Saya tidak sombong, cuma saya tidak mampu.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: March 31, 2010 online

* Entri ini akan menggunakan kata ganti nama diri “saya”

************************************************

Sesiapapun tidak boleh “predict” ataupun menentukan nasib masing-masing. Semua manusia mempunyai tekad dan semangat tetapi untuk menjadikan diri sendiri sebagai satu “figure”, itu bukanlah niat asal… lebih-lebih lagi dalam dunia blogging.

Entri ini bukanlah entri mendabik dada. Walaupun entri ini agak pendek dan ringkas, tetapi mesej yang ingin di sampaikan cukup bermakna kerana ianya akan bersangkut paut dengan tanggapan orang terhadap diri saya (mungkin akan berlaku pada anda juga suatu hari nanti!)

Baiklah.

Sebagai seorang blogger, adalah menjadi satu tabiat untuk mereka “berkongsi” semua info yang di rasakan sesuai melalui blog masing-masing. Walaupun tidak ada orang yang menyuruh atau memaksa, hakikatnya kita sendiri yang ingin melakukannya dan kita suka dengan apa yang kita lakukan.

Kemudian setelah lama berblogging, pembaca dan pengunjung blog kita akan SUKA dengan apa yang kita tulis. Itu belum di campur dengan kes di mana pembaca atau pengunjung jatuh cinta dengan pemilik blognya sekali (saya ada membaca tentang kisah cinta sebegini di Facebook kelmarin).

Kadang-kala kita tidak perasan tabiat kita itu tadi boleh menjadikan pembaca-pengunjung blog kita berasa “terlalu selesa”. Mereka menganggap kita sebagai insan yang mereka percaya. TRUSTED!

Dari mana rasa kepercayaan itu datang pun, tidak pasti. Yang pasti, ia sukar untuk diterjemahkan kerana itu sudah melibatkan perasaan dan juga imaginasi.

renung

Perasaan dan Imaginasi?
Iya.
Manakan tidak, kita tidak pernah berjumpa dengan mereka secara face to face, tetapi mereka sudahpun “berasa selesa” dengan kita. Cuba fikirkan.

Dan apabila tiba pada satu tahap, mereka bertambah seronok dengan kita (which is good for everybody) dan ingin menjadikan kita sebagai salah seorang rakan mereka. Rakan di sini bermaksud, kalau kita seorang blogger… mereka ingin jadi rakan blogger. Kalau kita ini eBayer (pengusaha ebay), mereka ingin jadi rakan eBay dan seumpamanya. Ini adalah satu situasi yang bagus kerana lebih ramai kawan, lebih baik.

Jangan salah faham ya, saya memang seorang blogger TETAPI saya juga seorang PEMBACA/PENGUNJUNG seperti anda. Bermakna saya mempunyai blog-blog yang saya suka baca dan blogger yang saya minati. Saya juga ingin menjadikan orang lain sebagai rakan saya. Tidak kiralah mereka itu lelaki ataupun wanita.

Tapi saya juga harus fahami situasi mereka. Maknanya saya mesti menggunakan cara dan kaedah yang sesuai untuk menjadikan diri saya ini rakan mereka, begitu juga sebaliknya (menjadikan mereka itu sebagai rakan saya).

So sekiranya saya ingin merealisasikan apa yang saya katakan tadi sebagai satu kenyataan, saya harus bertindak secara bijak. Ertinya jika saya memerlukan bantuan mereka, adalah menjadi satu tanggungjawab untuk saya menggunakan saluran yang selesa dan sesuai dengan keadaan.

Contohnya:

Jika saya ingin bertanyakan soalan mengenai tips-tips dan juga perkara yang melibatkan masalah teknikal, saya SAMA SEKALI tidak akan menghantar SMS kepada mereka.

Ini adalah kerana saya sedar bahawa soalan-soalan seperti di bawah ini (sekadar contoh sahaja) pasti akan membuatkan mereka berasa tension dan tertekan:

1. Boleh saudara/tuan terangkan pada saya cara menjana duit dari blog, saya kurang faham.
2. Saya masih lagi tidak dapat verify Paypal saya dengan menggunakan Debit Kad, tolong tunjukkan boleh?
3. Bagaimana untuk set up Feedburner? Dari dulu saya dah buat tapi tidak berjaya juga.

Mengapa soalan di atas ini boleh membuatkan mereka rasa tension dan tertekan?
—> Sebab jenis soalan seperti di atas cukup kontra dengan keadaan mereka. Cuba anda bayangkan bagaimana untuk menjawabnya melalui SMS?

tenung

Sama juga halnya dengan keadaan saya di sini yang mana sejak akhir-akhir ini, saya menerima banyak SMS sebegitu. Saya bukannya tidak mahu menjawab semua SMS itu tapi:

  • Bagaimana saya mahu menjawabnya? (boleh patah jari untuk membalas sms)
  • Bagaimana saya hendak menunjukkan semua cara-cara verify Paypal hanya melalui SMS?
  • Adakah saya sendiri yang perlu call mereka untuk memberitahu semua dari A sampai Z setelah mereka SMS saya?

Saya hampir berada dalam dilema kerana kalau tidak dijawab, mungkin nanti saya akan dikatakan sebagai seorang blogger yang sombong. Tetapi hakikat yang sebenarnya, saya tidak mampu.

Saya harap bagi sesiapa yang ingin menjadikan saya ini kawan mereka, sama-samalah kita memahami. Saya cuba memberikan yang terbaik tetapi ia mestilah menggunakan platform yang sesuai. Saya sangat menghormati pembaca/pengunjung blog ini.

p/s: Untuk mereka yang SMS saya bertanyakan mengenai tempahan Seminar Smart Blogging, saya lebih prefer jika anda call saya terus. Jika hanya soalan sahaja yang di kirimkan melalui SMS, saya akan “blur”.


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 80 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Kujie said:

    Faham sangat keadaan atau perasaan yg ditanggung, bukan bermaksud kak jie berada dalam ‘keglemeran’ spt tuan blog… :p

    Selalu dapat pertanyaan2 yang berulang2 dan umum. Kadang2 ada satu keadaan tuan blog gagal membalas komen di blog pun boleh dijadikan isu. Kita hanya pembaca blog , tak mingkin kita tahu keseluruhan kehidupan seseorang tu..jadi mungkin dia ada masalah spt talian internet, masa, tanggungjawap di dunia offline.

    rohaizad Reply:

    Thanks Kak Jie.
    Agak susah hendak attent rakan melalui SMS. Email yang paling sesuai :)

    boss Reply:

    tu muke kat post tu.. muka tension jek.. he he.. kredit habis kot.. tak dapat top up.. he he..

    Taufik SM Reply:

    :)

    Nabieel SR Reply:

    haha..kredit habis..

    Mmg adat seorang blogger renungannya begitu..hehe

    ibnujusup Reply:

    renungan bervisi… :-)

    cayala bro ijad….

  2. bluedianthus said:

    Saya setuju. Tensionnya memang tak payah cakaplah. Apapun, entri ini adalah satu penjelasan ikhlas yang mungkin dapat memuaskan hati sesetengah pihak (itu pun dah cukup bagus). Bagaimana mungkin kita nak explain panjang lebar dalam SMS? Mission Impossible tu, hehe.. Nama pun Short Message System. Anda tidak sombong, anda cuma tak mampu menolong dengan kaedah itu.. :)

    rohaizad Reply:

    Yup, tidak mampu rasanya.
    Email will be better.

  3. taukey said:

    hmmm email kan ada….sekurangnya ijad boleh point kat artikel dalam blog dia cara cari duit blogging ka, cara paypal kah. SMS ni kalau nak main-main boleh. kalau serious, call terus. Kalau jenis penyabar boleh email jer.

    rohaizad Reply:

    Yup, email adalah yang paling sesuai. :)

  4. Nadri said:

    sokong benar dgn tajuk entri nie..jangan menilai sesorang hanya melihat luaran shj (don’t judge the book by its cover)..

    menjadi top blogger umpama spt wakil rakyat..pasti banyak dihujani pertanyaan & permintaan drp peminat..tentunya mmg ada pertanyaan/permintaan yg tak dapat dipenuhi..& ada juga jawapan yg tak dpt memuaskan hati semua org..

    nasihat saya, buatlah sekadar yg mampu..jgn memaksa diri..nnti boleh STRESS dibuatnya…

    rohaizad Reply:

    Thanks bro.
    Nanti kita lepak kat Chamek… haha

  5. wanmus said:

    perghh..nape ayat ko sekarang ni mencengkam jiwa je ni ijad..hoho..adakah sudah sampai masa ijad mencari seseorang teman..

    nuaeman Reply:

    haha.. pertanyaan ni kalau dilayan akan membawa ke satu topik lain ni..

    rohaizad Reply:

    Haaa… dah mulalah tuh

    wanmus Reply:

    haha..ok aku tak sambung dah cerita bab ni..haha

    rohaizad Reply:

    Haha!

    shaharil Reply:

    Bagi aku, ini adalah luahan hati yang ikhlas daripada seorang blogger. Tidak semua orang mampu menulis pasal entri macam ni. Sebabnya, untuk menjaga hati orang lain.

    Jika anda orang yang tergolong dalam golongan bertanyakan soalan seperti di atas. Cubalah ubah sikap diri dan belajar berdikari. Anda akan lebih matang dan berpengalaman lagi.

    Beberapa persoalan diatas rasanya pakcik Google boleh. Taip jer kat enjin carian…

    Yang penting sekali, Untuk berjaya anda sanggup untuk melabur wang dan masa. korbankanlah untuk masa depan anda.

    P/s: Ini sekadar pandangan aku berdasarkan pengalaman yang telah aku lalui.

    rohaizad Reply:

    Thanks atas perkongsian pengalamannya Shaharil :)

  6. Iskandar said:

    nice entri. ape2 pon sebenarnya memang kebanyakan orang camtu. zaman skrg ni susah nak carik orang yg boleh faham orang lain. mmg la kite tak faham. tapi kite still bole membaca, mengagak, atau memikirkan keadaan orang tuh.

    saya sendiri pon kadang2 nak mintak tolong orang lain tu cam berat jek. bukan tak percaya. cume dalam dada semacam ada sebatu rase bersalah. haha..

    tapi takpelah. asalkan kita sendiri tak menyusahkan orang lain dah la. (^^,)

    rohaizad Reply:

    Kalau kena pada gaya dan caranya, pasti orang akan tolong dengan sedaya yang mungkin.

  7. abangnara said:

    salam rohaizad.

    off topik sikit.

    baru lepas telefon saudara rohaizad lepas tengok P/S di entri nie.

    mmg macho suaranya. mampu menggugat jiwa para wanita di luar sana.

    Insya-Allah kita jumpa di smart blogging.

    Kujie Reply:

    wah abangnara – timbang Si Ijad tu naik melambung lagi le lepas baca ni :p

    rohaizad Reply:

    Haha… Kak jie ni, ada-ada saja… :D

  8. reezluv said:

    pergh..nak jawab dalam sms?mak ai..keras atau tercabut ar keypad nak menjawabnya..

    sekarang dunia dah canggih, takkan la takde orang yang tau internet tu bukan sekadar Myspace/Facebook atau check email semata-mata…

    Nabieel SR Reply:

    Saya ada jumpa seorang blogger nak jadi IM yang berwawasan tinggi.

    Ajak YM sebab nak bincang pasal bisnes, memiliki keegoan bahawa kini masa untuk saya membaca buku..hahaha..

    Macam mana nak bincang bisnes jika orangnya begitu.

    Bermacam-macam saya jumpa, tak reti send email, tak reti nak komen kat blog, tak reti nak chat dll. Niat di hati ingin berjaya menjadi blogger seperti En. Rohaizad. Pening juga berhadapan orang sebegini.

    reezluv Reply:

    mungkin dia beranggapan yang blogger itu berjaya dari buku

  9. Tokwear said:

    Perkh… aku rase cam rohaizad ni jambu plak lepas ko cakap camtu abangnara muhahahaha

    Azhar Reply:

    ooooo. kalau jumpa orang nya lagi getar jiwa. memang pun dia sepadan dengan nora danish

  10. Azhar said:

    Begitulah bro manusia ni,,, tak suka mengikut saluran yang di berikan. Nak jadi blogger , tapi suka guna HP…

    Sabar ajer lah Bro, adat resam jadi blogger ni.

    rohaizad Reply:

    Sebenarnya niat itu baik, tapi cara yang di gunakan kirang sesuai :)

  11. mijie said:

    walaupun saya tak glamer mcm ijad, tapi ada sms pertanyaan, apa yg saya mampu jawab suruh emailkan soalah tersebut..apa je yg boleh jawab kat sms, tambah2 kalau jenis yg memang malas nak sms, call lebih prefer…
    (jawab sms bini pun 2,3 patah je)

    mana mampu nak layan sms semua org…kecuali blogger ni mcm wakil rakyat, peruntukan untuk telefon dpt, itu pun belum mampu untuk memuaskan hati semua orang..

    saya harap ijad dapat bersabar, dan pembaca blog ini tolonglah faham dan tahu tanggungjawab masing2…

    ilmu yang disuap takkan tahan lama dan hilang, kecuali kita mencari ilmu tersebut…insyaAllah ia akan berkekalan…yang penting usaha untuk mendapatkan ilmu, bukannya usaha dengan hantar sms pastu dpt jawapan…

    imran Reply:

    Bro mijie pun dah kira macam wakil rakyat, cuma tiada elaun :D

    mijie Reply:

    hahahha, wakil rakyat untuk isteri, anak dan family je

    Tapi tak mustahil selepas ni saudara ijad jadi wakil rakyat, mcm joff oi tu

    rohaizad Reply:

    Wakil rakyat?
    Oh tidak…

    mijie Reply:

    mesti bolehnya, hehehe

    nanti ramai golongan muda akan undi saudara, pastu buat kempen di blog, facebook twitter dan sebagainya…sy buat kelab penyokong rohaizad, hehehe

  12. miziology said:

    mmg tertekan.. nak2 hantar sms tanya soklan yg kita sendri pun ssh nk tangkap apa yg ditanyakan haha..
    email pendek pun satu hal

    rohaizad Reply:

    Yup, email pendek pun susah juga. Jika di hantar dengan selengkapnya… pasti akan di jawab dengan lengkap juga :)

  13. Tuan Rohaizad yang diingati,

    Sebagai blogger, saya juga menerima pertanyaan-pertanyaan yang menyebabkan telinga saya mengeluarkan asap.

    Contoh: Tolong terangkan bagaimana cara saya boleh menjadi penulis seperti puan…..

    rohaizad Reply:

    Memang ia akan memberikan kita satu tekanan kerana jika TIDAK di jawab, lain pula aidaian yang akan timbul.

    Terlalu dalam jawpaan yang perlu di berikan. Memerlukan 3 hari 3 malam untuk penerangan… phewww

    miziology Reply:

    gile la.. bro ijad boleh tak sms saya bagaimana nak jadi blogger hebat sperti bro?

    rohaizad Reply:

    Haha!

    p/s: ini macam boleh kena kencing manis laa

  14. Aqif said:

    Saya setuju dengan Abang Ijad. Baru-baru ini saya juga ada diajukan beberapa persoalan mengenai blog. Namun, saya minta maaf kepada individu tersebut dan minta mereka untuk menghantarkan email.

    Atau lebih mudah saya akan berikan link blog yang dapat menjawab persoalan mereka.

    Hendak dimudahkan cerita, janganlah sampai mengganggu ketenteraman orang lain. :)

    rohaizad Reply:

    Sebenarnya kita tidaklah marah tetapi situasi ini akan meletakkan kita dalam dilemma. huhu

  15. Tuan Rohaizad yang diingati,

    Sebagai blogger, saya juga kerap menerima pertanyaan dalam SMS dan emel yang membuat asap keluar dari telinga saya.

    Contoh:

    1. Saya tidak pandai menulis tetapi ingin menjadi penulis. Bagaimana caranya?

    2. Saya ingin tahu cara-cara menerbitkan buku saya sendiri.

    3. Saya mempunyai manuskrip novel yang saya mahu PTS terbitkan, dan saya mahu royalti 25%. Apa perlu saya lakukan?

    rohaizad Reply:

    Puan Ainon,

    Pada pendapat saya, SMS yang di hantar mempunyai dua jenis.

    Yang pertamanya soalan yang memerlukan pertimbangan YA atau TIDAK dan juga berkaitan dengan BILA. Contohnya seperti:

    1. Puan, betulkah minimum royalti untuk buku pertama 2.5%?
    Jawapannya sudah pasti YA atau TIDAK.

    2. Puan, saya di beritahu satu lagi Bengkel Teknik Surah Yusof akan di adakan pada bulan hadapan. Boleh saya tahu tarikhnya yang sebenar?

    Tetapi untuk jawapan yang memerlukan penerangan panjang lebar dan berkait dengan business proposal… itu adalah satu perkara yang membuatkan sesetengah dari kita berada dalam dilemma.

    Siapa tahu… mungkin mereka itu seorang penulis yang benar-benar berbakat. Jika kita tidak layan, maka kita sudah tentu akan terlepas satu lagi bakat yang sedang menyinar.

    Saya sendiri pun “blur” bila berhadapan dengan situasi kecil seperti ini. Hurmm.. nampak sahaja kecil, tapi impaknya agak besar serta leceh untuk di masukkan dalam kepala.

  16. Pertama kalinya, jangan terlalu cepat membuat tanggapan terhadap seseorang yang belum kita kenali rapat. Selalulah bersangka baik kepada semua orang.

    Berkenaan SMS, pernah menghadapi saat2 begini dalam kerjaya, staff tanya soalan teknical ICT melalui SMS, huhuhu….susah nak explain lorr…mmg boleh patah lar jari nak balas SMS balik…

    Kalo melalui telefon pun agak susah jugak explain sbb kita x nampak apakah masalah ICT yg di hadapi sebenarnya, nak tak nak kita terpaksa suh datang ke pejabat dan kita tgk dan merasa sendiri apakah masalah yang di hadapi.

    Itu lah sedikit perkongsian pengalaman dlm bahagian kerja support technical di tempat kerja…

    rohaizad Reply:

    Paling sesuai ialah menggunakan email. Jika kita tidak dapat menjawabnya pun, selalunya pasti kita akan memberikan link rujukan lain. :)

    aktechpage.com Reply:

    Ye, betul tu…
    Boleh refer kpd link lain…

  17. samdaddycool said:

    memang tak terlayan untuk menjawab melalui sms, sebab ruangan dan masa terhad. Tambahan lagi, terlalu banyak remeh temeh utk dilayan.. yang sepatutnya lebih efisyen melalui emel atau ‘call’.

    rohaizad Reply:

    Harap entri dan komen yang di beri akan membantu semua blogger di masa hadapan :)

    samdaddycool Reply:

    Masalah ni juga ada berlaku bila berurusan dengan online store bila soalan diajukan untuk cara pembayaran, warna, saiz dll…. jenuh bila kita mempunyai skrin telefon bimbit sahaja utk terangkan perkara2 camni..

  18. boss said:

    nak tau macamana nak verify paypal juga sms… alahai..mmg letih nak menjawab.. kalau dia tanya macamana nak install wordpress lagi.. teruk hehe..

    kawan2 google kan ada.. cari la…

    rohaizad Reply:

    Macam-macam ragam :)

  19. Nozi said:

    Salam,

    Sib baik tak mintak sign autograph melalui sms. :P

    rohaizad Reply:

    Isshh… takde sampai macam tu kot :)

  20. hafizmd said:

    terasa jujur dan telus..ape2pun..rasenye ramai antara kite yg masih ‘ambil mudah’ perkara2 macam ni..atau mungkin juge ‘lack of attitude’..sms jerla senang..bile tak jawab..kate orang sombong pule..adeh..

    p/s – teringat pade bekas rakan sekerje yg hanya sms boss, kate nak quit..adeh..

    rohaizad Reply:

    Hurm… ada perkara sesuai untuk di sms, ada perkara sesuai untuk di email :) Kan?

  21. Nabieel SR said:

    Kurang faham itu standard sebab semua bermula dari bawah.

    Tapi jika nak suruh nyatakan satu per satu, mengapa tidak cari jawapan di pakcik google atau ambil personal coaching.

    PS : Saya gagal selama 3 tahun dan rugi RM10k, tapi masih terasa gagal itu “best” untuk diri sendiri. Ada sesiapa nak ikut saya gagal?

    rohaizad Reply:

    Nice one!

  22. Jmay said:

    Btul tuh..kalu soalan2 umum macam mana nak setup feedburner ke verify paypal ke..ada banyk di internet. Just tanya pakcik google..insyaAllah..setel masalah :)

    rohaizad Reply:

    Betul juga apa yang di katakan tu. Huhuu

  23. cyza said:

    haha…aku pun kerap kali dapat soalan2 chemical engineering yang hebat2, maklumlah niche aku…kekadang aku bengang pun ada…ingat aku ni tempat korang suruh aku selesaikan soalan chemical engineering korang ke? huhu…tempat korang suruh aku buat design project ke?

    rohaizad Reply:

    Aikkkk… marah nampak brader…

  24. titan said:

    benda ni dah lama. Tapi orang kita ni memang tak berapa faham. Diorang nak jawapan secepat mungkin. Tu pasal SMS. Tapi kekadang aku wat gak. Sampai berpuluh SMS kitaorang balas just hanya untuk nak install blog melalui fantastico..

    Tapi memang sakit kepala gak la. Haha..kalau aku mampu. Aku wat. Kalau tak mampu, kita bagitau awal-awal, kita tak mampu.

    rohaizad Reply:

    Titan, sebab itulah pada tajuk entri ini di tulis “cuma saya tidak mampu”

  25. yazidyahaya said:

    bukan hanya boleh dikatakan dengan penulisan atau perkataan atau juga lisan,yang penting adalah melalui cara seseorang itu berusaha untuk medapatkannya….

    rohaizad Reply:

    Betul tu Yazid. Memang betul

  26. Firdauslatib said:

    Em setuju dgn bro…kita bukan mesin auto reply…kalo auto reply sekalipun, takkan dapat menjawab semua soalan yang spesifik tue…

    Takpe bro, kita tak boleh nak puaskan hati semua orang…

    p/s kpd yang SMS tue kene la amik effort sikit…kdg2 aku pun xbuat..hheehe..pandai ckp jer…

    rohaizad Reply:

    Kena pandai klasifikasikan urusan menngikut kesesuaian. Ada yang sesuai guna email, ada yang sesuai guna sms. Kan? :)

    Firdauslatib Reply:

    Setuju setuju setuju…;)

  27. Bantal panas said:

    Kadang-kadang kita tak dapt puaskan hati semua orang betul tak?

    rohaizad Reply:

    Yup, that’s right. Damn right. :)

  28. menj said:

    Huhuhu…luahan perasan rupanya.

  29. PakarHowTo said:

    aku juga mengalami dilemma yang saya macam ko ijad.
    ramai yang hantar sms minta tolong macam2.
    yang hantar email lagi laa…bertimbun2.
    terus terang, aku memang tak dapat nak menjawab semuanya.

    cara aku, kalau diorang hantar sms,
    aku balas balik, aku kata,
    persoalan yang dibangkitkan terlalu rumit,
    kalau serius nak belajar, kena berjumpa,
    kena berlaga lutut,
    haaa masa tu, aku boleh ajar semua.
    kalau tak, sorry to say,
    memang den tak dapek nak nolongnya..

    apa2pun, setakat yang aku boleh jawab, memang aku jawab,
    kalau susah, memang aku akan ajak berjumpa.

    kalau tak leh berjumpe,
    aku memang akan cakap…maaf banyak2 lah…aku takleh nak tolong…huhu

    imran Reply:

    Takkan diorang nak belajar bahasa jepun pun main SMS :D

  30. Amir said:

    memang susah kalau berurusan dgn sms benda-benda yang teknikal ni. adalah lebih baik kalau berurusan melalui call atau email.

  31. bagi saya abg rohaizad x sombong… malah baik hati….. x seperti pemilik *ustkhai yang x pernah reply pertanyaan

    saya melalui e-mel….bila dh kate saya loser sejati dan keyword “Taufik Dato Mansor” jadi hot di google baru si

    empunya balas emel saya…. itu kenyataan…. kalu perempuan si empunya tu layan pulak…. kalu camni saya menyamar

    jadi perempuan lagi bagus… apapun saya sudah suka cara saudara rohaizad menulis blog…. saya sendiri pun dh jatuh

    cinta ngan blog ini…siap bookmark kat pc saya lagi…. ini bukan bodek tapi lahir dari hati… saya bukan lah

    suka cari gaduh cuma saya x suka org yang sombong dan kutuk saya pulak kat blog die… khai tu sepatutnya PM saya

    dulu kalu saya bersalah pun dan bukan buat entry yg siap BOLD muka saya tu…. saya mengamalkan QISAS dalam hal

    ini….kalau khai buat entry, saya pun buat entry balas….adil bukan….. saya sekarang ni pun belum cukup 19

    tahun lagi.. pemikiran dan perangai saya masih budak2… x kan nak menghukum saya dgn entry itu…. bila diminta

    buang … khai kata itu policy justkhai yang x pernah delete sebarang entry di blog nya…terima kasih la kepada

    khai yang block IP, nama,e-mel, dan web saya drpd komen kat blog die…. :( dulu saya peminat setia justkhai namun

    sekarang mungkin tidak…. :(

  32. den said:

    Salam , teringin pula nak komen…bro saya rasa itulah harga yang perlu dibayar oleh cikgu seprti anda. Sebab itu ketika mengajar kita kena jaga janji kita. Kalau dah jamji “saya akan bantu sehingga anda berjaya” maka akan terjerutlah leher kita dengan janji itu.Ingat janji wajib ditunaikan. bayangkan kalau ada 1000 pelangan …

    rohaizad Reply:

    Den, kamu dah tersalah faham. Mereka ini bukanlah peserta seminar saya. Mereka adalah stranger yang saya sendiri tidak kenal.

    Apa perasaan Den tiba-tiba orang yang tidak dikenali hantar SMS seperti ini:

    “Boleh awak tunjukkan saya cara buat duit melalui blog?”

    Tapi Den, saya mahukan awak jawab melalui SMS, bukan email.

    Nampak tak Den permasalahan yang dihadapi sekarang ini?

    Untuk peserta seminar saya, semuanya ada dalam forum tertutup saya di http://forum.duniablogging.com

    Harap kamu jelas dengan permasalahan saya ini. Saya tidak pernah menjanjikan apa-apa pada stranger.