Gurindam dunia blogging Malaysia.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Bahasa - Tarikh diterbitkan: March 11, 2010 online

Blog itu satu nama,
Blogging itu satu kerja,
Glamour itu satu cerita,
Dah memang itu adat dunia.

Wahai blogger yang dikasihi semua,
Blogging itu tiada istimewanya,
Cuma apabila diangkat martabatnya,
Semakin besarlah manfaatnya.

Jangan menulis dari hati yang resah,
Tapi menulislah dari akal minda,
Mengapa perlu disanggah jiwa,
Bukankah bahasa jiwa bangsa?

Tapi blog tidak boleh berkata-kata,
Yang ada hanya tulisan untuk dibaca,
Terlajak perahu boleh di pusing semula,
Terlajak menulis maka sakit akibatnya.

Tapi masih ada yang masih gembira,
Dengan cerita yang diadu domba,
Bila di tanya jawapannya “biasalah”,
“Orang lain boleh kenapa tidak saya?”

Itu kisah blogger adu domba,
Tapi ada lagi yang lebih mencabar,
Lucah menjadi niche utamanya,
Gambar seksi pula menjadi hiasannya.

Kalau tadi kisah blogger yang kuning otaknya,
Ini pula blogger yang sensitif jiwanya,
Habis apa yang ada dalam jiwa,
Semua di luahkan dengan selamba.

Semakin hari semakin susah,
Memikirkan blog yang semakin parah,
Habis di kutuk di makinya kita,
Kerana kegagalan yang menimpa.

Orang ada blog, dia pun ada,
Orang berblogging, ehh dia pun ikut juga,
Orang penat menulis, ehh dia cool pula,
Kenapa? Sebab kerjanya copy paste sahaja.

Orang buat duit dia jeles gila,
Bila ditanya ehh dia marah pula,
Walhal blognya baru sehari dua,
Dah kita dikatanya kedekut pula.

Dunia blogging Malaysia ini kecil sahaja,
Hindarkanlah apa sahaja semua musibah,
Di kiri dia di kanan kita,
Marilah berblogging dengan penuh berhemah!


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 61 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Jmay said:

    Mendalam betul maksud gurindam ini..hehe..penuh dgn makna2 yang tersirat :)

    rohaizad Reply:

    Ada sebab entri ini di terbitkan sebenarnya… huhuhu

    hafizmd Reply:

    Saye dapat tangkap maksudnyer bro..thanks..

    Taufik SM Reply:

    encik ijat boleh jadi seperti usman awang la…. :)

    ibnujusup Reply:

    Kenapa? Sebab kerjanya copy paste sahaja

    -nape rase pedas pulak.. :-) hhuhu…

  2. Kujie said:

    bergurindam dari Pulau kah?
    huhu…. jadi blogger..banyaklah membaca

    Kujie Reply:

    kat sidebar tadi nampak “aksi ghairah”

    terkliklah sudahhh….

    wanmus Reply:

    yang mana mengghairahkan tu kak jie? hehe

    Kujie Reply:

    hehehe…dah terlepas..backlink dia

    rohaizad Reply:

    Itu spam komen Kak Jie… macam mana boleh di approvekan oleh Akismet pun tak tahu… huhuhu

    rohaizad Reply:

    Bergurindam di bawah pokok je Kak Jie… pokok taugeh…

  3. wanmus said:

    aihh..dia bergurindam pulak..macam2lah ko ni ijad..tulah, kawen cepat2..

    capth Reply:

    Hah.. nak suruh siIjad kawen..!!!! Tak apa…tak perlu disegerakan. Lagi pun katanya tak cukup….??

    Jangan Mareh…. kah…kah…kah

    Nabieel SR Reply:

    em..tak cukup..makan dalam :D

    rohaizad Reply:

    Oiiiitttt…. nak pekenakan akulah tuh…

    hafizmd Reply:

    Cian bro ijad..asyik kene aje..hehe..so ape lagi bro..:D

  4. Makan dalam sungguh gurindam ni…
    Siapa makan cili, dialah rasa pedasnya :P

    rohaizad Reply:

    Janganlah makan cili… makan KFC pulak.

  5. Rammel said:

    boleh buat lagu tema …

    rohaizad Reply:

    Tema blogging yea.. :)

    muhammad fakhruddin Reply:

    Siapa bakal penyanyinya?Adakah dia punya blog?hehehe…

  6. alone said:

    bila boleh download mp3 audio gurindam ni? hehe =)

    rohaizad Reply:

    Perghhh.. mencabar sungguh komennya.. hihihi

  7. Shahrul said:

    Wah, boleh jadi komposer nih, komposer blog.

    rohaizad Reply:

    Main-main bolehlah kot.. nak pergi lebih jauh, tak terfikir pun… ahahah

  8. Nozi said:

    Salam,

    Gurindam penuh makna..hehe :)

    rohaizad Reply:

    Ada makna tuuuu…. huhuu

  9. Lizz said:

    bro, buat lagu lah pulak! ade potenti ni. kehkehkeh!

    rohaizad Reply:

    Lagu?
    Memang sedang buat pun… dengan saudara Zairizad.com. Tak siap siap lagi. huhuhu

  10. hirman said:

    Gurindam sorang-sorang xsedap lak bunyinya..
    macam lagu takder irama lak.

    rohaizad Reply:

    Wahhh…. makan dalam komennya… ekekeke

  11. Zulazis said:

    buat betik, buah belimbing
    sentiasa cantik, bila berbloging

    rohaizad Reply:

    Wahh…. simple tapi power!

  12. adamfaiz said:

    Ni salah satu bakat tenggelam ke bro? hehehe gurau je..

    rohaizad Reply:

    Sesekali t bolehlah kot… ekekeke

  13. Blogger75 said:

    Saya setuju guridam dalam blog ini.Pelbagaikan genre penulisan.Ini pantun saya bro…

    Panas sungguh rasa di gurun,
    Seperti panas mandi di sauna,
    warisan bangsa turun temurun,
    Penuh sindiran ada makna.

    mijie Reply:

    lagi sorang yang berbakat dalam pantun…

    pasni boleh ijad anjurkan pesta pantun kat blog dia

    jgn marah, nanti kena jual

    rohaizad Reply:

    Pesta pantun ye?
    Macam menarik je bunyinya tuh. Cun!

    rohaizad Reply:

    Tidur malam bertemankan bintang,
    Tidur siang bertemankan matahari,
    Kalau bukan bahasa yang di tatang,
    Apa guna jadi Melayu jati.

    Amacam?

    Blogger75 Reply:

    hebat tu…guridam dah jadi medan berpantun..

  14. mijie said:

    Itu kisah blogger adu domba,
    Tapi ada lagi yang lebih mencabar,
    Lucah menjadi niche utamanya,
    Gambar seksi pula menjadi hiasannya.

    part ni yang paling menyentuh perasaan, hehehe

    pandai je ko ni ijad berbahasa basa, apa2 pun tahniah sbb bakat yg terpendam

    rohaizad Reply:

    Alaa… sket-sket tu bolehlah…

  15. Nabieel SR said:

    Kena penangan tag Lizz kot.. :)

    Blogger mesti relax walau ribut melanda,
    gurindam datang sebagai pengubat :p

    PS : Waduh semakin terpegun melihat Cik Alexa kepunyaan Tuan :D

    rohaizad Reply:

    Blog kena kasi hensem, baru Cik Alexa akan datang mengurat.

  16. akuchey said:

    bro tambah sikit….

    sale pages panjang berjela-jela
    bagai menanam tebu di web pula
    suruh tiru saja apa yang ada
    mesti masyuk punya….
    habis kenapa kau jual pula
    kan lebih baik kau sapu sorang saja….

    rohaizad Reply:

    Ahahaha… best… best!

  17. miziology said:

    jgn bc je..
    fahami ape yg tersirat tu yg penting hehe
    ijad ko budak sastera ker dulu? hehe

    rohaizad Reply:

    Budak science stream sebenarnya.

  18. khairolghani said:

    pergh..bergurindam pulak sifu aku ni..gurindam penuh makna..

    rohaizad Reply:

    Kikikiki… sesekali apa salahnya.

  19. fiezaradzi said:

    hasil dari brita hangat sekarang ni ke..copy paste ni.. hahaaa..tapi tul la pe yg bro ijad cakap kt atas tu..saya sokong

    rohaizad Reply:

    Semuanya di rangkumkan dalam satu… so masing-masing faham-faham sahajalah…. dah besor panjangkan?

    p/s: blog ini lagilah selalu di plagiat content`nya… dah alah bisa, tegal biasa. malas dah nak marah… huhuhu

  20. Shaffik said:

    Tersentuh dan mendalam maksudnya..Huhuhuhu…

  21. Fazreen said:

    asyik sungguh baca gurindam bro Ijad..tp knp belum ada yg terpikat pada bro Ijad lg..hehehe..

    rohaizad Reply:

    Sebab ini bukan gurindam cinta Fazreen… amboi perli nampak… ahakss

  22. donny said:

    best ni..boleh pinjam tak gurindam bro?hehe

    rohaizad Reply:

    Boleh… no problem :)

  23. abangnara said:

    hohoh
    gurindan makan dalam nie
    nice one bro ~~

    rohaizad Reply:

    Entahlah… kalau setakat artikel kena copy paste, blog ini lagilah selalu kena.

    Alahai…

  24. wah..bergurindam sudah…
    dalam bentuk nasihat…akan dijadikan teladan..

  25. Penang said:

    Dalam sungguh maksud gurindam…byk yg tersirat. Sambil bergurindam, sambil menegur orang….yg makan cili aje rasa pedasnya…