Tips blogging – 7 perkara yang selalu dilakukan oleh rohaizad dot com.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Tips - Tarikh diterbitkan: January 27, 2010 onlineAhaaa…. ini adalah satu lagi entri yang aku rasa berbaloi untuk di kongsi dengan pembaca/pengunjung setia blog ini. Dipendekkan cerita, ini adalah salah satu lagi cara untuk aku berterima kasih dek kerana traffik blog ini yang semakin meningkat dari hari ke hari.
Sebenarnya, aku bukanlah seorang blogger yang layak untuk mengajar sesiapapun tentang semua perkara mengenai blogging. Aku sendiri pun masih lagi belajar mengenai dunia blogging. Simply said, aku hanyalah seorang blogger di rumah yang sentiasa cuba untuk memperbaiki diri sendiri.
Cuma apabila blog ini mula mendapat respons yang baik, maka aku rasa aku juga harus memberikan yang terbaik. Dan entri ini merupakan salah satu lagi cara untuk aku “memberi”.
So mulai dari hari ini, kalau ada yang pernah bertanya bagaimana rohaizad dot com “menjaga” blognya, tips di bawah mungkin boleh membantu. Walaupun banyak lagi perkara yang telah aku terapkan untuk monetize blog ini, tetapi 7 tips di bawah adalah perkara yang paling kerap aku lakukan:

1. Rajin untuk update blog.
- Tidak boleh malas kerana di sinilah terletaknya “kekentalan” seseorang blogger. Paling tidak pun seminggu dalam 3-4 kali. Trying to do the best will always give the best result.

2. Syndication service (RSS) dan juga social network.
- Aku selalu gunakan yang ini untuk menggapai lebih banyak pengunjung. Masa aku agak terhad, jadi aku memang selesa untuk menggunakan Feedburner. Selain itu, aku juga menggunakan Facebook dan PING untuk blog marketing.

3. Content is still the KING.
- Entri yang hendak di terbitkan mestilah mampu untuk merangsang dan menarik minat orang untuk membaca.
Contohnya:
Bukan setakat entri motivasi biasa, tetapi entri yang menawarkan diri kamu sebagai seorang “pembantu” menyelesaikan masalah orang lain juga boleh dicuba.

4. Membalas semua komen.
- Nampak mudah tetapi cubalah lakukan dengan sepenuh hati, barulah tahu nilai komitmen yang harus di berikan.
Percaya atau tidak dengan line internet di Malaysia yang cukup laju bak “halilintar”, kadang kala boleh mencecah sehingga 30 minit – 1 jam untuk membalas 50 komen yang masuk. Itu kalau 50 komen… bagaimana pula kalau 500 komen?

5. Email subscription.
- Berilah yang terbaik untuk pembaca dan pengunjung kamu sendiri. Ada yang suka notis entri terbaru di hantar ke kotak email mereka.
Contohnya jika pembaca/pengunjung blog kamu yang sedang bekerja (contohnya di pejabat), ini adalah satu cara yang paling selesa untuk mereka. Blogger harus tahu untuk menjaga hati pembaca dan hatinya sendiri, masih ingat lagikan?

6. Periksa entri sebelum di terbitkan.
- Sebelum sesebuah entri itu aku terbitkan, aku akan memeriksanya beberapa kali terlebih dahulu. Ini adalah kerana di situlah aku akan membuat pembaca supaya lebih tertarik dengan apa yang aku tulis.
Bukan setakat dari segi tatabahasa dan ejaan, tetapi selalunya ada sahaja idea tambahan yang akan wujud seperti linkbaiting dengan entri-entri lama. Tidak percaya? Cubalah!

7. Fokus pada topik/tajuk entri.
- Selalunya blogger ini kalau dah menulis, tak hingat dunia. Letak tajuk lain, tapi apabila tiba di pertengahan jalan… ceritanya dah ke lain pula. Aku sendiri pernah mengalami situasi seperti ini sampai di akhirnya, tajuk pula yang di ubah. Apa kes?
Sebenarnya fokus pada sesuatu topik dan entri adalah klimaks kepada aktiviti berblogging. Harus selalu “stay” pada tajuk dan topik entri, barulah mantap!
* Tips di atas lebih sesuai jika kamu ingin menjana traffik ke blog. Bermakna ia hanya boleh di aplikasikan pada sesetengah jenis blog sahaja.
** Untuk niche blog peringkat antarabangsa, tips di atas boleh di jadikan sebagai satu bonus sahaja kerana apabila ianya melibatkan advertiser, kita berhak untuk memilih beberapa perkara yang ada. Hey, bukankah kita sudah tahu yang terdapat pelbagai jenis advertiser di internet ini?








Kadang-kadang bila dah naik sheikh, tulisan dan isi entri memang ke laut china selatan. Payah jugak nak maintain point. Hanya pengalamn dan latihan dapat jadikan yg terbaik. Terbaik dari ladang!
Shaffik Reply:
January 27th, 2010 at 12:15 pm
Betul, pengalaman yang mengajar segalanya. Terbaik dari ladang…
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 12:15 pm
Selalunya kalau dah ke laut, save kan je dulu jadi DRAFT. Next time, sambung balik… ekekeke
Aqif Reply:
January 27th, 2010 at 5:20 pm
Haha..kalau dah sampai ke laut tu. Elok-eloklah ikat tangan tu supaya berhenti blog sekejap. Bahaya kalau naik syeikh dalam blogging ni.
hafizmd Reply:
January 28th, 2010 at 10:54 am
Aqif, kalau dah ikat tgn tuh..gayanya macam mahu kelaut juge ke?
satu idea yang menarik untuk dikongsikan..
rasanya semua tu ada buat..huhu.. cuma satu je agak liat sikit nak ikut..
update blog …huhu
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 12:16 pm
Update blog?
Nak tak nak, kena buat juga
donny Reply:
January 27th, 2010 at 7:35 pm
Salam Bro Rohaizad,
Menang benar.nak tak nak,kena buat juga.baru2 ni sy dalam delima sbb dah dekat seminggu x update blog.
maaf potong jln
akhirnya tiba2 terjumpa 1 idea menarik yg biasa blogger buat iaitu mengadakan blog contest.ingat tak semalam saya message bro difacebook pasal beri komen sama blog saya..trimas sbb beri pandangan yg ikhlas..
UNTUK PENGETAHUAN,SAYA MEMBUAT SATU CASH MONEY GIVEAWAY BLOG CONTEST DI BLOG SAYA..KALAU NAK TAHU LEBIH LANJUT SILALAH KUNJUNGI BLOG SAYA
Salam..
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 8:40 pm
Siapa yang nak duit percuma, bolehlah sertai pertandingan di blog Donny
hafizmd Reply:
January 28th, 2010 at 11:12 am
Donny,itula. Bahagian update tu memang kene ada disiplin yang tinggi. Baru kental.
donny Reply:
January 28th, 2010 at 6:18 pm
ya hafiz,tq.disampig disiplin kontent juga harus kaw-kaw punya
salam,
terima kasih mr rohaizad! gud tips lately in ur blog entry.. i folow! Insya Allah….
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 12:18 pm
Thanks ya ..!
Thanks for sharing the tips
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 12:19 pm
Orait, no problem.
Thanks Jad untuk entry ni. Aku baru sedar (baru kenal sebenarnya) kepentingan PING untuk marketing.
- Balas 50 komen, tu memang bukan kerja mudah dan ko memang tak menghampakan para peminat kelab kipas Rohaizad dot com (nak balas komen pun kena perah idea kan!)
p/s – aku terasa nak masuk kelas personal coaching.. (bila ek??)
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 12:14 pm
Ya betul sekali!
Nak balas komen pun kena perah idea…. huhuhu
p/s: personal coaching nanti akan di beritahu kalau ada
hafizmd Reply:
January 28th, 2010 at 11:14 am
Mau meleleh juge peluh tuh. Tapi still takleh lawan peluh penangan nasi ayam penyek..rindu ngko ayam penyek..:D
hoho mmg menarik post kali ni..
byk tips yg diberikan agknye ape lg selepas ini?
tungguuuu hehe
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 12:13 pm
Ada… ada
tak penah lagi aku sampai ke peringkat ko lagi..sampai 500 komen..hihii..
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 12:12 pm
Tak lama lagi sampailah tu kot… ko kan nak kahwin? So aku rasa entri kahwin ko tu nanti mau cecah 1000 komen!
miziology Reply:
January 27th, 2010 at 12:21 pm
Aku setuju ni haha..
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 12:22 pm
Har… har… harrr…
reezluv Reply:
January 27th, 2010 at 12:25 pm
haha..jenuh aku nak approve nanti..kekeke..silap2 dalam bilik pengantin ngadap laptop je plak..mampus kang laptop aku kena bakar..kekekee
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 12:39 pm
Ahahahah… jangan buat kerja gila
nuaeman Reply:
January 27th, 2010 at 12:58 pm
Syed Ikhwan dulu tgh-tgh nak nikah boleh online lagi.. power tu..
hafizmd Reply:
January 28th, 2010 at 11:16 am
Jangan Bro. Tak elok bawak laptop sekali. Kena bakar naya jer..hikss
info yang berguna ni. Terima kasih.. =)
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 12:08 pm
Sama-sama…
haha..respek la kat bro..
mcm Dr.blog…tahu je pe masalah blogger2 lain..
kali bab menulis ke laut mmg masalah saya lah…
byk sgt idea terkeluar time menulis..haha..smpai kdg2 tu x jd nk publish pe yng ditulis sbb rasa dah melalut sgt nie..haha…
struggling to focus!!
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 12:11 pm
Masalah blogger-blogger lain tu masalah aku juga. Ahahahah…
Terima kasih bro Ijad…
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 12:21 pm
Sama-sama… thanks sebab sudi berkunjung ke blog ni.
nice infoo………terima kasihh…
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 12:39 pm
No problem… D)
wah.. menariknya! terima kasih.. sometimes bila dah lama dalam dunia blogging ni, dah lupa key penting seperti yang di list oleh saudara.. tq..
*saya link to your blog ya! tq…
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 12:38 pm
Thanks for the linking ya
Ini kira revision Bro…tapi lebih specific. Bravo.. Bila boleh pekena kopi-o
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 12:43 pm
Ada kelapangan, kita pekena kopi O.
Azhar Reply:
January 27th, 2010 at 12:45 pm
Bro..cuba tengok blog saya bawah tajuk kambing oh kambing,, lepas bagi komen sikit … ada letak video sikit..
oh.. banyak lagi kat atas tu yang belum saya buat..
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 8:40 pm
Takper… lama-lama nanti akan terbiasalah tu.
Saya baru mengenali blog ini, dan ianya bagus sebagai tambahan info dalam dunia blogger. Terima kasih!
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 8:43 pm
Selamat datang ke blog rohaizad dot com
Panduan yg baik…Tetapi….tak senang nak buat…
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 8:44 pm
Pelan-pelan kayuh…lama-lama mesti sampai
akan saya praktikkan ajaran guru Ijad mula dari hari ini hohoho..
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 8:45 pm
Itu bukan ajaran, cuma perkongsian jer
bagus tips ni ijad…aku je sekarang tk da masa update blog…semua blog2 ku!! hehehehe
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 8:46 pm
Kalau busy, relax atau berehat dulu. Take your time
no 1 tu,tidak keterlaluan klu dikatakan sebg “mimpi ngeri” bg blogger!
rupa2nya,smart blogging ni ada satu kaedah utk mengatasinya-begitu melegakan!thanks mr.rohaizad!
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 8:47 pm
Ekekekeke…
Oh..tips-tips yang memang terbaik dari otai blogger kita.
Perkara biasa yang saya terlepas pandang ialah STT (Stick to topic). Kadang-kadang laman web AqifStrategi.com itu pun termasuk sedikit cerita peribadi.
p.s: Maaf ye abg Ijad lama tak meletakkan komen dalam blog ini. Sempat jadi pembaca senyap je. Hehe.
p.s: baru sahaja keluarkan duit dari paypal.
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 8:48 pm
Wahhh… ada orang nak belanja nasi ayam penyek nih
terbaik!!! (dengan penuh semangat)
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 8:49 pm
Thanks, ada lagi banyak tips nih. Tapi kena keluarkan sket-sket… takut bosan pula pembaca nanti.
huh! nak buat semua tu kira satu hari suntuk tu….
tapi anda semua bijak mengurus masa
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 8:49 pm
Kita buat dia… bukan dia buat kita.
cyza Reply:
January 29th, 2010 at 9:04 pm
Point-point yang ijad persembahkan tu kalau dah biasa tak susah…laju je boleh buat..ye tak bro ijad?
Terima kasih “Tips blogging – 7 perkara yang selalu dilakukan oleh rohaizad dot com.” tak rugi singgah sini hari-hari..
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 8:50 pm
Singgahlah selalu-selalu yea
orgbaru Reply:
January 27th, 2010 at 8:59 pm
memang hari2 singgah pun, minggu depan nak beli pakej kit blogger.. huhu..
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 9:07 pm
Wahh… congrats!
bagus entri kali ni
mcm blog personal saya
trafik lebih byk jika artikel berkaitan motivasi
berbanding artikel/post berkaitan tutorial percuma
kena lebihkan artikel motivasi kan bro ijad
sigh!
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 8:37 pm
Artikel motivasi?
Boleh gak sebab itu sememangnya makanan untuk minda.
Bismillah..
Saya tidak boleh tidak, terpaksa juga meninggalkan komen hari ini nampaknya. Padahal saya sudah cuba menahan diri sebenarnya.
Tapi entri ini amat menarik minat saya.
Sejak menemui blog tuan Rohaizad pertama kalinya, maka sehingga kini saya amat kerap mengunjungi blog ini berbanding blog yang lain (selain smartusaha). Malah percaya atau tidak, inilah satu-satunya blog yang saya langgan rss feeds-nya.
Sebetulnya niche blogging memang jauh dari saya, tapi saya kurang pasti apa yang begitu menarik minat saya terhadap blog ini. Seolah bermagnet. Mungkin pembawaan diri dan corak penulisan empunya blog yang bersahaja, tidak terikat, mesra dan menghormati.
Satu yang paling ketara ialah disiplin update dan membalas komen. Ini memang paling menonjol di antara timbunan blog yang lain. Sesuai benar mendapat gelar otai blogging. Tahniah dan semoga tuan selalu bersemangat.
Adeh terpanjang pula komennya, saya memang tak boleh menulis pendek-pendek.
rohaizad Reply:
January 27th, 2010 at 8:35 pm
Thanks Jumazli. Moga blog ini dapat memberikan lebih kepada komuniti dan pembaca setianya.
Aku kalau tulis entry tajuk benda paling akhir aku letak..mula2 tulis isi, intro dan penutup..:D
rohaizad Reply:
January 28th, 2010 at 11:34 pm
Ahahaha.. itu dah terbalik dah…
Artikel yang berbaloi-baloi.Rasa no 3 tu payah sikit. Content hendak sampai Queen pun payah. Apa lagi entry saya lebih fokus bab agama.
Cadangan, apa kata kalau saudara buat satu entry berkenaan ciri2 entry agama yang menarik disukai dan yang tidak.
Melalui komen2 yang datang pasti saya banyak dapat input yang bermanfaat. Apa2pun, syukran.
rohaizad Reply:
January 28th, 2010 at 11:30 pm
Insya Allah… sebab itulah ada kategori Renungan Hari Jumaat dalam blog ini.
Tips yang ringkas tapi padat. Aku masih lagi tercari-cari niche..buat masa ni blog personal untuk suka-suka je la
rohaizad Reply:
January 28th, 2010 at 11:27 pm
Bioleh.. kayuh pelan-pelan…
kabu Reply:
January 31st, 2010 at 9:48 pm
kayuhan basikal tua samapai jua…..
Terima kasih. Banyak tuh tip2 terbaik dr Ijad. Memang terbaik dari ladang dekat Johor. Yang saya perasan, memang Ijad selalu buat tektik linkbaiting tu. Cube kite perhatikan dalam post kali ni. Berape yang ade? Thanks Bro..
p/s – Maaf nak tanya. Bro ada cadangan tak nak guna plugin apa untuk adjust gambar
p/s – Niela blog baru saya (hadiah teka komen tu..)
rohaizad Reply:
January 28th, 2010 at 11:06 pm
Wahhh… blog baru ye …. hik hik hik.
tips praktikal yg amat berguna
rohaizad Reply:
January 28th, 2010 at 11:11 pm
Bolehlah… bercakap dari pengalaman jer.
kabu Reply:
January 31st, 2010 at 9:08 pm
pelajaran dari pengalaman tu lg mahal drpd pelajaran dlm kelas……
bak kata org kg saya “street wise” ke aper…
tips tersebut amat berguna utk newbie seperti saya. tak semua blogger sanggup berbuat demikian..
sya baru pertama kali dtg ke web/blog ini selepas terbaca N3 di web/blog kak kujie..
rohaizad Reply:
January 28th, 2010 at 11:05 pm
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog yang tidak seberapa ni. Lain kali jemputlah datang lagi ye
nak kena ada disiplin ni dalam arena blog
disiplin boleh di pupuk tapi untuk kekalkannya amat susah sedikit, kadang2 perasaan untuk berblog tu membuak2….
Disiplin adalah penting untuk maintain blog.
Aku rasa, maybe lepas ni salah satu elemen yang boleh diterapkan dalam berblogging ke tahap lebih power adalah melibatkan opt in list, so that serampang dua mata…maknanya sambil blog, sambil marketing, sekali harung bina list…apa komen ko Ijad…?
Kira ok lah seminggu 2-3 kali update. Kalau ada sesetengah blog, sampai 2-3 kali sehari update. Tak terlarat teman nak mengejonya yob!
setuju dengan point #3 content is the king.. content cantekk.. ramai la yg datang..
Thanks bro Ijad … baru la tahu apa nak dimonitizekan bila ada blog nie , bukan senang gak yer nak jadi blogger … huhu!
Salam sukses.