Din Beramboi telah kembali ke rahmatullah. Al-fatihah…

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Renungan Hari Jumaat - Tarikh diterbitkan: April 2, 2010 online

Tengah malam tadi, dunia Facebook Malaysia semuanya melaporkan hal yang sama. Dalam pada kita melaporkan berita yang sama, ada satu perkara yang tidak sama iaitu berkenaan punca kematian Allahyarham.

Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri sebenarnya dilaporkan menghidap penyakit Denggi Berdarah secara mengejut. Mengikut laporan oleh adik ipar Allahyarham menerusi telefon di rancangan MHI-TV3 sebentar tadi, Allahyarham sudahpun demam beberapa hari.

Jadi cerita dan rumors mengenai “air kencing tikus” itu tidaklah benar sama sekali. Adik ipar Allahyarham juga mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan juga sesiapa sahaja yang telah menyokong arwah selama ini.

Apa pun, Din Beramboi adalah seorang penghibur yang tiada tolok bandingnya. Rancangan SPONTAN bersama Afdlin Shauki cukup untuk menunjukkan betapa selamba kreatifnya arwah dalam membuatkan orang tertawa.

Perginya seorang lagi penghibur tanah air yang sungguh berbakat. Teringat betul dengan salah satu promo yang di lakukan oleh arwah di radio ERA sebelum ini:

“Tahun ini anda tak payahlah undi Aznil untuk anugerah Pengacara Paling Popular… dia dah selalu menang. Jadi undilah saya…!”

Sebenarnya instinct untuk mengatakan anugerah itu milik arwah cukup kuat kerana tahun lepas performance arwah cukup mantap… cuma kalau katakanlah arwah menang pun, hadiah itu tidak dapat di kecapinya lagi. Walaubagaimanapun, di harapkan keluarga arwah redha dengan pemergiannya.

Mari kita lihat salah satu aksi spontan kreatif beliau dalam video ini. Video ini membuatkan kita berasa lebih dekat dengan keperibadian beliau yang sebenar (suka membuatkan orang gembira):

Di bawah adalah antara catatan-catatan terakhir Allahyarham via Uber Twitter:

“Tanda2 ajal mula2 bahgian kaki berasa kebas2 kemudian bransur2 ke bhgian atas hingga ke nafas dan kluar selamanya… Aku insaf!” (4:05 AM Mar 14th via UberTwitter )

Alfatihah untuk Allahyarham dan sedekah Yasin untuk rohnya, semoga di rahmati Allah.


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 44 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. denaihati said:

    Al-Fatihah.

    ibnujusup Reply:

    moga ditempatkan bersama 2 org beriman… amin..

  2. pagi jumaat yang syahdu…………..semoga beliau bersama orang orang yang beriman.

    mijie Reply:

    itulah, dia pergi pada hari jumaat, org kata kalau hari jumaat akan terlepas seksa kubur…

  3. yazidyahaya said:

    al-fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat..

  4. Nadri said:

    Takziah kepada ahli keluarganya…Sungguh beruntung muslim yg dpt meninggal pada Hari Jumaat…

    ismail Reply:

    Semoga rohnya dicucuri rahmat…

    Nabieel SR Reply:

    Ya..memang beruntung..

    Siapa sangka pelawak meninggal di hari jumaat

    mijie Reply:

    pelawak pun manusia dan beragama Islam kan, itulah Tuhan tu MAHA Adil dan MAHA Mengetahui

    ibnujusup Reply:

    setuju….

  5. mat teropong said:

    al Fatihah buat arwah..moga dicucuri rahmat..amin

  6. suda said:

    Al-fatihah buat arwah abg din. Mmg sedih sgt2… Lawak2 dia dh byk menceriakan hari2 kite sume… kadang2 gelak smpi kuar air mata… tp kali ni din dh berjaya kuarkn air mataku dgn cara yg berbeza…:(

  7. Firdauslatib said:

    al-fatihah…

  8. dr.aku.la said:

    takziah…

  9. boss said:

    al fatihah..

  10. nanahana said:

    Al Fatihah…. saya pernah tinggal di kawasan sama dgn arwah… sgt bersih cantik dan unik rumahnye… moga arwah di tempatkan bersama2 org yg beriman…

  11. Azhar said:

    Alfatihah buat Arwah. Tak pernah uncle merasa sesedih begini jika ada kalangan artis yang pergi meninggalkan kita. ALLA lebih meyayngi beliau.

  12. mesrani said:

    al-fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh..

  13. menj said:

    Setiap yang hidup pasti akan mati. Inna lillah….

  14. fiezaradzi said:

    al-fatihah.. salam takziah utk keluarganya. setiap yg hidup akan kembali kepada penciptanya

  15. [...] Inna lillahi wa inna ilayhi ra’ajiun. Allahyarham adalah seorang penyampai radio dan selebriti yang terkenal. Beliau meninggal dengan mengejut, setelah dimasukkan ke wad ICU sejak dua hari yang lepas disebabkan denggi berdarah. Ini disahkan oleh portal berita mStar dan juga rakan blogger saya, Rohaizad. [...]

  16. lizz said:

    al-fatihah.hidup lawannya mati..huhu

  17. Nabieel SR said:

    Huh..tersentuh di hati..

    innalillahiwainnailaihirojiun..al-fatihah..

  18. samdaddycool said:

    Al-fatihah. Semoga rohnyadicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan yang beriman. Amin.

  19. adamfaiz said:

    Al Fatihah..takziah untuk keluarga beliau…semoga keluarganya tabah..dan rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh…ABPBH Sabtu ini akan menjadi ingatan untuk semua peminatnya..

  20. Aqif said:

    Al-fatihah buat arwah… Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan-kalangan orang yang beriman. Amin..

  21. Nozi said:

    Salam,

    Innalillah…

    Terkejut juga td..baru je mlm td sy tanya suami…mcmana keadaan arwah agaknya….hari ni dpt info dari selangor2u beliau meninggal..

    Semoga beliau berada di kalangan org yg soleh..amin

    Al-Fatihah..

  22. FCUKZBLOG said:

    alfatihah,semoga roh arwah dicucuri rahmat..amin

  23. Zulazis said:

    (1) بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
    (2) الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
    (3) الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
    (4) مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
    (5) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
    (6) اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
    (7) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

  24. shahraduan said:

    Aku masih lagi teringat Raja Lawak..Dia pernah sound kat Alex..kalau dia dah tak der kat ERA..mintak Alex gantikan.

  25. mijie said:

    smlm dgr radio di dimasukkan ke wad ICU, pastu time nak gi kerja pagi td terkejut dgr dia dah kembali ke rahmatullah

    semoga rohnya dicucuri rahmat oleh NYA

  26. wanmus said:

    minat sangat ngan lawak arwah..lawak bersahaja walaupun kekadang lawak bodoh..sanggup perbodohkan diri untuk buat kita ketawa..betapa besarnya perngorbanan arwah..

    miziology Reply:

    lepas ni dh xde lg lawak arwah din beramboi

  27. miziology said:

    Al-Fatihah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.
    terkejut..

  28. donny said:

    RIP Din Beramboi..

  29. al-fatihah.. saya baru je luahkan kesedihan saya di blog saya. yang bertajuk,

    Kerinduan Seorang Anak Bongsu Din Beramboi..

    Saya sedih sgt bila terbayangkan saya berada di tempat anak bongsu beliau.. Adik Nil Ain Syafiqah.. abang harap adik tabah..

  30. Al-Fatihah utknya..

  31. imran said:

    Al-Fatihah. Pemergian yang tidak disangka.

  32. hjh sapiah said:

    takziah utk keluarganya, hidup perlu diteruskan untuk setakat mana masa yg Allah telah tentukan untuk kita. al-Fatihah

  33. Amir said:

    terasa benar kehilangan allahyarham. al-fatihah.
    semoga allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang2 yg beriman.

  34. reezluv said:

    takziah dan alfatihah..syukur rasanya die meninggal pada hari Jumaat..bertuahnya dia..

  35. khairolghani said:

    arwah pelawak terbaik bagi aku..tak de sekreatif dia..Al-Fatihah buat arwah..

  36. [...] satu doa (seperti semua komen yang di berikan oleh pembaca setia blog ini di entri pemergian Allahyarham Din Beramboi). Hanya kita, pembaca kita dan Allah sahaja yang tahu nawaitu dalam [...]

  37. kabu said:

    Daripada Allah kita datang kepada Nya kita kembali…. Al-Fatihah