Kenapa nampak macam susah untuk buat duit dari blogging?
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Motivasi - Tarikh diterbitkan: January 29, 2010 online
Kamu tension?
Masih lagi gagal menjana sebarang pendapatan dari aktiviti berblogging?
Langsung rasa seperti dunia ini semakin gelap dan hati sudah semakin tawar hendak terus berblogging?!!
Wooo… woooo…rileks… rileks.
Janganlah macam tu. Cool`lah sket… tapi tidak mengapa kerana untuk hari ini, mungkin aku ada sesuatu yang boleh membuatkan kamu “keluar” dari perasaan yang sungguh mencengkam jiwa itu….heheheh
Tetapi sebelum aku sambung, apa kata sambil kamu teruskan bacaan kamu itu, dengarkanlah sekali lagu dari kumpulan Temptations ini… barulah ringan sedikit kepala. Lagipun aku rasa entri ini lebih kepada motivasi kot… lalalalala~~~
Beberapa tahun lepas, sewaktu aku menulis artikel aku yang pertama… aku “tidak merasa apa-apa”. Aku pun tidak tahu apa yang aku buat ketika itu. Yang aku tahu, aku dah mula “menulis”.
Selepas aku membuat artikel aku yang pertama tu, aku pun terus meninggalkan artikel tersebut sebab aku memang tidak tahu dari manakah duit itu akan datang… hahahahah… kelakar`kan?
Tapi jauh di dalam hati aku, aku masih berharap untuk melihat semua ini berlaku. Maksudnya aku ingin sangat nak tahu sejauh manakah “kebenaran” yang orang lain katakan mengenai buat duit dari blogging sehinggalah aku berjumpa dengan program Adsense.
Selepas beberaoa bulan, aku pun login semula untuk melihat “sambutan” yang di terima terhadap artikel-artikel aku (di blogspot) tu semua.
Apa yang jadi selepas itu agak memeranjatkan aku kerana artikel tersebut sudah mula “membenihkan” USD yang aku tidak pernah sangka. Dan bertolak dari hari itulah, aku semakin bersemangat untuk terus berblogging semula.
So apa yang aku hendak kongsikan di sini sekarang ialah kita “mesti ada tempoh bertenang”:
1. Makna tempoh bertenang itu ialah kalau BLOG BARU kamu tidak mendapat visitor, tidak di sedari oleh orang lain akan kewujudannya… maka janganlah risau.
2. Berikan diri dan blog kamu sedikit masa. Bersabar dan terus berusaha. Jangan mengamuk pada diri sendiri sampai kamu sanggup untuk DELETE semua artikel kamu yang lepas-lepas. Biarkan sahaja artikel kamu yang lama itu.
3. Walaupun kamu hanya menulis cerita mengenai selipar jepun kamu putus di tengah jalan, itu tidak mengapa. Mungkin apa yang kamu tulis itu kelihatan “sengal” dan “bodoh” tetapi hey… itukan sebahagian dari sejarah hidup kamu?!!
4. Untuk menjadikah blog kamu terkenal dalam masa sehari, tidak mungkinlah (kecuali jika kamu buat perkara bodoh seperti memaki orang-orang tertentu). Tetapi selepas beberapa bulan, pastinya akan ada perubahan.
5. Pada waktu itu, traffik sudah mula bertambah ke blog kamu kerana semakin lama kamu duduk dalam dunia blogging, semakin rancak aktiviti blog walking, blog hoping dan blog commenting yang akan kamu lakukan.
(Kalau tidak percaya, cubalah tanya traffik yang diterima oleh bro Kabu dan Sain yang sekarang sedang merebut takhta Pengulas Terlampau)
Lagi satu, pernahkah kamu bertanya pada diri kamu sendiri mengenai kekerapan membaca?
Maksudnya di sini bukan membaca buku ye, tapi membaca hasil tulisan blogger-blogger lain?Iya… aku maksudkan blogger.
Sama ada kamu sedar ataupun tidak.. selama ini mungkin kamu telah GAGAL dalam mencari kejayaan yang telah di miliki oleh blogger lain. Benar… ini pernah berlaku pada diri aku suatu ketika dahulu.
6. Kamu harus “bijak” dalam mencari SEBAB ataupun FORMULA yang menjadikan blogger-blogger lain di luar sana boleh berjaya hanya melalui tulisan di blog mereka sahaja. Melihat bagaimana blogger-blogger hebat menulis juga merupakan salah satu dari kunci untuk berjaya dalam dunia blogging.
7. Cubalah melihat gaya tulisan mereka. Terjemahkanlah ia melalui pemerhatian kamu dan selepas itu teruskan menulis dengan gaya penulisan kamu yang tersendiri.
8. Ambil masa untuk selidiki (study) bagaimana artikel mereka boleh mendapat HITS yang begitu tinggi. Mungkin artikel yang mempunyai penerangan yang panjang sesuai dengan kamu. Atau mungkin juga artikel yang pendek tetapi simple lebih kena dengan jiwa kamu dalam penulisan.
Tapi walaubagaimanapun, jangan sesekali menyerah dan berputus asa. Mungkin sekarang ini belum “nampak apa-apa” tetapi percayalah, akan ada perbezaan selepas beberapa bulan nanti. Jika rajin, cubalah untuk kaitkan artikel-artikel baru dengan artikel lama yang kamu ada.
Teruskan berblogging kerana di luar sana, akan sentiasa ada orang yang menjadi silent reader kamu dan sekaligus menjadi pembaca setia.
Dalam waktu yang sama, carilah peluang untuk menjana pendapatan melalui tulisan kamu itu seperti menyertai pertandingan menulis review ke, pertandingan teka-meneka ke atau paling tidak… meletakkan link affiliate dalam artikel kamu.

Oh yaaa… bercakap mengenai menulis review, Pertandingan Review FuhyooFM tinggal 1-2 HARI SAHAJA lagi untuk di tutup penyertannya. Kalaulah aku boleh masuk pertandingan ini, dah lama aku join sebab penyertaan teramatlah sedikit sehingga ke hari ini.
Kalau penyertaan sedikit, bermakna peluang untuk aku menang teramatlah tinggi… perrrgghhh. Dan dari review yang di terima setakat hari ini, rasanya aku dah boleh mengagak siapa pemenangnya.
So kalau selama ini kamu tension, tertekan, takde mood hanya kerana di sebabkan belum pernah menjana pendapatan dari aktiviti berblogging, maka ini adalah salah satu peluang untuk untuk kamu buat duit.
Betul ke?
Memang betul… lagipun bukan ke menulis review itu adalah salah satu dari aktiviti blogging? Senang gila… tulis sahaja review dengan baik… dah boleh menang RM150.00, RM100.00 dan RM50.00.
Masa permulaan artikel ini tadi kata risau sebab tak boleh buat duit dari bloggingkan? Ini peluang dah ada di hadapan mata, takkanlah nak lepaskan… betul tak?
* TIPS:
- Pastikan review kamu itu melibatkan syarikat induknya iaitu Fitrah Media. Kasi professionallah sedikit review kamu itu nanti.



Kalau semangat tak kuat, blogging boleh terkubur begitu sahaje. Atleast, letakkan satu inspiration yang boleh buatkan nadi kita sentiasa berdenyut untuk terus blogging. Sama ada kerana duit, fruitheart, anak-anak, minath dan apa sahaja. Dengan inspiration barulah blogging itu tak akan luntur begitu sahaja.
P/s: Makin-makin ko skang update blog Jad, dasat tol! Ni mesti kes Cik Siti Innity punya penangan
rohaizad Reply:
January 29th, 2010 at 1:36 am
“Letakkan satu inspiration yang boleh buatkan nadi kita sentiasa berdenyut untuk terus blogging.” ….. hihihihi (Innity barangkali)
p/s: mana ader… aku rasa aku berblogging sama je dari dulu sampailah sekarang kot..
banyak sungguh tips yang Ijad kasi.best bangat..:D
rohaizad Reply:
January 29th, 2010 at 1:37 am
Tips yang di kutip dari pengalaman sahaja…tidak lebih dari itu
cyza Reply:
January 29th, 2010 at 8:58 pm
Tip seperti ini melalui pengalaman yang sebenarnya sangat berharga…dan tips ini adalah dari hands on…buka teori semata-mata…
Pertama sekali saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada blog Rohaizad dot com kerana melalui blog inilah saya dapat kenali dunia pengiklanan internet yang sebenar.
Perkara yang tidak disangka boleh menghasilkan duit akhirnya telah terbukti. (Apakah itu? Hanya keluarga Smart Blogging sahaja yang tahu..:))
Walau apa-apapun, banyak lagi yang perlu diterokai. Jangan sesekali berpuas hati dengan apa yang ada, tetapi mensyukuri dalam pada masa yang sama.
P.S: Ergh..lagi cabaran ialah membina backlink di blog. Hehe
rohaizad Reply:
January 29th, 2010 at 1:39 am
Tuh dia…!
En Aqif kita dah masuk… busy betul dia kebelakangan ini… ekekeke
Aqif Reply:
January 29th, 2010 at 3:54 am
Itulah pasal. Sejak kebelakangan ni jadi silent reader je kat blog Rohaizad dot com ini.
Busy sebab semester ni memang agak PACK jadualnya.
P.S: Daku rindu pada keluarga seminar blogging. Oh!
rohaizad Reply:
January 29th, 2010 at 6:54 am
Takper, study is the first.
tempoh bertenang-bkn senang bagai dikata!…hahaha..buat diri ini ianya suatu tempoh yg penuh dgn “pergelutan”,bergelut dgn perasaan,bergelut dgn azam,bergelut dgn rintangan-talian internet/black out…ahhh ..mcm2 ada!!!
tp ada sasaran dlm tempoh ini,antaranya tunggu update PR,tunggu no PIN dr adsense!!!(sudah membenihkan usd dr sudut ini)…pendek kata sudah bole senyum sendirian sekarang ni….perhargaan buat encik rohaizad dgn smart bloggingnya.
rohaizad Reply:
January 29th, 2010 at 6:54 am
Sebab itulah di namakan sebagai tempoh bertenang
Kalau di berikan nama tempoh berTendang, memang ada yang kena tendang nanti kang… ahahaha
kabu Reply:
February 1st, 2010 at 1:33 pm
dah kena tendang payah gak nak bangun tu….
Tips dari orang yang berpengalaman – semua blogger tak kira bertapa hebatnya dia sekarang akan mengambil masa untuk dikenali.
Usaha tanpa lelah dan ingat, bina PENJENAMAAN DIRI yang kukuh bersama SEO dan mesra alam bersama komuniti blogger. Biar proses ini berjalan serentak tetapi berlaku secara berhemah dan sedikit demi sedikit kerana kesan jangka panjang lebih berbaloi dari graf populariti seprti naik turun gunung ganang.
rohaizad Reply:
January 29th, 2010 at 6:53 am
Tuh dia…!
Thanks Kak Jie
“Rome wasn’t built in a day”
perjalan yang jauh dimulakan dengan langkah yang satu, anyway anyhow kita kene start somewhere.
rohaizad Reply:
January 29th, 2010 at 8:35 am
“TINDAKAN” atau “ACTION”…. itu pasti
Sungguh bermotivasi! hehe… time kasih skali lagik!
rohaizad Reply:
January 29th, 2010 at 8:35 am
Sama-sama Nanahana…
ijad, setiap hari ada jer ilmu dan idea yang nak di tulis, blog ko ni lah yang menyebabkan aku tak tension dan mudah putus asa untuk berblogging dan buat duit
skrg ni aku surf blog ko walaupun kn blog, ada pakai software skit, yihaaa…dapat gak kungjung blog ko setiap hari
rohaizad Reply:
January 29th, 2010 at 8:39 am
Wooo… tersentuh betul aku dengan komen ni Mijie. Ini yang membuatkan aku bersemangat untuk lebih “memberi” dalam dunia blogging ini.
Terima kasih banyak-banyak. Tanpa pengunjung setia, blog ini pun tidak akan kemana.
p/s; silap haribulan, ke laut agaknya… lalalala.
mijie Reply:
January 29th, 2010 at 8:52 am
pembetulan ayat kat atas tu, kn block bukan kn blog
blog ko ni dah kena block kat ofis aku sbb setiap hari aku msk blog ngko, so IT kat ofis aku ni lain mcm skit, dia setting kat router kalau ip untuk hosting blog ko setiap hari ada…then pastu dia block la akses untuk blog ko
tp aku lagi licik, gunakan software untuk visit blog ko, hahahahahah…padan muka si IT oficer tu, blog mcm ni pun nak block
igt dia sorang pandai
rohaizad Reply:
January 29th, 2010 at 9:02 am
Hahahahah… ketawa aku sorang-sorang kat sini. Kalaulah IT officer tu baca, mesti dia tension tahap cipan punya…
p/s: Mijie, memang dasar blogger… memang seorang survivor! (kamulah orangnya tu)
mijie Reply:
January 29th, 2010 at 9:17 am
aku pun sbenarnya gelak campur geram
kalau dia baca pun, biar dia tahu, aku bukan visit blog yg merapu, tp blog yg ada manafaat, bukannya blog yg nak buat duit dgn skim haram ke apa
p/s: ijad jgn ko bagi detail aku lak kat dia,hehehehe kan tak pasal2 sampai surat kuning kat meja aku ni, hehehehe
rohaizad Reply:
January 29th, 2010 at 9:19 am
Ahahahahahah D)
Aik, ijad mcm perli aku je ni…hehehehe..patut la aku makan tersedak tadi..heheh
rohaizad Reply:
January 29th, 2010 at 9:04 am
Mana ada perli.. usik mengusik jer… hihihi
Sain-Web.Com Reply:
January 29th, 2010 at 3:00 pm
tak pe ijad,at least dapat tempias dari blog ijad ni… hehehe..aku ni sapa lah sangat kan..
buat duit dari blogging ni kalau ikutkan senang sahaja cuma yang penting kita perlu tahu apa yang kita buat dan apa yang kita buat itu adalah cara yang betul dan berkesan. Tapi nak tau kena buat dulu….
Masalah orang tension ni sebab nak duit cepat tu jer. Sebab tu antara faktor kelemahan manusia dan pertumbuhan Skim Cepat Kaya
rohaizad Reply:
January 29th, 2010 at 9:05 am
Perghhh….. ko ni jarang komen tau Taukey. Tapi sekali komen, memang TEPAT MENUSUK!!
Best dan sungguh RELEVAN!
bertenang..bertenang. apa apa benda pun yang dilakukan wajib bertenang dan sabar. usah gabra jika tiada sebarang hasil pada.
berblog adalah satu perjalanan, tidak perlu fikir pasal duit(walau nak sangat duit). jika asyik memikir pasal duit bila la otak nak cari idea baru untuk lebih produktif.
duit, duit, duit…cari duit dapat duit keluar duit
cari lagi:)
hanya ada dua , bertenang atau bertendang:)
sabarrrr:)
rohaizad Reply:
January 29th, 2010 at 9:17 am
“Pendek kata…hidup ini selagi boleh kerja, kerja!”
~~~ Allahyarham S Kadasrisman…
“Pendek kata…hidup ini selagi boleh blogging, blogging!”
~~~ Encik Rohaizad….huhuhuhu
Betul tu bro Ijad,
sebenarnya, tidak kira dalam apa juga bidang perniagaan, kesabaran adalah amat perlu.
Tiada ‘magic pill’ yang membolehkan kita mendapat duit sekelip mata kecuali SCK (Skim Cepat Kaya)
rohaizad Reply:
January 29th, 2010 at 9:07 am
Betul tu Shukor. Hanya mereka yang bersabar sahaja akan sampai ke puncak. So kuatkan semangat ye
thanks for the tips…
bagi la tips macam mana nak dapat ranking yang atas di Alexa…
rohaizad Reply:
January 29th, 2010 at 9:40 am
Insya Allah… nantikan yea. Selalu-selalulah kunjung blog ini.
utk org yg berfikiran nk duit cepat, Tempoh bertenang tu la ramai yg x sangup nk tunggu.
sbb semuanya pahit n byk kerja perlu buat. so dieorg pun blah and kecewa huhu
rohaizad Reply:
January 29th, 2010 at 9:39 am
Nanti ingat nak tukar perkataan “tempoh bertenang” tu pada “holiday time”. Sedap sket bunyinya kan?
miziology Reply:
January 29th, 2010 at 10:57 am
yup aku rasa bunyi tu mcm santai sikit hehe
Sain-Web.Com Reply:
January 31st, 2010 at 11:51 pm
blogger boleh holiday hari2…hehehe
Tu lah banyak sebab bila kengkawan nak mula berblogging. Ada yang nak kejar duit, ada yang suka suka, ada yang berkarya.. Tapi selalu nyer yang no 2 dan 3 akan dapat duit dulu. Ingat kata Lisa Hilmi….. lagi di kejar duit..lagi jauh lah dia lari. So buat dulu …macam saya ni tempoh bertenang bukan main panjang lagi.. masih boleh bertahan walaupun baru dapat lebih kurang RM60-00 dari affiliates yang dah tak anggap port lagi..alih alih duit masuk akaun.pergh…..
Tapi blogging ni ada steps nyer :-
a. bila mula kan blog percuma akan rasa bangga sebab boleh baca tulisan sendiri.
b. bila tukar ke blog berbayar ..dengan bangga nyer beritahu kengkawan url kita..ialah nama sendirikan…. kengkawan pun kata ” Fulamak…ada domain sendirilah…”
c. lepas tu mula lah letak link kat blog sendiri.. kalau ada rezeki ..masyuk lah… otherwise ..cuba lagi….
Bro….kali ni panjang lah coretan pagi Jumaat ni.Ada pulak idea.. Kekadang di pagi hari lah idea melambak lambak….
rohaizad Reply:
January 29th, 2010 at 9:38 am
Bestlah komen panjang macam ni. Bukan senang nak tulis komen panjang-panjang wooo… anyway, thanks
Asalamualaikum, Tn. Rohaizad. Didoakan rezeki tuan bertambah murah. Amin.
Semenjak blog saya http://universitipts.com di-link terus ke FB saya, akibatnya jumlah komen dalam blog saya itu jatuh merudum. Sebaliknya jumlah komen dalam FB saya naik.
Jika fenomena ini berlaku kepada blog yang hidup dengan iklan, apakah kesannya.
Terima kasih banyak-banyak.
rohaizad Reply:
January 29th, 2010 at 9:36 am
Insya Allah Puan, saya akan ulas dalam satu entri khas mengenai situasi ini.
SifuPTS Reply:
January 29th, 2010 at 3:15 pm
Terima kasih, Tuan Rohaizad. Budi tuan sangat saya hargai.
dah lama aku tak jadi pengulas terlampau kat blog ni….tapi aku masih tersenarai dalam gang pengulas terlampau…ngeee
rohaizad Reply:
January 29th, 2010 at 9:37 am
Tau.. tau… aku faham…
Rasanya blogger perlu juga ada ilmu pengetahuan & sedikit teknik penulisan. Barulah web/blog itu boleh menjana pendapatan sampingan.
Strategi & marketing pun penting jugak kans..
p/s: Antara Nuffnang & Advertlets, mana yg lagi bagus???
nuaeman Reply:
January 29th, 2010 at 12:41 pm
Rasanya sekarang ni Ijad mungkin akan jawab Innity.. heh!
Ayah Aiman Reply:
January 29th, 2010 at 4:24 pm
mmg pons pasal web/blog Ijad dah famous tahap gaban..
tp newbie mcm aku kenalah pakai NUFF @ Advert dulu..blm layak lg nak join Innity tuh..
rohaizad Reply:
January 29th, 2010 at 5:04 pm
Ishhh.. takdelah kot. Biasa-biasa saja.
Tak susah untuk buat duit drp blogging, tapi kena ada semangat untuk teruskan.
rohaizad Reply:
January 29th, 2010 at 2:20 pm
Yup, itu sudah tentu. Thanks
Sain-Web.Com Reply:
January 31st, 2010 at 11:47 pm
semangat tu yang penting…
hu3…memang agak susah rasanya masa mula2 blogging ni
rohaizad Reply:
January 29th, 2010 at 2:19 pm
Tidak susah… just tulis jer
setakat ni, semangat untuk berblogging masa ada dan InsyaAllah akan terus kekal. huhuh. actually, kita perlukan minat untuk mulakan sesuatu. kalau saya tiada minat untuk menulis dan membaca, saya tak mungkin ada dalam dunia blogging ni.
kita lakukan demi minat, baru tidak bosan, duit akan datang kemudian. tapi, tunggu aje pun tak dapat apa2. kena usaha. kena belajar, kena buat reseacrh dan yang penting jangan nak berlagak tak tentu hala bila dah naik ke atas sedikit. ahaks!
kesilapan bloggers ni kadang2 simple tapi terpelecok sikit, habislah. jadilah humble sentiasa. HUMBLE bukan HAWAU . hehehe
rohaizad Reply:
January 29th, 2010 at 2:17 pm
Baik cikgu
p/s: ada problem nampaknya: http://www.rohaizad.com/wp-content/uploads/2010/01/liza-razak-1024×338.jpg“
Aku masih lagi dalam tempoh bertenang (tak tau la untuk berapa lama). Tapi Ijad punya pasal akan ku redah jua…
rohaizad Reply:
January 29th, 2010 at 2:15 pm
Uiks?
Janganlah berblogging disebabkan aku.
Blogging kena datang dari hati sendiri.
mat teropong Reply:
January 29th, 2010 at 3:03 pm
betul tu..yang penting minat…
Sain-Web.Com Reply:
January 31st, 2010 at 11:49 pm
kalau buat perkara yang kita minat, baru seronok rasanya kan…
tak dinafikan kadang-kadang terfikir susah jugak nak wat $$ dengan blogging ni..tapi tak mustahilkan??yang penting sentiasa berusaha..
rohaizad Reply:
January 29th, 2010 at 2:52 pm
Betul-betul… tapi kalau tahu kehendak pembaca, mungkin mudah sket kot.:)
Bagi aku, kesusahan ni satu motivasi untuk kita berusaha. Dan dari usaha itu datangnya kejayaan.
Aku bangga dengan setiap USD yang aku peroleh saban hari. 1USD tu ibarat setitik peluh blogger (bagi aku la. haha)
=)
rohaizad Reply:
January 29th, 2010 at 2:53 pm
That’s right. Itu belum campur lagi dengan “pening” sakit kepala untuk monetize blog.. huhuhu
Sain-Web.Com Reply:
January 30th, 2010 at 5:34 am
kalau banyak blog?…pening dia macam na ye…hehehehehe
Jangan tak tahu, membaca blog orang lain boleh juga menjadi reminder kepada diri sendiri…Macam saya, hampir terlupa pertandingan review FuhyooFM ni…terima kasih ya…:)
rohaizad Reply:
January 29th, 2010 at 3:56 pm
Sama-sama… semoga menang pertandingan tersebut
great tips bro!lagu ko pun sempoi..
aku pun perasan juga lah tersenerai di ‘pengomen terlampaw! ..
rohaizad Reply:
January 30th, 2010 at 10:07 pm
Congrats!
aduh… lupa la pulak pasal pertadingan fuhyoofm tuh… memang niat nak join, tapi lupa.
adakah masih sempat???
cyza Reply:
January 30th, 2010 at 2:17 am
Apa lagi, ada masa lagi ni…mana tau ada rezeki…hehe
Artikel ko memang mebuka mata aku…dan membuatkan aku mengimbau kembali camna aku boleh buat duit via blog. Dan terbukti sama pengalaman ko dan aku…aku pun start dengan adsense…dan dari situ segala-galanya bermula…Alhamdulilah…tapak sudah ada…sekarang nak memperkembangkan empayer…insyaAllah…niatkan kerana Ibadah kerana Allah…Ameen…
rohaizad Reply:
January 30th, 2010 at 10:11 pm
“We’ve been there and done that” … congrats!
cyza Reply:
January 30th, 2010 at 10:14 pm
Thanks bro…and congrats to you too…
This is just the beginning for you and me…haha
hang kasi banyak sikit artikel-artikel pasal motivasi blogging ni. baru semangat sikit nak berblog.
Sain-Web.Com Reply:
January 30th, 2010 at 5:36 am
motivasi yang diterima haruslah disusuli dengan tindakan jugak…betul tak?
Trimakasih atas tips ni…..sungguh mmberi motivasi! Saya baru di alam blogging & sgt malas menaip…jadi pakai videoblog jelah hehehohohuhu
rohaizad Reply:
January 30th, 2010 at 10:12 pm
Takper.. pelan-pelan kayuh…
betul la bro….artikel kena menarik.tapi kadangkala otak ni beku jugak mengarang post.kiranya blogging ni kena banyak berimaginasi macam penulis lirik..
rohaizad Reply:
January 30th, 2010 at 10:13 pm
Kena selalu visualize posting yang akan di lakukan. Baru menjadi.
kabu Reply:
January 31st, 2010 at 9:03 pm
hah tu step pertama bila berkreatif
Dalam dunia, hidup mesti sabar kan? Hehehe
rohaizad Reply:
January 30th, 2010 at 10:14 pm
Betul… betul…. betul….
Kena jadi blogger kental – hatta hujan ribut ataupun internet macam siput sedut. Segala arial melintang dan halangan kena tempuh…
rohaizad Reply:
January 30th, 2010 at 10:15 pm
Mendalam tuh ayatnya..
artikel sebegiini ini memotivasikan aku untuk berblogging.
lagi pun seutuh mana semangat seseorang itu, lambat laun akan luntur sedikit demi sedikit kalau tidak disemai semula.
rohaizad Reply:
January 30th, 2010 at 10:17 pm
Sebab tu motivasi perlu ada kot… (motivasi tu makanan minda)
terima kasih, terima kasih…
penantian memang suatu penyiksaan…. kekadang memang buntu bila apa pun tak menjadi….tapi bila kita fokus dan istiqamah maka hasil nya mula menampakkan kemanisannya… mula2 manis-manis buah tetapi lelama semanis madu pula….
Sain, siap ko jap lagi takhta akan rampas…
rohaizad Reply:
January 30th, 2010 at 10:24 pm
Semanis madu takper bang, tapi jangan di”madukan” sudahler… ahaha
kabu Reply:
January 31st, 2010 at 8:29 pm
Dimadukan tu pahit lak pada org pompuan….
tapi tetap manis pada jantan….
[...] adalah entri susulan dari artikel ‘Kenapa nampak macam susah untuk buat duit dari blogging?‘ yang telah di terbitkan beberapa hari [...]
Diulas pada January 31st, 2010 at 6:00 pmMemang pertama2x macam nampak susah ni kerja cari duit dari blogging. Namun semua kerja tak adalah yang gampang. Semua mesti usaha.
rohaizad Reply:
February 1st, 2010 at 8:56 am
Benar, semua perlukan TINDAKAN.
Nengok duit Bro Ijad yg disusun kat atas tu barula rasa semangat kembali nak berblog, hehe
Thanks atas tips ni bro.
( masih menunggu seminar blogging kat area Kuantan : ) )
rohaizad Reply:
February 1st, 2010 at 8:55 am
Seminar Smart Blogging?
Hurmm… rasanya bro ada “miss” something kot:
http://www.rohaizad.com/2009/12/21/seminar-smart-blogging-yang-terakhir-soalan-yang-perlu-di-jawab/
bukan nampak susah. Memang susah pun.
Tapi kalau nak jadi senang, kita kenalah belajar cara nak bagi senang buat duit dengan blogging.
Masalahnya,
orang kita ni malas nak belajar
orang kita ni cepat putus asa
orang kita ni cepat berpuas hati
orang kita ni suka menyalahkan orang lain
orang kita ni suka buat tanggapan yg bukan-bukan..
sebab tu..apa diorang nak, tak dapat-dapat..
think positif dan banyak2kan membaca.. aku pun semua belajar sendiri.. boleh gak buat duit dari blog..
“dimana ada kemahuan disitu ada highway!”
Salam ijad.
Saya tertarik dengan ‘tempoh bertenang’. Sebagai blogger yang masih baru, ia sangat memberi pengajaran yang baik.
Terima kasih.