Semalam adik-adik kita telahpun mengambil keputusan SPM masing-masing. Ada yang gembira dan ada yang kecewa. Ibu bapa pula ada yang menangis sebab terlalu gembira, tapi ada juga ibu bapa yang berduka.

Hurmm… tidak kisahlah apa yang berlaku, kehidupan ini harus diteruskan. Lagipun, bukan boleh buat apa… benda dah berlaku.

Dik,
Dulu abang ada berkongsi mengenai kisah sewaktu menjadi pelajar SPM dalam blog ini. Dalam entri itu, semuanya berkisar kepada apa yang telah berlaku pada diri abang. Pendek kata cerita itu lebih menjurus kepada kegagalan dan kealpaan.

Dik,
Dulu abang tidak pernah mempunyai peluang untuk masuk ke universiti. Abang tahu itu semua di sebabkan oleh keputusan SPM abang yang tidak seberapa.

Tetapi abang tetap berbangga kerana 2 adik lelaki kandung abang berjaya juga mencecahkan kaki mereka masing-masing ke menara gading. Emak dan ayah abang cukup bangga dengan mereka berdua.

Dan hari ini abang ingin berkongsi cerita mengenai apa yang ditulis oleh abang-abang dan kakak-kakak adik yang lain.

Sepanjang hari ini, abang melihat pelbagai pendapat dan tulisan mereka di Facebook, blog dan juga forum-forum. Ada di antara mereka yang menulis dengan cara yang betul dan ada juga dengan cara yang salah.

Abang rasa abang perlu menegur akan sesetengah tulisan yang telah di tulis oleh abang dan kakak adik itu semua. Sebab utama abang berkata begitu ialah kerana abang rasa ini sahaja peluang yang ada.

Antara tulisan yang abang rasa tidak sepatutnya mereka tulis ialah seperti ini:

1. “Kebanyakan mereka yang mendapat result SPM yang baik selalunya gagal di universiti… itu ikut pengalaman akulah”

2. “SPM tidak penting. Yang penting kehidupan di alam pekerjaan…”

3. “Belajar pandai pun belum tentu hidup senang. Yang penting kemahiran….”

4. “Ramai yang mengatakan apabila saya gagal SPM, saya akan gagal dalam hidup. Tetapi lihat sekarang… saya lebih berjaya dari mereka itu semua. Siapa mereka sekarang dan siapa pula saya? “

Dik,
Abang cukup sedih apabila kenyataan sebegitu keluar dari mulut mereka. Abang tahu niat mereka untuk merendah diri, tetapi perasan atau tidak dalam masa yang sama perasaan riak juga wujud sekali. Dan akan ada pihak yang terasa dengan statement rendah diri mereka itu.

Siapa yang akan terasa?
Sudah tentulah adik yang telah mendapat keputusan yang baik dalam SPM. Mereka semua telah menulis bahawa SPM teruk pun boleh berjaya.

Itu tidak mengapa lagi.
Tetapi masalahnya sekarang ini ialah mereka juga memperkecil sesetengah pihak yang mendapat keputusan SPM yang bagus.

Tambahan lagi, mereka cukup berbangga mengenainya walhal mereka juga tahu yang bukan semua orang yang tiada kelulusan akademik boleh hidup dengan mewah seperti mereka.

Abang tahu hati adik akan terguris kerana kenyataan sebegitu pastinya mendatangkan perasaan negatif di hati adik yang telah berusaha keras untuk SPM. Kalau diikutkan, lebih baik mereka menyuruh anak dan keluarga mereka supaya jangan ke sekolah. Betul tak?

Mereka sepatutnya mengucapkan TAHNIAH kepada adik yang telah bertungkus lumus selepas memberikan yang terbaik. Abang sendiri kalau diberi peluang untuk kembali ke masa lampau, abang hendak sangat menjadi seorang anak yang boleh dibanggakan.

Benar.
Mendapat result yang baik untuk SPM adalah menjadi satu harapan bagi setiap ibu bapa. Jika adik mendapat result yang baik, TAHNIAH abang ucapkan. Sekurang-kurangnya walaupun adik masih belum pasti akan nasib adik di masa akan datang, adik sudahpun membuat ibu dan ayah adik BANGGA.

Walaubagaimanapun jika adik mendapat keputusan yang teruk, janganlah putus asa. Beri peluang pada diri untuk menebus kegagalan lalu.

Cuma katakanlah di masa akan datang nanti adik LEBIH BERJAYA dari rakan adik yang dahulunya mendapat keputusan SPM yang bagus, maka janganlah sesekali perkecilkan mereka dengan mendabik dada akan kejayaan yang telah adik kecapi.

Kerana apa?
Kerana pada waktu adik telah berjaya, ibu bapa adik belum tentu dapat merasainya. Kejayaan adik itu mungkin tidak dapat dikongsikan lagi… kerana mereka telahpun tiada.

Akhir sekali, untuk mereka yang mempunyai niat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi, abang doakan semoga adik berjaya di masa hadapan. Always give your best! Insya Allah.


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 40 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. wanmus said:

    jangan dengar sangat kata orang bila kita rasa hati kita kuat mengatakan begitu. ada waktunya kita perlu dengar kata hati..orang boleh kata macam2 kat kita tapi hanya kita yang mengenal diri kita sendiri

  2. alone said:

    tahniah buat adik2 yg telha berjaya melalui SPM. terus maju ke depan, teruskan eksplorasi, teruskan belajar pengalaman yang berguna dalam hidup!

  3. Aqif said:

    Nasihat saya disini ialah “Just be yourself”. Jika keputusan adik-adik cemerlang, tahniah diucapkan. Bagi yang sebaliknya, jangan sesekali berputus asa. Peluang sentiasa ada di hadapan. Teruskan usaha dan jangan sesekali putus asa.

    Walaupun orang kata keputusan SPM itu adalah penentu bagi kemasukan Universiti, tidak semestinya kita harus mengikutinya 100%.

    Kerana…. Ia adalah keputusan adik-adik sekalian untuk meneruskan perjuangan bagi mencapai impian selama ini. :)

  4. Sain-Web.Com said:

    Tahniah kepada yang berjaya ….dan jangan sedih kepada yang kurang berjaya…Esok masih ada..

    ibnujusup Reply:

    esok masih ada…. betul tu bro… :-)
    never give up…keep pushing

  5. bro ijad jahat.. ahaks.. buat air mata saya bertakung.. lagi lak feel lak tu.. aduh.. makan dalam.. thanks cz tulis artikel ini.. kepada adik2 semua.. teruskan usaha, jangan cepat putus asa.. kejayaan memerlukan ilmu.. matlamat yang jelas, fokus yang tepat akan menjamin kejayaan ye dik..

    ibnujusup Reply:

    jangan patah semangat udah…. semangat kental ..

  6. nanahana said:

    ooh saya pun tak bagus SPM.. sy kuatkan tekad dan terus mendaki puncak dengan jaya nya… sekarang sy pun bekerja dalam bidang sy minati dan Alhamdulillah… setakat ini memang berbaloi2 lah.. merendah diri ada tahap2 nye… kt kene ingat usaha tangga kejayaan…lepas tu berdoalah dengan berkat usaha kt tu moga Allah restui segala2 nya…Amin…

    bluedianthus Reply:

    Hi nanahana, betu tu. Merendah diri ada tahapnya. Selagi ada peluang, perasaan rendah diri itu tidak patut ada. Just believe in yourself. Apapun, saya doakan nanahana berjaya ya. Berusaha dan jangan lupa Tuhan. :)

    nanahana Reply:

    hi miss bluedianthus…
    betul tu…. saya pun mendoakan bluedianthus berjaya jua dlm apa bidang yg di ceburi…tkcare! ;)

    donny Reply:

    ya..asal dar kampung!

  7. khairolghani said:

    sebenarnya mak dan ayah kita tak kisah pun kita cemerlang@tak sebab bagi diorang,kita dapat habis belajar sampai SPM pun dah kira bagus..tambah pulak bagi mak&ayah yang memang tak pernah belajar sampai tahap SPM..andainya kita cemerlang,tu dah jadi 1 bonus..

    (pengalaman sendiri)

    ibnujusup Reply:

    betul tu bro… tapi kalau blh , sampai yg plg tinggi… klu x bleh, yg penting kite berusaha….

  8. adamfaiz said:

    SPM tu penting, tak boleh dinafikan. Tapi kegagalan atau keputusan yang x berapa baik sepatutnya dijadikan pembakar semangat untuk berjaya. Usia tidak menghalang kita untuk terus belajar…

  9. Azhar said:

    Kepada yang berjaya dan mendapat keputusan yang memberangsangkan, Tahniah di ucapkan. Kepada yang tidak dapat merealisasikan impian dan cita cita mereka , jangan putus asa, esok masih ada dan peluang ini terbentang luas terutama di dalam dunia internet ni .hehehehe.

    Buat anak dara saya yang tidak mendapat A atau pun E dan hanya mendapat ditengah saja, teruskan perjuangan kerana Daddy akan terus memberi sokongan padu hingga ke akhir hayat.

  10. titan said:

    yap. Biasalah tu. Orang kita kalau merendah diri..memang bab-bab riak dia nak sebut sekali. Tak nak kalah la katakan..

    rohaizad Reply:

    Damn right!
    Aku memang dari semalam tercari-cari perkataan yang sesuai untuk describekan apa yang ada… tapi ko dah tolong aku mencari perkataan tersebut… “tak nak kalah”. :)

  11. Nabieel SR said:

    Alangkah bagusnya pemikiran bapa ku pun begini. Tak dapat keputusan bagus marah bukan kepalang.

    Ada yang awal2 semester best student dah nak habis U terus cabut lari.

    Bila duk pk, belajar dari pengalaman hidup adalah lebih berjaya dari belajar di U :)

  12. zool said:

    Setuju2..
    Tak perlulah memperkecilkan mereka yang telah berjaya dalam SPM..
    sepatutnya bagikan panduan kepada mereka..

    rohaizad Reply:

    Aku suka dengan ayat ko ni Zol… sangat benar!

  13. imran said:

    SPM bukan segala-galanya, ia hanyalah 1 kayu pengukur untuk seseorang melangkah dengan lebih jauh di pengajian tinggi :D

  14. akuchey said:

    SPM tu hanya permulaan untuk hidup.Kalau dh usaha tapi gagal nak buat macamana kan.Ramai dh terbukti berjaya walaupun tak bersekolah.Ramai graduan U keluar tapi sukar mendapat pekerjaan.Jika gagal SPM terus jer cari pengalaman dan kemahiran.Harga satu kemahiran lebih bernilai dari segulung ijazah third class.Betul ke macamana bro?

    rohaizad Reply:

    Itu memang betul.
    Tapi masalahnya di sini ramai di kalangan mereka yang berjaya TERLALU BANGGA dengan kejayaan yang dicipta tanpa result SPM yang baik.

    Sampai mereka memperlekeh adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Contohnya macam ni:

    “Alaaa… aku dulu tak dapat result SPM yang gempak pun boleh success. Tengok aku sekarang… ada company sendiri, ada produk sendiri… ada itu … ada ini… itu ini, begitu begini…”

    Bukankah itu menghina sanubari adik-adik kita yang telah berusaha untuk mendapatkan result yang bagus? Sepatutnya mereka yang berjaya ni janganlah cakap macam tu… kan?

    zymert Reply:

    tajuk artikel ni memang menarik dan bermotivasi untuk kita selagi kita berhubungan sesama manusia dalam alam ni..

    apa apa pun tahniah kepada adik adik yang dapat result SPM semalam..bagi yang tak berjaya masih banyak masa untuk memcuba dan mencuba dan yang penting tak putus asa.

    berjaya atau tidak kita dalam hidup ini boleh kita gunakan ATTITUDE,SKILL dan KNOWLEDGE sebagai indicator dalam menambah kejayaan demi kejayaan.

    dan yang paling penting jangan merendahkan orang lain dengan kejayaan kita

    alongovtx Reply:

    Perkara ini melibatkan estim diri…individu yang begitu biasanya adalah individu yang tergolong dalam estim diri yang rendah.

    Untuk meningkatkan estim dirinya maka perlu direndahkan estim diri yang lain.

    Edyanie Reply:

    “ramai di kalangan mereka yang berjaya TERLALU BANGGA dengan kejayaan yang dicipta tanpa result SPM yang baik.Sampai mereka memperlekeh adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM”

    sejujurnya ini yang menjadi masalah pada mindset budak sekarang…bila cikgu tekankan kejayaan dalam PMR,SPM, pelajar2 majoriti mcm pandang sebelah mata…ramai dah suka cukup makan dari cemerlang, walhal itu sepatutnya menjadi satu sasaran atau matlamat utama…kalau selepas itu tak cemerlang, tidak mengapa, sebab dah USAHA..ini disebabkan fikiran “ambil mudah” camnih, menyebabkan ramai yang mula suka sekerat jalan je, bila yang pernah gagal ni berjaya dalam fahaman mereka,mereka mula perlekeh mereka yang cemerlang ni makan gaji..kena ingat jugak, kalau makin berleluasa pemikiran camni, akan terbantut perkembangan ilmu dikalangan kita, itu akan menjadi masalah pada kemudian hari…pada aku, jangan di perlekeh kedua-dua pihak, sama ada cemerlang atau pun gagal sebab masing2 perlukan satu sama lain..kalau takde orang cemerlang, tak merasa kita akan teknologi dan perkembangan tamadun, kalau takde yang gagal, pasti kita susah nak dapat keperluan asas seperti makanan,tempat tinggal…so, prinsipnya, mesti saling hormat menghormati :)

  15. mijie said:

    itulah bagi aku bersyukur apa yg kita dpt dulu, dan kalau yg tak berjaya, jgn patahkan semangat mereka..

    adik aku pun dapat result spm semalam, alhamdulillah resultnya ok

    aku hanya ckp tahniah dalam talian telefon jer, nanti balik kg aku belanja adik aku tu

    apa2 pun tahniah buat pelajar yg cemerlang spm dan yang kurang cemerlang….perjalanan masih lagi jauh

  16. hjh sapiah said:

    tahniah kepada yang berjaya tetapi yang kurang bernasib baik jangan terlalu keciwa atau sedih. Semua itu ada hikmahnya dari Allah s.b.w.

    SPM bukan jadi kayu pengukur hidup kita samada berjaya atau cemerlang.Ada juga insan yang berjaya tanpa kejayaan dalam bidang akademik semata-mata.

    Berusaha dan berdoa lebih kuat lagi untuk kejayaan hidup didunia dan diakhirat.

  17. Abd Hakim said:

    mungkin dulu orang yang berjaya nie dia dulu fail SPM, time tue banyak org hina dia

    jadik bila dia dah berjaya dia punya turn pula condemn org yg mana kutuk2 dia dulu

    tp kena ingat suatu hari nanti org yg berjaya yg result SPM nya teruk nie sampai bila2 kah akan di atas?

    dan sampai bila2 kah org yg tak berjaya tp SPM nya bagus nie di bawah?

  18. Perasan sesuatu..Gaya penulisan En Rohaizad macam berubah sikit…Macam lebih mesra..
    Satu perkembangan yang baik..

    Minta beri tunjuk ajar..hi(dari si Newbies)

    rohaizad Reply:

    Hurm… selama ini tak mesra yea… ? huhuhu

    donny Reply:

    bkn x mesra,kalau ramai lg awek kat blog ni lagi best siot ..hehe

  19. donny said:

    ermm..best lagu tu bro..siap convert kat hp aku lg.hehe tq

  20. adamfaiz said:

    Untuk yang membangga diri dengan kejayaan walaupun tanpa pendidikan formal yang cemerlang, aku ada satu pesanan. “Hidup ini ibarat roda, langit tidak selalu cerah, hentakan kakimu takkan dapat meruntuhkan gunung…”

  21. Penang said:

    memang tak patut bila yg gagal SPM merendahkan2 org yg berjaya SPM tu. Kalau nak bagi semangat pada diri yg gagal tu, jangan heboh2kan kat org cakap aje dalam hati. Dapat elakkan rasa riak…..

    Bagi saya, kalau dapat SPM cukup2 makan tak mustahil leh belajar sampai IPT gak walaupun hanya swasta sahaja macam yg saya buat, jika berusaha bersungguh2. Ada stgh org Tuhan bagi mempunyai otak yg cerdik dalam pelajaran, setengah org pula di tahap sederhana sahaja (yg inilah kena usaha lebih sedikit). So, mmg tak mustahil siapa2 pun boleh mencapai apa yg mereka inginkan….

  22. Rammel said:

    Saya perhatikan, Yang belajar bagai nak rak untuk SPM, akan masuk universiti dan akhirnya akan bekerja selama 30 tahun makan gaji dengan pendapatan purata antara RM8k – 10 k (kalau naik pangkat la).

    Yang tidak berpelajaran/ kurang daya tumpuan untuk belajar, selpas tamat belajar mempunyai naluri survival yang tinggi. Selalunya akan memulakan perniagaan untuk menampung kehidupan, berniaga selama mana yang mampu dan berpendapatan tinggi.

  23. Non said:

    hi, 1st time here and already like it! ^^
    sy baru amik spm result dan alhamdulillah oklah~
    6a 3b 1c, ok x??

    tp bagi sy spm x spntg mane berbnding dgn attitude seseorg tu. mcm saya, asyik belakang tabir, belajar bagai nak rak tp lack of soft and interpersonal skill, susah nk dapat keje and survive kan….

    so for me SPM and attitide kena sama2 penting. x kisahlah org tu gagal ke lulus ke cemerlang ke. yg penting tu attitude, academic no 2..

    sy skrg ni tgh brusaha nak ubah diri jadi more outspoken and be someone new..

    hope it works~ ^^

    tujuan sy bukan nak membangga diri tapi just nak bagi opinion.

    Tq and it’s a nice blog u have here mr rohaizad~ keep it up!

  24. menj said:

    Kita ikut jerr apa yang kita rasa betul, kalau ikut cakap org sampai mati pun takkan betul2. Ingat cerita Aesop tentang seorang lelaki dengan anaknya.

  25. azwan said:

    pening lah kalau nak melayan cakap semua orang. yang penting usaha. kalau berjaya SPM lepas tu tak teruskan usaha, jahanam lah jadi nya. begitu jugak sebaliknya.

  26. hadjie said:

    SPM hanya sekali. Buatlah yang terbaik sebagai kenangan nanti.