Alexa Rank, traffik, pengiklanan, pendapatan melalui blog, rahsia Facebook dan juga artikel yang ke 501.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Tips - Tarikh diterbitkan: January 31, 2010 onlineIni adalah entri susulan dari artikel ‘Kenapa nampak macam susah untuk buat duit dari blogging?‘ yang telah di terbitkan beberapa hari lalu.
Tapi sebelum aku menulis dengan lebih panjang lebar, ada satu perkara yang agak menarik mengenai entri ini. Selain dari membincangkan mengenai Facebook dan Alexa serta pendapatan pengiklanan melalui blog, entri kali ini akan mendapat sedikit sentuhan peribadi (screenshot earnings dari Innity!).
Lagi satu…..kebetulan pula entri ini adalah entri yang ke 501 untuk rohaizad dot com!!!

Terus terang aku katakan bahawa entri ini seolah-olah seperti “satu kelahiran semula”. Mood berblogging yang ada dalam diri semakin membuak-buak jadinya apabila perasan jumlah entri yang di paparkan Dashboard WordPress. Lebih dahsyat dari yang biasa…
Bukan itu sahaja, entri kali ini juga turut melibatkan salah seorang tokoh yang mempunyai nama besar dalam industri buku di Malaysia iaitu SIFU PTS, Puan Ainon.

Dalam entri sebelum ini, Puan Ainon ada bertanya melalui ruangan komen mengenai kesan jika blog tidak mempunyai komen yang banyak. Boleh baca komen beliau di bawah ini:

Beliau ada menyatakan bahawa terdapat “peralihan” komen yang jelas dari blog ke Facebook beliau. Kalau sebelum ini blog beliau menerima komen yang banyak, sekarang tidak lagi kerana kebanyakan “follower” beliau telah memberikan komen di Facebook.
Apakah yang berlaku sebenarnya?
Mengapa lebih ramai yang suka memberi komen di Facebook dan tidak di blog?
Fakta di bawah telah di tulis berdasarkan perbincangan secara ilmiah sahaja. Harap maklum
Baiklah.
Setelah diselidiki dan di perhati sedikit sebanyak, terdapat satu “PATTERN” yang menyebabkan perkara ini berlaku. Dipendekkan cerita, terdapat PERBEZAAN ketara antara “teknik” yang digunakan oleh rohaizad dot com dan juga Puan Ainon.Rohaizad Dot Com menggunakan teknik “grabber” untuk menarik perhatian pengunjung di Facebook ke blog ini manakala Puan Ainon lebih kepada “hubungan mesra alam” di Facebook beliau. Sebab itulah semua “follower” Puan Ainon lebih mesra dengan beliau di dalam Facebook (termasuklah aku…huhuhu)
Juga (mungkin) perlu dititiberatkan di sini bahawa sesiapa yang link entri di blog mereka ke Facebook masing-masing berkemungkinan boleh menghadapi masalah yang sama.
Ini adalah kerana apabila link untuk entri terkini di blog sudahpun berada di Facebook (boleh di setting), maka pembaca blog akan “mula lari” ke Facebook. Jika blogger tersebut berharap pengunjung boleh klik dan pergi ke link artikel tersebut di blog, mungkin ianya tidak berlaku seperti yang di harapkan.
Mengapa?
Kerana teknik tersebut tidak cukup untuk “menarik perhatian” pengunjung Facebook. Lebih-lebih lagi apabila kemudahan untuk memberikan komen telah disediakan di dalam Facebook. Jadi mengapa perlu pergi ke blog jika semuanya boleh di lakukan di Facebook? (lebih kurang macam tulah…)Di bawah ini adalah antara traffik yang terhasil setelah menggunakan teknik “grabber” di Facebook untuk blog Melayu ke-2 rohaizad dot com. Walaupun tidaklah extreme traffik yang diterima, tapi cukup berkesan:
Sebaiknya untuk menarik perhatian pengguna Facebook ke blog, lakukan sahaja teknik “grabber”. Teknik ini mudah untuk di implementasikan kerana ia memerlukan hanya sedikit “twist” pada “ayat yang diletakkan di status” Facebook.
Ayat tersebut pula akan membuat pengguna Facebook geram dan mahukan lagi info sekaligus mereka akan klik pada link yang telah di letakkan bagi membolehkan mereka sampai ke blog. “I want it more…” itulah keadaan yang mesti di wujudkan
![]()
* “Beri sedikit sahaja info di Facebook, kemudian letakkan link artikel blog sebenar kat status Facebook”. Teknik ini akan membuatkan hati pengguna Facebook yang lain berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai topik yang diwar-warkan di status Facebook itu tadi.
Sekali lagi, jangan meletakkan semua info di Facebook. Simpan sedikit untuk pengunjung membacanya di blog. Jika semuanya di beri, itu pasti membuatkan mereka lebih “selesa” di Facebook. Ditakuti pula blog yang dibangunkan tidak akan di kunjungi, apatah lagi untuk menerima komen.
Dan apabila ianya berlaku, di situlah datangnya masalah untuk blogger tersebut. Masalah ini sebenarnya tidak begitu ketara pada pandangan mata kasar tetapi dari segi earnings, ianya sudah cukup untuk membuatkan blogger itu menggaru kepala.
Iya benar.
Apabila traffik ke sesebuah blog itu menurun, maka Alexa Rank juga akan menjadi teruk. Disinilah KESAN yang di risaukan itu akan memainkan “peranannya”.
Secara signifikannya, ia boleh diterjemahkan seperti carta di bawah:

Carta di atas ini hanya untuk hubungan TRAFFIK antara Facebook dan blog sahaja. Manakala faktor SEO, blog advertising, Adwords dan keyword tidak termasuk)
Soalan: Jika fenomena ini berlaku kepada blog yang hidup dengan iklan, apakah kesannya?
Disebabkan perbincangan ini lebih menjurus kepada traffik, maka dapat dikatakan bahawa semakin teruk Alexa Rank untuk sesebuah blog, semakin rendahlah peluang dan potensi untuk menjana pendapatan.
Oh ya, selalunya program yang menerapkan format CPM adalah satu dari program yang menguntungkan untuk blog yang mempunyai traffik.
Di sini diberikan contoh earnings dari program Innity yang baru diletakkan di blog ini selama 10 hari (baru sahaja apply Innity 2 minggu lepas):

Semakin tinggi traffik dan pageviews, semakin tinggilah earnings yang boleh di jana. Rohaizad dot com sendiri menggunakan kaedah yang sama kerana ianya mudah untuk di gunapakai. Jika ada banyak komen yang diterima, SUDAH PASTI banyaklah traffik dan pageviews yang terhasil.
Sungguhpun JUMLAH KOMEN bukanlah penentu untuk earnings sesebuah blog, tetapi ia masih boleh dijadikan sebagai kayu pengukur mengenai traffik yang diperolehi (selain dari statistik rasmi). Maknanya sebarang usaha untuk menambahkan komen di dalam blog adalah satu USAHA yang bagus untuk melihat traffik blog meningkat di hadapan mata.
Rasanya itu sahaja untuk hari ini.
Terima kasih kepada Puan Ainon yang telah memberikan saya idea untuk menulis entri ini. Paling tidak pun, dapat juga saya berkongsi info cara saya monetize blog ini melalui Facebook dengan pembaca setia blog ini.
* Semoga bulan February ini dapat menjana lebih banyak earnings bersama Innity.com!
Jika ada yang inginkan rujukan tambahan, entri ini mungkin boleh membantu:
—> Nisbah traffik.
p/s: Entri di atas ini lebih khusus kepada blogger yang ingin memanfaatkan traffik blog masing-masing. Selain dari permasalahan traffik, masih ada banyak lagi cara untuk monetize blog (buat duit dari blog) kerana pengiklan di internet ini mempunyai pelbagai kriteria.









hohoh tajuk panjang giler…
boleh masuk dalam formula ke?
tajuk panjang >> komen banyak >> trafik banyak >> page views banyak >> impression banyak >> duit pon banyak? hohohoo
Extremist Thinker Reply:
January 31st, 2010 at 6:10 pm
cis. awal seminit dr akoo!
kabu Reply:
January 31st, 2010 at 9:53 pm
sesaat pun kira beza beasr ini kan seminit….
rohaizad Reply:
January 31st, 2010 at 6:12 pm
Topo – laju betul ko sampai. You are the 1st!
Loq – ahahahah…. itulah pasal, laju betul dia
topo Reply:
January 31st, 2010 at 6:18 pm
hahaha aku tgah dok lepak kat geng blogger tadi.. tetiba nampak post cam best je…
rohaizad Reply:
January 31st, 2010 at 6:19 pm
Laaaa…. patutlah… ahahah
kat fb leh wat cam setting kat wp ke. full text or summary? hoho. pastu boleh matikan fungsi comment utk belog kat fb x? thx.
congratz 501!
rohaizad Reply:
January 31st, 2010 at 6:13 pm
Dah macam Levi’s 501 pulak… ahahaha
kabu Reply:
February 1st, 2010 at 1:26 am
Okay gak tu daripada Live’s 501….
Memang bersahaje entri ni. Leh bawa bekalan hingga ke hujung usia untuk blogging. Walaupun aku belum lagi fokus pada blog melayu, tapi masa itu akan tetap tiba.Thanks bro!
rohaizad Reply:
January 31st, 2010 at 7:41 pm
Tak lama lagilah tuh…
cyza Reply:
January 31st, 2010 at 8:42 pm
Boy…. kalau ada masa, boleh fokus juga pada blog melayu…tgk ijad punya blog ni…masyuknya banyak…
kabu Reply:
January 31st, 2010 at 10:09 pm
masyuk mmg masyuk……
kejar jgn tak kejar….
Dh nmpk teori nya.
Org komen2 kat blog, earning blog meningkat.
Org komen2 kat facebook, earning tokey facebook yg meningkat. Betul x?
rohaizad Reply:
January 31st, 2010 at 7:41 pm
Ada betulnya
kabu Reply:
January 31st, 2010 at 10:06 pm
fb kemut sendiri….. tapi tak lamalg ada lar tu…
1 post entry yg lengkap. 5 perkara yg dibincangkan dlm 1 post entry.
rohaizad Reply:
January 31st, 2010 at 9:09 pm
Satu artikel ini untuk 5 hari yang akan datang… boleh gitu.. ahahah
kabu Reply:
January 31st, 2010 at 10:07 pm
apa apa an….
Aku belajar baru setiap hari di blog ni,thank’s bro!
FB aku pon dah ramai yg add.
rohaizad Reply:
February 1st, 2010 at 12:52 am
Tahniah ya
kabu Reply:
February 1st, 2010 at 1:29 am
memang tu lah kelebihan di blog nih….
salam,
wah satu artikel yang menarik, memang kadangkala guna teknik tu kat facebook…komen kat blog berkurangan. tapi kalau blog itu bukan target iklan rasanya tiada masalah.
rohaizad Reply:
January 31st, 2010 at 8:08 pm
Yup betul, cuma point sebenar di sini ialah:
“Jika fenomena ini berlaku kepada blog yang hidup dengan iklan, apakah kesannya?”
Terima kasih dapat belajar satu jargon hari nih…
rupe nya teknik grabber nih dah saya lakukan tanpa tahu terminology. memang berkesan cara yg ini…
dan dah boleh bezakan type of readers yang akan buka link utk topik yang berbeza…
rohaizad Reply:
January 31st, 2010 at 8:56 pm
Bagus tue
Aku ada juga cuba tarik trafik melalui facebook, nampaknya alhamdulillah, berkesan untuk beberapa blog.
Satu kupasan yang menarik!
rohaizad Reply:
January 31st, 2010 at 8:55 pm
Kupasan ini mengambil masa selama 4 jam sebelum di terbitkan… perghhh
Ijad, ini adalah satu post yang ko buat yang aku kena baca satu persatu dengan lambat sebab aku kira byk benda yang ke arah teknikal marketing ko kupas dalam ni…dan dikaitkan dengan income.
Terus terang…aku tak spend masa dalam FB sebanyak orang lain…dan aku tak byk pakai FB untuk marketing kan blog aku cyza.us. Sebab aku lebih gunakan FB untuk marketingkan chemical engineering niche aku… Ada gunalah juga FB ni…
By the way, aku masih bingung dengan istilah GRABBER. Mungkin ko boleh tolong explain lagi simple sikit hehe…
Tapi aku belum beroleh satu elemen yang penting seperti mana blog ko ni dapat…iaitu kekuatan TRAFIK. Blog2 aku takde pun yang dapat trafik power… tapi masih ada rezeki sebab faktor2 lain yang advertiser titik beratkan juga. Cuma, aku harap, aku akan ada satu blog aku yang betul2 dapat trafik byk…ntahlah…maybe jbcool.com kot… Aku masih kena byk post moterm….
Wallahua’lam….
Anyway…aku semakin suka baca kupasan artikel ko dalam blog ini…Well done… just prepare to compile it in a book and publish it.
rohaizad Reply:
January 31st, 2010 at 8:55 pm
Kalau di compilekan, ada orang nak beli ker? huhuhuhu
cyza Reply:
January 31st, 2010 at 9:02 pm
You’ll never know my brother. Until you do it, publish and market it.
Akan ada oraang baru yang nak belajar tentang blogging dan skills. Akan ada orang yang nak beli buku hard copy ko, sebab ianya bentuk fizikal dan baca dan simpan…malah mungkin boleh minta ko tanda tangan…
Apa yang perlu di buat sgt mudah.. compile, edit, tambah sikit2 dan kasi PTS…hehe…
InsyaAllah…produk ko aku memang beli…sebab aku sendiri belum habis the entire posts ko…cuma lately je baru aku betul2 baca…dan aku akan terus follow artikel berkualiti ko…
rohaizad Reply:
January 31st, 2010 at 9:08 pm
That’s really inspiring!
I will
cyza Reply:
January 31st, 2010 at 9:10 pm
Ye ijad… Let’s inspire each other to success… Kejayaan adalah untuk dikongsi, bukan dimiliki sendiri…
Aku nantikan buku ko yang pertama… dan aku akan minta ko tanda tangan
kabu Reply:
January 31st, 2010 at 9:51 pm
yea baik berkongsi, ramai dapat manfaat….
cyza Reply:
January 31st, 2010 at 9:52 pm
InsyaAllah
FakhrulRadzi Reply:
February 1st, 2010 at 10:11 am
izad,u also inspiring me ..blog n golfing
teknik “kedekut” di FB tu ada betulnya. ada juga buat. tapi, sebab tak glemer mane..tak banyak jugak trafik from facebook. amik mase lagi. kehkekeh,
bro, i want more from this blog. tak pernah rasa rugi baca entry2 kamu. tak pernah rugi subscribe blog ni.
rohaizad Reply:
February 1st, 2010 at 12:44 am
Thanks Lizz… your comment…. really inspiring
Sain-Web.Com Reply:
February 1st, 2010 at 6:47 am
naseb bek aku tak main facebook…kalao tak buang masa kat sana je…lebih bek aku buang masa kat blog2 aku yang boleh bt duit..hehehe…memang tak rugi baca entry kat blog ijad ni..
Tajuk yang sangat menarik. Sepertinya tips ini boleh dicoba.
rohaizad Reply:
February 1st, 2010 at 12:41 am
Sudah tentu sekali
lengkap. mudah. dan ringkas.
jangan bagi semua di facebook dan simpan sedikit untuk blog agar trafik tak lari
rohaizad Reply:
February 1st, 2010 at 12:39 am
Mudahkan?
TMUkmkd Reply:
February 1st, 2010 at 12:07 pm
yup
aku dah mula praktis :p
Saya juga buat cara grabber. FB saya hidup sama dengan dot com saya. Mula2 buat pautan secara manual. Bila godek2 entah tekan mana, sekarang bila post baru terus dia auto link di FB.Memang sangat berkesan dan referrer banyak dari FB. Rupanya satu teknik juga.
rohaizad Reply:
February 1st, 2010 at 12:37 am
Banyak lagi teknik di FB yang ada. Kena cuba satu-persatu
Hadjie Reply:
February 1st, 2010 at 3:36 pm
Kalau macam tu, baik juga kalau saudara dapat bincangkan pula satu entry mengenai teknik2 FB tu pula kan?
mantap bro earning innity. tahniah!!
rohaizad Reply:
February 1st, 2010 at 12:35 am
Mantap tu tidaklah sangat kot sebab tak cecah RM30 lagi sehari. Maybe lepas ni akan meningkat
mau try jugak innitiy ni kat blog melayu…tapi sabar2 dulu…entry baru 4….ko ijad dah 501 dah..huhuh
rohaizad Reply:
February 1st, 2010 at 12:31 am
Pelan-pelan… lama-lama mesti banyak
Memang pun tak leh tulis banyak sangat kat FB. Kita jadikan dia sebagai vehicle atau penunjuk arah bagi reader ke rumah kita ( Blog kita lah). Kalau kat signboard dah ada semua maklumat, reader pun tak nak pergi kat blog kita kan. Anyway dah cuba cara grbber tu. Cuma nak kena ayat maut kat FB baru reader klik.. Otherwise.emmmmmm.. Macam blog saya rupa nyer ramai jugak silent reader…
rohaizad Reply:
February 1st, 2010 at 8:15 am
Kena “cungkil” silent readers tu. Ajak dia participate dalam semua artikel, it’s fun!
Yang pasal facebook tu memang saya percaya sangat, bila artikel di blog di copy dan paste ke semua di facebook, maka pelawat tak perlulah ke blog
(maka wujudlah faceblog..aduh..sape yang kaya? owner FB ler..kita duk garu kepala..hehehe)
Satu lagi saya rasa teknik yang berkesan adalah meletakkan url blog selepas menulis sesuatu di wall FB.
Sain-Web.Com Reply:
February 1st, 2010 at 6:43 am
dah ada ka oarng amik domain faceblog.com? heheheh
menarik perhatian artikel ini …
Tuan Rohaizad yang baik hati,
Terima kasih yang tidak terhingga atas penerangan yang panjang lebar dan amat jelas yang tuan telah berikan itu.
Sudah tentu tuan mengambil waktu yang panjang bagi menerangkan perkara yang saya tanyakan itu. Saya yakin peminat-peminat tuan juga mendapat banyak manfaat daripada apa yang tuan tulis.
Tuan sungguh pemurah dengan ilmu. Subhanallah….
Semoga Allah memberi ganjaran yang berlipat-lipat ganda dalam bentuk rezeki bersih yang banyak dan sentiasa datang tidak putus-putus. Amin.
.
wanmus Reply:
February 1st, 2010 at 7:56 am
memang pun Puan, ijad ni tak lokek ilmu. semua kawan dia anggap macam adik dia..tu dia takkan biarkan kawan2nya terbiar tanpa arah tujuan..ilmu tu tak pernh dia nk kedekut..tulah punca rezekinya berlipat kali ganda..Alhamdulillah
rohaizad Reply:
February 1st, 2010 at 8:25 am
Puan,
Terima kasih kerana telah memberikan saya peluang untuk berkongsi dengan lebih lagi bersama pembaca blog ini. Kadang-kadang 1 soalan boleh memberikan pelbagai jawapan.
Dan ternyata soalan Puan memang sesuai dengan kehendak pembaca blog ini yang mempunyai akaun Facebook dan blog sendiri.
Razil Zaini al-Hafiz Reply:
February 1st, 2010 at 11:16 am
SifuPTS ,
Alhamdulillah jawapan kpd persoalan telah diberikan oleh bro Ijad kita. Sangat membuka minda diskusi yg diperbincangkan. Banyak info. Tahap penyampaian maklumat berkelas tinggi , sangat relevan. Cayalah bro Ijad.
Harapan saya adalah lagi yer soalan2 bermutu dr SifuPTS buat Sifu Ijad kita. Dengan itu bertambahlah lagi keceriaan di blog yg dah sentiasa dan akan sentiasa gemilang ini.
Salam sukses.
::Rakan Sejati Online Anda::
ini kelapan hamba singgah di sini.. hamba sudah ketagih sama ini blog…terima kasih pasal teknik twist tu.. semoga panjang umur encik rohaizad.. dapat duit dapat pahala. teruskan berblog…
jika innity, memang alexa rank jadi taruhan. trafik yang tinggi, memang sesuai untuk innity.
Memang terbaiklah Bro. Tips yang insyaAllah akan diusahakan..thanks Bro.
tahnks for sharing bro…:-)
500…. and counting……
pergh mmg power.. banyak giler ko nyer post ni jad.. mmg kaki blog ni.. confirm..