Tips Untuk Beriklan – bahagian 2 (blog advertising)
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Internet, Tips - Tarikh diterbitkan: April 6, 2010 onlineSudah menjadi satu lumrah dalam dunia blogging, jika blog kita ada traffik… maka akan adalah demand untuk menjana pendapatan dari aktiviti pengiklanan. Begitu juga dengan blog ini…. setiap bulan ada sahaja pengiklan yang ingin mengiklankan produk mereka, perkhidmatan, affiliate link dan seumpamanya. Alhamdulillah… terima kasih semua
Sebenarnya ada satu perkara yang ramai dari kita tidak sedar mengenai pengiklanan di blog. Perkara ini teramatlah jarang dibangkitkan oleh mana-mana penulis blog sebelum ini. Menariknya, tiada alasan tertentu mengapa ia jarang dibangkitkan tetapi percaya atau tidak, ia adalah sesuatu yang harus diambil tahu oleh pengiklan itu sendiri.
Seperti yang sudah sedia maklum, pengiklan adalah mereka yang sanggup melabur. Cara mereka melabur ialah dengan membeli atau menyewa ruang iklan. Kalau di akhbar, maka akhbarlah tempatnya. Kalau di blog, maka di bloglah slotnya.
Apabila blog kita mempunyai traffik yang boleh “dijual” angka statistiknya, maka seharusnya kita mengambil peluang yang ada. Jangan disimpan statistik itu sehingga menjadi pekasam kerana Allah sendiri benci pada mereka yang tidak menjamah rezeki yang sememangnya telah diperuntukkan. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari….
Membuka pintu rezeki pada peluang yang sudah terhidang dihadapan mata memang satu perkara yang bijak untuk dilakukan. Dalam aspek pengiklanan di blog (blog advertising), ini merupakan saat yang mesti di ambil peduli oleh tuan punya blog. Yalah…. siapa yang tak nak duit`kan?

Peluang menjana pendapatan yang diterima oleh blogger melalui pembelian/sewa ruang pengiklanan di blog masing-masing adalah perkara yang biasa dan standard. Di mana-mana dalam dunia blogging seluruh dunia pun tahu akan hal itu.
Ertinya, itulah waktu yang paling sesuai bagi mereka sebagai blogger untuk HARVEST segala USAHA yang telah dilakukan selama bertahun-tahun. Di barat sana, situasi ini adalah salah satu dari apa yang dinamakan sebagai BLOG MONETIZATION.
Bunyinya nampak macam “sedap” sahaja`kan?
Semua orang tahu akan hal itu…. sehingga ada yang berkata:“Wah… bestnya jadi blogger seperti si polan, dapat duit senang je. Orang letak iklan, dia dapat duit… orang sewa ruang iklan, dia dapat income…”
Tapi hakikatnya TIDAK RAMAI yang cuba untuk memandang ke belakang. Pernahkah mereka melihat usaha yang telah dilakukan oleh si polan itu sebelum ini untuk membangunkan blognya?
Jadi untuk PENGIKLAN pula, apa yang harus dilakukan?
Mudah sahaja.
Selain dari mempertimbangkan fakta Tips Untuk Beriklan yang pernah dikongsikan di sini, mereka MESTI MENGEKSPLOITASI blog di mana mereka beriklan itu.
Bagaimana caranya?
Boleh berikan contoh untuk MENGEKSPLOITASI blog (dalam aspek pengiklanan di blog)?
Boleh, apa salahnya.
Di sini disertakan salah satu contoh yang boleh dijadikan sebagai panduan:
Katakanlah mereka beriklan selama sebulan di blog A, mereka mestilah MEMERIKSA SITE UP TIME blog tersebut setiap hari. Walaupun hanya sekadar singgah selama 2 saat sahaja untuk memeriksa keadaan iklan mereka, itu sebenaranya sudah memadai.
KAJIAN KES:
Let say pada bulan itu blog tersebut “DOWN” untuk 4-5 hari, mereka MESTI memaklumkan kepada pemilik blog itu dengan kadar segera.
Dengan berbuat demikian, mereka berhak mendapat tambahan hari sebagai gantinya. Atau dengan lain perkataan, bukan 30 hari beriklan… tetapi 34-35 hari (bergantung kepada seberapa banyak blog tersebut “DOWN” dalam sebulan). Sebab itulah mereka harus memeriksa keadaan iklan dan blog mereka setiap hari.
Mudah`kan?
Pendek kata kalau kita ini pengiklan, kita harus mengeksploitasi keadaan yang wujud kerana .... hey, kita bayar`laaaah…. betul tak??
So janganlah terlalu “baik” sangat dengan pemilik blog tersebut… haha!
Apa pun, ini hanyalah sebagai panduan dan tips biasa sahaja. Jika ada cara lain yang boleh dilakukan dan berbaloi untuk kita, just proceed… itu lebih cooool.
Okay, ada satu berita gembira.
Satu lagi SLOT PENGIKLANAN BARU telah diperkenalkan di blog rohaizad dot com. Slot bersaiz 270×100 ini akan ditempatkan di sidebar dan buat masa sekarang, hanya 2 slot sahaja akan di buka.
Jika ada yang berminat, dapatkan info selanjutnya di page pengiklanan sekarang!
p/s: Nanti bila theme baru untuk blog ini siap di designkan, blog ini akan kelihatan lebih macho dan lebih senonoh sedikit. Dan ruang pengiklanan pun akan lebih “sejuk mata memandang”…




betul tu, kalau dah ada demand kenapa tak beri je peluang untuk orang beriklan kat blog kita…kita dpt tolong pengiklan untuk dapatkan target trafik
manakala pemilik blog dapat la side income dari iklan…
bagi saya benda macam ni tak salah, cuma kadang2 stengah orang diluar sana ckp buat blog hanya untuk letak iklan….pandangan tersebut harus di ubah..
reezluv Reply:
April 7th, 2010 at 1:25 am
kalau blog baru sangat setup, terutamanya blog peribadi, tak digalakkan sangat rasanya letak iklan yang mnyemak tu..
lain la kalau dah dapat returning visitor dan juga pembaca setia blog..ada harapan nak dapat sales dari affiliate.
hit blog juga memainkan peranan..kalau dah 5K sehari traffic..orang akan datang kepada kita mengiklan…:D
Tungku Moden Reply:
April 7th, 2010 at 9:45 pm
Betul tu reez.Memang blog personal tak sesuai.lainla kita dah jadi level macam Johnchow ke huhu.Tak pun macam Abg ijad yang power ke huhu
rohaizad Reply:
April 12th, 2010 at 9:48 am
Boleh letak… tapi kena tahu cara yang lebih proper
p/s: blog rohaizad dot com adalah blog peribadi
wah bukak iklan baru nampak.. tapi agak2 la ye.. tak mau la jadi macam website yg “itu” kene scroll down panjang2 baru dapat baca artikel.. he he..
rohaizad Reply:
April 7th, 2010 at 7:01 am
Haha!
Tau takper
Aqif Reply:
April 7th, 2010 at 7:14 am
Cam kenal je website “itu”.
Hehe.
dr.aku.la Reply:
April 7th, 2010 at 9:20 am
aku tau..
har har har
boss Reply:
April 12th, 2010 at 9:47 am
tauuu.. tak per.. semua iklan2 tu jadi useless.. rugi je iklan.. org tak tengok pun..
setuju, gunakan hak sebagai pengiklan dengan sebaiknya =)
Aku tak pernah terfikir plak kena ganti masa downtime tu (macam ganti puasa..
)… Logik dan sangat berasas.
rohaizad Reply:
April 7th, 2010 at 7:00 am
Dah bayar, kena tuntut beb… haha!
cyza Reply:
April 7th, 2010 at 3:32 pm
Betul tu…aku kekadang kalau ada, aku kasih lebih lagi…utk ganti waktu downtime
Mengikut logik juga memang kena ganti masa “down”. Baru kira adil
Adalah kawan saya buat pengiklanan dia kata 1 bulan tapi dia lebihkan sehari. Kira ok ler bagi hadiah 1 hari.
PS : Kenapa kurang pengiklanan guna impression berbanding pengiklanan bulanan jika trafik blog dah power?
Tips yang menarik. Saya lihat di Rohaizad.com ini slots nampak macam banyak tapi tak nampak cam crowded so senang untuk pembaca. Harap bro dapat bagi tips slot2 iklan yang sesuai pulak nanti
Tq
Aku bru je menambahkan hari utk pengiklan aku sbb site aku down sebelum ni hehe.. sebagai publisher kita juga perlu alert benda2 mcmni baru la advertiser suka utk beriklan lagi dgn kita.
ps: wah nk tukar theme baru.. mesti menarik ni.
sangat setuju – masa blog nyawa-nyawa ikan, kak jie pun tak pernah buka ruang untuk pengiklan
tetapi sekarang setalah blog nyawa=nyawa dinasor – baru buka ruang , itu pun utk 125×125 ( permulaan ) tak boleh gelojoh..hehehehe
tiap hari pengiklan email dan dalam minggu ni dua kali dapat advertorial.
Apa yang ada srkg adalah ‘bersusah-susah2 dahulu’
sakit mata kalau iklan melambak-lambak.
pastu tak relevan dengan blog atau website tu.
tapi kalau da dapat pengiklan yang berkenan dengan blog anda tu, kene lah bertanggungjawab.
da dapat duit, da kabur da.
tanggungjawab lagi besar daripada sebelumnya.
macam la pakcik peter parker cakap “great power comes great responsibility”
abangnara Reply:
April 7th, 2010 at 1:20 pm
salam
sebenarnya bukan mudah untuk tuan punya blog nak mendapat iklan yang bersesuaian dengan niche blog dia. itu yang saya sendiri kadang-kadang terima je iklan macam mana pun. asalkan tak lucah melampau. sebabnya pengiklan yang bajet besar maybe masih tak pandang pengiklanan kat blog-blog.
tapi sememangnya agak kabur mata jugaklah bila terpk nak dapat duit. hahahaha
dr.aku.la Reply:
April 7th, 2010 at 4:01 pm
betul tu.
sesetengah publisher @ blogger tu memang tak dapat nak elak tawaran yang datang bergolek kan?
sapa yang nak bagi kan?
pandai-pandai kita sendiri yang tapis @ tepis.
Terima kasih di atas prkongsian informasi menarik ini…
Tips yang berguna untuk beriklan..lepas nih klu setup iklan..kena la monitor2 yer..nnti leh claim
Usaha iklan dalam blog aku sikit2 je…belum sampai tahap gaban sebab traffic aku takde lah best sgt…nanti bila best, boleh lah aku kasih power sikit, selit sana sini…amcam?
memang senang kalo blog yang high trafik buat duit dengan iklan..tapi kalo takde traffik, susah gak..huhuhuhu
Thanks bro atas info nie..tak pernah terfikir pun..huhu…
p/s Anyway, servis iklan bro mmg superb…nant ade produk baru, cari bro lagi..
betullah kata aizad…blog saya sendiri mempunyai pelanggan tetap setiap bulan..tak payah cari lagi dah pelanggan…dlm sebulan tu alhamdullilah dpt tampung perbelanjaan seharian…
ermm..bagus info ni..trimas!
Tak sabar menunggu design baru blog Rohaizad.com ni. Dah lama sangat beb design ni. Hehehe..
Anyway, sape yang design blog baru tu?
thanks for sharing bro…
lebih senonoh… tak sabar nak tengok
Nak dapatkan traffic power tu yang mencabar. Bila dah dapat baru la boleh buka slot untuk iklan
Salam,
Saya setuju. Idea menyewa ruang iklan pada ruangan blog yang mempunyai banyak pengunjung memang bagus untuk mendapatkan income (selain menjual produk sendiri dan sebagainya). Cuma point utama yang perlu di-highlight-kan adalah ‘pengunjung’. Perlu ada web traffic yang konsisten jika ingin menarik pengiklan untuk menyewa tapak blog kita.
Bila kita baru mula buat duit dari blogging ni, mesti idea nak sewakan tapak iklan jadi fokus utama. Sangat menarik pula bila dilihat dari perspektif ‘pengiklan’ pula.
Thanks