Full time blogger – congrats and welcome to the club!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging - Tarikh diterbitkan: March 17, 2010 online

Blogger selalunya di kenali dengan tulisan mereka. Hanya melalui penulisan, ada sesetengah di antaranya berjaya menjalin silaturrahim secara maya dengan orang lain dan itu sememangnya sesuatu yang tidak boleh di nafikan.

Tetapi blogger juga manusia dan ada kalanya dia sensitif dengan situasi. Dia akan menyembunyikan beberapa perkara yang di rasakan perlu dari pembacanya (hahahaha… ni dah nak mula luahan meleleh nih) tetapi tujuannya bukanlah untuk menipu. Cuma kalau boleh, dia ingin pembacanya berasa happy sentiasa.

Samalah juga dengan aku… manusia biasa yang bergelar blogger. Tiada manusia yang sempurna. STRESS dan TEKANAN yang aku alami kebelakangan ini cukup membuatkan aku rasa seperti orang bodoh, sengal, bebal serta tension yang amat sangat. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Tapi dalam keadaan fikiran aku yang kusut dan tunggang-langgang ini, rupa-rupanya masih ada juga berita yang menggembirakan. Berita ini mungkin tidak bermakna bagi orang lain tetapi cukup bererti buat aku. Ingin tahu apakah berita tersebut?

talk


Seminar Smart Blogging di UTM Skudai, Johor.

Baiklah.
Petang semalam selepas ‘peluh menitik-nitik’, aku telah di maklumkan mengenai salah seorang part-time blogger yang telahpun menjadi FULL TIME BLOGGER. Sudah sebulan beliau bergelar FULL TIME BLOGGER. Agak teperanjat juga pada mulanya tetapi dalam masa yang sama, aku tumpang bersyukur. Iya…. ada sentimental value di situ cause ‘I have been there and done that’.

Yup, aku pernah membuat keputusan yang sama suatu ketika dahulu apabila bertekad untuk berhenti kerja dan menjadi seorang full time blogger. Dan ianya merupakan antara hari yang cukup bersejarah dalam hidup aku kerana ianyaakan merubah keseluruhan corak kehidupan.

Once, aku pernah berada dalam dilemma tetapi aku harus tegaskan juga pada diri sendiri mengenai tujuan hidup.

Dan kini, sejarah berulang kembali.
“Feelingnya” tetap sama cuma datang dari orang yang berbeza. Kali ini, rakan Seminar Smart Blogging kita yang di kenali sebagai “Boss” telahpun menjadi seorang full time blogger. Syabas dan tahniah di ucapkan!

Jika ada di antara kamu yang ingin mengetahui siapakah beliau, orangnya ada dalam gambar dibawah (beliau ada menghadirkan diri di Revision Session yang telah di adakan kelmarin – belakang 4 dari kanan :) ):


Revision Session di FMe Commercial Center.

Sebenarnya bukan mudah hendak membuat keputusan berhenti kerja. Kena berfikir 10-20 kali, bukan 2-3 kali. Sebab ianya melibatkan diri sendiri, keluarga dan anak-anak. Silap haribulan, menangis tak sudah.

Tetapi apabila kita sudah yakin dengan potensi dan future scope yang ada dalam dunia blogging, maka kita akan dapat lihat SERIBU lagi pintu rezeki. Inilah antara fakta yang perlu kita akui. Jadi yakinlah pada diri sendiri dan restu dari ibu bapa atau isteri adalah pendukung yang paling KUAT.

Semua orang mempunyai masalah. Bezanya satu sahaja, melihat masalah itu sebagai satu beban atau melihatnya sebagai satu motivasi.

Beliau mempunyai masalah di tempat kerja, sama seperti kita. Beliau juga mempunyai impian yang ingin di kejar. Malah beliau berkorban untuk learning proses di mana kegagalan terpaksa di tempuhi.

Tapi beliau juga sedar yang blogging bukanlah skim cepat kaya. Untuk berjaya dalam adsense secara sekalipun, bukanlah kerja sebulan dua… malah makan tahun (“white hat”). Dan yang paling penting, keputusan yang di buat mestilah dihalusi dengan teliti.

Dan minggu hadapan, aku akan bawa beliau ke SSM untuk daftar syarikat beliau sendiri. Biasalah, dah full time blogger, kena ada black and white. Barulah lengkap. Selepas itu mungkin terus ke bank untuk membuka current account syarikatnya.

Untuk Boss, aku harap ko akan terus berjaya. Opsss… jangan lupa belanja minum di Kopitiam nanti ya :)

p/s: Suka melihat rakan yang ada progression dalam hidup. Lebih-lebih lagi kalau rakan yang baik peribadinya. Tahniah sekali lagi untuk Boss.

p/s: Untuk Zairizad dan Shaffik yang sudi lepak dengan aku di Danga Bay malam tadi, thanks bro sebab sudi dengar permasalahan aku… alahai…. :)


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 148 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. mhnizam said:

    tahniah ke atas bos…alhamdulillah….mudah-mudahan akan muncul lebih ramai full-time blogger

    rohaizad Reply:

    Yup, semoga lebih ramai lagi :)

    boss Reply:

    terima kasih.. moga2 ko pun boleh jadi salah sorang daripadanya.. amin…

    mhnizam Reply:

    Insyallah bila tiba masanya nanti…amin…

    ibnujusup Reply:

    insyaallah…. masih setia jadi half part time blogger…huhu

  2. Shaffik said:

    Tahniah Boss…oo dalm senyap2 yer…Jad kalau ada masa lagi boley lepak..takder hal punyer..Aku sudi mendengar permasalahan aku…Maklum ader cita-cita jugak nak jadi Dr. Kaunseling…hahahahahha

    rohaizad Reply:

    Dr Love?
    Bahaya tuh… Dr Kaunseling lah…hahah

    boss Reply:

    he he biasa la.. diam2 ubi.. bawah tanah jek..

  3. Berani75 said:

    Ada juga hasrat untuk menjadi blogger cuma masih sayang dengan aktiviti keusahawanan offline.

    rohaizad Reply:

    No problem… masing-masing ada punca rezeki yang diberikan Allah. Kita teruskan sahaja dengan apa yang ada. Kalau ada peluang, grab peluang yang datang. Good luck bro :)

    boss Reply:

    buat mana yang ko suka dan selesa.. dan paling penting minat mesti mau ade..

  4. hafezf said:

    tahniah boss. harap dapat ikut jejak langkah beliau.
    cool down bro ijad.

    rohaizad Reply:

    Cool down?
    Ha’ah… memang tengah cool downkan diri lah nih… huhuhu

  5. yazidyahaya said:

    taniah kepada seorang yang membuat full time blogger..bukan mudah sesiapa yang ingin lakukan perkara yang sedemikian..orang kate pelan-pelan kayuh..aku je ni sibuk..huhuhuhu,masih tiada time lagi…harap lepas ni masih ade time untuk dilaksanakan..banyak kerja yang tertangguh dan aku cuba atasi..

    rohaizad Reply:

    Takper… take your time Yazid. Pelan-pelan… :)

    boss Reply:

    kalau nak kata sibuk.. aku rase la semua orang sibuk.. tapi cuba cari masa.. baru boleh gerakkan langah pertama..

  6. boss said:

    he he.. segan la pulak kene review..

    anyway thanks to bro ijad, setelah join Seminar Smart Blogging pada Oktober 2009 pendapatan bulanan terus meningkat dan lebih berkeyakinan untuk bergerak secara fulltime. alhamdullilah..

    walaupun begitu ia bukan sesuatu yang mudah, sewa rumah, bayar kereta, makan minum anak bini dan berbagai lagi. Ada sedikit mengeletar sedikit perasaan ni dengan komitmen2 ni.. tapi ini lah yang perlu ditempuhi sebagai seorang blogger fulltime! gila la weh..

    Anyway Ijad aku blanja ko minum nanti.. he he.. peace!

    rohaizad Reply:

    Hidup mesti berani bro… Bila teringatkan liabiliti , maka kita akan lebih rajin dan kuat berusaha. That’s for sure.

    p/s: if you need my help, you know how to reach me… :)

    Fazreen Reply:

    angggap liabiliti sbg harimau yg nk terkam kita bila2 masa sj..so dr situ kita akn bekerja keras dlm apa jua bidang pn..

    anyway ijad, dftar syarikat bpa? 70 ek? buka account dlm 2k ke?

    rohaizad Reply:

    Yup, dalam RM70 jer. Tapi RM2K untuk Maybank. Kalau Eon Bank RM500 dah lepas kot. Cuma aku prefer Maybank… :)

    boss Reply:

    hrmm 2k.. jap2 check pocket ade wet tak.. he he..

    Shaffik Reply:

    Ai Ijad jer ker…kawan2 yang lain? huhuhuhuhuhu

  7. Shahrul said:

    Wow, tahniah. Berblogging lagi untung dari pembuat roti canai dan penggali kubur. hehe

    rohaizad Reply:

    Hurm…. tak pernah pula aku dengar perumpamaan macam tu… ada ada sahaja .. hahaha :)

    boss Reply:

    macam pernah dengar.. cerita cekerama tv3 yek..

  8. boss said:

    Akuchey - fuhhh respek la..bukan senang nk buat keputusan macam tu..full time blogger ni kira macam bukak kedai sendiri juga la kan..no post no visitor no ads no income.betul ker macam ni bro?

    @akuchey kalau kau tanya pasal hujanbatu.com tu mmg tak income langsung (sebab tak berniat pun nak buat income dari blog tu, macam ijad kata buat buat untuk tulis ape sahaja yang kita suka, “buat lepas gian” qoute ijad la.. he he..)

    Sama macam ijad juga aku ada beberapa blog yang lain menjanakan income.. haa nak tau lagi join la Seminar Smart Blogging ijad tu.. :)

    rohaizad Reply:

    Akuchey, salah anggapan tu.
    Bila seseorang dah buat keputusan hendak menjadi full time blogger, dia pasti sudah secure`kan incomenya terlebih dahulu.

    Katakanlah sebulan dia memerlukan RM5000-RM6000 untuk sekeluarga, maka dia haruslah mantainkan income bloggingnya terlebih dahulu, baru boleh berhenti kerja.

    Blog Melayu hanya sekadar suka-suka. Blog English yang berpuluh-puluh yang tidak akan di paparkan pada umum… hihihi

    akuchey Reply:

    haha bro,sory sy tak salah anggapan pun.tapi sy respek la kalau ade sesiapa yg berubah menjadi full time blogger sebab sy pun teringin jugak tapi banyak nk kena belajar dulu.Yg blog untuk ke bank tu memang kena sembunyi sebab itu senjata yang sebenarya utk full time blogger hehehe.

    p/s- teringin nk g seminar bro tp waktu tak mengizinkan lagi.

    rohaizad Reply:

    No problem… tapi memang betul apa, kalau kita tidak jelas.. kita seharusnya bertanya. Itu lebih professional dari tak tanya apa-apa.

    Soalan tu sebenarnya bagus sebab dapat membuka minda pembaca lain. Thanks Akuchey :)

    samdaddycool Reply:

    perghhh.. syabas inspector saab (boss).. satu tindakan nekad, berani dan bersebab!

    tahniah dan semoga berjaya

    rohaizad Reply:

    Semoga berjaya untuk Samdaddycool jugak.. mudah-mudahan… :) Aminnn…

    samdaddycool Reply:

    Amin… sama-sama kita berjaya dunia akhirat…

  9. boss said:

    yup setuju, betul kena maintainkan income dari blog tu steady dan melebihi gaji bulanan, pastu tengok dalam setahun.. ok ke tak.. steady ke tak.. baru boleh jadi fulltime blogger. pergh.. jangan korang main berhenti jek.. gugur jantung aku baca komen ko ni.. he he.. jangan buat kerja gile..

    rohaizad Reply:

    Takper… sebenarnya bagus soalan dari Akuchey ini. Memang bermanfaat sebab ia betul-betul ada kaitan dengan entri ini.

    Thanks Akuchey :)

  10. smartzul said:

    Oh, Boss HujanBatu ya. Saya salah seorang pembaca blog dia. :D

    Semoga Encik Boss kita terus berjaya.

    rohaizad Reply:

    Saya pula adalah salah seorang pembaca setia blog Tuan Zul… :)

    smartzul Reply:

    Hahahaha…Dapat emel balasan komen, ingatkan siapa lah yang balas. Rupanya Tuan Ijad. :D

  11. nuaeman said:

    Jad,
    kelmarin ada revision session ke..? atau aku salah baca statement atas tu..

    boss Reply:

    tu kelmarin, kelmarin, kelmarin, kelmarin, kelmarin, kelmarin, kelmarin, kelmarin punya kelmarin.. he he :P

    rohaizad Reply:

    Ahahaha… tergelak aku… kelmarin.. kelmarin…

    smartzul Reply:

    Bagi orang Kelantan, kelmarin bermaksud semalam. Semalam (semale) pula bermaksud, waktu malam hari semalam. :D

  12. cookdong said:

    good luck uncle boss :)

    rohaizad Reply:

    Good luck untuk CookDong juga… semoga berjaya ya :)

    nuaeman Reply:

    Bila nak belanja aku makan kat cookdong.. aku nak ke Cairo nih.. hehe

    cookdong Reply:

    erk..sebelum buat umrah singgah cairo ka memang nak datang sini sebab cari novel tu? haha..ahlan bik..
    kalau nak datang roger2 kat fb..leh kirim belacan :)

    boss Reply:

    ho ho jgn panggil uncla la kawan… mude lagi maa.. :)

  13. Congratz Boss!!! Pelbagaikan jenis income online. Kalau bole bantai semua jenis income yanh boleh dijana di online. Aku sure ko mesti dah de perancagan teliti sebelum decide nk full time blogger kan :) . Tahniah boss!!! I loiikeee your style! Jangan mudah putus asa. Caiyook!

    rohaizad Reply:

    Ko bukan fulltime blogger ke Boy? ahahah :)

    boy_bersahaje Reply:

    Ahahahaha…sape la yg buat kenyataan sebegitu…I’allah target full time bila umo 33 tahun atau income bulan2 dan stable selama setahun baru boleh terjun ini bidang.

    smartzul Reply:

    Boy, bila mahu jadi suami full time? Ehehe..

    dr.aku.la Reply:

    ni soalan “makan dalam” ni.

    boss Reply:

    33 tahun ke.. lewat tu.. minggu depan je la.. ko kan dah power gak.. he he..

  14. mijie said:

    tahniah di ucapkan kerana telah menjadi full time blogger buat boss, sy percaya ianya satu keputusan yang amat sukar untuk dibuat

    tapi apa2 pun sy mendoakan beliau terus berjaya lagi dan “sekali melangkah, jangan cuba berpatah balik”

    rohaizad Reply:

    “Berjalan pandang ke hadapan” … :)

    mijie Reply:

    igt nak tulis mcm tu la td, jalan kena kehadapan

    siswaniaga Reply:

    nak tambah lagi “melangkah jauh”

    boss Reply:

    pun nak tambah juga.. “lompat tinggi” ..

    p/s: ha jgn tergelak..

    siswaniaga Reply:

    huhu..

  15. Razif said:

    Dah ramai mula “full time” kan diri
    dalam dunia pemasaran internet ini… :)

    InsyaAllah satu hari…

    rohaizad Reply:

    Welcome…welcome…

    p/s: Bro Razif kita ni buat part time pun dah mengalahkan full time … :)

    boss Reply:

    wah yg ni lagi power.. terancam ni.. heh e

  16. miziology said:

    pergh mmg mengancam..
    pepe pun tahniah kpd boss hehe

    rohaizad Reply:

    Kita doakan kejayaan sesama kita :)

    boss Reply:

    mmg mengancam dan terancam.. thanks

  17. Nabieel SR said:

    Boss kini telah menjadi “big boss”.

    Masih ada blog yang “power” saya boleh terlepas pandang plak :D

    rohaizad Reply:

    “Kita selalu melihat, tapi kita tidak melihat betul-betul”… hehehe :)

    boss Reply:

    ha tu la.. kita tgk tapi tak tgk betul2.. kene tgk2 betul.. (uhuk2..) :P

    Nabieel SR Reply:

    haha..tgk jangan tak tgk :D

    boss Reply:

    tengok boleh.. skodeng.. jangan.. i tak rela…

  18. mat teropong said:

    dah makin ramai yang join FULL TIME ni..nak join gak nanti.amin..

    rohaizad Reply:

    Welcome to the club :)

    boss Reply:

    ape salah nye.. lagi ramai ..lagi meriah.. boleh buat party.. (party tapaware nak.. he he)

  19. hafizmd said:

    pergh..berdebar jer bace post kali ni..terase macam aku pulak yg tgh dok pk pasal nak jadi full time blogger..insyaAllah..moge kite sukses sokmo lah yer..

    rohaizad Reply:

    Kalau berdebar, itu tandanya tak lama lagilah tu untuk jadi full time blogger. Aminnn… :)

    boss Reply:

    nampak nye gitu la tak nama lagi.. dah dekat tu..

  20. Assalamulaikum

    Okay, now you’re coming up with this full-time blogger thing Mr. Rohaizad! Well for me, it is not possible, but yet need a lot of sacrifice, time and also need those Ringgit labeled notes. Registering a company, applying for a webhosting, bla. bla… the list go on.
    You’ll need money to grow money! However, I do agree the money tree planted in th blogging world yeilds more fruits of bling bling than working under people in the real world.
    I also have that dream,not now, after I got enough purple and green notes in my pocket. Wait till I graduate world! hehe.. dreaming…

    boss Reply:

    Well azlin, being a full time blogger is not easy as it look, it takes a lot of times and effort to make it works. In money wise, yes it does involve spending a chunk of cash but every penny spend is worth while. In my opinion every good things in this world doesn’t come for free, you got to spend a few but make your best judgment before you spend and careful of internet junk and crap.. good luck! :)

    NOORAZLIN@BIZZNURSE Reply:

    Okay Okay! Good luck in your coming blogging business!! I admit that there were a lot of craps floating around these blogger-make-money world. To one extend, they’ll just drive you to a link that they are the only one who gain the profit. Mr. Rohaizad is one clever blogger, though! Why? because he makes money and at the same time show people how to make money like him too. Making money by showing money.. isn’t it right, Mr. Rohaizad ;)

    rohaizad Reply:

    I love my readers… that’s why I share with them. The problem is I don’t know whether my readers love me or not… ahahahah :)

    boss Reply:

    pergh.. speaking london tu memasing.. proud!! dulu time sekolah english fail.. tapi tgk je la skarang.. tentu cikgu english korang bangga.. he he

  21. Congrats utk Boss
    Semoga menjadi Boss yang baik :)

    rohaizad Reply:

    Dan semoga gaji kami sebagai pekerja akan naik juga… ahahaha :)

    boss Reply:

    kepada siape tu.. sbab aku sorang je manage.. he he..

  22. FCUKZBLOG said:

    sebenarnya bila kita terlalu lama dalam zon selesa,susah juga nak ambil risiko berhenti kerja kemudian jadi full time blogger.

    irfan khairi pun tulis dalam buku dia,rahsia internet,setelah pendapatan online dia melebihi pendapatan makan gaji baru dia ambil keputusan berhenti makan gaji.

    apapun tahniah di ucapkan kepada ‘BOSS’ kerana menjadi full time blogger.

    rohaizad Reply:

    Betul.. dan bersandarkan pada info itulah Boss mengambil kira untuk berhenti kerja. Tahniah untuk beliau :)

    boss Reply:

    teringat cite pasal irfan khairi jual map.. ko yg cite kan jad..

  23. sangilapi said:

    wahhh….tahniah boss !!! moga dipermudahkan perjalanan ko sebagai full time blogger :)

    rohaizad Reply:

    Sama juga dengan bro… semuanya akan di doakan .. mudah-mudahan… :)

    boss Reply:

    amin.. meriah betul org congrat ni..

  24. reezluv said:

    nama pun boss..kena la wat full time ye tak..skang ni boss untuk kesemua blog2 nya..hehe.tahniah2..semoga murah rezeki..:D

    rohaizad Reply:

    Yup, semoga bertambah rezeki kita semua juga :)

    boss Reply:

    blog2 tu macam kedai2 runcit.. aku la gak.. mari mari beli2.. mmg syok gilerr..

  25. boss said:

    @all terima kasih pada semua yang mengucapkan tahniah. Moga korang semua boleh juga berjaya dalam apa yang korang minati.. :)

    rohaizad Reply:

    Insya Allah… kita sama-sama doakan kejayaan masing-masing :)

    dr.aku.la Reply:

    amin..

  26. Kujie said:

    Kak Jie full time ” Domestic Engineer ”

    tak mau kalah…gitu!

    Moga ada lagi kisah2 motivasi utk kita dikongsi nanti.

    rohaizad Reply:

    Kak Jie,

    Kai Jie bukan Domestic Engineer, tapi Kak Jie Menteri Kewangan dan Hal Ehwal Dalam Negeri. hihihi :)

    p/s: tingi woo status Kak Jie dengan kita orang nih…

  27. titan said:

    hoho..welcome to da club. Full time blogger ni memang seronok. Cuma sekarang, aku lebih selesa dengan part-time blogger. Apapun, good luck untuk anda semua yang suka dengan dunia blogging ni..

    rohaizad Reply:

    Thanks Titan… satu support yang memang diinginkan dari blogger tegar macam ko :)

    boss Reply:

    ia bukan sesuatu yg wajib.. pilih yang mana ko selesa..dan minat

  28. Jmay said:

    Wah..syabas diucapkan..asalkan dapat menjana pendapatan yang halal, bantai aje keje apa2 pun..nak2..klu blogging boleh generate more income than regular keje..so you make the right decision Boss :)

    rohaizad Reply:

    Thanks for the support… that’s the best about blogger… like a family :)

    boss Reply:

    mmg pun.. tolak yg haram + tolak MLM + tolak system piramid + tolak skim cepat kayo…

  29. dr.aku.la said:

    tahniah buat Boss.
    aku pon tengah blaja lagi.
    esok lusa sapa tau.
    maybe aku join club korang nanti.
    all the best.
    p/s: nak menuntut ilmu boleh?

    rohaizad Reply:

    Tunggu Boss jawab. Kalau tak, terus pergi ke blog beliau :)

    boss Reply:

    boleh.. takde masalah.. pengerasnya cam biasa la blanja kopitiam.. he he

  30. salam abang ada ckp pasal daftar kat ssm teringat saya tak daftar lagi pun bisnes online..sebab dapat income dalam seratus lebih..saya fikir alah tak yah lagi lah..

    huhu tak pe ke?..hehe

    rohaizad Reply:

    Nak daftar company ini satu option jer. Tak wajib pun untuk penggiat internet. Kalau nak serious, then baru boleh di pertimbangkan. :)

    boss Reply:

    Kalau serious je baru daftar.. sebab riggit tu nak prove legit money.. dan untuk mudahkan urusan bank dimasa2 akan datang..

  31. donny said:

    tahniah Boss! aku tumpang gembira gak.tak lama lagi ramai yg akan say ‘goodbye to their old Boss’ yang menyampah..

    rohaizad Reply:

    Ahahahah… I like that :)

    boss Reply:

    yeah.. memang… bye bye boss.. and bye bye punch card , bye bye dtg lewat .. he he.. bye bye juga trafik jem..

    p/s: panas tak telinge.. he he.. jgn mare..

  32. epulafea said:

    full-time blogger?
    erm mungkin bukan sekarang.
    blogging umpama terapi. tak mau rushing walaupun setiap hari pasti perlu ada entri.

    tapi jika ada imbuhan pasti lebih bermotivasi. hiks!

    rohaizad Reply:

    Yup, semuanya perlukan perancangan dan pertimbangan yang jitu. Keep it up!

    boss Reply:

    betul tak perlu rush.. buat apa yang kamu selesa dahulu.. duit blog ..buat duit poket dulu.. aku pun camtu dulu.. duit poket je.. tapi lama2 makan tebal plak.. tu yg tak tahan..

  33. zamir said:

    tahniah dan saya tumpang seronok….

    rohaizad Reply:

    Aura orang berjaya ini boleh di rapatkan dengan kita… tumpang tuah barangkali. Anyway, keep it up!

    boss Reply:

    insyallah.. pernah juga dengar.. bila kita rapat dengan org berjaya.. nanti kita pun boleh ikut jadi berjaya.. tapi kene take action dan first step.. kalau berangan je tak jadi juga..

    p/s: kalau ko jadi jiran ijad pun tak confirm lagi ko berjaya.. he he

  34. Khairul said:

    Tahniah kerana telah manjadi full time blogger ^.^ semoga success selalu

    *Diriku juga bakal menerima $$ yang pertama dari Google pada bulan ini..amin rezeki

    *Selalunya target income per month berapa yang susuai untuk menjadi full time blogger? RM4-5K sebulan ker?

    Regards,
    Khairul

    rohaizad Reply:

    Soalan ini bergantung kepada liabiliti dan tanggungan kita masing-masing :)

    Khairul Reply:

    Bro rohaizad :)

    Sayer nak jugak join seminar ^^ agak2 bila akan buat?

    boss Reply:

    setuju kena tgk perbelanjaan ko.. income mesti lebih byk..dari perbelanjaan.. dan ia perlu stabil buat jangka masa tertentu..

  35. [...] Dan kalau ada mana-mana pihak yang mengata blogger Malaysia tidak beretika, suka adu domba dan suka menabur fitnah, cubalah lihat sendiri bagaimana sporting dan caringnya blogger-blogger ini dalam artikel semalam! [...]

  36. lanchini said:

    Tahniah buat mereka2 yang dah jadi full time
    blogger. Tak lupa buat sifu mereka, bro Ijad.
    Moga rezeki anda semua lg murah selepas ni..

    rohaizad Reply:

    Sifu?
    Isshhhh… takdelah.
    Mana ada sifu, cuma blogger biasa je. Yang lain tu mereka buat sendiri.

    p/s: sama-samalah kita mendoakan kejayaan diri sendiri dan rakan-rakan :)

    boss Reply:

    eceh.. malu la pulak.. ki ki..

  37. Salam bro Ijad dan para pembaca setia blog nie ,

    Tahniah diucapkan utk Boss , saya tumpang gembira mendengar khabar berita nie!

    Insya’Allah saya pun berazam nak ikut jejak saudara Boss tue BUT kerana komitmen pada perniagaan offline (berniaga) maka saya buat part-time blogger jer buat masa nie … blogging mmmg cool :-) !

    BTW , semoga semua keluarga SSB bro Ijad sentiasa sukses dan GO TO THE NEXT LEVEL , me too :D ! Amin.

    See You All At The TOP!

    boss Reply:

    ho ho terima kasih.. tgk dulu la mana yang lebih banyak pulangan dan yg mana kamu lebih selesa.. kerja mesti mau happy ..baru cooolll.. ki ki

    Mohd Razil Zaini al-Hafiz Reply:

    sokong sokong …. yang penting coolll macam ijad cakap la , apa dia … “blogging is cool” , hahaha :D .

    boss Reply:

    as cool as ice.. :P

  38. menj said:

    Tahniah, seoranng lagi dah masuk Kelab Problogger, hehehe.

    boss Reply:

    tq tq.. kitaorg tgh tunggu ko jugak nak join the club.. bile lagi?

    menj Reply:

    Dah lama menjadi ahli laa….

    boss Reply:

    tu la pasal takde full list.. lupa yang yang fulltime yang mana tak fulltime.. ijad a list please.. he he..

  39. asma said:

    wah, bestnye jadi full time blogger. tapi newbie mcm saya ni banyak lagi kene belajar nak sampai tahap tu..hehe

    boss Reply:

    mmg best cik asma! best gilerzz tul tak ijad.. he he :) terus kan belajar..

  40. Bestnya bisa jadi fulltime blogger, walau kerjaya yang tak pasti namun mesti terus bekerja keras.

    boss Reply:

    kerja keras dan konsisten itu perlu..

  41. msarbin said:

    Congrats boss! I like!!!

    boss Reply:

    thanks.. :) I like too!

  42. suri said:

    salam..saya orang baru disini.

    satu keputusan yang agak sukar untuk dilakukan..huhu..

    semoga sahabat tersebut berjaya ..

    saya nak link dengan blog rohaizad.ada terima ke ULR saya..maaf saya org baru kalu saya tolog tunjukkan..

    boss Reply:

    cik suri bukan ULR.. URL

    URL – Uniform Resource Locator
    ULR – ular kot.. he he

  43. botakilmu said:

    Tahniahhh..aku pun akan jadi fulltime blogger gak satu hari nanti :) bak kata john chow: anda ada kebebasan masa dan kewangan dengan berblogging.kerja dgn org biasa laa,,duit ada,,masa plak tadak.So kalau dah nampak peluang buat duit dengan blogging ni,tunggu apa lagi…hmmm.

    boss Reply:

    oo dah tgk video john chow yg dia bawak anak dia sally gi taman takde org tu yek.. ha ha aku dah tgk gak .. tapi ideologi dan pandangan dia mmg sama even sebelum aku tgk video tu.. mmm kalo camni aku ada harapan ni.. he he

  44. Jimmy said:

    2 soalan shj.

    1. Di mana Ijad selalu jual domain?

    2. Boleh tak Ijad beri percentage keuntugn yg Ijad dpt dr blogging? (berdasarkan 4 parameter yakni jual link, paid blogging,adsense, affiliate).

    Sy nak tau program mane yg mndtgkan keuntungn trbnyk utk Ijad.

    boss Reply:

    aku pun pelik+konpius baca ko punya komen.. he he..

  45. Jimmy said:

    Eh.. sori2. Salah bg komen. Sepatutnye bg komen kat Anda Tanya Rohaizad Jawab.

  46. [...] payah ceritalah…. dia dah jadi full time blogger pun sekarang ni… [...]