Celcom BlackBerry® Storm™ 9520 atau Nokia E75?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: February 25, 2010 online

Siang tadi sementara aku hantar kereta ke car wash di belakang Giant Taman Suria, aku sempat pekena mee kari kat kopitiam sebelum pintu masuk. Lepas makan on the way nak ambil kereta, aku ‘tersinggah’ ke kedai dealer Nokia kat dalam Giant tu.

Kenapa?
Sebab awek Chinese yang jaga kedai tu memang pantang nampak kelibat aku. Asal nampak je, dia akan senyum dan lambai… alahai. Dan sebagai lelaki… aku gagahkan juga kaki ini untuk masuk ke kedai tu. Gatal…

Sebenarnya itulah kedai di mana aku beli Nokia N95 8GB 2 tahun lepas. Dan aku masih lagi pakai Nokia itu sehinggalah ke hari ini.

nokia-e75

Tapi lepas aku aku masuk ke kedai tu, cerita dah jadi lain. Aku pulak yang kena psyhco. Habis seluruh jantung ni berdetap-detup bila dia ‘sizzle’ pasal function Nokia E75 (seperti gambar di atas).

Tapi yang pasti dalam hati… aku dah lama terpaut pada Blackberry Storm (tak kiralah Blackberry 1 ker, 2 ker, 3 ker, 4 ker… 18 ker..)

Iya… aku memang dah lama ‘ada hati’ dengan Blackberry Storm ini. Bukan setakat suka-suki gitu je pada Blackberry tapi ada lagi beberapa sebab yang aku rasa “cool” untuk aku memilihnya:

Antaranya ialah:

1. Seumur hidup aku… handphone yang aku dah pernah pakai ialah 1 Sagem, 1 Sony Ericson, 1 Samsung dan 5 Nokia (murah-murah punya). Memang sedikit collection handphone aku berbanding kaki handphone yang lain. So rasanya dah tiba masa untuk ‘bertukar citarasa’. :)

2. Fakta no 1 di atas sebenarnya tidak merujuk kepada jumlah handphone tapi ‘ratio’. Nampak sangat dah banyak kali aku pakai Nokia. So tibalah masanya untuk aku pakai handphone yang lain. Blackberry!! Blackberry!! Blackberry!!

new-blackberry

3. Kenapa Blackberry?
Aku tak nak citer mendalam sangat pasal function-function nih… sebab ada juga function yang ada kat Blackberry, still ada kat handphone lain gak.

Tapi ada di antara function Blackberry yang memang tak boleh blah (tergoda habis):

i) 2GB internal memory-nya. Itu belum campur dengan kedayaupayaan untuk upgrade ke 32GB for the space!

ii) Aku agak tergoda dengan kebolehan Blackberry dari segi ‘View Attachments’. Sama ada percaya atau tidak, Blackberry boleh membaca e-mail attachments dalam pelbagai format seperti JPEG, BMP, TIFF, Microsoft® Word, Excel and PowerPoint®, Corel®, WordPerfect® dan Adobe® PDF <---boleh baca ebook tuh!.

Giler laaahhh…!!!

5. Opsss… ada touch screen plak (jeles betul bila tengok Nokia Ezad yang ada touch screen tuh… huhuhu )

Mantap dan sesuai untuk lelaki. Cuba tengok betul-betul… tak ke macho tuh?
Fuhyoooo…!

Itu model yang dulu… sekarang cuba usha model yang ini plak:

Sah!
Memang kena betul dengan taste orang lelaki. Cuma bab harga tu je yang buatkan ‘slow’ jer mood. Betul tak? Ditambah lagi dengan ‘advance-nya’ aku yang sign up awal sangat dengan Pelan Eksekutif Celcom tahun lepas (sebelum offer Blackberry ini ditawarkan)… (rugi…rugi aku) ahahahah.

Kalau boleh, mau ajer aku putarkan jer kembali masa supaya aku dapat sign up Pelan Executive Celcom hari ini.

Sebab apa?

Sebab kalau aku sign up sekarang, maknanya adalah peluang untuk pakai Blackberry nih. Tak payahlah aku keluarkan duit untuk beli Nokia N95 8GB tu.

Cuba tengok pakej di bawah nih:

blackberry

Harapan untuk aku sekarang ini tak sure lagi kot… tapi untuk kamu yang sama citarasa macam aku, peluang untuk memilikinya masih ada lagi…huhuhuhu.

Tapi tidak mengapalah`kan?
Yang penting, aku cukup PUAS HATI dengan Pelan Eksekutif Celcom yang aku langgan selama ini. Tidak pernah buat hal ataupun salah key in data.

Apa yang aku guna itulah yang aku bayar. Tiada hidden fees or whatever. Dapat rebet lagi adalah!

Yang aku suka mengenai line Celcom yang aku dah guna dekat 7 tahun ini (kalau tak silap akulah… puas aku cuba ingat dari tadi) ialah jarang sekali aku “out of coverage”.

Semuanya okay okay sahaja. Kalau balik kampung kat Kg Parit Melana di Durian Tunggal tu, talian *tut tut* ayah aku memang FAILED! Aku punya selamba jer… “hello…hello…. siapa di sana?”

Dan sebagai bukti, 7/10 dari family aku sekarang dah guna Celcom. Cuma bila dibandingkan dengan aku yang selalu online ini, memang aku menang sketlah…

Maksudnya, aku seorang sahaja yang subscribe online account dengan Celcom. So tak payah nak pening kepala lagi tunggu bil sampai ke rumah. Semuanya akan di maklumkan melalui email.

Check this out:

celcom-bil

Best`kan?

p/s: On the way dalam kereta nak balik ke rumah, aku call Shaffik untuk test function Video Call pada Nokia aku yang aku sendiri tak pernah cuba selama ini (jangan tak percaya ya -ketinggalan zaman betul aku-).

Malangnya… FAIL dan FUNCTION tu tak boleh guna… arrggghhh…!!!


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 70 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Thoha said:

    yesh..jadi orang 1st komen..hehe
    xde rezeki bro kot nak pakai untuk pakai Blackberry nih.
    celcom lak lambat promosi..hehe

    rohaizad Reply:

    Itulah pasal.. huhuhuhu.

    kabu Reply:

    sabar tunggu nanti adalah offer yg lagi best tuh… :)

  2. shah said:

    alamak lmbt sikit
    ape pun sy ttp setia
    dgn 3100
    dr zaman bljr smpi la
    skrg ni
    bukan tkde duit
    cume byk sentimental value
    phone ni..

    rohaizad Reply:

    3100?
    Handphone terbaik untuk SMS contest!

    p/s: teringat kembali pada 3100 yang dulu…

    mijie Reply:

    teringat ms beli 3310 1st model harga rm680…mahal siot masa tu

    tp tahan, siap boleh buat baling masuk dalam parit lagi bile time gaduh ngan awek

    kenangan tu

    rohaizad Reply:

    Haaa… hahaha betul betul Baling anjing pun, anjing boleh mati :)

    Nabieel SR Reply:

    Tahun 1999 nokia 3310 harga RM1.2k hahaha..sekarang RM50 je..tetap best sbb jangka hayat handphone tu jer yang boleh tahan lebih 5 tahun..

  3. antara kehendak dan keperluan memang mencabar minda untuk membuat keputusan:)

    rohaizad Reply:

    Dah terlepas pun peluangnya… ekekeke.

  4. lAl said:

    Ahahaha.. Amek Blackberry la..ehe

    rohaizad Reply:

    Alahai.. yang ada sekarang ni pun lebih kurang sama harganya. Kalau dulu offer ni ada kan ke bagus :)

    lAl Reply:

    Btul2…ehehehe

  5. Aqif said:

    Blackberry memang terbaik dari segi function n so on. Pernah x bro Ijad tgk Sony Xperia? Tu pun agak mengancam. Tapi agak outdated gak. Hehe

    rohaizad Reply:

    Sony Xperia?
    Rasanya itu model akhir 2008 kan?

    p/s: Pernah survey dulu masa nak beli Nokia yang pakai sekarang ni. Alahai… semuanya best..

    Aqif Reply:

    Aah. Tak silap linkungan harga dalam RM1500 sekarang.

    p.s: tau xpe..kalau duit ada..dah lama saya sambar semua hp dalam dunia ni. ahaha :P

    rohaizad Reply:

    Ahahahha… nafsu.. nafsi.. :)

    mijie Reply:

    xperia ni guna windows mobile, touch screen

    memang best…untuk taip mesej pun senang, bila kita taip satu huruf je dah kuar padanan yg sesuai…lagi cepat nak taip mesej…

    tp kurang sket kalau bab sound dia..sbb slow

    rohaizad Reply:

    Hurrmm… thanks, boleh juga buat comparison nanti :)

  6. dr.aku.la said:

    blackberry ni memang best.
    byk features dan functions.
    lagi pun service provider skrg berlumba-lumba promote blackberry ni.
    namun hatiku tetap pada henpon pda HTC ku ini.
    mmg software and application boleh install.
    lagi pon apa2 format application boleh bace.
    even nak ftp pon boleh. *senang nak upload ke wordpress (blackberry & nokia boleh ke?)
    nak layan fuhyooFM pon boleh.
    apa lagi jad sambar pda windows mobile satu lagi CUN!!!

    rohaizad Reply:

    Di dibakarnya aku pulak dengan HTC… alahai… siot jer.. tak keruan aku jadinya.

    Fazreen Reply:

    Saya baru beli 5800xm awal tahun ni..mula-mula nak angkat blackberry yang Ijad cakap tu la..tapi ntah mcm mana terpaut plk kat nk 5800xm.. lyn twitter best je guna 5800xm..apa2 pn tetap inginkan BB dan Iphone..next time maybe..haha..

    Ijad, sy ada cadangan, apa kata Ijad angkat je Ipad bila Ipad masuk Malaysia bln 6 nnt..ada bran???baru geek.. :D

    dr.aku.la Reply:

    ipad besar gedabak tu.
    takleh nk masuk poket.
    tapi best jugak tu. :) )

  7. ibnujusup said:

    pakai brand china je.. :-) asal leh gune, ok kot..

    rohaizad Reply:

    Dah pernah pakai… tapi sekejap jer…huhuhu

  8. miziology said:

    teknologi akan sentiasa kehadapan. hari ni Blackberry keluar esok lusa apa plak yg akn keluar hehe..kalau dh minat ijad, apa lagi sambar je la terus haha

    rohaizad Reply:

    Nak sambar… tapi lagi bagus kalau Celcom kasi FREE…

    p/s: berangan jelah…

    dr.aku.la Reply:

    wahai celcom officials…
    dengarlah rayuan si ijad ni.
    ps. tuan penasihat.. 5% hehehe…

  9. taukey said:

    aku senantiasa berpaut pada nokia. Tapi kalau antara E75 dengan Blackberry, aku ambik blackberry. Cuma aku kuat SMS menyebabkan aku tak suka dah guna touch screen. hehehehe.

    aik…apa sal kau punya video call kat N95 tak boleh? Kau punya sim kad dah 3G kan? sepatutnya boleh.

    rohaizad Reply:

    Haaa. itulah pasal. Aku pun pening, nanti nak jumpa balik awek Chinese tu.

    p/s: kalau Celcom sponsor aku Blackberry kan ke best? huhuhu :D

    mijie Reply:

    cuba tgk setting dkt network tu, kalau tak boleh gak…celcom mesti ada interaktif sms kan…mcm maxis *100# then kita boleh request untuk 3g setting and so on..

    so senang jer…lepas request maxis akan hantar setting kat phone kita, pastu save jer terus boleh guna…

    sbb tu aku setia ngan maxis dari tahun 2000 lagi,dah 11 tahun rupanya aku pakai maxis hahaahhahaha

  10. mijie said:

    blackberry tak support garmin untuk gps

    tp kalau nokia support…ada gps senang nak buat jalan2 ke tempat yg kita tak tahu jalan

    tp kalau nak beli blackberry gak ok….pastu beli je gadget gps satu lagi, hohohoh

    rohaizad Reply:

    Haaa?
    Ye ke?

    p/s: tapi betul gak… kat rumah ni pun ada GPS gadget :)

    mijie Reply:

    so, sambar je blackberry, tp kalau xperia pun ok, touch screen tapi ada key pad, mcm keyboard…hohohoho

    cuma besar skit la xperia ni

  11. M0hd Fasha said:

    Salam,

    Macam best pula Blackberry Storm nie. Dulu cita2 nak dapatkan iPhone 3GS.

    Hmm, asalkan ada duit, dua2 pun boleh beli,huhu..

  12. Jad, harga pakej yang kat ats tu di bayar every month selama brape tahun? Aku cam tergoda pulak dengan yg touch screen tu. Bapak mantapnye body dia. Dah macam ayam jantan kampung

  13. Zulazis said:

    Celcom BlackBerry® Storm™ 9520 atau Nokia E75….?

    beli dua-dua sekali…. 1 untuk kerja, 1 untuk chat dengan girlfriend-girlfriend….

  14. Nadri said:

    rasanya macam nak sambar jgk pakej Celcom Backberry nie..tp taun lepas aku baru jer tukar Nokia 5800 XM..

    aku beli dkt kedai hp dalam XTRA, depan pintu keluar GIANT..

    apapun, pakej Blackberry nie sgt sesuai uth bizman & those yg byk buat panggilan..tentu Berbaloi-baloi..

  15. titan said:

    aku pun memang nak angkat blackberry..cuma tunggu hp sony aku nih rosak aje. plan celcom tu memang aku suka. memang best sikit celcom nih..hoho..

  16. Ezad said:

    Beli jgn tak beli, nnti boleh buat live blogging cam megat punya..hehe

  17. matjoe said:

    mantap bro entry ngko. walau dh sedia maklum aku tak bersedia nk miliki blackberry ni, aku cukup terhibur baca entry ni

  18. Edyanie said:

    aku layan maxis lagi..saje je kekal, biar “tahan” gak la maxis ni duk bersaing…payah gak kalau tinggal 2 je (digi ngan celcom)..kang jadi macam dulu, nak sms 20 sen sekali hantar…hihihi….

  19. menj said:

    Aku dah ada N97, tak perlu lagi beli handphone baru. Kekekeke….

  20. imran said:

    Tahniah in advance untuk bro. Lepas ni online 24 hours via blackberry :D

  21. donny said:

    tahniah!

  22. Shaffik said:

    Sama macam aku..bila dah beli E71, baru la pakej blackberry ni keluar..tapi takper..yang penting aku dah menghadiahkan diri aku sendiri untuk Nokia E71…huhuuhhhhuhhuu…

  23. Sain-Web.Com said:

    Income blogging ada kan ijad…so, sambar je lah satu…biar rasa puas di hati..hehehe

  24. bila income dah sedap, bolehlah pilih2 handphone..hehe..

    saya pun sama dengan rohaizad, minat dekat blackberry, senang online

  25. eyriqaz said:

    wah,good entry..good luck ya…

    rohaizad Reply:

    Thanks :)

    p/s: macam kenal je dengan gambar driver F1 tu… ekekeke

    eyriqaz Reply:

    rohaizad: yup,i take from ur site here…sorry,tak minta permission dulu/gave credit to u…sat agi saya letakkan+kalau gambar tak dibenarkan,nanti saya removekan juga….

    rohaizad Reply:

    Bro eyriqazz,

    No problem lahhh…. itupun di ambil dari web lain juga… ekekeke.

    p/s: yang penting, gambar tu dapat membantu review :) ahahah

  26. fadzlihani said:

    kalau pakai HP tapi guna prepaid, tak macho ler!!! HP mahal, tapi asyik sms jer, nak call takut kredit habis (^_^) hahhahahah

    FakhrulRadzi Reply:

    Kak..top up 3 ringgit ada..? hehehhe

  27. wanmus said:

    alaa..setakat RM252 sebulan tu, celah gigi je ijad..angkat lah terus.. memang smart pun blackberry storm ni. tapi kalau dah angkat, jangan goda kawan2 untuk beli jugak tau..hahahaha

    FakhrulRadzi Reply:

    Wanmus: Ijad goda camna ? di goyang goyang perut dia ehh hehehe

  28. FakhrulRadzi said:

    Perghhh..mahalnnya hset..beli set Wilson atau nickent lepas nihh…heheh

  29. fitrijohari said:

    first tyme melawat!! mcm besh je pki hp tuh..nnti nak pki gak la d mase dpn…hehe
    kalo x bli ngan plan celcom tu x bley ke?sbb sy pki u pac..
    memandangkan duit yang xbrape nk byk da keje sok la bru pkai..haha..skang gne SE c901 :)

  30. nice post and good luck!

  31. cyza said:

    Aku pun dalam proses tukar hp…
    tapi masih tak pasti nak hp yang mana…ishk…

    cyza Reply:

    Akhirnya, aku dah beli pun blackberry storm sebijik tadi… aku harap ko pun beli ijad…so, kita boleh chat guna features blackberry tu…

  32. safar said:

    sebab apa saudara rohaizad nak putar
    balik masa yang lepas.bukankah benda dah terlepas.
    tak sangka si awek cina tu tersenyum bila tengok izad.hehehe….nasib tergoda dengan blackberry.

  33. InfoPerisian said:

    memang tak dinafikan, ramai yg ingin berkeinginan untuk mendapatkan hp blackberry…lebih kelihatan ekslusif skit…mungkin bagi anak muda lebih suka nokia 5800xm dan SE…hehehe..

  34. Sain-Web.Com said:

    masih setia dengan HP lama nih..

  35. safar said:

    Si awek cina tu belum berpunya kot.sebab tu tersenyum pada saudara Rohaizad.hehehe……….

  36. [...] was a really interesting offer but I still let it go. Yesterday, I read a post by my good friend, Rohaizad who is also thinking to get himself a new set of smart hand phone. After reading his post, I surfed [...]

  37. eCho said:

    ader satu yang best pasal entry nih, bukan phone tu.. or celcom pakej tuh.. tapi bill statement tu, aku dpt no ijad.. whohohohoho.. =)

  38. Rammel said:

    Tak payah fikir panjang. Ambik je BB bro…
    Kalau dah berkenaan. Kang nanti menyesal lak tak ambil

  39. minat..mmg minat sesangat..blackberry..tp bile pikir2 nanti dlulah..

  40. boss said:

    kalau aku dua2 aku tak minat.. iphone lagi best.. tapi harge mak datuk RM3500 tu.. kalau tak silap la..