Bukan senang nak suruh rohaizad jawab tag. Kali ini Lizz berjaya!
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: March 9, 2010 onlineBaru perasan yang saudari Liza Razak mengetag rohaizad dot com. Alahai… berkurun dah tak di tag. Lagipun kadang-kadang bukan senang nak jawab tag ini… huhuhu
So mari kita lihat siapa yang kena!
1. Adakah anda rasa HOT?
- Saya okay, tapi kalau siapa yang duduk sebelah saya, pasi dia akan berasa hot. Kadar karbohidrat dan metabolisma saya tinggi.
2. Upload Wallpaper PC/Laptop yang anda guna sekarang!

3. Cerita pasal gambar.
Rumah ni penuh dengan kucing. Ada yang mati, ada yang hidup.. ada yang orang curi… macam-macam hal. So yang ini orang takleh curi!
4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
Rasanya bulan lepas, makan bersama ayahanda dan bonda di Pizza Hut Jusco Permas Jaya.
5. Lagu terakhir anda dengar.
Michael Bolton (When a man loves a women…)
Sebenarnya tadi nak cari chord lagu Ebby Saiful dari filem Ali Setan, tapi entah macam mana tersangkut kat video ni… so itulah lagu terakhir setakat hari ini yang di dengar.
6. Apa yang anda tengah buat selain menyelesaikan tag ini?
Sedang duduk menulis sambil membelai kucing. Awek dan Awok namanya. Awek ni adik perempuan kepada abangnya, si Awok. Awek mempunyai sepasang mata yang paling indah pernah dilihat.
Orang di sekeliling area ini pun mengaku si Awek punya mata memang cantik. Penuh dengan sifat feminin!
7. Selain nama anda sendiri, anda dipanggil apa?
Di rumah dipanggil Izad. Kawan offline panggil Ijad. Dalam dunia online selalu di panggil “bro” sahaja. Tapi dalam dunia perniagaan dipanggil dengan nama Encik Rohaizad.
8. Tag lagi 8 orang.
Penghormatan diberikan kepada 8 orang juara komentar beserta dengan jumlah komen masing-masing sehingga saat ini:
1. kabu (123)
2. cyza (109)
3. Sain-Web.Com (99)
4. ibnujusup (91)
5. dr.aku.la (68)
6. miziology (66)
7. mijie (64)
8. samdaddycool (63)
9. Siapakah orang no 1 kepada anda?
Salah seorang peserta Seminar Blogging (di UTM Skudai) batch ke-2 terakhir bagi tahun 2009. Juga seorang akauntan yang bertauliah.
10. Katakan sesuatu mengenai orang no 5.
Ramai yang confuse dengan nama dia. Sama ada bunyinya seperti DRAKULA, ataupun dia mengaku dirinya seorang Doktor. Dr… Aku.. Laaaaa…
11. No 3 ada hubungan dengan siapa?
Dia ada hubungan dengan lecturer dia…. entah, betul ke tidak.. tak tahu.. huhuhu
12. Bagaimana pula dengan no 4?
Kurang pasti… tapi dia seorang pembaca setia blog ini.
13. Pesanan kepada orang no 6.
Ada satu projek untuk berJV dengannya. Tapi masih belum sempat contact beliau untuk menerangkan kesemuanya. Insya Allah, dalam jangka masa terdekat ini.
14. Kata-kata cinta untuk orang no 2.
Nak mati…? Dia jantan.
15. Adakah no 7 dan 8 mempunyai persamaan?
Iya… dua-dua laki orang… so takleh ikut orang bujang melakukan perkara usha-mengusha awek lagi. ahahah
16. Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang mengetag anda.
1. Saudari Lizz…. seorang wanita.
2. Difahamkan dia berasal dari Kg Melayu. Tidak jauh dari rumah rohaizad dot com.
3. Tapi sudah tidak menetap di sini… tidak pasti di mana dia menetap sekarang.
4. Seorang blogger yang mempunyai ramai peminat. Orang cantiklah katakan.
5. Educated orangnya… tidak seperti pemilik blog ini yang belajar pun tidak sampai ke mana.
17. 5 perkara yang anda tahu tentang Cik Asma.
Tidak pasti.. tapi di Kg Melayu ini Asma yang paling famous sekali ialah Rojak Asma.
18. Persamaan antara kambing dan lembu.
Kuku jari kaki mereka tidak pernah dipotong?
19. Perasaan anda buat tag ni.
Setelah lama tidak di tag, rasa seperti dihargai pula. Itu baru di tag di blog, belum di tag kat telinga seperti yang dilakukan oleh pemilik lembu dan kambing terhadap binatang ternakannya. Kalau di tag kat telinga… silap haribulan, berblogging dalam hospital.
20. Adakah anda tahu si Razman itu sengal?
Razman tu anak siapa?
21. Gay or Less?
Bernafsu seperti Nabi Adam. Enuff.
p/s: siapa yang kena tag tu, nasiblah…







tag ni best..tapi kekadang bosan plak nak menjawabnya..hehe..pikir balik nak tag sape lepas tu yang tak best
rohaizad Reply:
March 10th, 2010 at 1:26 am
Haaa.. sebab itulah ramai yang berhenti tag mengetag nih. ekeke
hahahahahahaha!!! how come boleh terajin jawab tag ni?best jugak kan sesekali wat tag. hehehe. dah 1 year tak layan tag, tp kali ni macam interesting lak
fakta2 tentang Lizz tu no 1-3 is correct tapi 4 n 5 tu bedek semata-mata.ahaks! eh, i love cats too!!!
rohaizad Reply:
March 10th, 2010 at 1:23 am
Uiks… merendah diri pula ya
zaman dulu rajinlah juga nak tag-tag ni..pastu rasa bosan plak..
rohaizad Reply:
March 10th, 2010 at 1:22 am
Yup, kalau selalu sangat.. memang bosan
” 1. Adakah anda rasa HOT?
- Saya okay, tapi kalau siapa yang duduk sebelah saya, pasi dia akan berasa hot. Kadar karbohidrat dan metabolisma saya tinggi”
SANGAT BETUL KENYATAAN INI!!!!!!!!
rohaizad Reply:
March 10th, 2010 at 1:20 am
Ahahaha… memang ko nak kena.
jawapan pada soalan no 9 tu kurang tepatlah ,jad….bro kabu batch 18 oct(second last seminar)…selepas 18 oct kan ada satu lagi seminar:)
rohaizad Reply:
March 10th, 2010 at 1:29 am
Ye ker?
Alamak… salah plak… ekekeke. Takper, nanti akan dibetulkan. Thanks.
wakakakakkaa… aku tgh sibuk melayan online store wahai Incik Ijad…. Tetiba tgk emel waktu dinihari.. hmmm rasa tergerak hati tengok entry TAG ni… Kena juga akuuu
Syekali-syekala layan tag best juge… asyik serius je blogging ekk
rohaizad Reply:
March 10th, 2010 at 4:01 am
Yup, kasi cool sket…
Entri dalam bentuk tag menarik juga untuk dibaca.
rohaizad Reply:
March 10th, 2010 at 10:40 am
Lebih unik soalan, lebih seronok untuk di jawab dan di baca,
Paling tak boleh tahan ialah soalan no 21. Tuan yang menge”tag” ni berminat untuk bercouple dengan bro kot
rohaizad Reply:
March 10th, 2010 at 10:37 am
Hiishhhh… jangan cakap kuat-kuat. Nanti orang dengarlah…
Lizz Reply:
March 10th, 2010 at 10:47 am
kehkehkeh.kuang asam aje si imran ni naa. ingat daku ni barang lelongan ke?wakakaka.
rohaizad Reply:
March 10th, 2010 at 10:48 am
Takper… dia sedang doakan kita tuh…
Lizz Reply:
March 10th, 2010 at 10:58 am
hehehe. Amin kan aje lah ek. muahaha
rohaizad Reply:
March 10th, 2010 at 11:02 am
……..
Ezad Reply:
March 11th, 2010 at 10:35 am
Ijad sedang senyum dengan lebar sepanjang hari….:)
hahaha..bro ijad jawab dengan ikhlas hati tu..
rohaizad Reply:
March 10th, 2010 at 10:34 am
Biasalah… hidup kena selamba
lol… wow..glamournya abg2 kita ni kena tag mcm artis woo..hik2
rohaizad Reply:
March 10th, 2010 at 10:33 am
Ramai lagi yang kena tag sebenarnya.
adus aku kena tag plak..
kena la jwb ye tak hehe.. tag jgn xtag
rohaizad Reply:
March 10th, 2010 at 10:33 am
Ahahahah… nasib badan..
panjang gile tag. jenuh nak menjawab satu-satu
rohaizad Reply:
March 10th, 2010 at 10:32 am
Sesekali ok kot…
Rammel Reply:
March 10th, 2010 at 11:43 am
mmm…. boleh la. sekali setahun… ;P
kalau soalan tag tu best, nak buat pun rasa tak bosan..hoho
rohaizad Reply:
March 10th, 2010 at 10:32 am
Yup, tang ini bukan semuanya seronok…. tapi kalau dah lama tak di tag, rasa seronok tu datang plak.
Lizz Reply:
March 10th, 2010 at 11:00 am
yep. sebab tu aku buat tag ni x-po
selalu dapat tag yang tak mencabar minda..tu yang malas nak buat tuh.ahaks!
dah 1 tahun aku tak buat tag. seronok jugak buat!
memang bagus idea Tuan Rohaizad menjadi tag sebagai post! Bravo
tag mengetag bagus untuk kesihatan kerana boleh mengurangkan stress.Kita pun boleh gelak ketawa seketika.
aku pun kn skali, takper nanti aku buatkan
tp ijad yg point no 15. tu memang benar laki org, tapi boleh usha awek laki…
ada kosong lagi 3, hehehehe
mijie Reply:
March 10th, 2010 at 12:55 pm
ijad tolong betulkan….” tapi boleh usha awek lagi” bukan laki
doktor? hmmm…
aku bukan seorang doktor.
drakula? hmmm…
aku pon bukan seekor drakula.
aku adalah aku.
dr.aku.la=dari-aku-lah
sungguhhhhhhhhh lama tak baca tag
zaman2 sunti dulu2 selalu tag mengetag
post yang santai…
best gak layan pagi2 ni… huhu
- blog yang unik cam blog bro insyaallah akan byk ada pembaca yg setia -
” jgn biar hidup anda diselubungi misteri”
cuma nampak kucing yang comel tu jer..
Chehh…patutlah tak tag aku…top commenter rupanya dapat.
emmm….ada persamaan…
emmm….ada persamaanlh…