Busuk hati dalam perniagaan.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Bahasa, Orang - Tarikh diterbitkan: February 22, 2010 onlineIni adalah kisah sekitar tahun 2003-2004 semasa aku berniaga makanan (Nasi putih + Asam Pedas + Lemak Cili Api + makanan Melayu):
Kalau sayur tidak cukup, kadang-kadang aku akan pergi ke sebuah kedai menjual barang basah (selain pasar) yang satu ini iaitu Kedai Runcit Man (bukan nama kedai sebenar).
Bukan tak nak ke pasar, tetapi laluan aku sebelum ke kedai tempat aku berniaga tu akan menempuhi kedai ini dulu … barulah pasar. Dan parking pun senang.
Aku: Man, aku tengok sayur ko banyak hari ini… cantik- cantik pulak tu. Geram aku tengokkan. Kasi aku sawi sekilo, kacang panjang 2 kilo dan kobis sebiji.
Man: Haaa… itulah ko… tak tahu. Sayur aku semuanya baik-baik punya. Tak mainlah sayur macam kat pasar tu.. teruk-teruk, hampes… untuk kambing makan bolehlah! Aku punya mahal ada sebab!
********************************

Adehh… terngiang-ngiang aku dengan ayat yang dia semburkan sampailah sekarang. Waktu itu, habis satu kedai di sebutnya berulang kali nak-nak bahagian cerita sayur yang di pasar itu HANYA untuk kambing berulang kali.
Aku agak sedih dengan Melayu yang berniaga macam ni. Bukan pasal sifat etika dan kelakuannya itu akan membuatkan pelanggan yang mendengar pada waktu itu muak dengan perangainya, tapi aku juga “terasa” sebab peniaga sayur yang lain kat pasar tu semua member aku.
Jangan kata peniaga biasa, taukey besar di pasar itu juga dah macam abang angkat aku. Dialah idola aku selama ini lebih-lebih lagi dalam dunia perniagaan. Dari semangat jati diri dan jatuh bangun seorang peniaga sehinggalah menjadi introducer untuk akaun syarikat yang aku ada sekarang ini di Maybank, semuanya dia.
********************************
Aku pun tak tau kenapa sampai hati Man cakap peniaga di pasar macam tu sekali semata-mata untuk menunjukkan pada pelanggan di kedainya yang sayurnya lebih berkualiti. Aku memang cukup terasa sehinggalah hari ini.
Tetapi Allah itu Maha Kuasa.
Allah Maha Adil.
Ini adalah kisah sekarang:
Kebelakangan ini, aku selalu nampak motor pekerja dia (Din namanya -bukan nama sebenar-) di pasar. Aku dah takleh tahan… membuak-buak hati aku ni nak tahu. Kenapa motor pekerja dia ada di sini? Pekerja dia dah berhenti ke?
Jadi pada satu hari, aku terus singgah di pasar untuk mengetahui perkara yang sebenar. Aku nampak pekerja dia angkat sayur dan letak di atas motor. Bukan sedikit, tapi banyak! 2-3 kali trip plak tu!
Aku: Din, ko nak bawak sayur ni semua ke mana? Ko dah berniaga sendiri ke? Kat mana kedai ko?
Din: Bila masa pulak saya berniaga bang… ini tokeh punyalah ni.
Aku: Tokeh? Siapa tokeh ko sekarang? Ko dah kerja dengan Pak Mat pulak ke?
Din: Laaa… apa pulak Pak Mat. Si Man tulah tokeh saya!
Aku: Kenapa dia beli sayur kat sini pulak? Selama ini dia beli ngan member dia kan?
Din: Ha’ah… dia tak tahan sebab harga makin naik. Dengan budak kat pasar ni, murah sikit katanya..
Aku: Alahai… dia beli juga sayur makanan kambing ini untuk di jual di kedainya (kata aku dalam hati).
p/s: Kalau ikutkan hati, nak aje aku datang kedai dia… beli sayur yang sama dan pulangkan “paku buah keras”!
Ciss…. sabar Jad… sabarrr……



alih-alih dia juga yang membeli daripada orang yang dikata dulu. biar dia sedar diri sikit…
huhu tu la jangan dok riak sangat, mana tahu kena balik.. bagus citer ni.
macam meludah ke langit~
haih.. tak baik kan.. kambing2 lakk dipergunakan.. hehe…. dlm niaga jgn la busuk ati. sma2 cr rezki maa…. rezki Allah beri pada sume utk share.. sharing is caring… baru la aman dunia… kalu camni la perangai peniaga2.. tak ke mana lah nye sumer….
nasib org yg berckp besar mmg slalu kne baik..realiti hidup, kan tuhan dh bg cash balik..
tu omputih cakap “what goes around comes around”
Faizal Reply:
February 22nd, 2010 at 12:00 pm
org melayu lak cakap , “jilat ludah sendiri”..
aahhahaha.. adat la tu perangai orang.. die ni maybe jenis kerek skit la… tapi Allah tetap adil, Maha Berkuasa, Yang Memberi Rezeki.. So sape2 yang beringat tentang tu tau2 la nak control.. ehehe (^^,)
roda dah berpusing … itulah dia pusingan hidup
Tu lah, sekarang pun ada org yg merendahkan perniagaan org lain utk meningkatkan perniagaan sendiri. Sanggup kata perniagaan org lain haram dan perniagaan dia jer halal.
Halal haram dipergunakan sama mcm cerita ini, si kambing tu dipergunakan.. huhu
wah ijad dah bela kambing lak..
hehhehe
biasa r adat dunia,ada yang dibayar cash,ada yang beransur-ansur.
haha..normal tu. kalau bab nak kenakan orang ni, memang ramai list. tapi, sabar ajela..
Allah itu Maha Kaya,
setiap kata, perbuatan, dan niat yang tidak baik yang kita lakukan pada orang lain lambat laun akan terkena pada batang hidung kita sendiri juga.
Berpijaklah di bumi yang nyata…
P/S: Teringat dialog Bai singh yang jadi jaga dalam cerita seniman bujang lapok…
hem naseb bek Allah balas cash..
hahah….sebuah sketsa kehidupan…… kat mana2 pun ada, sampai bila pun ada….
hehe…sabo jer…kalau aku, kalau leh tak beli, aku tak beli dah situ…aku jenis tak suka beli kat orang berlagak nih…baik pi jauh sikit takpe, pasal kita beli ni pun mcm tolong diorang wat duit…so, tak perlu nak camtuh…maybe dia fikir dengan wat camtuh, leh wat orang kekal beli ngan dia tu..sekali salah pendekatan pada orang yang salah lak..hehehe
adat berniaga. tapi xbolehla sampai bawa kepada permusuhan.
Patutnya blog post ni dalam Makan Dalam
Tapi mmg betullah kalau pasal bab perniagaan, kes dengki-mendengki ni mmg ada. Bapak aku pun dah pernah kena dulu.
itulah kdg, segelintir org kita ni bila berniaga dah mula timbul perasaan hasad dengki
kenapalah tidak dibentuk persaingan yg sihat dan satu komuniti yang bagus….ini asyik nak dengki perniagaan org lain je…
last2 makan diri
lagi satu kan, org kita ni pantang ditegur mesti akan melatah
teringat pula cerita kisah haji samuri memulakan perniagaannya..
Mujur Blogger antara Blogger di Daerah Maya nie masih belum ada seperti Si Man sayur tu….
Dalam dunia ini, ramai orang sebegitu. Bercakap macam dia yang terbaik, terhebat, tak pernah buat salah. Tapi akhhirnya ‘menjilat ludah sendiri.
Sudah puas mengutuk orang, bila terdesak, minta bantuan orang yang dikutuk pula!
Aduhai…
napa laa diletak kambing, letak le lembu ke.. ayam ke.. itik ke… alih2 semua kambing punya nama
Inilah salah satu kelemahan yang ada dalam diri masyarakat Melayu.
Namun, adakah ia boleh diubah? Bagi saya, terpulang pada diri individu itu sendiri.
Busuk hati dalam perniagaan tidak dapat dipisahkan lagi..Cina cara Cina..Melayu cara Melayu…
sebab pulut santan binasa
sebab mulut badan binasa
sebab sayur kambing binasa
silap sembur buruk padahnya
peniaga yang berjaya sentiasa menjaga nama baik dan syarikatnya..x suka memburukkan orang lain dan ber-gossip. sama ngan blogger,sentiasa memberikan yang terbaik dan x suka memburukkan nama orang lain..:)
biasa la tu.. masa senang ckp buruk2 bila dh susah.. hmm benda yg buruk tu la kita cari
Makan boleh sebarang makan, cakap jangan sebarang cakap.
Kita hidup atas dunia ni pasti Allah akan bagi balik apa yang kita buat atau cakap, lebih-lebih lagi cakap besar.
Boleh di conpilekan dalam siri koleksi teladan.
moral of the story ialah “jangan selalu pandang rendah dengan orang lain”..
huhuhuh..situasi cerita mcm nie selalu di mainkan di dalam drama2 melayu…huhuh..
walaubagaimanapun…cerita ni boleh di buat pengajaran kepada kita semua…
rohaizad Reply:
February 23rd, 2010 at 6:17 pm
Yup, manusia ini rambut sama hitam….
ini mesti peniaga belagak ni…
ckap jerk bagus…tapi xda la bagus sangat pon..
suka2 hati jerk kutuk sayur org lain…
rohaizad Reply:
February 23rd, 2010 at 6:12 pm
Memang peniaga ni berlagak yang amat! Berbulu je telinga ni dengar dia sound orang lain.
emmm… baca cerita nie teringat pulak ajaran ustaz dulu.. “kita kalau cakap kat org biar yang baik-baik jer sebab malaikat akan doa kan kat kita balik, kena ingat doa malaikat tu makbul..”
Mcm kisah ni la.. cakap tak baik kat orang sebab tu kena balik kat dia…
So mulai sekarang kita cakap2 yang baik2 je.. supaya kena kat kita balik.. hehehehe.
chow..
memang pedas, tapi kita kena lebih bijak.. jangan ikut macam dia.. makan dalam gak ni..
Begitulah yang dibicarakan dalam al-Quran :
kami pergilirkan diantara manusia (agar mereka mendapat pelajaran)