adalah satu cara yang paling selesa untuk mereka. Blogger harus tahu untuk menjaga hati pembaca dan hatinya sendiri, masih ingat [...]
Diulas pada January 27th, 2010 at 10:42 amBlogging memang best.. boleh bagi duit kat kitaorang..hehehe
sangat setuju dengan blogger harus menjaga hatinya. Isu hina Almarhum Sultan baru-baru ini sememangnya satu pengajaran buat semua.
Blogging dalam topik “niche” yang kamu suka, itu yang paling penting.
Betul tu…
kalau takde sense of blogging pun susah jugek nak jadi blogger….
ape yang bestnyer blogging? hmm dapat duit dan ramai kenalan..