Tips blogging – tulis sahajalah!
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Tips - Tarikh diterbitkan: March 3, 2010 onlinePerbuatan menangguh sesuatu kerja yang ingin di lakukan sememangnya boleh memberikan kesan yang tidak bagus. Dalam apa jua jenis pekerjaan, sifat suka bertangguh akan membuatkan sindrom “last minute” semakin menebal di dalam jiwa.
Sama juga dengan aktiviti berblogging.
Walaupun dalam kebanyakan perkara kita selalu ingin ‘memberikan’ yang terbaik kepada pembaca kita, tapi kadang-kadang kita juga harus memberikan yang terbaik untuk diri sendiri. Maksudnya, kalau entri itu lebih kepada ‘syok sendiri’, maka tulis sahajalah.
Mengapa?
Kerana pembaca tidak terdiri dari satu jenis. Pembaca mempunyai pelbagai ragam dan selera. Kalau kita terlalu cover tutur tulisan kita itu dengan gaya olahan tahap ke-8 kuasa petala langit dan bumi, di situ juga terdapat risiko yang kita sendiri tidak sedar.
Be yourself!
Sebab itulah yang pembaca inginkan!

Aikkk?
Sebabnya?
Sebab itu semua adalah salah satu cara yang mudah untuk kita luahkan keserabutan di dalam kepala. Walaupun kita tidak di galakkan untuk meluahkannya setiap hari, tetapi entri yang pelik itu wajar di tulis sekali-sekala kerana itu blog kita. Asalkan tiada unsur lucah, provoke yang melampau dan tidak menjejaskan mana-mana pihak. So dun worrylah.
Sungguhpun begitu, terdapat beberapa kebaikan apabila kita menulis mengenai cerita-cerita yang mungkin berada di luar tanggapan pembaca setia blog kita sendiri.

Apakah kebaikannya?
Antara kebaikannya ialah:
1. Kita dapat mengeratkan lagi hubungan kita sebagai pemilik blog dengan pembaca kita sendiri.
Mengapa pula jadi begitu?
Ini adalah kerana jika sesekali kita “buang tabiat” melalui gaya penulisan yang jarang kita implementasikan, sudah semestinya pembaca kita akan berasa hairan.
Dan apabila ini berlaku, mereka akan tertanya-tanya. Sebagai resultnya, mereka akan mengisi ruang komen dengan pelbagai persoalan. Mengapa… kenapa… dan pelbagai soalan lagi akan muncul. Semakin banyak persoalan yang di berikan, semakin rapat perhubungan yang terjalin.
2. Dapat membantu kita menulis walau dalam keadaan kita tiada idea untuk menulis.
Masih ingat lagi tak?
Dulu kita kata susah untuk menulis. Dulu kita kata tiada idea untuk menulis. Dulu kita kata kita jeles dengan tulisan blogger ini, blogger itu. Tapi apabila kita ada idea untuk ditulis, kita pula yang pandang rendah pada diri sendiri.
So kalau dah ada idea tu, tulis sahajalah. Tak payah simpan jadi draft pun boleh… just do it. Apa yang hendak di sampaikan dan di kongsikan, let it be.
Kalau kat Facebook tu, status kat Wall dia bukan main panjang lagi. So apa kata perkara yang dibuat di Facebook itu ditransferkan ke blog. Amacam?
* Entri ini sebenarnya baru sahaja di tulis (pada ketika tidak tahu hendak menulis apa sebentar tadi). Jadinya, dalam keadaan dan situasi “tiada idea” itu kalau di terjemahkan ke dalam blog, rupa-rupanya mampu untuk menghasilkan satu entri baru. Hurmmm, seperti yang di katakan di atas….. “tulis sahajalah!“
Kesimpulannya, hidup ini memerlukan variasi.
Hidup ini bukanlah satu skrip yang semestinya perlu diikut 100%. Jika ada idea yang datang, tulis sahajalah. Tak payah bersusah payah bagai nak rak semata-mata hendak mengumpul material untuk ditulis sampai mengambil masa 1 hingga 2 minggu… pheeewww. Blog dibina untuk menggembirakan hati kita, bukan untuk membebankan minda yang ada.
Di sini ada lagi beberapa tips yang mungkin boleh di gunakan (sekadar tips yang di timba melalui pengalaman yang tidak seberapa):
1. Jika kita hendak menyampaikan satu mesej dengan padat dan berkesan, jangan sesekali memasukkan cerita mengenai topik lain di dalam artikel yang sama. Jika tidak, pembaca akan pening.
So apa yang perlu dibuat ialah EMPHASIZE`kan topik itu dengan lebih terang dan jelas. Tidak kiralah berapa panjang artikel itu tetapi kalau semua faktanya relevan dan menarik untuk di baca, itu bagus. Jika ada contoh ataupun link yang di rasakan perlu untuk di letakkan, letakkan sahaja… itu lagi bagus.
Untuk membuatkan artikel itu lebih menarik….. gambar, muzik dan video juga boleh di gunakan. Ia amat membantu fokus dan pemahaman pembaca untuk membaca artikel kita itu tadi sehingga habis.
2. Selalunya apabila kita menulis dengan menggunakan tajuk “Tips”, memang kita akan menggunakan nombor untuk memudahkan pemahaman pembaca. Tetapi ada satu lagi perkara yang kita harus tahu mengenai corak tulisan sebegini.
Dalam situasi di mana kita hendak menyampaikan pelbagai mesej berlainan, menggunakan nombor sebagai fakta atau meletakkan tajuk SNIPPET juga amat membantu. Pembaca akan suka jika kita berbuat sebegitu dari mengumpulkan semuanya dalam satu artikel yang panjang.
3. Sentiasa gunakan “p/s” untuk memberikan impact yang lebih kepada artikel atau tulisan kita itu tadi. Fungsi “p/s” amat kuat kerana ia mampu untuk “menyedarkan pembaca dari terlena” dengan apa yang telah mereka baca.
p/s: Pendekatan yang di terangkan dalam entri di atas sesuai di gunakan sekali sekala sahaja. Itu pun hanya untuk personal blog ya, bukan spesifik niche blog.
p/s/s: Thanks untuk mereka yang wish hepi besday untuk aku semalam. Walaupun umur aku dah 31 tahun (dah tua dah), tapi jiwa kat dalam ni masih lagi 21 tahun…. pssst: dalam hati ada taman… ahahahah



yup. just be yourself!
rohaizad Reply:
March 3rd, 2010 at 1:05 pm
“Stay the same”
Salam bro Ijad. Happy belated Birthday!
Macam saya, bila rasa tak ada idea nak ditulis, saya tulis sahaja apa yang terlintas difikiran masa tu…
rohaizad Reply:
March 3rd, 2010 at 1:05 pm
Yup.. that’s what blogging is all about
eh, happy belated bezday!!! ada apa je ngan angka kan???hehehe. pasal menulis artikel dalam blog ni..tak perlulah nak ikut sangat selera pengomen2. kalau ikutkan sangat kata2 menyakitkan hati kononnye entry kite ni merepek bla bla…sure tak enjoy.
just be urself sudah.
rohaizad Reply:
March 3rd, 2010 at 1:04 pm
Ada apa dengan angka… I like that
Salam,
Happy Belated Birthday. Oo..31thn rupanya.Tua setahun dari saya.Hehe..Moga bertambah rezeki tahun ni.
Thanks for this tips. Saya pun alami keadaan ni.Walhal,betul kata Izad yang blog peribadi bkn hadkan penulisan kita.Jadi,tulis je apa yang kita rasa bagus untuk ditulis.
p/s: Lama dah tk update blog ni. Lps ni kena be myself..hehe..tq2.Ngah cari new theme utk blog ni.huhu..dah boring dah theme tu.
rohaizad Reply:
March 3rd, 2010 at 1:04 pm
Terima kasih atas doa yang di berikan. So keep on blogging ya… blogging itu cooool
Salam sejahtera, saya ni tak pernah tulis dalam blog orang, ni baru first time. Selama ni baca je….ada akaun dalam facebook tapi takde mende…tengok orang lain punya….mak ai…banyak gile mende yg ditulis….yang merapu jgn cerita la besepah-sepah….So untuk kali ni saya komen bukan apa….satu, sebab nak test komen blog org….yg kedua plak sebab saya tngah cari idea camne nak cari sale….
rohaizad Reply:
March 3rd, 2010 at 1:03 pm
Thanks sebab sudi memberi komen di blog ini
p/s : jiwang juga bro ijad ni… dalam taman ada buah hati.ye dak..
anyway, selamat hari lahir… moga semangat berblogging still 21..
rohaizad Reply:
March 3rd, 2010 at 1:03 pm
Taklah… dialog tu di ambil dari filem Adnan Sempit… ahahah
Owwhh , hari lahir bro Ijad ke hari nie
?
Anyway bro Ijad , gua sekepala dengan bro punyer luahan artikel kali nie .. Mmg sempoi habis penerangannya!
Boleh buat sbg koleksi tips2 utk berblog nie ..huhu! Bagi new blogger mcm sy , ini satu panduan yg baik utk sy menjiwai setiap artikel yg ingin dituliskan kelak di blog sy – tulis sahajalah – satu fenomena baru nie!
BTW , mmg MANTOP bro punyer penjelasan dan kesempoian entri kali nie.
Salam sukses bro Ijad.
rohaizad Reply:
March 3rd, 2010 at 1:02 pm
Hari lahirnya semalam
p/s: thanks sudi berkunjung ke blog ini
Assalamualaikum Tuan Rumah,
Entri di atas menarik untuk diberi komentar,
khususnya pada petikan ini…
“Kesimpulannya, hidup ini memerlukan variasi.
Hidup ini bukanlah satu skrip yang semestinya perlu diikut 100%. Jika ada idea yang datang, tulis sahajalah”
Sedikit tambahan…
JIka ada yang teringin nak bernikah tahun ini…?
Nikah sajalah…..kita mudah-mudahkan dia…ehem!
Salam ceria & Inspirasi
“Pray Hard, Work Smart & Creative”
Assalamualaikum
rohaizad Reply:
March 3rd, 2010 at 12:59 pm
Bernikah?
Calon pun belum ada lagi… huhuhu
suka post ni. terutama point ni
“Kalau kat Facebook tu, status kat Wall dia bukan main panjang lagi. So apa kata perkara yang dibuat di Facebook itu ditransferkan ke blog. Amacam?”
saya sendiri pernah tfikir pasal ni haritu. so, self motivated la bila pkir balik tang fesbuk tu.
rohaizad Reply:
March 3rd, 2010 at 12:58 pm
Ahaksss… bunyi macam dah selalu buat jek… ekekeke
Dalam Hati Ada Taman
Dalam Taman Ada Kumbang
Dalam Taman Juga Ada Bunga
Bila Kumbang Nak Hinggap Kat Bunga?
dr.aku.la Reply:
March 3rd, 2010 at 3:28 pm
i like pantun ko taukey.
hahaha…
jawab jad jawab…
Woi Bro, Hapy belated birthday lah..
Dalam hati ada Taman
Taman di semai pelbagai bunga
Janganlah lama sangat nak berteman
Nanti tak tahan di mamah duga
rohaizad Reply:
March 4th, 2010 at 12:26 am
Berpantun pula ya… takper, akan di jawab nanti.
Dalam Hati Ada Taman
Taman Indah Pelbagai Rupa
Rupa Ada Harta Pun Boleh Tahan
Takkanlah Tiada Yang Datang Menyapa?
p.s.: mari berpantun.
rohaizad Reply:
March 4th, 2010 at 12:27 am
Dalam taman ada hati,
Dalam hati ada jiwa,
Cinta sejati di bawa mati,
Cinta plastik datang tanpa di sapa.
muhammad fakhruddin Reply:
March 7th, 2010 at 1:12 pm
cinta pandang pertama mcm mana pula tu bro?
Salam
Nak tumpang sekaki..Happy Belated Birthday… Moga sentiasa dirahmati … Tulis sajalah.
kerana tulisan anda itu bermanfaat untuk
orang lain.. lain orang, lain citarasa..
rohaizad Reply:
March 4th, 2010 at 12:25 am
Terima kasih bang (lama betul tak jadi DJ
)
Salam penuh ceria,
selamat ulangtahun …semoga terus diberi hidayah untuk terus berblogger dan dicurahkan idea yang mantap dan berkesan.Sebenarnya saya dah ketagih juga berblog ini walaupun tiada apa idea mahu tulis.Tahniah.
rohaizad Reply:
March 4th, 2010 at 12:24 am
Boleh… mulakan dengan cara yang mudah dahulu, lepas tu baru upgrade.
Blogger75 Reply:
March 5th, 2010 at 2:41 pm
Terima kasih… saya akan belajar dan terus belajar.
dalam hati ada taman,
menghitung hari hidup berteman?:)
rohaizad Reply:
March 4th, 2010 at 12:19 am
Huhuhuh…. sajer je bergurindam tuh.
selamat ulang tahun??? aniversary ke? hehe.. bro ijad, hepi besday tau.. saya akan menyokong bro hingga akhir hayat saya ni. selagi saya boleh berblogging, selagi tu sy support.. hehe..
p.s: hm.. mencari rakan blogger untuk menyertai projek besar.. ade yang sudi ke?
rohaizad Reply:
March 4th, 2010 at 12:19 am
Cubalah war-warkan di WangCyber, mesti ada ramai yang berminat.
remajablogger Reply:
March 4th, 2010 at 12:28 am
thanks bro. betul cakap bro. bukan main ramai yang sudi. hehe
Tulis jangan tak tulis
Ada idea terus karang atau save as draft..so tidak kering idea nak menulis
rohaizad Reply:
March 4th, 2010 at 12:18 am
Kalau boleh jangan biaskaan pakai draft, nanti akan jadi satu tabiat suka bertangguh. Sekali buat, terus publish. Mudah
see i did it..semalam sy buat satu entri tentang pengumuman google nak tutup operasi blogspot pas2 ping kat gengblogger..pergh ramai2 blogger dtg..hahha..they have been tricked lol..
rohaizad Reply:
March 4th, 2010 at 12:17 am
Nice one!
Betul la bro,nak blog update sentiasa kenalah rajin menulis.Habis takde idea copy artikel orang lain pun ok jugak kan.
p/s- copy dengan kebenaran.
rohaizad Reply:
March 4th, 2010 at 12:17 am
Kalau boleh untuk blog personal ni takyah copy paste sebab setiap dari kita punyai cerita tersendiri
happy bestday bro..aku tumpang gembira umur kita lbh kurang sama je..paling penting sekali aku membesar bersama blog Rohaizad[dot]com sbb banyak tips ygaku dpt dsini. trimas bnyk2!
rohaizad Reply:
March 4th, 2010 at 12:13 am
Sama-sama… keep blogging ya bro
Happy Besday bro, semoga panjang umur dan di murahkan rezki sokmo…ameennn
rohaizad Reply:
March 4th, 2010 at 12:12 am
Sama juga dengan kamu
dalam hati ada taman ~~
nice bro
happy birthday.
semoga panjang umur dan lebih banyak tips dikongsi bersama di sini
rohaizad Reply:
March 4th, 2010 at 12:12 am
Terima kasih….Insya Allah, memang banyak lagi yang akan di kongsi di sini
Terima kasih bro..aku suke dengan ayat “Hidup perlu bervariasi”..baru hidup lebih sedap..ye tak?
p/s – hepi belated birthday bro, moge ceria dan sihat selalu..
rohaizad Reply:
March 4th, 2010 at 12:11 am
Hidup lebih sedap tu Kak Jie punya trademark … kikiki
hafizmd Reply:
March 4th, 2010 at 1:13 am
hehe..saje kasi panas sikit..hihihi..oppss..Kak Jie sedang memerhati..:D
aku setuju
harus tulis sahaja apa yang terbuku di hati
blog kita wajah kita, kita yg menaip
berat mata memandang, berat lagi jari jemari memegang mouse ni kan. hehe
rohaizad Reply:
March 4th, 2010 at 12:23 am
Haaa… betul betul… nice one!
Entri yang menarik. Sebenarnya tengah apply utk AqifStrategi.com sebab sejak kebelakangan ni memang serabut otak untuk tulis panjang-panjang (Dek kerana tgh buat proposal untuk tulis buku)
Walaubagaimanapun, tahniah bro dan selamat hari jadi. (Bila lagi mahuu eheeemmmmm!)
Haha.
Ikhlas.
Aqif Azizan
rohaizad Reply:
March 4th, 2010 at 1:29 pm
Amboi.. kemain lagi dia ya
bila nak menulis sesuatu post tu mesti akn terpk pasal, ada ke org nak baca?,hmm ok ke post ni?, segan la nk post artikel ni? and mcm2 lagi la perasaan ragu2 tu ada hehe.
so entri ni bagus utk mereka2 yg masih x ada keyakinan and masih ada keraguan dlm diri utk menulis.
let’s “tulis je la”
rohaizad Reply:
March 4th, 2010 at 1:28 pm
Mula-mula kita tulis untuk diri sendiri… lepas tu baru untuk orang lain…
wah tak tahan ayat last tu, dalam hati ada taman
rohaizad Reply:
March 4th, 2010 at 1:28 pm
Ahahah… itu cuma ayat jer, kalau betul-betul berlaku.. lagi best rasanya kot.
mijie Reply:
March 4th, 2010 at 2:27 pm
memang dah kn betul tu tak boleh cubaan-cubaan lagi, umur dah 21 dah (heeheheh)….
Satu tips menarik..saya yang baru dalam blogging ni terasa teruja dengan tips menarik ni
rohaizad Reply:
March 4th, 2010 at 1:27 pm
Teruskan berblogging ya
mhnizam Reply:
March 4th, 2010 at 4:24 pm
yup tahniah bro..teringin rasanya nk pergi seminar bro..macam mana nak tau next seminar bila?
susah nak jmp tips natural yg camni..thniah bro..pape pon, hepi belated besday ye!
rohaizad Reply:
March 4th, 2010 at 1:49 pm
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini ya … datang lagi bila ada kesempatan
nice tips bro.
sy setuju bro..
ade idea tulis jgn tak tulis
Sory Encik Rohaizad cerita out of topic.
Banner 125×125 ebook percuma link ke banner bukan ke laman yang sepatutnya. Harap maklum
Bagus gak tips macam ni. Sekali-sekala kena buat entri ikut suka hati
komen sajalah entri ni…heheheh
ibnujusup Reply:
March 7th, 2010 at 2:08 pm
apakah ini bro hussain
huhu
[...] kata tulis sajalah.Sebab yang itulah yang pembaca [...]
Diulas pada August 8th, 2010 at 11:00 pm