Coooool! – Berblogging dari Pulau Perhentian.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging - Tarikh diterbitkan: March 9, 2010 online

atasDi atas adalah gambar yang di ambil sewaktu dalam perjalanan menaiki bot ke Pulau Perhentian. Angin lautnya punyalah mengasyikkan!

pulau-perhentian-3

atasSemakin dekat dengan pulau, semakin cantik air laut yang kelihatan. Crystal clear water… rasa dah tak sabar nak terjun. Alahai….

pulau perhentian 2

atasSampai je di jeti, terus mencari angle yang menarik untuk mengambil gambar. Salah satu perkara yang menarik mengenai Pulau Perhentian ialah kita boleh menaiki bukit bukau yang ada disekitarnya. Dan dari situ, kita akan dapat lihat betapa cantiknya air laut yang ada… fuhhh!

Selain dari itu, ada banyak jenis resort yang boleh dipilih. Untuk aku yang lebih suka pada angin, of courselah aku akan pilih resort yang tingi sikit dari daratan. Sebab di sebelah malam nanti, bolehlah layan blues sambil main gitar.

pulau perhentian 4

atasKadang-kadang bila pergi bercuti seorang diri ini, ada satu perkara yang membuatkan kita seronok iaitu dapat berkenalan dengan pelancong yang lain.

Lebih-lebih lagi jika sebelah bilik kita tu pun orang yang bercuti seorang diri. Banyak yang boleh boleh di borakkan. Kalau dia itu seorang awek, lagilah seronok berbual… sampai pukul 3 pagi pun tak sedar… huhuhu :)

pulau perhentian 5

atas

Dan apabila lepas melakukan semua aktiviti di pulau, inilah masa yang paling sesuai untuk berblogging. Ditemani dengan line internet yang ok di sini, itu sudah cukup untuk merehatkan minda sambil berblogging menghadap laut. Blogging di Pulau Perhentian memang cukup seronok!

**********************************************

Haaa.. janganlah percaya sangat pada apa yang ditulis kat atas tu. Entri di atas adalah satu lagi entri berbentuk imaginasi dari rohaizad dot com.

Sebenarnya entri ini ditulis atas sebab-sebab yang tertentu:

1. Memandangkan akhir-akhir ini, blog rohaizad dot com agak panas dengan artikel SPAM, SCAM dan MLM… so apakata kita cool dan relax dahulu.. yea :)

2. Tetapi jika ada yang ingin menjadikan entri ini satu kenyataan atau ingin menaja blogger cikai ini untuk ke Pulau Perhentian, beliau menerimanya dengan hati yang terbuka. Bolehlah kita berblogging dan bercuti bersama-sama. Hubungi beliau di sini.

3. Beginilah kalau blogger dah semakin sibuk atau kekeringan idea. Seumur hidup, belum pernah lagi rohaizad dot com menerbitkan entri seperti ini (ambil gambar banyak-banyak, lepas tu jadikannya sebagai satu cerita….) ekekeke.

4. Yang pasti, semua gambar di atas itu adalah gambar sebenar di Pulau Perhentian… cantikkan? :D


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 96 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. fina fento said:

    wauuuwww….air laut tu buat saya teruja!

    rohaizad Reply:

    Betul.. betul… memang tak sabar rasanya. huhuhu

  2. mat teropong said:

    huhuhuhu..ingatkan bro memang kt sana td..huhuhu

    rohaizad Reply:

    * Nasib baik baca sampai habis kan? kan? kan? :D

    mat teropong Reply:

    tu la pasal…memula dah nak jeles dah…lepas tu, tak jadi dah nk jeles..wakakakakaka

    rohaizad Reply:

    Ahahaha… tuh dia!

    Lizz Reply:

    hahahaha. itulah, tertipu jugak. nasib baik khatam entri ni.tapi, serius lah cantik pulau perhentian ni! hohoho

    rohaizad Reply:

    Haha…. mau follow tak pergi sana bulan 6 ni?

  3. bluedianthus said:

    Imagination is more important than knowledge – Albert Einstein.. :) Cantiknya Pulau Perhentian ni.

    rohaizad Reply:

    Yup… you are right!

  4. miziology said:

    pergh igt ko pegi ijad hehe baru nk layan cerita ko tu haha..
    teruja tgk air laut yg jernih tu.. terjun msti best

    rohaizad Reply:

    Aku pasal nak pergi mandi laut nilah yang sampai beli contact lens…ahahaha

  5. Emran said:

    Jeles…jeles….

    bila kawan nak pergi pulau ni…….lepaskan kawin dulu la..

    rohaizad Reply:

    Boleh, apa salahnya…

  6. Ummie said:

    Rohaizad betul2 score banyak goal kali ini. Main football sorang2lah katakan…
    Imagination runs wild

    rohaizad Reply:

    But still wish for the dream imagination come true. :)

  7. zam said:

    pergh..syoknyer dapat pegi situ kan…dapat release tension… ehehe.. tgk bulan 6 insyaAllah..leh bawak famili aku berjalan…

    rohaizad Reply:

    Haaa… bolehlah bawak aku sekali kalau macam tuh :)

    zam Reply:

    no hal… boleh…kasi tau mana duduk..nanti aku amik..hehehe

  8. Entri ini sanat terbaik dari ladang! Suke seh. Jom Jad gi perhentian. Mesti layan nye beb

    rohaizad Reply:

    Kasi duit sketlah bang… saya tak cukup duit nih… :)

  9. alone said:

    uhuhu. mati2 aku ingat real tadi =p

    rohaizad Reply:

    Takper, belum mati lagi kan? ahahah

  10. rina said:

    Cantik dan tenang je warna biru air laut tu. Tenang di mata, damai di hati…cewah..Ijad memang pandai buat gimik. Layannnnn….

    rohaizad Reply:

    Lagi tenang kalau dapat duduk beerehat santai kat sana dengan pembaca blog ini… alahai

  11. pedagangIT said:

    bro … bilik semalam berapa tu…
    ada scuba dviing tak …

    ko ada dapat pakej percutiaon dia tak

    rohaizad Reply:

    Ahahahah… ini mesti kes tak baca entri sampai habis nih… :D

  12. Blogger75 said:

    Wow..hebat betul bro mengatur ayat sampaikan saya fikir benar-benar berada kat sana.Ada rezeki tu pergilah bercuti untuk merehatkan fikiran dan minda.

    rohaizad Reply:

    Memang nak pergi. Kalau boleh, nak sangat berjumpa dengan pembaca blog ni kat sana :)

  13. syarani said:

    best2…da lama aku xpg ke laut…sejuk mata aku tgk recent post ko ni ijad ;)

    rohaizad Reply:

    Sejuk lagi kalau dapat terjun ke dalam air laut tuh… pheww :)

  14. Zulazis said:

    buatlah Seminar Smart Blogging kat Pulau Perhentian…. lain daripada yang lain…

    rohaizad Reply:

    Boleh… tapi nanti takut peserta plak yang tak sanggup :) huhuhu

  15. sangilapi said:

    kenyataan itu datang dari angan-angan…buatlah satu RS kat pulau ni satu kali…pas tu buat satu club scuba diving untuk ahli smart blogging…baru layan bila lepak pulau macam ni….itu baru tengok dari permukaan atas,jad….belum tengok di bawah dasar sana….fuhhh!!! tak tergambar dengan kata-kata beb! jom diving.

    rohaizad Reply:

    Kalau ikut hati, sekarang gak nak pergi bro… perghh

  16. wanmus said:

    perhentian tu dekat ngan kampung aku, nk pergi perhentian pun naik bost kat Kuala Besut tu..kalau ko pergi perhentian tak singgah, memang aku terasa hati giler..hehe..

    rohaizad Reply:

    WanMus,
    Ada aku kisah? Ahahahah

    wanmus Reply:

    arrgghh aku tak kira..ko kisah ke takk..haha

  17. Shukor said:

    Cet! Ingatkan real tadi pergi P.Perhentian :)

    Tertipu beta. Apa pun Pulau Perhentian+ Blogging itu cool…

    rohaizad Reply:

    Ahahahah… sabar… sabar…

    Ini adalah salah satu symptom pelik yang di alami olej seorang blogger yang kepingin sangat akan sesuatu perkara sampai dia sanggup menulis apa yang di imaginekannya. ekeke

  18. Azhar said:

    emmm. rasa macam dah nak agak Bro ni buat gimik lagi. Berjaya lagi………….

    rohaizad Reply:

    ekekeke :)

  19. laaaa…Abg ni mmg pandai main dengan ayat2 power ek??

    waaahh…tadi mase saya bace post ni saya da ade beberapa soalan da dalam otak nak tanya:

    -abang pergi sorg je.nape tak bawa family?
    -abang ambik sndiri pic2 ni?
    -online guna broadband ke?

    skali..alahai…kena tipu rupanya..hahahaha :)

    hahaha…pandai2….

    alah abang kan da banyak duit hasil dari blogging ni..abang yg sepatutnya belanja kitorg.saya rasa abang sepatutnya buat contest untuk pelawat2 abang ni.

    siapa menang boleh pergi bercuti ke P.Perhentian dengan abang.abang belanja..hehe..

    amacam OK tak idea saya?hik hik hik…

    siapa setuju idea ni angkat tangan??!! hehe :0

    rohaizad Reply:

    Susah tuh… kalau pemenangnya perempuan, haru biru jadinya nanti… huhu

    Watch avatar online Reply:

    kalo perempuan menang boleh bawak nenek skali..kan OK!sewa la 2 bilik..huhu…

    nyway pasni wat la post sal langkawi lak…hehe

    rohaizad Reply:

    Nenek?
    Alahai.. apa-apa berlaku pada nenek tu nanti, susah pula.

  20. omecool20 said:

    phuh .. teringat last time ke sane … the waters ;-) ..ok, buat sesi review Smart Blogging kat sana :) kita turun …

    rohaizad Reply:

    Boleh… tapi boleh ke peserta lain nak tanggung kosnya pulak nanti…. huhuhu (mesti mahal tuh)

  21. alantanblog said:

    Maybe boleh buat Seminar smart Blogging di pulau perhentian nanti! :D

    rohaizad Reply:

    Boleh.. tapi takut ada yang tak boleh nak tampung kosnya. hehehe

  22. huh.. serius saya ingat bro g bercuti tadi.. best btol dapat g sne.. upenye, imaginasi, tapi, tahniah bro, memang idup imaginasi bro, saya tgk pun rase tenang je.. duk lak bebetol depan kipas dalam bilik saya ni ha, mata tengok permandangan pulau perhentian lak, rasa macam betul2 ada kat tepi laut.. haha..

    rohaizad Reply:

    Tuh dia… dah imagine seperti berada di pulau yea.. :0

    remajablogger Reply:

    tu la pasal.. bro, ade rezeki kite g ye.. doa2kan la.. hehe

  23. Fazreen said:

    Aku memang dah lama teringin nak pegi pulau perhentian. Penah sekali dh sampai terengganu alih2 xdpt naik bot sbb air laut xmngizinkan…aiyaa..hopefully nnt dpt pegi..tp kan ade ke line internet kt sana?

    rohaizad Reply:

    Pasal line internet tu, aku pun tak sure sebenarnya… :)

    p/s: rasanya ada kot :)

  24. Assalamualaikum Tuan Rumah,

    Entri di atas menarik dan lebih menarik lagi bila jadi realiti….ehem!

    Ambo tinggal 6 km dari jeti kuala besut . Tambang bot laju ke P.Perhentian RM70 pergi dan balik. Sewa tempat tinggal antara RM30 hingga RM250 semalam.

    Duduk saja di rumah ambo…..jimat.

    Dari imaginasi jadi realiti…

    Kalu jadi call saja…sedia jadi “polis pelancong”

    Salam ceria & inspirasi
    “Pray Hard, Work Smart & Creative”

    Assalamualaikum

    rohaizad Reply:

    Insya Allah.. :)

  25. donny said:

    emm..mau budget la ni pergi kat sana..

    Watch avatar online Reply:

    ish murahnya..

    nape tak sediakan blog?boleh saya masuk blog sedara?best nye kalo boleh pi sane :)

  26. zik said:

    Pulau perhentian tak pegi lagi… apa kata bro buat seminar smart blogging kat sana.. hehe.. lain pulak jadinya

    rohaizad Reply:

    Boleh… tapi takut nanti orang cakap seminar tu makan duit orang pula. Yelah.. sudah pasti kosnya akan meningkat.

  27. zamrii said:

    Pergh… aku ingatkan real la tadi bro rohaizad bercuti di Pulau Perhentian. Nasib baik baca sampai habis.hehehe ;)

    rohaizad Reply:

    Ahahah… biasalah, blog ini memang suka mendera pembacanya untuk membaca sampai habis :)

  28. firdaus said:

    meh jemput datang egypt
    musti nak kan? hehe

  29. reezluv said:

    pergh..wat aku bernafsu nak pegi tangkap gambo..haha

  30. Bercuti di Janda Baik pun indah juga, Tuan Rohaizad, apatah lagi apabila berdua….

    rohaizad Reply:

    Puan, kalau dapat pergi ke Janda Baik dan selepas tu jumpa jodoh di sana… lagilah bagus… kan? ekekeke :)

  31. HelmiFairuz said:

    Ada dua Pulau kat Malaysia yang saya pernah sampai, Pulau Carey, dan Pulau Kapas sahaja… :)

  32. Nabieel SR said:

    Impian memiliki rumah mengadap keindahan pantai dan bunyian ombak :D

  33. samdaddycool said:

    Cis… mati-mati aku ingat ko mengayat awek bilik sebelah kat Pulau Perhentian..

    p/s- cantik betul! teruja aku nak gi

    rohaizad Reply:

    Awek?
    Manalah aku ada awek… siot jer… ahaha

  34. dr.aku.la said:

    siot…
    ape-ape pon nice entri.
    buat orang tersenyum sendirian.
    elok untuk me”release” tension.

    rohaizad Reply:

    Dah pukul 4.00 pagi, tak tido lagi ka?
    hahahah

    dr.aku.la Reply:

    bukan tak tido
    baru bangun
    :)
    good morning!

  35. imran said:

    Adeh… Khayalan rupanya… Ingatkan REAL

    rohaizad Reply:

    Hihihihihi…

  36. Sain-Web.Com said:

    Blogging secara cool je…tepi pantai lebih cool kot..

    rohaizad Reply:

    Memang pun… tak sabar rasanya nak lepak di tepi pantai.

  37. mijie said:

    aduh…mula2 baca ingtkan ijad dah pergi bercuti ke pulau pangkor

    tapi rupa2nya khayalan semata-mata dan yg paling tak tahan tu, cara olahan mcm betul2 ijad duk kat sana…

    pasni ijad boleh menulis untuk filem lak…mesti ramai org gi tgk

    rohaizad Reply:

    Fuhh… tinggi betul imagination sampai nak buat filem yea… ahahah :)

    mijie Reply:

    itulah pasal, khayalan yang ijad tulis tu bila time sy baca rasa mcm ijad betul2 bercuti di pulau pangkor…

  38. Mohd Fasha said:

    Imaginasi rupanya.. Saya nak berimaginasi semua assignment dah siap & final exam dibatalkan,huhu..

    rohaizad Reply:

    Jangan buat hal.. kang kantol semester plak… ahahah

  39. ibnujusup said:

    dah lame x pi melancoong…. :-)
    nanti la kalau dah ‘jadi’huhu

    rohaizad Reply:

    Ahahaha… boleh.. pelan-pelan. Ada masa dan ongkos, boleh pegi punya.

  40. menj said:

    Huhuhu…pergi Terengganu rupanya.

    menj Reply:

    Cheh…tak perasan, berkhayal rupanya. Wakakaka.

  41. Jeketb said:

    aku tinggal kat besut tapi belum pernah sekali pun jejak kaki kat sana..nampak dari jauh je sebab rumah aku pun dekat ngan pantai jugak.

    rohaizad Reply:

    Pergilah bro… mesti syiok woo

  42. fiezaradzi said:

    mmg cantik tul.. Subhanallah.. teringin nak pergi, tgk gambar ni lagi nak pergi.. hahaa.. sekali-sekala cam tipu pun de warna air tu.. tapi tul la tu.. hihi..
    **ingt tul dah bro ijad ke sana..

    rohaizad Reply:

    Imagination sahaja… huhuhu :)

  43. Razif said:

    Salam,

    Wah.. satu kepuasan mata melihat betapa bestnya
    Stop Island nie ya… :)

    Jika sembang santai nanti diadakan disini.. InsyaAllah saya di “sponsor” oleh Tuan Jamal.. Penangan hadiah Top Affiliate dari beliau…

    Erm.. tercetus idea juga nak mula berblogging dengan niche pelancongan nie.. hehehe… info dah ada, pic dah ada… not bad bro Ijad! Thanks!

    rohaizad Reply:

    Travel Niche?
    Absolutely great sebab memang itu hot niche all over the year… all season. :)

  44. boss said:

    Antara banyak2 post ko ni.. yang ni paling lawak.. mula mula baca.. pergh best ni.. gi jalan2.. sekali khayalan semata2.. cet hampeh tul la..

    betul kadang tu kita tulis blog pun sampai takde idea nak tulis aper.. he he..

    ape kata buat group trip murah sikit dapat.. kumpul la 5-6 orang best gak.. vacation time!! tapi laptop tak tinggal la.. nyawa tu..

  45. aini said:

    uissshhhh….besh nyeww…x sbo nk g blan 7 neyhh…hikhikhikhik…

  46. [...] (bulan Mac 2010) aku pernah menulis satu entri imaginasi mengenai berblogging di Pulau Perhentian kat blog ini. Waktu tu, memang aku cukup kepingin hendak pergi ke Pulau Perhentian. Dan sekarang dah sampai pun [...]