Keliru – bahagian 2 (tips yang tidak seberapa di hujung minggu)
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Tips - Tarikh diterbitkan: February 20, 2010 online
Blog ini pernah menerbitkan satu artikel mengenai KELIRU sedikit masa dahulu. Dan di hujung minggu yang berbahagia ini, ingin sekali aku kongsikan beberapa perkara yang mungkin berbaloi untuk dikongsi bersama.
Semua orang mempunyai blog tapi percaya atau tidak, ada juga yang keliru dengan blog sendiri. Apabila tuan punya blog pun dah keliru dengan blog yang dia sendiri ada, maknanya dia harus memandang kepada satu lagi sudut iaitu “adakah pembacanya okay ataupun keliru juga?”
Itulah yang perlu di berikan perhatian kerana kadang-kadang pembaca tidak menyuarakan kekeliruan mereka pada kita sebagai tuan punya blog.
Sampai pada satu tahap, apa yang mereka lakukan kadang kala lebih “kejam” dari itu iaitu MENINGGALKAN BLOG kita dengan selamba kodok saja … hahahah ![]()
Dan kerana senario ini, aku telah membuat beberapa kajian dan pemerhatian dari satu blog ke satu blog termasuklah blog aku sendiri. Dan jika ada yang merasakan ianya tidak sesuai, just baca sekali lalu sahajalah yea. Percuma lagi… tidak perlu di bayar pun…
Ini adalah antara tips yang mungkin boleh membantu kamu semua dalam menarik perhatian pengunjung blog sendiri (mungkin juga tidak):
1. Kamu meletakkan deskripsi blog kamu seperti ini:
“Perjalanan dan liku kehidupan seorang newbie dalam dunia blog”.
Tetapi yang kamu asyik terbitkan di blog kamu ialah “kisah gossip artis tempatan dan luar negara”. Kamu sudah mula keliru dengan perjuangan asal kamu.
2. Kamu kata blog kamu akan menjadi “bukti” kepada segala program make money from blogging. Tapi kamu tidak berusaha ke arah itu. Kamu asyik letakkan kisah kejayaan orang lain di blog kamu. Kamu sudah “ke laut” sebenarnya.
3. Kamu juga bilang yang kamu akan menjadi jutawan dalam dunia IM. Kamu berjanji yang kamu akan berkongsi segala suka dan duka di dalam blog kamu mengenai rentetan trial-error kamu, tapi blog kamu seminggu sekali pun tidak di update.

4. Ingat lagi pada niat asal kamu dalam berblogging?
Dahulu kamu kata blog kamu akan menjadi satu wadah untuk mendidik anak bangsa, tetapi sekarang kamu menjadi seorang yang tidak berpuas hati dengan profession seorang guru.
Habis kerajaan sendiri pun kamu tibai. Anak murid dan pembaca kamu akan “keliru”. Walhal kamu yang telah keliru “terang dalam samar”.
5. Kamu claim blog kamu lebih kepada tips blogging, tapi dalam masa yang sama kamu juga menitiberatkan program MLM kamu di situ.
Habis semua tips yang sepatutnya pembaca kamu inginkan selama ini telah bertukar “wajah” termasuklah motivasi blogging yang dahulunya seronok untuk di baca telah bertukar menjadi motivasi MLM. Memang pembaca kamu akan pening.
Pokoknya pokok kelapa sawit kita sebagai seorang blogger, harus tidak keliru dengan blog yang kita sendiri ada. Style blogging yang kita ada itulah yang membuatkan kita lain dari yang lain. IDENTITI.
Jadi tidak usahlah kita mengikut style orang lain. Kita mempunyai cara kita sendiri dan yang pasti, orang lain tidak akan dapat mengambilnya walau dalam apa cara sekalipun.

Benar.
Kita ini adalah sesuatu yang unik di kalangan sesiapapun di dunia ini. Begitu juga kita di mata Allah, sebab itulah setiap ibu jari kita berbeza di antara yang lain.
Kesimpulannya jangan biarkan diri kita KELIRU dengan apa yang orang lain ada, apa yang orang lain lakukan dan apa yang orang lain tulis. Teruskan perjuangan dengan cara kita sendiri.



satu tips yang menarik..
pernah juga keliru..
nak cerita pasal tech/laman web..
tapi ter story pasal peribadi…huhu
rohaizad Reply:
February 20th, 2010 at 12:47 pm
Itu satu perkara yang biasa. Tapi boleh di perbaiki dari masa ke semasa.
ibnujusup Reply:
February 20th, 2010 at 4:24 pm
dh selalu terbuat jugak…. haha… kene focus balik… selalu sgt melencong…
anyway, tq.
rohaizad Reply:
February 21st, 2010 at 12:26 am
Kalau dah melencung, patah balik dan perbetulkan semula
keliru memang keliru
kadang2 time masa hasilkan blog memang berkobar-kobar nak tulis itu ini
tp bila dah lama menulis, mcm2 mslh timbul, maka terjadi lah krisis dalam diri iaitu malas, keliru dan sebagainya
rohaizad Reply:
February 20th, 2010 at 12:47 pm
Sebab itulah blogger ni kena ada sifat “professional”. Baru mantap!
alone Reply:
February 21st, 2010 at 2:23 am
Professional! Yep! That’s the point! =p
Tukar keliru untuk lebih fokus dalam menulis. Sebelum tulis artikel, wajar kita buat rangka terlebih dahulu. Jangan nak tulis untuk kita sahaja yang baca.
rohaizad Reply:
February 20th, 2010 at 12:46 pm
Yup, betul tu. Satu tip yang bagus
Thanks.
satu entry yang menarik dan bermanfaat..susah dah skrg nie nak jumpa blog yg memberi manfaat kpd pembaca semua..
rohaizad Reply:
February 20th, 2010 at 12:46 pm
Terima kasih. Satu penghargaan yang boleh menimbulkan senyuman di pagi Ahad
ibnujusup Reply:
February 20th, 2010 at 4:26 pm
contohnye … blog bro ijad…. bybk betul info… kdg2 saye fikir..kene buat membership fee kot..
x de gurau je… x larat pulak nk bayar nanti..huhu
rohaizad Reply:
February 21st, 2010 at 12:26 am
Hurm… boleh apa salahnya. Lepas ini blog ini akan menjadi “blog tertutup” yang mana semua entri akan hanya dapat di akses dengan password yang di hantar kepada membership… boleh gitu?
hah… kat sini jati diri blogger tu teruji.
samada terus ikut arus perubahan semasa atau tetap utuh di atas pendiriannya.
rohaizad Reply:
February 20th, 2010 at 12:45 pm
Di sinilah timbulnya perkataan “niche”.
Ikhtiar2u Reply:
February 20th, 2010 at 12:57 pm
satu point yang menarik..
Salam,
Terima kasih sebab berkongsi dengan kami. Nampaknya, Incik RestNrilekS pun masih dalam kekeliruan juga.
Bersikap “Profesional” itu memang betul dan itu satu tahap yang perlu RestNrileks tawan. : )
Selamat Hari Minggu : )
rohaizad Reply:
February 20th, 2010 at 2:22 pm
Selamat hari minggu juga
Nak maintain blog personal ni la yang jadi masalah kadang2. Tapi macam yang ko cakap, description sangat penting. Agak2 susah nak maintain, letak aja blog personal. Habis cerita
rohaizad Reply:
February 20th, 2010 at 2:22 pm
Ahahaha.. tapi blog personal jadi blog gossip tu ..fenin la
Terima kasih. Membuatkan saya kembali untuk cuba berkonsisten. Selalu membandingkan dengan yang lain kadangkala membawa rendah diri yang boleh membunuh atau kebanggaan yang boleh meruntuh. Keliru kerana cemburu atau mungkin terburu-buru.
Teruskan perubahan, selarikan gaya, perbaharui niat dan fokuskan matlamat. Saya cuba.
rohaizad Reply:
February 20th, 2010 at 2:21 pm
Keliru dan terburu-buru… hurm… bahaya juga tuh
keliru memang keliru…. sebabnya pada pandangan uncle ialah terkena virus information overflow. Tu ajer. apa yang di terima tulah yang nak di buat . Tu yang bertukar dari blog info ke blog MLM.
Apa apa pun , blog niche juga yang tak lari sebab dia ada fokus tersendiri. Kalau blog peribadi, emmmmm… memang lah selalu tersasar. So buat mereka yang dah bertukar jalan tu .. rasa nya elok lah ubah tagline kata wordpress mereka agar sesuai dengan coretan mereka. Tak gitu Bro.
(yg suka nyanyi lagu ~Keliru~ oleh ajai dan nurul)
ibnujusup Reply:
February 20th, 2010 at 4:28 pm
moga jalan kite sentiasa lurus, bukan bengkang bengkok…. haah
sikit2 takpe kot…
rohaizad Reply:
February 21st, 2010 at 12:25 am
Belajar dari kesilapan lagi bagus sebenarnya
sory la bro ijad… dah macam spammer pulak..
tapi time ni je internet connection laju, tu pasal nk kejar, amik info dan komen entry2 bro ijad yg lepas…lepas ni hampeh balik ar connection… ape je org celcom ni buat… tlg la speedkan sket broadband kat area saye ni… huh
rohaizad Reply:
February 21st, 2010 at 12:24 am
Itu memang masalah negara
mungkin keliru itu sendiri secebis pengalaman yang harus ditempuh dalam mengharungi dunia blogging ni.
rohaizad Reply:
February 21st, 2010 at 12:24 am
Betul, tak keliru tak coool…
Huh..betul-betul keliru tapi kini tidak keliru lagi setelah berjaya mencipta teknik sendiri..
Trafik blog semakin stabil dari bulan ke bulan..
Pernah satu tahap kecewa dan putus asa nak bagi jer blog kat orang lain, bernasib baik kerana semangat yang hilang datang dengan cepat untuk membuka langkah seterusnya
rohaizad Reply:
February 21st, 2010 at 12:22 am
Tahniah… welcome to the club!
Memang betul2 mengelirukan bila sudah tercampur aduk topik bagi sesebuah blog.
Saya juga tidak terlepas daripada masalah ini.
rohaizad Reply:
February 21st, 2010 at 12:21 am
Ermm… kalau macam tu, kena back to basic semula
Diskripsi blog kak jie – Sebuah kisah hidup yang terlalu indah untuk dibiar tanpa erti,
boleh buat pembaca keliru tak ye?
kandungan blog kak jie sesuai tak ye?
Are you lost?
Cause I am too
Let’s help each other find our way out
rohaizad Reply:
February 21st, 2010 at 12:17 am
Rasanya Kak Jie tak lost kot.. always on track saya rasa.
Nice info, bagus untuk mengingatkan kembali apa content utama sesebuah blog
rohaizad Reply:
February 21st, 2010 at 12:16 am
Terima kasih… sekadar berkongsi
Lain yg dirancang, Lain yg jadi..
rohaizad Reply:
February 21st, 2010 at 12:33 am
Kenalah buat sesuatu selepas itu yea
Ha! betul la tu. KELIRU!!! “blog dah ada tp apa isinye??” yg paling penting ‘mindset’ ni jahat sgt, DUIT je. Adoih… ntah la ape dah jd, tgk kat komen xde tp kat ‘spam blocked’ dah bertimbun-timbun. huhuhu… Tu la dulu masa sekola, cikgu pun kena tengking sampai kena halau terus dari subjek tu.
skang rasa la, merangkak la…
rohaizad Reply:
February 21st, 2010 at 12:15 am
Always get back to basic. Pasti boleh punya.
Erm..kalau Ek Rohaizad boleh berjaya,kenapa orang lain tidak boleh?..fokus..fokus..dan selamat berjaya..tips baik punyaa..!
rohaizad Reply:
February 21st, 2010 at 12:14 am
Boleh… slow and steady. Pasti boleh
keliru… keliru…
rohaizad Reply:
February 21st, 2010 at 12:13 am
Biasalah tu… baru ada thrill kehidupan ini.
mantop tip nih..lagi…lagi.. :0
rohaizad Reply:
February 21st, 2010 at 12:13 am
Terima kasih…
Insya Allah.
Titik tolaknya.. kena berbalik semula kepada NICHE. Kalau rasa nak cerita khusus bisnes tertentu, apa kata tambah blog khusus. Jangan jadi rojak, keculi blog tu niche memang rojak.
Kalau dah niche, memang pening. Tapi bila dah personal blog, dan takde niche spesifik, apa pun boleh.