Liabiliti yang memotivasikan diri.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Motivasi - Tarikh diterbitkan: February 24, 2010 onlineAda seorang rakan lama yang dah hampir 10 tahun tak jumpa (Ali – bukan nama sebenar). Dia baru sahaja berfacebook dan kebelakangan ini dia agak terperanjat apabila tiba-tiba jer “terdedah” dengan terminologi ‘blogging”.
Hari tu, dia ada bertanya dan sempat juga mengeluarkan statement yang lebih kurang macam ni:
“Sehari kalau tak sebut perkataan blogging, tak boleh ke? Sikit-sikit blogging… sikit-sikit blogging… aku dah menyampah dengar menatang blogging ni . Apa kalau takde blogging ni boleh mati ke? Naik “muak” pulak aku mendengarnya!”
*Sigh…
Soalannya:
Jika kamu adalah seorang blogger yang hidup dan menjana pendapatan dari aktiviti blogging, apa yang kamu rasa ya?
Marah?
Panasss?
Makan hati?
Atau cooool….?
Hurmm… baiklah.
Aku akan menjawab soalan rakan aku ni dengan seikhlas yang mungkin. Serious.
Pada mula aku mendengarnya, jujur aku katakan yang aku agak bengang. Kecewa pun ada gak sebab bukan setakat yang dia ni rakan lama, tapi selamba je keluarkan kenyataan macam tu. Walhal dia sendiri yang tak buat homework tentang blogging.
Cuma rakan punya pasal, aku telan sahajalah ‘telahan’ dia. Dalam masa yang sama, aku cuba untuk mencari jalan supaya dia faham keadaan sebenar dunia blogging dengan harapan satu hari nanti, dia tidak akan mengeluarkan kenyataan seperti itu lagi.
Akhirnya… aku dapat satu idea.
Why not aku gunakan platform blogging untuk menjelaskannya?
Lagi relevan rasanya
So inilah entrinya.
Harap kalau dia terbaca… dia akan faham sebab blogging bukanlah mengenai fitnah sana, fitnah sini…. hentam sana, hentam sini… boikot sana, boikot sini. Blogging itu luas pengertiannya, seluas ilmu yang ada di dalam dunia Allah ini.
Yang nyatanya, blogging itu boleh mencapai satu tahap yang boleh di kategorikan sebagai satu pekerjaan. Ini adalah satu FAKTA kerana aku sendiri menyara kehidupan aku dengan blog-blog yang aku miliki. Sudah bertahun aku melakukan aktiviti ini. Inilah PEKERJAAN aku and this is what I am doing.
Aku faham yang dia mempunyai pangkat di tempat kerjanya. Yup, memang BERPANGKAT orangnya. Tapi janganlah merendahkan PEKERJAAN BLOGGER seperti aku dan blogger yang lain ini dengan perkataan “muak”.
Bagi blogger yang menjana pendapatan dari aktiviti bloggingnya, terus terang aku rasa kenyataan seperti yang di keluarkan itu sedikit sebanyak akan mengguris hati. Blogger pun manusia juga. Betul?
Seorang blogger yang menampung kehidupannya melalui blogging mempunyai satu sifat yang mereka sendiri tahu. Blogger is a “fighter”… tuh dia. Biar macam mana dan apa pun yang orang kata, mereka tetap dengan dunia mereka sendiri. FIGHT!
Betul ke?
Iya betul.Sebab ia akan berbalik pada apa yang disebutkan di atas iaitu PEKERJAAN. Semua orang mempunyai pekerjaan masing-masing. Cuba bayangkan senario ini:
1. Seorang security guard atau “jaga” seperti ayah aku, kalau tidak tahan di perli sepanjang dia bekerja… memang keluarga ini tidak akan ke mana. Orang tetap berkata-kata tapi dia dia tetap harus FIGHT!
2. Seorang pekerja majlis bandaraya yang kerjanya mengangkat sampah tetap akan di pandang rendah kerna pekerjaanya yang berbau. Tetapi apabila dah di namakan pekerjaan, dia harus persetankan dengan kata-kara orang…. yang penting, dia harus FIGHT!
3. Seorang blogger yang pernah di kata orang sekelilingnya sebagai “biawak hidup” (duduk melahu di rumah ditanggung oleh mak bapak) juga harus FIGHT!
Mengapa harus FIGHT?
Sebab setiap seorang dari kita mempunyai liabiliti atau tanggungan yang kita sendiri tahu. Orang kata… kalau tak bekerja, nanti miss soru pula.
Kadang-kadang orang sekeliling kita ini hanya tahu ‘meng-andaikan’ diri kita melalui luaran sahaja. Mereka tidak tahu apa yang ada dalam hati kita. Dan kita pula takkanlah hendak menceritakan masalah kita pada orang lain, betul tak?
Walau apa pun yang terjadi, hidup harus diteruskan.
Hakikat yang sebenarnya ialah BAHU yang memikul ini lebih berat bebannya dari yang melihat. Aku pun mempunyai liabiliti yang aku harus ‘handle’. Yang penting, cara dan pendekatan yang kita gunakan. Jika kita mengambilnya sebagai perkara yang positif, maka positiflah ia.
Pendekatan positif?
Iya… jika kita mahu jadikan semuanya positif, kita harus setkan LIABILITI itu sebagai satu motivasi untuk terus berusaha. Simply said, semua hutang atau beban kewangan yang kita ada harus di jadikan sebagai pembakar semangat untuk kita bekerja dengan lebih rajin lagi. “Anda buat… anda dapat…”
Di bawah adalah contoh liabiliti kasar (kewangan) yang di miliki oleh blogger Kasim (bukan nama sebenar) pada setiap awal bulan:
| Celcom Broadband | RM68.00 |
| P1 Wimax | RM99.00 |
| Bil handphone | RM100.00 |
| Bil di rumah | RM200.00 |
| Belanja dapur | RM200.00 |
| Internet subscriptions, domain | RM300.00 |
| Motor | RM160.00 |
| Kereta | RM600.00 |
| Aktiviti sosial (offline) | RM300.00 |
| Subsidi (saudara mara) | RM200.00 |
| Lain-lain | RM300.00 |
| Komitmen (parent) | RM1xxx.xx |
| Liabiliti kasar | RM3500.00 |
Itu liabiliti hidup masa bujang, tak termasuk apabila berkahwin nanti. Aku pasti ramai lagi blogger di luar sana mempunyai liabiliti yang lebih kurang sama (termasuklah pengunjung dan pembaca setia blog ini).
Untuk itu, kita mesti menerimanya dengan hati yang terbuka dan positif. Tugas seorang anak lelaki (seperti kamu) amat besar… mahu tidak mahu, inilah yang di namakan sebagai komitmen.
Percayalah….
Blogging bukan untuk orang yang ‘handal internet atau expert IT’ sahaja. Semua orang boleh berblogging. Jadi janganlah di pisahkan perkataan blogger itu terlalu jauh dari fikiran umum. Kita semua sama sahaja… bezanya minat dan juga fokus yang ada.
Sebagai motivasi, di sini aku lampirkan beberapa screenshot TERKINI yang dimiliki oleh 2 orang blogger (menggunakan teknik niche blog Seminar Smart Blogging):
Screenshot Menj (owner PetalingStreet.org)
USD575.00 = RM2000.00 dalam masa 2 hari!
Screenshot dari Boy (reza mohyin dot com)

p/s: harap rakan aku yang satu ini ‘nampak’ tentang potensi blogging yang dia kata ‘muak’ itu. Aminnn….
Rasa-rasanya apa yang menyebabkan mereka kuat dalam menjana pendapatan melalui blogging?
Saja suka-suka?
Atau liabiliti?




salam.
btol. sesungguhnya setiap perkerjaan tu ade cabaran, halangan dan keuntungannya yang tersendiri.
ustaz aku penah pesan, kalau kite kerja kutip sampah pon, tapi kalau kite buat keja tu – kutip sampai kawasan tu bersih, kite dianggap lebih cemerlang berbanding dengan pekerja2 yang pakai kete mahal, keje kat tempat aircond tapi task given x siap2.
peace.
rohaizad Reply:
February 24th, 2010 at 3:15 pm
Betul tu Arif. Bila kita mengerjakan sesuatu, biar sampai jadi… jangan separuh jalan. Nice!
ibnujusup Reply:
February 25th, 2010 at 8:29 am
tengah fikir nk settle hutang..
huhu
tu dia…terbongkar liabiliti bro…ingatkan ciput je, rupanyer mengalahkan liabiliti orang keje makan gaji
biase lah bro, budaya makan gaji dah jadi mcm satu benda yang “bagus” pada pandangan masyarakat. bila duk umah ni, confirm orang cakap negatif, jarang positif kecuali orang tau apa yang kita wat sebenarnya…
sistem pendidikan kita pun galakkan kita makan gaji, mana la ada galakkan berdikari cari duit..kementerian yang ditugaskan untuk galakkan berdikari ni pun dah dibubarkan..so, camne?
pendek kata, mcm bro katakan, terus je FIGHT demi tanggungan yang ada
rohaizad Reply:
February 24th, 2010 at 4:03 pm
rohaizad “bukan nama sebenar” …
Aku pon nak try gak. Baru berjinak2. Ade suggestion tak untuk jadi macam en rohaizad? hee
rohaizad Reply:
February 24th, 2010 at 4:05 pm
Jangan jadi macam rohaizad. Jadilah diri sendiri. Yang penting, ada asas dan ada arah tujuan dalam berblogging. Itu jer
aahh. diorang tak tahu. Tu pasal diorang kata blogging ni tak best. Cuba kalau diorang tahu. sure tak cakap besar punya..
rohaizad Reply:
February 24th, 2010 at 4:12 pm
Hurmmm…. diaorang tak ‘nampak’ … huhuhu
dengar cakap orang bak sembilu menghiris kalbu
dengar cakap sifu insyaallah boleh dapat beribu
rohaizad Reply:
February 24th, 2010 at 4:17 pm
Fuhh.. dia punya falsafah… Fauzi Marzuki, Habsah Hassan dan Manan Ngah pun kalah… kikiki
Salam,
Satu entry yang betul-betul baik punya. Semoga kita semua saling hormat-menghormati kerjaya yang dibuat oleh orang lain. Kerana, kita tak tahu kenapa dan mengapa mereka berbuat sedemikian. Apa yang pasti bukan untuk suka-suka habis masa.Tp ada tujuan dan seperti kata Izad,ada liabiliti yang perlu ditanggung.
Tak baik kutuk2 org berblogging ni.iskh2..
rohaizad Reply:
February 24th, 2010 at 4:19 pm
Tak kenal maka tak cinta kan?
huhuhuhu. sungguh memotivasikan daku
cuma, terlalu baru. income dari berblogging pun paling tinggi rm400 aje. lepas menang contest SEO dr bro Denaihati tuh. pray for me too. nak jugak dapat rm4000 per month. hehehe
rohaizad Reply:
February 24th, 2010 at 4:21 pm
Kahwinlah dengan blogger, mesti dapat angka yang diinginkan… lalalalala
Lizz Reply:
February 24th, 2010 at 4:34 pm
lalalala. jomlah kite kawen kat dewan kg melayu tuh. deal? wakakakaka! neway, teruskan tulis artikel macam ni. pembakar semangat!!!
rohaizad Reply:
February 24th, 2010 at 4:36 pm
Deal!
Dun worry, nobody will stop me from blogging.
mohd arif Reply:
February 24th, 2010 at 6:05 pm
pergh
tgk abg rohaizad kawin 4 best gak!!
rohaizad Reply:
February 24th, 2010 at 7:07 pm
Amboi.. amboi.. amboi..
mohd arif Reply:
February 24th, 2010 at 8:21 pm
amboi apenye abg rohaizad… malu2 lak.hehe
rohaizad Reply:
February 24th, 2010 at 8:22 pm
Ehhh.. janganlah… nanti kakak tu marah.. dia garang woo.
Ramai yang masih tidak faham blogging sebenarnya bukan sahaja kita mencari duit semata-mata malahan kita boleh menyebarkan informasi tentang sesuatu pertubuhan atau persatuan atau apa sahaja.
Contoh yang boleh diberikan, Masjid Taman Universiti, Skudai, J.B. buat blog untuk menyebarkan dakwah dan juga aktiviti masjid.
PS : Kemungkinan kawan Encik Rohaizad belum kena penangan blogging kot. Cuba bagi slow talk katakan mengapa tidak kongsikan minat di internet dari login facebook buang masa
rohaizad Reply:
February 24th, 2010 at 4:22 pm
Sebab dia sedang kemaruk berfacebook sekarang ni. Kita tunggu nanti bila dia kemaruk berblogging…. pheeewww
Org suka makan gaji daripada berniaga sendiri, tu sebab blogging dipantang enteng sahaja.
rohaizad Reply:
February 24th, 2010 at 7:19 pm
Hurmm…
nuaeman Reply:
February 25th, 2010 at 3:32 pm
Bos.. banyak tu masukk.. kene upkan nih deal arituh.. heheh.. aku kasi up lagi $20 boleh.. haha..
menj Reply:
February 25th, 2010 at 4:00 pm
Cheh…bengkrap la aku kalau up lagi…aku nak kawin oiii.
awinsjc Reply:
February 27th, 2010 at 2:15 am
ahakz.. mesti ada issue kahwin diselitkan eh… im a blogger too tapi xdpt pun duit… hehe
menj Reply:
March 17th, 2010 at 11:13 pm
Mestilah nak cari duit utk kawin
We cannot make everyone HAPPY!
rohaizad Reply:
February 24th, 2010 at 7:19 pm
Definitely.
Thanks Alan
Sain-Web.Com Reply:
February 24th, 2010 at 9:50 pm
betul tu alan..saya sokong
Salam
Selaen dari menyara hidup, sebenarnya blogging ada kelebihan berbanding pekerjaan lain.
Tanpa sedar berapa ramai yang dapat faedah, inspirasi, informasi dan berbagai lagi melalui entri yang ditulis.
Blogging juga banyak menyampaikan pedoman yang kadang kala kita lupa kerana sibuk mengejar harta.
Cuma segelintir yang menggunakan blog untuk sebar fitnah ataupun kepentingan politik.
Pendek kata, blogging merupakan pekerjaan istimewa kerana banyak memberi manfaat kepada orang lain.
rohaizad Reply:
February 24th, 2010 at 7:17 pm
“Blogging adalah hak milik setiap insan”… milik kita semua.
p/s: amacam? ada macam Maya Karin tak?
saya tak akan muak baca atau bagi komen di blog-blog atau web sosial….
Saya optimis selepas ini dan akan datang (10-20 tahun mendatang) Aset Rohaizad Dot Com akan ada banyak contoh seperti Cawangan2 Cybercafe, Institut Blogging, Restoran Internet, Royalty Buku Hardcover dan sebagainya serta yg boleh di tampung apa jua Liabiliti selepas itu ….
rohaizad Reply:
February 24th, 2010 at 7:16 pm
Perrgghhh…!
POSITIF…POSITIF!!!!
Cayalah!
Siapa kata blogging tak boleh buat duit,, tengok screenshot pun dah menakutkan dan kalah orang yang bekerja makan gaji,
Biarlah orang yang nak kata tu nak cakap apa, kita yang menentukan arah hidup kita sendiri, jika dengan blogging boleh buat kita berjaya untuk menyara hidup sehari-hari, dan boleh buat kita kaya raya, tak salah kan..?
Terpulanglah pada diri sendiri, apa-apa pun cara yang digunakan, pastikan ianya halal, dan tabik kepada bro Rohaizad, income yang ditunjukkan dari blogging sememangnya ganass, dan boleh dijadikan sebagai motivasi kepada mereka yang minat berblogging..
Salam..
rohaizad Reply:
February 24th, 2010 at 7:16 pm
Terima kasih… alaa.. income blogger jer… taklah besar sangat sebenarnya.
maafkan je kawan ko tu. muak-muak pon bukannya dia paham sgt kot masa ni.
esok-esok lusa paham la dia nanti.
sememangnya tanggungan liabiliti kita itu selalu menjadi faktor penguat kita untuk terus berjuang dan berusaha lagi dan lagi…
bukan sebagai bebanan yang mengheret kita jatuh ke belakang.
rohaizad Reply:
February 24th, 2010 at 7:15 pm
Yup… positif…positif…
mintak-mintak orang yang mengutuk itu baca entri ni
kasi tgok SS tuh.maw ckap banyak lagi ka wahai Ali(bukan nama sebenar)? heh~!
rohaizad Reply:
February 24th, 2010 at 7:11 pm
Dia tak kutuk, tapi ‘mengguris hati” jer..
ye kot.. sbb die mmg xfaham blogging tu pe kot.. tak pun saje je nak soal camtu..
rohaizad Reply:
February 24th, 2010 at 7:10 pm
Serious, dia agak bengang bila kat Facebooknya ramai yang cerita pasal blogging. huhuhuh
p/s: dia takleh terima sebenarnya. kenapa pun tak tau.
Adakah kita BETUL apabila kita mengatakan orang lain tidak betul??? semua manusia bagi pendapat saya adalah sama . Mengapa kita harus terasa hati apabila ada orang KOMEN tentang kita? seharusnya kita berterima kasih diatas dorongan atau komen2 yg kadangkala membunuh juga . ia adalah sebagai cermin diri kita yang memang tidak pernah melihat kesan diatas perlakuan kita terhadap yg lain . Jangan kita mendabik dada diatas keupayaan yg kita ada . tidak kiralah apa yang kita lakukan untuk hidup . Setiap zarah/atom/molekul yang bergetar diatas muka bumi ini, ada tujuannya dan tanggungjawab yang diamanahkan disebalik penciptaannya. Walaupun setinggi mana kita mendaki satu masa kita kembali semula kepada asalnya. Jika tiada Penceraian masakan ada penyatuan . begitulah kita sebagai manusia didunia ini tidak terlepas dari salah dan silapnya zahir mahupun batin . Tidak perlu lah kita mengklaim orang itu baik atau orang itu jahat kerana masing2 ada peranannya di muka bumi ini . Sebenarnya tiada siapa2 disini melainkan kediriannya . Kalau kawan cik rohaizad tak mengguris hati, masakan tulisan di blog ini dapat dipostingkan . Tidak ke begitu ? Ia hanyalah sebagai alat atau wadah untuk mengilhami sahaja.
rohaizad Reply:
February 24th, 2010 at 7:08 pm
Apa mesej yang hendak disampaikan ini ya? Berbelit-belit.. pening aku membacanya. Boleh jelaskan lagi?
farquhar Reply:
February 24th, 2010 at 11:00 pm
faham atau tidak sebenarnya bukanlah satu kelebihan pun . Biasanya yang bertanya itu lagi tahu jawapannya . jika tidak, masakan dia bertanya . Si penanyalah sebenarnya yang mendapat first impression atau pun idea disebalik apa yang ditanya . Kadang kala adalah lebih baik mengatakan kita tidak tahu daripada kita mendabik dada mengatakan yang kita tahu . Ini adalah kerana kita tidak akan diberitahu lebih lanjut lagi .
rohaizad Reply:
February 24th, 2010 at 11:02 pm
Fuhh… confirm!
Memang aku pening.
farquhar Reply:
February 24th, 2010 at 11:17 pm
kalau pening, makan lah PANADOL cik rohaizad . Dengan sebiji dua mungkin boleh mengurangkan kepeningan. Akan tetapi cubalah barang sepapan . Mungkin boleh menambahkan kepeningan . Ada mata.. pandanglah.. ada telinga… dengarlah… Ada mulut… MASAKAN DISURUH DIAM… ??? mulut tempayan kita boleh tutup cik… tapi kalau mulut manusia??? apatah lagi mulut blogger2 seperti kita2 ini…
rohaizad Reply:
February 24th, 2010 at 11:21 pm
Ha’ah.. betul-betul. Nanti jangan lupa makan panadol ya
farquhar Reply:
February 24th, 2010 at 11:34 pm
jadi benarlah PANADOL yang menghilangkan pening dan PANADOL juga lah yang menambahkan kepeningan.Bukan satu kelebihan pun…
rohaizad Reply:
February 24th, 2010 at 11:48 pm
Hahahaha… nice one!
farquhar Reply:
February 25th, 2010 at 1:03 am
WALAUPUN BUKAN SATU KELEBIHAN.. cik rohaizad dah faham ke???
rohaizad Reply:
February 25th, 2010 at 1:04 am
Tak.
Belum lagi.
p/s: jangan marah ha
farquhar Reply:
February 25th, 2010 at 2:25 am
Bukan satu kelebihan pun .At least ada modal untuk dibuat cerita/tulis . cuma tokok tambah sahaja apa yg perlu .
pekakkan telinga butakan mata..terus berjuang..ada apa dengan pangkat kalau keja hari2 kena arah buat itu buat ini. hati pun tak senang baik dok umah je..
psst..hari ni sy ponteng kerja(intern) semata-mata nak handle blog network..fuhhh! blogging best!
rohaizad Reply:
February 24th, 2010 at 7:09 pm
Mak aii… gilerlahh… ahahahah
hehehe sebab dia kurang melayari internet. Sekarang ni pun baru baru masuk facebook. Entah entah sebab suratkhabar selalu cerita tentang Perdana Menteri ada Facebook. Dia pun ikut gak.
Sebab dia kurang layari internet dan hanya tengok tv dan suratkhabar jugalah dia fikir yang blogging adalah hanyalah untuk fitnah, politik dan seangkatan.
pssstttt aku dulu dulu pun pk gitu. cuma aku tak suarakan. Sekarang dah tahu dah serba sedikit mengenai blogging
rohaizad Reply:
February 24th, 2010 at 8:00 pm
Aku salute giler dengan pengakuan ko ni Taukey. Cayalah!
betul tu ijad, tapi sebelum tu…aku pun seorang fighter gak..: “fire fighter”
kat opis aku bos aku panggil aku blogger…hahahah
tapi itulah bila org yg tak tahu pasal blogger…mesti akan ckp mcm tu
rohaizad Reply:
February 24th, 2010 at 8:01 pm
Ahli bomba rupanya… ini betul-betul fighter beb! Fuhyoo…!
Gigil beb aku tgk screenshot anak buah rohaizad (bukan nama sebenar)..
Kesian mamat tu, cakap sembarangan tanpa usul periksa.. Aku rasa kalau dia dapat payment paypal hari2 puluh2 usd.. mau hilang rasa muak tu.. kan.. kan.. kan…
rohaizad Reply:
February 24th, 2010 at 8:27 pm
Itu semua atas usaha masing-masing. Jangan kata ko Sam, aku pun menggigil juga… hahahah
p/s: menggigil sebab positif takper..
Tuan Rohaizad yang baik hati,
Betul! Blogging amat penting. (Saya menjana bisnes berjuta-juta dengan memanfaatkan teknologi blogging.)
rohaizad Reply:
February 24th, 2010 at 8:50 pm
Tuh dia!
Sebenarnya kita perlukan jugak orang yang macam tu supaya kita boleh boostkan lagi usaha kita.. Bayangkan jika semua diam teda yang mengkutuk atau mengkritik.. kita tak akan ke mana.. Motivasi lambat terangsang.. dari kita aje bro nak ambik yang baik atau buruk… hehehe bak kata bijak pandai hidup ni satu pilihan? nak berjaya atau gagal..
chow..
rohaizad Reply:
February 24th, 2010 at 8:51 pm
Yup, atas sebab positiflah entri ini tercipta. Kalau di ambil negatif, dah lama dah dia hilang member… huhuhu
Mungkin Ali(bukan nama sebenar) belum sedar kuasa blogging…ataupun tak tahu blogging tu apa. Maafkan saja…:)
p/s: suka ayat ni..Dia buat, dia dapat..:)
rohaizad Reply:
February 24th, 2010 at 9:57 pm
Thanks
income blogging semakin masyuk …tahniah!
Pertamanya, biarlah Ali dgn dunianya sendiri. Lgpn bukannya Ijad mintak duit Ali kans??
Keduanya, kerjaya sbg full time blogger bknnya hina sangat..hina lg org yang malas kerja lps tu mintak sedekah, meragut dsb..
Ketiganya, full time blogger seperti menjalankan biz sendiri..so tak terikat dgn mana2 peraturan majikan..bagi aku lagi baguz..
Keempatnya, jadikan kata2 negative drp masyarakat sbg pembakar semangat utk terus berblogging..
rohaizad Reply:
February 24th, 2010 at 9:56 pm
Damn, nice one!!!
Erm..harap message bro ni sampai ke penerimanya..
pengajaran disini ialah,jangan sesekali merendahkan orang lain..walaupun dia seorang pengutip sampah’..
rohaizad Reply:
February 25th, 2010 at 9:16 am
Harapnya begitulah…
Lain orang, Lain pandangan mereka.
Mungkin sejak kebelakangan ni byk sgt kut cerita negatif kat berita pasal blog n blogger, so sedikit sebanyak membuatkan org rasa blogger ni semua negatif huhu.
rohaizad Reply:
February 25th, 2010 at 9:15 am
Yup, ada juga kebenarannya tu.
Komitmen (parent) RM1xxx.xx
bila lak aku boleh buat komitmen macam nie..tue yang murah rezeki n berkat tue..
rohaizad Reply:
February 25th, 2010 at 9:14 am
Boleh.. insya Allah. Pelan-pelan…
p/s: dulu aku pun ada niat yang sama macam ko Man.
Salam sdr Ijad,
….so arini aku tergerak ati gak utk pertama kalinya memberi komen kt blog ko.Bg aku isu dlm post ko ni sgt tepat sb smua org akan merasa penangan cmni dlm hidup dia melainkn org tu upsr sume A,Pmr sume A,spm sume A,msuk u n kerja pangkat besar mungkin dia lbh byk pujian dr penghinaan.Pengalaman aku yg belajar ttg cr duit online dr 2005 yg pnh kena tipu ngn prog2 hype semakin byk belajar dr dlu smpaila aku jd ebayer yg xlah fulltime sgt tp kdg2 nmpak cm fulltime sb lg byk komitmen aku bg kt ebay dr kerja2 lain,mmg pandangan masyarakat yg cpt melabelkn sesuatu terma utk kita akn bg stress yg agk besar gak kdg2.Pernah kwn aku ckp dlu “ko xde nk keje cm org lain ke,blaja tinggi2 nk dok umh je,baik jd suri rumah” berbisa gak ayat tu….tp aku layan je sb aku mmg suka dok umh ngadap laptop kesyangan aku
apa yg perlu kita lakukan adalah buktikan kpd mereka yg kita adalah seseorang yg xboleh dipandang hina n alhamdulillah aku berjaya membantu beberapa kwn aku yg mkn gaji nk tmbah duit tmbahan,tp melalui ebay la,ttg blog aku bru lg nk bertatih.Bg aku setiap profesion ada peranan dan tggungjawabnya jd kita harus respek kerjaya individu masing2,cthnya mak cik cleaner kt universiti kalo tanpa dia of coz kotor bilik kuliah n xselesa nk blaja jd knp perlu hina kerjaya makcik tu,sepatotnya berterima ksh sb dia laksanakan tugas dia ngn baik(tp ayat standard org negatif biasala,xkn nk mkn gaji buta lak kn).Rezki,jodoh,ajal maut smuanya di tgn Allah jd percayala pd rezki bkn pada apa2 selainnya…Allah akan tlg manusia yg nk ubah nasib dirinya.Dr sek smpai skg aku berpegang ayat ni,n alhamdulillah kritikan org yg xmembina aku berjaya confrant ngn baik.Wlpon skg aku da kerja dlm sektor kerajaan tp bg aku online adalah medium yg plg best utk tambah pendapatan aku dan aku berterima kasih pd rohaizad sb berjaya memotivasikan aku selalu bl bc post2 blog ko.Semoga ko terus sukses n yakinlah pd rezki,insya walopn usaha yg dilakukan mgkin nmpak remeh bg yg xberminat lgsg tp bg org lain n aku,aku berpuas ati ngn blog ko sb educate ramai org cm aku…so arini aku nk ckp blog ko mmg 5 STAR la ijad
Setelah hampir 6 bulan aku menjadi silent reader n hari2 aku menunggu post dr ko especially mengenai niche blog(dan ternyata new entry post ko mmg sgt cpt update,ms 2008-2009 dlu aku slalu ikot sabahan.com n slalu gak tgk ko komen,xtahu knp dia da xupdate
rohaizad Reply:
February 25th, 2010 at 9:12 am
Tuh dia!!!
Dah terbalik dah… aku pulak yang terMOTIVASI dengan cara ko handle semua tekanan dari orang sekeliling.
Tapi aku percaya apa yang diceritakan sebab nampak honesty dalam tulisan ko nih. Serious!
Yang pasti, aku salute sebab ko rajin mencari (tak ramai yang kenal aku pada waktu ko kenal aku di Sabahan.com).
Okay, sekarang aku ada ayat untuk mereka yang ingin survive (kita semua):
“Hanya mereka yang kuat sahaja mampu bertahan untuk sampai ke puncak!”
p/s: thanks
Sain-Web.Com Reply:
February 27th, 2010 at 5:58 am
Hanya orang yang kental je sampai ke puncak..hehehe curi2 masa gi sini jap.
selalu je org cakap kat aku “blogging is for noobs” tapi bila aku tunjuk income terus minta ajarkan pasal blogging.
manusia. camtula.
“Tak kenal maka tak cinta” orang yang cakap tu belum rasa penangan blog. Kalau dah rasa sendiri, mesti dia malu sendiri
tak boleh salah kan kawan ko tue…mungkin sbb dia dah slalu sgt baca kat suratkhabar pasal penulis2 blog yg kene tangkap….mungkin dari situ dia sangka blogging nie kerja tak faedah.
tp bak kata imran, tak kenal maka tak cinta kan…so ko kenal2 kan la dia dgn dunia blogging nie…mana tau satu hari nnti dia jatuh cinta…:)
giler ar..tu ke liabiliti kita tanggung selama ni? aduss..tak perasan pulak banyak tu dalam sebulan kene tanggung. yerlah duit keluar sikit2, tau2 dah nk kering.
alaaa ijad, orang jeles nak wat macamaana..cuba dia masuk family smart blogging, rasanya setiap 3minit dia update tentang blogging..
benda ni sama jugak macam orang cari makan cara lain, mesti nak share ngan orang yang berminat. tak berminat sudah, duk diam2..
Salam Rohaizad, bagi aku BLOGGING merupakan satu tempat kita berkongsi maklumat tentang apa yang kita MAHIR. Contohnya blogger2 professional matsaleh punya spt SmashingMagazine.com, berbloging berkenaan webdesign n graphic tips, CopyBlogger.com, berbloging pasal copywriting n business online/offline.
Jadi dengan adanya blog kita boleh berkongsi maklumat serta ILMU dengan pengunjung blog kita. Selain daripada tu, BUAT DUIT DENGAN BLOG jugak. Sebab tu cara kita cari makan kan.
p/s: Aku kalau sehari tak baca blog org lain memang tak sah. Haha..
Fuh!!! apenyer topik nih…komen2 tu pun dah boleh jadi satu post… Hangat!!!!
Pedulikan je lah Ijad….. Kalau org tak paham tu masalah dia bukan kita. Lain kalau kalau dia tak paham lepas mintak penjelasan kita, kena bagi sampai dia paham gak lah….
Dulu saya pun ada gak kawan yg semacam ni….sewaktu gathering semasa sedang belajar dimenara gading, kawan saya yg belajar di Cambridge Uni boleh tak memandang muka saya ketika saya bercakap dgnnya walaupun kami dari sekolah asrama penuh elit yg sama. Agaknya sebab saya cuma belajar di uni. yg kira second class gitu. Saya terima ajelah keadaan tu… nak buat camne lak…
Alhamdulillah, lepas sepluh tahun dari kejadian itu saya sudah memegang portfolio timbalan pengurus besar, kawan tu masih eksekutif cabok lg…..bukanlah niat saya nak berbangga2…. tapi inilah lumrah kehidupan jika kita fokus dgn pekerjaan kita, InsyaAllah kebaikan akan datang….
Salam penuh ceria,
Saya tahu saya agak lambat untuk memberi komen dekat sini.Hampir semua komen diatas saya baca.Jadi saya ambil paling ringkas bidang blogging bukan setakat pekerjaan tetapi lebih kepada perniagaan.Sebut kepada perniagaan bermakna kerja makan gaji pasti jauh ke belakang.
fuyoo RM 3,500 banyaknya liabiliti. Nie liaibiliti untuk org kaya nie…hehe
Semua pekerjaan yg halal tak spttnya ade org nak kritik. Lainlah kalau buat kerja yg haram. Kadang2 org yg suka kritik nie hanya berdasarkan mentaliti mereka tanpa berusaha nak dapatkan kefahaman yg mendalam tentang sesuatu perkara itu. Umpama katak bawah tempurung.
liability.. bahaya.. kene minimizekan liability.. kalau tak mmg parah!
sokong blogger is a FIGTHEEERRRRRR! ada berani jadi full time blogger?
[...] Masih ingat lagi dengan entri mengenai Blogger Is A Fighter? [...]
Diulas pada April 15th, 2010 at 1:00 am