Ingin beriklan? Sila klik di sini


Apabila kesabaran sudah sampai ke kemuncaknya…

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Hosting, Orang - Tarikh diterbitkan: February 18, 2010 online

bengang

Baru sahaja pulang dari menjadi “pendengar yang baik” di blog sahabat blogger kita, Shaffik. Nampaknya kesabaran Shaffik sudah sampai ke kemuncaknya:

shaffik

Baiklah.
Seperti yang telah kita semua sedia maklum, hosting merupakan “mesin sambung nyawa” bagi semua usahawan serta penggiat internet. Jika masalah site down time berlaku tanpa pemantauan yang secukupnya, sudah pasti client hosting itu sendiri akan mengambil langkah drastik.

Aku harap semoga semua masalah dapat diselesaikan dengan cara mudah. Usaha dan komitmen haruslah tinggi kerana hendak berniaga ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk di lakukan.

Aku memang berpegang pada “9/10 rezeki itu datang dari perniagaan”. Tapi aku juga berpegang pada ayat yang berbunyi “dugaan yang di terima juga sama iaitu 9/10″ (berbanding dengan mereka yang tidak berada di dalam dunia tersebut).

pening

Dalam dunia perniagaan, pelanggan tidak mahu tahu masalah kita… sebaliknya kita yang seharusnya selesaikan masalah mereka. Lebih-lebih lagi apabila berbicara mengenai dunia maya (virtual) yang mana kita tidak nampak dengan siapa kita berurusan.

Hurm….
Cerita pasal bab hosting ini, aku pun ada cerita untuk di kongsikan. Sebenarnya aku mempunyai lebih dari 5 akaun hosting.

Cuma dalam banyak-banyak hosting tu, hosting yang paling lama sekali aku gunakan ialah pakej hosting dari Dreamhost (untuk membaca artikel tersebut, sila klik di sini.

Walaupun agak mahal tetapi sedikitpun tidak mengecewakan aku termasuklah dari segi site up time semenjak aku menggunakannya. Pakej hostingnya yang unlimited itu memang sesuai untuk blogger seperti aku yang ingin membina banyak niche blog.

Cuma tak sangka ramai pula pembaca blog ini yang bertanya dan ingin membeli pakej hosting tu setelah artikel tersebut di terbitkan. Dalam waktu yang sama, aku juga sedar mengenai masalah yang akan timbul iaitu “harga”.

Iya… harganya yang mencecah hampir RM500 setahun itu telah membatalkan niat asal mereka yang ingin memilikinya. Aku faham akan situasi mereka. Tapi aku juga tidak rekomen sesiapapun untuk membelinya SELAGI MEREKA TIDAK BIASA menggunakan Direct Admin system. Iya… Dreamhost tidak menggunakan standard CPANEL. Huh!

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang ingin mencari hosting berbaloi dan menggunakan CPANEL, di sebelah kanan sidebar blog ini ada banner untuk kamu menilai sendiri harga dan juga pakej yang di tawarkan (sah HANYA selagi offer tersebut VALID).

USD58.56 untuk permulaan pakej hosting yang sebegitu lumayan adalah satu peluang yang berbaloi untuk di perhatikan. Lebih kurang RM180 sahaja. Keluarkan lebih kurang USD58, tapi dapat USD75.00 percuma lagi (FREE $50 Google AdWords Credit dan $25 Yahoo! Sponsored Search Credits).

tekanan

Pendek kata, adakah kamu sudah bersedia untuk “menghilangkan stress” dek kerana masalah hosting yang selalu mengganggu fikiran?

p/s: Kenapalah promosi macam ni dulu takde…hampess arrr


catatan

bawah



Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 103 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Kujie said:

    sekarang ni gile kumpul domain, mungkin bercadang nak tambah hosting juga akhir tahun ni…

    rohaizad Reply:

    Tuh dia!

    rohaizad Reply:

    p/s: Kak Jie ni balik dari cuti Chinese New Year jer, mengganas habis… orang yang pertama komen tuhhhh !!

    Kujie Reply:

    hehehe….mlm tadi balik
    layan entri yang banyak tertinggal :p

  2. Ikhtiar2u said:

    ai.. memang sekarang ni musim lepas geram kat hosting provider la..

    kat wangcyber lagi la.. semua duk menghentam dengan 2 3 hosting provider..hehe..

    rohaizad Reply:

    Di harapkan mereka dan perniagaan mereka akan lebih matang dalam hal ni.

    ibnujusup Reply:

    hosting provider sy stakat ni A ok.. alhamdulillah… :-)

    rohaizad Reply:

    Baguslah kalau macam tuh :)

  3. mknace said:

    tu diaa..
    sampai meletup kepala..

    rohaizad Reply:

    Itu gambar sahaja ….hihihi

  4. mohd farid said:

    kepala dah pecah bersepai akibat memikirkan sangat duniawi.. hehe..

    rohaizad Reply:

    :) D)

  5. Syuxx said:

    saya dah giveup membeli hosting murahan.
    biarlah mahal, tetapi berbaloi.

    sekarnag saya berpegang pada prinsip, “YOU GET WHAT YOU PAID”.

    rohaizad Reply:

    Yup, biarlah mahal tetapi tidak mendatangkan stress.

    Syuxx Reply:

    Saya rela membelanjakan wang tersebut dari kehilangan lebih banyak di kemudian hari.

    rohaizad Reply:

    Haaa.. tuh dia!
    Ada point!

    cyza Reply:

    betul lah tu…
    kena ubah konsep sikit…dan belanja lebih sikit

    kabu Reply:

    hah… bak kata pepatah….”if you pay peanut, you’ll get monkey”……hahaha… :D

    rohaizad Reply:

    Wah

  6. Shahrul said:

    masalah hosting seiring dgn masalah internet kat Malaysia, hehe. betul ke?

    rohaizad Reply:

    2 x 5 ?

  7. Shaffik said:

    aku dah letih melayan kerenah Rawanaz ni. Penat. Dahulu segala msg aku di balas. Kali ini email pun tak berbalas. Semalam boleh bukak sekejap blog aku. Hari ini down lagi…ARRGGGHHHHH…kerana shaffik.com down, aku takder mood nak update niche blog yang lain. Ini semua kerana RAWANAZZZ….kalau ada masalah pun bagila tau.

    Aku tak boleh tahan lagi. Kesabaran aku sampai kemuncaknya. Yang peliknya, kat file zila boleh pulak akses….ARGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH…..

    Aku penat dan letih sangat melayan kerenah RAWANAZ..Buat orang susah…Kalau macam ni tak payah berniaga laa….

    mohd farid Reply:

    rileks bro.. mungkin dia g bercuti kot..

    Shaffik Reply:

    Farid, kalau bercuti pun, tolong laa jawab telefon tu..bagitau situasi sebenar. Apa masalahnye? Jadi senang aku pun nak bagitau kat advertiser..Professional laa sikit…kater berniaga ribu-ribu…tak kan aktifkan telefon pun tak boleh…

    mohd farid Reply:

    betul tu, patutnye ade lar org tlg angkt telefon dia.. tlg jwb telefon bg hati kita tenang skit.. kan.. jgn lepas ni beri pelbagai alasan sudah..

    Razil Zaini al-Hafiz Reply:

    Salam Shaffik ,

    Saya turut bersimpati dengan keadaan Shaffik , aisey kesian betul dan kesal gak dengan syarikat2 web host tempatan nie … BTW , elok juga kalo Shaffik nak migrate hosting nie … saya pon pakai HostGator jer … sempoi beb.

    Anyway , ikut dulu cadangan bro ijat tue kalo sudi langgan jer web host HostGator … huhu!

    Salam sukses dan ceria buat Shaffik.

    ::Rakan Sejati Online Anda::

    rohaizad Reply:

    Sabar….sabar…. maybe kena consider migrate hosting.

    Shaffik Reply:

    Jat bukan consider lagi..dah decide pun..Tapi boleh kerja-kerja migrate di buat jika CPANEL main blog pun tak bley masuk…? Ader saper2 pernah buat tak?

    rohaizad Reply:

    Hurm… kalau WanMus ada kat sini, mesti senang kerja.

    p/s: bilalah WanMus nak balik JB nih.

    Shukor Reply:

    Betul tu, maybe kena migrate hosting bro Shaffik…

  8. alone said:

    jangan cari yang murah2 saja. consider beli yang agak sederhana harganya sebab kadang2 harga melambangkan kualiti perkhidmatan mereka.

    better baca testimonial sebelum melanggan mana2 hosting provider =)

    rohaizad Reply:

    itu merupakan satu tip yang bagus!

    mohd farid Reply:

    tapi mesti diorg letak testimonial yg menaikkn juaalan jer.. mana ade yg nk letak testimonial yg “down”kn perniagaan..

    alone Reply:

    selalu baca2 kat forum2 atau blog2. kat situ barulah ada testimonial ‘sebenar’ =p

    rohaizad Reply:

    Satu lagi tip yang bagus :)

  9. dr.aku.la said:

    banyak betul luahan-luahan pasal local hosting provider ni sekarang.
    baik kat blog mahupun kat facebook.
    apasal ye? diorang ade buat pakatan ke ape.
    baik mahal sikit dan service first class!

    rohaizad Reply:

    It’s all about commitment. Kalau ini tidak boleh di handle, agak sukar untuk survive dalam perniagaan.

    mohd farid Reply:

    mungkin semua penyedia hosting pakai penyedia hosting yg sama.. (betul ker?) hehe..

    rohaizad Reply:

    Penyedia hosting pakai penyedia hosting ?

    mohd farid Reply:

    hehe.. cth R pakai penyedia hosting S, D pun sama gak gune hosting S.. Bile hosting S down sume yang under dia down ker??

    rohaizad Reply:

    Farid, dah namanya pun “satu hosting” yang sama.

    mohd farid Reply:

    hehe.. begitu rupenye..

    rohaizad Reply:

    :)

    Jimmy Reply:

    Mungkin maksud Farid ialah semua hosting provider kt m’sia sbnarnya hosting reseller je bg hosting provider yg same.

    Boleh jadi, tp bukan semua. Hosting2 cam namsahaz, fivio, exabytes, sepakuhosting ak yakin memang guna hosting sendiri… Bukan reseller hosting.

  10. mijie said:

    baru smlm ada mslh hosting, semua blog aku tak leh nak akses, geram betul ngan hosting local ni

    pastu submit ticket, then malam tu maslh dah settle, support hosting tersebut pulak ckp terima kasih kat aku sbb maklumkan masalah ni…apache server yg problem

    igtkan dia yg patut maklumkan kpd client ada mslh, dan skrg ni aku sudah dalam proses untuk pindah hosting baru, dah beli tapi dalam proses nak pindah, ni dah masuk kali kedua aku biarkan jer local hosting yg beli tu mcm tu, malas dah nak guna, tunggu habis jer tempoh sewa…

    dan harap2 hosting luar negara yg bakal aku guna tu tak buat hal, kalau buat hal juga…aku amik tiket kapal terbang gi US bakal datacentre dia, hahaha

    rohaizad Reply:

    Hahahaha… tapi jarang oversea hosting buat hal (berdasarkan pengalaman aku lah)

  11. zuhaini said:

    oh.. hosting ya…? saya pakai blogger.com je.. x dak masalah! hihi…

    anyway, before this saya pernah cuba internet-webhosting (lebih kurang gitu namanya), ok… servis superb! :)

    rohaizad Reply:

    Bagus kalau macam tu :)

    mohd farid Reply:

    good2..

  12. pedagangIT said:

    salam bro…
    info yang baik , cuma boleh tambah sikit , hosting hosgator pun dah ok untuk yang nak buat banyak niche

    rohaizad Reply:

    Hostgator satu dunia tau bro. Dah berzaman dah… aku sendiri pun ada hostgator. :)

    mohd farid Reply:

    selalu gak nmpk hostgator ni kalau ade blog xupdate.. hehe..

  13. zuzila said:

    salam

    banyak masalah ye hosting tempatan…tips aku mudah sahaja…maaf katalah ye..aku memang tidak pernah beli hosting tempatan jika ownwer dia melayu…sebab semua hosting yang aku langgan yang ownernya bernama melayu semua bermasalah. amat kecil peratusannya yang bagus.

    1. masa nak jual bukan main hype lg
    2. bila ada masalah macam2 alasan
    3. lepas tu lari.

    pengalaman aku guna hosting yg ownernya bukan melayu sejak 2002 lagi semuanya hanya masalah kecil sahaja.kalau masalah pun tak sampai 24 jam settle. support memang tip top. sms jawab, call jawab,email jawab, YM sentiasa on (no hidden). kalau ada apa2 masalah semua diberikan perhatian.

    bukan niat hati nak kutuk bangsa sendiri. tapi pengalaman aku le. memang sukar sangat cari hosting owner melayu betul2 profesional,setakat ini belum jumpa lagi le.

    maf sekali lagi jika ada yang terasa. mungkin ini buat pembakar semangat bagi diri akau dan orang lain supaya pro dalam biz. tak kira apa biz pun

    ariosssss

    rohaizad Reply:

    Satu kenyataan jujur yang pahit untuk ditelan :(

  14. Azhar said:

    emmm. gitu lah kalau dah banyak client, sesuatu organisasi apa pun akan tak terhandle jugak. Jadi jem lah dia. Macam line provider juga, mula mula ok, bila subscriber dah melambak mula lah slow and downtime pun meningkat. Cuma tu lah hoster ni kena lah ada 24 hours service on call. Mana tak bengang.

    (Teeringat masa keja kat bank dulu, tengah dengar khutabh raya, pager berbunyi,, atm down.. pergh…)

    Bro,,,, kat ner nak ambik gambar macam u letak kat atas tu…

    rohaizad Reply:

    Gambar?
    Amik kat Google jer.

  15. imran said:

    Rasanya macam ada kesilapan harga ni. You Pay $58.56 and Save $34.68

    rohaizad Reply:

    Thanks Imran… pembetulan sudah di buat :)

  16. imran said:

    Betul ke kalau guna hosting luar dari Malaysia page loading lambat??

    rohaizad Reply:

    Itu anggapan 10 tahun lepas.

    p/s: Blog ini di hostkan di US.

  17. shahraduan said:

    Bukan Melayu pun sama juga…nasiblah kalau kena yg tak berapa ok.

    Aku dulu 1 blog kena suspen..minta unsuspen sebab nak tukar hosting…mcm bad mood saja dia org tu…

    last sekali…aku aku dan kawan2 aku share guna vps server..melayu tolong melayu….melayu tidak hilang didunia.

    rohaizad Reply:

    Melayu tak hilang di dunia memang betul. Tapi mengapa Melayu itu sendiri yang hilangkan kepercayaan orang Melayu yang lain ya? :)

    shahraduan Reply:

    Tapi aku dah serik kalau nak serius berblog guna hosting dlm malaysia…..

    rohaizad Reply:

    Hurmm.. tapi ada juga hosting tempatan yang bagus. :)

  18. Patutlah aku x boleh akses shaffik.com, salah 1 tmpt aku mengkomen…rupa2nya hosting down…

    Sabor jer la bro…
    Rawanaz ni aku tgk kt mana2 org komen problem je…
    Ni lah salah sato risiko yg plg ditakuti oleh para blogger…

    rohaizad Reply:

    Bukan blogger je tapi semua pemilik web dan blog satu dunia :)

  19. Aqif said:

    Cakap pasal R*****Z ni. Semalam hosting saya pun problem. Tapi bila contact support sytem, dia terus baiki problem tu.

    Apa-apapun, harap bro Shaffik dapat bersabar. Rasanya dah tiba masanya untuk berhijrah tu. Hehe

    rohaizad Reply:

    Hurm…. semua mengatakan hal yang sama.. :(

  20. Helmi Asyraf said:

    Bagi saya, x rugi dan berbaloi untuk gune hosting yang mahal sedikit asalakan kita gembira dengannya.

    Macam saya, saya pakai hostgator yg unlimited. X pernah de maslah dgn co 2. Yg saya plg suke ialah customer service yg ada 24 jam utk berchat ngan kt dan siap tunjuk kita bape kame ktperlu tunggu untuk dilayan. Selalunya, kurang 2 minit.

    Selain tolong, diorg akan berikan kan jugak cara terbaik untuk lakukan sesuatu dan ajar kita klu kita mintak pertolongann diorg.

    Saya pernah chat tgh mlm, tgh hari dan mcm2 lg (n_n). Baru belajar blog la katekan.

    Bab kos ni, sebenarnya xde la mahal sgt kalau tahu caranya sebab kat internet byk coupon site yg korg leh cari kupon discount syarikat hosting. Contoh, retailmenot.com. Cara lain plg senang ialah search je kat gogle. Confirm byk.

    Saya save beratus-ratus ringgit dgn gune coupon-coupon ni.

    Satu bende yg saya nk kongsi ialah free adwords credit cthnya kdg2 utk warga US dan Canada je mcm utk Hostgator yg saya gune.

    rohaizad Reply:

    Pengalaman akan mengajar kita untuk membuat keputusan dengan lebih baik :)

  21. dr.aku.la said:

    “world class hosting solutions”
    hmm… kene usaha kuat lagi ni nak capai motto tu.

    rohaizad Reply:

    “Commitment” :)

  22. miziology said:

    Aku juga ade beberapa web yg diletakkan di host yg sama seperti shaffik.
    Aku pun dh xtahan sbb selalu down. bukan site je down tp semangat juga down huhu..

    rohaizad Reply:

    Mizi, aku akan contact ko… (ada projek sket) :)

    miziology Reply:

    ok bro :)

  23. ZaidiRazali said:

    hehehe..memang boleh down bila hosting wat hal…abih clear data2 aku dulu masa amik pakej hosting individu, bukan company tul2..

    sejak amik kat internet-webhosting, down tu boleh kiralah..5 kali pun aku rasa tak sampai..selama aku akses web aku lah…hihihi..support pun superb…bebaloi bayar lebih sikitpun.. ;)

    rohaizad Reply:

    Yup.
    Yang penting, hati puas. :)

  24. razak said:

    Bagus juga idea2 nie.baru tercari-cari hosting mana yang nak digunakan.Maklumla baru beli domain dan hosting sendiri.Ada hosting tempatan yang OK ker untuk rekomen?

    rohaizad Reply:

    Tempatan banyak tetapi yang satu ini bagus:
    http://jomhosting.net/billing/aff.php?aff=407

  25. Nabieel SR said:

    Dulu ada juga beli domain and hosting dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh seorang otai IM Malaysia, tapi malangnya mendatangkan masalah. So lari siap-siap sebelum pening :)

    rohaizad Reply:

    Huhuhuhu… takper, pilihan terletak di tangan sendiri.

  26. alan tan said:

    Sepaku dulu teruk..

    sekarang dah OK maybe sebab tak ambil new customer lagi..

    Kalau nak yg bagus, ambil je Hostgator terus walaupun pun harga tinggi…tak perlu pening kepala

    rohaizad Reply:

    Semuanya harus di lakukan dengan teliti supaya pemilihan tidak membebankan :)

  27. reezluv said:

    heehe.nasib baik la setakat ni hosting aku takde masalah ape2 pun..support pun bagus jek..

    cyza Reply:

    hosting mana tu…boleh share?

    reezluv Reply:

    hosting m’sia jek..Onebytes..so far memang takde masalah pun ngan hosting ni..down pun takat 2,3 jam je.itu pun jarang sekali…

    cyza Reply:

    Ohh…bagus la tu…Nanti aku kena check it out…Thanks

    rohaizad Reply:

    Betul betul. Bagus kalau dapat hosting macam tu.

  28. donnyien.com said:

    trimas bro..tips yang berguna untuk masa depan terutama kpd blogger baru mcm saya. lebih berhati-hati lain kali bila memilih hosting.biar mahal asal selamat.bagi saya exabytes ‘not bad’ juga perkhidmatannya..

    rohaizad Reply:

    Yup, cuma kadang-kadang hosting yang baik juga mesti kekalkan prestasinya :)

  29. Fazreen said:

    Kisah hosting memang menarik untuk dibincangkan. Kalau kurang mampu saya syorkan serverfreak for local hosting.

    kalu luar, macam yang bro Ijad cakap, dreamhost, hostgator dan bluehost adalah terbaik bagi saya based on my experience..

    rohaizad Reply:

    Hosting adalah “nyawa” bagi sesebuah site :)

    cyza Reply:

    Hmmm interesting choice/option…

  30. Che zaidah said:

    setakat ini saya guna hostgator ..alhmadulillah.. soalan2 bodoh saya pun dilayan dengan baik di Live chat

    rohaizad Reply:

    Yup, Hostgator memang bagus.

  31. nuaeman said:

    aku dah kene warning ngan Advertiser tadi.. hampeh punya Rawanaz..!

  32. YZ said:

    masa untuk berubah dah tiba …..

  33. jinggo said:

    aku nie baru blajaq berblog. buat masa nie aku pakai netkl…..takda la plak problem….. servis dia pon kira ok la….

  34. samdaddycool said:

    Betul.. betul.. aku pernah terkena hosting yang sengal.. hampeh, 2 – 3 hari down. Oleh kerana tawaran Powweb ni nampak menarik dan ko plak yg rekomen, aku nak angkat.. tapi macam nak dreamhost… nanti aku tunggu paypal byk sikit.. fikir.. fikir…

  35. nuwa said:

    Tension dah pakai web hosting dari Malaysia.. Hype jer lebih.. huhuhu. Masa utk berubah!

    rohaizad Reply:

    Yup, jika perlu berubah… kita mesti berubah demi kebaikan. :)

  36. alkisah said:

    yer..gua juga terkena. terpaksa tukar hosting baru walaupun blog gua blog cabuk jer..huhuhu..

  37. BIZZNURSE said:

    I got a question:I got this latest price from dreamhost which is $2.99 a month..What does it means…I know, 12 month x 2.99 = $35.88 ~ RM 115.83.. What I do not understand is you said the price is around RM 500+/-, nak tanyer, tu harga lama ke.Or memang ader kena tambah2 lagi dr harga y diorng mention?
    P/s:tengah stress dgn google