Semalam adik-adik kita telahpun mengambil keputusan SPM masing-masing. Ada yang gembira dan ada yang kecewa. Ibu bapa pula ada yang menangis sebab terlalu gembira, tapi ada juga ibu bapa yang berduka.

Hurmm… tidak kisahlah apa yang berlaku, kehidupan ini harus diteruskan. Lagipun, bukan boleh buat apa… benda dah berlaku.

Dik,
Dulu abang ada berkongsi mengenai kisah sewaktu menjadi pelajar SPM dalam blog ini. Dalam entri itu, semuanya berkisar kepada apa yang telah berlaku pada diri abang. Pendek kata cerita itu lebih menjurus kepada kegagalan dan kealpaan.

Dik,
Dulu abang tidak pernah mempunyai peluang untuk masuk ke universiti. Abang tahu itu semua di sebabkan oleh keputusan SPM abang yang tidak seberapa.

Tetapi abang tetap berbangga kerana 2 adik lelaki kandung abang berjaya juga mencecahkan kaki mereka masing-masing ke menara gading. Emak dan ayah abang cukup bangga dengan mereka berdua.

Dan hari ini abang ingin berkongsi cerita mengenai apa yang ditulis oleh abang-abang dan kakak-kakak adik yang lain.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Khas buat isteriku…

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang - Tarikh diterbitkan: March 11, 2010 online

Baca entri sambil layan lagu, baru feeling.

Salam sayang buat isteriku,

7hb Mac 2010, genap 4 bulan kita melayari bahtera perkahwinan kita sayang. Ingat lagi tak kali pertama kita berkenalan?

Tarikh 1.8.2005 pasti akan menjadi kenangan berharga buat kita kerana pada tarikh tu la, kita mula “bermesej-mesejan”. Rasanya sampai pukul 4 pagi juga kan kita mesej-mesej. Bila kawan-kawan Biey tanya, Biey kata Biey tengah bermesej dengan “Budak Senyum”.

Masa tu semua kawan-kawan kenal Baby dengan panggilan tu, sebab Baby suka senyum. Baby senyum comel. Sejak dari hari tu, hubungan kita semakin lama semakin rapat. Terlalu banyak kenangan manis sepanjang kita bersama.

Paling Biey tak kan lupakan masa 1st time kita berjumpa. Malam tu hujan renyai-renyai, Baby minta Biey belikan makanan. Oleh sebab hujan, Biey minta member hantarkan dengan kereta. Kita makan bersama dan Baby suap Biey. Sweetnya memori tu.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Gurindam dunia blogging Malaysia.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Bahasa - Tarikh diterbitkan: March 11, 2010 online

Blog itu satu nama,
Blogging itu satu kerja,
Glamour itu satu cerita,
Dah memang itu adat dunia.

Wahai blogger yang dikasihi semua,
Blogging itu tiada istimewanya,
Cuma apabila diangkat martabatnya,
Semakin besarlah manfaatnya.

Jangan menulis dari hati yang resah,
Tapi menulislah dari akal minda,
Mengapa perlu disanggah jiwa,
Bukankah bahasa jiwa bangsa?
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Bukan senang nak suruh rohaizad jawab tag. Kali ini Lizz berjaya!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: March 9, 2010 online

Baru perasan yang saudari Liza Razak mengetag rohaizad dot com. Alahai… berkurun dah tak di tag. Lagipun kadang-kadang bukan senang nak jawab tag ini… huhuhu

So mari kita lihat siapa yang kena!

1. Adakah anda rasa HOT?
- Saya okay, tapi kalau siapa yang duduk sebelah saya, pasi dia akan berasa hot. Kadar karbohidrat dan metabolisma saya tinggi.

2. Upload Wallpaper PC/Laptop yang anda guna sekarang!
kucing

3. Cerita pasal gambar.
Rumah ni penuh dengan kucing. Ada yang mati, ada yang hidup.. ada yang orang curi… macam-macam hal. So yang ini orang takleh curi!
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Coooool! – Berblogging dari Pulau Perhentian.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging - Tarikh diterbitkan: March 9, 2010 online

atasDi atas adalah gambar yang di ambil sewaktu dalam perjalanan menaiki bot ke Pulau Perhentian. Angin lautnya punyalah mengasyikkan!

pulau-perhentian-3

atasSemakin dekat dengan pulau, semakin cantik air laut yang kelihatan. Crystal clear water… rasa dah tak sabar nak terjun. Alahai….
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

komen-hani

Terperanjat juga dengan email yang di terima ini. Nampak macam Cik Puan Hani kita mungkin mempunyai pengalaman yang agak pahit untuk ditelan.

  • Kalau ada wakil dari StormReaders untuk memberi penerangan, lagi bagus.
  • Kalau ada wakil dari ScoreA program untuk menjelaskan business plan sebenar, pun bagus juga.
  • Kalau setiap dari program atau perniagaan MLM yang di sebut oleh Cik Puan Hani dalam komennya datang memberikan penjelasan, memang mantap!

* Boleh sesiapa tolong jelaskan pada Cik Puan Hani kita ini? Sebab takut lebih ramai orang yang keliru pula. Nanti habis semua program disamakan dengan Infinity Downline… aiyaaa…

Diharapkan Cik Puan Hani akan dapat penjelasan yang diperlukan. Walaupun bantuan ini tidak seberapa, tapi inilah yang terdaya dilakukan oleh rohaizad dot com. Sebab rohaizad dot com tahu ramai pembacanya yang arif dalam hal-hal sebegini.

p/s: dia bertanya, aku ni tak geti nak menjawab… alahai…

Figures Never Lie.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Personal Coaching/Seminar Smart Blogging - Tarikh diterbitkan: March 6, 2010 online

Dah hampir 3 bulan Seminar Smart Blogging direhatkan. Selama 3 bulan itu jugalah aku fokus pada apa yang sepatutnya aku lakukan. Alhamdulillah walaupun ada perkara yang masih belum bermula, tetapi ada juga perkara yang telah berjaya diselesaikan.

Azam 2010 yang pernah ditulis di dalam blog ini juga ada yang ON, dan ada yang masih lagi OFF. Walaupun ada yang berada pada peringkat “OFF”, tapi aku masih ada lagi 9 bulan untuk melaksanakannya. So belum boleh dikatakan gagal…betul tak?

Sebenarnya tidak salah mempunyai azam yang banyak. Kalau kita kata hendak berazam mengenai satu perkara sahaja, aku agak sukar untuk menerimanya. Ini adalah kerana aku sendiri ada macam-macam azam sebab itu semua adalah perkara yang bagus untuk diri sendiri.

Aku selalu melihat pada kebarangkalian mengenai apa yang diusahakan. Maknanya, kalau kebarangkalian sesebuah azam itu tidak praktikal untuk diteruskan… maka aku akan beralih kepada azam yang lebih relevan. Sama ada berjaya ataupun tidak, itu semua adalah ketentuan Allah. Yang penting, aku dah berusaha.

Tapi percaya atau tidak, ada kalanya kita tidak perasan pada azam “kecil” yang selalu bersuara dalam hati “kecil” kita. Dalam hati kecil kita ini, terlalu banyak yang kita inginkan berbanding hati besar. Cuma kita sahaja yang tidak tahu dan tidak perasan. Dan hari ini, aku dapat lihat dan aku dapat rasa apa yang ada dalam hati “kecil” aku.

Apakah ia?
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Tips blogging – tulis sahajalah!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Tips - Tarikh diterbitkan: March 3, 2010 online

Perbuatan menangguh sesuatu kerja yang ingin di lakukan sememangnya boleh memberikan kesan yang tidak bagus. Dalam apa jua jenis pekerjaan, sifat suka bertangguh akan membuatkan sindrom “last minute” semakin menebal di dalam jiwa.

Sama juga dengan aktiviti berblogging.
Walaupun dalam kebanyakan perkara kita selalu ingin ‘memberikan’ yang terbaik kepada pembaca kita, tapi kadang-kadang kita juga harus memberikan yang terbaik untuk diri sendiri. Maksudnya, kalau entri itu lebih kepada ‘syok sendiri’, maka tulis sahajalah.

Mengapa?
Kerana pembaca tidak terdiri dari satu jenis. Pembaca mempunyai pelbagai ragam dan selera. Kalau kita terlalu cover tutur tulisan kita itu dengan gaya olahan tahap ke-8 kuasa petala langit dan bumi, di situ juga terdapat risiko yang kita sendiri tidak sedar.

Be yourself!
Sebab itulah yang pembaca inginkan!
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Catatan baru →← Catatan sebelumnya