komen-hani

Terperanjat juga dengan email yang di terima ini. Nampak macam Cik Puan Hani kita mungkin mempunyai pengalaman yang agak pahit untuk ditelan.

  • Kalau ada wakil dari StormReaders untuk memberi penerangan, lagi bagus.
  • Kalau ada wakil dari ScoreA program untuk menjelaskan business plan sebenar, pun bagus juga.
  • Kalau setiap dari program atau perniagaan MLM yang di sebut oleh Cik Puan Hani dalam komennya datang memberikan penjelasan, memang mantap!

* Boleh sesiapa tolong jelaskan pada Cik Puan Hani kita ini? Sebab takut lebih ramai orang yang keliru pula. Nanti habis semua program disamakan dengan Infinity Downline… aiyaaa…

Diharapkan Cik Puan Hani akan dapat penjelasan yang diperlukan. Walaupun bantuan ini tidak seberapa, tapi inilah yang terdaya dilakukan oleh rohaizad dot com. Sebab rohaizad dot com tahu ramai pembacanya yang arif dalam hal-hal sebegini.

p/s: dia bertanya, aku ni tak geti nak menjawab… alahai…

About the Author:

.

 

97 Comments

  1. Azhar / March 8, 2010 at 5:34 pm /Reply

    Salam Bro,

    Tak leh nak comment tentang ni sebab perlu di digg betul betul. Sikit boleh lah.

    Memang ada ebook yang kita anggap sampah bila kita rasakan yang ianya tak relevant untuk kita. Adakah ianya tak relevant atau kita yang buat ebook itu tak jadi relevant untuk kita. Renungkanlah……..

    Perniagaan memerlukan modal. Kalau ikut hukum, ada perasaan syak wasangka mungkin akan jadi haram!! ( yg saya belajar dululah.. Kalau salah, maafkan saya)

    Kalau kita berniaga produk tangible pun mungkin ia tak relevant pada sesetengah consumer.

    Jadinya kita sebagai pembeli perlulah berfikir sebelum membeli ebook yang di tawarkan. Kita baca dan kita fikirkan adakah ianya boleh menolong orang lain. Kalau boleh, kita juallah. kalau tidak kita simpan ajer. Apapun yang ada di dalam ebook itu tetap ilmu yang mungkin akan digunakan kemudian hari.

    Cuma cara promo tu mungkin agak over sikit sebab itupun belajar dari marketer barat.uhuhuhuhu.

    Apapun, banyak yang di sekeliling ada unsur suhabah jugak. Kita hanya berdaya mengurangkan nya sahaja . Apapun , terima kasih buat Puan Hani di atas comment beliau.

    • rohaizad / March 8, 2010 at 5:48 pm /Reply

      Thanks bro, pendapat yang diberikan sangat membantu :)

      Suka ayat ini:
      “Memang ada ebook yang kita anggap sampah bila kita rasakan yang ianya tak relevant untuk kita. Adakah ianya tak relevant atau kita yang buat ebook itu tak jadi relevant untuk kita. Renungkanlah……”

      • muhammad fakhruddin / March 8, 2010 at 6:52 pm /Reply

        Assalamualaikum…rasanya boleh rujuk apa yang Ustaz Zaharuddin tulis di sini http://www.zaharuddin.net/content/view/911/32/

        • rohaizad / March 8, 2010 at 8:07 pm /Reply

          Thanks Fakhruddin,
          Mungkin inilah yang dicari oleh Cik Puan Hani kita :) Mesti dia akan suka dengan link tersebut.

        • Razil Zaini al-Hafiz / March 9, 2010 at 12:52 am /Reply

          Salam bro Izad dan Muhammad Fakhruddin ,

          Saya setuju sangat dengan link yg Muhammad berikan tue. Malas jugak saya nak ulas panjang2 kat sini pasal persoalan yg diluahkan oleh jiwa Cik/Puan Hani di atas.

          Pada saya beliau masih banyak keliru kat sana sini. Yer la , jika dilihat email beliau tue banyak menyoal drpd banyak berkongsi maklumat – kebanyakan soalan yg ditanya pun boleh dicari maklumatnya di internet jer :D .. BUT ada bagus jugak sikap beliau nie krn beliau sudi NAK minta pendapat!

          Saya tertarik utk memberikan satu fakta yg mungkin boleh membantu beliau iaitu pasal StormReader Network… boleh tonton video di sini ..
          Part1: http://www.youtube.com/watch?v=HJTovDCQbr4
          Part2: http://www.youtube.com/watch?v=MVhaBAzXN60

          Nasihat saya bila dengar video nie nanti , sila besarkan speakernya. Kalau tak faham jangan tanya saya pi tanya penceramah yg memberikan syarahannya di didalam video tersebut.

          Harap membantu dan salam sukses.

        • zahrizan / January 20, 2011 at 5:20 pm /Reply

          aku tak percaya dengan pandangan ustaz zaharuddin… sebab pandangan dia bagai haram semua dan banyak yang bertentangan dengan jumhur(persepakatan) ulama..

  2. Aang / March 8, 2010 at 6:10 pm /Reply

    ooo…kenapa?akak tu tak puas hati ya?besar kecik besar kecik duk baca screen shot email tu.

    ada boleh bace ade tak…..

    abang boleh besar kan tak?

    yg pasal jual ebook tu…hmmm mmg la ada sesetengah ebook tu ade yg boleh dicari di google je panduannya..

    cth panduan nak guna XXXX..kalau ikut cari di google banyak..
    ada juga ebook yg saya beli mcm recycle kandungan nya.

    kebanyakannya saya dah tahu dan bila kita tanya soalan lepas beli(customer support)– tak dibalas.dan jangan terkejut yg menjual produk ni mengaku dapat rm lebih dari rm000,000 setahun..

    dan saya beli lebih dari rmXXX…bila saya tanya anda mmg tak bagi refund ya?dia ckp tak sebab dah over delivery..

    sedangakn saya hanya baca satu bab aje dalam ebook dia..yg lain mmg 100% saya dah tahu..

    saya sndiri tak tahu nak ckp ape..biasanya IM ni dia akan bagi jaminan cth money back guaranti dalam 30 hari ke 60 hari ke..

    saya rasa cara macam tu adalah terbaik untuk jual ebook online tak kiralah jika anda dah ada pengalaman menjana wang online beratus2 ribu.

    mungkin ada 2 jenis:
    1-IM yg jual ebook untuk keuntungan sahaja.dia jual kemudian kita tak berjaya bagi mereka tak kisah…mmg betul semuanya bergantung pada usaha kita.tapi tak boleh dinafikan ada juga certain part yg kita kurang faham..

    2-IM kedua ialah mmg untuk membuat keuntungan melalui jual ebook dan pd masa yg sama ada niat untuk membantu lepas kita membeli.

    saya dah beli banyak ebook dari IM malaysia ni dan setiap dari mereka saya tahu bagaimana cara mereka memberi support.ada yg mmg kita gambarkan sebagai “Baik” dan jujur dan ada juga sebelum beli produk aje dia akan jawab soalan…sebab nak promote ebook mereka…supaya kita beli dan beli..kemudian??

    saya memuji mereka yg menjual ebook dengan niat untung+membantu…saya kurang selesa dengan IM yg jual ebook kemudian kata “saya dah bagi ebook,baca dan nasib awaklah dapat/berjaya ke tak” :(

    kami newbie bukanlah manja seperti yg pernah dikatakan oleh seorang IM berjaya ini….setiap content yg dihasilkan mesti ade yg kita masih kurang faham..

    dan yg sedihnya bila saya tanya soalan sebagai customer support dia membalas OK saya akan jawab soalan anda melalui posting yg akan saya buat di blog saya nanti..(tapi tak post pun)..

    tambahan saya tak pasti kenapa status saya sebagai pelanggan yg membayar lebih dari nilai RM100 dilayan seprti bukan pelanggan dan dilayan seperti pelawat nya yg lain(mungkin tidak jadi pelanggan beliau pun)…

    –tak perlu contact IM ini kerana dia sibuk dengan speaker sane sini dan setiap email dan msg di facebook memang tidak dilayan:(..

    tak apalah….wpun duit yg saya labur 3 angka itu besar bagi saya sbg student,saya redha.apa yg saya kesalkan promosi yg beliau buat begitu gah..dengan bukti income yg besar….bila bace..hah????kenapa cara,langkah2 adalah same aje dengan ebook2 yg saya beli dengan harga lebih murah sebelum ni?

    cuma ayat sahaja,suara dipersembahkan dengan cara lain…

    tapi tak semua IM mcm ni.saya lebih pandang tinggi kepada IM yg lebih pandai berkomunikasi dengan kita mcm abg Rohaizad,Rahman,Abg Smartzul,Aminbeb..

    saya tidak dimaklumkan yg mereka tergolong dalam IM yg berjaya mencapai wang beratus2 ribu…tapi mereka amat rendah diri di samping sudi membantu..

    semoga Allah akan memudahkan urusan IM2 seprti ini dan supaya rezeki mereka lebih murah kerana mereka sudi membentu dengan ikhlas tanpa bayaran…

    sekian..

    P/s:saya berjanji pada diri untuk membeli ebook dari IM yg saya percaya dengan sikap tulus dan telus mereka..dalam banyak2 IM yg mungkin kita kurang selesa masih ramai lagi yg lebih OK..

    (komen saya mungkin tidak menjawab posting kali ini tetapi cuma memberi respond kepada penyataan di atas tentang kandungan ebook yg dijual).

    • rohaizad / March 8, 2010 at 8:08 pm /Reply

      Aang,

      Terima kasih di atas komen yang diberikan. Walaupun panjang, tetapi mesej yang ingin disampaikan jelas dan terang sekali :)

    • romano / March 9, 2010 at 8:03 am /Reply

      Salam tuan,
      quote Aang
      “ooo…kenapa?akak tu tak puas hati ya?besar kecik besar kecik duk baca screen shot email tu.

      ada boleh bace ade tak…..

      abang boleh besar kan tak?”

      sedikit tips dari saya untuk besarkan screenshoot diatas:
      1.cursor pada imej,klik kanan,view image,kemudian save image
      2.pastu open guna windows picture & fax viewer
      3.then boleh zoom in/out ikut keserasian tuan
      Selamat mencuba!

      • rohaizad / March 9, 2010 at 10:02 am /Reply

        Wahhh.. siap ada tutorial lagi ye. Thanks Romano :)

      • hafizmd / March 9, 2010 at 1:24 pm /Reply

        ataupun, boleh saje gune google chrome..ade fungsi zoomm…

      • Aang / March 9, 2010 at 4:59 pm /Reply

        Terima kasih ya..
        dah buat dan mmg OK.

        boleh baca overall.

        t kasih!

        • azwan / March 9, 2010 at 10:18 pm /Reply

          Kalau wang dijadikan kiblat, semua jadi pening.

    • Pisyek / March 12, 2010 at 12:44 pm /Reply

      terharu pisyek membaca karangan anda ini.. T__T

  3. pedagangIT / March 8, 2010 at 7:22 pm /Reply

    ini la hakikatnya bila seseorang itu gagal dalam perniagaan , mereka mula memburukkan orang dan mula cakap semua benda yang tak bagus….

    sedangkan diri belum cukup ilmu di dada…

    bila gagal sedikit dah mula cakap semua bneda haram

    belajar la sis untuk berani gagal

    • khai wan / March 9, 2010 at 4:42 am /Reply

      setuju sangat dengan fadzli.seeloknya perlengkapkan diri dgn ilmu bukan trus buat dgn statement yg mcm tu..xkan rasa gagal sekali trus kecewa dan skrg cuba rosakkan periuk belanga org lain pula.tak patut..

  4. sham / March 8, 2010 at 7:35 pm /Reply

    http://www.sc.com.my/ENG/HTML/icm/sas/sc_syariahcompliant.pdf

    Tu senarai syarikat patuh syariah sehinggan November 2009 kalo tak silap saya.

    Teringkat pepatah melayu ” marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar”.

    Jika berasa ragu tentang sesuatu, pergi la ke majlis agama di tempat masing masing. JAIS ke,MAIS ke, JAIP ke,JAKIM ke.

    • rohaizad / March 8, 2010 at 8:10 pm /Reply

      Thanks Sham… memang baus link rujukan yang diberi.

  5. Fazreen / March 8, 2010 at 7:56 pm /Reply

    @pedagangIT xpatut rasanya ko ckp mcm tu. ada benar apa yang sis Hani persoalkan. dalam mencari wang untuk menampung hidup kita kadang2 kita sendiri lupa akan asal usul, halal haram sesuatu benda yang kita lakukan.

    produk yang diniagakan tak salah cuma cara ahli MLM dan affiliate memperdagangkan produk tersebut yang kebanyakannya salah dan tak disukai orang.

    MLM is good even robert t kiyosaki pun pernah ckp kalau dia muflis dia akn bermula dgn MLM. Sikap manusia yang buatkan MLM tu nampak teruk.

    • rohaizad / March 8, 2010 at 8:09 pm /Reply

      Fazreen,

      Betul tu. Setiap orang akan belajar dari kesilapan kerana tiada manusia yang sempurna di dunia ini.

      • Aang / March 9, 2010 at 5:08 pm /Reply

        setuju dengan Fazreen…

        jangn salahkan kak Hani 100%..mungkin ade sesetengah
        part yg beliau konfius sebab itu dia keluarkan penyataan mcm tu.

        jika dia ada silap ckp mungkin anda boleh tegur dengan memberi penerangan dengan jelas.
        saya yakin Cik Hani akan terima dan dapat perbetulkan pemahaman nya yg ada…

        sekian.

        • rohaizad / March 21, 2010 at 12:23 pm /Reply

          Thanks pada support yang bagus untuk rakan blogger lain. :)

    • Logam / March 9, 2010 at 5:10 pm /Reply

      +1 agreed…

      Aku rasa komen pedagangIT tu over-react… Hani tu cuma bertanya, tgk blk mail dier, pnh dgn tanda soal… Aku rasa dier cuma curious pd semua yg dipersoalkan so… sebagai yg berpengalaman sepatutnyer kiter membantu merungkai segala kekusutan bkn membunuh. Noob dlm aper bidang pun sama gak mcm baby br belajar merangkak, kdg2 tersungkur. Kalau dah tersungkur trs kiter kepung x bg merangkak lg sampai biler dier x pandai berjalan… Sama gak mcm biz nie, skali jth kalau kiter hentam dier x pandai ler, x ikut tnjk ajar ler etc… mmg sampai biler dier tobat nak biz lg, tu ler prob org Melayu nie. Biler duk atas x teringin seskali nak jenguk2 ke bwh. Bkn semua tp majoriti yg aku prnh jumpa ler… X semua org ader mentor yg bagus… sesetengah tu tgh tido sanggup lg membantu, sesetengah tu x buat aper pun org minta tlg ckp bz. Maybe kiter dpt mentor yg bagus sampai kiter berjaya then Hani nie maybe dpt mentor yg sebaliknyer so at least, sebagai saudara kiter membantu bkn trs menghentam.

      Pd aku MLM nie even seesetengah x haram tp penuh dgn unsur subahah, sbb… byk bergantung pd yuran ahli. Byk ahli MLM bergerak memperdagangkan keahlian bkn produk MLM tu sendiri. Maybe sesetengah org bernasib baik boleh mendapat sehingga beribu downline tehn ader sesetengah tu jgn kater downline nak jual brg pun x laku so yuran td lebur mcm tu jer. So nasihat aku pd sesaper yg nak join MLM, kaji btl2 ttg MLM tu, produk aper yg nak dipasarkan, permintaan & keperluan masyarakat terhadap produk tu, kebergunaan produk pd masyarakat & diri sendiri, kebolehan diri utk mempromosi produk dan byk lg. Tp kebanyakan MLM nie promosi mmg gah tp biler dah join br tau mcm maner sebenarnyer. Ingat aku pd 1 MLM IT br2 nie yg lingkup (x br gak dlm thn lps), masa promosi ckp mcm2 biler dah msk blog free lg bgs rupanyer, beli 1 crdt sms serupa beli 20 crdt sms kat Maxis, Celcom dgn Digi. Nak ingat blk rasa menyirap darah aku. X dpt aku bayangkan pengalaman dlm bidang IT selama 15 thn cuma tau maki org jer kalau x dpt jwb soklan. Aper punya turrr ler. Lg 1, ader satu MLM nie pi jual kasut kat wife aku, harga sepasang kasut bole dpt 4 kasut kat Bata. Pakai sebulan dah merekah kasut, cheh… Baik beli kasut kat Bata jer, dpt 4 psg bole tkr hari2 nak pakai yg maner.

  6. abangnara / March 8, 2010 at 8:47 pm /Reply

    aku sokong fazreen bab hal nie.
    MLM tue sebenarnya bagus dan betul.
    cuma manusia nie dia lebih gemar cari downline, bukannya jual barang tue.
    awal-awal lagi konsep dah salah.
    awal-awal lagi dah tabur janji manis macam:-
    “kau carik jer 2 orang bawah ko, kompem balik modal”.
    padahal sebenarnya MLM tue bukan sekadar nak cari downline jer.
    bila tanya pasal produk habis geletar lutut nak menjawap.

    • rohaizad / March 8, 2010 at 9:59 pm /Reply

      Fuhhh….. betul tu. Manusia sendiri yang membentuk sesuatu hasil itu sendiri (dari apa yang mereka lakukan)

    • fiezaradzi / March 9, 2010 at 12:52 pm /Reply

      setuju dgn abangnara.. kbyakn org mmg soh buat gitu.. fikir balik modal ajer..barang satu pun tak tau.. spatutnya dahulukan barang yg nak dijual tu.. ni cari downline, goyang kaki..susah tu..

    • Edyanie / March 10, 2010 at 11:06 am /Reply

      setuju ngan statement abangnara…benda tu kadang2 tak salah pun, tapi pelakunya plak wat benda tu salah…back to basic method, jangan pasal fokus pada duit, sanggup guna apa pun kaedah tanpa mengira betul ataupun salah…

    • mak iti / April 26, 2011 at 8:32 pm /Reply

      Kd2g mlm ni halal dr segi undang negara, undang2 islam kena tengok juga ye…

  7. Nabieel SR / March 8, 2010 at 8:58 pm /Reply

    Isu yang menarik dan hangat sejak akhir-akhir ini.

    MLM haram dan haram dan haram.

    Orang pandang pada duit dan duit dan duit.

    Cerita MLM ni begini :-

    1) Jika produk itu halal tetapi anda rasa curiga lebih baik jangan join, takut-takut ia haram walaupun hakikatnya halal.

    2) Jika upline dan downline telah bersetuju join MLM, bermakna tiada persoalan haram antara anda berdua.

    3) MLM mempunyai limit di mana upline dapat komisen dari downline, bermakna siap usaha keras di kaya dulu.

    Statement Irfan Khairi mengatakan siapa join StormReaders dulu dialah yang untung. Saya kurang pasti StormReaders tu MLM atau apa. Sbb sistem MLM orang join akhir pun leh jadi kaya. Mungkin statement IK adalah kesilapan kerana beliau tidak fahami MLM terlebih dahulu sebelum berkata-kata. Jika saya silap maafkan saya.

    4) Haram atau halal perlu dilihat pada niat kita dan produk yang dijual itu bagaimana. Jika anda tidak sanggup join kerana terlalu mahal bukankah ia sudah memudaratkan diri sendiri. Sedangkan Islam tidak mengajar manusia menyeksa diri sendiri untuk mendapatkan sesuatu :)

    5) Hidup ini jika kita fikirkan duit semata-mata kita akan musnah. Pandai-pandailah kita uruskan duit dengan duniawi.

    Puratanya perniagaan MLM tidaklah haram cuma cara orang mengajak masuk MLM itu seakan-akan haram. Memaksa orang suruh beli itu ini, tingkatkan jualan dari bulan ke bulan.

    PS : Perniagaan adalah rezeki tak perlu paksa gila-gila. Bila tiba masa tuhan akan beri juga :) Sekadar pandangan diri sendiri, jika salah maafkan saya.

    • rohaizad / March 8, 2010 at 9:57 pm /Reply

      Boleh, apa salahnya bagi pandangan. Itu lebih baik dari melakukan tuduhan. Nice komen Nabieel.

  8. safar / March 8, 2010 at 9:33 pm /Reply

    saya lagi terperanjat.biasalah tu mula-mula ceburi bidang perniagaan ni.ada pahit manis.sabar le……

    • rohaizad / March 8, 2010 at 9:56 pm /Reply

      Yup, tapi kalau rajin bertanya lebih bagus untuk kesenangan di hari akan datang.

  9. Blogger75 / March 8, 2010 at 10:00 pm /Reply

    Perbincangan yang sangat hangat.Ambil konsep mudah.Tidak semua orang suka MLM dan tidak semua orang suka berniaga.Malahan orang bekerja juga kadang-kadang tidak suka akan pekerjaannya.Paling baik kita buat benda yang kita suka janji tidak termasuk dalam unsur-unsur haram.Saya merupakan usahawan MLM dan menganggap perniagaan MLM hampir sama dengan perniagaan konvensional iaitu ada barang dan ada pembeli.Beza MLM cuma pada modal yang kecil,sistem penggandaan dan lebih kepada servis.Downline perlu untuk kembangkan jaringan dan untuk menikmati pelbagai faedah.Bukan ahli cuma dapat produk,servis dan hubungan kemanusiaan dengan dengan pengedar.Jadi jika diberi pilihan tentu jadi ahli untuk mendapatkan keistimewaan tadi.Betul kata Nabieel siapa dulu masuk tidak semestinya berjaya awal.Proses kejayaan usahawan MLM ada yang cepat,sederhana dan lambat.Bergantung kepada rezeki,usaha dan nilai diri seseorang usahawan MLM itu sendiri.Apappun jangan menyalahkan orang lain secara emosi tetapi hayati kelemahan diri sendiri untuk dikoreksi( pembetulan) sekadar pendapat peribadi.

    • rohaizad / March 9, 2010 at 10:04 am /Reply

      Thanks untuk komen dan penjelasan yang di berikan. Sangat membantu :)

  10. Iskandar / March 9, 2010 at 12:06 am /Reply

    Salam bro.
    Saya dah baca walaupun dah naik sepet mata nih.. Haha. Kecik sangat la bro rohaizad. Kalo kasi besar sikit gambar tu ok kot biar senang orang baca.

    Apa2 pun.. Kat sini saya nak komen psal score A program. Oleh kerana saya ni salah seorang daripada ahlinya. Sebenarnya Score A merupakan multilevel bukan sistem pyramid. Buktinya ialah, downline saya mengambil pakej lebih besar dari saya dan memiliki pendapatan 5k bulan pertama. Dan oleh kerana ianya multilevel, saya pon tetap dapat habuan skit cume 3k jek. Tu pon sebab saya upline. Mungkin la. Haha.

    Biar saya ringkaskan.. Score A nih menjual portal pendidikan untuk anak2 sekolah. Ia sistem latih tubi yang kalo kite tgk actually memang serba lengkap dan dibuat secara online.

    Bayangkan la kalo dulu zaman saya sekolah nak carik set2 soalan past year 6 tahun kebelakang smpai 10 kedai pon lom tentu leh jumpe. Tapi dengan score A nih dilengkapi set2 soalan 13 tahun kebelakang. Lebih kurang la. Kalo salah maafkan saya. Senang sgt! Tinggal pilih jek. Dan ada e-notes, e-dictionary, trials, past year.. Semua ada. Adek saya pon guna sistem nih. Kire sistem ni bukan calang2 dan ia produk yang bermutu. Ianya online, maknanya tgh malam pon anak2 boleh wat latih tubi. Kat cybercafe pon boleh drpd main game je kan?

    Tu dari segi produk. Dan dari segi bisnes plan plak. Modal yg dibayar merupakan harga pakej utk produk. Kirenye kite wat pembelian ngan harga murah dan kalo dijual kesemua produk tuh akan ada untung komisyen. Byk jugak untungnye tuh. Kalo sponsor new distributor ada bonus. Macam biasa la MLM kan. Haha.

    Dari segi halal haram pulak pada saya benda tuh (score A) dah halal. Saya ada nmpk orang paste scanned-image kat blog sijil “Syariah Compliance” tuh. Dah padam plak link die. Sebab produk tu cukup berguna dan bermutu. Cuma kadang2 terbaca jugak blog orang yg cakap score A ni produk jek yg halal tapi sistem belum tentu.

    Tapi saya pon taknak ragu2. Sebab baru2 ni ada terbaca blog seorang ustaz. Dia kata islam ni sederhana. Dan kita tak perlu terlalu melebih2 atau terlalu sambil lewa atas sesuatu perkara terutamanya ibadat la. Lebih kurg macam tu ikut apa yg saya faham la. Lupa pula sama ada ianya hadis atau sekadar ilmu ustaz tu sendiri.

    Dan cara saya ialah, kalo dah ragu2 tu tak payah join la. Tapi kalo rase yakin bole je join. Tapi yakin pon jangan semberono. Dapatkan bukti dulu status halal tu. Pastikan produk tu betul2 berguna. Dan jangan terlalu ghairah promote janji bukan2 utk downline. Tu dah kira melebih2. Cakap saja terus terang bahawa rezeki tu ketentuan Allah. Setiap usaha tu hanya utk menyahut perintah Allah je. Dan setiap usaha akan dikira atau dihitung juga. Hehehe.

    Semoga kita semua akan sentiasa mendapat taufiq(perlindungan) dan hidayah(petunjuk) agar mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

    Sekian tu saja komen aka karangan saya. Hahaha. Terima Kasih.
    (^^,)

    • rohaizad / March 9, 2010 at 10:06 am /Reply

      Satu nasihat dan perkongsian yang sungguh bagus untuk difikirkan bersama. Thanks Iskandar. :)

      • aboit / July 28, 2010 at 12:53 pm /Reply

        Terima kasih di atas penerangan tetapi saya rasa masih kurang terang..

        kala difahami sebenar MLM, no matter what it is.. not the issue downline beli pakej besar atau x..issuenye u have to utilize downline supaya terdapat aliran duit masuk ke upline..in this case downline is not the customer..and bukan Score A is your main intention tetapi duit downline tu yg dikisahkan.. jadi ibarat Score A tu dikaburi utk MLM..

        and those sijil compliance tu..sape panel dia? itupun boleh timbul persoalan coz terang2 dlm sijil xdinyatakan panel itu adakah panel syariah kebangsaan? JAKIM? tetapi ‘dilantik’ oleh kenshido..ha camne tu..okla tolak tepi

        then program boleh berubah..compliance dat time same ke compliance dis time? ha..

        saya menyambut baik Score A ni..bagus actually, but then bila di ‘MLM’kan..byk perkara yg meragukan dan dipersoalkan

        • iskandar / November 4, 2011 at 1:39 am /Reply

          haha.. btol juga.. memang kadang2 company bukan islam ni memang dorang main suke2 jek.. sebab dorang sendiri pon memang tak faham apa yang dimaksudkan dengan halal haram dan tahap sensitiviti nye..

          tapi bile dah kuar sijil syariah compliance tuh saya pon taknak terlalu mempertikaikan pula.. cume saya sendiri tak begitu senang dengan segelintir orang islam sendiri yang terlalu ghairah sampai terlalu menyanjung jutawan2 score-a.. smpai tahap konon2 kalo salam si jutawan tu ada berkat smpai kita pon jadi jutawan.. haha

          ade segelintir manusia yang memang melampau batas.. yang tu mana2 pon leh jumpe.. score-a tak terlepas la.. haha.. masalah btol la.. (^^,)

      • nina / March 16, 2011 at 4:24 pm /Reply

        saya sgt bersetuju dengan pendapat iskandar kerana saya dah lihat sendiri bagaimana produk score-A ini boleh menjadi sumber pendapatan.Tentang Puan hani pula..yang mengatakan pendidikan anak-anak seperti jalan untuk mencari untung..tidak salah menyimpan wang untuk anak-anak di masa hadapan.Mengenai produk score-a..ibu bapa akan menggunakannya terlebih dahulu untuk anak2 belajar dan jika mahu,pendapatan sampingan boleh dimiliki dengan memperkenalkan score-a ini kepada rakan-rakan atau keluarga yang terdekat utk sama2 memudahkan anak masing-masing dalam pembelajaran.mudah sahaja.Janganlah menyalahkan mereka yang ingin berusaha mencari kesenangan dalam hidup.Lebih-lebih lagi mereka yang telah yakin dalam perniagaan itu halal.Saya setuju bahawa wang bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan wang.

        bagi aboit pula,dalam score-A telah dinyatakan siapakah panel yang mengeluarkan sijil syariah ini.maaf kerana saya masih tidak mengingati siapa panelnya.

    • man / November 3, 2011 at 7:45 pm /Reply

      masalahnye bro…yg mnjual MLM nih..mereka memaksa giler2 suh org beli…smpaikan 2jam diorang tanye knapa xnak join..knapa n knape..smpai xtau nak bgtau sbb ape…haha..kalau dah hina org buat keje dgn ikhlas adakah mereka dikira baek?? aku bckp sbb aku kene mcm tuh..mereka paksa suruh beli sdgkan mati2 aku ckp aku xnak..teruk giler pngai…not me jer kene..ramai kene camtuh..naek kesian aku tgk diorang yg jadi mangsa tuh…

  11. HelmiFairuz / March 9, 2010 at 12:11 am /Reply

    Ada ke Amway dikatanya haram? LOL Saya adalah seorang pengedar produk Amway… Amway adalah kaunter Syariah di Bursa Malaysia, esok pagi boleh beli Berita Harian tengok papan utama Bursa Malaysia, cari bahagian Dagangan/Khidmat. Syarikat Amway Holding ada di situ, dan mempunyai tanda”*” yang menunjukkan ianya adalah perniagaan Kaunter Syariah. Bagi mengukuhkan lagi bahawa syarikat Amway berasaskan syariah, saya sertakan sebahagian daripada 30 pemegang saham terbesar Amway. http://tinyurl.com/y8lys7y

    Lihat bulatan merah yang saya tandakan, EPF adalah pelabur ketiga terbesar, dan Tabung Haji pula pelabur kelima terbesar. :) Kami di Amway diajar untuk humble, maka cukuplah bukti ini…

    • rohaizad / March 9, 2010 at 10:11 am /Reply

      Terima kasih Helmi. Mungkin ada yang belum tahunmengenai perkara ini dan link tersebut amat berguna sekali.

      • HelmiFairuz / March 9, 2010 at 10:43 am /Reply

        Sama-sama, sedikit lagi info. Amway di Malaysia sudah menapak selama 33 tahun… Kenapa pula baru sekarang nak ditimbulkan isu ini?

        Kesian saya dengan Hani, mungkin dia dah banyak kali tertipu selama ini…

        • Razil Zaini al-Hafiz / March 9, 2010 at 12:40 pm /Reply

          Excellent info nie HelmiFairuz!!!

          Bertambah lagi ilmu sy hari nie … hilang sikit2 keraguan di hati ttg biznez2 MLM yg lain jika ada bukti kukuh macam yg HelmiFairuz berikan. Ya , begitulah juga hendaknya Cik/Puan Hani kita tue :D.

          • HelmiFairuz / March 9, 2010 at 11:44 pm /Reply

            Thanks Razil Zaini al-Hafiz, di Malaysia ni tak banyak syarikat MLM yang diniagakan berlandaskan syariah…

            Namun begitu, ianya masih lagi dijalankan oleh orang ramai, terutamanya masyarakat Islam sendiri. Tak perlulah saya nak cakap syarikat apa, jika kita nak berniaga mestilah dengan syarikat yang mempunyai track record yang baik, maksudnya syarikat yang kukuh kewangannya. Selain itu, kualiti dan nilai sesuatu produk haruslah sangat berkualiti dan setimpal dengan nilai yang dibayar. Dan “Kepuasan dijamain atau wang anda dikembalikan”…

            Seperti yang diketahui bukan mudah untuk tersenarai di Bursa Malaysia (rujuk di sini http://tinyurl.com/yb3wdjk ), dan yang paling penting bukan mudah untuk diiktiraf sebagai kaunter Syariah. Banyak kajian yang perlu dilakukan sebelum mendapat pengiktirafan tersebut.

            Apa yang saya beritahu ni, mungkin hanya diperolehi di sini. Kerana belum pernah dibincangakan di tempat lain(selain house/center meeting pengedar Amway) dan saya tak pasti sama ada pihak Amway menyukai pendedahan saya ini. Kerana kami sebagai pengedar mempunyai etika-etika yang perlu dipatuhi.

            Saya terpaksa membuat pendedahan ini, adalah hanya untuk menjawab kekeliruan cik/puan Hani sahaja…

            • Razil Zaini al-Hafiz / March 10, 2010 at 11:31 am /Reply

              Excellent. Thanks HelmiFairuz , i hope we can be frenz from now on.

              Blog Ijad nie mmg port terbaik utk menambahkan rakan online selain FB … huhu!

              Topik yg hangat dan kawan online yg hangat2 belaka – semua ada kat sini … hehe!

              Thanks bro Ijad (blog anda mmg MANTOP) dan FairuzHelmi :D.

              Salam sukses.

            • Saiful Hamba Allah / December 10, 2010 at 12:40 pm /Reply

              Saya setuju dengan En. Helmi Fairuz. Jangan mengharamkan dan menghalalkan sesuatu usaha perdagangan tanpa usul periksa dan sangat benar tidak banyak MLM di Malaysia yang berlandaskan syariah.

              Janganlah kegagalan dalam apa-apa perniagaan termasuk MLM yang sah di sisi syariah mahupun legal dengan perundangan Malaysia hinggakan masa depan dan rezeki orang-orang yang benar ikhlas saling membantu ekonomi umat di racunkan. Yang tidak legal dan kabur dalam perundangan syariah lagilah berisiko.

              Tidak semua MLM itu skim piramid, peskim penindasan dan skim cepat kaya. Semua individu atau secara berkumpulan berhak untuk berniaga untuk mencari rezeki untuk keluarga dan memantapkan ekonomi ummah.

              Saya ingin berkongsikan Fatwa Maljis Ulama Indonesia di Bandung berkenaan dengan kegiatan perniagaan dengan MLM;

              Sila rujuk dengan link ini untuk batasan-batasan halal nya MLM mengikut syariah :-

              http://www.docstoc.com/docs/34172043/?utm_source=docstoc&utm_medium=email&utm_content=downloadeddoc&utm_campaign=newreg

  12. nuaeman / March 9, 2010 at 2:13 am /Reply

    Assalamualaikum.. Jad.

    Nampak gaya komen yang diberikan tu terlalu emo sifatnya dan untuk mereka-mereka yang ingin menjawab tak perlu terikut-ikut emosi yang dibawa. Mungkin banyak yang Hani ni tak kaji dan tak tahu jadi aku cuba beritahu berdasarkan pengetahuan yang sedikit ni.

    Aku salah seorang yang menyertai Stormreaders yang mana merupakan anak syarikat kepada telaga biru. Sebenarnya Stormreader memberi pilihan samada kita ingin menyertainya sebagai penjual buku sahaja yang mana kita boleh berniga dari kedai buku online yang disediakan ataupun menyertai sebagai pengedar yang bersifat MLM. Dari sini dah boleh dilihat tidak wujud paksaan dan mereka yang berminat hanya perlu buat pilihan sendiri pakej mana mereka ingin sertai.

    Bagi pakej kedua yang bersifat MLM, pihak telaga biru sendiri telah melantik Ustaz Zahazan Mohamed dan Ustaz Zaharudin sepagai panel syariah bagi mengawal selia pelan perniagaannya supaya patuh syariah. Sememangnya bila menyebut MLM bunyinya tu sentiasa diterima negatif pada ramai orang tetapi apa yang meyakinkan aku dengan stormreaders

    1- Produknya – kita dah tahu telaga biru adalah salah satu penerbit buku-buku ilmiah. Jadi tiada keraguan dengan produk.

    2- Harganya – Apakah harga produk itu dijual lebih tinggi dr pasaran? tidak sama sekali. Sama sahaja cuma dengan ada keuntungan pada yang menyertai.

    3- Patuh Syariah – setakat ini cubalah cari dimanapun.. memang tiada hukum berkenaan MLM dibuat, jadi apa yang boleh dilakukan oleh pihak SR ialah berusaha menjadikan program MLM ini patuh Syariah dan dilantik 2 orang yang berauthoriti sebagai panel syariah mereka. Ada sesetengah MLM, hanya ustaz-ustaz yang join mengatakan ianya patuh syariah tetapi mereka tidak mempunyai panel syariah sendiri yang mengesahkannya. Itu beza dengan Stormreaders.

    Jadi dari segi produk hingga pelan perniagaan tiada masalah bagi aku.

    Yang biasanya akan memburukkan keadaan selalunya ialah cara promosi dibuat. Perlu diingat pihak Stormreaders tidak menggalakkan malah melarang sebarang promosi yang terdapat undur gharar dan penipuan. contohnya.

    1. Mengiklankan program ini sebagai program duduk diam dapat duit.
    2. Menjanjikan pulangan yang lumayan dalam masa singkat.

    Flyer yang disediakan juga bersih dari unsur gharar dan penipuan.

    Tiada paksaan di dalam Stomreaders sepertima di dakwa oleh hani yang mana kita perlu membeli buku dalm kuantiti yang banyak tetapi hanya syarat dan terma yang mana kita boleh menarik diri jika tidak bersetuju. Jika bersetuju pun perlunya berasaskan pada akad yang diredhai oleh penjual dan pembeli.

    Perlu diberitahu bahawa MLM bukan piramid tetapi banyak program piramid yang berasaskan money games di Malaysia yang telah menggelarkan mereka sebagai MLM maka timbul fitnah kepada MLM.

    Tentang siapa join dulu dia untung. Aku tahu kenyataan tu juga ada dikeluarkan oleh Irfan Khairi di blog beliau. Perlu diingat.. Siapa Irfan khairi? Jutawan MLM kah? Tak dinafikan Irfan salah seorang yang membawa jenama ‘buat duit di internet’ kesini tetapi dalam bidang networking business pengetahuannya mungkin belum cukup matang. Mungkin juga maksudnya penyertaan yang terawal mempunyai potensi untuk menyebar luas program ini kerana ketika itu ia belum diperkenalkan secara meluas lagi.

    Bila didakwa semuanya memandang wang, wang dan wang. Itu bergantung pada individu. walaubagaimanapun bila dah disebutkan sebagai bisnes kita tak dapat lari menceritakan soal keuntungan. Di Stormreader ada dua nilai keuntungan. pertamanya dalam nilai ringgit yang diberi oleh syarikat dan keduanya dalam nilai pahala berdasarkan ilmu yang disampaikan.

    Jadi fikir-fikirkan..

    untuk lebih memahami boleh terus ke Stormreaders.com

    Aku hanya bantu menerangkan mengikut kefahaman aku.

    Salam..

    • rohaizad / March 9, 2010 at 10:12 am /Reply

      Bagus… bagus.. sebab ramai yang memerlukan penerangan macam ni. Thanks :)

    • fiezaradzi / March 9, 2010 at 12:57 pm /Reply

      terima kasih bro nueman.. mmg info yg sgt2 bguna..

  13. yazid yahaya / March 9, 2010 at 8:42 am /Reply

    asalmualaikum kak oi!hehehe..

    Sebelum tu nak tanya,ni mesti pernah kene tipu kan daripada benda-benda yang dah join tu..

    ok,saya hanaya menyampaikan pendapat saya sahaja disini:

    Pasal halal atau haram tu saya tak boleh nak cakap sebab saya tidak boleh menjatuhkan hukum,tetapi saya hanya boleh menerangkan sedikit sahaja daripada apa yang ingin disampaikan..

    Bagi saya,iyanya bergantung kepada diri sendiri dan apa yang kita pandang,contoh kalau bab MLM tu,jika anda pandang kepada duit,maybe anda salah tapi kenapa mereka membuat produk yang berkualiti dan kenapa anda tidak pandang untuk produk yang berkualiti itu sedangkan iyanya sememangnya berkualiti?

    cuba kita fikirkan?iyanya juga bukan semata-mata kerana wang.kita telah tersilap kerana sebagai kita lihat sekarang pengedar MLM semestinya mengutamakan produk dan bukan mengutamakan sistem kewangan mereka.

    Ini apa yang kita lihat penjual sekarang mereka lebih berkonsepkan kepada kewangan dan bukan kepada kegunaan produk tersebut dan ini menunjukkan mereka pentingkan diri sendiri!jadi cuba akak fikirkan iya,jika kita utamakan produk?sama saja kan jika kita menjual produk di kedai-kedai biasa yang berada dipasaran?kalau kita tidak mengambil kisah pada sistem kewangan yang diperkenalkan ,so apa masalahnya? teruskan saja jualan..(jadi jangan buta pada kewangan)..itu la sebabnya kita buta dengan kewangan sebab kita hanya mengharapkan sistem tersebut..

    affiliate marketing pula,boleh ke iyanya dikatakan haram?..saya rasa tidak kot sebab mereka berusaha tolong jual produk tersebut dan menerima pembayaran daripada produk tersebut..(jadi mereka berusaha apa yang mereka ingin dapatkan),,jadi ,saya rasa tiada masalah tentang bab affiliate marketing..yang salah rasanya akak sebab tersalah anggap terhadap mereka..

    Maaf kalau ada tersalah bahasa atau tersilap kata..kalau saya ada salah,tolong betulkan iya..

    • rohaizad / March 9, 2010 at 10:13 am /Reply

      Thanks Yazid atas perkongsian ini :)

      • yazid yahaya / March 9, 2010 at 11:40 am /Reply

        sama-sama jad,bila mahu lawan futsal lagi?huhuh..

  14. Razil Zaini al-Hafiz / March 9, 2010 at 9:08 am /Reply

    Salam Nuaeman ,

    Saya setuju dengan penjelasan nuaeman tue. Saya ada berikan komen jugak pasal perkara tapi saya berikan link video utk dilihat. Nampaknya komen saya masih menunggu utk pengesahan (mungkin pasal ada 3 link di dalam komen saya tue , tue yg barangkali tak keluar lagi tue kot …huhu :-))

    Harap bro Ijad me’restui’kan komen sy utk dipaparkan…Terima kasih bro Ijad.

    • rohaizad / March 9, 2010 at 10:21 am /Reply

      :)

      • Razil Zaini al-Hafiz / March 9, 2010 at 10:30 am /Reply

        Thanks bro Ijad , komen sy dah kuar. Ada link video Uzar kat dalamnya. Harap para pembaca dapat melihat apa Uzar nak cakap ttg SR. Terutama sekali semoga ia akan membantu Cik/Puan Hani utk lebih faham.

        “Saya bukan ahli SR tapi sy suka akan KEBENARAN YANG HAK.”

        Salam sukses n thanks again bro Ijad , :-).

        • rohaizad / March 9, 2010 at 11:17 am /Reply

          Thanks atas link yang diberikan :)

          • Razil Zaini al-Hafiz / March 9, 2010 at 12:43 pm /Reply

            Sebarkan kebenaran bro Ijad :-) , sampaikan walau sepotong ‘BUKTI YANG HAK’!

            Ariooss..

  15. Rammel / March 9, 2010 at 9:40 am /Reply

    Nak komen apa ye??…

    Bagi orang yg terlibat dalam affiliate marketing, MLM, mesti akan kata tak haram dengan 1 juta 1 alasan dan menyokong bidang yang diceburi.

    Bagi orang yg berpendirian seperti Cik/Puan Hani,
    akan nampak sebaliknya dengan 1 Billon 1 Alasan.

    Kat sini, susah nak kata siapa yang betul, siapa yang salah. Walhal, kita tahu apa yang kita lakukan adalah betul, tetapi disebelah pihak yang lain akan kata salah, dan salah dan tetap salah.

    Which side are you on?

    • rohaizad / March 9, 2010 at 10:17 am /Reply

      Ramai yang keliru, sebab Information Overloaded. huhuhu

  16. Ishak / March 9, 2010 at 9:46 am /Reply

    Apa yg saya faham kalau dulu konsep mlm adalah memperluaskan pasaran produk melalui networking, beritahu kenalan. Cara ini by-pass mengiklan cara konvensional dan cost-saving ini dikongsi bersama networkers. Harga produk lazimnya lebih rendah dari harga pasaran bagi comparable produk. Zaman IT ni, pengiklanan boleh jadi “percuma” atau murah. Kaedah mlm diguna untuk memasarkan produk tidak salah dan tidak jadi haram sekiranya memenuhi tuntutan syarak spt yg di sebut oleh teman2 diatas.

    Dalam apa bidang pun tentu ada yg “hitam”. Boleh dibaca siapa mereka ini. Apakah mereka promote produk atau “jual impian” serta overprice produk yg mana jelas haramnya.

    Orang buat bisnis dah tentu tujuan nak buat wang. Cuma jangan tujuan menghalalkan cara.

    • rohaizad / March 9, 2010 at 10:16 am /Reply

      Ishak, bagus sungguh pendapat yang di utarakan. Sangat membantu :)

  17. Shahrul / March 9, 2010 at 11:16 am /Reply

    Konsep MLM ni dh lama dan antara sistem perniagaan yg bagus. Sbb tu skg byk MLM tumbuh dan byk juga permintaannya.

    Konsep utama MLM sebenarnya adalah untuk memasarkan produk, bkn cari downline semata2. Dan pandangan salah org ramai, join MLM mesti nk jd kaya sedangkan cukuplah sekadar kita mendapat keuntungan drpd menggunakan produk2 MLM.

    Komen nuaeman, ttg kata2 Irfan Khairi ‘siapa yg join dulu dia untung’. Sy juga tidak bersetuju dgn kata2 ini. Sepatutnya, apabila menjadi ahli mana2 MLM, syarikat MLM akan cuba berikan keuntungan kpd setiap ahli2 nya.

    Apakah keuntungannya? Syarikat MLM memberikan harga murah utk ahli2 dan juga komisen kerana support produk2 syarikat MLM. Jd, hakikatnya kita perlu suka menggunakan produk dan kemudian memperkenalkan kpd org lain untuk membantu syarikat MLM.

    Tp, sy x salahkan kata2 Irfan Khairi tu, sbb kita tahu Irfan Khairi menjana pendapatan dgn menjalankan perniagaan lain. Beliau tidak mempunyai pengalaman MLM. MLM adalah bidang baru bg Irfan Khairi.

    Pendapat saya, nk sertai MLM biarlah MLM yg tidak membebankan anda. Kebiasaannya mmg kita perlu membeli produk setiap bln, itu juga utk menjana keuntungan kpd syarikat. Ttg harga produk yg mahal, terpulang kpd kita. Kalau kita dh suka produk tu, harga mahal pun kita sanggup beli walaupun ada alternatif yg murah.

    Cth, kalau seseorang tu dh suka kereta BMW, dia akan usaha beli juga walau ada kereta Proton yg murah. Kedua-duanya sama, jln pd jalanraya yg sama. Kalau bawa laju2, excident sama2 boleh mati gak.

    Produk MLM dan bkn produk MLM pula, cth kopi. Kita boleh buat pilihan sama ada nak kopi MLM atau bkn MLM. Tetapi Kopi Radix keluaran MLM HPA tidaklah mahal dan setanding kopi biasa. Jd, tiada masalah konsep MLM menyebabkan harga produk menjadi terlalu tinggi.

    Sy lihat, MLM HPA dan Stormreaders memasarkan produk pd harga pengguna dan tidak pada harga terlalu mahal semata2 nak beri komisen tinggi kpd upline. Rugi ke beri komisen kpd upline? X rugi pun, coz upline tersebut telah memasarkan produk syarikat dan mungkin sbb upline itu jugalah kita telah mengenali produk syarikat terbabit.

    Inilah pandangan saya, anda berhak setuju atau tidak bersetuju kerana tiada sesiapa bersalah dalam mengeluarkan pendapat. Segala pendapat adalah benar bg setiap org. Sekian, terima kasih.

    p/s: rasa mcm komen2 lagi panjang drpd entry, x pe kan Ijad, hehe

    • rohaizad / March 9, 2010 at 11:17 am /Reply

      Komen panjang-panjanglah bagus, sebab itu adalah sebahagian dari “aura” sense of blogging. Keep it up!

  18. fairuq / March 9, 2010 at 11:59 am /Reply

    yo rohaizad boleh tunjukan macam mana withdraw kad debit public bank ???

    • rohaizad / March 9, 2010 at 12:24 pm /Reply

      Bukan takleh tunjukkan, tapi memang tak pernah guna Public Debit Card. Maaf ya.

  19. Puan Ainon Mohd. / March 9, 2010 at 12:29 pm /Reply

    Pesan Nabi Muhammad SAW, yang mahfumnya: “Apabila ragu, elakkan.”

  20. hafizmd / March 9, 2010 at 1:22 pm /Reply

    Bro, maafla..aku pun tak tahu nak jawab pasal soklan2 cik puan hani tuh..rasenye banyak juge info yg kawan2 kite dah tuliskan dan linkkan..yg tinggal..nak ke kite bace dgn hati yg terbuka dan tanpa prejudis?..ermm

    • rohaizad / March 21, 2010 at 11:58 am /Reply

      Yup betul. Kita just perhati dan berfikir secdara rasional :)

  21. naim / March 9, 2010 at 7:47 pm /Reply

    panjangnye…memang tak terbaca semua komen yang ditulis ni..hehe..

    Cuma saya selalu ingatkan diri, JANGAN JOIN PROGRAM yang semata-mata UNTUK MENAJA downline dan produk pula hanya untuk menghalalkan proses TAJAAN tadi..

    • rohaizad / March 21, 2010 at 11:58 am /Reply

      Yup, satu penjelasan yang sungguh terang sekali. Thanks Naim. :)

  22. fadzlihani / March 9, 2010 at 8:33 pm /Reply

    bertanya itu kunci kepada ilmu, banyak bertanya, kuranglah jahilnya. Namun bertanya itu pun ada persepsinya ;

    1. memang nak tahu

    2. nak menyindir

    3. nak mengutuk

    4. nak menimbulkan keraguan

    Saya tidak tahu niat Puan Hani, tetapi daripada emel beliau itu, saya rasakan ianya tidak termasuk yang nombor satu itu.

    Hanya Allah yang tahu…

    ps ; Saya pun pernah terkena macam Tuan Rohaizad

    pss ; mohon izin untuk masukkan link berkenaan Score A disini ===> http://www.myhannan.com/go/ependidikan.html

  23. HelmiFairuz / March 9, 2010 at 11:50 pm /Reply

    Kenapa kerajaan lambat untuk mencantas skim cepat kaya bertopengkan “MLM”@”e-dagang”?

    Satu persoalan yang sering berlegar-legar di kepala…

    • Ishak / March 11, 2010 at 11:57 am /Reply

      Biasanya pihak kerajaan, termasuk polis, bertindak bila ada komplen walaupun undang-undang kata sesuatu perkara tu tak boleh dilakukan (tak faham saya kenapa). Mungkin takde yg komplen.

  24. imran / March 10, 2010 at 7:45 am /Reply

    Gaya pertanyaan cik hani tu macam nak menghalalkan ID sahaja. Untuk kepastian, rujuk pada pakar kewangan ISLAM, bukan buat andaian demi andaian semata-mata untuk menghalalkan cara :D

    • rohaizad / March 21, 2010 at 12:02 pm /Reply

      Takper, dia sekadar bertanya saja kot. Yang penting, dah banyak pendapat yang telah di berikan.

      Thanks Imran. :)

  25. faisalhanim / March 10, 2010 at 12:02 pm /Reply

    Apa sebenarnya yg Kak Hani nak tahu? Perbezaan antara Affiliate Marketing & MLM? Atau halal haram MLM?

  26. mijie / March 10, 2010 at 1:56 pm /Reply

    kadang2 benda yang jelas lagi terang tapi nak gak bersuluh

    apa2 pun mana2 program pun, kalau unsurnya diragui, tinggalkan je

    tapi hakikatnya, sapa yg join pasti akan cakap program itu adalah betul

    • rohaizad / March 21, 2010 at 12:07 pm /Reply

      Hurmm… that’s damn true. Tapi bagus juga kalau ada soalan seperti ini, lebih mendewasakan kita juga :)

  27. hani / March 10, 2010 at 2:26 pm /Reply

    maaf, saya tak join pun mana-mana diatas, cuma kalau baca-baca semua ni…terang lagi bersuluh. jangan disebabkan saya bertanya, semua kata saya sokong n join ID. jangan mudah berprasangka.
    Saya tengok pada iklan2 affiliate, semua tunjuk statement bank,statement pay pal, itu yang saya bertanya, nak jual produk atau mengajak buat duit semata-mata. kalau nak share kebaikan produk, perlu ke tunjuk statement berapa banyak terjual? berapa komisyen dah dapat? Konsep sama je, so orang join pun sebab nampak statement tu, bukan nampak kebaikan produk??. Betul ke?

    • Zubaile / March 10, 2010 at 3:28 pm /Reply

      Assalamualaikum..
      Nak betulkan sikit statement cik hani..
      Nak jadi pengedar stormreaders..kena cukupkan 100cp iaitu lebih kurang rm300-310 pembelian buku tapi bukan SEKALI GUS seperti dakwaan cik hani.. contoh bulan ni beli 2 buah buku, bulan depan 1, selang 2 bulan satu lagi dan seterusnya sehingga cukup 100cp… campur RM90.00 (untuk kad keahlian(takaful+khairat kematian), bizkit (katalog, resit jualan) dan sewaan e-store dan enet setahun..

      berkaitan langkah promosi, tunjuk statement tu bukanlah salah syarikat tapi individu yg mempromosikannya. dan rasanya tak salah jugak..sebabnya kita ada akal..gunalah sebaiknya..nak pilih yg over hype atau menerangkan tentang pendapatan yg mungkin kita akan dapat..

      alah sama cam nak kerja.. sebab apa nak jadi cikgu, pensyarah dsb.. sebab gaji..

      sorry kalau melalut.. but thats is only my 2cents

      • Ishak / March 11, 2010 at 12:00 pm /Reply

        kalau tak silap saya (lama dulu terbaca) menunjukkan statement income itu menyalahi etika internet marketing.

    • Shahrul / March 10, 2010 at 3:56 pm /Reply

      X semua yg tunjukkan statement hype2. Affiliate ebook yg betul2, mmg ada menceritakan tentang produk ebook mereka.

    • nuaeman / March 10, 2010 at 4:18 pm /Reply

      Biasanya produk buat duitlah yang ada screenshot statement bank, paypal dan sewaktu dengannya sebagai bukti bahawa dengan menggunakan teknik yang disebutkan didalam produk yang dijual maka itulah hasilnya. Tetapi sebaiknya kalau nak tunjuk bukti eloklah bukti dari mereka-mereka yang telah mencuba teknik tu dan bukan statement penjual sahaja yang terkadang nampak macam syok sendiri.

      Dalam perniagaan produk digital. Ebook contohnnya ada juga berlaku gharar kepada grabber yang diletakkan pada web jualan contohnya:

      1) Si pemalas pun boleh hidup senang
      2) Jana RM 26578193 dalam masa satu minit! heh
      3) Goyang Kaki sahaja duit masuk setiap saat

      Affiliate hanya merupakan satu sistem untuk memasarkan produk dengan pemberian komisyen kepada mereka yang mendaftar di dalam sistem tersebut. Serupa macam Hani ada satu bisnes kemudian beri peluang kawan-kawan promosikan dengan pemberian sedikit komisyen. Begitulah konsep affilite untuk perniagaan Online.. cuma yang baiknya dengan sistem ini lebih mudah untuk si penjual mengenalpasti dari mana jualan dibuat. jadi dalam hal ni sistem Affiliate tak salah.. yang salah si penjual produklah

      Dalam perniagaan MLM juga hampir sama.. MLM tu hanya satu sistem untuk memasarkan produk dengan pemberian bonus kepada ahli-ahlinya sebagaimana diterangkan oleh teman-teman diatas.. cuma sistem MLM ni menjadi kabur apabila sesetengah pihak memanipulasi sistem ini. Kalau hani rasa was-was dengan semua tu eloknya tak perlu sertai.

      Silapnya ramai dari kita jarang nak selidik sesuatu tu sebelum sertai dan bila dah terlanjur menyertai yang tak betul mereka akan cari 1001 sebab n alasan menghalalkan benda tu walaupun dah terang lg bersuluh ianya haram. Macam juga orang yang merokok, dan tak pakai tudung contohnya. Walaupun tudung jelas diwajibkan dan walau rokok telah difatwakan haram tetapi masih ramai tidak berubah kerana ianya dah melekat di hati. Bila sesuatu dah melekat di hati orang jadi liat untuk ambil jalan paling mudah iaitu TINGGALKAN..

      Ada bagus juga Hani utarakan hal ni.. tetapi diharapkan niat tu nak mencari kebenaran dan bukan mencari kesalahan sehingga yang tidak haram juga menjadi haram.

  28. faisalhanim / March 10, 2010 at 3:22 pm /Reply

    ooo..begitu rupanya.

    Pada pendapat sy, income statement tue ditujukan pd org2 yg nk jd affiliate sahaja…yg nak buat duit.

    Dlm landing page iklan sebenar slalunya takde pun tunjuk income statement…melainkan produk tue mmg cara2 nak buat duit la.

    • rohaizad / March 21, 2010 at 12:08 pm /Reply

      Yup, selalunya macam tu. Setuju!

  29. Fazlee / March 12, 2010 at 3:59 pm /Reply

    em.. bagi saya MLM tu satu bisnes yg bagus sbb ada unsur bantu membantu.. ada 1 MLM ni yg saya penah join mmg bgs.. produknye bgs dan upline pun mmg caring.. dan saya pun diajar utk tau psl produk dan share kat kengkawan bukan cari downline semata-mata.

    bg saya MLM tu tak salah.. yang salah adalah penggiat MLM itu sendiri, yang mana sesetengah itu membuat paksaan dan menganiaya org(bila kena buat head hunting.. lps join kena cari org) bukan diajar utk jual produk tp lebih kpd cari orang..

    niat tu yg penting.. apa nawaitu kita, saya lebih gembira pabila sy jual produk,planggan berpuas hati dgn produk n servis saya.. itu lebih bernilai, lebih bernilai dpd wang ringgit..

    ada juga kes.. pelangan x puas hati siap kena maki lagi.. so saya pulangkan kembali duit dia sbb saya tak gembira pun.

    Okla, sekadar perkongsian sahaja. Jom majukan bisnes kita!

    • rohaizad / March 21, 2010 at 12:22 pm /Reply

      Thanks Fazli.

      Satu komen berbentuk nasihat yang bagus untuk tatapan semua :)

      • Fazlee / March 21, 2010 at 5:23 pm /Reply

        sama-sama ;)

  30. Pingback: rohaizad dot com » Tips blogging – Facebook dan Feedburner.

  31. ZURAIDI / July 9, 2010 at 10:29 pm /Reply

    salam….

    Apa sahaja yang ingin kita lakukan di dunia akan dipertanggungjawabkan esok di akhirat….
    kini di stormreaders telah ada yang bertanggungjawab iaitu dua orang panel syarie yang tidak asing lagi ,mereka seorang ulama yang disegani……kenapa kita masih ragu ….insaflah wahai kalian yang ada dan malulah kita kepada Allah……kerja kita medekatkan mereka (customer) dekat kepada Allah……tentulah banyak dugaan bersabarlah menanggani kerenah mereka….cuba kenangkan ketika Nabi S.A.W berdakwah di zamannya ……namun Nabi S.A.W tetap bersabar….

  32. mi / July 13, 2010 at 12:02 am /Reply

    Mungkin pandangan saya ni tak menjawab persoalan Hani tapi barangkali boleh dikongsi bersama kekawan.

    Sebut saja jual beli ni mesti kena jelas.
    Contohnya kalau jual e-book, biar jelas e-book tu isi kandungannya tentang apa. Maksudnya kalau boleh nyatakan tajuk2 ikut bab yang terdapat dlm e-book tu.
    Kalau tak pun paling kurang bagi tau saiznya berapa mb. Tak pun lagi elok nyatakan saiz kertas yg digunakan seperti Saiz A4, berformat PDF, dan ada bagi tau jumlah muka suratnya.

    Saya tengok kebanyakan e-book(bukan semua) yang dijual jarang benar nak bagi tau jumlah muka suratnya.
    Jauh sekali nak letakkan info tentang kandungannya.
    Bila kita letak jumlah halamannya baru orang dapat membuat perbandingan harganya.

    Satu lagi rasanya e-book ni sepatutnya lebih murah dari buku biasa, sebab tak de kos print, pembeli yg download dan kena print sendiri.

    Tapi apa pun kalau jual beli tu ikhlas & jelas, rasanya perasaan tak puas hati tak akan berbangkit lagi kerana yg membeli tu dah dpt info yg jelas sebelum sesuatu produk tu dibeli.

    Saya ada beli e-book(dlm bentuk CD) dgn kos RM50, tapi saya cukup puas hati muka suratnya hampir 300 halaman, byk info dan manfaatnya.
    Tapi apa pandangan sedara2/sedari2 kalau e-book format PDF, A4, tak sampai 20 muka surat dgn harga RM40?

  33. haris razi / August 3, 2010 at 12:17 pm /Reply

    salam semua…harap2 semua dapat teliti penerangan saya yg berhasil dari kaji selidik saya selama 3 bulan sebelum memasuki e-learning consultant n distributor…

    scorea-on9edu.blogspot.com

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>