Ingin beriklan? Sila klik di sini


Saya tidak sombong, cuma saya tidak mampu.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: March 31, 2010 online

* Entri ini akan menggunakan kata ganti nama diri “saya”

************************************************

Sesiapapun tidak boleh “predict” ataupun menentukan nasib masing-masing. Semua manusia mempunyai tekad dan semangat tetapi untuk menjadikan diri sendiri sebagai satu “figure”, itu bukanlah niat asal… lebih-lebih lagi dalam dunia blogging.

Entri ini bukanlah entri mendabik dada. Walaupun entri ini agak pendek dan ringkas, tetapi mesej yang ingin di sampaikan cukup bermakna kerana ianya akan bersangkut paut dengan tanggapan orang terhadap diri saya (mungkin akan berlaku pada anda juga suatu hari nanti!)

Baiklah.

Sebagai seorang blogger, adalah menjadi satu tabiat untuk mereka “berkongsi” semua info yang di rasakan sesuai melalui blog masing-masing. Walaupun tidak ada orang yang menyuruh atau memaksa, hakikatnya kita sendiri yang ingin melakukannya dan kita suka dengan apa yang kita lakukan.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Tak kenal maka tak cinta, tapi dah kenal tak semestinya bercinta.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging - Tarikh diterbitkan: March 30, 2010 online

Okay, cuba perhatikan di dalam gambar ini. Jika kalian perasan, ada 2 jejaka yang tak berapa hensem :D (haha) berdiri bersebelahan. Adakah kalian kenal dengan mereka?

Yang mana satu?
Alaaa… yang berdiri di belakang 2 dari kanan nih:

boymus

Gambar di ambil daripada blog Noorizam yang kini giat menjalankan Seminar Ebay.

Pada waktu gambar ini di ambil, aku tidak kenal lagi dengan mereka berdua. Begitu juga sebaliknya. Baik Boy mahupun WanMus, mereka juga tak kenal aku.

Bukan disebabkan atas dasar kesibukan, tetapi aku rasa pada waktu tu blog ini sendiri pun belum cukup matang dalam arena blogging tempatan. Sekarang lain dah…. mereka berdua inilah antara sahabat blogger yang duduk minum teh tarik bersama-sama dengan aku.

Bagaimana boleh berjumpa dan kenal-mengenal antara satu sama lain?
Mudah sahaja.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

NiagaKit – sistem web jualan, perniagaan dan sokongan.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Review - Tarikh diterbitkan: March 29, 2010 online

niagakit

Jika kita di beri PERCUMA satu sistem web jualan yang boleh kita gunakan untuk menjual produk sendiri secara online kepada rakyat Malaysia (khususnya), apakah sistem yang paling SERASI dan SELESA untuk di pilih?

Okay…
Soalan di atas mungkin terlalu umum tetapi cuba FOKUS semula pada perkataan SERASI dan SELESA itu. Kemudian fikirkan sekali lagi jawapan yang akan di beri.

Kalau ada jawapan selain dari sistem web jualan NiagaKit (kedai online), sila nyatakan di ruangan komen kerana hari ini… sebab aku ingin berkongsi sedikit info mengenai hasil kerja tangan beberapa Usahawan Internet Malaysia.

Baiklah.
Rasanya semua pernah dengar nama NiagaKit. Nama NiagaKit ini bukan satu nama baru tetapi sudah lama wujud. Pada zaman awal kemunculannya beberapa tahun lepas, ramai yang bersikap skeptikal dengan produk ini. Biasalah, benda baru… di tambah lagi dengan kekurangan exposure ataupun pendedahan.

Tapi lupakan sekejap mengenai sejarah NiagaKit ini. Sebab ada perkara yang aku rasa lebih penting untuk diberitahu dan untuk menjelaskannya dengan lebih mudah lagi, aku telah bahagikan penerangan ini kepada 3 bahagian iaitu:

1. Sistem Web Jualan (kedai online)
2. Perniagaan (internet)
3. Sokongan (perkhidmatan)

Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Etika Dalam Beriklan – berikan pendapat anda.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: March 29, 2010 online

Blog ini pernah menerbitkan banyak entri mengenai PENGIKLANAN di blog seperti di sini dan di sini.

Tetapi hari ini, kita TIDAK AKAN membincangkan mengenai potensi pengiklanan di blog. Kita akan pergi “luar” sedikit dari apa yang pernah kita bincangkan selama ini.

Topik yang akan di highlight`kan ialah ETIKA KETIKA BERIKLAN. Iklan adalah suatu mesej yang ingin di sampaikan oleh pengiklan kepada prospek masing-masing. Tetapi harus diingat dunia pengiklanan mempunyai etika-etika dan juga tutur tertibnya yang tersendiri.

Baiklah, iklan ini di ambil ketika aku sedang surf di Mudah.my. Apabila ternampak sahaja iklan ini, aku terus screenshot sebab ada 2 perkara yang tidak elok telah di implementasikan. Senang cerita, tidak beretika…

Dan sekarang cuba lihat gambar di bawah.

Terdapat perkara yang tidak berapa elok untuk di gunakan dalam pengiklanan tersebut. Kalau nampak… cubalah huraikan apa yang salah dan dalam masa yang sama, sila berikan pendapat untuk perkara yang betul supaya rakan-rakan lain dapat belajar sesuatu daripadanya.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Tiba giliran untuk rohaizad pula bertanya – jawab, jangan tak jawab yea!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: March 28, 2010 online

Dulu dalam usaha untuk rohaizad dot com merapatkan hubugan silaturrahim dengan pembaca blognya, dia telah menerbitkan satu entri yang membenarkan pembacanya menyoal apa sahaja soalan. Boleh di katakan 95% soalan telah di jawab dengan cool dan juga merah padam muka.

So hari ini apa kata rohaizad dot com pula memberikan soalan untuk pembacanya?
Soalannya mudah sahaja, begitu juga dengan jawapan yang akan di jawab.

Siapa yang nak jawab, bolehlah jawab… tapi kalau tak nak jawab pun, tidak menjadi masalah. Sebab bukan nak atau tak nak yang di perlukan, tetapi tujuan sebenarnya ialah untuk melihat apakah JENIS dan BENTUK jawapan yang akan di berikan oleh pembacanya kelak.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

← Catatan sebelumnya