Kelebihan niche blog network =======> full time blogger – don’t ever give up !
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Motivasi - Tarikh diterbitkan: February 2, 2010 onlineAku pernah menulis perihal niche blog network sebelum ini di sini. Dan hari ini aku ingin meneroka lagi semangat juang yang perlu ada pada seorang blogger yang ingin menjana kehidupan dari aktiviti bloggingnya.
Jika kamu ingin menjadi seorang full time blogger, kamu mestilah mempunyai sifat seperti seorang TUAN TANAH yang tahu menilai hartanah kamu untuk jangka masa yang panjang.
Niche blog network merupakan hartanah online yang harus di develop… sama seperti projek perumahan yang dibina oleh pemaju perumahan. Pada waktu mereka ingin meneroka sesebuah tanah, ianya sungguh kelihatan “messy” dan kotor.
Itu belum di campur dengan tekanan dan perancangan teliti yang harus di ikuti demi dateline yang harus di kejar. Semuanya memerlukan masa dan pengorbanan.
* Jadi apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang blogger yang ingin menjana pendapatan dari aktiviti bloggingnya?
Mudah sahaja.
Apa yang perlu ada ialah SEMANGAT, TINDAKAN, PENGORBANAN dan juga fikiran seperti seorang TUAN TANAH. Jika hendak mendapat pendapatan yang pasif dari blog-blog yang kamu ada, kamu haruslah “membangunkannya”.
Walaubagaimanapun, harus diingat bahawa istilah membangunkan blog ini terlalu luas. Maksudnya, janganlah selepas ini kamu email aku dan bertanya soalan seperti ini:
1. Berapa lama masa yang perlu di ambil untuk menjadi seorang full time blogger?
2. Kalau hari ini saya invest RM2000, berapa lama saya boleh mendapat modal dan untungnya sekali?
Cara kamu membangunkan blog adalah berbeza dengan cara yang blogger lain lakukan. Ianya tidak sama. Malah berapa jam peruntukkan untuk online setiap hari juga berbeza. Jadi janganlah putus asa kerana niche blog network adalah hartanah online kamu.
Okay, mari kita lihat antara kisah realiti seorang blogger yang dulunya (sengal, blur dan seumpamanya) tidak tahu potensi blogging dalam menjana pendapatan:
ADSENSE
1 Julai 2005 – 31 Julai 2005.

Pada waktu itu (tahun 2005), aku hanya ada satu blog English sahaja. Itupun menggunakan blogspot (free platform). Aku struggle dan survive seorang diri. Lagipun masa tu (2005), memang aku tidak mempunyai seorang kawan pun di Malaysia ini yang boleh di bawa duduk dan berbincang. Semuanya One Man Operation (OMO).
Bermacam-macam cara yang aku lakukan untuk monetize blog. Akhirnya mahu tidak mahu, aku harus mencari kawan nun di US sana. Pergi blog mereka, buat kawan dan sentiasa memberi komen.
Kalau setakat blog Johnchow, QuickOnlineTips (dulu di kenali dengan pchere.blogspot.com), Darren Rowse dan Labnol tu memang sudah menjadi tempat standard untuk aku belajar (waktu itu Labnol masih menggunakan blogspot untuk platform bloggingnya).
Untuk besarkan suara, sila klik pada ikon . Kemudian, tinggikan volume level dan klik pada button “X” untuk kembali ke artikel ini semula
Lama kelamaan, aku semakin suka dengan ilmu yang aku dapat.
Kawan-kawan, emak, ayah dan keluarga aku yang lain sendiripun tidak tahu apa yang aku lakukan. Yang aku tahu, aku cukup bersabar untuk belajar semua ini.
Ahhhh… SEMANGAT JUANG harus ada beb!
Aku YAKIN pada apa yang aku buat dan itulah yang membuatkan aku seronok untuk mengkaji dan seterusnya bereksperimentasi. Kadang-kadang aku suka dengan perjuangan yang di pegang oleh para PETANI.

Hampir 2 tahun barulah berbaloi dengan titik peluh yang dicurahkan. Yang manisnya apabila banyak ilmu yang di perolehi, semuanya akan kelihatan dengan lebih jelas.
Jadi di manakah kelebihan niche blog network?
- Kelebihan niche blog network terletak pada niche itu sendiri. Jika niche blog kamu banyak, maka mudahlah kamu untuk “memperdagangkan” semua POTENSI yang ada di blog tersebut.
Kalau blog itu ada PR, maka PR`lah yang harus di monetize.
Kalau blog itu mempynyai traffik, maka traffiklah yang harus dan monetize manakala kalau blog kamu mempunyak HPK High Paying Keyword” yang bagus, maka lebih besarlah keuntungan yang kamu akan dapat.
Seperti apa yang aku dapat hari ini, ada satu klik dari blog automotive aku yang memberikan CTR yang boleh tahan juga (blog ini sudah tidak di update sejak dari bulan September tahun lepas!). Itulah antara “kelebihan niche blog network…. hehehehe
Sekarang aku gembira kerana kesabaran yang di pupuk selama ini telah membuahkan hasil:

Yang penting di sini ialah faktor ADA dan TIADA. Ada blog, adalah hasilnya. Lebih banyak blog, lebih banyaklah peluang untuk menjana pendapatan.
Buat masa sekarang ini, melihat statistik adsense setiap hari dan setiap bulan sudah cukup untuk memotivasikan diri sendiri.
Walaupun tidak banyak seperti orang lain, aku tetap berbangga dengan niche blog yang aku ada. (* Ini adalah kerana SEMUA (100%) traffik yang di terima oleh blog aku datangnya dari SEO (search Engine Optimization))

Bukan aku mengkritik orang yang menggunakan cara moden yang lebih ekspress untuk menjana adsense, tetapi aku belum sempat belajar cara yang mereka gunakan termasuklah YSM (aku ni lembap`kan?)
Yang pasti kalau kita hendak bercakap tentang adsense di blog masing-masing, kita kenalah ada blog (berlainan dengan AFD) sebab kalau tiada blog, sampai bila pun kita kita akan tetap melihat screenshot orang. Bila pula hendak melihat screenshot sendiri`kan?

Apa pun dalam hidup ini, jangan cepat putus asa… don’t ever give up. Nak hidup kenalah struggle tetapi janganlah berburu-buru hendak menjadi full time blogger sampai mengambil keputusan hendak berhenti kerja terus.
Buatlah secara part-time dahulu dan jangan sesekali melihat blogging sebagai aktiviti menjual nasi lemak ya (macam yang jual sewaktu berniaga dulu). Blogging memakan masa dan pengertian yang luas.
Baiklah itu sahaja untuk hari ini.
Untuk next entri, aku akan membongkar satu lagi RAHSIA BLOGGING yang ramai TAHU, tapi mereka TIDAK MENYEDARINYA…!!!
Nantikan ya!!!
p/s: Kalau takut terlepas next entri, jangan lupa subscribe… masukkan sahaja email di kotak yang telah di sediakan di bahagian kanan sidebar blog ini, kemudian klik.







ah ni dah macam ilmu dalam smart blogging seminar nih….. bagus gak sementara nak tgu review session….
rohaizad Reply:
February 2nd, 2010 at 5:29 pm
Orang KL senyap je. Maybe takkan ada RS kat KL lah rasanya.
kabu Reply:
February 2nd, 2010 at 6:20 pm
woit…. jgn begitu….kalau x ada org organise nanti saya take up, hujung bulan ni mungkin lapang sket….
rohaizad Reply:
February 2nd, 2010 at 6:26 pm
Itulah masalahnya… masa saya free, tak mendapat sambutan. Saya semakin sibuk, itu yang risau sangat dan tidak boleh dielakkan.
cyza Reply:
February 3rd, 2010 at 11:45 am
Biar orang KL himpun dulu orang…kalau berbaloi baru buat RS kat bawah KLCC… CAre nyeee…
rohaizad Reply:
February 4th, 2010 at 12:59 am
We’ll wait and see
omecool20 Reply:
February 7th, 2010 at 12:10 pm
orang KL nak turun next review kat JB ..
ayam penyet punya pasal
saya memang seorang yang bersemangat!
hehe.. tak sabar nak beralih kepada blog niche yg lain
rohaizad Reply:
February 2nd, 2010 at 5:28 pm
Aku tau ko memang survive Richie. Itu bagus!
info ini membuatkan hatiku berdebar-debar dan rasa teruja,apatah lagi melihat begitu banyak wang..tapi yang paling penting untuk melihat hasil ini adalah kesabaran dan sentiasa tingkatkan usaha dan ilmu..thanks encik rohaizad, semoga diberkati.
rohaizad Reply:
February 2nd, 2010 at 5:27 pm
Berblogginglah dengan cara dan syle yang tersendiri. Itu lebih baik
cyza Reply:
February 3rd, 2010 at 11:52 am
Aku ada share tentang berblogging dengan cara tersendiri dalam membina adsense… Sesapa, kalau sudi, jenguklah ke: http://demamblog.com/2010/01/25/pengalaman-adsense-cara-tak-sengaja/
rohaizad Reply:
February 4th, 2010 at 12:58 am
Cun!
Saya br smalam tau ape itu niche blog. hehe..
Btw info2 kt sini mmg bagus. Sy plan nak bangunkan 1 blog dulu, biar betul2 mantap. Bila dah ada asas yg kukuh, maybe nak tambah lagi 1 blog. Tapi saya tak terfikir utk jadi full time blogger pun. Sekadar isi masa lapang je.
rohaizad Reply:
February 2nd, 2010 at 5:22 pm
Boleh… buat satu per satu dulu, lagi mudah sebenarnya.
bro-boleh terangkan knapa awak sarankan blogger perlu banyak blog?
Thanks bro
rohaizad Reply:
February 2nd, 2010 at 5:20 pm
Kalau 1 blog boleh beri USD10, kalau ada 10 blog?
Sain-Web.Com Reply:
February 2nd, 2010 at 5:22 pm
Mantap jawapan ko ijad!!!!!!!!!!
rohaizad Reply:
February 2nd, 2010 at 5:29 pm
Biasa-biasa saja.
Fazreen Reply:
February 2nd, 2010 at 6:42 pm
tu kalu sebulan..kalu 10USD sehari 10 blog sebulan dah 3kUSD..kan ijad? Ni yang aku tengah usahakan ni..dh suku jalan berjaya..masih banyak lagi ilmu yang perlu di cari..
yang penting sekali pengurusan masa mcm mana nk handle blog network..bukan senang tu nak handle blog network sorang..
rohaizad Reply:
February 2nd, 2010 at 6:43 pm
Outsource!
cyza Reply:
February 3rd, 2010 at 11:54 am
how about set up company sendiri utk uruskan bisnes blogging? just an idea…
kabu Reply:
February 2nd, 2010 at 6:36 pm
macam bak kata pelabur terkenal Warren Buffet “I would rather get USD1 from 100 men than USD100 from 1 man”.
dr.aku.la Reply:
February 5th, 2010 at 1:02 pm
aku suke quote ni.
Asalamualaikum, Tuan Rohaizad yang baik hati. Saya mendoakan rezeki tuan, moga-moga Allah sentiasa mencurahkan sebaik-baik rezeki kepada tuan setiap hari, kerana tuan sentiasa membantu orang lain mencari rezeki.
Tuan Rohaizad, saya ingin tahu, adakah wang yang tuan peroleh hasil daripada aktiviti blogging tuan itu dapat dikesan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN), oleh itu mesti dibayar cukai pendapatannya.
Jika dapat dikesan, tentulah blogger seperti tuan perlu mengisi borang taksiran cukai.
Saya bertanya ini sebab cukai pendapatan saya sudah tinggi! Kalau saya buat duit dengan blogging, semakin tinggilah cukai yang mesti saya bayar…. (Ini masalah orang kaya.)
rohaizad Reply:
February 2nd, 2010 at 5:26 pm
Saya punya income kecil sahaja Puan. LHDN tengok pun, dia tak berkenan kot. Tapi kalau saya di tempat Puan, saya rasa saya akan di kenakan cukai juga
Sain-Web.Com Reply:
February 2nd, 2010 at 5:27 pm
Ijad,apa pulak jawapanmu ijad pasal LHDN ni…apa yang pasti, kita tak leh lari dari cukai…
rohaizad Reply:
February 2nd, 2010 at 5:32 pm
Sain, macam yang aku kata, aku punya income kecil saja. Lainlah kalau aku ni macam 12 orang IM hebat di Malaysia ni:
http://www.malaysiainternetsummit.com
p/s: diaorang semua main ratus ribu… itu LHDN suka kot.
rohaizad Reply:
February 2nd, 2010 at 5:34 pm
Seorang RM397, kalau 500 orang peserta… banyakkan?
SifuPTS Reply:
February 2nd, 2010 at 6:28 pm
Tuan Rohaizad yang baik hati,
Walaupun pendapatan kita kecil dan belum layak membayar cukai, tetapi dari sudut undang-undang kita wajib declare pendapatan kita dengan mengisi borang.
LHDN boleh tahu aliran wang keluar masuk dari luar negara sebab Bank Negara ada maklumat itu.
Bank Negara juga boleh tahu berapa banyak cek-cek yang kita tunaikan di bank-bank kita.
Simpan semua resit-resit pembelian segala benda yang kita gunakan untuk menjalankan bisnes kita. Resit-resit itu kita perlukan bagi mengurangkan cukai.
Kata-kata tuan ada betulnya. Semasa pendapatan kita kecil LHDN tidak ambil pusing sangat, tetapi nanti apabila pendapatan kita sudah puluhan ribu sebulan, mereka akan cari kita.
rohaizad Reply:
February 2nd, 2010 at 6:29 pm
Yup, dan saya masih lagi tergolong dari golongan yang tidak layak untuk menarik perhatian LHDN. Tanggungan sedia ada saya ini cukup untuk melupuskan minat mereka.
kabu Reply:
February 2nd, 2010 at 7:30 pm
Tak per….Tax escape is legal but tax evasion is criminal..
pada ijad dan rakan blogger kalau perlukan khidmat nasihat boleh hubungi saya…. InsyaAllah…
rohaizad Reply:
February 3rd, 2010 at 1:27 am
Buatlah satu entri berkenaan hal ni dalam blog bro.. mesti orang suka
kabu Reply:
February 3rd, 2010 at 4:10 am
Okay cadangan disahut;
jemput semua kesini
http://www.kamarudinazhar.com/umum/lepas-cukai-lari-cukai/
komen ler apa patut
kabu Reply:
February 3rd, 2010 at 4:11 am
Okay cadangan disahut;
jemput semua kesini
http://www.kamarudinazhar.com/umum/lepas-cukai-lari-cukai/
komen ler apa patut
cyza Reply:
February 3rd, 2010 at 11:57 am
Antara cara lain nak mengurangkan bayar cukai, kalau kena bayar adalah buat anak banyak2…. Setiap anak ada pelepasan masing2…Lagi bagus tiap kali bersalin, beranak lah anak kembar… huu
kena tau strategi nya tu
siswaniaga Reply:
February 5th, 2010 at 11:00 am
cadangan yang bernas dan bagus. dapat lari daripada bayar cukai satu hal. Nabi SAW pun suka kalau kita mepunyai anak yang ramai. Rezeki pun bertambah jugak. hehehe.
wahh banyak tur bulan rasernyer income ijat lebih 10k nih
rohaizad Reply:
February 2nd, 2010 at 5:37 pm
Mana ader… kalau RM10K, kayo pakcik.
Sekali lagi Tuan Rohaizad merungkaikan kelebihan Niche Blog dimana perkara seperti ini telah banyak kali dibicangkan. Perbezannya ialah “kita tidak melihat betul-betul”.
Banyak yang saya pelajari setelah memiliki Niche Blog iaitu salah satunya apabila kita mempunayi blog, ia bermakna kita mempunyai aset dot com sendiri.
rohaizad Reply:
February 2nd, 2010 at 5:45 pm
Domain itu sendiri kalau di simpan lama dan sedap untuk di jual, still can make money maaa… belum campur dengan blog itu sendiri.
memang berbaloi….. blog & blogging tak akan tepu malah masih belum mencukupi, telalu banyak ruang belum di isi dan kurang memuaskan lagi
rohaizad Reply:
February 2nd, 2010 at 6:02 pm
Potensinya terlalu luas untuk di eksplore
Ya betulll…inilah penangan jika ada niche blog sendiri. Aku pun dah merasainyer.. Adsense aku semakin bertambah dari hari ker hari…Mungkin hujung Februari 2010 aku akan menerima Khabar gembira dari adsense. Dah lepas pun 100…ini semua kerana adanya niche blog…huhuhuhuhuhu
rohaizad Reply:
February 2nd, 2010 at 6:01 pm
Tuh dia…. tanpa menggunakan apa-apa software ataupun teknik, akhirnya dapat juga withdraw adsense. Pasti semuanya melalui SEO, betulkan Shaffik?
kalau boleh cepat, kenapa nak lambat? Kenapa Tuan Rohaizad tidak menggunakan kaedah2 ekspress? Ada kesan sampingan ke?
rohaizad Reply:
February 2nd, 2010 at 7:05 pm
Sebab rohaizad dot com tu dia “lembap” sket.
cyza Reply:
February 3rd, 2010 at 11:59 am
Kaedah ekspress sgt berisiko untuk adsense di tarik balik.
Salam…
Kena tanam semangat yg tinggi ni even hanya part-time blogger.
rohaizad Reply:
February 3rd, 2010 at 1:27 am
Baguslah kalau dah ada semangat macam tu
insyaallah booguestwarroir akan tetap berjuang!
walau apa yg merintang,
ini bkn kerana wang,
hanya menyahut cabaran yg datang.
bkn kerana wang??? tapi pergi cashout duit adsense…hahaha….orang dah bagi…amek aje lah.
rohaizad Reply:
February 3rd, 2010 at 1:25 am
Rezeki jangan di tolak
tahniah bro..! 1 dollar=rm3.50
banyak 2
rohaizad Reply:
February 3rd, 2010 at 1:23 am
Bolehlah tu… sket pun takper. Kan?
salam bro, sory la kalo silap channel tapi tetap kena komen tiap2 hari. wa! banyaknya duit, thanks ya info kat atas tu.
tanya ckit bleh x?
camne nak letak gambar kat header blog, cam blog bro ni?
cikgudee Reply:
February 2nd, 2010 at 9:53 pm
Saya pun nak tahu juga. Macam mane ye?
orgbaru Reply:
February 2nd, 2010 at 10:27 pm
tu la psl, pening2 xtau nak edit theme camne las2 lain jd nye, mybe skang da jd ’spam blog’ kot, xcaye cube bro tgk http://netkarim.net
beli d0t com tp clap amik pakej hosting xbleh addon domain, hmmmm… nak sgt blog nmpak cam blog bro ni tp apakan daya, masih mencari lg ni, bkn la duit yg bro tunjuk tu, tp blog bro ni ada tarikan. hehehe..
rohaizad Reply:
February 3rd, 2010 at 1:22 am
Kalau nak bercerita bab teknikal ni, memang kena berguru. Kalau mahu senang, carilah forum yang ada thread mengenai WORDPRESS. Mudah sahaja
Bro Ijad….masalah skrg ni adalah macaman nak promote blog yg dah ada ni….amacam kalau buat refresher lagi!!!!
rohaizad Reply:
February 3rd, 2010 at 1:21 am
Promote blog?
English atau Melayu?
Kesungguhan bro telah inspire saya untuk berblogging walaupun diatas free platform.mungkin hasilnya akan nampak 4-5 tahun lagi.thank bro.
rohaizad Reply:
February 3rd, 2010 at 1:20 am
Teruskan perjuangan dan beri peluang pada diri untuk buktikan
Saya dah print. Nanti free-time baru nak baca. Thank you.
rohaizad Reply:
February 3rd, 2010 at 1:18 am
orait. no problem.
mantap gile bro
tak terbuat lagi blog niche nie.
tgh tunggu masa nie
rohaizad Reply:
February 3rd, 2010 at 1:16 am
BeautifulNara tu pun salah satu niche blog juga. Niche Entertainment, keep it up.
Mantap!! Tu sebab la aku tak miss post dari ko bro..you walk the talk..bak kata kawan kita sorang tu…bukan senang nak senang…
rohaizad Reply:
February 3rd, 2010 at 1:13 am
Dan memang susah nak susah.. so jangan nyusahkan diri sendiri. Berilah peluang pada diri untuk buktikan
Erm, dua tahun ek? Meaning, aku masih ada masa untuk perbetulkan kesilapan. (Actually, baru je nak give up baru ni. hehehe. Blog tu baru je nak diiklankan kat ebay, nak jual)
rohaizad Reply:
February 3rd, 2010 at 1:12 am
Don’t ever give up Fatin!
“aku belum sempat belajar cara yang mereka gunakan termasuklah YSM (aku ni lembap`kan?)”
ntah,pada aku kau tak lembap.kau genuine…
(tulen bang…tulen…)wakaka…
nasihat aku,ikut cara ekspress bahaya…sebab,kau tengok berapa banyak bas ekspress accident…hehehe…
rohaizad Reply:
February 3rd, 2010 at 1:10 am
Cara ekspress ni agak tinggi risiko dia. Hidup memang ada risiko tapi jangan ambil risiko juga adalah satu risiko
Betullah kata Encik Rohaizad, mengambil 2 tahun untuk mendapat hasil yang bagus sebagai blogger.
Saya pun rasa begitu, dulu nak blogging rasa sakit jer, tapi bila dah 2 tahun blogging rasa macam satu aura kena sampuk atau sheikh dah naik semacam syok dengan blog
rohaizad Reply:
February 3rd, 2010 at 1:08 am
Tak kenal maka tak cinta
Jangan hanya tengok $$ yang saudara rohaizad ni dapat. Tengok jugak usaha dan tindakan yang dia lakukan. Your hardwork will be rewarded. Teringat satu iklan, “Dah jauh pakcik jalan, jalan biarlah ke ‘depan’.”..Terima kasih untuk artikel yang menjana semangat untuk semua..:)
rohaizad Reply:
February 3rd, 2010 at 1:05 am
That’s really inspiring.. thanks
Thanks jad! Ko memang sifu kami. Semua tips kau sentiasa di semat dalam sanubari. Tanpa kau, aku x jadi cam skang. Thanks bro! Bukan senang nak dapat tips macam ni. Memang ternaik dari ladang buah-buahan!
rohaizad Reply:
February 3rd, 2010 at 7:40 pm
Ko ingat aku ni buah-buahan ke? ahahahah…
Powerrrr sehhh income… masyukkk…best, memang best (lagu pun best, teringat Ogy Ahmad Daud nyanyi tepi sawah)
cyza Reply:
February 3rd, 2010 at 12:01 pm
sehebat income ebay ko ke?
samdaddycool Reply:
February 3rd, 2010 at 12:10 pm
mana ada hebat bro.. sikit2 je..
ijad membuka mata blogger kepada direct advertising. yang mana sebelum ini aku hanya tahu adsense, nuffnag, advertlets, innity sahaja.
rohaizad Reply:
February 3rd, 2010 at 7:41 pm
Lepas ni aku cerita pasal re-direct advertiser plak ya
hahah
aku start buat blog. 98. stop. 99 on balik under blogspot. now tukar ke wordpress (tak sampai seminggu)
adakah aku perlu kekalkan yang blogspot dan tarik trafik tu ke wordpress (vice-versa) ? atau stick pada satu blog sahaja?
rohaizad Reply:
February 3rd, 2010 at 7:42 pm
Mana-mana pun boleh. Yang penting blog marketing tetap kena di lakukan ya
Satu lagi post yg sungguh berilmu dr ijad..
Semangat kena kuat, hati kena keras
rohaizad Reply:
February 3rd, 2010 at 7:36 pm
Kasi hantam itu semangat itu pada sebiji batu, tengok mana satu yang pecah. Kalau semangat itu kuat, maka batu itulah yang pecah!
Ijad…
Secara overview besar, memang betul lah semua kata-kata ko dalam post ini…
Kalau seseorang dapat memulakan blogging dengan menghimpunkan kombinasi HPK, traffik organik dan PR….memang de BOMMMMMM….
InsyaAllah…semua orang boleh buat…cuma aku sungguh benci teknik black dan grey hat utk kecapi duit Adsense secara cepat dan byk… Bagi aku itu macam menipu…camna nak dapat rezeki yang berkat… betul ke aku cakap?
rohaizad Reply:
February 3rd, 2010 at 7:35 pm
Rasanya betul tu
Tahniah2, Omedeto, anda sudah menjadi idola. Menjadi manusia inspirasi perlu ada aspirasi. Bila la waktunya dapat mengikuti seminar saudara nanti.
rohaizad Reply:
February 3rd, 2010 at 7:31 pm
Aku ni sebenarnya masih lagi belajar. Tapi aku juga suka memberikan semangat kepada pembaca blog ini yang meminati blogging.
rohaizad Reply:
February 4th, 2010 at 12:30 am
Insya Allah, ada kelapangan kita akan berseminar bersama-sama…
Aku memang cukup respek ngan Bro Ijad ni, tak lokek ilmu langsung. Moge makin murah rezeki.
p/s – Mungkin boleh Bro bagi tips pasal SEO pula..hikss
rohaizad Reply:
February 4th, 2010 at 12:54 am
Insya Allah…
thanks utk entri ni bro…
btl2 tambah semangat….
saye pun start hampir same ngan bro….tapi bro dah way ahead …..
saye pun sedar ACTION paling penting…
never give up,
patience,
consistent,
experiment…
pastu kejayaan akn dtg…
PS: saye penah jual nasi lemak dulu…bygkan nak mohon lesen sampai 2 tahun, baru dapt…naik turun2 pejabat daerah…tapi berbaloi2.. dapat juga..patience:-)
rohaizad Reply:
February 5th, 2010 at 2:18 pm
Yang susah itulah selalunya akan tersemat dalam hati kita. Sama macam kes nak dapatkan lesen menjaja nasi lemak tu. Kan?
thanks bro untuk entri ni.
entri ni membuatkan aku bersemangat kembali untuk mengemas kini blog untuk adsense.
Kita patut pinjam semangat petani dan pekebun dalam menghasilkan pendapatan. Mereka terus membaja, menyiram dan menjaga tanaman mereka walaupun hasil belum pasti dituai.. sekadar berkongi jer.
rohaizad Reply:
February 5th, 2010 at 2:17 pm
Best quote ni, aku suka
Thanks
siswaniaga Reply:
February 5th, 2010 at 4:27 pm
welcome..
[...] (Komen positif ini di petik dari entri ini) [...]
Diulas pada February 5th, 2010 at 12:14 pm[...] akan lebih bersemangat kerana blog travel aku itu tidaklah secanggih mana pun. Untuk mereka semua, never give up! 3. Memang rezeki itu Tuhan tetapkan, tapi kita juga perlu berusaha. 4. Dalam hal ini, usaha yang [...]
Diulas pada February 6th, 2010 at 7:21 amBelum terfikir lagi nak berkecimpung dalam adsense dan sebagainya. Namun sedang sibuk mengumpul ilmu mengenainya