Ingin beriklan? Sila klik di sini


Tips – cara untuk turn off Google Buzz di Gmail.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet, Tips - Tarikh diterbitkan: March 1, 2010 online

Akhir-akhir ini, dunia internet Malaysia agak kecoh dengan cerita-cerita yang SCAM dan SPAM. Blog ini sendiripun banyak mengutarakan cerita yang lebih kurang panasnya.

Dari aktiviti SPAM-menyepam di Facebook, melalui handphone dan juga melalui email… semuanya dilakukan oleh orang yang digelar SPAMMER. Dan kini, terdapat satu lagi feature di dalam GMail yang telah menjadi kegemaran SPAMMER-spammer ini untuk meneruskan aktivitinya iaitu melalui Google Buzz.

Untuk pengguna tegar GMail (seperti aku), aku rasa ada masanya kita harus bertanya kepada diri sendiri mengenai keperluan yang kita sendiri perlukan. Maksudnya, bukan semua perkara yang baru itu harus di cuba.

Aku masih ingat lagi pada awal waktu kemunculan Google Chrome dulu, hati aku cukup tidak “berkenan” dengan apa yang di tawarkan. Bukan kekok tetapi dari segi performance, memang Google Chrome terlalu teruk pada waktu itu dan atas alasan itulah aku tetap dengan Mozilla Firefox.

Tetapi tidak lama kemudian, barulah aku berpuas hati dengan performance Google Chrome. Dan kini, Google Chrome telah menjadi pilihan No 1 aku sebagai browser yang amat selesa untuk di gunakan.

Begitu juga dengan Google Buzz.
Hati aku belum lagi boleh menerima feature ini. Lebih menyedihkan, masih ada lagi SPAMMER yang menggunakan kemudahanini terutamanya apabila Google Buzz di selitkan sekali dalam akaun Gmail.

Memang benar kita boleh setting, edit Google Buzz serta macam-macam lagi tapi personally, aku belum lagi cukup bersedia untuk menggunakannya. Sebagai kesimpulannya, aku prefer untuk turn off dulu features Google Buzz ini.

Jika ada yang ingin turn off`kan Google Buzz mereka, maka ikut dan lihat sahaja gambar di bawah:

1. Login ke akaun Gmail masing-masing.
2. Scroll sehingga ke bawah sekali.
3. Perhatikan pada link “turn off buzz”
4. Klik pada link tersebut.

google-buzz

5. Selepas itu, sila klik pada “Do not show Google Buzz in Gmail” dan tekan “Save Changes”. Itu sahaja.

Dengan cara ini, maka mata aku tidaklah “semak” dengan spam yang di hantar pada Google Buzz dalam Gmail aku. Walaubagaimanapun, jika ada yang telah siap set up “page” untuk Google Buzz masing-masing (tidak mengganggu Gmail), itu tiada masalah kot.

p/s: maka dengan rasminya pada hari ini 1hb Mac 2010, aku akan “merehatkan” Google Buzz buat sementara waktu sehinga ke tarikh yang di rasakan betul-betul sesuai untuk menggunakannya kembali :)


catatan

bawah



Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 23 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. fadzlihani said:

    kalau nak ikutkan spammers ni Tuan Rohaizad, kat mana2 tempat pun dia pergi. Tapi saya suka dengan Buzz, mungkin saya akan tulis buku baru berkenaannya.

  2. Aku pulak masih belom lagi gunakan google buzz ni. Belum memerlukan lagi wat masa ni.

  3. Sain-Web.Com said:

    tak cuba lagi apa ke bendanya tu G Buzz

    ibnujusup Reply:

    macam g alert kot..:_)

  4. Kujie said:

    tengok juga beberapa buzz kat gmail tetapi setakat hari ini tak ada lagi spam

  5. nanahana said:

    salam,
    sy nk updet sket pasal sms scam. dlm paper the sun ade mention. tajuk nye : 100% increase in SMS scams
    jika tak bole unsubscribe stop cancel dsb bole log aduan ke Communications and Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM) di website mereka dan juge repot polis di http://www.cfm.org.my, or via CFM’s toll free number at 1-800-18-222, or by email at aduan@cfm.org.my.
    tq…

  6. abangnara said:

    tak larat nak main google Buzz nie
    Facebook pun tak habis guna lagi.
    Penat-penat.

  7. safar said:

    sakit hati betul dengan google buzz ni.mereka
    patut rancang dahulu.bagi mengelak sang spammer.

  8. mantra said:

    Oh begitu rupanya….
    orait thanks bro ijad

  9. Nabieel SR said:

    Aa..bagus juga untuk mengagalkan orang SPAM melalui gmail.

    Tuan Rohaizad, kenapa letak iklan di atas ruangan komen ini. Takut mata juling di antara artikel dengan iklan yang berkelip-kelip dan berwarna-warni :D

    rohaizad Reply:

    Untuk “senaman” mata… hihihihi :)

    ibnujusup Reply:

    senaman mata yang menguntungkan :-) huhu

  10. alone said:

    kalau dah nak spam tu.. ikut celah mana pun dia nak spam.. xpaham2 bahasa.

  11. khairolghani said:

    tak tahu lagi guna macam mana Google Buzz tu..kemungkinan besar tak kan guna kot..haha

  12. donny said:

    tq for the tips bro.. :)

    aku dah daftar google buzz sbl ni tapi x guna2 pun.maklumlah facebook masih lagi pilihan hatiku dan juga kebanyakan orang..

  13. reezluv said:

    oho.tak ku tahu plak ada link yang begitu kecik kat bawah tu..tima kasih..hehe

  14. cyza said:

    Aku pulak biarkan je Buzz tu bertumpuk2…
    Aku tau camna nak off kan…tapi malas…huhu

  15. miziology said:

    Aku xboleh tengok kalau ade nombor kat buzz ni..mesti nak klik.. sbb dh biasa ngan gmail
    so mmg patut aku rehatkan buzz ni jugak hehe

  16. mijie said:

    hari ni gak aku turn off kan google buzz aku

    berehat yer dulu, semak tgk SPAM

  17. galut said:

    Terima kasih tuan dengan info anda,aku baru saja tau dengan tersiarnya info tuan ni….T.Q….

    rohaizad Reply:

    Sama-sama.. terima kasih kerana sudi berkunjung :)

  18. haaa…lega..aku baru ja buang..dh x masuk sampah2 dlm akaun gmail aku..kahkahkah…

  19. menj said:

    Tak pakai pun Buzz tu tapi biarkan jerr, sebab aku tak gunakan Gmail sebagai primary email aku :mrgreen: