rohaizad dot com

Golf – dunia sudah berubah.

14

Sama ada percaya atau tidak, ramai yang tidak perasan akan satu hakikat bahawa golf bukanlah sejenis sukan “orang kaya”. Bermakna kalau dahulu golf sering di kaitkan dengan aktiviti sukan yang hanya di pelopori oleh mereka, tetapi sekarang persepsi itu sedang mengalami revolusi.

Dunia sudah berubah.
Aku sendiri merasakan yang semua orang patut menceburi sukan ini kerana ianya seronok untuk dicuba. Walaupun aku baru 2 bulan belajar bermain golf, tetapi asas golf yang sudah di pelajari sahaja sudah memikat hati.

Mengapa golf di katakan sebagai satu sukan untuk orang kaya?
Persepsi ini sebenarnya telah wujud selama beberapa dekad kerana tidak ramai yang membuat perbandingan atau comparison antara golf dan aktiviti riadah atau sukan yang lain.

Sekarang cuba lihat fakta di bawah:

GOLF

1. Sebagai newbie, kita tidak perlu untuk membeli set golf yang baru (beli set terpakai sahaja dahulu).

2. Kos untuk set terpakai boleh diperolehi serendah RM300 – RM500 (aku sendiri membeli set terpakai complete Mizuno pro-blade version pada sekitar harga tersebut). Kasut pun aku beli masa time offer, tak sampai RM100 pun.

3. Untuk training di driving range, kita hanya perlu membayar RM10.00 – RM12.00 untuk 100 biji bola. Maknanya kalau di tangan itu ada budget RM100 untuk sebulan training, kita boleh memukul sebanyak 1000 bola. Amacam, larat?

4. Tenaga pengajar boleh “dijimatkan”. Selain Youtube atau ebook/buku, aku banyak belajar dari mereka yang ada di driving range. Kalau ada member yang pernah main golf, sudah tentu mereka boleh membantu. Aku ada 2 orang kawan yang rajin berkongsi tips mengenai golf iaitu Amir dan Fakhrul Radzi.

5. Jika sudah expert, barulah pergi ke arah yang lebih serious iaitu dapatkan handicap dari golfer yang professional. Jangan takut… tidak ada istilah “tangan ajaib” dalam dunia golf kerana semuanya bergantung pada latihan.

Kos permulaan, RM600 (lebih kurang).

12

PERKARA LAIN

1. Sebuah XBOX 360 atau Nintendo Wii yang di beli berharga sekitar RM1500.00. Untuk mereka yang suka duduk rumah dan main game, ini tiada masalah bagi mereka.

2. Bagi mereka yang kaki pancing, reel dan jorang serta fishing equipment yang dibeli sahaja berharga lebih dari RM3000.00 (lebih-lebih lagi untuk mereka yang main laut dalam).

3. Untuk mereka yang suka main kereta control (set bagus bermula dari RM400 dan ke atas), snooker dan suka berkaraoke di ******, cuba kira semula kos yang telah di keluarkan. Hahahahah… (macam kena batang hidung sendiri je nih)

4. Untuk urban people, ramai yang tidak perasan dengan duit yang mereka keluarkan semata-mata untuk menukar latest gadget. Bulan lepas beli Nokia N95 8GB dengan harga RM1500.00, bulan ini jual semula handphone tersebut sebab hendak pakai Blackberry pula.

Ehh…..tak cukup dengan itu, selepas 3 bulan di belinya pula smartphone LG dan Samsung yang sedang meledak di pasaran. Dalam masa 6 bulan, lebih dari RM5000.00 telah di belanjakan.

5. Untuk mereka yang membeli DSLR NIKON atau CANON dengan tujuan hanya untuk suka-suka menembak (bukan beli untuk buat business dari photography)… RM8000.00 pada mereka pun okay lagi. Mereka ini sebenarnya lebih kaya dari orang yang main golf.

6. HOBI menaiktaraf aksesori kereta yang tidak perasan “keluar duitnya”. Bulan ini tambah speaker, RM500. Kemudian beli lagi ampilifier, RM400. Bulan hadapan di belinya pula aksesori tambahan seperti LCD TV dan GPS. Total punya total… dah mencapai RM10,000.00.

15

Okay sekarang cuba lihat semula RM600 mengenai golf di atas itu tadi. Memanglah agak rendah bunyinya tapi kalau training di driving range itu semakin bagus, kita dah boleh pergi ke peringkat seterusnya. Siapa tahu peluang yang ada di hadapan mata, betul tak?

* Kalau RM10,000.00 itu di belanjakan untuk handicap, itu kira dah dahsyat habis. Boleh beli set golf dalam range RM3000-RM4000. Selepas tu, boleh belajar dan ambil training dari progolfer. Kemudian, develope potential golfing dan pergilah lebih jauh… :)

Golf bukanlah mengenai kereta apa yang kita pakai, baju apa yang kita beli, besar mana syarikat kita dan berapa mahal membership club yang kita bayar. Jika kita bagus dengan handicap kita, kita boleh pergi jauh. Yang penting, posture badan dan pukulan mesti tepat.

Oh ya…. selain dari apa yang aku ceritakan di atas tu, ada beberapa sebab lagi yang aku suka dengan aktiviti golfing ini. Antaranya ialah:

9

1. Golf mengajar aku untuk FOKUS. Musuh terhebat dalam golfing bukanlah dari pemain lain, tapi diri sendiri. Kalau tidak percaya, cubalah.

2. Golf memberikan ketenangan sambil cuba untuk menjadi yang terbaik. Kalau dahulu aku pukul setakat 50 meter…. tetapi latihan setiap hari melalui teknik yang telah dipelajari, sekarang sudah boleh mencapai ke 120 meter. Cuma perlu diingat golf bukan setakat siapa yang handal pukul jauh, tapi KETEPATAN.

3. Networking.
Kalau sebelum ini networking lebih kepada seminar internet, tetapi golf memberi peluang untuk mengenali insan hebat dalam dunia perniagaan masing-masing. Keadaan driving range yang luas pemandangannya memang sesuai untuk di jadikan sebagai “port”.

10

Jadi jika kamu ingin menyelitkan satu lagi aktiviti “ko kurikulum” dalam hidup kamu, cubalah untuk pertimbangkan dunia golfing. Mana tahu esok-esok, tahun hadapan ker… kita boleh bermain golf bersama-sama.

Yang pasti, persepsi yang dahulunya aku ada (golf untuk orang kaya) telah menjadi sebuah MITOS.

Iya….dunia sudah berubah!

p/s: Golfing, golfing juga… blogging, blogging juga… internet, internet juga. Sebab itu jangan lupa untuk update`kan diri mengenai Google Buzz yang berhasrat untuk MELAWAN Facebook.

rohaizad

Rohaizad merupakan seorang blogger yang berasal dari selatan tanahair. Memulakan karier sebagai seorang blogger sejak dari tahun 2004, kini beliau semakin suka menceburi dunia online. Selain dari aktiviti blogging, beliau juga seorang photographer dan speaker untuk seminar yang berbentuk keusahawanan.

Terkini beliau sedang bekerjasama dengan pihak RTC Negeri Johor dalam menjadikan platform online sebagai kaedah tambahan untuk semua usahawan dalam menjual produk dan perkhidmatan yang ada.

  • reply emyshahril ,

    Tahniah bro….dh terjebak ke dunia golf,….boleh menambah rakan perniagaan dengan bermain golf ni…hehehe :)

    • reply rohaizad ,

      Emy,
      Sebenarnya ko pun boleh join… RM12 ringgit jer untuk sekali training.

      • reply ibnujusup ,

        golf… mungkin kene KIV dulu kot… byk perkare lain kene FOCUS… :-)

    • reply Shaffik ,

      Jat nanti ada masa aku ikut..teruja pulak tengok ko main golf nie…

      • reply cyza ,

        ok…jgn lupa ajak aku sekali…
        aku pun nak kena cari set golf..haha

      • reply miziology ,

        aku pun nak main golf la mcmni haha
        main futsal pun mahal lg dr ni hehe

      • reply ZaidiRazali ,

        hehe..tu dia…layan golf pulak…setuju gak, pasal contoh kat sek aku praktikal ari tu ada ramai gak cikgu2 situ main golf…yang laki la..hihihi

        • reply rohaizad ,

          Memang praktikal… beli set golf sekali, main golf banyak kali.

        • reply pedagangIT ,

          layan golf plak… mmmmmm …lepas nie semua main golf ke.. tic off cepat..

          • reply rohaizad ,

            Kalau yang berminat, bolehlah.. tapi kalau dah tak minat, memang dia takkan main punya :)

          • reply zuzila ,

            teruja juga nak main golf…setakat ni naik kete golf ada le

          • reply dr.aku.la ,

            sega game golf adalah pendidikan awal golf aku.
            walaupun secara maya, ia sedikit sebanyak mengajar aku tentang ilmu peng”golf”an.
            tinggal nak praktik je lagi. :D
            addictive tak main golf ni?

            • reply rohaizad ,

              Addictive tu tak kot… tapi untuk memperbaiki pukulan, ia akan menaikkan semangat untuk buat lebih baik lagi.

            • reply Azhar ,

              Ha ha Bro, Welcome to the golf club. Bagi para isteri ada dua hobi yang dia orang amat risau bila husband dia orang suka iaitu glofing dan memancing.

              Kalau nak cerita bab golf ni memang tak abis especially bagi mereka yang baru berkecimpung dlm dunia golfing ni. Selagi tak dapt perfection memang gian nak pukul kat driving range sebab tak sabar nak masuk course/padang. Handicap tu satu objektif yang memang di tunggu oleh para golfer. Say bermula ngan 18 dan pencen pun ngan 18. Tapi advantage nya bila ada torunament ada gak dapat hadiah. ok lah tu. Percaya tak kita boleh berjalan sejauh 6 kilometre dari pagi hingga ke tengahari atau dari tengahhari ke senja tanpa rasa letih. Cuba lah jalan dari rumah sejauh 6 kilo. Saya ingat 2 kilometre pun dah mengah. Kenap yer. Sebab saikology minda . Minda tu yang control tenaga kita.

              Jangan lupa selain pukulan yang tepat.. putting pon penting. Kalau dapat 3 pukulan dah nak put, harapan untuk par memang cerah. Tapi kalau putting jadi 2 atau 3 cubaan, usahkan par… over pulak. heheheheh

              Ok lah kita sambung di tips bhg 2 yer….

              • reply rohaizad ,

                Rasanya ada yang kurang jelas cerita panjang lebar macam ni .. huhuhu

                • reply Azhar ,

                  emmmm… kat mana Bro yang kurang jelas tu.heheheh

              • reply cyza ,

                Tapi aku tak tahan dulu…sebab lepas pukul bola kat driving range…badan aku sakit2…silap teknik hayun kayu golf…

                Anyway…pasni, kita pegi satu-satu golf range kat JB…huhu

                • reply rohaizad ,

                  That’s the problem bila tak tahu teknik. Aku pun dulu maca tu gak. Skang dah okay sket. Sket jer…

                • reply nuaeman ,

                  Nanti kalau semua dah pandai main golf aku ingat nak jemput korang ikut aku balik kampung.. kita pakat ramai-ramai menyabit kat kebun abah aku.. amacam.. setuju?

                  • reply kabu ,

                    Setuju, tapi kena sediakan 18 lobang gak ler…. :D

                    • reply Ezad ,

                      Idea yang bagus! tapi aku takut kalau diorang dah syok menyabit kebun semua rata..hehe, yang part lubang tu mmg ada iaitu lubang ular.

                      • reply cookdong ,

                        setuju..lama xmenyabit..haha

                  • reply kabu ,

                    Hah dha kena dah…… :D

                    Golf ni memang mengasyikkan……terutama bila dah turun padang…. Jad, kalau driving range pun dah best masuk golf course lagi ler best giler….. bole main pagi, petang, malam. Malam ni sedap sket, tak panas. Petang okay gak. Pagi start sejuk dan pemandagan lebih segar dan indah.
                    Saya suka main pagi sebab yg dinyatakan diatas dan juga melagkaui satu waktu sembahyang aje. Kalau petang/malam tu banayk waktu sembahyang dilangkau…
                    SAndri mau pilih le….. :D

                    • reply rohaizad ,

                      Waktu sembahyang sebenarnya tidak jadi masalah. Kerja, kerja… sembahyang … sembahyang.

                      • reply kabu ,

                        Btul tu… ikut pilihan masing2

                    • reply Shukor ,

                      Wah, rupa-rupanya nak training golf murah jer.
                      TQ bro sbb bg info ni.

                      P/S: Pasni, boleh jadi Tiger Zad :D

                      • reply rohaizad ,

                        Yup.. murah jer… sebab tu entri ini di terbitkan .. untuk pengetahuan umum.

                      • reply SifuPTS ,

                        Analisis (@rasional) yang tuan kemukakan itu sungguh menarik.

                        Golf cara modern yang menggunakan teknologi komputer sebagai alat bermain adalah amat menarik sebagai alternatif kepada golf tradisional yang menggunakan tanah yang amat luas.

                        Saya tidak main golf — (dan saya pujuk lelaki yang tidur dengan saya supaya berhenti main golf dan menjualkan keanggotaan kelab beliau) — sebab saya terbaca fatwa Imam Khomeni yang mengatakan golf haram atas dasar permainan itu menyalahgunakan tanah yang amat penting peranannya sebagai sumber ekonomi.

                        • reply jutawansenyap ,

                          alamak aik haram ker?
                          penah jugak dengar org alim cakap..membazir..
                          tapi papehaal kene niat tue kene tengok laa

                          • reply rohaizad ,

                            Kalau begitu, bolehkah saya tanya Puan apakah status stadium bolasepak dan sukan yang memerlukan kawasan yang luas?

                            • reply rohaizad ,

                              Puan,
                              Any idea tak dengan fatwa seperti Bukit Layang-Layang di Pasir Gudang yang besar nak rak tapi pakai hanya SETAHUN sekali?

                              Mungkin boleh di kongsi dengan rakan pembaca yang lain. Terima kasih Puan.

                            • reply Nozi ,

                              Salam,

                              Wah,peminat golf rupanya…hehe…kat kerteh ada pdg golf dekat jugak….leh la main sini..:)

                              • reply rohaizad ,

                                Nak main kena pergi sana?
                                Perghhhh…tak sanggup rasanya :)

                                • reply Nozi ,

                                  Apa salahnyer berubah angin…hehe…set golf ada gak dlm stor nih….hehe…

                              • reply knightblogger ,

                                ini yangrasa nak main golf gak nih..

                                • reply rohaizad ,

                                  Titan,
                                  Alaa… main je.. dah murah skang ni.

                                • reply Security Directory @ Asia ,

                                  wah dah main mainan org kaya tu huhuhu

                                  • reply rohaizad ,

                                    Bukan mainan orang kaya lagi… public sport sebenarnya.

                                  • reply enche tomyams ,

                                    kena layan golf ni…cepat sikit naik pangkats hehehe

                                  • reply jutawansenyap ,

                                    fuuhh macam best dengor nih
                                    nak kaya memang kene ,main game org2 kaya.. he he
                                    main kat ner nih… Johor jaya dekat dgn daiman tuh dah test?.. kalo murah nak jugak cube2

                                    • reply rohaizad ,

                                      Ini bukan mainan orang kaya lagi.. sesiapa pun boleh main. Malah, orang yang main games di rumah lagi kaya.

                                    • reply taukey ,

                                      dulu memang mahal main golf bos. Sekarang ni murah sikit. hahahaha. yang masih mahal sekarang kalau jadi kelab golf tu kot. kalau driving range tu ok la. Masih mampu

                                      • reply rohaizad ,

                                        Tak yah join club dulu… main kasi betul, nanti pasti ada orang akan sponsor… huhuhu

                                      • reply Zulazis ,

                                        Jangan jadi macam Si Harimau Kayu, jadi jer Caddy sambil berblogging….

                                        • reply rohaizad ,

                                          Kenapa takleh jadi Tiger Wood. Boleh sebenarnya… ambil yang baik dari dia.. perangainya yang buruk tu, tinggalkan lah.

                                        • reply Nabieel SR ,

                                          Macam En. Rohaizad sesuailah badan sesedap rasa :p

                                          Macam saya ni kurus, tak ke melayang pukulan golf tu..teringat plak cerita Jutawan Fakir, Saiful Apek buat pukulan guna kaki..wakakaka

                                          • reply rohaizad ,

                                            Di sini, ada seorang chinese yang umurnya dekat 65 tahun. Jalan sudah bongkok dan kurus lagi, tapi pukulan dia punyalah dahsyat.

                                            Adajuga seorang amatur berumur 10 tahun tapi pukulan dia punyalah jauh!

                                            So it’s not about size, it’s about “technic”.

                                          • reply adamfaiz ,

                                            Bro pun dah join geng menebas nampaknya..hahaa Jangan lupa pakai sun block nanti kulit jadi macam udang bakar..

                                            P/S pernah gak ikut arwah bapak aku time die “gian” golfing dulu..tapi dah tua ni, belajar x pandai-pandai..apa-apapun gud luck bro..lain orang lain skill dia kan?

                                            • reply rohaizad ,

                                              Sebenarnya main golf ni bukanlah seserious mana pun. Cuma sekadar mengisi waktu lapang. Tapi memang seronok sebab bagi mereka yang tinggal di JB ni, duduk menghadap padang hijau agak terbatas.

                                              p/s: kalau rumah tepi sawah, memang tak payah main golf pun takper… view dan cantik dah… :)

                                            • reply bonneyan13 ,

                                              klu ada kasut atau beg golf yg perlukan rawatan pakar,sila hubungi aku…..wahkahkahkah

                                            • reply booguestwarrior ,

                                              ni mesti sedang merancang satu niche blog psl golf atau mmg dah ada pun?

                                              • reply rohaizad ,

                                                Belum buat lagi sebenarnya. Siapa nak buat baik buat dulu … huhuhu

                                              • reply boy_bersahaje ,

                                                Main golf. Hurmmm cam tak best je… Baik main boling padang ke, guli ke. Kan lagi mencabar :P

                                                • reply rohaizad ,

                                                  Cakap banyak tak guna, jomlah lawan guli ngan aku!

                                                  p/s: Boy, ko balik hari apa?

                                                  • reply boy_bersahaje ,

                                                    kihkhihkhih. Aku xkan leh kalah kan ko jad. Ko kan sifu aku. Accept, snooker :P. Sabtu mlm aku sampai. Seminggu aku berehat minda. Leh borak panjang paku memaku kan?

                                                    • reply rohaizad ,

                                                      Sorry brader, bukan accept… tapi “except”. Ahahaha….

                                                      • reply boy_bersahaje ,

                                                        Hahahaha, ko siot la jad. Saje nk malukan aku. Edit sudah. Beselah, orang menuntut tak habis ni :P

                                                        • reply rohaizad ,

                                                          Ahahahah…. ada aku kisah?
                                                          Wahahah

                                                • reply hjh sapiah ,

                                                  golf

                                                  kata ustaz saya

                                                  GOLOANGAN
                                                  ORANG
                                                  LUPA
                                                  FAMLY

                                                  • reply rohaizad ,

                                                    Puan Hajjah,

                                                    Kasihan pula saya melihat ustaz tu. Mungkin Ustaz tu perlu training dan selepas itu, kita lihat adakah dia lupa pada familinya.

                                                    Opss, rasanya yang tidak main golf pun lebih ramai yang lupa pada famili. Termasuklah wanita.

                                                    p/s: Tengok TV di rumah pun boleh buat orang lupa famili….

                                                    • reply mnn ,

                                                      APAKAH MANFAAT GOLF TU….BUANG MASA(SEPAGI,SEPETG @SMLMM BARU HABIS)….SO MASA BANYAK TERLUANG DISITU…DAH LUPA ANAK ISTERI..TERBIAR ISI MASA SENDIRI-SENDIRI, BUANG TENAGA, BUANG DUIT, JADI GILA NAK MAINNN..JE, ORG DUK AZAN AJAK KE MASJID….TAPI ORG GILA GOLF DUK SANTAI-SANTAI PEGANG MENATANG BATANG TAK GUNA TU. NAK KATA GOLF NI IBADAH…KAT BUTIR MANANYE?..JAGA KESIHATAN? PERGI BERKEBUN SIHAT JUGA…DAPAT HASIL BOLEH MAKAN ANAK BERANAK.GOLF NI AKAN SEMAKIN MELALAIKAN DAN MENENGGELAMMKAN KE PERKARA HARAM SEPERTI JUDI, SIA-SIAKAN MASA,BAZIRKAN DUIT, TINGGAL SOLAT…MENZALIMI ISTERI DAN ANAK2 ADALAH.

                                                      TAK PAKAI BANYAK DUIT….MULA2 MEMANG KAT DRIVING RANGE JE PAH TU NAK LAGI BEST MASUK PADANGLAH. 3-4 KALI MASUK PADANG DAH HABISKAN DUIT DAPUR UTK SEMINGGU.

                                                      JIKA BENAR…BENAR BOLEH KAWAL DIRI PUN….MASIH LAGI TAK BERBALOI…SBB BNYAK BURUK DARI BAIKNYE GOLF NI.

                                                    • reply boy_bersahaje ,

                                                      Kalau bawa family sesame x kan kire lupe gak? X leh pkai la short form tu. Golf resort ade swimming pool, spa, fines center. Dan kebanyakan Golfer bawa anak bini sekali. Golf adalah satu riadah. Masyarakat banyak menyalah tafsirkan golongan yang bermain golf. Golf mengambil masa lama sehingga kita leke. Jangan kate golf, memasak pun kalau dah sampai leke dan jadi tak betul.

                                                      • reply mnn ,

                                                        Bawa anak isteri….pueh! apa maknanye jika disana nanti masing-masing bawa diri sendiri…mananye ruang untuk ‘bonding time’ sesama family. Yang paling seronok dan puashati mestilah sipemain golf. Anak-anak n isteri duk simpan perasaan dan geram je, tambah-tambah isterilah sorang yang memantau anak-anak sedang mandi kolam tu…

                                                    • reply ezord ,

                                                      wahh..menarik.rm12 kat mane ni bro ijad.ade je set golf tersadai kat umah pkcik saya.gurl ramai join x..sy mmg suke sport2 nih..selalu g jnjln je kt tmpt golf ni..t mungkin perlu try ni..last sports main bowling.tp krana kgawatan ekonomi diri..xmmpu dah nak main :-(

                                                      • reply rohaizad ,

                                                        Rasanya most of the public driving range di Malaysia pun lebih kurang sama harganya.

                                                      • reply alan tan ,

                                                        Boleh-lah networking dgn YB, Datuk & Datin ye :D

                                                        • reply rohaizad ,

                                                          Not really. Coz YB, Datuk and Datin sekarang pun dah jarang “turun padang”.

                                                        • reply mr.eims @ perfume ,

                                                          Set golf ada kat umh. tersadai takde org tau maen.. =|

                                                          nk tau.. golf nie makan masa banyak ke kalo nk maen ek?

                                                          • reply rohaizad ,

                                                            Dia macam blogging jugak. Kalau belum mahir, lama nak fikirkan untuk menulis. Tapi kalau dah ada sense of blogging… asal pegang keyboard jer, terus nak menulis.

                                                          • reply FakhrulRadzi ,

                                                            Persoalan mengenai banyak masa bermain :
                                                            1) Driving Range 100 balls – 45 minutes
                                                            2) Course 9 Holes – 2 jam ( beginner )
                                                            3) Course 18 Holes – 5 jam ( beginner )
                                                            insyaalah..try dulu ..

                                                            • reply mr.eims @ perfume ,

                                                              fuuuh~
                                                              patut ler… mungkin sebab nie tak ramai org maen golf.. :p tgk r masa yg diambil banyak jugak ek..
                                                              patut r boss boss/businessman & en rohaizad jer yang maen. Ada banyak masa utk maen. huhu..

                                                          • reply FakhrulRadzi ,

                                                            FOKUS !! betul pendapat Rohaizad..Kalau nak tau kita ni jenis fokus atau tidak..lelebih lagi untuk mencapat sasaran..GOLF adalah salah satu aktiviti yang bagus dan bermanfaat.Semoga dengan entri ini ramai yang dapat membuka mata mengenai sukan ini.

                                                            • reply donny ,

                                                              wah..dr blogging skrg golfing rupanya bro :)!..

                                                              tahniah2..

                                                              skrg baru aku tahu kenapa makin ramai org gilakan sukan ni..kalau blogging make us cool,apa kurangnya main golf..

                                                              semoga bertambah ke-fokusan bro ya..

                                                              • reply rohaizad ,

                                                                Kalau mahal memang takkan join. Tapi bila dah murah kosnya, bolehlah mencuba :)

                                                            • reply azwan ,

                                                              Masa aku duduk kat rumah kerajaan dulu dimana kawasan laman sebesar padang bola, memang itulah kerja aku semasa menganggur. dgn 9-iron dan beberapa bijik bola.

                                                              Sekarang ni, golf yg aku minat hanya Golf GTI.

                                                              • reply rohaizad ,

                                                                Ahahahah… best best!

                                                                p/s: kalau dapat sebiji, memang gempak.

                                                                • reply azwan ,

                                                                  masih dlm kategori ‘minat’.
                                                                  belum jadi ‘milik’ lagi.

                                                              • reply Sain-Web.Com ,

                                                                tak pernah lagi main golf ni…bleh cuba la ni

                                                                • reply Aku dan dunia bowlingku……….. | Emyshahril Dot Com ,

                                                                  […] Rohaizad sibuk dengan aktiviti baru dengan bermain golf, aku plak sekarang ni tengah kemaruk dengan bermain bowling…..Sukan bowling , tak pernah aku […]

                                                                  • reply mijie ,

                                                                    ijad ko dah main golf, aku kat ofis ni dah berapa kali dah member ajak main, siap nak bagi set golf untuk aku pinjam

                                                                    tapi ada beberapa kriteria yang perlu aku pertimbangkan iaitu :

                                                                    1.kedudukan kewangan, aku tak termasuk golongan yang ko sebut kat atas tu yang habiskan 10,000 untuk beli gadget dan mcm2 lagi

                                                                    2. aku kidal, dan nak cari set kidal pun jarang2 leh dapat yg murah, sbb set tangan kanan lebih dominan

                                                                    apa2 pun main golf ni sebenarnya adalah sejenis sukan juga, bergantung kepada mcm mana kita handle, kalau untuk kebaikkan maka baik lah ia

                                                                    p/s : ada sesetengah orang main golf sbb nak bodek bos untuk naik pangkat, hohohohho…

                                                                    • reply abdhakim ,

                                                                      klimaks masa pukul bola adalah masa kita pukul tue ‘kena’ dekat point yg betul di permukaan driver dan permukaan bola

                                                                      terasa keseluruhan energy drp badan kita dpt transfer kpd bola

                                                                      Bila dah kena tue rasa high nak pukul lg dan lagi dan lagi

                                                                      • reply rohaizad ,

                                                                        Ada masa dia gian, ada masa kita tension. Apa pun, “technic” is what is all about :)

                                                                      • reply maizul.com ,

                                                                        Tak pernah main golf lagi. Baca artikel ni rasa macam nak cuba la pulak main golf.

                                                                        • reply rohaizad ,

                                                                          No problem Maizul. Kalau free,boleh saja pergi ke driving range tu. :)

                                                                        • reply boss ,

                                                                          eh tak sangka pulak murah.. ciss. aku pung naik main gak ler..

                                                                          • reply rohaizad ,

                                                                            Boleh…. kalau ko free, kita boleh pergi. :)

                                                                          • reply sara ,

                                                                            saya pun dah belajar main golf sebab semua anak anak saya4 orang) main golf secara profesiona umur diaorang 8-14 tahun.dia orang selalu menang pertandingan. yang 2 tahun dan 6 tahun baru belajar gak..keje saya setiap petang anta mereka ke kelab dan bila diaorang ada pertandingan saya pun ikut masuk padang.tu yang saya pun join sekali.sekarang sedang belajar dengan pro.

                                                                            • reply Syahruddin ,

                                                                              Saya setuju dengan apa yg diperkatakan…saya pun pernah berfikiran bahawa sukan golf merupakan sukan yg mahal…namun setelah berkecimpung di dalam dunia golf…segalanya berubah (ayat skema siot hehe). Actually golf is good for connection and friendship…especially for business people…Majority yg main golf is businessman. Bagus berkawan ngan dorang is kita boleh belajar from them something new about business since kebanyakannya mestila org lama same sort of ‘Taiko’ la hehe…ish kalau saya tulih nie banyak kebaikannya…so nanti saya tulih lagi…anyway good article bos…sapa2 nak beli set murah boleh contact saya hehe…thats what i do for a living makan golf, tido golf, main golf, business pun golf haha…nyios adios…Budakboy

                                                                              • reply sawie ,

                                                                                bro betul tu….. seronok main golf nie baru kita kenal siapa diri kita sebenarnya….. kalu tahu masa study kat kolej dah main…… sekarang nie genap la setahun bergelar golfer….. plan lepas raya nie nak join navy close tournament…

                                                                                • reply Elly ,

                                                                                  Saye ni minat nak main golf..tapi memang 0 lah langsung tak tau apr2…ade kaki tak yg bole Bantu saye belajar main golf kat jb? Member2 lelaki semue kaki fishing..saye ade ajak member ofis saye yang satu kaum Perempuan dgn saye..tp tak minat pulak..sedihhh

                                                                                  • reply Roslan Hamid ,

                                                                                    Saya pun minat & macam Elly juga, mungkin kita JV skali..

                                                                                    Leave a comment

                                                                                    • Follow saya!


                                                                                    • Facebook

                                                                                    • Instagram saya


                                                                                    • Hubungi