Ingin beriklan? Sila klik di sini


Kenapa ya Kak Jie? Kenapa ya rohaizad?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: February 10, 2010 online

Baru pulang dari menziarah blog Kak Jie.
Tersipu-sipu ada, tergelak ada… tersengih pun ada. Itulah yang terjadi lepas aku baca entri terbaru Kak Jie.

Okay, ini soalan dari Kak Jie untuk pembacanya:
Kenapa lelaki lebih ramai di blog saya?

Sebenarnya apabila mengenangkan soalan yang Kak Jie utarakan dalam blognya, aku terus teringat soalan-soalan yang pernah ditanyakan pada aku sebelum ini.

Ini soalannya:
Kenapa saya lihat peserta seminar ramai lelaki?
Mana pergi peserta perempuan?

seminar smart blogging

Yang mantapnya pada Kak Jie ialah statistik yang di milikinya. Yang malang pada aku pula ialah aku tiada POLL atau sebarang statistik untuk di rujuk.

Tapi mengikut jumlah Pengulas Terlampau! di sebelah kanan sidebar blog ini, kesemua mereka terdiri dari lelaki.

Entahlah…kadang-kadang aku sendiri tidak tahu nak jawab. Atau dengan kata lain, memang aku tiada jawapan untuk soalan itu.

Kenapa ya?

1. Adakah aku terlalu “bahaya” untuk mereka?
2. Adakah aku makan orang?
3. Adakah cara aku tidak di senangi oleh kaum perempuan?
4. Adakah seminar ini tidak menepati citarasa mereka?
5. Dan lain… lain.

Any idea?
Ada sesiapa yang boleh memberikan jawapan yang bernas mengapa majoriti peserta Seminar Smart Blogging terdiri dari ramai lelaki?


catatan

bawah



Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 78 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Mr Fathi said:

    owhh seminar blogging…kene bayar ker????

    rohaizad Reply:

    Dapatkan maklumat lanjut di laman web http://www.seminarblogging.com

    p/s: seminar telahpun di hentikan buat sementara waktu. sila rujuk di:
    http://www.rohaizad.com/category/seminar-smart-blogging/

  2. Kujie said:

    itulah…. kak jie nak mengomen pun segan….semua lelaki , nak2 avatar cun macam wakil rakyat tu

    tapi skrg dah tak de avatar.

    kenapa lelaki?

    blog kak jie agak keSEOan , hanya lelaki saja yg dpt menilai benda2 teknikal macam tu, perempuan lebih suka berblog for fun

    rohaizad Reply:

    Kak Jie,

    Ada orang kata lelaki ni memang suka lepak di blog perempuan. Tapi blog saya ni blog lelaki… huhuhu

    Kujie Reply:

    Kat sini blogger lelaki yang serius untuk menjana pendapatan melalui blog. Mereka lebih fokus dengan usaha tersebut dan agak kurang masa untuk ‘berumahtangga’ di blog perempuan yang kebanyakkannya menulis tentang diri sendiri.

    Lelaki suka isu yang general – baru macho!

    Blog Kak Jie – kenapa lelaki selesa di situ?

    eleee…sebenarnya lelaki pun suka bergossip dengan cik kiah..saja je tak nak tunjuk.

    hiks!

    rohaizad Reply:

    Ahli jawatankuasa tingkap lah kiranya tuh ye? ekekeke :)

    ibnujusup Reply:

    haha… dh mcm citer p ramlee…:-) mungkin bro ijad kene buat blog khas untuk wanita kot… :-) baru leh tgkp niche ni….

    fiezaradzi Reply:

    saya setuju dgn kak jie pasal ni.. mostly pompuan lau bab luah perasaan, pasal hiburan, mmg dapt feedback bayk.. tapi lau tutorial ke.. info yg agak berat, mostly xramai nak komen..
    lau tgk blog pompuan.. mostly citer psal empunya diri.. de la yg beri info cam kak jie.. tpi xramai…

    faisalhanim Reply:

    Rasanya ppuan suka blog jual produk..buat bisnes…tak caya tgk kat sini http://wanitamelayu.com/forum/ . Berlambak blog yg jual mcm2. Walaupun diorg guna sistem yg tak canggih mana pun (takde shopping cart, pakai blogspot jer) tp blog diorg ttp dpt sale yg byk..

    UstazCahaya Reply:

    Salam.

    Saya tambah sikit ya.

    Ada blogger wanita melayu kita yang jual photobook guna blogspot dia saja, boleh dapat income yang cecah ribu jugak lah sebulan.

    Makanya, bukan soal lelaki or wanita. Bukan juga soal blog anda dihost di mana. Yang terpenting nya itu, MAHU.

    M- Material. (Apa yang anda letak dalam blog anda).

    A- Azam. Motivasi dan kemahuan. Dari situ datang GIGIH (formula jugak GIGIH ni- formula Aa Gym).

    H- Hati. Hati mahu kuat dan bersih untuk berjaya.

    U- U give the best (to your reader and customers).

    Sebab itu, dalam apa-apa hal pun, MAHU mesti mendahului TAHU.

    Copyright Info: Formula MAHU yang digunakan adalah formula ciptaan saya sendiri..

    ibnujusup Reply:

    saya MAHU ustaz… tq for sharing..:-) tmbh smgt dgr citer2 mcm ni

  3. grab said:

    nice blog! 1st time come here..

    Sain-Web.Com Reply:

    pasni, mesti datang selalu ni..hehehehe

    ibnujusup Reply:

    mmg pun…:-) cume internet connection menjadi penghalang…

  4. donny said:

    salam,

    itu sebenarnya terpulang kepada individu itu sendiri,lbh besar rangkaiannya,lebih kuat pengaruhnya..

    pandai2lah camne layan mrk..

  5. Syuxx said:

    Kalau perempuan, boleh jumpa banyak di blog/forum gossip artis serta fanpage facebook yang berunsurkan gossip.

    ataupun juga blog2 yang menjual barang2 perhiasan.

    rohaizad Reply:

    Maknanya mereka tidak berminat mejana pendapatan dari blog?

    hafizmd Reply:

    Rasenye tak juge..contohnye yg menderu2 dapat cek nuffnang ramai juge perempuan..ermm..

    Syuxx Reply:

    Bukan tidak berminat, tapi rasanya niche mereka berbeza.

    Melalui pemerhatian saya, ramai juga wanita malaysia yang buat duit dari blog, tapi melalui jualan barang fizikal seperti sandal wanita, tudung, baju dan sebagainya.

    Mungkin untuk topik teknikal seperti SEO dan cara buat duit dari blog melalui pay posts sangat kurang.

    kabu Reply:

    minat yang berbeza…. kekalkan gayadan content sekarang…. kalau tarik pengunjung perempuan kena buat blog lain yang menarik minat pompuan ler… :lol:

    kabu Reply:

    minat yang berbeza…. kekalkan gayadan content sekarang…. kalau tarik pengunjung perempuan kena buat blog lain yang menarik minat pompuan ler… :)

    kabu Reply:

    apahal plak 2 x kluar ni…

  6. SifuPTS said:

    Tuan Rohaizad,

    Perempuan lebih suka aktiviti jualan yang melibatkan interaksi mata-dengan-mata, yakni orang-dengan-orang. Perempuan suka berbual-bual, berkawan-kawan dengan pelanggan.

    Itu sebab perempuan sanggup berjualan dari rumah-ke-rumah, dari meja-ke-meja, buat parti (Tupperware), jadi promoter dalam supermarket dan lain-lain aktiviti bisnes orang-dengan-orang.

    Ini berbeza dengan aktiviti bisnes antara orang-dengan-mesin (laptop) yang tidak mempunyai mata, tak pandai senyum, tak pandai bercakap-cakap.

    Lelaki lebih suka berinteraksi dengan mesin (sebab mesin tak bercakap)…. Itu sebab bengkel-bengkel buat duit dengan menggunakan mesin laptop dihadiri oleh lelaki.

    rohaizad Reply:

    Big point.

    Tapi saya mendapat satu lagi info yang mengatakan “jiwa lelaki ingin mencari nafkah” yang membuatkan mereka sanggup datang walaupun kebanyakannya dari Utara seperti Kedah dan Kelantan.

    Kebanyakan lelaki dan suami di seminar saya sanggup merantau untuk belajar cara menjana pendapatan dari blog dengan niat dapat membantu keluarga sendiri.

    Apa pendapat Puan?
    (saya rasa ada kebenarannya di situ)

    p/s: syabas kepada suami-suami tersebut.

    kakeru Reply:

    Hmm..maybe sebab Seminar Rohaizad ni ramai yang dihadiri oleh org lelaki. That’s why later seminar pun ramai lelaki agaknya. Sebab klu org perempuan nak pergi, maybe fikir 2-3 kali utk pergi. Takut tader kawan. Klu sorg2, mati kutu lak kang..hoho..

    fiezaradzi Reply:

    pada saya lau takut xde kawan tu.. tahla.. ajakla sorang kawan kite..cakap2 gak.. hari tu pun saya x pegi..

    kakeru Reply:

    Hmm..tu yg payah. Sebab maybe ramai orang perempuan kurang terdedah dgn kaedah mencari duit secara online, termasuklah kawan2 saya. Agaknya terlalu curious sampai bila kita kata begini, depa akan anggap skim cepat kaya kut, so langkah terbaik adalah jgn join.

    Hmm..hmm..tu la sebabnya agaknya..

    rohaizad Reply:

    Mungkin juga ya… tapi mereka aktif pula berniaga di forum wanita. Kan?

    ibnujusup Reply:

    sanggup merantau… teringat kisah bro hussain:-)
    cayalah..

  7. untuk mengetahui samada bengkel smart blogging boleh mendapat sambutan dr kaum hawa,cuba buat satu bengkel sb khusus utk golongan ini dan dicadangkan encik rohaizad mengundang kak jie sebg tenaga pengajar jemputan.amacam?

    rohaizad Reply:

    Boleh tapi rasanya dah tahu jawapannya.. memang takde kot.

    kakeru Reply:

    Boleh try buat macam tu, Kak Jie boleh la setuju utk jadi host penting pasni, hehe.. Takde la org perempuan susah nak datang kut.

    *Just my cent ;)

    rohaizad Reply:

    Kak Jie hebat, mungkin ada magnet untuk orang datang… tapi rasanya orang lelaki yang lebih ramai nanti… hahaha

    Kujie Reply:

    Kak Jie bukan cikgu yang baik… tahu berleter saja!

    rohaizad Reply:

    Ahahaha… kalau saya pula, mungkin tidak akan dapat menarik perhatian peserta wanita kot… biasalah, saya ni susah sket nak “memahami”… huhuhu

    hafizmd Reply:

    Bro.belum try belum tahu..hehe

    p/s – melainkan dah de pengalaman sebelum ni..hikss

    ibnujusup Reply:

    amin… moga cpt buat masjid bro izad.. :-)

  8. FakhrulRadzi said:

    Mungkin ble dikongsi sedikit.Dari segi Prinsip Perhubungan Manusia yang sedikit saya ketahui.Apabila melibatkan blog atau melayari internet.
    Lelaki – Pemikiran lelaki lebih serius dan cenderung dalam membentuk diri mereka melalui persekitaran.Apa yang berlaku wajib di ketahui terlebih dahulu.Bagilah entri apapun lelaki tetap akan baca.
    Perempuan – Kecenderungan sebahagian mereka lebih serius kearah membentuk personaliti diri, material, perhiasan diri,mereka AKAN lebih serius kepada entri yang dapat membuai perasaan mereka kerana mereka lebih comfort dalam entri yang mereka sesama dapat berkongsi dan meluahkan perasaan mereka sbg contoh buatlah entri `Mengapa dia meninggalkan aku begini` ..tq

    rohaizad Reply:

    Hahahaha… ini pendapat orang jiwang nih… D)

    FakhrulRadzi Reply:

    Jiwang yang telah tua hahaha

  9. bonneyan13 said:

    jad,klu berdasarkan gambar di atas,bengkel tersebut turut dihadiri oleh seorang “wanita besi”.dah lupe ke?….kira adalah jgk wakil kaum hawa utk seminar pd kali itu.tp sebenarnya semasa seminar tu,terdpt 2 gadis bunian yg dtg bersama2 aku….wahkahkahkah

    rohaizad Reply:

    Betul.. sebab tu di tulis di atas “majoriti” banyak lelaki. Seorang tu tidak boleh menjawap soalan di atas. :)

  10. bluedianthus said:

    Pendapat saya, kaum lelaki ni, bila dah nampak peluang akan terus buat sahaja, hasil belakang kira. Yang penting macam tagline Nike, Just Do It. Perempuan ni berfikiran details sikit. Sampai satu masa bermonolog dengan diri sendiri, fikir pro dan kontra sebelum nak buat sesuatu perkara. In the end, they just leave it like that…Was-was dan terlalu memikirkan akibat, ini memang normal untuk kaum perempuan. Just my own opinion though.

    rohaizad Reply:

    Hurmm… possible.. possible… ada kebenarannya juga :)

  11. azwan said:

    Perempuan lebih suka blogspot, dan mereka lebih byk lepak dgn kawan-kawan seangkatan mereka di blogspot. Aku dulu pun dari blogspot, dan kawan-kawan blogspot aku lebih perempuan dari lelaki.

    rohaizad Reply:

    Hurmm… boleh kaji lebih dalam lagi nih… tapi betul ke?

  12. dr.aku.la said:

    kenapa ramai lelaki?
    susah gak nak jawab ni.
    mungkin majoriti orang perempuan kurang berminat utk berblogging stail macam ko jad.

    rohaizad Reply:

    Tak juga.
    Sebenarnya mereka “malu” kot…. ahahah

    dr.aku.la Reply:

    malu… tapi mahu… berblog

  13. hafizmd said:

    Rasenye mereka ade dan mungkin sedang kusyuk bace entri ni, tapi mungkin malu nak kongsi pendapat dan idea..yg lelaki plak..mungkin jenis yg suke beri idea dan suke bergaul mesra..ala macam teman tapi mesra tuh..agaknyerla..

    rohaizad Reply:

    Teman tapi mesra?
    Hurm… makan dalam tuh… ekeke

  14. Nozi said:

    Salam…

    Hmm..menjadi persoalan pula ek. Tapi memang perasan juga.Kurang kaum hawa dalam berblog sambil buat bisnes. Kebanyakkan yang saya nampak,berblog just for fun dan hanya cerita kisah diri sendiri setiap hari.Wanita kebanyakkannya suka bersantai dalam blog agaknya. Ha..ada sesape nak buat analisis ke? hehe..

    Baru saya teringat. Biasanya, wanita yang buat bisnes di internet meriah di forum.Ada hanya berurusan di forum sahaja.Cuba tgk di forum wanita melayu. Fuh..memang meriah betul mereka berniaga di sana. :)

    rohaizad Reply:

    Hurm… wanita lebih suka berkomuniti. Betul?

  15. alone said:

    persoalan juga tu. maybe dengan lebih ramai female blogger dari orang kita akan meriahkan lagi niche blogging? =D

    rohaizad Reply:

    Itu sudah tentu… :D

  16. fiezaradzi said:

    saya rasa pompuan malu nak komen sbb kat atas blog ni de seseorang sedang merenung mereka.. hakhak.. gurau jer..
    pompuan suker yg lebih santai kot.. yg ala-ala gosip tu..(bkn dr pengalaman ye, tapi tbukti kot bila entry saya yg bersifat hiburan/santai lebih mdapat tempat di hati pengulas wanita.. tapi yang agak berat isinya, komen ciput jer.. hahaha..

    rohaizad Reply:

    Hiburan dengan wanita sungguh relevan ya?

    fiezaradzi Reply:

    xsemua la bro.. tapi mostly.. de kat opis saya, lau ckp pasl kerje.. mmg lmbat dpt respon, tapi lau pasal wayang ke.. artis ni ke.. ha.. terer giler..

  17. reezluv said:

    sebab mungkin ko bujang kot..haha..kang kot pompuan bujang selalu lepak..kot tergoda nanti..hehehe..tak gitu?

    tambah plak ko ensem and baik ati..lelame kat blog ko kang..ada plak yang jatuh hati..hua2..

    haha..apa pun tanya orang pompuan la..depa lebih arif

    emyshahril Reply:

    Yang ni POSSIBLE…..Aku setuju dgn bro REEZ..hahaha :)

  18. Sain-Web.Com said:

    join seminar blog je kaum wanita kurang, tapi kat luar sana masing2 ada blog…blogspot je la kebanyakannya diorang pakai…

  19. zuhaini said:

    i think macam kelas blogging dan IT ni lelaki ramai minat. perempuan tak berapa. kalau kelas make up, memasak, dan menjahit manik, ramai la pompuan! :)

    rohaizad Reply:

    Haaa…. that’s right. Relevant!

  20. mijie said:

    sbb lelaki lebih lagi tanggungjawab dia untuk mencari duit demi sebuah keluarga

    jadi tu yang ramai lelaki dari wanita dan lelaki lebih suka membaca benda yang bermanfaat, hiburan sekali sekala je

    rohaizad Reply:

    Hurm… possible.. possible..

    mijie Reply:

    tapi perempuan tak boleh nak terima kalau kn kat batang hidung sendiri, huhuhuh

    lelaki lebih terbuka sebenarnya

    pendapat aku jer la

  21. taukey said:

    kenapa ramai lelaki dari perempuan yang pergi seminar…???

    sebab perempuan tahu ijad suka dengan Nora Danish jadi takder peluang lagi untuk mereka…..jadi mereka tak nak join….wakakakakakaka

    rohaizad Reply:

    Cehhh… makan dalam betul … hahah

  22. Azhar said:

    Mungkin exposure on technical blogging agak kurang. Betul kata one of your commenter that ladies lebih suka physical business. Cuba buka blogspot pasti banyak blog kepunyaan ladies menjual online bermacam macam barangan and they manage to reap good income too.

    Buat kujie, mereka (kaum Adam) ingin mencari sesuatu di blog wanita. Mungkin para suami mencari tips tips yang tersirat dan tersurat di celah coretan kujie. Asmawati.com pun tak kurang hebatnya.

    Bak kata pujangga cinta, kalau ingin mengenali wanita haruslah bertanya pada wanita .

    rohaizad Reply:

    Makin mendalam perbincangan topik ni.. best!

  23. Luvleey said:

    Sebenarnya wanita lebih banyak benda yang nak difikirkan..lagi2 yang sudah berkahwin, perlu urus anak, perlu urus suami, seriusly, biz Internet ni, perlukan tumpuan dan usaha, biasanya wanita tiada masa yang cukup nak buat semua benda tu. Kalau ada masa pun waktu semua kerja sudah diurus. Tapi masa tulah mula penat. Jadi mereka lebih cenderung menjual produk fizikal, berblog mengenai perhubungan suami-isteri, anak-anak, dan buat apa yang mereka dah tahu dan mudah. Jika mereka jual produk pun, kebanyakan produk yang mereka dah sendiri cuba untuk anak2, suami dan diri sendiri, jadi mereka menjual dengan harapan dapat membantu wanita2 lain dan sedikit-sebanyak dapat juga wang poket. Dan memang tak dinafikan, wanita ni pemalu, jadi kalau ada seminar atau bengkel ke, mesti malu nak join sebab takut sorang-sorang je wanita kat situ.

    Jika lelaki keazaman untuk mencari nafkah dan daya saing antara kawan-kawan tu lebih tinggi. Dan masa pun, lebih banyak dari wanita.

    Kalau blog Kak Jie tu saya tengok mungkin ramai lelaki sebab 1. menghiburkan dan menarik, 2. Ada tentang cinta suami-isteri, dan manja-manja di situ, 3. Nak sedut trafik hehehe, 4. Kak Jie bukan sahaja berblog pasal rumah tangga, diselitkan juga info2 berguna berkaitan blogging yang ada kalanya lelaki pun tak tahu :) 5. Lelaki kan daya saingnya tinggi, jadi kalau ada wanita yang ilmunya agak lebih sikit, mereka pun nak tahu jugak kan.

    rohaizad Reply:

    Tuh dia!

    p/s: komen bernas… I like!

  24. Ayah Aiman said:

    rasanya kaum pompuan takut kena ayat power drp tuan punya blog inie..

    tp yg pasti, kaum lelaki suka kpd benda2 yg teknikal (konon genius lah tuu) manakala kaum pompuan pula lebih suka kpd benda2 fizikal (yg nampak & boleh dipegang)..

  25. Nabieel SR said:

    Maybe lelaki ada 9 akal, jadi ada kelebihan sikitlah menulis artikel :)

  26. cyza said:

    Maybe lelaki lebih serasi dengan hal ehwal teknikal berblogging dan internet.

  27. Jimmy said:

    Kalau ikut ak, golongan wanita (terutamanya suri rumah) sebenarny yg lebih sesuai utk jana duit dgn blogging. Sebab mereka berada di rumah lebih lama dr golongn lelaki yg majoritiny berkrja mkn gaji.

    Mslahnya kebnykan suri rumah biasany kurg ckp dgn dunia internet dn tidak tahu nk buat blogpun… Dan mgkin diorg x tau pun boleh wat duit dngn adsense. (Jgn x percaya, dalam course ak hnya beberapa org je yg tau blogger akn dpt duit kalu ad org klik iklan adsense). Itu pelajar IPT, macam mane agkny dengn len2 yg takat spm jer..

    Jadi kalau diorg x tau blog mmpu buat duit, camne diorg nk pergi blog ni… yg mana khusus utk jana wang dari blogging.

    *Aku rase rohaizad.com pun perlu buat sponsor post kat blog yg mane rata2 suri rumah ialah pembaca blog tu.

  28. miziology said:

    Mungkin dh naluri lelaki tu utk mencari rezeki dan wanita lebih kepada tanggungjawab sosial (hiburan,kawan2,jiran2,anak2)..
    hehe aku pun xpasti

  29. menj said:

    Aku dah bagi jawapan kat blog post tu…kekeke.