Ingin beriklan? Sila klik di sini


Etika Dalam Beriklan – berikan pendapat anda.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: March 29, 2010 online

Blog ini pernah menerbitkan banyak entri mengenai PENGIKLANAN di blog seperti di sini dan di sini.

Tetapi hari ini, kita TIDAK AKAN membincangkan mengenai potensi pengiklanan di blog. Kita akan pergi “luar” sedikit dari apa yang pernah kita bincangkan selama ini.

Topik yang akan di highlight`kan ialah ETIKA KETIKA BERIKLAN. Iklan adalah suatu mesej yang ingin di sampaikan oleh pengiklan kepada prospek masing-masing. Tetapi harus diingat dunia pengiklanan mempunyai etika-etika dan juga tutur tertibnya yang tersendiri.

Baiklah, iklan ini di ambil ketika aku sedang surf di Mudah.my. Apabila ternampak sahaja iklan ini, aku terus screenshot sebab ada 2 perkara yang tidak elok telah di implementasikan. Senang cerita, tidak beretika…

Dan sekarang cuba lihat gambar di bawah.

Terdapat perkara yang tidak berapa elok untuk di gunakan dalam pengiklanan tersebut. Kalau nampak… cubalah huraikan apa yang salah dan dalam masa yang sama, sila berikan pendapat untuk perkara yang betul supaya rakan-rakan lain dapat belajar sesuatu daripadanya.

Klik untuk gambar yang lebih besar dan lebih jelas

iklan-gila-s


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 55 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. nabilaMN said:

    yang iklan first tu. ayat dia sangat tak sesuai untuk menarik pelanggan. lagi2 kalau budak budak baca. aishhh.

    rohaizad Reply:

    Ada lagi, cuba lihat … :)

    ibnujusup Reply:

    ape kaitan fokus jutawan dengan mende tu…silap google kot….hhu

    rohaizad Reply:

    Bukan silap, memang budak yang jalankan business fokus jutawan itulah yang gunakan ayat tidak beretika tuh.

    Bukan salah Google.

  2. Mus said:

    buat tajuk iklan panas semata-mata nak tarik pelanggan..
    tapi,
    iklan tu seperti tak sesuai untuk dipaparkan secara umum..

    rohaizad Reply:

    Mus, ada lagi satu iklan yang salah etikanya… cuba cari :)

    Mus Reply:

    berjaya dikesan

    rohaizad Reply:

    Best… cayalah!

  3. faisalhanim said:

    Yg 1st tu tak bleh blah ayat dia…sungguh kurang sopan. Hanya org giler seks jer yg bakal tertarik!

    yg no.3 tu pun tak ok! Kalu yer pun nak promote produk sendiri, jgn la nk hentam bisnes org lain pulak.

    rohaizad Reply:

    TAHNIAH bro sebab berjaya melihat satu lagi teknik kotor dalam beriklan.

    p/s: menghentam bisnes orang lain sebenarnya akan melihatkan pekung kita pada prospek yang ada di hadapan mata.

    ibnujusup Reply:

    haha… ade gak teknik begini ye… bijak2…

  4. yazidyahaya said:

    tidak fokus pada apa yang ingin dijualkannya,,setakat menarik traffik tapi garenti ramai yang tidak akan berminat…

    saya rasa ,untuk membuat sesuatu pengiklanan itu mesti disamakan dengan keyword yang digunakan,,

    baru yang ingin dicapai tercapai..
    cuba bayangkan,jika keyword aiskrim tapi jual pisang goreng,,,camne la orang nak beli…huhuhuhu

    Adenan Reply:

    btol tu, saya setuju..
    org yg jenis camni hanya buang duit bayar kat google sbb ade org klik..padahal org yg klik tu bknnya prospek sebenar..
    sendiri yg tipu, sendiri yg rasa akibat kena bayar bnyk2 kat google..tu la padahnya bila menipu..mmg padan la dgn muka org cam gini..

    rohaizad Reply:

    Hurmm… satu tips yang bagus Yazid. :)

    yazidyahaya Reply:

    hehehe,dah banyak guna ads untuk membuat pengiklanan,,ade la pengalaman sedikit..

    rohaizad Reply:

    Betul betul.. dan banyak pengalaman kan?

  5. alinotnot said:

    geli la baca iklan first tu!

    rohaizad Reply:

    Geli?
    Itu dah bukan geli dah…. sebab dah sampai tahap LUCAH. phewwww

  6. masterly02 said:

    salam..
    yg 1st tu sah org yg buat iklan nie tujuan dia semata-mata nak cari trafik.confirm x beretika!!
    2nd tu plak, pun saja nak tarik trafik dgn ‘menawarkan’ habuan kereta idaman..daaaa…
    3rd plak,nie lagi satu,nak berniaga tak perlulah jatuhkan org lain..”lu punya nasib lu makan,wa punya nasib wa makan,apa salah kita makan sama-sama..”haha

    rohaizad Reply:

    ”lu punya nasib lu makan,wa punya nasib wa makan,apa salah kita makan sama-sama..”

    p/s: Aku suka quote dari filem P Ramlee nih.. thanks.. best …! best!

  7. Khairul said:

    Salam semua :)

    ok yang :
    1. Gunakan seks sebagai daya penarik padahal landing page dia adalah pasal benda lain.
    2. sayer tak dapat cari lagi kesilapan
    3. Dia nie membuat iklan dgn memburukkan business orang lain.

    rohaizad Reply:

    Yup, betullah tu… ada 2 sahaja kesilapan dalam iklan di atas. :)

  8. lizz said:

    nampak yang 1st aje mula2. lepas baca komen kat sini baru perasan yang no 3. hampeh je nak jatuhkan bisnes orang lain..

    rohaizad Reply:

    Selamba je kan diaorang ni… perghh

  9. boss said:

    google adsense malaysia perlukan moderator iklan.. kalau takde camni la jadinye.. mmg tak beretika langsung..! geram tul la..!

    mijie Reply:

    kalau mcm tu kena cari org malaysia yg faham bahasa malaysia untuk kerja ngan google ni,

    ofis google kat cyberjaya pun yg kerja semua foreigner..

  10. Iskandar said:

    Salam bro..
    Pendapat saya sama ngan saudara faisalhanim… Yang 1st tu dah mmg jelas salah etika la. Sebab kite pon tak tau benda dalam tu berkait atau tak ngan perkara seks. Kalo btol pon berkait ngan seks tak perlu la guna bahasa yang kurang bgos macam tuh. Ahahahha…

    Dan yg kedua nye ialah no.3 tuh. Kalo iklan tu jenis “hype” ok lagi kot. Tapi yang dalam contoh tu cam biadab pon ada gak. Huhu. Tapi pada saya tak bole salahkan terus pada pengiklan. Manusia ni bile wat sesuatu mesti ada sebabnye. Ada kemungkinan pengiklan tu rase tertipu ngan Hai-O. Sebab Hai-O ni memang modal besar. Saya penah dgr citer dari mmbe2. Jadi sape yang berjaya tu ok la. Dan yang tak berjaya tu memang susah “habis”. Nak cover balik modal besar tuh lagi. Huhuhu.

    Kita maybe rase die gile2 nak untung. Tapi tak saya nafikan yang cara die tu tetap salah. Sekalipun dia memang frust ngan Hai-O ke ape ke. Ayah saya selalu cakap bisnes ni untuk mengenali kelemahan diri. Bukan kejar untung. Rezeki di tangan Tuhan. Tuhan bagi untuk orang yang berusaha jek. Dan sape2 yang terkena ujian tuh cume untuk ilmu dan pengajaran bg individu tu sendiri.

    Pendapat saya diatas sekadar sangka baik je. Sekian tu je la idea saya. Harap mohon maaf jika tersalah kata. Huhu

    (^^,)

    faisalhanim Reply:

    Pasal frust dgn Hai-O…

    Sebab itu sebelum join mana2 bisnes, ‘ukur baju di badan sendiri’. Kita mungkin nmpak bisnes tue mcm senang jer nak jual…tp sebenarnya diri kita takde bakat pun nk menjual. Sbb tu kita terkilan tgk org lain untung, kita je yg dpt habuk jer!

    p/s: sori off topic skit..sekadar pendapat & nasihat.

    Iskandar Reply:

    ahaha.. btol jugak tu. tapi kadang2 orang yg promot atau prospekting utk ahli baru nih dia patut cek btol2 latar belakang dan self motivation orang baru tuh… tu pon kalo btol la die memang carik ahli baru utk tolong orang tu ubah cara hidup. ni kenyakan orang yg saya tgk bukan amik kesah.. yg dorg tau kalo orang tu join die untung.. ahahaha.. last2 ahli baru tu frust bile tak menjadik..

    macam2 la.. ahahaa (^^,)

    rohaizad Reply:

    Fuhh… komen panas nih.. haha

  11. Mr Fathi said:

    main batang???tuttt

    mesti ramai yg suka…hehe

    rohaizad Reply:

    Itulah pasal… keyword panas tuh.

    Iskandar Reply:

    org tu mesti untung kat bilangan klik.. tapi xtau la kalo produk die pon laris.. ahahaha (^^,)

  12. wanmus said:

    manusia..manusia..semua etika hilang bila terfikirkan duit..semuanya kerana nak duit..aduss..

    rohaizad Reply:

    Semoga rakan yang membaca entri ini dapat manfaat untuk beriklan di masa akan datang :)

  13. zuhaini said:

    oh.. saya tak perasan pun! ahahah…

    rohaizad Reply:

    Haha!

  14. denaihati said:

    Manusia perlu berusaha untuk mendapat customer dan pelawat dgn buat iklan tetapi yg beri trafik adalah Allah jadi jangan fikir dgn guna perkataan lucah terlampau trafik boleh naik…belum tentu.

    rohaizad Reply:

    Betul… sokong sangat!
    Mungkin inilah iklan yang boleh dikategorikan sebagai “desperate” kot… huhu

  15. shaharil said:

    Iklan tu boleh menjatuhkan kredibiliti diri sendiri. Pengiklan tu memburukkan bisnes orang lain dan menyebabkan dia dilihat sebagai orang yang tak profesional dalam bidang yang diceburi.

    rohaizad Reply:

    Yup, dia telah menunjukkan keburukannya pada prospek sendiri. Prospek sekarang cukup bijak, mereka akan menilai kita dari semua segi.

  16. imran said:

    Memang tak beretika langsung. Menipu dan menarik perhatian dengan keyword seks. Kemudian menipu dengan keyword Hai-O ditambah pula dengan meng’kondem’ bisnes saingannya. huhu

    rohaizad Reply:

    Imran, thanks for the TRUTH. Rasanya mesej yang kamu sampaikan amat jelas.

  17. mijie said:

    iklan yang pertama- sudah terang dan jelas menggunakan keyword title yg hot dan salah dari segi etika untuk memaksa pelawat memasuki website mereka ” matlamat tidak menghalalkan cara”

    iklan kedua – bagi saya tiada masalah, direct to the point

    iklan ketiga- memang amat tak patut kalau nak kondem
    bisnes orang lain untuk promote bisnes sendiri…dah terang2 memang tak bagus….

    p/s: agak2nya milik sape la ye iklan tu

    rohaizad Reply:

    Mijie – Betullah… siapakah agaknya pemilik iklan tu yea… huhu

    mijie Reply:

    patut ijad klik iklan tu untuk siasat, pastu screen shoot kat sini, hehehe

    p/s: pastu nanti blog ni confirm kn serang, hehehe

    rohaizad Reply:

    Haaa.. tau takper. Kalau kena serang, dah malas dah nak lawan…. haha

    mijie Reply:

    huhuhu kalau kena serang kami semua kan ada, kuarkan satu artikel berantai dan tag semua rakan blogger

    comfirm dkt enjin carian google akan penuh page satu dgn isu itu…hohoho

    sekian sahaja idea nakal dari saya

  18. cyza said:

    ish…memang tak beretika sungguh…

  19. donny said:

    haha..x beretika langsung perbuatan ni..

    dia layak untuk masuk di..tuttt…. dengar ni Sammy Vellu komen! :) http://www.youtube.com/watch?v=HGqFgFbw4zY

  20. akuchey said:

    bro,bukan apa sebenarnya pengiklan tu dah desperate takde idea macamana nak tarik orang supaya klik iklan diorang.kalau tulis macam orang lain mungkin susah nak dapat klik sebab market diorang kt malaysia je.Tapi apapun itu salah etika la..

  21. adamfaiz said:

    Kalau belum dapat customer lagi dah tak beretika, agak2 camne dia punya after sales support lepas dapat duit? Orang camni la yang merosakkan imej IM Malaysia..same gak la dengan letak iklan lucah kt blog..memang boleh dapat duit, tapi, ..sendiri mau ingat la..

  22. Nabiiel SR said:

    1) Memang iklan pertama itu lucah, tapi campuran bahasa dan tak reti guna huruf besar serta kecil pada tempat yang sepatutnya.

    2) Maklumat tidak jelas, sekadar meletakkan kereta idaman sebagai pemikat.

    3) Mengutuk perniagaan orang adalah kelemahan yang nyata, ejaan tidak betul dan perniagaan MLM kekuatannya datang dari offline manakala online sebagai membantu.

  23. dr.aku.la said:

    bila duit jadi matlamat utama.
    etika diketepikan.

  24. menj said:

    Hohoho, ini iklan yang sudah bertaraf 18SX….