10 fakta mengenai ‘kelekaan’ menggunakan Facebook secara extreme..

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet - Tarikh diterbitkan: February 21, 2010 online

Lagi-lagi Facebook, lagi lagi Facebook.
Walau apa pun yang terjadi, dunia internet tidak akan lekang dek Facebook ini. Kalau tidak percaya, cubalah lihat statistik pengguna di bawah ini yang semakin bertambah setiap hari (baru di ambil 5 minit lepas):

facebook-statistic

Tapi hari ini, aku ingin berkongsi sekali lagi beberapa fakta mengenai Facebook yang mungkin boleh membantu pengguna Facebook itu sendiri (termasuk aku).

Walaupun banyak kebaikan mengenai Facebook yang kita boleh dapat (jika kena pada gayanya), tetapi jangan sampai kita “terlena” dengan Facebook itu sendiri.

Di bawah adalah antara beberapa fakta yang mungkin ramai dari kita menyedarinya, tapi still berada “di bawah sedar”:

buang masa sendiri

1. Pembaziran masa.

- Yang ini memang standardlah kan… duduk berjam-jam sampai satu kerja pun tak siap. Leka main aplikasi satu, leka main game pun satu.

body fit

2. Badan tidak akan fit.

- Ini pun satu fakta yang sesiapapun tidak boleh nafikan. Di kalangan brader-brader yang aku kenal (dah berkahwin) sendiripun sekarang ini lebih suka berfacebook di waktu malam. Walhal dulu kalau ajak main bowling laju jer. Alasannya: Nak tahu perkembangan kawan lama katanya.

kehidupan

3. Social life.

- Kamu sentiasa fikir mengenai log in ke Facebook dan update status kamu setiap masa mengenai apa yang kamu lakukan. Padahal, kamu mempunyai social life yang sudah tentu menjarakkan diri kamu dari laptop kamu itu.

kawan online

4. Rakan online dan offline.

- Jelas sekali yang kamu tidak akan berjumpa dengan kawan kamu untuk ngeteh dan sebagainya.

Kerana apa?
Kerana semuanya boleh di lakukan hanya dengan chatting bersama mereka melalui ruang chat Facebook.

mandatori

5. Kesalahan mandatori.

- Kes seperti ini lagi haru.
Apabila sudah mula syok menulis dan gila mendapat respons di kalangan rakan Facebook yang lain, kamu tidak sedar yang sebenarnya kamu telah drag atau mengheret diri kamu sendiri dalam masalah. Kadang-kadang tulisan yang tidak di sengajakan pun boleh membawa impak yang tidak disangka-sangka.

Kejadian yang berlaku baru-baru ini antara jurugambar press dan jurugambar yang satu lagi boleh dijadikan satu contoh yang terbaik.

Tapi ada juga di kalangan pengguna Facebook yang berada pada tahap gila glamour dan ini merupakan masalah yang lebih berat untuk di atasi.

syok sendiri

6. Syok sendiri.

- Fakta yang ini tidak boleh di ambil ringan. Untuk pengetahuan semua, pengguna Facebook di sekitar kamu akan melihat semua status kamu dengan “mendalam”.

Iya… ada di antara mereka yang “menganalisis” semua status kamu dengan terperinci. Jadi berhati-hatilah yea.

perasan

7. Perasan.

- Bab ini dah menyentuh sedikit mengenai soal psikologi.
Apabila kamu tidak berjumpa dengan rakan Facebook lain secara personal, kamu akan cuba untuk “meng-andai-kan” mereka hanya melalui tulisan mereka. Ini cukup bahaya.

Kenapa?
Kerana kamu akan berfikir sampai nak rak mengenai apa yang orang lain katakan. Dan dalam waktu yang sama juga kamu bagai nak rak memikirkan apa yang orang lain katakan mengenai diri kamu!

dihantui

8. Dihantui kenangan lama.
- Kamu tahu yang Facebook berupaya untuk “connect” kan rakan lama kamu. Bermakna sesiapa yang menggunakan Facebook berpeluang untuk mencari kembali kenalan lama yang sudah bertahun tidak jumpa.

Tapi ada satu lagi perkara yang mungkin ramai tidak perasan.

Dalam sesetengah situasi, kamu AKAN dihantui dan di tenggelami oleh kehidupan masa lampau kamu kembali. Ini berlaku setelah kamu accept semua yang add kamu dalam “Friends Request” tanpa kamu selidiki.

Mungkin ada di antaranya adalah mereka yang pernah memberikan kesan dalam kehidupan lampau kamu itu!

nothing

9. Tiada alasan tertentu.

- Ini lagi best sebab aku sendiri melakukan perkara ini. Lebih-lebih lagi apabila sesuatu gambar itu menarik perhatian untuk aku terlibat sama. Tapi ada senarionya:

“Kamu secara tiba-tiba akan komen pada gambar orang yang kamu tidak kenal. Jangan kata bertemu, bercakap pun tidak pernah. Tapi apabila berpeluang chatting, seolah-olah kamu berdua sudah mengenali antara satu sama lain sebelum ini.”

banding

10. Perbandingan.

- Perbuatan, tindakan dan juga rutin kamu yang selalu “usha” Profile orang lain juga sebenarnya BOLEH mengundang perasaan tidak puas hati.

Mana tidaknya… setiap orang yang kamu kenal di Facebook, kamu akan selidiki pencapaian mereka sampai ke lubang cacing.

Apabila tiba pada satu tahap di mana kamu jealous dengan pencapaian mereka berbanding kamu yang hanya tamat SRP, SPM atau Diploma sahaja… kamu akan “down”. Lebih-lebih lagi apabila kamu duduk dalam group sekolah rendah atau menengah kamu sendiri.

* Yalah… kita kerja kilang, orang lain semua lecturer, pilot, bank staff, usahawan, ahli perniagaan berjaya…pelakon, penyanyi dan juga seorang model.

******************************************************

p/s: Ada yang nak tambah lagi? silakan… silakan…


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 51 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. kmzack said:

    OFFTOPIC: bile den letak url kat ruangan website mesti komen tak publish sedih betul

    Masuk Spam box lagi lah tuh adesh

    rohaizad Reply:

    Dah check, takde pulak kat Akismet. Pelik betul :(

    kmzack Reply:

    Tak ape lah bro tak yah url pun takpe gian lak nk komen kat blog bro ni hahahha

    sy suka point no 6 tuh…malulak rasanya yelah betul bro ckp tuh kadang use FB main belasah aje post status kat situ…sampai terlupa ada org sedng analisa ….

  2. abdhakim said:

    fakta no. 10 tue yg slalu berlaku pd sy. Bayangkan sy jumpa seorang kawan sekolah sy, dia dulu duduk dlm kelas yg tercorot, sy pulak group pandai (pd waktu tue laarr, skarang tak). Tup tup skarang nie dia dah ada :

    1. Sebuah syarikat bas ekspress
    2. Gedung online untuk barangan wanita
    3. Ada klinik perubatan alternatif sendiri

    dah laar perempuan pulak tue, aduiii… terpukul sekejap

    rohaizad Reply:

    Itu memang cukup mendebarkan.. huhuhu

    samdaddycool Reply:

    Kadang-kadang keajaiban berlaku. Kadang-kadang tuah menyebelahi kita. Apa-apapun, kita kena berusaha dan bersyukur dgn semua yg kita ada / kecapi. Semuanya sudah tertulis di long mahfuz.

    boss Reply:

    fuhh.. hebat tercabar membaca ni..

  3. miera50 said:

    setuju2.kita kena pandai2 lah bahagi masa

  4. cikjun said:

    hehehe..penah 1 dulu terjebak ngan game dalam FB..lepas tu terpkir..”mcm mne la aku bley dudok lame2 depan pc, dgn bercucuk tanam dlm game. buang mase je rase”

    donny Reply:

    lucu2,dulu org bercucuk tanam kat ladang,skrg depan komputer pun ada juga..hehe

    cikjun Reply:

    hahaha..mmg lucu la gak, lg2 bile dgr kawan2 sy bley discuss, nak susun bangunn2 laa..nak hadiah itu ini lah..

    Shahrul Reply:

    Entah kn, bercucuk tanam kat komputer bkn mendatangkan hasil pun. Baik pg bercucuk tanam betul2.

  5. mohd farid said:

    saya paling suke no 1.. huhu.. memang paling top lar kalau xmembazir masa.. skang dah pndai manage masa.. huhu.. fb tetap on tapi keje ttp jalan..

    mohd farid Reply:

    yg no 4 tu dah di setelkn.. gune fb utk jumpe diorg kembali.. huhu.. semalam baru jumpe..

  6. Nabieel SR said:

    Syok sendiri yang tak tahan..hahaha..

  7. denaihati said:

    Facebook, twitter dan seangkatan dengannya dicipta untuk menjadi HAMBA manusia agar mudahkan kerja, bisnis dan komunikasi tetapi apa dah jadi manusia pulak yang jadi HAMBA kepada benda-benda ni. Maka manusia-manusia ini telah terperangkap dengan perangkap YAHUDI yg memang sebenarnya ingin memerangkap manusia jadi lemah. Apabila kita bijak menggunakan kemudahan maka semakin mudahlah hidup ini tetapi jika tidak maka terjerumuslah kita dalam dunia Khayalan yg tiada penghujungnya.

  8. no 10 tu mmg konfirm..
    huhu..tp seharusnya pk positif ler & jadikan benchmark. untuk kuatkan semangat utk kita berusaha. :) FB nie mmg banyak yg negatifnya kalau tak digunakan secara betul. tapi kalau faham hakikatnya 1 – 10 diatas, insyaAllah buleh cari jalan utk outcome efek negatif yg ada pada fb. heheh..

    p/s: eleh, cam aku ni tak ter efek langsung jer :p

  9. Kujie said:

    sangat ketinggalan bab ini. hanya ada dummy akaun facebook utk register GB saja.

  10. ZaidiRazali said:

    hehehe..kalau dulu, memang rajin tul melayan FB nih..lagi2 mafia wars..hihihi..sekrang tak lagi dah, malas dah rasa,…sekarang nak tumpu lebih pada marketing je lah secara etika, not spamming… :D

    mr.eims @ perfume Reply:

    ala ala sama mcm aku :p
    tambah lagi..
    1 bende yg bg aku penting kat fb ialah tujuan utama dia nk cari kawan2 lama yg dah lost. :) & jangan bagi kawan2 tersebut lost lagi. heheh..

  11. donny said:

    facebook oh facebook..inilah teknologi..banyak perubahan baru berlaku.

    gunakan fb sebaik mungkin kearah yang betul spt pemasaran,update sekali sehari dan jangn leka dgn game2 yg x memberikan faedah.

  12. reezluv said:

    meh aku tambah lagi satu

    Pengiklanan

    memang facebook best untuk mengiklan, tapi kalau ada diantara rakan-rakan yang tak dikenali tetibe je masuk inbox dan mengiklan di wall kamu, adakah berasa best untuk berkawan dengan beliau?Jadi, tekan butang remove friend dengan segera untuk mengelakkan kejadian berulang..

  13. Shahrul said:

    Yang paling melekakan adalah ‘login facebook dpt rm100′. huhu
    Nasib baik aku x leka main game..

  14. mesrani said:

    Kesemua fakta tersebut benar tetapi bergantung kpd individu itu sendiri. Ada penambahan lg kekadang facebook boleh jadi medan fitnah..memerlukan kesabaran bg yg terkena..klu bole kwn2 yg kenal kt facebook byk bt andaian sendiri tnpa selidik. Fakta no.8 plak kejadian itu akn berulang jika masih syok sendiri dengan gelaran,,”wah aku femes ramai add aku”,,(sebenarnya xsampai hati nk ignore orang dah add)..itu realiti sebagai hamba allah yang mudah simpati..

  15. Taufik SM said:

    Aku pula kena buli siber melaui facebook…. :(

  16. lizz said:

    teknologi ni memang tak leh nak sekat. kite as users ni kene pandai kawal sendiri. memang FB ni ade pros n cons. for me, 1 cara nak kawal dr tangan ni gatal sangat nak update mende2 xberfaedah kat FB..cume, close the window aje. slagi ade window FB tu kat browser tu (konon2 nak tengok update kwn2) slagi tu kite akan tergedik2 bazir mase ngan FB :) hehehe

  17. ermm…tak boleh nak ulas/komen sebab memang tak de akaun facebook pun…hahaha.apapun ia bergantung pada tujuan sebenar kita melibatkan diri dengan benda ni.

  18. azwan said:

    aku pun kerja kilang :)

  19. Sain-Web.Com said:

    nasib bek aku tk menceburkan diri dalam FB ni…fokus benda lain lagi best.. repeat n rinse je yang dah berhasil sekarang ni..huhuhu

  20. cyza said:

    Isk..kebetulan pulak..aku buat entri pasal FB, masuk blog ko pun entri pasal FB…what a coincidence……

  21. ibnujusup said:

    jrg facebooking…. blogging je kot…. huhu

  22. pedagangIT said:

    mmmm…
    serius memang facebook ini cabang trafik yang amat menarik …

    alexa pun sekarang 1 rank ..

    saya sedang bertapa sedikit je lagi untuk mula viralkan to network di http://pedagangit.com/facebook

    tgh fikir main map yang akhir

  23. bagi sy fb ni mmg baik dan mmg ade buruknya. biasala ciptaan manusia.bukan ke di dunia ni manusia mmg sering diberi 2 pilhan. ade rajin ade malas, ade tinggi ada rendah.ade sombong ade peramah.macam-macam ade.so buatlah pilihan yang bijak.tak mcm tu en.rohaizad?

  24. satu lagi yg paling untung en. rohaizad lah ..kan,kan,kan

  25. imran said:

    Facebook tetap ranking utama laman web di Malaysia. Tidak dinafikan ada negatif penggunaan FB, tetapi jangan pula dinafikan kesan positifnya :D

  26. alamak!!
    dah berapa jam on facebook jer malam nie… \(-_-)/
    blog pulak tak hapdet2.. :p

    cepat2 tutup fb~ iyah2..

  27. adamfaiz said:

    Aku tertarik dengan komen ko pasal dihantui kenangan lama..ade kawan aku yang kantol ngan bini selepas berbalas sms (mulanya jumpa kt FB la)..Terus phobia nak guna FB..

  28. nizam said:

    facebook ada pro dan kons…tp biarlah kita guna sekadarnya jgn melebih2 sudah

  29. miziology said:

    aku kadang2 je buka FB ni. Mmg boleh membazirkan masa huhu..

  30. Azhar said:

    Saya selalu dapat invitation to joint group atau main game, tapi tak pernah accept.. Sebab aper…. sebab kita akan beri laluan utk administrator access to our data. hehehehe.

    Boleh lah guna FB, tapi mesti cari peluang bahawa friends atau sesiapa yang kita add tu adalh duit.. Boleh tak…..

  31. Shukor said:

    hohoho, tang no 8 dan no 10 tu yang kena kat diri saya.

    Asik2 ingat kisah2 zaman sekolah dolu2…

  32. wanmus said:

    busuk hati ni kat mana2 pun ada..sebab dalam hati manusia ni ada penyakit yang susah nak buang kecuali dengan bersyukur apa yang ada..sapa2 pun jeles bila tengok orang lain lebih..sikit2 nak bomoh..sikit2 nak jatuhkan..kan lebih baik kalau kita berdoa supaya kita pun jadi sama lebih seperti orang tu…wallahualam

  33. Arnain said:

    hahaha.. aq sokong yang men game tue..
    perghh addict gler aq ngan mafia wars…
    huhu

  34. kabu said:

    fenomenq fb ni macam fenomena tv kat us, melekat tak lekang, ….. :)

  35. mijie said:

    facebook ni aku tgk mcm dah jadi keperluan lak, ramai org berlumba-lumba nak ada facebook

    kadang2 rasa mcm wujud nyer facebook, dah menambahkan satu slot dalam jadual harian kita, dari sebelum ni tak guna facebook kita ada masa utk ngeteh, skrg ni dah takder ms

    p/s: kawan2 org rumah aku pada suatu ketika dulu menjadi pelik apabila org rumah aku takder akaun facebook…dan nak tak nak dia pun buat…aku layan je..

    pelik ke takder facebook? mcm handphone lak facebook ni, takder mcm suatu yg ganjil

  36. samdaddycool said:

    Aku nampak kekurang orang-orang kita sibuk update facebook dan online sekerap mungkin. Apatah lagi pada waktu kerja. Tu boleh ditafsir sebagai ‘pecah’ amanah. Nampak remeh, tapi fikir-fikirkan apabila kita dibayar gaji untuk waktu yang ‘dituang’.

  37. [...] pernah berdiskusi mengenai keburukan Facebook dalam entri sebelum ini. Dalam entri tersebut, pelbagai idea dan pendapat telah di curahkan. Dari luahan yang positif sehinggalah ke luahan yang [...]

  38. itzjelai1 said:

    kat facebook ni kan boleh jumpa kawan2 lama dan kenal2 dgn yg baru. boleh tambahkan aktiviti pemasaran, xyah guna ongkos.byr bil jer..

  39. Emran Osman said:

    hm,,,pendek kata, kita kena lah pandai menggunakan masa dengan sebaiknya..kalau layan fb sepanjang masa memang lah tak jadi apa2….sampai sakit2 mata tu memandang monitor….

    setiap orang kena pandai mix semua benda ni…
    kerja satu hal, fb satu hal, masa dgn family satu hal… semua kena ambil kira..

    tapi kalau dicampurkan dengan bisnes macam mane plak tu ae?

  40. [...] 10 fakta mengenai ‘kelekaan’ menggunakan Facebook secara extreme. ii) Tips – Facebook sebagai modal untuk menulis di [...]

  41. eeee…tol2. kdg2 rase klaka je tgk membe2 kat fb asyik sgt nk update status dorg(gle popiler).sampaikan nk g angkat baju kat ampaian pun ckp…huhu