Buat duit dengan affiliate melalui blog – terima kasih kerana memahami.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: March 14, 2010 onlineJam sudah pukul 12.00 tengah hari. Rasanya dah boleh pulang ke rumah… badan pun dah letih dan peluh menitik-nitik sebab routine ********* . Tapi sebelum balik rumah, sempat lepak sekejap depan pantai Lido… ambil angin.
Sampai rumah, dah macam ada besday party. Maklumlah hari Sabtu pertama cuti persekolahan, memang standard rumah ni penuh dengan anak-anak saudara.
So sebaik sahaja buka kasut, ayah terus jer “sound direct”:
“Izad…. ni ada surat berdaftar. Ko kena pergi Pejabat Pos Kampung Melayu collect. Nak pergi sekarang pun boleh juga, sebab pejabat pos pun belum tutup lagi.”
(Dalam hati )…
“Surat berdaftar? Pelik betul… dah berkurun tak pernah terima surat berdaftar. Nak kata buku yang dibeli dari Amazon, dah sampai hari tu. Nak kata Finger Mouse pun, dah sampai minggu lepas. Barang apa pulak nih?”
Lepas je mandi, terus ambil kunci motor sambil kat dalam fikiran masih lagi tertanya-tanya apa yang ada dalam kiriman tersebut.


Mujur pejabat pos masih buka lagi. Inilah dia Pejabat Pos Kg Melayu. Sekarang sudah di naiktaraf … tak macam dulu lagi dah…


Oh… rupa-rupanya ada surat dari Exabytes. Tapi apa hal pula Exabytes hantar surat pada aku? Nak jadikan aku sebagai DUTA HOSTING mereka ke? Kalau betul, apa salahnya kan?


Lepas buka envelope’nya, memang sah Exabytes telah mengotakan janjinya.


Rupa-rupanya ia adalah cek dari hasil promosi hosting yang di lakukan.
Hurmmm… memang seronok bila ada blog ini. Sebab selain dari berblogging, kita juga boleh melakukan affiliate marketing melalui blog yang kita ada.
Nampak macam riak je sedara? Tunjuk cek sana, tunjuk cek sini…
—> Taklah… mana ada. Tiada niat pun ( cerita sebenar ada di akhir entri ini).
Atau sedara berasa senang hati sampai nak menunjuk-nunjuk?
—> Tidak juga.
“Tidak juga?” Kenapa sedara cakap macam tu?
—> Tuan, nampak macam senang. Yelah… duit`kan? Semua orang suka duit. Bila nampak duit, semua orang kata “lebat”.
Maksud sedara?
—> Tuan, yang tuan lihat ini adalah situasi sekarang. Tapi pernah tuan bayangkan saat saya mencuba bermati-matian untuk meng-optimum dan monetize`kan blog ini? Pernah tuan rasa apa yang saya rasa pada ketika proses trial-error yang saya lakukan suatu waktu dahulu?
Hanya Allah sahaja tahu mengenai semangat juang, putus asa dan “fed-up” yang pernah wujud pada saat saya BERTATIH untuk mencari jalan bagaimana untuk menjana sales affiliate dari blog ini.
Dah tu? Kenapa senyum? Berlagaklah tu kan ?!
—> Senyum itu sedekah tuan.
Dan senyum itu juga adalah satu tanda “gembira” atas segala usaha yang di lakukan selama ini. Akhirnya membuahkan hasil….
Kalau macam tu, kongsikanlah dengan kami cara dan tips menjana sales affiliate hanya dari blog. Asyik tunjuk cek, tunjuk income, tunjuk screenshot… sakit hati betul bila tengok blogger seperti sedara yang suka menayang-nayang ini.
—> Ya Tuhan… bukankah saya pernah kongsikannya sebelum ini?
Saya memberikan secara PERCUMA lagi!
Dalam entri tersebut… saya telah kongsikan semua POST-MORTEM saya, pengalaman saya, tips dan teknik yang saya gunakan sendiri selama berbulan-bulan lamanya.
Walhal ramai yang mengesyorkan saya MENJUAL semua teknik, hasil kajian dan trial error saya itu (bukan saya kata, tapi ada beberapa orang yang suggestkan saya untuk menjualnya termasuklah beberapa orang IM tanah air sendiri! )
Relevan lagikah teknik yang saudara gunakan itu?
—> Demi Allah… jika Tuan tanyakan pada saya, saya akan menjawab YA. Ianya masih lagi berkesan kerana saya masih lagi mendapat sales dari produk-produk yang saya pernah promosikan.
Sebagai bukti, di bawah ini saya sertakan satu lagi screenshot sebenar satu lagi SALES yang berjaya di jana dengan menggunakan teknik tersebut (saya tidak blur`kan satu apa pun details).
Menariknya, produk yang terjual adalah produk yang telah dibincangkan dan ditunjukkan dalam entri tersebut iaitu BLOGCASHBLUEPRINT !!



Nanti dulu sedara. Bagaimana sales itu boleh terjadi?
—> Saya memperoleh sales tersebut dari SEO yang telah terbina. Bermakna blog ini berjaya berada di muka surat pertama SERP untuk keyword:
1. “blogcashblueprint”
2. “blogcashblueprint.com”
3. “blog cash blueprint”
Hasil dari teknik yang digunakan, akhirnya inilah satu-satunya BLOG MELAYU yang berjaya menembusi SERP Google bersama site English lain dari serata dunia untuk keyword tersebut.
Sedara cakap memang pandai, tapi mana entrinya?!!!
Tuan boleh membacanya di sini:
—> PANDUAN PERCUMA: Tips untuk menjana pendapatan dari program AFFILIATE melalui blog.
Di bawah ini pula adalah antara entri-entri tambahan yang mungkin boleh membantu Tuan:
1. Kuasa SEO – boleh mendatangkan keuntungan.
2. Kuasa SEO – cubaan kali ke-2 juga berjaya mendatangkan hasil.
Saya harap Tuan bolehlah mencubanya. Kalau saya dapat melakukannya, saya juga yakin Tuan boleh melakukan perkara yang sama. Saya tidak minta apa-apa dari Tuan tetapi saya doakan agar Tuan berjaya dan terus berjaya menjana sales affiliate melalui blog yang tuan miliki.
* Untuk semua, teruskanlah berblogging seperti biasa sebab masing-masing ada blog. Sambil-sambil tu, selitkanlah link affiliate terutamanya jika entri yang di tulis itu ada kaitan dengan produk yang ingin di promosikan.
TIPS:
JANGANLAH buat entri semata-mata untuk MENJUAL, kerana orang tidak akan beli kalau kita ingin menjual. Tetapi orang akan beli jika kita berjaya membantu mereka untuk membuat keputusan.
Jika kamu pernah menulis mengenai tips menjana sales affiliate melalui blog, silakanlah kongsi link tersebut di bahagian komen. Mudah untuk rakan blogger lain untuk membacanya sekali
p/s: terima kasih kerana memahami… ( yang aku tidak fahami sekarang ialah KENAPA pengurusan baru LISA HILMI untuk Pakej Video`nya lembap dan lambat untuk membayar komisyen? haiyaaaaa…..! )







fuh..dapat surat lagi tuh..best tul dapat check..:D.wawah..moto LC eh?sama kaler plak ngan moto aku..:P
rohaizad Reply:
March 15th, 2010 at 12:00 am
Tapi yang tak bestnya komisyen dari pengurusan baru Lisa Hilmi… rasanya dah lebih 5 -6 bulan komisyen tak di bayar!
Cehhh..
reezluv Reply:
March 15th, 2010 at 1:06 am
mak ai..admin tu kata apa?senyap camtu jek?
rohaizad Reply:
March 15th, 2010 at 1:13 am
Janji gitu jer… dari hari tu. Sepatutnya dah dapat… huhuhu
reezluv Reply:
March 15th, 2010 at 1:18 am
affiliate lain banyak lagi ape..hehe..
rohaizad Reply:
March 15th, 2010 at 7:48 am
Affiliate lain tak power method yang di ajar. Skill Puan Lisa tu memang superb!
sham Reply:
March 16th, 2010 at 9:37 am
Jad, yang lisa hilmi tu aku tengok semua komisen dah clear sedangkan sebelum ada 6 sales. Stat dah kosong, payment takde pun.
try tengok ko punye jad.
rohaizad Reply:
March 16th, 2010 at 9:45 am
Sham, sebab tu aku dari dulu memang screenshot semua bukti sales. Sebab takut perkara seperti ini terjadi.
sham Reply:
March 16th, 2010 at 9:57 am
lupa pulak nak screen capture. Susah betul kalau dah tak jujur meniaga.
aku tau sales sah sebab ada 2 orang contact aku diorang beli daripada link saya. tapi link download tak dapat.
aku ada email diorang bagitau pasal benda tu. senyap terus. Aku dah remove semua link affiliate lisa hilmi daripada site aku.
Teruk betul diorang tu.
Stat affiliate ko ada lagi ke tak? ke dah reset macam aku punye…
rohaizad Reply:
March 16th, 2010 at 10:04 am
Dah kena reset. Sepatutnya sebelum pembayaran di buat, dia takleh reset sesuka hati. Nantilah, kalau aku dah naik minayk, siap aku tiaw pengurusan baru ini secara terbuka.
p/s: baru dia tahu.
sham Reply:
March 16th, 2010 at 10:20 am
Hehehe…abis RM380 ko jad. Memang jujur la diorang sekarang ni.
tiaw je jad. aku join.kekekek
rohaizad Reply:
March 16th, 2010 at 10:52 am
Hurm… nanti aku hantar email terakhir secara private. Kita tengok apa yang diaorang jawab. Entah apa yang ditunggu lagi pun tak tau.
jad,ebook bila nak siap?
rohaizad Reply:
March 15th, 2010 at 1:13 am
Nak tambahkan sedikit lagi info. Tapi ebook tu lebih kepada newbie kot…
wow! rezeki tu. syok ek dapat duit.hehehe. congrats!
rohaizad Reply:
March 15th, 2010 at 7:46 am
Meh Lizz, kita makan Pizza….
p/s: Ada tambahan link rujukan untuk entri di atas. Baru dimasukkan sebentar tadi.
wah, mantap la saudara, dapat check dari exabytes tuh…boleh la belanja nasi ayam penyet..
tapi itulah, hari tu pun sy pernah tulis satu post kat blog sy pastu selitkan affiliate link, tup2 dapat 2 sales…ok lah tu…rezeki namanya
reezluv Reply:
March 15th, 2010 at 1:32 am
sama ar..aku pun dah dapat dah..:D
rohaizad Reply:
March 15th, 2010 at 7:43 am
Ye ke?
Haaaa…. dah cakap dah, mesti boleh punya!
p/s: kalau mencuba, pasti ada hasilnya
memang sangat lembap la bro .. saya ada email hari tu, dia habag dia tgh go slow2 one by one. I am this close to discard the promotion I’m doing.
rohaizad Reply:
March 15th, 2010 at 7:41 am
Same here. I am so frustrated!
Tahniah bro Ijad!
P.S: Pasal Lisa Hilmi tu x settle lagi ek? pergh..lama gila kes ni berlarutan.
rohaizad Reply:
March 15th, 2010 at 7:40 am
Entahlah…. naik fed up pun ada…. huhuhu
Kena bagi aku sikit komisen tu bro.. (belanje nasi ayam penyet).. hik.. hik..
rohaizad Reply:
March 15th, 2010 at 7:39 am
Sket jer tu bos… ekekeke tak cukup.
tahniah =p
rohaizad Reply:
March 15th, 2010 at 7:38 am
Cuba ya, mana tau sangkut ke sales nanti
p blog sana org cerita dpt cek, mai blog ni pun cerita dpt cek..wahhhh….blogger skrg ni kaya raya….hahaha
bila nk post sebelah Merc dgn :p
tahniah utk pencapaian ini
rohaizad Reply:
March 15th, 2010 at 7:38 am
Bergambar dengan Merc?
Hurmmm…. saya bukan buat MLM’lah kak…
p/s: Ada tambahan rujukan untuk entri di atas. baru ditambah sebentar tadi.
Tahniah ijad…entri yang cukup memotivasikan para blogger..
rohaizad Reply:
March 15th, 2010 at 7:37 am
Perkongsian biasa sahaja
Thanks.
Wow… Gambar kontrol macho sambil pegang cek… Lepas ni ramai la gadis-gadis email ayat-ayat cinta
rohaizad Reply:
March 15th, 2010 at 8:06 am
Ayat-ayat cinta?
Lama benor tak dengar perkataan tu wehhh…
Congratulation Bro, Teruskan mewarnai dunia blogging. Emmm, masih mencuba lagi,,, entah bila lah nak abis belajar… cuba dan cuba dan cuba…..
rohaizad Reply:
March 15th, 2010 at 1:54 pm
Keep trying and blogging. You’ll be there bro
perkongsian info yang bgs nie..best2
trima kasih daun keladi
esok-esok bagi lagi..hehe
rohaizad Reply:
March 15th, 2010 at 1:54 pm
Insya Allah… rajin-rajinlah datang ke blog ini ya
gambar hensem tu..siap ada beg Liverpool lagi..hehe..tengah belajar juga pasal affiliate ni..
rohaizad Reply:
March 15th, 2010 at 1:57 pm
Liverpool… oh yeah!
Salam,
Wah! tahniah..dapat duit lagi..hehe. Saya baru baca entry PANDUAN PERCUMA: Tips untuk menjana pendapatan dari program AFFILIATE melalui blog. Terima kasih. Memang kena sentiasa rajin ni.
rohaizad Reply:
March 15th, 2010 at 1:55 pm
Welcome to the club Nozi!
affiliate melalui blog ni mmg terbukti berkesan tapi bukan utk blog spam or sampah hehe..
blog aku pun penah gak dpt walupun xde promosi or post review ttg produk. yg penting trafik hehe..
rohaizad Reply:
March 15th, 2010 at 1:52 pm
Yup, kita juga boleh beriklan di blog yang tinggi traffiknya. Berbaloi-baloi…
Salam Tuan Rohaizad. Tahniah kerana berjaya mendapat sales2 yang mengancam!
Betul tu, bila kita dah ada blog, kita boleh buat macam2 terutamanya untuk menjana pendapatan melalui affiliate.
P/S: Tentang pembayaran komisyen affiliate Pakej Youtube tu saya pun sama juga. 2 sales tak dapat komsiyen dari tahun lepas lagi. Dah email mereka? Ya,dah berkali-kali saya email…tak mejawab pun:(
rohaizad Reply:
March 15th, 2010 at 1:51 pm
2 sales?
Alahai…. aku punya 19 sales… RM380.00 kantoi lagi, diaorang still tak bayar… cehhh hampeh arr
congrat bro!
rohaizad Reply:
March 15th, 2010 at 1:50 pm
Thanks
wah..best!!!tahniah bro..
rohaizad Reply:
March 15th, 2010 at 1:50 pm
Cuba ye, jangan tak cuba… teknik yang sama juga di aplikasikan.
hebat bro bersama affiliate
, akan melz mengorak langkah seperti itu juga nanti !
rohaizad Reply:
March 15th, 2010 at 1:49 pm
Welcome bro!
REzeki tu…alhamdulillah…
rohaizad Reply:
March 17th, 2010 at 1:02 am
Yup, alhamdulillah…
Huhuhu…5-6 bulan tak bayar affiliate tu namanya apa..rasanya produk tu laku pe..pelik juga tak mau bayar lagi..
Apa-apa pun perlu ambil iktibar, buat produk mudah, jual produk mudah,jv juga mudah, tetapi nak uruskan komisen susah. Harap ia tidak menjadi kebiasaan ramai IM
rohaizad Reply:
March 16th, 2010 at 9:46 am
Ini bukan salah Puan Lisa Hilmi. Puan Lisa Hilmi dulu memang bertanggungjawab. Tak pernah miss bayar.
Pengurusan baru je yang bawa masalah.
azwan Reply:
March 17th, 2010 at 10:58 pm
aku pun rasanya ada sale pada Jan 2010, tapi tak dapat-dapat lagi komisennya
Fuyoo..
best betul asek bermain dengan duit2..
hehe…
rohaizad Reply:
March 17th, 2010 at 12:53 am
Alaa… sket sket bolehlah kot… itupun setelah berusaha selama setahun… huhuhu
puan lisa da bayar komisen aku minngu lps, member aku pun da dpt.pengurusan yg dulu da cabot lari la ni pengurusan lain yg jaga..kira ok la tu
thanks for sharing bro…
adang naik kadang turun semangat ni….
harap maintain…
anyway, congrats.
dan moga kita semua diberi kekuatan u hadapi dunia blogging ni.amin.
malas musuh utama saya..huhu