NiagaKit – sistem web jualan, perniagaan dan sokongan.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Review - Tarikh diterbitkan: March 29, 2010 online
Jika kita di beri PERCUMA satu sistem web jualan yang boleh kita gunakan untuk menjual produk sendiri secara online kepada rakyat Malaysia (khususnya), apakah sistem yang paling SERASI dan SELESA untuk di pilih?
Okay…
Soalan di atas mungkin terlalu umum tetapi cuba FOKUS semula pada perkataan SERASI dan SELESA itu. Kemudian fikirkan sekali lagi jawapan yang akan di beri.
Kalau ada jawapan selain dari sistem web jualan NiagaKit (kedai online), sila nyatakan di ruangan komen kerana hari ini… sebab aku ingin berkongsi sedikit info mengenai hasil kerja tangan beberapa Usahawan Internet Malaysia.

Baiklah.
Rasanya semua pernah dengar nama NiagaKit. Nama NiagaKit ini bukan satu nama baru tetapi sudah lama wujud. Pada zaman awal kemunculannya beberapa tahun lepas, ramai yang bersikap skeptikal dengan produk ini. Biasalah, benda baru… di tambah lagi dengan kekurangan exposure ataupun pendedahan.
Tapi lupakan sekejap mengenai sejarah NiagaKit ini. Sebab ada perkara yang aku rasa lebih penting untuk diberitahu dan untuk menjelaskannya dengan lebih mudah lagi, aku telah bahagikan penerangan ini kepada 3 bahagian iaitu:
2. Perniagaan (internet)
3. Sokongan (perkhidmatan)
Untuk mereka yang masih lagi “blur” mengenai NiagaKit, cubalah baca entri ini sehingga habis. Lepas tu, aku pasti madah yang berbunyi “tak kenal maka tak cinta” boleh dilupakan sebentar.
SISTEM WEB JUALAN (Sistem Kedai Online)






Kita adalah pengguna internet betul?
Setiap hari kita di dedahkan dengan cerita mengenai otai IM, pengusaha internet, usahawan internet, buat duit di internet, taukey kedai online dan sebagainya.
Tidak dapat di nafikan ramai dari kita yang mempunyai “niat dan harapan” untuk menjana pendapatan di internet. Kalau tidak percaya, tanyalah sesiapa sahaja…. pekerja kilang, pemandu teksi, cikgu, pelajar, freelancer, suri rumah, peniaga… even kerani cabuk pun mempunyai impian seumpama itu.
Tapi dalam banyak hal, kita semua mempunyai satu SATU MASALAH YANG SAMA. Dan masalah inilah yang menghalang semua impian itu dari tercapai.
Apakah masalah tersebut?
Masalah itu ialah TIDAK TAHU, TIDAK PANDAI, TIDAK MEMPUNYAI ASAS INTERNET, KEKURANGAN INFO serta TUNJUK AJAR. Inilah dia perkara-perkara yang akan menguburkan niat asal kita untuk berjaya seperti orang lain.Pada waktu kita sedang berkira-kira untuk “mula belajar”, orang lain sudahpun sibuk berkira-kira keuntungan yang di jana. Jadi apakah yang harus kita lakukan?
Tiada apa-apa sebenarnya.
Kita bukan boleh belajar semuanya seperti yang orang selalu kata. Ada ketikanya masa untuk diri kita sendiri pun tiada, apatah lagi untuk keluarga serta anak-anak. Itu belum di campur dengan masa untuk “belajar” tadi.
Di sinilah terbitnya azam dan inisiatif Labanon, Zhafran serta team`nya. Di bawah syarikat FlareBiz, mereka mengorak langkah untuk menjadikan semua masalah itu sebagai satu projek besar. Dan hasilnya, lahirlah sistem web jualan ataupun kedai online yang diberi nama NiagaKit !!!
PERNIAGAAN
Apa yang ada pada NiagaKit?

Banyak yang ada pada NiagaKit sebenarnya. Tapi untuk mereka yang baru dalam dunia internet, di bawah adalah antara spesikasi yang bagus untuk diberi perhatian:
1. Kemudahan Pembayaran Melalui Bank Tempatan.
- Hendak berniaga memang boleh, tapi keperluan untuk pelanggan membuat pembayaran adalah masalah yang paling UTAMA sekali harus di beri perhatian. Dan ianya telahpun di sediakan. Mudah`kan?
2. Kemudahan Tambahan Untuk Pembayaran via Paypal dan Kad Kredit.
- Hendak berniaga online kenalah ada 2 perkara ini. Jika tidak, conversion untuk berlakunya sales adalah amat kurang sekali.
3. SERASI Dan SELESA Untuk Semua Rakyat Malaysia.
- NiagaKit menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara. Dari Kedah sampailah Sabah dan Sarawak, tiada masalah untuk sesiapapun menggunakannya.
4. “Sistem” yang telah di pakejkan dalam satu “sistem web jualan”.
- Theme dan designnya yang ringan memudahkan sesiapapun untuk melayarinya. Kalau menggunakan sistem lain, jenuh untuk menunggu sampai habis loading. Silap haribulan daripada prospek itu ada niat nak membeli, terus hilang moodnya sebab loading tak habis-habis. (Kredit untuk Bob selaku web designer)
Senang cerita, cuba sendirilah baru tahu! (klik imej dibawah dan kemudian, masukkan nama serta email anda:)
Selain itu, ada widget yang mudah untuk di gunakan dan juga SEO optimization. Tapi kalau ada yang kurang jelas mengenai widget, SEO dan segala bagai perkara yang berkait dengan NiagaKit, sila baca dengan teliti semua info yang telah di sediakan pada bahagian SOKONGAN di bawah.
SOKONGAN
Bagi aku NiagaKit bukan setakat kedai online. NiagaKit mempunyai “lebih” dari apa yang kita tahu dan kita dengar.
Apakah yang “lebih” pada NiagaKit?
Pada aku, yang lebih pada NiagaKit adalah SOLUTION.
Sama ada kita perasan atau tidak, semua penyelesaian kepada permasalahan yang PERNAH menjadi penghalang kepada kita (TIDAK TAHU, TIDAK PANDAI, TIDAK MEMPUNYAI ASAS INTERNET, KEKURANGAN INFO serta TUNJUK AJAR) ada pada NiagaKit.
Walaupun aku tidak pernah berjumpa dengan team Flarebiz, tetapi sebagai seorang ahli perniagaan… aku cukup suka menilai sesebuah perniagaan dari aspek “business planning” mereka.
Mungkin ramai yang tidak sedar progression serta capability NiagaKit versi 2 ini, tetapi aku agak berkenan dengan “R&D” (Research and Development) yang mereka lakukan.
Kalau dulu ramai yang mempersoalkan NiagaKit versi 1, tetapi segala komen dan kutukan yang diterima telah menjadikan pakej Versi 2 ini nampak menarik dan professional sekali.
Menarik di sini bukan mengenai designnya sahaja tetapi khidmat SOKONGAN yang di berikan.
Pernahkah ada sesiapa di antara kita yang melihat USAHA team FlareBiz berpindah ke pejabat baru, menganjurkan Mini Seminar dan mempromosikan laman Facebooknya sendiri sebagai satu R&D?
Iya…. inilah yang patut di nilaikan kerana dalam perniagaan, “we must walk our talk“. Bermakna kita harus memberitahu segalanya kepada pelanggan tanpa ada sebarang perkara yang tersembunyi.


Berbalik kepada “Sistem” yang telah di pakejkan dalam satu “sistem web jualan”…. itu semua akan di terangkan di dalam Mini Seminar.
Bermakna dalam Mini Seminar ini, kita boleh bertanya kepada mereka walaupun hanya sekadar maklumat asas. Yang penting, khidmat sokongan SEBELUM dan SELEPAS pembelian NiagaKit ini di pantau dengan baik. Bukankah ini yang kita perlukan untuk mencapai impian kita tadi?
Hurmmm… kita ingin berniaga bukan?
Persoalannya sekarang ini, adakah kita ingin berniaga dengan mereka yang kita sendiri tidak yakin akan kebolehannya?
Begitu juga dengan team FlareBiz.
Rasa-rasanya adakah mereka lakukan semua ini hanya sekadar suka-suka ataupun mereka ingin lihat kita berjaya? Kenyataannya jika kita berjaya, mereka pun akan gembira dan semua orang akan mempunyai kedai online sendiri.

Adakah pemilik yang di senaraikan di bawah ini membuat satu kesilapan dengan menggunakan NiagaKit sebagai sistem kedai online mereka?
1) Koleksi Setem
2) UbiShoppe Dot Com
3) 3GX Modem Dot Com
4) JomShopping Dot Net
5) e-Save Budget Dot Com
Lain-lain pengguna Niagakit ada di sini.
Tentulah tidak bukan?
Mereka di atas sudahpun bermula, dan mereka bermula dengan sokongan yang di berikan oleh team NiagaKit. Tetapi kita?
Sekarang cuba nilaikan semula pakej yang ada pada NiagaKit dan bandingkan dengan sistem kedai online buatan mat salleh di barat sana.
Kesimpulannya
- Adakah kita yakin dengan support atau sokongan yang bagus dari mereka yang kita tidak kenali?
- Atau adakah lebih bijak untuk kita memilih perkhidmatan dari mereka yang sudah mempunyai track record yang baik dalam industri ini?
- Adakah RM999 itu masih lagi mahal ataupun BERBALOI dengan semua yang di berikan?
- Atau kita masih suka membayar developer atau sistem kedai online dari luar negara yang mahal sehingga mencecah ribuan tinggit? Itu pun kita belum pasti dengan khidmat sokongan selepas pembelian di lakukan… pheewww!
Jadi kalau anda ada produk sendiri dan ingin menjualnya melalui internet, dapatkannya sekarang. Janganlah tunggu sampai harga NiagaKit ini naik lagi wehh…









memang betul ..tapi nak mula atleast kena cari yang unik dan menarik… harga bukan ukuran bg seseorang.. tp kalau permulaan bg seorang yg baru nak merangkak ..mungkin satu beban.. wallahualam
rohaizad Reply:
March 30th, 2010 at 12:37 am
Betul tu Zam,
Tapi cuba bandingkan harga tersebut dengan apa yang kita dapat. Dan bandingkan juga dengan apa yang kita hendak niagakan (produk kita).
Jika kita hendak berniaga, kita perlukan modal. Online dan offline, dua-dua memerlukan modal. Cuma online tidak melibatkan KOS SEWA KEDAI, KOS AIR, BIL API and etc….
Selepas di fikirkan itu semua, barulah kita congak modal kasar. Naahhh… di sinilah datangnya maksud perkataan “NILAI”.
zam Reply:
March 30th, 2010 at 12:43 am
Agreed 100%. Terpulang pada masing untuk menilai. Sendiri mau meniaga sendiri mau ingat… hehehe dapat gak aku first komen…
rohaizad Reply:
March 30th, 2010 at 12:45 am
Aku ingatkan apa tadi, rupa-rupanya nak first komen…. cehhh
p/s: siot jer… buat aku tergelak malam-malam buta nih… haha!
zam Reply:
March 30th, 2010 at 12:48 am
tp komen tu mmg ikhlas tu..hehehe … pegi tido la ijad.. hahahaha..kalau ko layan aku memang tak tido…hehehe
rohaizad Reply:
March 30th, 2010 at 12:50 am
Ha’ah… aku pun memang rasanya nak tido… tadi lari 3 kilometer… lepak giler nih.
saya dah usha niagakit ni pun dah lama, tunggu masa untuk projek berjalan dan sy mesti pilih niagakit
“kedai dah ada, tunggu nak letak barang untuk dijual je” hohohoho, nanti ijad boleh la shopping keperluan untuk bakal isteri di kedai online saya nanti
rohaizad Reply:
March 30th, 2010 at 12:49 am
Aku citer pasal NiagaKit, tapi still “terkena” jugak… siot jer.. haha!
p/s: makan dalam tuh…
zam Reply:
March 30th, 2010 at 12:52 am
dah masa dah tu.. ape lagi ricki2 la..mana tau jumpa yg sama profession….hehehehe
mijie Reply:
March 30th, 2010 at 12:53 am
hehehe, saje nak usik si ijad di malam @ pagi buta ni, nak usik wife, dia dah tdo, ops…heheheh hanya org yg beristeri saja tahu…
kalau dah 40 org berdoa untuk ijad cepat kahwin, pasni sampai la tu jodoh…
hohohoh makan dalam
ibnujusup Reply:
April 9th, 2010 at 6:51 am
amin… moga tercapai bro ijad..
amin .. amin..
berikanlah bro ijad wanita solehah yang bakal menemaninya dalam dunia blogging yang penuh liku – liku ini ya allah…
amin…huhu
Aku pun syorkan Niagakit untuk client aku guna kalau dorang nak wat website ecommerce sendiri. Antara sistem shopping cart lain yang aku pernah guna:
Magento
Prestashop
Joomla + Virtuemart
Kesemua sistem diatas adalah percuma (open source) cuma supportnya saja dalam english sebab keluaran luar malaysia. hehe.
rohaizad Reply:
March 30th, 2010 at 4:41 pm
Untuk mencari target Malaysia, ini adalah satu platform yang sangat baik. Dan jika di masa akan datang ada niat untuk bergerak lebih jauh, pilihan juga sudah ada di hadapan mata.
niagakit saya mesti pilih.. bro ijad.. x d offer untuk saya ke? hehe
rohaizad Reply:
March 30th, 2010 at 4:42 pm
Ada…. tapi lepas beli pakai affiliate link. Haha!
Niagakit ni memang salah satu online shop system yang terbaik.
Kalau ada duit lebih, memang nak grab satu. Haha
rohaizad Reply:
March 30th, 2010 at 4:44 pm
Haha… SYuxx, aku nengokkan semua blog yang buat review ni mesti ada komen ko… power!
Syuxx Reply:
March 30th, 2010 at 4:58 pm
Saya spy semua entri pasal review ni. HAHA
rohaizad Reply:
March 30th, 2010 at 4:58 pm
Dah agak adah… hoho
aku dah baca pasal niaga kit ni kat satu blog mamat tu.. tapi tak ingat la pulak yg mana satu..
anyway satu pencapaian yang bagus untuk orang malaysia! tahniah..
rohaizad Reply:
March 30th, 2010 at 4:40 pm
Takper, baca kat sini pun boleh jugak .. haha
Sistem, Perniagaan dan Sokongan mmg satu pakej yg cantik and sempurna.. Jarang kita dapat sesuatu produk yg hebat terutama skali bab support lepas jualan.. byk yg Jual dan Tinggal.
rohaizad Reply:
March 30th, 2010 at 4:39 pm
Betul Mizi. Kita harus kurangkan risiko untuk berjaya.
saya beli niagakit pada hujung tahun lepas, tetapi belum dibuka lagi lantaran mengejar dateline buku. huhuhuuhu….. dah habis PBAKL boleh teruskan myhannanmall.
rohaizad Reply:
March 30th, 2010 at 4:38 pm
Insya Allah… boleh berjaya satu hari nanti
Salam,
Saya pun menyokong NiagaKit versi 2 ni. Memang respek Team Flarebiz yg begitu tekun berusaha mencapai kehendak pelanggan. Mmg nmpak ketelitian mereka di dalam melaksanakan project kedai online ni. Hasilnya juga memang memberangsangkan.Kemas dan teratur. User friendly la boleh dikatakan.
rohaizad Reply:
March 30th, 2010 at 4:35 pm
Usaha yang makan tahun… hasilnya produk yang berkualiti
Baru aku perasan apa tu ‘Niagakit’…hehe
Sbl ni x tahupun apa benda tu sb x baca.anyway tq 4 recommend this to us..
ermm..kalau ada produk bagus bolehlah apply ‘niagakit
rohaizad Reply:
March 30th, 2010 at 4:35 pm
Haaa… dah tahu kan?
So nanti kalau ada produk, platform dah ada , tinggal nak buat marketing je.
entahnya.. dari dulu hingga skrg, niat nak berniaga masih kuat dan ada subur di hati.. tapi tu ler,,
perlukan keberanian dan ketabahan juga sebenarny.. hehehhe
rohaizad Reply:
March 30th, 2010 at 4:33 pm
Insya Allah… dah dekat tu. Mungkin masa yang belum mengizinkan
Wah… semalam masuk blog kakjie tengok ada review mengenai niaga kit. Hari ni masuk sini tengok ada jugak.
p/s : Kalau dapat tempat pertama boleh la belanja
rohaizad Reply:
March 30th, 2010 at 4:30 pm
Boleh menang ke?
Review ini nampak macam simple sangat sebenarnya.. hoho
Tu dia, review drpd pro blogger Malaysia…ringkas dan padat…hero2 ni selalunya last minute
.
Tp sistem NiagaKit ni mmg simple dan sempoi…
Aku punya draft review niagakit dah tersadai dlm hdd server hosting yg rosak…huhuhu….
Nasib baik ada backup, kena try restore balik…harap2 dapat
rohaizad Reply:
March 30th, 2010 at 5:34 pm
Alaaa… review ni simple je Akmal… orang lain lagi power sebenarnya.
Aku rasakan produk ini memang hebat…tapi belum masanya utk aku pakai sekarang ni..fuih…agak padat masa dgn research!!!
Nampak cunlah NiagaKit yang baru ni…kena ushar tengok macamana.
bangga jugak sebab bukan selalu anak melayu hasilkan produk yang yang hebat macam ni
rohaizad Reply:
April 1st, 2010 at 7:06 pm
Yup, silap haribulan akan dapat tajaan dari company MSC sebab boleh pergi jauh. Cuma tukar bahasa dan pastikan team support cukup untuk melayani international demand. Lain semua dah ok… huhuhu, memang power.
Boleh fight E-Junkie ni. Niagakit 2.0 gune wordpress lagi ke? Aku try die nye admin sikit pun x nampak ke wordpressan… Kagum gak ak kalu diorg wat platform sendiri dr scratch.
rohaizad Reply:
April 4th, 2010 at 9:28 pm
Yup, diaorang buat dari scratch… bukan WordPress lagi
Salam bro Ijad!
Terima kasih di atas review ini dan review ini dan segala kata-kata yang bro Ijad nyatakan di dalam entri ini akan dijadikan sebagai pembakar semangat kami untuk terus berikan yang terbaik.
p.s: Review ni dalam final list ho ho ho!
rohaizad Reply:
April 6th, 2010 at 7:01 am
Final list?
Wahhh… tak sangka boleh ke final yea…. haha
p/s: terima kasih sebab menerima review ini untuk dipertimbangkan ke peringkat seterusnya
Fuhh! bagus lah anak tempatan. Baru haritu member aku kenalkan sistem e-commerce kat Lot.my. Sekrang ada pulak Niagakit ni. Bagus-bagus. Tapi tang harga tu problem skit. Macam mahal. Lot.my boleh bagi free jer.
kampit Reply:
April 10th, 2010 at 2:06 am
Ya betul! Lot.my berikan servis percuma untuk namakedai.lot.my tetapi fungsinya terhad. Saya dah cuba ada limitation disini. Produk limit untuk upload. Lot.my menggunakan e-commerce percuma yaitu http://www.opencart.com dan lebih baik sekiranya ia dipasang pada server sendiri dan boleh mengoptimumkan penggunaan kedai online kita.
Saya yakin lot.my akan mengenakan cas tambahan atau sewa bulanan pada masa akan datang. Tetapi ianya adalah satu kepelbagaian dalam industri kedai online malaysia.
kreatif..
tahniah menjadi salah seorang pemenang tp nape msh rse ade copy & paste juga.. huhu