Entri yang bermakna.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: March 1, 2010 online

Ada orang menulis mengikut mood.
Ada orang menulis mengikut kawan.
Ada orang menulis disebabkan tekanan yang ada di sekelilingnya.
Dan ada orang lebih suka untuk menulis mengikut hati, akal dan perasaan masing-masing.

Semua situasi ketika menulis itu boleh wujud dalam setiap diri manusia, lebih-lebih lagi bagi seorang insan yang bergelar penulis. Tapi percayakah jika dikatakan bahawa di antara seribu artikel yang di tulis itu, akan ada satu entri yang paling bermakna untuk penulis tersebut?

Yup, ini adalah satu fakta… bukan andaian.
Selalunya akan tiba satu masa nanti di mana seorang penulis itu akan cuba menyampaikan apa yang ada di dalam hatinya.

Pada waktu terjadinnya situasi ya itu, kebiasaannya penulis tersebut akan menulis dengan cara yang agak berlainan.

Berlainan?

Iya… mungkin dia akan cuba untuk berteka-teki dalam tulisannya. Mungkin dia akan menulis secara “awang-awangan” (hanya orang tertentu sahaja yang dapat menangkap maksudnya) dan mungkin juga dia akan menulis dalam bentuk yang lebih sinikal. Who knows?

Dan hari ini, aku akan menulis mengenai beberapa perkara yang aku memang sendiri nak tulis. Walaupun mungkin ada di antara pembaca blog ini yang tidak dapat menangkap keseluruhan maksudnya (aku minta maaf), tapi there’s nothing to worry about.

Yang pasti, entri ini akan menjadi salah satu entri yang amat bermakna dalam hidup aku :)
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Tips – cara untuk turn off Google Buzz di Gmail.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet, Tips - Tarikh diterbitkan: March 1, 2010 online

Akhir-akhir ini, dunia internet Malaysia agak kecoh dengan cerita-cerita yang SCAM dan SPAM. Blog ini sendiripun banyak mengutarakan cerita yang lebih kurang panasnya.

Dari aktiviti SPAM-menyepam di Facebook, melalui handphone dan juga melalui email… semuanya dilakukan oleh orang yang digelar SPAMMER. Dan kini, terdapat satu lagi feature di dalam GMail yang telah menjadi kegemaran SPAMMER-spammer ini untuk meneruskan aktivitinya iaitu melalui Google Buzz.

Untuk pengguna tegar GMail (seperti aku), aku rasa ada masanya kita harus bertanya kepada diri sendiri mengenai keperluan yang kita sendiri perlukan. Maksudnya, bukan semua perkara yang baru itu harus di cuba.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Catatan baru →