Ingin beriklan? Sila klik di sini


* PERHATIAN!
Entri ini memang panjang giler, kalau nak baca… pastikan jangan dibaca pada waktu kerja, dihadapan rakan sekerja mahupun dihadapan bos. Bahaya… nanti dituduh mengular. Ini tajuk memang tak boleh blah punya….. haha :)

*******************************************

Hidup sebagai seorang fulltime blogger ini lain dan unik sedikit. Orang tidur dia buat kerja… orang buat kerja, dia pula tidur. Tapi bila tiba pada satu masa, dia langsung tidak buat kerja sebab semua kerjanya dah siap. Yang perlu dilakukan selepas itu ialah “harvest” semua hasil dari aktiviti pengiklanan dan perkhidmatan blogpostnya (menjana income dari niche blog).

seminar-talk

Tapi fulltime blogger juga manusia, begitu juga dengan part time blogger.
Blogger mempunyai “mood”. Ada masanya dia ketawa seorang diri. Ada masanya dia akan tersenyum di hadapan laptop, dan ada masanya dia akan rasa “sengal-sengal” kepala. Selalunya bagi seorang penggiat niche blog, rasa sakit dan sengal-sengal kepala ini akan datang pada setiap kali PR update…haha!

Untuk ex-peserta Seminar Smart Blogging semua,
Selama ini aku tak pernah pun menulis satu entri untuk kalian. So hari ini, aku ingin sekali dedikasikan entri ini kepada kamu kerana aku telah melihat banyak perubahan dan perkembangan yang patut aku banggakan.

Tapi ini bukanlah entri bodek atau mengampu yang ditulis dengan tujuan untuk “mengambil hati” (kerana kalian dah bayar Seminar Smart Blogging aku tu). Ini lebih kepada situasi dan perjuangan blogger serta semangat kental yang harus ada pada waktu kalian sedang demam kepialu tapioca akibat dari penangan PR update kelmarin :D

Pasti ada yang suka dengan PR update kelmarin… dan pasti ada yang bengangkan?
Tapi relaxlah.. bukankah blogging itu cooool?!

Sebenarnya seorang blogger kental ialah mereka yang mempunyai “inner strenght” yang kuat. Dari luaran memang dia nampak seperti tidak bermaya… poyo…. dan seumpamanya. Tetapi apabila dia berada di hadapan laptop atau komputer, dia adalah seorang Badang.

Begitu juga dengan blogger yang lembut hatinya. Senang cerita kalau blogger itu hatinya mudah tersentuh, memahami atau “dalam hati ada taman”, dia pasti akan jadi seorang SOMEBODY bila mula berblogging lebih-lebih lagi kalau dia mempunyai niche blog.

Dia ada “long term” target yang dia sendiri tahu. Walaupun sesekali mungkin dia kecewa dengan blognya sendiri, tapi itu kata mulut sahaja…. didalam hatinya masih ada jiwa seorang Badang. Ini adalah satu kenyataan yang dia sendiri faham. Orang lain tidak faham pun takper.

aku

Aku bukan bercakap dari imagination.
Aku mengutip semua fakta ini berdasarkan dari pengalaman yang lepas-lepas. Kalau tak percaya atau jika ada yang dah lupa, kamu cari dan bacalah kisah peserta Personal Coaching/Seminar Smart Blogging yang pernah diceritakan sebelumnya di blog ini.

Macam-macam hal yang member Smart Blogging lain dah tempuhi…. talian internet tidak boleh pakai laaa…. hosting dan server down laaa…. PR kena cantas dan macam-macam lagi.

Ada juga kisah sang isteri yang risau dengan aktiviti si suami. Maklumlah… ada di antara sang suami dulu pernah terjebak dengan skim itu, skim ini. Sebab itu bila terdengar sahaja perkataan “internet”, sang isteri sudah phobia.

Iyalah… bukan senang nak cari duit. Susu anak nak beli, barang dapur nak beli… rumah… kereta semua nak bayar. Sang isteri juga tidak sedap hati… tidak merestui perjuangan si suami yang kerap keluar malam (kerana ada discussion dengan blogger lain).

Bukan apa, sang isteri itu cuma khuatir… takut sang suami kena tipu lagi. Tapi nak tak nak, itulah ciri-ciri seorang isteri yang baik`kan? Caring (ambil berat) lagi.

Hurrmm.. itu dulu.
Sekarang, sang isteri dah faham apa yang sang suami lakukan. Yang paling tak boleh tahan sekali bila dialog sang isteri yang kian makan dalam bunyinya.

Lebih kurang beginilah bunyi dialog sang isteri:

Bang… banyak dapat job minggu ini?
Kalau banyak, baguslah…. beg tangan saya ni pun dah koyak nih… macam nak mintak baru jer…. hehehe, sayang abang!

Alhamdulillah… sekarang sang isteri itu cukup MERESTUI sang suami dalam berblogging. Orang lelaki ini (sang suami)… kalau sang isteri itu beri restu, lagi rancaklah dia mencari rezeki untuk keluarga dan anak-anak. Jangan kata masa, nyawa pun sanggup di pertaruhkan.

Walaubagaimanapun, ada juga kisah yang pelik tetapi benar di mana ada sang isteri yang sampai mengugut aku dan hendak buat report polis atas sebab suaminya mula berubah selepas pulang dari Seminar Smart Blogging. Astaghfirullah… macam-macam dugaan walhal sang suami bila kita telefon, okay jer. Banyakkan bersabar ya :)

Anyway, blogger yang kental akan menganggap itu semua seperti “alah bisa, tegal biasa“.
Apabila kita boleh menerima takdir yang berlaku dalam usaha kita mencari rezeki, sebenarnya kita semakin redha dengan ujian yang diberikan.

Menariknya, ujian yang diberikan kepada kita dalam dunia blogging ini bukanlah satu perkara yang weird, cuma lebih kepada kematangan dan juga mengenal erti kesabaran.

Ada banyak kisah yang aku selalu jadikan sebagai iktibar. Dan buat pengetahuan semua, kisah ini kebanyakannya datang dari peserta seminar aku sendiri (kamulah… siapa lagi).

emy

Hurmm… walaupun ramai yang beranggapan Penceramah Seminar itu kononnya hebat, tapi pada aku itu semua mengarut. Aku tidak pernah menganggap kamu semua sebagai orang yang “tidak tahu” atau tidak pandai.

Aku menganggap kamu seperti kawan dan juga member blogger yang “sekepala”. Malah akulah yang paling banyak belajar dari kamu lebih-lebih lagi dari aspek motivasi.

Kenapa?
Sebab pada waktu seminar, aku hanya bercakap… kamu yang bekerja keras untuk memahami. Selepas seminar pula, aku hanya memerhati tapi kamulah yang menjadikannya satu realiti. Betul?

Memanglah dulu aku melaluinya dengan kaedah yang perit dan susah, tapi aku tetap kata kamu semua ini KENTAL. Mengapa?

Sebab pada waktu kamu hendak bermula, pada waktu kamu membuka pintu hati untuk menceburi bidang ini, minda kamu sebenarnya sudahpun berkecamuk disebabkan sindrom INFORMATION OVERLOADED!

Sudah banyak sangat info “make money” yang masuk dalam kepala sehingga kamu sendiri tidak pasti jalan mana satukah yang kamu hendak pilih. Betul?

Sebab itulah aku SYORKAN sebelum kamu datang ke Seminar Smart Blogging, tolong buang semua yang kamu tahu mengenai cara menjana pendapatan di internet.

Cuba buka satu perspektif yang baru dan terimalah apa yang hendak di kongsikan di seminar nanti dengan hati yang tenang dan terang.

Kesimpulannya, dengan menjadikan blogging sebagai satu lagi aktiviti, kamu sebenarnya TELAHPUN berusaha untuk “cool”kan diri, filter apa-apa yang patut, maintain … bersabar… dan fokus. Jangan sesekali dibanding dan disiasat isi seminar dengan APA YANG TELAH KAMU TAHU selama ini. It’s totally different!

*Aku tak tipu. Sesekali bila terbaca kisah yang kamu luahkan dalam blog… kadang-kadang rasa sebak juga sebab aku pernah “merasainya” dulu. Sejujurnya itulah motivasi untuk diri aku.

Untuk mereka yang sudah mula “nampak jalan”, teruskan dengan apa yang telah di lakukan. Bagi yang belum bermula… bermulalah hari ini juga (walaupun ada yang merasakan dah terlambat). Pada aku, tidak ada istilah terlambat sebab permintaan sentiasa ada.

bloggerlah

Hey, kita bukan berjudi… beli nombor ekor… beli dadah… hisap ganja… menipu orang… kita hanya BERBLOGGING sahaja!

*******************************************

Tamat sudah entri untuk peserta Seminar Smart Blogging. Sekarang bahagian untuk pembaca blog ini pula. Alang-alang bercerita mengenai peserta seminar, baik aku kongsikan sekali apa yang telah aku “lihat”.

Okay,
Kalau kat atas tadi aku ada katakan mengenai perubahan dan perkembangan yang patut aku banggakan, sekarang aku nak kongsi pula antara kisah-kisah mereka yang telah terjebak dalam dunia niche blogging ini:

Emy Shahril
emy shahril

Mamat ni orang Muar.
Dia dengan aku ada satu similarity iaitu pernah belajar dan bekerja di kolej yang sama (tak sama tahun). Tapi kolej tu dah arwah pun. Hanya aku dan dia sahaja yang tahu. Itu semua diketahui selepas berjumpa dengan dia kat Seminar Blogging Blogging di UTM Skudai tahun lepas.

Sebagai salah seorang peserta seminar, semua ada persoalan masing-masing termasuklah Emy ni. Cuma masa seminar, tidak banyak soalan yang dia lemparkan. Seminggu lepas seminar, barulah dapat detect di mana yang dia kurang faham.

Tapi mamat ni rajin telefon aku kalau ada problem mengenai modul yang telah diajar dalam seminar. Untuk aku, no hal punya sebab aku lagi suka kalau orang telefon dari main sms memanjang. Apatah lagi kalau sms tu memerlukan explanation yang meleret-leret. Tak sanggup mak…

So lepas balik seminar, dia terus keep calling and asking. Mana yang terdaya aku jawab, aku akan jawab… sampailah persoalan itu clear dan tuntas. Dan sekarang dia dah pun mula menjana pendapatan dari blog yang dia ada. Haha…

Boleh baca salah satu kisahnya di sini:
http://www.emyshahril.com/2009/12/14/online-business/update-terkini-side-income-dengan-berblogging/

Reezluv

Ini lagi sorang.
Ada satu perkara yang aku suka pasal mamat ni. Dia ni jenis orang yang berfikiran positif…. I loiiike! Sebelum masuk ke dewan seminar tu… senyum je memanjang. Senang cerita pagi-pagi buta lagi dah happy.

Mulanya aku yang risau sebab takut expectation dia pada seminar aku ni tinggi sangat. Tapi dalam seminar, aku tengok dia observe betul-betul. Sebab itulah dia duduk di hadapan sekali.

Sepanjang seminar berlangsung even waktu makan pun, dia happy je memanjang. Tak lokek senyum punya dan dia memang friendly. Aku pernah ada pengalaman peserta macam ni sebelum ni tapi lepas balik seminar, terus senyap. Mungkin sibuk dengan kerja kot.

Tapi mamat ni lain, dia explore habis-habisan!
So by the time orang lain dalam pertengahan jalan, dia dah mula cetak USD dollar dalam akaun Paypal dia… haha!

Sekarang ini pun dia ada projek lain (lebih kepada designing). Bro, aku doakan ko akan sukses… Aminnnn.

Opss.. kalau nak baca pengalaman dia, bolehlah bacanya di sini:
http://reezluv.com/alhamdulillah-target-dah-lepas

Brader Johari.
brader jo

Inilah antara brader yang memang sempoi habis. Jangan sesekali cuba untuk berkongsi cerita pengalaman hidup dia… sebab tak siaplah kerja kita nanti. Seronok betul kalau dengar kisah dia dulu merantau… dari kisah dia sebagai seorang DIVER di laut, peredah di HUTAN BELANTARA dan macam-macam lagi. Semuanya ada.

Dia ada komitmen yang tinggi dalam dunia blogging. Siapa yang kenal dia, mereka akan tahu. Setakat Muar – JB tu, cakap atau telefon je… dia akan datang dengan bas walaupun untuk sesi minum teh tarik. Very friendly…

Sekarang salah satu usahanya telah berhasil. Blog English niche travelnya sudah mendapat PR2… haaa… itu memang tanda untuk pergi lebih jauh. Dah ada blog English, then ada PR… okaylah tu, siapa mau kasi?

Semoga terus berjaya bro!

Dia ada “kisahkan” mengenai PR2 nya itu di sini:
http://rezekimurah.com/jom-blogging/pr-update.html

Shafawi.
shafawi

Pagi tadi mamat ni ada updatekan status blognya di Facebook. Aku ternampak dan aku terus baca sampai habis. Ada point yang tersendiri dalam entrinya itu dan sebagai orang yang pernah berada dalam situasi itu, aku hanya mampu tersenyum.

Sebab apa?
Sebab aku tahu yang dia akan terus berjuang dalam dunia blogging. Cuba perhatikan semua tajuk entry yang dia guna pakai —> “Liku-liku kehidupan”. Maknanya dia dah boleh terima cabaran yang harus ditempuhi oleh seorang blogger. So dia dah bersedia!

Lagipun, mengikut pengalaman aku yang tidak seberapa ni, blogger ini ada satu sifat yang pelik untuk di fahami. Nak tau tak apa sifat tersebut?

Sifatnya ialah “terbalik”. Itu nama sifatnya.
Maknanya kalau dia tulis yang dia nak berhenti blogging, itu semua bohong je. Yang pasti, dia akan terus berblogging… percayalah.

Sama juga dengan Shafawi.
Dalam entri tu dia menulis seolah-olah dia dah putus asa tapi sebaliknya lain yang akan berlaku. Silap haribulan, blognya makin bertambah.

Lain pulak ceritanya dengan blogger yang diam… tidak update… membawa diri… (memang confirm dia akan berhenti blogging). Confirm…. haha

Apapun, rugi kalau tak baca luahan hati dari Shafawi….. seorang blogger, seorang suami dan juga seorang ayah:
http://shafawi.com/blog/diari-kehidupan/liku-liku-kehidupan.html

Jmayz (Baizuri)

Berdiri di belakang, 2 dari kiri

Haaa…. yang sorang ni lagi psycho!
Masa dia datang ke Personal Coaching dulu, memang pendiam giler… tak bleh blah punya. Dia banyak observe dan banyak “download” apa yang di ajar. Balik rumah, baru dia upload balik.

Dan dia ni juga salah seorang yang banyak bertanya. Kalau gTalk aku tu on, ada sahaja yang akan ditanya. Tapi itulah priority yang aku berikan pada peserta seminar. No doubt.

Dia ni orangnya slow and steady. Setiap perkembangan dia akan cerita. So secara tidak langsung, aku tau apa yang sedang dia buat. Pada waktu dia bermula, aku boleh rasa stress yang dia ada. Tapi dia keep going on.

Pernah dulu dia bertanya dalam hati masa di Personal Coaching:
“Betul ke apa yang rohaizad ni cakap?
Betul ke apa yang rohaizad tunjuk ni?
Boleh percaya ke?
Boleh ke aku sampai tahap yang dia cakap tu?
Berapa lama perlu standby untuk merasa semua yang dikatakan oleh rohaizad ni?
Arrghhh….!”

Lebih kurang macam tulah bunyinya.
Tapi dia berpegang pada satu perkara yang aku pernah beritahu iaitu:

Blogging bukanlah mengenai seberapa cepat kita buat duit dari blog, tapi blogging lebih kepada seberapa pantas kita serasi dengan dunia blogging itu sendiri!

So walaupun dia belum mendapat semua yang diinginkannya, tetapi sekarang dia sudah “nampak” apa yang dinginkannya suatu waktu dulu. Sebagai seorang part time blogger, dia tidak lagi melihat blogging itu sebagai satu tekanan. Diharapkan Shafawi dapat “menyedut” sedikit aura blogging dari Baizuri… :D

Opsss… jangan tak percaya kalau semua persoalan yang pernah terdetik dalam mindanya dulu sudah pun ada jawapannya. Tahniah Baizuri!

Hendak selami apa yang ada dalam hatinya sekarang?
Baca di sini:
http://jmayz.com/dulu-lain-sekarang-lain/

Shahreza
shahreza

Tak payah ceritalah…. dia dah jadi full time blogger pun sekarang ni… haha

Ada banyak lagi kisah dari blogger yang sudah “pecah telur” cuma tak larat nak masukkan dalam entri ini. Cubalah gunakan kolumn search tu atau klik pada kategori Personal Coaching/Seminar Smart Blogging untuk membaca entri-entri lama. Mesti ada punya… :)

*******************************************

Pendek kata untuk bakal peserta, anggap sahajalah aku ini sebagai seorang rakan blogger kamu yang ingin berkongsi maklumat mengenai dunia niche blogging masa seminar di UTM Skudai pada 25hb April nanti ya.

Begitu juga dengan mereka yang sejak dari dulu PERCAYA dengan dunia blogging sebagai sumber untuk menjana pendapatan tambahan. Mereka berempat di bawah ini masih lagi sudi berkongsi tentang pengalaman mereka di seminar. Doakan mereka dapat hadir sekali :)


Boy (Reza Mohyin (from zero to HERO!)). Sekarang sudah semakin berjaya dengan online backlink services. Blogging benar-benar membuka mata beliau :)

boi

Nuaeman (bapa mithali)

mat

Shaffik (part time blogger, part time photographer)

fik

WanMus (taukey Jomhosting)

mus

*******************************************

*PR kena cantas? atau PR tak naik? PR0?
Alaaa…. rilekslah geng. Esok masih ada. Yang penting, hidup mesti mau senyum selalu, barulah cooool….!

Untuk yang dah dapat PR tu, jangan lupa untuk submit blog itu ke program make money yang lain.

Teringat kata-kata arwah Din Beramboi pada Aznil Haji Nawawi…. “masalah tidak akan selesai kalau kita selalu bersedih”.

p/s: Bilalah dapat gathering dengan semua ahli keluarga Smart Blogging agaknya… alahai…


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 116 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. cyza said:

    Mak datok…panjang nya post ni…habis beberapa minit aku membaca di waktu kerja…ops…kantoi…takpe…aku stress dari buat research…

    Adakah aku sempat jadi pengomen pertama…

    Banyak betul ahli keluarga smart blogging siut…. best-best

    rohaizad Reply:

    Hohoho… there you go!
    You are the first commentator!!!

    Zaki: Kalau panjang, baca sket-sket… haha… (aku sendiri pun pening macam mana boleh jadi panjang macam nih…)

    cyza Reply:

    Aku macam nak announce je sapa ni:

    “Bang… banyak dapat job minggu ini?
    Kalau banyak, baguslah…. beg tangan saya ni pun dah koyak nih… macam nak mintak baru jer…. hehehe, sayang abang!“

    hehe… tapi takpe lah…kang member2 lain pulak tanya…bukan bini je tanya…huhu…

    anyway…entri ini sgt bererti dan penuh keihlasan nampaknya…memang kool…

    rohaizad Reply:

    Aku rasa tuan punya badan mesti tergelak bila dia baca cerita ni… hahaha

    Taufik Dato Mansor Reply:

    muka bro macam afdlin shauki….huhu

    bila nak wat artikel pasal alexa ranking….saya masih keliru… :)

    rohaizad Reply:

    Afdlin Shauki?
    Pulak…. ye ker?

    Haha….

    p/s: nantikan entri mengenai topik tu dalam minggu depan.

    nuaeman Reply:

    Tang mana yang macam afdlin tu..? heh..

  2. cyza said:

    Nasib baik lah blog2 aku samada maintain PR atau pun naik sikit.

    Aku ada satu blog je yang PR turun dari 3 ke 1…tapi tak kisah sebab itu blog BM aku….ala ko mesti tau kan ijad, blog mana, sebab blog aku mana ada yang bahasa melayu kecuali yang satu tu…

    Anyway, aku harap sgt dapat datang ke seminar smartblogging akhir April ni dan kalau boleh nak kenal dan kongsi dengan yang lelain….tapi maybe aku ada kursus weekend tu pulak…tapi belum sure lagi…let’s just hope kursus tu tukar tarikh atau tak jadi…

    Thanks for the transfer of knowledge.

    rohaizad Reply:

    Insya Allah… ada rezeki, kita berjumpa di sana :)

  3. emyshahril said:

    Hahahah….sekali kluar cerita kisah aku daaa..Anyway,TQVM kepada ko Jad..Memang bebaloi aku menghadiri seminar yang telah kau anjurkan tu dan semestinya, memang dah pulang modal pun.

    Tentang PR tu, sekarang ni 2 blog niche aku yang terawal dah dapat PR2!!! Tips2 mcm mana nak dapat naik PR tu, ternyata berjaya dibuktikan!

    So , kepada sahabat-sahabat diluar sana, jangan ragu-ragu dengan seminar yang dianjurkan oleh saudara Rohaizad ni kerana telah ramai yang berjaya menjana income dari berblogging ni.

    Saya dah melalui dan merasainya…Anda buat, anda dapat :)

    rohaizad Reply:

    Oiittt…. dah ada 2 blog PR 2… aku tak tahu pun? Amboi…. tapi jangan lupa submit ke program make money from blogging ya… (sementara ada PR ni)

    p/s: masyuklah lepas ni orang tu yea… haha (hidung aku kembang kuncup terbau Ikan Bakar Umbai nih… hnsss… hnnsss… hnnsss…)

    emyshahril Reply:

    Apa ada hal, kalau naik ke Melaka tu, kasi roger sama aku, kita layan ikan bakar umbai.

    rohaizad Reply:

    Ini yang buatkan aku sayang kat ko nih… haha

    cyza Reply:

    BEtul apa yang Shahril kata kan tu. Dia (walaupun aku tak pernah jumpa lagi) dan aku ni adalah bukti yang kami mampu menjana income yang best-best dari berblogging.

    Dan dari seminar ni, aku terasa nak challenge Tok guru, untuk menambah nilai blog aku ke 3 angka pulak…wohohoho…… Ini bukan persaingan tapi motivasi…

    Maklumlah blog-blog niche yang kita ada ibarat hartanah virtual yang mahal-mahal…kalau tak dapat beli hartanah betul, beli dan kumpul hartanah virtual pun masyukkk

    rohaizad Reply:

    Ececece…. nak lawan ya?

    Goyang jugak aku macam ni… haha. Tapi sebenarnya semua orang boleh buat. Pokok pangkalnya:

    1. Antara ada masa atau sibuk dengan kerja/keluarga/anak-anak (ini boleh diterima)
    1. Antara malas atau rajin (ini alasan tak boleh terima)

    p/s: maunya tak goyang sebab semua tips dah diberi masa seminar, takde satu info pun disembunyikan.

  4. cyza said:

    Janganlah goyang bro…
    Takde mender lah…
    Stage aku ni macam mana lah nak lawan orang yang full time. Aku ni part time atas part time…

    Tapi, mengutip hasil tiap bulan adalah sgt manis…

    Cuma aku memang cuba utk target supaya dpt cecah 3 angka dlm kuantiti niche blog yang aku miliki by end 2011. Ntah boleh ke tak…

    InsyaAllah…

    Ishk…kalau kita dah ada 100 niche blog, camna lah pulak income nya…fuh….ter terjangkau fikiran ku…. agak-agak sengkek….jual satu blog…perghh….best betui

    emyshahril Reply:

    100 niche blog….sapakah gerang pemilik blog tu eh?hahaha….aku yang baru ada 7 niche blog ni pun dh tak cukup masa nak update…huhuhu.

    cyza Reply:

    100 blog…aku serkap jarang je…hehe…tapi, kita ke arah tu la…baru maju…huhu

  5. boss said:

    ho ho ho.. aku pun termasuk dalam LIST jugak.. yes2.. he he

    tapi puncuk pangkalnya korang semua sendiri kena yakin pada diri sendiri.. kena ada minat dan rajin..

    bercerita ttg seminar smart blogging ni memang berbaloi untuk korang pergi. banyak benda yang korang boleh belajar. aku rekomen korang pergi..

    p/s: jad sori aku tak datang semalam, bandan penat la tak larat nak keluar.. Lain kali je la ye kita borak2.. ok

    miziology Reply:

    mmg berbaloi-baloi.. sy mesti pilih

    miziology Reply:

    mmg berbaloi-baloi.. sy mesti pilih!

  6. miziology said:

    sungguh panjang beras ini..eh silap sungguh panjang entri ini hehe.. hampir semua listed blogger di atas satu seminar ngan aku.. tahniah buat mereka hehe..

    ps: bila dpt bersua lg kan huhu

    boss Reply:

    tu la macam ijad kata budak2 seminar UTM 18 oct tu mmg power.. ligat2..

  7. denaihati said:

    Hanya kepada mereka yg Hidup Berani Untuk GAGAL sahaja akan berjaya. Bermula dengan niat yg baik insyallah hasilnya juga BAIK.

    rohaizad Reply:

    I like that!
    Memang betul apa yang di katakan :)

  8. adamfaiz said:

    Alaa..sumer “otai-otai” je ni, segan plak nak mencelah. Tapi bab kena “perhati” dan perli dengan bini tu macam terkena gak kat batang hidung aku..

    rohaizad Reply:

    Isshhh… diaorang semua sempoi.. takde pun declare diri tu otai. Tak percaya tengoklah cara masing-masing, semuanya humble dan positif jer.

    p/s: beruntung juga bila melihatkan semua peserta seminar blogging kuat berdikari :)

  9. Aqif said:

    Entri yang menaikkan semangat untuk meneruskan perjuangan blogging. Semoga para peserta kali ini dapat membuka mata dan minda mereka mengenai dunia blogging.

    Akhir kata, sekurang-kurangnya anda semua akan tahu bagaimana menjana pendapatan melalui blogging dengan cara yang sebenar walaupun tidak menjadi full time blogger.

    P.S: “Bang… banyak dapat job minggu ini?
    Kalau banyak, baguslah…. beg tangan saya ni pun dah koyak nih… macam nak mintak baru jer…. hehehe, sayang abang!“ – Hahaha. Nasib baik tak kahwin lagi. Phew! :D

    rohaizad Reply:

    Tak kahwin ye?
    Ooo… ingat boleh lepas ke… satu hari nanti Aqif confirm kena jugak… haha!

    Aqif Reply:

    Ooopss.. Rasanya abang Ijad dulu kot. haha! :D

    rohaizad Reply:

    Hurrmm…. amboi…amboi… haha

  10. abangnara said:

    saudara Rohaizad
    Kita jumpa di JB 25hb nie
    Insya-Allah

    rohaizad Reply:

    Orait… :)

  11. reezluv said:

    haha.ada cite pasal aku rupanya..kisah aku senyum2 pagi2 tu sebab memang aku suka mulakan sesuatu dengan perkara yang positif..sebab mentaliti masyarakat kita akan pikir negatif dahulu kalau nak buat apa-apa perkara..itu yang aku nak ubah.

    thanks pada Ijad for the post..really appreciate..rasa nak nangis pun ada..hahaha..

    sebenarnya perjalanan blogger ni masih jauh dan aku dalam proses ke jalan yang ketiga selepas dah berjaya maintain blog dan kedua berjaya dapatkan income berterusan dengan blog dan yang ketiga ini akan aku usahakan supaya income kali ini lebih lebat dari sebelumnya sebelum kawen..hehee..

    apa pun kepada peserta smartblogging nanti..dah dapat ilmu tu, terus buat je..jangan tunggu..aku aritu memang konon nak tunggu, buat itu ini..sekali takleh jadi..selepas dibakar oleh beberapa ss…terus aku pecut habis-habisan..segala ilmu blogging aku ikut step by step dan alhamdulillah..memang berbaloi..walaupun income aku skang tak sehebat dulu sebab aku pun malas wat marketing itu ini dan tingkatkan backlink etc..tapi aku still dapat gak income tu..:D

    thanks for giving me the great opportunity to make money from blogging!

    rohaizad Reply:

    Alaaa.. aku cuma kongsi dan share beberapa tips, yang lainnya ko sendiri yang explore..

    p/s: thanks sebab sudi memotivasikan member lain… best!

  12. sufian said:

    huh..memang panjang giler entri ni..balik rumah kena sambung lagi..

    rohaizad Reply:

    Aku rasa esok pun aku nak sambung baca lagi.. panjanglah pulak…

    sufian Reply:

    besar juga cabaran blogger ni..tak sangka ler..

  13. BIZZNURSE said:

    Well, a really long post…however…reading something that come from deep inside Mr.Rohaizad is worth reading… Although I was not among those he mentioned (of courselah, aku tak pi seminar dierkan…)The wind does slap my face also… Life as a blogger is not as easy as just writing… we are one man show… Thanks Mr.Rohaizad…for another inspiring post…altough long enough to make my scroll expired…it worth reading…Learn a lot and blog a lot…

    rohaizad Reply:

    “we are one man show”

    Now that’s really inspiring laaaa… nice one!

  14. PakarHowTo said:

    Perghhh…memang panjang post ko ni.
    Tapi aku tetap menghayati setiap perkataan yang ko titipkan.
    Banyak pengajaran dan motivasi yang aku dapat.
    Terima kasih ijad.
    Waa respect sama lu laaa beb. Serius!

    rohaizad Reply:

    Memang panjang giler… betul. Aku pun pening nak membacanya… haha

  15. donny said:

    Tahniah!best jadi member seminar blogging Izad ni.. :)

    rohaizad Reply:

    Aikk?
    belum pergi lagi dah tau ka?
    Haha…kena pergi dulu, mana tau seminar ni membosankan ker… stereotype ke…

  16. Nabieel SR said:

    Huh..panjang dan tertarik..best ya bila bercerita tentang seorang demi seorang tentang blogging sehingga melebihi patah perkataan yang telah ditetapkan oleh pihak peperiksaan :D

    rohaizad Reply:

    Pihak peperiksaan?
    Siot jer… haha

  17. Jmay said:

    hehe..thanks bro..terharu betul bila baca post nih..kepada bakal peserta seminar smart blogging..gud luck aku ucapkan..bersedia untuk menimba sesuatu yang baru :)

    rohaizad Reply:

    Ooo…. baru aku ingat, ko dah jadi “senior” rupanya… kan? haha

    Jmay Reply:

    haha..senior untuk akademi smart blogger? :D

    rohaizad Reply:

    Cehhh.. buat-buat tanya pulak :)

  18. Ummie said:

    A very inspirational write-up. Thanks to all.
    Looking forward to SSB.

    rohaizad Reply:

    Kita berjumpa nanti ya :)

  19. Benar2x memberikan inspirasi bagi kita semua untuk berblogging.. :D

    rohaizad Reply:

    Thanks Chandra :)

  20. Panjang betul entri kali ni. Bila baca buat aku bersemangat nak berblogging. Sekarang ni pun cuba maintainkan apa yang aku dah buat. Makin lama buat makin seronok. Terpikir jugak nak join seminar nie…bila agaknya??? huhuhu…

    rohaizad Reply:

    Paling hampir, 25 hb April ini, tapi akan datang tidakpasti sebab seminar ini kalau ada permintaan baru akan di anjurkan.

    Insya Allah, ada masa dan ada rezeki nanti berseminarlah kita :)

    master pak pandir Reply:

    Insyallah..nanti kita jumpa kat seminar…
    Ada change nak belajar. Kalau kat UTM skudai boleh lagi…hehehe

    rohaizad Reply:

    Yup,seminar yang akan datang ni pun still menjadikan UTM Skudai sebagai medan perbincangan :)

    shaharil Reply:

    Kalau buat time cuti sekolah ke atau cuti semester bolehlah pergi… sekadar cadangan je.

    rohaizad Reply:

    Insya Allah, tapi semua itu bergantung pada permintaan :)

    shaharil Reply:

    Orait…

  21. bluedianthus said:

    Memang entri panjang..tapi habis baca juga.. :)
    Semoga terus sukses selalu ya…tumpang gembira untuk semua yang berjaya..

    rohaizad Reply:

    Thanks for your support Warnie :)

    bluedianthus Reply:

    You’re most welcome.. :)

  22. Shaffik said:

    Panjang gila entri nie. Memang best. Khususnya untuk mereka-mereka yang masih tertanya-tanya betul ker blogging boleh menjana wang? Rohaizad.com sudah pun membuktikannya. Bukan dia sahaja, tetapi kawan-kawan seminar smart blogging…
    Yang Penting ” blogging itu cool”.

    rohaizad Reply:

    Rasanya ini entri paling panjang dalam sejarah rohaizad dot com… giler laahhhh!

    p/s: jadi follow? kalau jadi follow… mesti ramai peserta dapat jumpa ko.

    Shaffik Reply:

    Insyallah. Aku akan meluangkan masa pada ketika itu..

    rohaizad Reply:

    Cantik…

    p/s: ayam penyek… ayam penyek…!!!

    Shaffik Reply:

    Itu sudah semestinya bro. Tekak aku ni dah rasa lain macam bila tak rasa nasi ayam penyek…

    rohaizad Reply:

    Hahaha… rasanya untuk nasi ayam penyek kat seminar tu lama lagi. Ada juga yang pekena esok malam nih..

  23. matteropong said:

    wah..tak sangka dah ramai berjaya buat duit dengan blog kan??tahniah kepada semua blogger!!

    rohaizad Reply:

    Yup, tahniah untuk mereka :)

  24. [...] Skit ajer tu kalau nak dibandingkan dengan rakan-rakan blogger yang lebih kental….Ingin kenali mereka, anda boleh baca di sini…………. [...]

  25. Azizuan said:

    thanks for the motivation bro

    rohaizad Reply:

    No problem :)

  26. ibnujusup said:

    Ada masanya dia ketawa seorang diri

    seramnye…. dengar mende ni… :-)

  27. ibnujusup said:

    “dalam hati ada taman”,..

    macam pernah dengar ayat ni….haha

    mijie Reply:

    ijad kan sekarang ayat2 dia makin jiwang, adakah itu tandanya dia akan menamatkan zaman bujang dia?

    “dalam hati ada taman, dan dalam taman ada bunga yang sangat indah”….tak gitu :)

  28. ibnujusup said:

    betul2 panjang blog ni…
    tapi puas baca….
    semangat tengok kejayaan org2 lain…..
    rase semangat naik mendadak…
    gambate !!

    rohaizad Reply:

    Gambate!

  29. mhnizam said:

    hebat kisah2 diorang ni….tak sangka dah habis dah post blog ni…sedar-sedar sampai tempat komen ni hehe..apa2 pun kejayaan mereka menjadi sumber inspirasi untuk blogger lain berjaya….

    rohaizad Reply:

    Sama-samalah kita ya :)

    mhnizam Reply:

    yeap sama2 kita memajukan industri blog di Malaysia(dah boleh panggil industri ke bro?kalau boleh Alhamdulillah hehe)…

    rohaizad Reply:

    Boleh sahaja… tak salah pun.

  30. mijie said:

    kisah yang memberikan semangat untuk 25 april nanti…insyaAllah akan ke sana nanti

    rohaizad Reply:

    Boleh… kita akan berjumpa di sana nanti :)

  31. Bro brape ramai seminar kali ni? Mesti meriah..sedey xdapat join. Ade seminar lain aku pergi. Tapi aku kat jb hari isnin nye, aku cuti seminggu bersama fruitheart. Boleh la bergosip2 ye muahahahaha.

    p/s: komen last2, nanti orang x bace hahahaha

    rohaizad Reply:

    Kalau Isnin tu, paserta dah balik wehh…

  32. nuaeman said:

    Kalau ada sesiapa yang mengatakan teknik yang di kongsi di dalam seminar ini hanya akan beroleh pendapatan untuk jangka waktu yang singkat sahaja dan berisiko untuk PR sesuatu blog jatuh.. rasanya dah terjawab dalam entri ini.. itupun kalau dibaca sampai habis..

    Risiko.. buat apa pun ada risiko..

    rohaizad Reply:

    Yip, biasalah tu…tapi kita masih boleh create blog baru.

    nuaeman Reply:

    Kalau tak create blog baru pun.. bukannya dah tak boleh buat duit lagi pun dari situ.. ye tak? advertiserkan macam2 perangainya..

    menj Reply:

    Ada PR pun tak semestinya dapat duit direct drp advertiser, contohnya macam blog ini. Tapi boleh monetise dengan cara lain….

    nuaeman Reply:

    Bos, blog aku tu maintain PR3.. aku ingat ko kene kasi tambah lagi $25 sebab aku berjaya kekalkan momentum.. hehehe..

    rohaizad Reply:

    $25?
    Fuhh… best!

  33. menj said:

    Report polis sebab pergi kursus SSB? Wah…ni pertama kali aku dengar.

  34. omecool20 said:

    Setuju sangat2 dengan post ni .. hmm..pertapaan ku akan berakhir …

    rohaizad Reply:

    WELCOME TO THE CLUB!

  35. botakilmu said:

    best gak baca entry ni…..
    blog must go on…..:))

    rohaizad Reply:

    Yup.. keep blogging bebeh!

  36. [...] Ini adalah antara testimonial terkini peserta Seminar Smart Blogging: —> Blogger mesti kental walaupun “dalam hati ada taman” [...]

  37. [...] sesuatu dari blog terutamanya mereka-mereka yang telah mengikuti seminar smartblogging dari saudara Rohaizad, teruskanlah usaha, jika hasilnya tidak sekarang mungkin akan datang. Sebagaimana janji [...]

  38. [...] apa? Sebab blogging commitment adalah satu dari cabaran yang terhebat untuk menjadi seorang blogger kental. Kalau hendak berjaya dalam dunia blogging tetapi tidak mahu menunjukkan sebarang commitment… [...]

  39. abdfatah said:

    [ Teringat kata-kata arwah Din Beramboi pada Aznil Haji Nawawi…. “masalah tidak akan selesai kalau kita selalu bersedih”. ]

    panjang berjerela sungguh dan entry ini membuatkan aku lebih bersemangat dan tersedar dari lamunan silam yang membeku… masih mengelamun lagi kah aku…???

  40. [...] Jadi dengarkan dan ambillah nasihat serta perkara yang positif dari wawancara ini. Paling mudah, cubalah “curi” motivasi dari blogger yang mempunyai semangat dan aura yang kental: [...]

  41. zam said:

    clean my head.. focus… and fressh..mau download ilmu nih..insyaALlah… moga berkat lah ilmu aku nih…

    rohaizad Reply:

    Terbaek…!!!

  42. [...] bape tah..haha.takde le cecah sampai beribu-ribu cam usahawan Ebay kan.Untuk pengetahuan korang..aku start smartblogging ni adalah pada hujung Oktober tak silap aku..masa tu aku start dengan 3 jenis blog niche..tapi hanya [...]

  43. [...] Klik pada link ini —> Blogger mesti kental walaupun “dalam hati ada taman” [...]

  44. [...] Klik pada link ini —> Blogger mesti kental walaupun “dalam hati ada taman” [...]

  45. [...] Klik pada link ini —> Blogger mesti kental walaupun “dalam hati ada taman” [...]

  46. [...] Klik pada link ini —> Blogger mesti kental walaupun “dalam hati ada taman” [...]

  47. [...] Klik pada link ini —> Blogger mesti kental walaupun “dalam hati ada taman” [...]

  48. [...] nak tau lebih lanjut tentang  peserta-peserta seminar smart blogging……bacalah di sini…..kepada boy aku ucapkan terima kasih kerana menyediakan servis yang amat diperlukan  oleh  [...]

  49. [...] kalau nak bukti pun pergilah tanya mereka yang dah buat duit dari method Smart Blogging… bukan tanya pada jutawan-jutawan internet yang lain di Malaysia [...]

  50. [...] sesiapa pun. Kalau aku rajin exercise, takdelah ini terjadi. Bila aku lihat semua gambar sewaktu Seminar Smart Blogging hari tu, aku rasa yang memang aku ni masih gemuk lagi. Aku malu dengan diri [...]

  51. Nuar hacker LOL said:

    salam bro izat…saye nak bukak akaun paypal tapi tak tau caranye…ade cara melalui public bank tak..?…

    p/s…betul2 berharap nie…:(