Anda tanya, rohaizad jawab – first time ever!
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: March 18, 2010 onlineTersentuh ada, terkejut ada, terharu pun ada.
Agaknya inilah yang di katakan keluarga blogger 1 Malaysia. Walaupun sebelum ini ada blogger-blogger yang bertelingkah dan berselisih faham di antara mereka, tetapi masih ramai lagi yang still respek each other.
Dan kalau ada mana-mana pihak yang mengata blogger Malaysia tidak beretika, suka adu domba dan suka menabur fitnah, cubalah lihat sendiri bagaimana sporting dan caringnya blogger-blogger ini dalam artikel semalam!
Lihatlah sendiri sifat IHSAN dan PROFESSIONAL blogger-blogger ini yang sanggup menghabiskan masa semata-mata untuk memberikan komen dalam entri tersebut. Bukan setakat memberi komen, tetapi KANDUNGAN dan MESEJ yang di sampaikan melalui komen itu sungguh sweet!
Mana tidaknya, ada di antara mereka yang memberi komen itu TIDAK PERNAH berjumpa atau bersua muka, tetapi mereka masih support dan MENDOAKAN kejayaan member kita yang baru menjadi full time blogger. Ini adalah satu situasi yang harus di sematkan sentiasa. Ikhlas dan datang dari lubuk hati yang dalam. Cayalah!
Dan sebagai pemilik blog ini, aku sentiasa MENDOAKAN agar kalian semua berjaya suatu hari kelak dalam apa juga bidang yang diceburi.
Hurmm… ada seperkara lagi yang ingin aku nyatakan. Aku jangkakan sudah tiba masanya untuk aku luahkannya dan hari ini adalah hari yang sesuai sekali.
Sebenarnya aku cukup BANGGA dan BERTERIMA KASIH dengan kalian (pengunjung/pembaca setia blog ini) kerana sudi meluangkan sedikit masa dalam kehidupan kalian setiap hari untuk bertandang ke blog ini. There is no word to describe it. Hakikatnya, blog ini tidak akan ke mana tanpa kalian semua. Oh!
Kalau di ingatkan semula, pelbagai jenis komen telah diterima selama ini. Ada komen yang berbunyi serious, ada komen yang sedih, ada komen yang tegas dan ada juga komen yang kelakar. Macam-macam ragam tetapi antara komen-komen di atas, ianya tetap tidak boleh lawan dengan komen yang berbau “makan dalam”.
Komen-komen “makan dalam” ini sebenarnya cukup hebat untuk meransang minda. Kadang-kadang komen ini sendiri akan membuatkan muka aku merah padam, tersipu-sipu dan kadang-kadang boleh membuatkan aku tersengih seorang diri depan laptop ini.
Yang takleh handle bila ada komen yang membuatkan aku terpaksa surrender. Bukan TAK NAK jawab, tapi TAK BOLEH jawab… sebab tiada jawapan.
Ini salah satu contoh komen “makan dalam” menekan jiwa yang di hantar oleh saudara Azwan pada entri Artikel yang di minati? … (jaga ko Wan), hahahah:

Hampeh arrr….
Susah tu nak jawab soalan macam ni. Tapi mungkin aplikasi dari Facebook ini boleh membantu… at least, boleh mengurangkan muka aku yang sedang merah padam ni:

Opss…. itu cuma aplikasi Facebook sahaja… ngeh… ngeh… ngeh…(power tak powerlah kan, jangan jeles haaa)
Tapi ada satu lagi perkara yang ingin aku nyatakan. Sebagai tanda terima kasih, hari ini semua pengunjung dan pembaca blog ini boleh bertanya apa sahaja soalan.
Jangan tanya kenapa. Ini hanyalah salah satu cara yang di fikirkan sempoi untuk rohaizad dot com merapatkan dirinya dengan pengunjung/pembaca setianya. Itu sahaja.

Rules Of The Game:
1. Jika ingin bertanya mengenai dunia blogging, ianya di alu-alukan. Cuma jika jawapan kepada soalan itu ada dalam Seminar Smart Blogging, maka ianya tidak akan dijawab atas dasar hormat kepada peserta yang telah membayar.
2. Jika ada yang ingin bertanya mengenai soalan yang ada kaitan dengan peribadi, pengalaman atau personal, ianya juga di alu-alukan. No problem at all. Asalkan tidak terlalu private, maka ia akan di jawab secara santai…
Tidak banyak cerita seronok mengenai rohaizad dot com yang berbaloi untuk di ketahui. Hidupnya cukup memboringkan, tension dan kacau bilau. Hahahah…
p/s: Tapi kalau adalah insan di dunia ini yang tahu mengenai kisah peribadinya yang lampau, mungkin rakannya di Melaka seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas tahu serba sedikit mengenainya kot…. Tapi janganlah mencari rakannya itu yea…. nanti betul-betul kacau bilau jadinya… huhuhu



Soalan cepumas yang sentiasa akan ditanya, saya faham..hehe.. Apapun, saya nak tanya dulu (sambil angkat tangan.
1. Definisi motivasi dari pandangan rohaizad dot com?
2. Antara kejayaan berblogging dan kepuasan berblogging, mana satu pilihan hati?
3. Juara Piala Dunia 2010? Rasa-rasanya?
Ok itu saja, terima kasih baaaanyakk…
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 2:36 pm
Jawapan:
1. Motivasi adalah perkara yang boleh membuatkan saya duduk termenung, tersengih dan kemudian… tersenyum pada diri sendiri.
2. Kepuasan berblogging.
3. England.
Sama-sama
miziology Reply:
March 18th, 2010 at 4:15 pm
aku sokong jawapan no 3
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 5:02 pm
donny Reply:
March 18th, 2010 at 9:54 pm
aku bangkang..go Brazil!
azwan Reply:
March 19th, 2010 at 7:06 am
Aku nak Malaysia menang ….. tapi bila ya?
ibnujusup Reply:
April 9th, 2010 at 5:33 am
malaysia kot menang world cup…
8 tahun lagi la kot..
bluedianthus Reply:
March 19th, 2010 at 7:17 am
Terima kasih di atas jawapan..
rohaizad Reply:
March 19th, 2010 at 11:33 am
Kasih di terima
mijie Reply:
March 19th, 2010 at 8:30 am
wah england yer, sama lah kita…
rohaizad Reply:
March 19th, 2010 at 11:27 am
Ada member rupanya
1. Siapa sebenarnya yang membuka ruang (inspirasi) Incik Rohaizad menceburi bidang blogging sepenuh masa?
2. Adakah anda seorang yang cool atau panas baran?
3. Apakah kenangan terindah dalam berblogging?
4. Kenangan terpahit?
5. Kalau diberi 3 pilihan dalam hidup ini, apa yang Incik pilih?
…cukup daaa…
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 2:57 pm
1. Diri sendiri atas satu faktor iaitu dri ini “belajar tidak tinggi”. Member lain semua masuk U. So peluang yang ada di internet, semua dipelajari.
2. Saya seorang yang cool. Kalau orang tu dah tumbuk muka saya kali ke-10 baru saya balas. Lebih kurang macam tu la.
3. Kenangan terindah dalam berblogging:
Setelah “2-3 kali beraya dalam keadaan daif” sebab tiada duit dalam kocek, tahun selepasnya beraya dengan RM6000 ringgit dalam tangan… hasil duit blogging.
Saya pernah menerbitkan kisah benar saya ini di Wangcyber:
http://www.wangcyber.com/forum/motivasi-and-inspirasi/14282-membina-kehidupan-sebagai-seorang-blogger.html
4. Kenangan pahit apabila kawan-kawan tidak pandang kita di waktu kita “tiada nama”. Sebelah mata pun tidak.
5. Pilihan dari segi apa ye? Material? Manusiawi?
Thanks
hah hari ni ijad dah membuka kaunter pertanyaan jadi saya pun nak tanya beberapa soalan.
1. Bilakah tarikh sebenar untuk seminar smartblogging?
2. Bila nak kahwen bang? (hehehe)
itu saje soalan untuk hari ni
Peace no War
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 3:00 pm
Jawapan:
1. Insya Allah… akan di usahakan pada penghujung bulan April.
2. Kalau ada jodoh, tahun ini atau tahun depan dah boleh kahwin dah tapi calon pun takde. Biasalah, susah nak cakap pasal jodoh ni kan?
mijie Reply:
March 19th, 2010 at 8:26 am
harap2 ianya bakal menjadi kenyataan pada penghujung april nanti, insyaAllah
dan agak2nya jodoh dah ada, tp hati je belum hendak lagi, hehehehe
rohaizad Reply:
March 19th, 2010 at 11:28 am
No problem… tiada paksaan sebenarnya.
jad,niche blog yang pertama dibuat,masih aktifkah?(masih mendatangkan pendapatan) dan berapa banyak domain dalam simpanan ?(semata-mata domain)
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 3:09 pm
Jawapan:
1. Blog yang pertama still lagi “berjasa”. 90% adsense income pun still datang dari blog tersebut sampailah hari ini.
2. Di Name.com masih berbaki 31 domain dari 90 domain, yang lain dah jual.
Manakala di Godaddy.com sekarang ada 105 domain sahaja. Domain yang ada di Domainsite.com pula telah di beri percuma pada pengujung blog ini suatu ketika dulu.
Ada lagi domain di Dreamhost, Jomhosting, DataKL dan beberapa syarikat hosting yang lain… atk ingat dehh…
First time komen kat sini w/pun sebelum ni jadi silent reader je.
Soalan: Macam mana nak memotivasikan diri supaya boleh konsisten blogging setiap hari dan dlm banyak blog macam brother rohizad ni?
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 3:24 pm
Jawapan:
Dengan menganggapnya sebagai “harta online”:
http://www.rohaizad.com/2009/07/09/mengumpul-harta-online-daripada-blog-untuk-jangka-masa-panjang/
hahaha pemurah la bro…moga bertambah rezeki.
1.bro tanya sikit,apakah niche yang paling berpontensi untuk diterokai?
2.satu lagi adakah seorang blogger perlu berjaga sehingga lewat pagi mengadap komputer…
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 3:27 pm
Jawapan:
1. Niche yang paling berpotensi untuk di terokai ialah FINANCE, TECH dan HEALTH.
2. Tidak semestinya tetapi apabila tiba pada satu tahap, berjaga sehingga lewat pagi memang WAJIB kerana di US sana, waktunya berlawanan dengan waktu Malaysia.
akuchey Reply:
March 18th, 2010 at 8:51 pm
thank bro…
soalan 1: Dengar cerita ada buat kerja aoffline,kerja apa tu?
Soalan 2:Bro buat kerja bloging ni waktu bila,mesti ada jadual rutin kan?boleh tunjuk jadual rutin harian?
soalan 3:Belajar sendiri atau belajar dari orang yang pakar untuk power dalam blogging ni masa dulu?
soalan 4:bila nak belanja ayam penyek ni?hehehe
setakat tu la soalan saya pada kali ini..Saya ni mungkin pendiam,sebab tu saya bila berjumpa kurang bercakap dan ingin bertanyakan soalan..malu-malu kucing,,,heheheheh
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 3:30 pm
Jawapan:
1. Khidmat rundingan (consultation) mengenai potensi internet untuk mereka yang memerlukan.
2. Jadual rutin dulu memang ada, sekarang tidak ada kerana dah dapat “tune”.
3. Belajar sendiri dari Google dan juga Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Insya Allah… kalau ada masa, no problem.
yazidyahaya Reply:
March 18th, 2010 at 4:32 pm
lupa lak nak tanya satu soalan lagi,umur hang dah bape?
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 5:02 pm
31 tahun dek…. dah tua dah.
yazidyahaya Reply:
March 19th, 2010 at 8:34 am
kene cepat-cepat kahwin tu..huhuuh
rohaizad Reply:
March 19th, 2010 at 11:26 am
Maunya tidak… sebab tu ada orang yang “kahwin dalam kereta”… alahai..
Salam,
Saya pun tak nak terlepas la bertanyakan soalan.
Berapa bijik blogkah yang saudara baca setiap hari (randomly)? hehe.. tu je kot setakat ni.
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 3:32 pm
Jawapan:
Hurm…. tidak pernah pula di pantau secara rasmi. Sebab aktiviti blog hoping ini memang tidak disedari…. dari satu blog ke satu blog yang lain… huhuhu
Ijad,aku nak tanya gak..
1.Sampai ke hari ni,dah berapa banyak blog yg En Ijad ada?
2.Dalam sehari berapa kali saudara Ijad terfikir pasal kahwin?Yela,asyik dapat ayat makan dalam je dari kawan2..
3.Apa yang En Ijad buat dengan 1st income blogging?
Itu saje setakat ni..banyak nak tanya,tapi bagi ruang pada yg lain..thanks..:)
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 3:43 pm
Jawapan:
1. Lebih dari 20 blog… hihihi
2. Dusshhh… kena sebijik lagi yea. Sebenarnya setiap kali lihat orang lain berjalan dengan anak kecil, masa itulah perasaan untuk mempunyai famili sendiri wujud.
3. Aduhh… tak ingat sebenarnya. Tapi memang ada kasi sket pada emak.
Thanks
khairolghani Reply:
March 18th, 2010 at 3:50 pm
1.jawapan selamat ni..hehe
2.wah..sama ngan aku la Ijad..
3.bagus..anak yg baik..
terima kasih kerana memberi jawapan..:)
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 5:01 pm
No problem
Ijad,
1) Dalam mencari lokasi sesuatu tempat seperti rumah, mana satukah yang anda rasa lebih cepat dan mudah sampai, Petunjuk GPS atau petunjuk Manusia?
2)Bagaimanakah anda melihat sesuatu masalah itu?
3)Antara barang murah dan mahal mana satu anda lebih gemar? kuantitinya atau kualitinya?
4) Adakah benar kadangkala kita boleh menyelesaikan masalah org lain tapi amat sukar utk menyelesaikan masalah sendiri, maknanya perlukan bantuan org lain, bagaimana dengan pandangan anda? Cth:- Dalam mencari pasangan.
Itu saja setakat ini..
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 4:02 pm
Jawapan:
1. Apa punya soalan daa… hahahah. Takper aku jawab gak, jawapannya Google Maps….
2. Pertama sekali melihatnya sebagai negatif. Tetapi lepas tu, cuba mencari positif. Cuma yang selalu keluar kat mulut ni negatif, tetapi dalam hati positif. Biasalah… manusia.
3. Of course barang murah. Tetapi kalau melibatkan kualiti, memang barang mahal akan dibeli. Confirm.
4. Ciiiitttt…. sempat plak bagi soalan “makan dalam”.
Memang betul.
Kalau bagi nasihat pada member lain ni, memang expert sebab berdasarkan pada pengalaman. Tapi bila kena diri sendiri, pasti kawan itu juga yang di cari semula untuk “discussion”.
p/s: That’s what friends are for.
byk gile soalan..jenuh ko jad nk jwb haha..
ni dr aku lak:
1. kalau bro xjd full blogger and tak tau apa tu blog, agknya bro jd apa sekarang?
2. macamana bro maintain kan fokus dlm blogging dgn blog yg byk?
3. bro ada twitter? kalau xda kenapa?
4. kalau buntu, apa bro buat?
cukup la ni je soklan aku hehe
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 4:06 pm
Jawapan:
1. Still menjadi seorang peniaga makanan dan katering. Sampai sekarang darah meniaga tu masih wujud lagi. Pernah terfikir kebelakangan ini untuk berniaga semula.
2. Dengan niat ingin memiliki “harta online” yang banyak. Dulu rasa macam mustahil, tetapi bila dah banyak… maknanya memang boleh buat.
3. Pernah register dan memang ada account Twitter. Tapi terus terang tak tahu nak pakai. Huhuhu…
4. Kalau buntu, gitar itu akan di letakkan di riba dan terus mencari chord lagu yang boleh layan… selalunya lagu slow and sentimental akan menjadi pilihan sebab suka main plucking.
Thanks
Semoga encik Ijad panjang umur dan murah rezeki. Saya tidak mahu mengajukan banyak soalan. Yang di atas pun sudah agak mewah juga. Tapi terpaksa bagi soalan sebab tak elok menolak pelawaan tuan tanah kan.. Hehehe..
1. Bagaimana menghilangkan ‘blog archive’ ni? Kalau saya google-kan, keluar macam ini dalam result.. Adehh..
Julmazli Dot Com » Blog Archive » Khatimah Cinta – 6ixth Sense
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 4:07 pm
Jawapan:
1. Itu semua boleh di setting di Permanent Link dalam admin WordPress
Thanks.
menj Reply:
March 18th, 2010 at 4:16 pm
Yang ni pun aku boleh jawab…pakailah ALL IN ONE SEO PACK plugin. Ingat betul-betul, ALL IN ONE SEO PACK plugin
oh, cool. wanna ask jugaklah.hehehe
1-masih ada ibu ayah? mereka di mana? berapa ramai adik beradik.
2-apa yang mendorong saudara terlibat dengan dunia blogging?populariti or minat or kepayahan hidup sebelum ni?
3-10 tahun akan datang, adakah kerjaya as full time blogger ni masih diterima ramai or makin ramai yang terkedek2 nak join sekali or akan jadi kerjaya yang tidak dipandang langsung?
maceh.kehkehkeh
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 4:16 pm
Jawapan:
1. Alhamdulillah.. mereka ada dan masih sihat. Couple ini memang intim sentiasa…
2. Serious… populariti tidak pernah muncul sebelum ini. Memang kepayahan hiduplah yang menjadi pendukung. blog Melayu ini pun baru setahun lebih sahaja usianya, berbanding dengan English blog yang dah lama wujud.
3. Insya Allah ya.
Sebab semua algorithm search engine di dunia internet ini menggunakan Spider mereka untuk crawl site yang telah di PING.
Web statik tidak akan menjadi pilihan. Jadi blog adalah tempat yang paling di sukai oleh crawler tersebut.
(Lizz masih ada lagi ibu dan ayah?)
Thanks.
Lizz Reply:
March 19th, 2010 at 11:55 am
oh, ibu masih ada. tapi, ayah dah 7tahun tinggalkan kami. tapi syukur ada abang2 yang sangat gojes menjalankan tanggungjawab. hehehe.
rohaizad Reply:
March 19th, 2010 at 12:01 pm
Akak-akak yang gojes takde ke? ekekeke
Orait, ni lah masanya nak “pekena” mamat ni, ahahaha.
1. Dah jumpa awek yang mukanya macam Maya Karin ke belum?
2. Sebulan dapat berapa daripada blogging (SAHAJA)? Yang lain-lain tu macam domaining, buat website utk client, etc. TIDAK DIKIRA
dan last sekali, soalan cepu emas:
3. Bila nak datang ke kenduri aku?
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 4:19 pm
Jawapan:
Kurang asam punya statement.. hahahah, tapi aku akan tetap jawab. Ini jawapannya:
1. Awek macam Maya Karin? Alaa… itu cuma geromal jer… gurau-gurau.
2. Haisshhhh…. kalau nak accurate, itu impossible. 4 angka lah lebih kurang.
3. Dah kendurinya belum lagi di buat, takkanlah aku nak datang.. cehhh
Thanks
Salam bro Ijad ,
Wah ! Seronok artikel hari nie pasal boleh ajukan soalan2 utk bro Ijad jawab.Banyak betul dah soalan yang ditanyakan oleh kengkawan2 yang lain … Mmmm nak tanyak apa yer …?!
Bro Ijad ,
1) Apakah perkara yang terindah dalam hidup bro Ijad sepanjang usia nie? -> perkara terindah yang bro Ijad tak boleh lupakan sampaikan sekarang!
2) Sebagai seorang blogger full timer , bagaimanakah bro Ijad managekan masa bro Ijad? Minta nasihat
.
3) Soalan simple nie mungkin semua orang boleh jawab TAPI saya nak tanya bro Ijad , apakah perkara wajib yang perlu ada jika nak jadi seorang blogger Full Timer nie .. pada pandangan bro Ijad?
4) Apakah perkara UTAMA yang memotivasikan bro Ijad untuk terus berblogging? Pemangkinnya ialah …?
Terima kasih bro Ijad kerana sudi membaca soalan2 saya nie… n I luv u bro
.
Salam sukses.
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 4:31 pm
Jawapan:
1. Ada dua sebenarnya.
Yang pertama:
i) Apabila si bodoh yang dahulunya buta komputer dan buta IT kini sudah berjaya mengorak langkahnya untuk matang dalam bidang tersebut.
ii) Dapat merealisasikan impian yang pernah terdetik. Dulu pernah terniat untuk meminta orang tua duduk di rumah berehat… tak payah kerja lagi dah. Dan sekarang telah menjadi realiti. Alhamdulillah…
2. Mudah sahaja. Kalau dulu rajin tengok TV, tukar sahaja aktiviti itu dengan berblogging. Kalau dulu suka layan Youtube, sekarang layan blogging. Masa yang sama tapi aktiviti berbeza.
3. Perkara wajib yang perlu ada pada seorang full time blogger ialah “sense of blogging”.
4. Rasa blogging yang cool, minat dan of course fulus kerana saya mempunyai liabiliti (sebenarnya saya ini money oriented orangnya)
Thanks
Ruangan bertanya yek…nak tanyalah jugak kt Tuan Ijad ni.
1. Mula2 belajar Blogging ni drpd mana?? dari seseorang ke atau dr mana2 forum komuniti international??
2. Bilakah pertama kali menerima bayaran drpd program post paid?
3. Suka makan budu?
Itu je la kot…kalo ade idea lg…akan tambah nanti
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 4:41 pm
Jawapan:
1. Mula belajar blogging ini dari satu forum Siti Nurhaliza (jangan gelak… hahaha). Dah tutup pun forum tu (http://forum.sitinurhaliza-svoa.com/). Tapi screenshotnya still ada lagi. Ini dia:

2. Dari Reviewme.com. Ia pernah di ceritakan dalam entri ini:
http://www.rohaizad.com/2008/08/23/kisah-benar/
3. Suka jika diperahkan limau ke atasnya
mijie Reply:
March 19th, 2010 at 8:41 am
ooo ijad pun makan budu gak ke, org rumah saya orang johor gak tp…tak makan budu, hahahaha
sy jer kdg2 beli nasi kerabu kat dia ckp tak campur budu, tp ada budu, eheheeh..boleh pula dia ckp sedap nasi kerabu tu
rohaizad Reply:
March 19th, 2010 at 11:26 am
Makan pun tidaklah sampai tahap kena ada tiap-tiap hari. Kira bolehlah kot..
aktechpage.com Reply:
March 19th, 2010 at 10:53 am
Thanks bro ijad utk jawapan..
Utk jawapan soklan 1 tak tergelak, cuma tersengih, heheheh…biasalah…lelaki sejati…
Oooo makan budu jugak yek…bagus2…org kelantan sendiri pun ada jgak yg x makan budu, cthnya Ayah aku sendiri… ntah kenapa x boleh makan…kalo letak dlm nasi kerabu pun bole lg detect…
rohaizad Reply:
March 19th, 2010 at 11:17 am
Sebenarnya kisah sebenar bila member ajak makan, tapi dia tak beritahu pun yang itu budu… cuma bila di perah limau, lagi sedap rasanya.
Lizz Reply:
March 19th, 2010 at 11:58 am
alah, tak apalah. bley minat siti sama2.hahaha
rohaizad Reply:
March 19th, 2010 at 12:02 pm
Sekarang nak minat dia “susah” sikitlaaa… ahahah
wah..dah wujud sesi soal jawab ni..huhuhuhu
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 4:42 pm
Punyalah azab nak menjawab… ahahhah
Julmazli Dempollok Reply:
March 18th, 2010 at 5:08 pm
Memang azab. Soalan dorang ni power2.. Tak sanggup saya nak buka ruangan sebegini.
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 6:21 pm
Sesekali takper kot… tapi kalau selalu, kencing manis jadinya
Cantekk..!!
#1 – satu hari berapa email dapat?
#2 – apa pendapat kau tentang internet sensorship?
#3 – kenangan paling best jadi blogger?
#4 – apa kau buat untuk motivasikan diri update blog?
#5 – hitam atau putih?
#6 – right handed or left handed?
#7 – Nora Danish atau Diana Danielle?
#8 – Soalan #7 terangkan sikit kenapa?
#9 – Bila nak makan nasi minyak kat rumah ko ni? he he
dr.aku.la Reply:
March 18th, 2010 at 4:40 pm
ni macam soalan tagging ni!
hehehe
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 4:51 pm
Jawapan:
Mak aiiihhh… 9 soalan… takper, aku akan jawab juga
1. Email? Paling tidak pun 100 dan ke atas (bukan SPAM email)
2. Yang aku tahu ia dicipta oleh Jonathan Wallace and Mark Mangan. Sampai sekarang masih lagi di bahas dan di perdebatkan.
3. Kenangan paling best jadi blogger bila duit masuk tanpa had.
4. Jawapannya ada di berikan dalam komen di atas.
5. Of course Hitam sebab hitam itu menawan dan elegant. Myvi yang di beli pun kaler hitam …
6. Right handed.
7. Nora Danish…. alahai…
8. Sebab minat. Itu sahaja.
9. Arrghhh… susahnya nak jawab soalan ini. Ada berkenan dengan sorang tu, tapi “terjumpa” orang tu lambat sangat. Dah dimiliki orang rupanya… huhuhu
saya suka baca blog en rohaizad ni sebab banyak info yang dapat saya kutip tambah-tambah saya ni baru nak belajar dalam dunia blogging.
soalan:-
1.seminar smart blogging tak ada ke dekat area shah alam
2.Tak ada potongan ke untuk student? hehe
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 4:56 pm
Jawapan:
1. Pernah anjurkan di KL sebelum ini tetapi tidak mendapat sambutan. So pihak kami terpaksa membatalkan semua tempahan hotel. Bertolak titik dari situlah, UTM Skudai menjadi venue rasmi.
2. Sebenarnya sudah setahun lebih harga promosi di berikan. Boleh berikan harga promosi tetapi saya harus adil pada peserta yang terdiri daripada student sebelum ini. Mereka membayar dengan harga normal.
walaubagaimanapun, masih ada lagi peluang untuk mendapatkan harga diskaun. Untuk 10 peserta terawal yang membuat pembayaran, memang akan dapat harga yang murah sedikit. So be the first ya!
aku tergelak bace komen kat atas tuh bro..sampai takleh nak pk dah soklan pe nak bagi..giler kentang ar tukang komen kat blog ijad ni..mau mimpi ngeri bro ijad malam ni..hahahaha..
p/s – pe soklan aku ek?hahahaha
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 2:39 pm
Hahahah… maunya tidak. Ini pun dah merah padam muka aku. Diaorang “taruk” aku betul-betul… ahahahah..
p/s: mintak nyawa… mintak nyawa…
miziology Reply:
March 18th, 2010 at 3:00 pm
bro time ni je nk tnya mcm2 dh tuan tanah bg green light hehe..
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 3:06 pm
Dah di beri chance, habis diaorang bubuh… hahah
alamak ijad lupa lg 1 soklan la:
leh kongsi jadual harian bro sebagai fulltime blogger? bila nk bc email, bila nk buat post kt blog, bila nk makan, bila nk bercinta-cintan..opss sori bro termakan dalam plak hehe
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 5:00 pm
Dulu ada jadual, sekarang dah tak pakai sebab dah selesa. Selalunya post akan dibuat pagi dan malam. Siang, buat kerja lain…
p/s: kerja lain tu seperti jumpa prospek dan sebagainya.
lepas ni boleh la compile masuk satu page FAQ.
mesti best!
soklan aku:
1. gadget feveret yang ada skrg.
2. gadget baru yang gatal sgt nak beli.
3. first time cash out adsense.
4. cash out adsense tu setelah berapa lama usahakan?
5. awak rasa awak ni ensem ke tak?
6. filem paling best pernah ditonton.
7. lagu yang dilayanz tatkala jiwa kacau.
saya sudahi dengan pantun dua kerat.
“ahmad jais ahmad nawab,
jawab jangan tak jawab.”
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 5:59 pm
Jawapan:
Ini bukan soalan dah nih… ini dah macam tag. Ahahaha… takper aku akan jawab jugak:
1. Mouse yang d letakkan di jari. Ring Mouse namanya. Beli secara online.
2. Blackberry Storm (tunggu Celcom sponsor… ekekeke)
3. Pertama kali cash out adsense, totalnya dekat RM1600.
4. 2 tahun kot.
5. Kalau dibandingkan dengan kambing gurun atau siamang tanah, memang lebih hensem.
6. She’s All That. Ditonton sebanyak 11-12 kali pada tahun 1999.
7. Ada. Tapi lagu ini hanya akan diketahui oleh mereka yang di anggap suri istimewa dalam hidup.
Kerana apa?
Kerana lagu ini terlalu istimewa dan boleh dikatakan dalam Malaysia ini kurang dari 5% sahaja yang pernah mendengarnya.
Kalau esok-esok ada orang yang tahu akan lagu ini, bermakna wanita itu adalah orang yang istimewa.
Jual pantun?
No problem, memang akan di beli:
Ahmad Jais soal, Ahmad Nawab jawab,
Siapa suruh Ahmad NAwab jawab, sepatutnya Rohaizad lah yang jawab.
Thanks
bro ijad, wah dah lama sebenarnya saya nak tanya nie, tp takder entry2 yang berkaitan :-
1. Muka bro ijad nie mcm afdlin shauki lah, ada pertalian darah ker?
2. Bila boleh berdriving range sekali?
3. Bagaimana nak cakap dengan org tentang kerjaya berblogging nie bila berdepan dgn geng2 old timer?
Takper bro soalan sy di atas nie tak makan dalam punya hihihih
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 5:50 pm
Jawapan:
1. Last sekali orang cakap macam tu kalau tak silap pada tahun 1999 di Pengkalan Balak Melaka. Siap dia nak mintak sign autograf lagi… hahahah. Jawapannya tiada pertalian darah. Yang sama cuma tang perut je kot.
2. Kamu di JB juga ke? Kalau di JB, bisa di atur pak.
3. Selalunya kalau berdepan dengan orang tua, cakap sahaja kerja “buat website”. Diaorang lebih mudah untuk menerimanya rather than said about blogging.
Thanks
abdhakim Reply:
March 20th, 2010 at 12:42 am
Oke bro thanx jawab soalan sy.
Anyway, yg pasal berdriving range tue, sy stay di lembah kelang, tp mungkin suatu hari nanti nak try main di JB. So far tempat yg paling murah sy pernah pergi di UPM, RM 6 utk 100 bijik bola tp kena pinjam student ID kawan yg blajar di situ
Kalau akan dtg nak pi main sekali, roger2 lah, tekan jer kat website sy, ada sy punya email di sana
thanx bro!
1) Cukup bersahaje kah anda?
2) Bila nak ngurat _ i _ _ _ anak _ _ _ _ ?
3) ebook free bile nak keluar?
4) Ape pendapat anda pasal boy_bersahaje?
5) Apa pendapat anda tentang johnchow?
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 7:32 pm
Jawapan:
1. Tidak.
2. Siapa tu?
3. Lagi nak siap, lagi banyak idea keluar. So tak siap lagi. Tapi tak lama lagilah…
4. Boy Bersahaja?
Dia anak orang kaya. Aset dia terlalu banyak dengan mana-mana IM di Malaysia ini. Pandai dia merendah diri dan cover line.
5. Johnchow adalah antara idol yang sampai sekarang ini masih dijadikan sebagai rujukan.
Macam mana saya nak jadi mcm kamu yg cool dan menjana duit yg byk melalui blog…hehehe.
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 10:53 pm
Ahahahah… itu dia otai EBay dah bagi komen
nk tya gak la…
1) duit simpanan sedara hasil blogging/online simpan ktner? asb/unit trust/bank/bwh bantal?(saje je tya xde niat nk rompak)
2) buat mase skang income on9 sedara plg byk melalui ape ek? adsense? affiliate? seminar?
3) perancangan masa dpn?(selain kawen ngan gadis idaman secomel nora danish) ade plan x nk bukak ofis/ training centre ke & berblog dr ofis sendiri instead of rumah?
sekian tq… (rase cam join ruangan tanya artis plak..huhu)
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 10:52 pm
Jawapan:
1. Bank.
2. Blogging. Seminar itu hanya bila diminta sahaja.
3. Office dah ada. Training center pun dah ada, siap ada orang sponsor lagi. Cuma blogger ni kalau ada office pun, tidak ada bezanya. Kalau ada GROUP yang ingin dapatkan consultation atau personal coaching, memang ia akan di buat di training center.
Mula belajar blogging dari forum Siti Nurhaliza.
1. Itukah sebabnya minat sangat kat dia?
2. Nak cari calon isteri pun yang ada sifat-sifat cam Siti Nurhaliza jugak?
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 10:49 pm
Jawapan:
1. Minat Siti bukan di sebabkan forum tu. Tapi disebabkan naluri seorang lelaki. Dah namanya jantan`kan?
Tapi itu dulu… masa dia solo.
2. Tak kenal sangat Siti tu sebenarnya, apatah lagi nak tahu tentang sifat-sifat dia. So agak subjektif jawapannya
Salam Bro Ijad,
kebanyakan soalan nampaknaya dah terjawab.cuma satu je aku nak tanya,teringin sangat nak ‘berguru’ dgn bro,ada tak buat personal coaching online?
rohaizad Reply:
March 18th, 2010 at 10:46 pm
Tidak di galakkan kerana banyak perkara yang perlu di tunjukkan melibatkan password. Thanks.
Salam Rohaizad. Ada beberapa soalan yg ingin diajukan di sini, harap2 dapat dikongsikan bersama. Thanks
1. Apa perkara yg paling best dalam sejarah hidup awak (sehingga kini)?
2. Apa beza antara doer dgn thinker? Rasa2nya,perlu think n do atau do/ think sahaja sudah cukup utk seseorg merealisasikan impiannya?
3. Apa perkara paling hebat yang awak pernah korbankan dalam hidup?
4. Apa impian terhebat awak? Dah realisasikan tak? Apa perasaan sebelum/ selepas mencapai impian tersebut?
5. Ada tak kata2 mak ayah yg betul2 buat awak terus bangkit di alam realiti? Harap dapat dikongsikan jika ada.
6. Apa makna FOKUS bagi diri awak sendiri?
7. Apa kesilapan yg pernah awak lakukan yg tak mungkin awak akan ulang sampai bila2? Bagaimana cara awak menghalang diri daripada mengingat kembali kesilapan2 lalu yg mungkin membuatkan awak rasa menyesal dgn tindakan tersebut?
8. Apa perkara yang dah menjadi habit awak sehingga berjaya seperti sekarang? (habit that have grow you up till today)
p/s: Sekali baca macam ayat interview pun ada, huhu..maaf la eh. Klu rasa soalan ni terlalu personal, tak perlu jawab nanti. TQ
rohaizad Reply:
March 19th, 2010 at 2:15 am
Jawapan:
1. Perkara yang paling best terjadi dalam hidup saya ialah saya membeli motor dan kereta dengan selang masa 1 bulan di antara keduanya…. hahahah.
2. Of course doer kerana ianya melibatkan ACTION. Salah takper, boleh di perbetulkan.
3. Perkara yang paling hebat pernah di korbankan dalam hidup ialah menolak risikan dari satu keluarga yang inginkan saya menjadi menantunya. Perkara itu berlaku pada hari raya.
Ingatkan datang hanya untuk beraya tetapi ada maksud 2 dalam 1… huhuhu. Terperanjat? Memang pun. Nasib baik pelawaan itu berjaya di tukar situasinya menjadi gurauan… pheeewwww
Kesimpulannya, terpaksa di tolak kerana ingin menanggung 2 orang adik yang ketika itu belajar di Universiti. Berkorban untuk adik-adik (walhal memang pernah terdetik untuk stay dengan wanita tersebut, tiada jodoh kan?)
4. Impian terhebat belun tercapai lagi. Nanti kalau dah tercapai, akan di kongsikan di sini
5. Jangan dengar kata orang. Buat dulu… then tengok sama ada jadi atau tidak! Kita susah bukan ada orang tahu….(lebih kurang macam tulah ayatnya)
6. FOKUS = perbuatan nekad yang kita sendiri tidak sedar pada waktu kita melakukannya.
7. Terlalu percaya pada orang lain sampai di tipu bulat-bulat. So sekarang ini amat susah untuk say YES pada sesiapa pun pada pertemuan kali pertama.
8. Suka “mencari” dari “bertanya”.
Thanks
kakeru Reply:
March 19th, 2010 at 2:21 am
Ooo..macam tu. Lagi 4 dah burn ke? huhu..takper2. It’s ok. Thanks kerana menjawabnya
rohaizad Reply:
March 19th, 2010 at 2:23 am
Semua sudah di jawab
kakeru Reply:
March 19th, 2010 at 2:25 am
Eh, silap ke. Tadi tengok ada 4 jawapan je. Btw, thanks a lot. Byk benda yg dapat saya pelajari di sini
rohaizad Reply:
March 19th, 2010 at 2:26 am
Hihihi… thanks
Ha..Ha…. aku taknak tanya apa-apa lah kali ni. Ada nak tanya, tapi bila dah baca semua komen di atas, dah ada jawapannya.
Nanti kalau tanya, lagi dalam dia makan …ha..ha.. tak tidur pulak nak memikirkan bagaimana kau perlu jawab
rohaizad Reply:
March 19th, 2010 at 11:33 am
Tanya jer… no problem
Salam tuan, nak bagi solan ni..
1. Dapatkah hanya dengan berblogging secara partime boleh menjelaskan hutang PTPTN yg jumlahnya RM15k? (pendapat tuan)
2. Bolehkah dengan berblogging beli BMW 3 series?
3. Kenapa tuan tidak menceburkan diri dengan padapatan yang online yang lebih lumayan, cth: jual ebook atau affiliate?
banyak bertanya takpe kan?
mekasih…
rohaizad Reply:
March 19th, 2010 at 11:23 am
Jawapan:
1. Sudah tentu boleh jika tahun cara untuk menjana wang daripadanya. Di bawah ini ada kisah pelajar IPT yang telah menjana beribu ringgit hasil dari aktiviti blogging:
—>http://www.rohaizad.com/2009/09/04/air-mata-ramadhan-apakah-ertinya-bagi-seorang-blogger/
2. Boleh… apa salahnya.
3. Belum sampai seru kot. Tapi akan memikirkannya.
Thanks
Salam Ijad…
Ni beberapa soalan dari aku?
1) Pada umur berapa ko target boleh achieve RM1 juta cash (bukan termasuk value kereta dan properties, tapi termasuk saham, duit dalam unit trust & bank)
2) Bila agaknya ko akan pi haji?
3) Boleh bagi tips tak macam mana kita boleh kekal solat 5 waktu dan bukan solat out of range…?
4) Zakat harta dah layak bayar ke?
5) Bila dah berfamili, berapa anak ko plan nak dapat?
6) Adakah persahabatan aku dgn ko sejak kita mula kenal beberapa bulan dulu bermanfaat untuk ko? Maklumlah…aku ni taklah seteror ko dalam arena blogging ni…asyik2 aku je korek dan tumpang ilmu si ijad…
7) Adakah ko menanam cita2 utk pergi ke menonton bola secara live di Liverpool, UK? Kalau ye, bila agaknya boleh berlaku dan dengan siapa ko akan menonton?
9) Ko tau berenang ke?
10) Ko akil baligh pada umur berapa?
Ok lah…cukup lah tu…Aku ada byk lagi nak soal, tapi aku rasa aku reserve dulu…Aku mohon maaf, kalau soalan2 tu melampau atau mengada2…tapi aku ikhlas bertanya…
Bukankah… Tak kenal maka tak cinta…
wassallam
rohaizad Reply:
March 23rd, 2010 at 9:08 am
Gilerlahh soalan ini. Takper nanti aku jawab.. perghh!
salam..
first time dapat duit berblog bila barang apa?
agak-agaknyalah kan bilakah tarikh luput nak mendirikan umah tangga?hehe..
selalunya waktu bila anda akan selalu update blog? balas komen dan sebagainya..ad fitkan masa ke??
hurm jer kot..hehe
rohaizad Reply:
March 23rd, 2010 at 9:11 am
Jawapan:
1. First time dapat duit blogging kalau tak silap bagi emak kot.
2. Tarikh luputnya memang susah nak dicetak, sebab mesin cetak rosak… haha
3. Selalunya update blog bila rasa perlu di update (rasa perlu di update tu datang tiap-tiap masa).
Thanks :
gigih plak aku baca sampai habis….
aku pon alang-alang dah baca sampai habis tanya soklan skali la….
1) ada tak bercita-cita untuk membuat gathrg besar-besaran gang blogger malaysia?
2) adakah anda telah sedar yang anda telah popular?? mungkin kalah irfan khairi cuma anda xkua tv je lagi
3) Saya ada cita-cita untuk meneruskan karier sebgai full time blogger..Apa nasihat anda kepada sy dan juga gang2 yg ada keinginan sama seperti saya?
4) Sampai bila ruangan soal dan jawab ini dibuka? sebab saya tengok terseksa je awak nak jawab soalan2 makan dalam…hahahaha
rohaizad Reply:
March 23rd, 2010 at 9:29 am
Zuki, komen ko ni adalah yang terakhir sekali.
Manakala untuk pembaca lain pula, diharapkan semua soalan dapat menerima dengan seadanya jawapan yang telah di berikan… ekekeke
Dan Zuki, untuk menjawab soalan ko dan sebagai hadiah sebagai penyoal terakhir, maka aku akan buat satu post sebagai tanda penutup. Haha
[...] com merapatkan hubugan silaturrahim dengan pembaca blognya, dia telah menerbitkan satu entri yang membenarkan pembacanya menyoal apa sahaja soalan. Boleh di katakan 95% soalan telah di jawab dengan cool dan juga merah padam [...]
Diulas pada March 28th, 2010 at 1:06 amSalam,
10 soalan cyza tue tak berjawab ke?