Ingin beriklan? Sila klik di sini


Figures Never Lie.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Personal Coaching/Seminar Smart Blogging - Tarikh diterbitkan: March 6, 2010 online

Dah hampir 3 bulan Seminar Smart Blogging direhatkan. Selama 3 bulan itu jugalah aku fokus pada apa yang sepatutnya aku lakukan. Alhamdulillah walaupun ada perkara yang masih belum bermula, tetapi ada juga perkara yang telah berjaya diselesaikan.

Azam 2010 yang pernah ditulis di dalam blog ini juga ada yang ON, dan ada yang masih lagi OFF. Walaupun ada yang berada pada peringkat “OFF”, tapi aku masih ada lagi 9 bulan untuk melaksanakannya. So belum boleh dikatakan gagal…betul tak?

Sebenarnya tidak salah mempunyai azam yang banyak. Kalau kita kata hendak berazam mengenai satu perkara sahaja, aku agak sukar untuk menerimanya. Ini adalah kerana aku sendiri ada macam-macam azam sebab itu semua adalah perkara yang bagus untuk diri sendiri.

Aku selalu melihat pada kebarangkalian mengenai apa yang diusahakan. Maknanya, kalau kebarangkalian sesebuah azam itu tidak praktikal untuk diteruskan… maka aku akan beralih kepada azam yang lebih relevan. Sama ada berjaya ataupun tidak, itu semua adalah ketentuan Allah. Yang penting, aku dah berusaha.

Tapi percaya atau tidak, ada kalanya kita tidak perasan pada azam “kecil” yang selalu bersuara dalam hati “kecil” kita. Dalam hati kecil kita ini, terlalu banyak yang kita inginkan berbanding hati besar. Cuma kita sahaja yang tidak tahu dan tidak perasan. Dan hari ini, aku dapat lihat dan aku dapat rasa apa yang ada dalam hati “kecil” aku.

Apakah ia?

It’s about FIGURES.
FIGURES NEVER LIE.

Begini.
Sebenarnya setiap kali lepas aku menganjurkan seminar, aku memang berazam supaya dapat melihat kejayaan peserta seminar. Kadang-kadang tu dah sampai tahap mengharap sebab sebelum mereka keluar rumah untuk ke seminar, masing-masing mempunyai harapan.

Untuk melihat mereka sukses menjana pendapatan dari blog sebaik sahaja pulang dari Seminar Smart Blogging pula adalah satu impian. Tetapi seperti yang kita tahu, sesebuah impian memerlukan TINDAKAN dan SEMANGAT yang tinggi untuk direalisasikan.

Dan hari ini aku tersenyum, bangga dan kagum dengan mereka yang sudah menjana pendapatan tambahan melalui blog yang mereka miliki !!!

Iya.
Seminar blogging telah beberapa bulan direhatkan, tetapi pesertanya tetap ligat menjana pendapatan. Ini pula adalah antara screenshot dari blogger Hafiz yang berblogging secara part time:

pcuserz-1
pcuserz-2
pcuserz-3

Dalam masa 6 bulan, saudara Hafiz telah berjaya menjana lebih kurang RM4000.00 ringgit. Hurmm….. bagi orang yang income`nya lebat, mungkin amount seperti di atas akan kelihatan kecil sahaja. Tapi no hal punya, blogging itu cooool.

Tapi katakanlah untuk 6 bulan akan datang, Hafiz berjaya menjana RM4000.00 lagi atau lebih dari itu, bermakna dalam setahun secara logiknya (Insya Allah) beliau boleh menjana hampir RM10,000.00! Ini dilakukan hanya secara sambilan sahaja. Itu belum di campur dengan blog-blognya yang akan datang serta program make money yang lain.

Naaahhh… hakikatnya untuk orang seperti aku dan blogger yang lain, RM10,000.00 dalam masa setahun adalah seperti satu BONUS (tanpa mengganggu duit gaji) kerana ia merupakan suatu rahmat yang besar.

Memang hasil blogging ini lambat tetapi ianya manis untuk dikenang. Dari ZERO to HERO.

Akan tetapi, sesiapapun kalau tidak kuat semangat pasti akan terhenti di pertengahan jalan. Yang pasti, aku sentiasa doakan kalian supaya berjaya dalam apa jua bidang yang di ceburi.

Untuk mereka yang asyik sms dan email mengenai tarikh baru Seminar Smart Blogging akan diadakan, minta maaflah kerana aku masih lagi sibuk kebelakangan ini.

Tapi still Figures Never Lie….

Insya Allah aku tetap akan usahakan untuk menganjurkannya kerana dah hampir 80 orang yang sudah booking for the next seminar. Aiiyaaa…..

  • Esok aku akan keluar Johor untuk 2 hari… maybe malam Ahad atau pagi Isnin baru balik JB semula.
  • Ebook FREE untuk peminat blog telah 85% siap. Bila balik ke JB nanti akan disambung dan disiapkan sampai habis.
  • Blog ini telah membuka satu lagi ruang pengiklanan bersaiz 125 x 125 sebelum komen area. RM50 sahaja!
  • Alexa rank (sila klik pada link yang diberikan untuk ketepatan) bagi blog ini sudahpun berada di bawah 100,000… houw yeah… houw yeahh…. !


catatan

bawah


    None Found

Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 85 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Congratz jad kerana alexa yang mengancam sanubari!!! You are my guru!

    rohaizad Reply:

    Ha’ah… tapi guru ko ni masih berhutang USD40 dollar … ahahah

  2. boy..pegi tido la..dh pukul berapa dah ni..

    papehal pon..tahniah sbb bwh 100k !

    boy_bersahaje Reply:

    ahahahaha. Rindu kat ko dowh! hahahaha

    rohaizad Reply:

    Ahahaha…. Alexa blog Melayu ni taklah boleh pergi jauh sangat. Kalau ini blog English… alahai…

  3. masih dalam tempoh bertenang:)….azam saya kalau boleh nak dapatkan PR dan dapatkan no pin untuk akaun adsense kemudian barulah mengorak langkah seterusnya….memang slow berbanding teman-teman lain:)

    rohaizad Reply:

    Dah nak dekat dah tuh… tunggu masa yang baik je untuk kaut untung :)

  4. Aqif said:

    Terbaiklah PcUser. Boleh belanja satu keluarga Smart Blogging pekena nasi ayam penyet! :)

    Walaubagaimanapun, Seminar Smart Blogging ini telah membuka mata saya untuk melihat lebih luas mengenai dunia pengiklanan dan blogging.

    ;)

    pcuserz Reply:

    belanja?
    boleh aje.

    rohaizad Reply:

    Cantiklah tuh… Pizza satu!

    rohaizad Reply:

    Kalau sesiapa “nampak” peluang itu, dia akan pergi lebih jauh lagi :)

  5. sham said:

    Wah tahniah dah bawah 100k alexa ko jad. rasanya dah kembang kempis hidung ko…..bernafas. :P

    setakat ni baru satu website aku bawah 100k alexa secara tepatnya 72,676.yang lain naik turun macam yoyo mabuk.

    blog BM aku punye 4 kali ganda daripada ko punye.takpe aku kayuh pelan pelan. siapkan proposal buku pertama aku dulu.hohohoh

    rohaizad Reply:

    Selalunya memang macam tu. English blog memang senang dapat Alexa yang baik. Tapi blog Melayu nie, alahai…. putus urat kentut dibuatnya … ekeke

  6. alone said:

    as you said. figure never lie =)

    rohaizad Reply:

    Ada usaha, ada letihnya. Ada letihnya, ada hasilnya. Ada hasilnya, adalah manisnya :)

  7. imran said:

    Semua naik pangkat nampaknya :D

    rohaizad Reply:

    Bila ada usaha, Insya Allah ada hasilnya :)

    imran Reply:

    Teringin pula nak ikuti seminar smart blogging :D

  8. dr.aku.la said:

    hebat-hebat da anak murid ko jad.
    da dpt <100k ke? congratz!
    semoga lebih maju di masa akan datang.
    bile nak release ebook tu?

    rohaizad Reply:

    Dalam frasa akhir penyiapan… tapi ebook ni cuma ebook ringkas jer.

  9. reezluv said:

    oho..pcuserz memang dasat orangnya..

    dr.aku.la Reply:

    bukan ko lagi dahsyat ke?
    hehehe.. :)

    reezluv Reply:

    ish..idak le..aku tak la sekencang pcuserz tu..rajin bebenor wat backlink berbayar..hehe

  10. hasbulaqill said:

    mmg kental la rm4000 untuk 6 bulan dari blogger part time :D

    p/s- 80 orang tuh , agak2 RM24000 total average untuk yuran. apa lagi, saya pun x sabar sudah :D

    rohaizad Reply:

    Lagi besar amountnya, lagi besar tanggungjawabnya. Sebab tu kena direhatkan untuk monitor peserta terdahulu.

  11. Sain-Web.Com said:

    Pcusers memang memang hebat dan kental orangnya…

    dr.aku.la Reply:

    sama-sama kita mengentalkan diri! yeah!

    rohaizad Reply:

    Kental… jangan tak kental.

    rohaizad Reply:

    Dari Zero to Hero beb!

  12. Kujie said:

    kak jie sentiasa mengikut cik alexa dia…geram sgt
    makin di kejar makin menjauh
    agaknya cik alexa ni nak org macho2 je kot//heheheh

    tahniah..mmg tunggu pengumuman ni

    rohaizad Reply:

    Kak Jie, Alexa tu perempuan. Nama sebenar dia ialah Alexis Bledel. Ini orangnya:

    Alexis_Bledel

    http://tinyurl.com/yarcdn7

    Sebab itulah dia suka pada blog lelaki-lelaki ganteng … hik hik hik :D

    p/s: jangan marah haa…

    Blogger75 Reply:

    huh…gadis bermata biru

    wanmus Reply:

    hoho..patut pun blog wnamus.com tu lambat je nak turun ranking alexa tu..tapi penulis blog tu dah cukup ganteng rasanya..hahaha

    rohaizad Reply:

    Ahahaha… cehhh siap puji diri sendiri plak nih.

    Nabieel SR Reply:

    Sudah bawah 100k..best ni..:D

    rohaizad Reply:

    Tapi sebelum best, kena ada banyak yang “tak best”… huhuhu

    menj Reply:

    Hahaha…apa ko merepek pulak ni….

    cyza Reply:

    Betulke awek tu Alexa? hehe

    rohaizad Reply:

    Main-main jer…. cehhh

    Taufik SM Reply:

    wow…. hehe.. nk cuci mata la…..

    soalan: saya still x leh approve my paypal… :(

    rohaizad Reply:

    Mesti ada yang tidak lengkap tu.

    dr.aku.la Reply:

    the gilmore girls!

    rohaizad Reply:

    Yes… betul-betul!

    p/s: dari dulu lagi memang minat giler dengan citer Gilmore Girls nih! :)

    menj Reply:

    Citer tu dah abis….

    samdaddycool Reply:

    Aku ingat betul Alexa sempena nama dia.. nasib baik baca komen sampai abis..

    p/s – tapi memang pejam celik , pejam celik kalau dia berdiri depan aku..

    rohaizad Reply:

    Pengumuman apa tu Kak Jie? :)

  13. akuchey said:

    semua ini memerlukan keazaman yg tinggi,betul tak bro.biasanya nk dapat hasil macam tu cabaran mesti byk..kalo tak tahan mesti awal2 dh bungkus.

    rohaizad Reply:

    Yup, kuatkan semangat dan mesti kental. :)

  14. zam said:

    aku mau join..kalau tade hal yang merintang..insyaAllah

    rohaizad Reply:

    Insya Allah.. kita akan berseminar bersama-sama :)

  15. Hehe , alexa pompuan rupanya!

    Sy pon tgh kayuh pelan2 nie nak kejor Izad punyer blog rank nie – usahakan sampai jaya , insya’Allah sampai jugak nanti tue…huhu!

    Doakan bro Ijad , :-) !

    (kena makan petua OTAI2 blogger banyak2 pas nie)

    rohaizad Reply:

    Bagus… teruskan usaha. Blogging itu cool.

  16. Blogger75 said:

    Salam penuh ceria,

    Masih berjuang untuk mencari pendapatan berterusan.Masih berjuang untuk mendapat ilmu dan pelbagai tip pemasaran internet..

    rohaizad Reply:

    Teruskan sebab perjuangan tidak akan pernah selesai :)

  17. wanmus said:

    ijad..bila ni nak buat seminar lagi..dah bosan ni..hehe

    rohaizad Reply:

    Alahai… ni mesti tak sabar nak pekena Nasi Ayam Penyek lagi nih..

  18. hafizmd said:

    Pergh..alexa dah bawah 100k..syabas Bro..bile senarai menunggu dah ramai, itu petanda industri blogging tempatan dan antarabangsa makin mendapat tempat..

    p/s – teringat soklan Bro mase SSB..”anda datang ni nak ape sebenarnye?”..hehe

    rohaizad Reply:

    Satu ulasan yang memang positif. Thanks Fiz.

  19. Tuan Rohaizad yang baik hati,

    Tentang tuan mempunyai banyak azam itu….

    Saya pernah membaca hasil kajian santifik di US yang mendapati bahawa salah satu ciri psikologi individu-individu yang sangat berjaya adalah mereka itu semuanya mempunyai banyak cita-cita.

    Ada beberapa teori yang cuba menerangkan mengapa individu yang berjaya mempunyai banyak cita-cita.

    Salah satu teori itu mengatakan jumlah cita-cia yang banyak menyebabkan seseorang itu tidak mudah mati akal ataupun patah semangat. Apabila dia gagal mencapai satu cita-citanya, dia dapat segera menukar kepada cita-cita yang satu lagi….

    Ini berbeza dengan individu yang cuma mempunyai satu cita-cita sahaja.Seluruh harapannya diletakkan pada cita-citanya nan satu itu.

    Apabila dia gagal, dunianya menjadi gelap, dia hilang harapan, dia menjadi sangat kecewa dengan dirinya sendiri, dia patah semangat, putus asa, dan dia berhenti berusaha….

    rohaizad Reply:

    Saya sangat berasa positif dengan ulasan yang Puan berikan. Sepertinya ulasan itu dekat benar di hati saya. Mungkin saya berada di atas track yang betul. Doakan saya.. Insya Allah :)

  20. mijie said:

    tahniah bro, memang best lah alexa rank bro…

    teruja tgk

    rohaizad Reply:

    Best memang best, tapi nak bikin dia sampai jadi macam tu… alahai… ekekeke

  21. Fazreen said:

    oh ijad, jgn lupa daku untuk SSB..aku sudah cukup wang untuk ke JB… :D

    rohaizad Reply:

    Nanti aku akan announce kan di blog ini :)

  22. cyza said:

    Tahniah kepada semua yang dah meraih pendapatan…
    Yang belum lagi masih boleh cuba…

    rohaizad Reply:

    Yup, teruskan usaha… and stay cool.

  23. donny said:

    rm4000? huhh….tak masyuk lagi gaji bulanan,wah..boleh makan kat secret recipe hari2 :)

    rohaizad Reply:

    Boleh.. takde hal punya :)

  24. menj said:

    Huhuhu best betul tengok figures di atas tu.

    rohaizad Reply:

    Cehhh…. ko punya lagi hebatlah…

  25. Blogger75 said:

    Teruskan berusaha untuk menjana pendapatan dari blog. Usaha lebih pasti perolehan lebih.

    rohaizad Reply:

    “Anda buat… anda dapat” :)

  26. Rammel said:

    Saya nak quote dari stephen pierce:

    “Nothing Moves Without a Sale”…

    rohaizad Reply:

    Absolutely right!

  27. ibnujusup said:

    tahniah bro… :-) moga dapat capai bwh 100o pulak lepas ni… spirit never down :-)

    rohaizad Reply:

    Susah sebenarnya tetapi tidak mustahil :)

  28. Mr. Kamikaze said:

    Peh…hebatlah lu bro..

    rohaizad Reply:

    Taklah… yang hebat pada blog ini ialah pembacanya, bukan tuannya :)

  29. reezluv said:

    nape eh taip domain ko tulis error eh?tapi post ni ada plak?erm..pelik2..

    apa pun nanti makin ramai la famili smartblogging ye..hehe.apa pun aku masih dengan 3 blog niche tu..belum lagi menambah..haha

  30. miziology said:

    mantap dh bwh 100k hehe..
    semoga berjaya dgn apa yg diazamkan hehe..

    rohaizad Reply:

    Insya Allah.. terima kasih :)

  31. FakhrulRadzi said:

    pasport..pasport..pasport

  32. mijie said:

    figure never lie

    memang betul, dan tahniah ijad sbb dah bawak 100k tu ranking…lambat lagi la aku dpt mengejarnya

  33. mijie said:

    mantop tu, bawah 100k…

  34. [...] 15. Berbaloi ke seminar ini? Berbaloi HANYA untuk mereka yang SERIOUS sahaja. Kalau datang untuk sekadar ingin “tahu” dan ingin “tengok”, itu bukan satu perkara yang bijak. Buang duit dan masa lagi adalah. Apa-apapun, Figures Never Lie. [...]