Istiqamah, berusaha dan sabar adalah sebahagian dari aura kejayaan.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Motivasi, Personal Coaching/Seminar Smart Blogging - Tarikh diterbitkan: March 22, 2010 onlineAda satu perkara yang selalu aku tekankan mengenai blogging. Dalam wawancara dengan radio internet www.FuhyooFM.com sebelum ini pun, aku pernah menekankan fakta yang sama. Ianya adalah satu perkara yang berulang kali aku katakan sejak dari dahulu lagi.
Untuk menjana pendapatan sampingan dari blog, kita harus tahu “kehidupan” yang ada di dalamnya. Maknanya make money from blogging atau buat duit dari blog bukanlah mengenai seberapa cepat kita menjana pendapatan darinya.
Sebaliknya apa yang harus disematkan di dalam diri seorang blogger itu ialah SEBERAPA CEPAT DIA DAPAT SEBATIKAN DIRINYA dengan dunia blogging.
Make money from blog is about how good we can blend ourself in the blogosphere itself. That’s the simple answer. Not more than that. Jika ada paksaan dan ikut-ikutan dari rakan-rakan lain, maka hasilnya pasti tidak akan seberapa.
Dan itulah yang membuatkan aku berasa happy di petang Isnin ini. Walaupun kepala ini masih lagi kusut, tapi tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat peserta Seminar Smart Blogging mula “menagih dollar USD” dari program-program make money from blogging.
Kali ini aku akan berkongsi sedikit kisah kejayaan dari Team KuasaCyber. Mereka terdiri dari Tuan Amzari (personal blog) dan Tuan Zainorden (personal blog).
Mereka berdua adalah peserta seminar tahun lepas (2009). Kedua-duanya datang dari KL semata-mata untuk melihat potensi blog dalam menjana pendapatan. Mungkin ada yang mengatakan KL itu jauh tetapi untuk orang yang ingin menuntut ilmu, itu semua sudah dipersiapkan dalam fikiran.

Akhirnya mereka berdua pun sampailah ke JB dan berkeluarga di UTM Skudai bersama peserta lain. Masa makan pagi, lunch dan makan petang pun aku sempat berbual dengan mereka, juga peserta lain. Cuma pada waktu itu, aku tidak boleh hendak menjanjikan apa-apa kerana jangankan blog, PR pun takde lagi.
Tapi semalam, Tuan Amzari telah terbitkan testimonialnya ke dalam thread “Pecah Telur” di forum Dunia Blogging (forum private untuk peserta Seminar Blogging). Testimonialnya bukanlah besar seperti mereka yang menjana RM10 ribu ringgit sehari, tetapi ianya tetap manis kerana impian yang pernah di ceritakan di dalam blognya suatu ketika dahulu akhirnya dapat di realisasikan.
Okay, mari kita lihat senario SEBELUM dan SESUDAH. Apa yang pasti, seronok sungguh bila direnung dan dibuat panduan kerana mereka telah mengalaminya sendiri. Iya…. istiqamah, berusaha dan sabar adalah sebahagian dari aura kejayaan.
SEBELUM:
Tanggal 26hb Disember 2009 (tahun lepas), saudara Amzari ada menulis di blog rasmi KuasaCyber mengenai pengalaman beliau berseminar. Menariknya dia ada menulis mengenai impiannya untuk menjana wang dari program Text Link Ads.
Pada hari yang sama juga, aku ada memberikan komen di entri tersebut. Selang seminggu selepas itu, beliau membalasnya dengan mengatakan blog baru yang di bina telah di decline kerana belum ada PR.
Biasalah dah namanya blog baru`kan, so memang sukar untuk mendapat PR kerana PROSES BACKLINK belum cukup ampuh. Total backlinks pun belum cukup banyak.
Cuma dia ada menaruh harapan dengan blog PR3`nya yang satu lagi. Dan selanjutnya pada waktu itu dia hanya berharap, tunggu dan lihat.
Aku pernah mengalaminya dan aku tahu bagaimana rasanya. Kadang-kadang bagai menunggu buah yang tidak jatuh. Walaubagaimanapun, jika kita IKHLAS dan YAKIN dengan apa yang kita buat… kesabaran yang dipupuk pasti akan membuahkan hasil.
SELEPAS:
Cuba lihat screenshot ini (klik untuk gambar yang lebih besar):
Dulu semuanya kurang pasti. Tetapi sekarang beliau semakin yakin untuk meneruskan blogging secara part time ini. Cuba perhatikan baris ayat ini yang di tulis sendiri oleh beliau dalam thread tersebut:
Itu baru cuma 1 blog… kalaulah aku ada 10..kan best?
So sekarang tengah rancang penambahan blog… Insya Allah…
Naahhhh…. seronokkan?
Tapi apa yang seronoknya? Alaaa… setakat USD18.75, bukannya banyak pun… !!!
Haaa… itulah yang membezakan blogging dengan aktiviti perniagaan internet yang lain. Blogging itu coool…. dan apabila tiba pada satu tahap, blogging akan memberikan kita hasil yang pasif. Mula-mula memanglah sedikit, nanti akan meningkatlah ia.
Contohnya untuk program text Link Ads ini, jumlah bayaran yang akan di terima akan bertambah sejajar dengan pertambahan post yang ada dalam blog. Lebih banyak post yang di terbitkan, lebih tinggi peluang untuk kita di bayar secara tetap setiap bulan.
Untuk Tuan Amzari, teruskanlah apa yang telah di buat selama ini. Insya Allah, kalau dapat USD300.00 sebulan dari TLA pun dah cukup bagus kerana itu akan memberikan pendapatan tambahan hampir RM1000.00 sebulan!
Bagaimana dengan Pagerank?
Pagerank memang penting sebab itu adalah salah satu perkara yang telah di tetapkan oleh sesebuah program. Kalau kita tidak develope backlinks untuk blog kita, agak sukar untuk kita mendapat PR yang bagus.
Jangan ada yang ingin mempersoalkan kepentingan Pagerank. Jika kita tidak mengikut kehendak sesebuah program, janganlah mereka pula di persalahkan. Kita ini yang harus ikut keperluan yang di mestikan. Mereka hendak memberi kita duit, so pandai-pandailah kita berusaha untuk memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.
Ada cara yang mudah untuk menaikkan Pagerank. Macam mana untuk menambahkan backlinks untuk blog yang ada?
Untuk peserta seminar mereka semua sudahpun tahu cara untuk tambahkan backlinks. Tapi untuk mereka yang masih lagi terpinga-pinga atau sedang mencari seseorang yang boleh membantu untuk menambahkan backlinks untuk blog masing-masing, cubalah pertimbangkan khidmat yang di sediakan oleh Saudara Reza kita.
Nak kata servisnya bagus aku belum menggunakannya lagi… tapi cubalah lihat dan baca testimonial dari mereka yang telah mendapatkan perkhidmatannya… gilerlaaahhhh!!!




Adakah kali ini saya berjaya menjadi pengomen pertama?
boy_bersahaje Reply:
March 22nd, 2010 at 9:22 pm
Yaa betol!!! Anda lah pegomen yang pertama di blog ini. Tahniah di ucapkan.
p/s: thanks jad atas recommendation yang telah diberikan. Sungguh bersahaje!
cyza Reply:
March 23rd, 2010 at 2:13 pm
BErsahaja dah ada web khas untuk servis…well done…memang bersahaja je aku tgk testimoni tu…sebab ada aku dalam tu…haha tumpang glamour
miziology Reply:
March 22nd, 2010 at 9:50 pm
ko berjaya jugak.. xpe next post aku try plak hehe
Julmazli Dempollok Reply:
March 22nd, 2010 at 10:40 pm
Yeahh.. Hehee. Terima kasih.
Sudah berapa hari mencuba.
(Adakah komen kita ni dikira spam ya? :p)
rohaizad Reply:
March 23rd, 2010 at 12:58 am
Tidak, sudah pasti itu bukan SPAM.
Nabieel SR Reply:
March 23rd, 2010 at 12:04 am
Banggalah dapat pengomen pertama
kepada amzari tahniah diucapkan
….tentang servis boy tu,aku dah amek(blog comment)cuma belum tengok lagi report yang dihantar oleh boy.
jad,PR bila update?
rohaizad Reply:
March 23rd, 2010 at 12:53 am
PR mungkin di update bulan hadapan kot .. huhu
x-po Reply:
March 26th, 2010 at 10:57 am
oh bulan dpn ek bro? mntk2 naik lagi satu anak tangga..huhu
aku dah berapa kali mencuba untuk menjadi pengomen pertama tp tak dpt..
back to the topic, betul apa yg ijad ckp tu dan saya selalu perhatikan, memang ijad selalu menekankan tentang KESABARAN dalam berblogging untuk make money blog..
sy stuju 100%, memang kena kesabaran
rohaizad Reply:
March 23rd, 2010 at 12:41 am
Enjoy saja dengan apa yang kita lakukan. Itu petuanya
mijie Reply:
March 23rd, 2010 at 2:05 pm
setuju, sebenarnya seronok baca blog ijad ni, pastu nak komen pun rasa semangat, tambah2 kalau keluar artikel pasal ijad mau kahwin ke…oppss jangan marah nanti kena jual
Selalunya 3 perkara ini lah yg susah nak maintain dalam melakukan sesuatu perkara…
Tahniah kpd Amzari, aku pun turut gembira sama sbb die dh nmpak jln blogging ni hehe.. sikit-sikit lama-lama jd? cari la benda yg lg besar dr bukit hehe
rohaizad Reply:
March 23rd, 2010 at 12:38 am
Thanks Mizi for the support untuk rakan blogger lain.
Tahniah kerana sudah pecah telur
Moga capai banyak kejayaan tidak lama lagi.
P.S:Fuh… Alexa Rohaizad.com sudah jadi 91k. Tahniah juga!
rohaizad Reply:
March 23rd, 2010 at 12:34 am
Sket je tu Aqif.. orang lain dah cecah 50K dah… huhu
p/s: tapi bolehlah kot… sebab tanpa pembaca setia blog ini, Alexa itu takkan berganjak pun.
congrat.. mula2 mmg la sikit.. tapi manis nya dah rasakan?… teruskan usaha anda..
rohaizad Reply:
March 23rd, 2010 at 12:30 am
Hahaha… betul betul… memang betul.
Salam tahniah ^^
wahh akhirnya telah menjadi income dari blogging
rohaizad Reply:
March 23rd, 2010 at 12:29 am
“Setelah bersusah payah di peringkat awalnya ~~~”
tahniah diucapkan..!ni akan menambah lagi semangat buat para blogger dluar sana utk terus berblog.,
rohaizad Reply:
March 23rd, 2010 at 12:27 am
Keep blogging ya
Pergghh … pelan-pelan kayuh pun ada hasilnya daripada zero jadi zorro! Blogging mmg coooolll.
rohaizad Reply:
March 23rd, 2010 at 1:15 am
Boleh… janji tidak mudah putus asa
Mohd Razil Zaini al-Hafiz Reply:
March 23rd, 2010 at 12:30 pm
Thansk bro Ijad berikan semangat
. Luv u bro.
tahniah amzari…zainorden apsal diam je…tak muncul2..hehehe
setiap jenis program berlainan tatacaranya,ada yang inginkan traffik lebih dan ada yang inginkan pagerank tinggi,ini terpulang kepada kita diamana program yang kita ingin join…tak gitu jad? tapi kebanyakkan yang sya atengok,traffik yang mereka inginkan..pagerank jatuh no 2 kan?atau saya salah?kalau salah tolong betulkan..
rohaizad Reply:
March 23rd, 2010 at 8:42 am
Tak juga… sebab TLA tidak memerlukan traffik sangat. Di sini ada rujukan tambahan:
http://www.rohaizad.com/2010/01/09/google-pagerank-apa-yang-perlu-di-lakukan-jika-blog-kamu-dikurniakan-pr/
yazidyahaya Reply:
March 23rd, 2010 at 9:14 am
maksud saya bukan TLa..program-program lain?
rohaizad Reply:
March 23rd, 2010 at 9:18 am
Depend lepada advertiser juga. Semua 4 perkara itu memang perlu di pertimbangkan
yazidyahaya Reply:
March 23rd, 2010 at 9:22 am
hahaha..betul tu,sebab saya ada juga tanya advertiser yang mereka lebih memerlukan traffik berbanding PR..
rohaizad Reply:
March 23rd, 2010 at 9:43 am
Yup, bergantung sebenarnya. Thanks
Nak maintain (istiqomah) itu yang paling sukar.
Mohd Razil Zaini al-Hafiz Reply:
March 23rd, 2010 at 12:33 pm
Yup , tabiat nielah yg paling penting utk dipupuk dari awal2 lagi. Istiqamah – ‘repetition’!
Sokong!
wah..terbaik!! semestinya membakar semangat yang lain untuk terus blogging…jangan jadi goblog..hehehe
teringin gak nk g seminar bro ni..cuma belum berkesempatan…Kg halaman kat JB pun lama tak blk akibat kerja bertambun ni hehe..kalaulah bro terbitkan video ke untuk seminar bro rasanya lebih ramai dapat faedah sekadar cadangan je.
rohaizad Reply:
March 24th, 2010 at 4:48 pm
Video?
Tak logiklah idea tu. Sebab kalau hari ni keluarkan video seminar tu, sah sah malam nanti confirm dah ada manusia yang upload kat Youtube.
Apa pula halnya nanti dengan orang yang dah beli, tapi orang lain pulak dapat percuma?
mhnizam Reply:
March 24th, 2010 at 7:53 pm
emm btul gak…sbb ramai yg terlalu murah hati untuk buat mcm ni skrg ni.
bila bab cari duit ni.. sabar, jujur, istiqamah dan yang sewaktu dgn nya amat perlu… blogging mungkin satu kerjaya buat seseorang… so dah termasuk dalam bab cari duit laa tu
rasa tertarik pulak dgn seminar blogging tu. dalam setahun, brp kali en. rohaizad buat? sbb saya cuti hujung bln 11 sampai bln 3 je. lps tu kn balik australia smula.
btw, text link ads tu mmg syarat dia kena ada page rank ke? patutla smalam saya apply kena reject. sebab page rank blog saya 0 lagi. baru 3 bulan lbh blog tu beroperasi.
rohaizad Reply:
March 24th, 2010 at 4:45 pm
Syarat PR?
Memanglah.
Nampak sangat tak baca F.A.Q di laman web Text Link Ads kan?
lagi satu nak tanya en. rohaizad, untuk text link ads ni, kena ada blog English ke? atau blog melayu je pun boleh?
rohaizad Reply:
March 24th, 2010 at 4:44 pm
Rasa-rasanya ada tak Advertiser di US nak beli perkataan Melayu?
Amir Reply:
March 24th, 2010 at 7:52 pm
Smlm saje nk try. Tu yg x baca FAQ pun. Hehe. Ok thanks 4 da info. Kena asah bakat dulu la ni, sbb x brp mahir tulis dlm English ni.
tahniah bro ijad
bertambah keyakinan kt hati walaupun tak jadi warga smart blogging lagi. kire post ni sebgai pemanas badan kan? hoho
takkan ada kejayaan yang datang bergolek…usaha dan terus usaha
Membaca entry sebegini , membuatkan semangat saya tidak luntur2 walaupun sen yang masuk tak seberapa..
Thanks ya
boss Reply:
March 27th, 2010 at 3:03 pm
ye teruskan usaha anda.. nanti boleh jadi macam saya.. bebas!
macam menarik je seminar ni
Bila aku membaca entri ni,aku tersenyum sendiri.Naik balik semangat yang hampir down sbb xdpt sekupang lagi setakat ni…
“when you blogging only for money,you were shock!”
Aku layak ke nak join?
tahniah bro zainorden…
senyap2 berisi…
“Tapi apa yang seronoknya? Alaaa… setakat USD18.75, bukannya banyak pun… !!!”
jangan cakap banyak.. ko ade dapat? walaupun $1 USD?