Penulis Undangan atau Guest Writer.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Penulis undangan - Tarikh diterbitkan: April 11, 2010 online

Blog ini menerima semakin banyak traffik. Hari demi hari, traffik yang diterima telah membuatkan pemiliknya tersenyum sehingga ke telinga.

Dalam kegembiraan dek kerana traffik yang masyuk, pemilik blog ini juga sedar bahawa blognya tidak akan kemana tanpa pengunjung dan pembaca setia. Oleh itu dia ingin menjemput pengunjung/pembaca blognya yang berminat untuk menjadi Guest Writer ataupun Penulis Undangan.

penulis-undangan

Tujuan sebenar adalah untuk memberikan satu lagi peluang kepada mereka yang mempunyai blog yang baru, content yang bagus TETAPI mempunyai masalah dari segi traffik. Walaupun ada banyak perkara yang tidak boleh dikongsi… tetapi dalam hal traffik blog, ini adalah satu perkara yang boleh dikongsi.

Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menjadi Guest Writer. Jika anda ingin menjadi blogger terpilih untuk Guest Writer, fakta-fakta di bawah haruslah diberi pertimbangan:

  • Artikel Guest Writer akan diterbitkan 2 hari sahaja dalam seminggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Jika tiada artikel yang yang diterima, pemilik blog ini tetap akan update blog ini seperti biasa.
  • Anda boleh menghantar artikel anda itu melalui email contact [@] rohaizad.com. Setiap artikel yang telah dihantar akan di baca dan dinilaikan sebelum diterbitkan. Jika menarik, tertarik dan mencuit hati, ia akan diterbitkan.
  • Artikel yang dihantar mestilah artikel sendiri (original). Dalam sesetengah keadaan, pemilik blog ini boleh “rasa” sama ada artikel itu dicedok ataupun datang dari sense of blogging blogger itu sendiri.
  • Keutamaan akan diberi kepada artikel yang berkaitan dengan blogging, internet marketing dan motivasi. Tetapi ia mestilah dari pandangan peribadi sendiri. Motivasi atau tips dari buku atau dari laman-laman web lain tidak akan dilayan sama sekali. Just be yourself.
  • Selain dari link blog anda, segala bentuk produk sendiri atau link affiliate produk orang lain tidak dibenarkan di dalam artikel. Ini bukanlah review section, tetapi lebih kepada usaha untuk menarik sedikit traffik dari blog ini ke blog anda. Jika anda mempunyai niat lain, lupakan sahaja untuk menjadi Guest Writer.
  • Jika anda adalah orang baru dalam dunia blogging atau IM, janganlah cuba untuk menulis sesuatu yang besar atau lebih dari apa yang anda tahu. Penulis dan pembaca blog ini tidak mengharapkan sesuatu seperti itu. Memadailah hanya dengan menulis mengikut kefahaman dan kebolehan diri sendiri. Sometimes, less is more.
  • Jika artikel anda pernah tersiar, maka priority akan diberi kepada artikel dari blogger lain pula. Tapi itu tidak bermakna artikel anda tidak boleh disiarkan lagi. Jika artikel anda bagus, kemungkinan besar artikel anda di siarkan lagi adalah tinggi :)
  • Panjang artikel mestilah lebih dari 200 patah perkataan. Panjang sedikit tidak mengapa… kerana rata-rata pembaca blog ini adalah mereka yang mempunyai daya tumpuan yang lama. Walaubagaimanapun, tidak semestinya artikel itu mesti panjang meleret. Seperti yang telah di katakan di atas tadi, sometimes, less is more.
  • BENEFIT!
    Jika artikel anda bagus, menarik dan original serta datang pengalaman atau pemahaman sendiri, sudah pasti pembaca akan akan mengingati blog anda dan mahukan lebih dari anda di masa akan datang.
  • Oh ya… artikel dalam bahasa Melayu ya… dan jangan lupa sertakan sekali gambar anda untuk diletakkan di akhir artikel :)

p/s: Adakah anda sudah bersedia? :)


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 63 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Mr. Kamikaze said:

    Wah, benda yg menarik nie…
    teringin gak nak mencoba nasib..

    rohaizad Reply:

    Jangan tak cuba… silakan.

    Taufik Dato Mansor Reply:

    nak tulis pasal gosip artis kat sini leh… ? huhu :)

    rohaizad Reply:

    Cuba baca sekali lagi info yang telah diberikan dalam entri di atas. Semua sudah diterangkan dengan jelas… :)

  2. zik said:

    wah lau bro, penghargaan nie… hurm insyallah akan hantar.. dapat tak dapat tuh lain cerita kan???

    rohaizad Reply:

    Kalau tulis dengan rasa penuh sense, memang seronoklah untuk baca artikel tu.

  3. boss said:

    cantekk.. nanti kemuculan artikel aku.. he he.. mau tarik traffik..

    rohaizad Reply:

    Orait… no problem.

  4. Cerita pasal fashion boleh tak?

    rohaizad Reply:

    Fashion?
    Ko demam ke ?

    Haha

    cyza Reply:

    Kasih test si Boy tulis pasal fashion ok gaks tu…mana tau boleh buat duit dgn fashion?

    boss Reply:

    fesyen tu.. jarang sangat fikir pasal fesyen.. ko biar betul boy.. he he..

  5. Shahrul said:

    wow, nnti nk bg artikel abc, 123, alif ba ta.

    rohaizad Reply:

    Takde hal… kalau bagus, akan disiarkan.

  6. lizz said:

    hmm, ni yang den gatal tangan nak try nasib ni. huhu.

    rohaizad Reply:

    You are always welcome my dear :)

    boss Reply:

    eceh ngan pompuan.. my dear.. elele..

    rohaizad Reply:

    Haha… kalau aku my dear dengan lelaki.. dah lain pula ceritanya :)

    p/s: ada yang baik dan pandai memasak, rekomenlah kat aku … hoho

    boss Reply:

    he he ada2.. dia pandai memasak..baik.. dan happening.. nanti aku bagi fb acc dia.. he he..

    rohaizad Reply:

    Oiittt… haaa nak pekenakan aku la tuh.

  7. samdaddycool said:

    niche tudung bole tak rasanya??

    rohaizad Reply:

    Jauh tu… tapi kalau artikel tu mengenai kisah kejayaan dari mula menjual tudung secara offline sehinggalah ke eBay, boleh dimasukkan ke dalam kategiri motivasi.

    samdaddycool Reply:

    ooookkkkk… nanti fikir-fikirkan camne..

  8. cikcubang said:

    cabaran! cabaran! teringin jugak nih…

    rohaizad Reply:

    Silakan… no problem.

  9. alone said:

    menarik =)

    rohaizad Reply:

    Tertarik?

  10. Azizuan said:

    peluang yang jarang2 jumpa kat blog tempatan..kalau blog english banyak dah..siap bayar lagi untuk post.anyway, all the best

    rohaizad Reply:

    Terima kasih :)

  11. Zairi Zaidi said:

    wow, tawaran menarik ni

    rohaizad Reply:

    Thanks :)

  12. shaharil said:

    peluang keemasan yang tidak patut dilepaskan. kena sambar peluang.kalau tak menyesal. Nak cuba, mungkin nasib boleh menyebelahi aku.

    Kalau macam ni, kita semua dalam situasi menang-menang. kedua pihak pun mendapat manfaat.

    rohaizad Reply:

    Silakan… :)

  13. Aqif said:

    Tahniah abang Ijad sebab buka tawaran Guest Post untuk para pembaca. Moga trafik lebih kencang lepas ni. Hehe

    p.s: setahu saya yang pernah buat guest post 2 orang je kan? betulkan jika saya silap ya

    rohaizad Reply:

    Betullah tu :)

  14. Benar2x kesempatan yang bagus sekali. Jom mari berlomba jadi guest writer..:D

    rohaizad Reply:

    Silakan :)

  15. matteropong said:

    menarik ni..boleh tryla..kena audition dulu ke bro??

    rohaizad Reply:

    Cuba baca sekali lagi info yang telah diberikan dalam entri di atas. Semua sudah diterangkan dengan jelas :)

  16. zam said:

    apa topic yang boleh dihantar ke blog en Ijad?

    rohaizad Reply:

    Telah diberitahu dalam entri di atas :)

  17. hasbulaqill said:

    insyaallah kalau sempat saya hantar text file ke email bro :)

    rohaizad Reply:

    Ok roger.

  18. cyza said:

    Very good idea. InsyaAllah aku akan cuba try gaks ambil peluang ini…

    Nanti kan je… :)

    rohaizad Reply:

    I will :)

  19. mijie said:

    ye saya dah bersedia, hahaha, mcm best je aku

    apa2 pun tahniah dan terima kasih ijad kerana memberi peluang kepada rakan2 blogger lain untuk memeriahkan lagi industri blogger..cayalah

    rohaizad Reply:

    No problem… that’s what friend are for.

  20. miziology said:

    Ini la masanya untuk menarik trafik ke blog sendiri hehe.. kena rebut peluang ni..

    rohaizad Reply:

    No problem… share sket traffik di kalangan pembaca sendiri. Apa salahnya :)

    miziology Reply:

    yaa sy mesti pilih!!

  21. BIZZNURSE said:

    Agree with all rules. The last one would be the best. k lah, tulis BM kat blog En.Rohaizad…kat blog sendiri dah tulis BI…

    rohaizad Reply:

    hihihi

  22. barizanif said:

    Peluang ni… sapa tak try rugi wooo…

    rohaizad Reply:

    :)

  23. fiezaradzi said:

    wah..menarik ni.. nak try la lau de artikel yg baik utk dikongsi..

    lau artikel yg ditulis tu dapat diterbitkan kat sini, leh ke penulis terbitkan pulak kat blog die? atau camner..

    rohaizad Reply:

    Kalau dah tulis di sini, tidak perlu diterbitkan di blog lagi. Tak professional kalau dilihat nanti :)

    mijie Reply:

    ye betul sy stuju

  24. Tokwear said:

    agak2 kalau kasi cam ceramah nye session tu ok dak? hehehehe

    rohaizad Reply:

    Haha… tak dapat Jack…

  25. Dila.13 said:

    Aha.. menariknya tawaran ni.. siap letak gambar sekali! kena siapkan artikel & kemudian posing baik2 agar nampak professional (bukan confess-sengal).

    rohaizad Reply:

    Biar semuanya expose sekali :)

  26. salam
    menarik..
    dapat juga mengambil sdikit rafik dari blog ini membawa ke blog lain.
    insyallah, kalau ada Post yg baik, saya akan hantarkan.
    thanks d beri peluang
    Sharing is Caring
    ws

  27. [...] kepada Cik Puan Noor Azlin kerana terpilih sebagai Guest Writer di blog rohaizad dot com untuk hari Sabtu (17hb April [...]